PDA

View Full Version : Perbezaan 35mm dan 50mm Wide Angle

Amphotography
27th March 2010, 03:20 PM
salam semua sifu semua, saya nak buat pertanyaan la.. apa perbezaan antara 35mm1.8 dengan 50mm1.8 harap-harap sifu semua dapat membantu

adieo
28th March 2010, 04:00 AM
emmm, focal length? satu wide, satu lagi tak wide, tu jela saye tau..hehe

johnny stanfet
28th March 2010, 11:16 AM
35mm tu sedikit distort lens nya..tp bokehnya agak kurang cun berbanding 50mm kerna faktor jarak..35mm dan 50mm perlu di darab dengan 1.5x(Nikon) 1.6x(Canon) kerna faktor crop sensor (APS-C dan APS-H)

manik
28th March 2010, 07:01 PM
35mm tu sedikit distort lens nya..tp bokehnya agak kurang cun berbanding 50mm kerna faktor jarak..35mm dan 50mm perlu di darab dengan 1.5x(Nikon) 1.6x(Canon) kerna faktor crop sensor (APS-C dan APS-H)

dgn ayat mudah...50mm jika dipakai pada body dx dah jadi 75mm ..sesuai utk potret..jika dipakai pada body fx..tetap 50mm..sesuai untuk umum...

kalu nak wat lens general pada body dx pakai le 35mm

kalu suka wide, beli je body fx...kalu suka zoom beli body dx...hahaha ..bawak dua2

CgSir
29th March 2010, 01:48 AM
50mm adalah lensa standard manakala 35mm adalah lensa wide angle.

PeLaris
29th March 2010, 02:05 PM
CgSir ada.. Lama tak bersua.. :)

Amphotography
29th March 2010, 02:19 PM
oh..mcm tu ker.. terima kasih pada semua yang memberi komen

sydeen
29th March 2010, 02:25 PM
CgSir ada.. Lama tak bersua.. :)

lama btol hamba tak masuk sinims...

CgSir
29th March 2010, 11:11 PM
CgSir ada.. Lama tak bersua.. :)

Ye ker? Rasanya taklah lama sangat. Ada juga sekejap-sekejap singgah FMDC, tapi masa tak mengizinkan. Agak sibuk sedikit. Lagi pun tak ada apa yang nak di taipkan. Ringan-ringan saja bolehlah.

Rasanya tuan hamba pun lama tak muncul. Tak taulah kalau sy tak perasan. Rasa-rasanya ramai member disini yang sering menanti-nanti curahan ilmu daripada Pelaris. Belum sampai masanya yang sesuai kot. Terima kasih Pelaris, ingat juga sama aku.

Dalam dslr ini saya baru nak mula klik-klik. Banyak yang kena belajar. Nak upload gambar pun belum sempat belajar lagi. Edit RAW file, photoshop dan banyak lagi yang kena belajar. Dunia dslr hari ini bukan hanya setakat mahir klik-klik sahaja, malahan lebih jauh dari itu. Betul tak Pelaris?

PeLaris
30th March 2010, 12:00 AM
betul tu CgSir.. Hai abam sydeen dan hai untuk semua..

PeLaris
30th March 2010, 12:19 AM
ada orang kata 35mm antara lensa yang tidak kenampakan kesan "distortion" nya.. pendapat ini kadang2 betul..

50mm seperti yang kita tahu memberi pandangan seperti mata kita, apa yang kita lihat, itu yang kita dapat, bila dipadankan dengan format FX atau Full Frame. Apa yang diketahui, ukuran sebenar 50mm yang berada dipasaran dari dulu sehingga kini, tidak langsung menepati ukuran sebenar 50mm.. ukuran sebenar 50mm banyak berkisar dari 46mm hingga 48mm, sebab tu rakaman dr 50mm menggunakan kamera FX memberi sedikit "wide".

lensa 50mm direka bukan untuk potret dan ianya tidak sesuai untuk rakaman potret walau ada yang mengatakan sesuai. Dari segi pandangan perspektifnya, merakam potret tetap memberi unsur wide.. kalau yang tidak sesuai itu disesuaikan, maka ianya sudah termasuk dalam bab "break the rules" di mana dalam konteks fotografi ianya masih boleh diterima, tapi kena berikan sebab dan musabab mengapa undang2 itu dilanggar!

gelaran untuk 50mm ada tiga,
pertama Fixed Lens
kedua Standard Lens
ketiga Prime Lens

seandainya sesuatu lensa dibeli atas nama nikon, canon,sony dll ianya dipanggil Marked Lens
dan lensa yang tiada mengeluarkan bodi sendiri seperti tamron, sigma, tokina, samyang dll dipenggil Independent Lens.

fakhrulmon
30th March 2010, 12:26 AM
35mm dan 50mm sgt berbeza.. 50mm jika guna pada dx sensor lebih kurang ~75mm, semasa indoor wedding memberikan pengunaan potrait half body yang sgt efektif dan tanpa distortion yang visible(hampir tiada) .. 35mm adalah sedikit wide .. cuba 50mm dulu, kalau rasa agak panjang, 35mm sebgai pilihan

PeLaris
30th March 2010, 12:42 AM
pemahaman perlu diperhalusi..

walaupun 50mm akan jadi 75mm tp ianya tetap menggunakan lensa 50mm yang besifat sedikit wide.
dx format hanya meminjam optik ditengah dan tidak keseluruhan seperti apa yang FX guna..

maaf, lakaran kurang memuaskan..
http://i370.photobucket.com/albums/oo147/azmina66/lensa.jpg

CgSir
30th March 2010, 12:00 PM
ada orang kata 35mm antara lensa yang tidak kenampakan kesan "distortion" nya.. pendapat ini kadang2 betul..

50mm seperti yang kita tahu memberi pandangan seperti mata kita, apa yang kita lihat, itu yang kita dapat, bila dipadankan dengan format FX atau Full Frame. Apa yang diketahui, ukuran sebenar 50mm yang berada dipasaran dari dulu sehingga kini, tidak langsung menepati ukuran sebenar 50mm.. ukuran sebenar 50mm banyak berkisar dari 46mm hingga 48mm, sebab tu rakaman dr 50mm menggunakan kamera FX memberi sedikit "wide".

lensa 50mm direka bukan untuk potret dan ianya tidak sesuai untuk rakaman potret walau ada yang mengatakan sesuai. Dari segi pandangan perspektifnya, merakam potret tetap memberi unsur wide.. kalau yang tidak sesuai itu disesuaikan, maka ianya sudah termasuk dalam bab "break the rules" di mana dalam konteks fotografi ianya masih boleh diterima, tapi kena berikan sebab dan musabab mengapa undang2 itu dilanggar!

gelaran untuk 50mm ada tiga,
pertama Fixed Lens
kedua Standard Lens
ketiga Prime Lens

seandainya sesuatu lensa dibeli atas nama nikon, canon,sony dll ianya dipanggil Marked Lens
dan lensa yang tiada mengeluarkan bodi sendiri seperti tamron, sigma, tokina, samyang dll dipenggil Independent Lens.

Gelaran fixed lens juga diberikan kepada kanta bersudut tetap yang lain iaitu kanta yang tidak ada zoom. Contohnya kanta 24mm, 28mm, 35mm, 105mm, 135mm, dan sebagainya. Betulkah begitu ?

syazhar
30th March 2010, 12:14 PM
huhhhhhh....pelaris .....penerangan yg cukup utk tenikal......hahahaha abah tau apa.....hahaha

CgSir
30th March 2010, 12:22 PM
35mm dan 50mm sgt berbeza.. 50mm jika guna pada dx sensor lebih kurang ~75mm, semasa indoor wedding memberikan pengunaan potrait half body yang sgt efektif dan tanpa distortion yang visible(hampir tiada) .. 35mm adalah sedikit wide .. cuba 50mm dulu, kalau rasa agak panjang, 35mm sebgai pilihan

Walaupun dx sensor merakam pada 75mm namun gambar dihasilkan tetap bercirikan 50mm. 50mm adalah sama dengan penglihatan mata kita. Walaupun kurang distotion tetapi sebenarnya kurang sesuai untuk potret.

mozakim
30th March 2010, 12:28 PM
Wooo... gitu rupanya bro Pelaris ... banyak bendo yang aku taktau lagi niii... :D makasih atas maklumat yang lengkap ...

PeLaris
30th March 2010, 01:52 PM
Gelaran fixed lens juga diberikan kepada kanta bersudut tetap yang lain iaitu kanta yang tidak ada zoom. Contohnya kanta 24mm, 28mm, 35mm, 105mm, 135mm, dan sebagainya. Betulkah begitu ?
ya.. betul tu semuanya berada dlm katogeri "Fixed" & " Prime" tp tidak digelar "Standard".

PeLaris
30th March 2010, 02:02 PM
huhhhhhh....pelaris .....penerangan yg cukup utk tenikal......hahahaha abah tau apa.....hahaha
hai abah, bila nak pi kg org asli lg nimS?

PeLaris
30th March 2010, 02:05 PM
Wooo... gitu rupanya bro Pelaris ... banyak bendo yang aku taktau lagi niii... :D makasih atas maklumat yang lengkap ...
hai abam kim,
byk benda yg tersembunyi dlm dunia fotografi ni,
yg mana, kadang-kala tidak didedah walaupun dlm khursus sekali pun.

raden
30th March 2010, 03:26 PM
Walaupun dx sensor merakam pada 75mm namun gambar dihasilkan tetap bercirikan 50mm. 50mm adalah sama dengan penglihatan mata kita. Walaupun kurang distotion tetapi sebenarnya kurang sesuai untuk potret.

Pada SLR 50mm, sebelah mata tengok viewfinder, sebelah mata lagi jangan pejam. Objek dalam viewfinder sama saiz dgn objek sebenar.

CgSir
31st March 2010, 12:48 AM
Pada SLR 50mm, sebelah mata tengok viewfinder, sebelah mata lagi jangan pejam. Objek dalam viewfinder sama saiz dgn objek sebenar.

Sebab itu dia digelar lensa standard atau lensa normal. Lensa 50mm dijadikan sempadan. Lensa yang kurang daripada 50mm, contohnya 35mm, 28mm, dan sebagainya di kenal sebagai wide-angle. Semua lensa ini mengecilkan imej daripada saiz sebenar manakala lensa yang lebih daripada 50mm, contohnya 70mm, 105mm dan sebagainya dikenali sebagai lensa tele. Semua lensa tele membesarkan imej daripada saiz sebenar.

Manakala semua zoom yang mengandungi range 50mm di kenali sebagai zoom standard termasuklah zoom 18-55mm, 18-200mm, dan sebagainya. Ada lensa super wide-angle yang memberi kesan distortion yang ketara dikenali sebagai fish eye lens.

PeLaris
31st March 2010, 01:35 AM
18-200 tu dah masuk dalam "Super Zoom" udah chegu..
bersamaan 28-300mm..
Ingat tak sewaktu-waktu dahulu, tamron keluar tamron 28-200mm
dan selang beberapa bulan diikuti oleh sigma..
kedua-dua kompeni ini menggelarkan super zoom.

CgSir
31st March 2010, 11:25 AM
18-200 tu dah masuk dalam "Super Zoom" udah chegu..
bersamaan 28-300mm..
Ingat tak sewaktu-waktu dahulu, tamron keluar tamron 28-200mm
dan selang beberapa bulan diikuti oleh sigma..
kedua-dua kompeni ini menggelarkan super zoom.

Betul tu. Wah, cukup teliti abam Pelaris kita ya.

Saya adalah antara orang yang terawal memiliki lensa Tamron AF 28-200 mm f/3.8-5.6 LD (IF) Aspherical Super sebaik saja mula di pasarkan di Malaysia. Ada Macro lagi. Memang berbangga memiliki lensa ini pada waktu itu kerana lensa ini telah memenangi 4 world award waktu itu. Rasanya dah lebih 10 tahun dulu. Tak ingat tahun berapa. Tapi waktu itu masih ada yang memanggil lensa zoom standard, sebab ada range 50mm.

Pada masa itu saya memiliki kamera Canon AL-1 Quick Fokus dan Nikon FM2. Dunia SLR pula sedang berkembang dan beralih kepada SLR Auto Fokus. Mulalah pengeluaran lensa SLR MF dihentikan oleh pengeluar kamera. Canon yang mendahului teknologi AF sudah mula menghentikan pengeluaran lensa MF. Aduh kecewanya aku. Sedih melihat Canon AL-1 QF aku. Lensa MF sudah semakin pupus dan lensa SLR AF Canon pula tidak sudi bersaudara dan berbaik-baik dengan body SLR Canon. Dari Kuala Lumpur sampai ke Singapura aku cuba mendapatkan Lensa Canon terbaru untuk dipasangkan dengan Canon AL-1 QF. Cukup, cukup mengecewakan.

Semasa mahu memiliki lensa Tamron AF 28-200 mm f/3.8-5.6 LD (IF) Aspherical Super satu persatu kedai kamera di Kuala Lumpur dan Singapura saya lawati. Lensa ini dikeluarkan dalam versi Auto Fokus sedangkan saya memiliki kamera manual fokus. Apabila saya bertanya tokeh kedai, "bolehkah lensa ini digunakan kepada kamera FM2 manual fokus?" Semuanya mengatakan tidak boleh. Memang sedih waktu itu. Nampaknya semua versi manual mula dihentikan perlahan-lahan. Canon AL-1 kompom memang tidak boleh, sebab semua lensa AF canon mount langsung tak boleh lekat pada body kamera manual Canon tetapi lensa AF Nikon mount masih boleh lekat lagi pada body Nikon FM2.

Walaupun tokeh tu kata "tak boleh" namun aku minta juga untuk mencuba lensa versi AF ini dengan nikon, sebab masih boleh lekat kat kamera FM2. Aku setting aperture f22 dan melihat melalui view finder. Apabila aku tekan button DOF kelihatan view finder berubah jadi gelap dan sharp. Ah, ada harapan boleh guna. Pada masa itu aku pun terus beli lensa ini.

Ternyata memang boleh guna, dan ternyata lensa AF ini memang cukup banyak berjasa kepada aku walaupun di gandingkan dengan body kamera Nikon FM2. Tapi kini, setelah lebih berbelas tahun, sayang sekali apabila aku mula henti dalam tempoh 3 tahun dalam dunia fotografi, kebetulan pula dry box rosak tanpa disadari, lensa AF kesayanganku ini telah dilawati si fungus. Tak perasan dry box rosak kerana ia nampaknya seperti berfungsi seperti biasa, tetapi dry box itu telah jadi terbalik. Dia keringkan udara diluar dan masukkan udara lembab dalam dry box. Itulah sebab lensa itu cepat dihinggapi fungus.

Itulah alkisah lensa tamron aku yang pertama.

azmizi
31st March 2010, 11:37 AM
:) wah..saya secara peribadi amat mengkagumi avam cgsir kerana ternyata seorang yg mempunyai banyak pengalaman dalam bidang photograpy ini..byk tread2 avam cgsir yg mengajak forumer lain untuk berbincang tentang photograpy...terima kasih kerana banyak berkongsi ilmu.berkat idup cgu nih :)

PeLaris
31st March 2010, 03:34 PM
abam CgSir mengnostalgia balik semasa zaman dulu2..
Semasa, ketika itu dalam fotografi masih belum ada perkataan "bokeh", "white balance",
"HDR", "CF/SD"dan lain2 lagi..

tp, yang paling ingat, tahun 1990, Photoshop v 1.0 keluar..
tak ingat, versi tu untuk Pc atau untuk Mac.. :)

CgSir
1st April 2010, 08:57 AM
:) wah..saya secara peribadi amat mengkagumi avam cgsir kerana ternyata seorang yg mempunyai banyak pengalaman dalam bidang photograpy ini..byk tread2 avam cgsir yg mengajak forumer lain untuk berbincang tentang photograpy...terima kasih kerana banyak berkongsi ilmu.berkat idup cgu nih :)

Terima kasih, bukan saya saja tetapi semua. Saya pun banyak dapat ilmu dan pengalaman melalui FMDC ini.

mozakim
1st April 2010, 09:16 AM
Fuhhh.. Photoshop versi 1.0 tows !! .. mula kenal Photoshop pun masa dah versi 4.x rasanya kot. Kalau tak silap Photoshop versi awal memang release for Mac je kot. Terlalu banyak benda2 dalam fotografi ni nak absorb, kalau terlalu banyak input sekaligus pun "krem" jugak pale otak den ni haa... anyway dah memang nuntut ilmu tu sampai ke liang lahad ye dak? :)

CgSir
1st April 2010, 09:30 AM
abam CgSir mengnostalgia balik semasa zaman dulu2..
Semasa, ketika itu dalam fotografi masih belum ada perkataan "bokeh", "white balance",
"HDR", "CF/SD"dan lain2 lagi..

tp, yang paling ingat, tahun 1990, Photoshop v 1.0 keluar..
tak ingat, versi tu untuk Pc atau untuk Mac.. :)

Iyolah, masa tu tak ramai yang meminati bidang fotografi. Kos pun tinggi. Banyak pakai pulus. Itupun nasib aku mula masuk kelab fotografi dan belajar fotografi sejak sekolah tingkatan 4. Kalau tidak tak kenal kamera sampai sekarang ini agaknya. Cikgu aku yang ajar fotografi masa sekolah dulu pun tak pernah nampak pegang kamera. Aku pernah jumpa dan tanya fasal fotografi. Dia kata dah tak tahu dah.

Aku dah ada asas fotografi sejak zaman sekolah. Tu sebab minat diteruskan, tapi kawan yang lain semua habis begitu saja. Kalau takde asas fotografi rasanya sampai sekarang pun aku tak kenal iso, shutter speed dan aperture.

Nostagia, aku teringat lagi seorang kawan photog semasa sama-sama naik moto gi Fraser Hill. Kalau tak silap tahun 1983. Konon nak shot gambar kat sana. Tengah jalan tetiba gaung kat depan. Nak elak gaung terpaksalah golekkan moto. Lensa kamera aku pecah, dan cedera sikit. Itu pun naik juga walaupun cedera dan jalan terhincut-hinjut sampai sehari suntuk kat Fraser Hill. Tapi sekarang kawan tu dah tak pernah pegang kamera pun. Pernah aku ajak dia balik berfotografi ngan dslr. Dia kata dah malas dah.

Aku ni nak ikutkan pun malas jugak. Tapi nak bagi dorongan kat anaklah ni, paksakan diri gak.

CgSir
1st April 2010, 10:13 AM
Apalah aku ni melalut lak? Keluar tajuk lak. Maaflah, moderator - delete ja mesej aku yang keluar tajuk tu.

sar eik
8th April 2010, 12:44 PM
salam...saya ada 50mm 1.8D baru beli. Tp sayang sbb D3000 takde motor...huhuhuhu. apa lens yang sesuai ek..mintak otai2 di sini bg idea skit...maceh

anakmokhtar
8th April 2010, 12:47 PM
salam...saya ada 50mm 1.8D baru beli. Tp sayang sbb D3000 takde motor...huhuhuhu. apa lens yang sesuai ek..mintak otai2 di sini bg idea skit...maceh
blh jer kan gne.. manual la..
hehe
brape rm beli?

mshahir
21st April 2010, 12:43 PM
salam...saya ada 50mm 1.8D baru beli. Tp sayang sbb D3000 takde motor...huhuhuhu. apa lens yang sesuai ek..mintak otai2 di sini bg idea skit...maceh

Saya cadangkan 35mm 1.8G sebagai alternatif..tapi kalo ada bajet lebih amik 50mm 1.4G terus :-)

dawie
27th April 2010, 12:48 PM
salam...saya ada 50mm 1.8D baru beli. Tp sayang sbb D3000 takde motor...huhuhuhu. apa lens yang sesuai ek..mintak otai2 di sini bg idea skit...maceh

50mm f1.8 dr body D3000...

P/s : naik berpinar mata nk focus..hasilnya xberapa sharp..tp,boleh la lyn smentara nk upgrade D90 nie..hehe.Gambar 1st,subjek tgh berjalan kedepan..So,aku pon jln kedepan ikut langkah dia sambil dok manual focus...=))

http://img337.imageshack.us/img337/3475/timesquare.jpg

http://img339.imageshack.us/img339/2143/stamping.jpg

alangmada
27th April 2010, 01:02 PM
guna manual focus pun ok juga nie, baru guna 50mm f/1.8, kalo guna f/1.4 lagi cun kan ..
tapi aku keliru lah ..
yg mana sesuai utk D5000 aku, samada 35mm f/1.8 atau 50mm f/1.4 >> yg mana patut ambil memadangkan baru nak bljr dgn budget pn ckup2 jer ... yg mana satu berbaloi baloi

dawie
27th April 2010, 02:21 PM

Selalunya org akan tanya,lens mana yg sesuai,camera apa yg sesuai..N Jawapan yg sama jugak yg akan dijawab yakni,apa tujuan ko beli camera..Suka2 / Hobi , Nak buat job dan sebagainya..

Pada pendapat aku sbg newbie,aku suggestkan ko tolak jer body ko tu..katakan dpt RM 1500, Ko just tambah lg RM 900 utk dptkan body D90.Body D90 dlm RM2400 cmtu..50mm f 1.8 dlm RM400 ...total br RM 1300.

Kalau ko beli 50mm f1.4 dh dkt RM1900..dh dapat jimat RM600 + Dpt body D90.
Kalau beli 35mm just dpt guna lens tu sahaja...Harga pon lebey kurang RM850..Dengan tambahan RM450 lg ko dh boleh dpt 50mm + body D90.

Katakan nk beli tele,boleh amek yg xde built-in motor..
Cthnya,Nikkor 70-300mm br RM 450

Tp,disebabkan ko guna D5000,ko kena amek lens yg ader built in motor..
AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm F4.5-5.6G IF-ED | MYR 2,050.00
Link 1 (http://www.ylcamera.com.my/product.php?pageid=1&prodbrowseid=91&prodbrowse_cp=1&prodbrowse_of=4&prodbrowse_order=0)

Nikon AFD Zoom-Nikkor 70-300mm F4-5.6G | MYR 550.00
Link 2 (http://www.ylcamera.com.my/product.php?pageid=1&prodbrowseid=86&prodbrowse_cp=1&prodbrowse_of=4&prodbrowse_order=0)

P/s : Sekadar pandangan peribadi aku...otai2 sila betulkan jika terdapat kesilapan dan kekeliruan..

manik
27th April 2010, 03:34 PM

jgn la kata begitu en. dawie..kesian org beli d5000.... kalu kita pikirkan kenapa nikon tak buat built-in motor kat d5k + d3k... sebabnya dia nak meniru kenon yg menggunakan teknologi canggih motor dlm lens..itu lebih mantop sebenarnya...
AF-s it offers "Super-fast and Quiet Autofocus", powered by Nikon's exclusive Silent Wave Motor (http://www.mir.com.my/rb/photography/companies/nikon/htmls/glossery_nikon.htm) (The Silent Wave Motor focuses internal lens elements using ultrasonic travelling waves which are converted to rotational energy. This advanced, high-torque motor system is extremely powerful, driving autofocus elements with instant start-up, and with exceptionally effective stopping action for superb total response, resulting in high-speed autofocusing with added accuracy, it works and combined with newly designed Nikon autofocus of Focus Tracking as well) that is incorporated inside the lens. Designed for fast and quiet operation, AF-S Nikkor lenses are designed with the pro in mind, those who shoots sports and other fast-action events.

dawie
27th April 2010, 03:40 PM

aku bkn nk bg sape2 terasa pon bro...aku pon pengguna D3000..lg rendah spec dr D5000...aku just ckp berdasarkan apa yg aku rasa jer..sbb tu aku ckp pandangan peribadi..tp,maafla kalau ader yg tersinggung..

manik
27th April 2010, 03:51 PM
aku bkn nk bg sape2 terasa pon bro...aku pon pengguna D3000..lg rendah spec dr D5000...aku just ckp berdasarkan apa yg aku rasa jer..sbb tu aku ckp pandangan peribadi..tp,maafla kalau ader yg tersinggung..

ooo mcm tu...kalu begitu boleh la aku tambah racun kat en. dawie pulak....supaya lebih terasa.... d5000 tu dah nak sama taraf d90 sebenarnya...cuma kekurangan built-in motor je dan kelebihan lcd boleh bukak

manik
27th April 2010, 03:59 PM
lari tajuk dah ni...hehehe...sori

dawie
27th April 2010, 04:06 PM
ooo mcm tu...kalu begitu boleh la aku tambah racun kat en. dawie pulak....supaya lebih terasa.... d5000 tu dah nak sama taraf d90 sebenarnya...cuma kekurangan built-in motor je dan kelebihan lcd boleh bukak

aku nk beli D90 nnti...walaupun ko ckp same taraf,tp rugi aku nk kena spend byk duit disebabkan xde motor punye psl..hehe...^_^

shearazi
27th April 2010, 04:17 PM
sokong dawie..d90 dh murah ni..sian kat user d3k n d5k ...at one time they'll feel forced to upgrade..

dawie
27th April 2010, 04:42 PM
Sape2 yg nk beli lens 35mm cpt2 beli hari nie...

WTS Nikon D5000 + 18-55mm Kit set, SC 5XXX only CD 9.8/10 Nikon AF-S 35mm F1.8 RM580 CD 9/10 , Nissin Di622 Flash for Nikon CD 7/10 RM330 Pls call 016-3036137 no sms pls cod at KL/Pudu. - keon (keon002@gamil.com) <keon002@gamil.com>

http://www.mir.com.my/rb/photography/ftz/index.php

Murah gila..aritu aku tgk RM650 paling murah org nk jual dlm forum nie..Tp,dh ader org booking lak..tu yg wt aku nk tukar body D90..sbb mahal kalau nk beli yg br..

Mende nie bkn aku yg jual..aku tlg letak link jer..

alangmada
27th April 2010, 04:45 PM
betul tu dawie ...
baik angkat D90 trus ...
aku skrg nie belum ada money extra jer nak tukar body ..
tu skrg slow2 nak angkat lens yg mampu ...

dawie
27th April 2010, 04:46 PM
betul tu dawie ...
baik angkat D90 trus ...
aku skrg nie belum ada money extra jer nak tukar body ..
tu skrg slow2 nak angkat lens yg mampu ...

Ko try kol mamat yg aku letak kt atas tu..ok beb harganya...

alangmada
27th April 2010, 04:54 PM
Selalunya org akan tanya,lens mana yg sesuai,camera apa yg sesuai..N Jawapan yg sama jugak yg akan dijawab yakni,apa tujuan ko beli camera..Suka2 / Hobi , Nak buat job dan sebagainya..

Pada pendapat aku sbg newbie,aku suggestkan ko tolak jer body ko tu..katakan dpt RM 1500, Ko just tambah lg RM 900 utk dptkan body D90.Body D90 dlm RM2400 cmtu..50mm f 1.8 dlm RM400 ...total br RM 1300.

Kalau ko beli 50mm f1.4 dh dkt RM1900..dh dapat jimat RM600 + Dpt body D90.
Kalau beli 35mm just dpt guna lens tu sahaja...Harga pon lebey kurang RM850..Dengan tambahan RM450 lg ko dh boleh dpt 50mm + body D90.

Katakan nk beli tele,boleh amek yg xde built-in motor..
Cthnya,Nikkor 70-300mm br RM 450

Tp,disebabkan ko guna D5000,ko kena amek lens yg ader built in motor..
AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm F4.5-5.6G IF-ED | MYR 2,050.00
Link 1 (http://www.ylcamera.com.my/product.php?pageid=1&prodbrowseid=91&prodbrowse_cp=1&prodbrowse_of=4&prodbrowse_order=0)

Nikon AFD Zoom-Nikkor 70-300mm F4-5.6G | MYR 550.00
Link 2 (http://www.ylcamera.com.my/product.php?pageid=1&prodbrowseid=86&prodbrowse_cp=1&prodbrowse_of=4&prodbrowse_order=0)

P/s : Sekadar pandangan peribadi aku...otai2 sila betulkan jika terdapat kesilapan dan kekeliruan..

pandangan ko tu ok juga tapi tak berbaloi lah kalo setakat dpt RM1500 D5k tu, beli pun dlm RM2800 ..

beli baca balik nie ..
rasenya nak let go jer D5000 aku nie, angkat D90 plak ..
boleh RM2000 dh kira ok juga, lagipn pakai tak sampai pn setahun lagi ...

dawie
27th April 2010, 05:02 PM

xdela..kn aku ckp KATAKAN..hehe..aku xtau brape harge org tolak..lgpon aku tolak complete set D3000 dlm RM1600..tu pon dh kira mahal..hehe..tp,aku bg filter,bag nikon tu,lens pen,lens hood,aku shoot kn engagement die nnti,bg lg 100pcs 4R + Sticky Album...

Kira aku dh rugi dh tu..tp,mmber punye psl..xde hal la..hehe...
Ko ader 2 option,sama ada jual complete set or jual body saje..lens leh guna kt D90 nnti...Tp,aku xde choice..Sbb D3000 dh jatuh merundum kaw2 harganya skg nie..Body br dlm RM 1400 jer..complete set br RM1780 cmtu..

LOOKING FOR USED D5000 BODY ONLY. NO BATT GRIP,OR KIT LENS... PLS OFFER ME BY SEND MAIL TO kw_5129@hotmail.com - ONG (kw_5129@hotmail.com) <kw_5129@hotmail.com>

Budak nie nk cari body saje..tp,die xde letak no fon lak..ko try la email die..

alangmada
27th April 2010, 05:19 PM
Nikon AF-S 35mm F1.8 RM580 CD 9/10 Pls call 016-3036137 no sms pls cod at KL/Pudu. - keon (keon002@gamil.com) <keon002@gamil.com> <<< cod KL lah plak nie ...
boleh percaya tak nie dkt trade zone ...
murah sgt nie ...

dawie
27th April 2010, 05:30 PM
Nikon AF-S 35mm F1.8 RM580 CD 9/10 Pls call 016-3036137 no sms pls cod at KL/Pudu. - keon (keon002@gamil.com) <keon002@gamil.com> <<< cod KL lah plak nie ...
boleh percaya tak nie dkt trade zone ...
murah sgt nie ...

Patutla..ko dok jauh..hehe..aku dok kt puchong jer..^_^

Dewangga
27th April 2010, 11:14 PM
Biar saya pulak yg explain:

Bezanya paling ketara ialah 'angle of view'. Utk 50mm angle-of-view ialah lebih-kurang 35 darjah manakala 50mm ialah 46 darjah. Angle-of-view ialah keluasan sudut pandangan yg boleh dilihat oleh kamera. Dan kalau bercakap pasal lens, selalunya orang refer dgn focal-length (24mm, 35mm, 50mm, 75mm dsbnya). Dan ianya juga dikait rapat dgn 'magnification-factor'.

Lens ada 2 kategori. Satu fixed-focal (yg macam 24mm, 50mm tu lah, Yg focal-lengthnya satu saja). Juga di panggil sebagai 'Prime-Lens'. Dan satu lagi ialah variable-focal-length atau sering dipanggil dgn zoom-lens.

50mm tu biasanya org panggil normal lens kerana julat darjahnya 46 darjah yang tiada memberi kesan distortion. Kadang-kadang org panggil juga sebagai standard lens. Dan lagi kalau kita kira dimensi filem kamera 135mm (atau 35mm atau full-frame sekarang ni) 24mm x 36mm, akan memberi ukuran melintang (diagonal) 43mm atau hampir kepada 50mm.

Untuk kamera 35mm (full-frame) normal lens nya ialah 50mm. Sebabnya ialah pada zaman filem dahulu lens 50mm ini yang selalu dibekalkan semasa membeli kamera baru. Sekarang tak lah.

Apa-apa focal-length bawah dari 35mm dipanggil wide-angle lens. Apa-apa yang lebih dari 80mm dikategorikan sebagai telephoto lens.

(DIATAS ADALAH UNTUK SENSOR FULL FRAME)

Untuk ketahui apakah lens normal untuk kamera anda? Kali lah dengan crop-factor sensor.

1.8 tu pulak ialah f-number atau f-Stops untuk satu-satu lens, 1.8 adalah lebih luas dari 2.4 dan harganya juga lebih mahal. F-stops yang paling luas ialah f/1.0 ,. Kalau dapat memang best sangat.

Untuk pengetahuan : Lens yang dibuat oleh syarikat pembuat kamera sering dipanggil sebagai marked-lens. Contoh Canon, Nikon, Pentax dsbnya. Manakala lens yang dibuat oleh syarikat yang tidak buat body kamera dipanggil independent-maker atau third party maker. Jenama-jenama terkenal ialah Carl Zeiss, Sigma, Tokina dan Tamron.

Satu perkara yang harus di ambil kira semasa membeli lens. Tanya apa tujuan. Nak buat ape. Sebab setiap lens ada fungsi tertentu. Seperti lens untuk potret berbeza dengan lens untuk product-shot.

Harap ok ....... tq.

CgSir
28th April 2010, 12:36 AM

Maaf, menganggu....

Itu yang saya mark biru betul ke salah? Rasanya tersilap taip kot.

Dewangga
27th July 2010, 12:53 AM
Betul tersilap taip...

Sepatutnya begini ::: Untuk lens 50mm, kalau digunakan pada FF kamera (sensor saiz lebih-kurang 24mmx36mm) akan memberikan angle-of-view 46.8mm secara melintang (dengan 39.6mm secara mendatar dan 27mm menegak). Angle of view ialalah keluasan pandangan.........

Terimakasih kerana membetulkan. Itulah akibat kalau tak tukar cermin-mata.

harummanis
27th July 2010, 10:32 AM
salam semua sifu semua, saya nak buat pertanyaan la.. apa perbezaan antara 35mm1.8 dengan 50mm1.8 harap-harap sifu semua dapat membantu

Bro, nak guna untuk kamera jenis apa (model)? Dan, bro cadang nak beli kah, untuk guna snap gambar apa?

Amphotography
27th July 2010, 02:24 PM
Sekarang nie guna nikon D90 dan buat pengetahuan semua saya dah sambar dah dua2 nyer sekali (35mm ngan 50 mm), utk snap gambar apa tu tak leh nak ckp la coz saya bukan profesional photographer just suka2 ajek tapi kedua2 lens tu memang puas hati la..setakat nie..

PeLaris
28th July 2010, 12:48 AM
Biar saya pulak yg explain:

Bezanya paling ketara ialah 'angle of view'. Utk 50mm angle-of-view ialah lebih-kurang 35 darjah manakala 50mm ialah 46 darjah. Angle-of-view ialah keluasan sudut pandangan yg boleh dilihat oleh kamera. Dan kalau bercakap pasal lens, selalunya orang refer dgn focal-length (24mm, 35mm, 50mm, 75mm dsbnya). Dan ianya juga dikait rapat dgn 'magnification-factor'.

Lens ada 2 kategori. Satu fixed-focal (yg macam 24mm, 50mm tu lah, Yg focal-lengthnya satu saja). Juga di panggil sebagai 'Prime-Lens'. Dan satu lagi ialah variable-focal-length atau sering dipanggil dgn zoom-lens.

50mm tu biasanya org panggil normal lens kerana julat darjahnya 46 darjah yang tiada memberi kesan distortion. Kadang-kadang org panggil juga sebagai standard lens. Dan lagi kalau kita kira dimensi filem kamera 135mm (atau 35mm atau full-frame sekarang ni) 24mm x 36mm, akan memberi ukuran melintang (diagonal) 43mm atau hampir kepada 50mm.

Untuk kamera 35mm (full-frame) normal lens nya ialah 50mm. Sebabnya ialah pada zaman filem dahulu lens 50mm ini yang selalu dibekalkan semasa membeli kamera baru. Sekarang tak lah.

Apa-apa focal-length bawah dari 35mm dipanggil wide-angle lens. Apa-apa yang lebih dari 80mm dikategorikan sebagai telephoto lens.

(DIATAS ADALAH UNTUK SENSOR FULL FRAME)

Untuk ketahui apakah lens normal untuk kamera anda? Kali lah dengan crop-factor sensor.

1.8 tu pulak ialah f-number atau f-Stops untuk satu-satu lens, 1.8 adalah lebih luas dari 2.4 dan harganya juga lebih mahal. F-stops yang paling luas ialah f/1.0 ,. Kalau dapat memang best sangat.

Untuk pengetahuan : Lens yang dibuat oleh syarikat pembuat kamera sering dipanggil sebagai marked-lens. Contoh Canon, Nikon, Pentax dsbnya. Manakala lens yang dibuat oleh syarikat yang tidak buat body kamera dipanggil independent-maker atau third party maker. Jenama-jenama terkenal ialah Carl Zeiss, Sigma, Tokina dan Tamron.

Satu perkara yang harus di ambil kira semasa membeli lens. Tanya apa tujuan. Nak buat ape. Sebab setiap lens ada fungsi tertentu. Seperti lens untuk potret berbeza dengan lens untuk product-shot.

Harap ok ....... tq.

Maaf, menganggu....

Itu yang saya mark biru betul ke salah? Rasanya tersilap taip kot.

CgSir
28th July 2010, 06:47 AM
Maaf, menganggu....

Itu yang saya mark biru betul ke salah? Rasanya tersilap taip kot.

Aik... Quote tu samer jer ngan lagu aku. Terkejut gak. Memula ingatkan post aku. Kenapa warna biru tu berpindah tempat lain?

Oh, Rupanya Abam Pelaris pakai gak body sigma yer. 2nd body ker?

Tak hingat pun sigma ader body gak ekk?

malek
28th July 2010, 09:16 AM
salam semua sifu semua, saya nak buat pertanyaan la.. apa perbezaan antara 35mm1.8 dengan 50mm1.8 harap-harap sifu semua dapat membantu

Kalau untuk perbezaan am.. antara 35mm dan 50mm, beza cuma viewing angle sahaja. Kita dapat capture gambar dengan view yang lebih luas dengan 35mm berbanding dengan 50mm, dengan syarat kedua2 lens tu digunakan pada format sensor yang sama..

Kalau nak lihat dari segi teknikal yg detail.. macam2 boleh kita cerita.. seperti distortion. Secara logicnya 35mm akan lebih banyak distortion dari 50mm. Tapi dari segi praktikalnya.. distortion tu tak nampak pon. Nak beza gambar shot antara 35mm dan 50mm pon payah, nampak sama je.

Tapi kalau cakap pasal Nikon lens sahaja.. setahu saya kalau 50mm f1.8 ialah Nikkor AF 50mm f1.8D dan 35mm f1.8 ialah Nikkor AF-S DX 35mm f1.8G.. iaitu 50mm boleh guna untuk DX dan full frame sensor tapi 35mm tu design untuk DX sensor..

Mainly, guna 35mm pada DX sensor ialah untuk dapat viewing angle macam 50mm kalau guna full frame.
Sebab tu nikon ada keluar baru 35mm f1.8 DX manakala yang lama ialah 35mm f2 D.. bolah guna pada dua2 DX dan full frame.

Semak betul2 mana satu nak beli.. kalau anda guna full frame, maybe 35mm DX tak derapa sesuai, baik beli 35mm f2 sahaja.. Kalau anda guna DX camera.. tak pe, kedua2 lens nie boleh consider..

:)

mozakim
28th July 2010, 09:20 AM
Maaf, menganggu....

Itu yang saya mark biru betul ke salah? Rasanya tersilap taip kot.Betul tu bro Pelaris, SIGMA bukan sahaja keluarkan lenses, SIGMA jugak ada keluarkan body dSLR, penah ada review dalam Digital Magazine gak sebelum ni.

malek
28th July 2010, 10:12 AM
Satu shot dengan 35mm f2, satu lagi dengan 50mm f1.4.. :D

http://farm5.static.flickr.com/4105/4835871923_d1545184c0_b.jpg

http://farm5.static.flickr.com/4125/4835871697_d801ca34f9_b.jpg

CgSir
28th July 2010, 10:23 AM
Nice pic. Pic yang atas tu guna aperture kecik ker?

JemeyPhoto
28th July 2010, 10:28 AM
betul la Doc. Lawa gambar tu. pakai flash gun ke atau ada sumber lighting lain?

azmizi
28th July 2010, 10:45 AM
betul la Doc. Lawa gambar tu. pakai flash gun ke atau ada sumber lighting lain?

nmpak cam guna flash sebb bawah dagu takde bayang2 sgt

malek
28th July 2010, 10:53 AM
Thanks..

Dua2 gambar ada guna flash.. off camera..
Dua2 gambar shot at widest apature tu.. at f1.4 dan f2

:)

mozakim
28th July 2010, 11:03 AM
Wide open tows... powerut giler detail & kaler ... :)

CgSir
28th July 2010, 11:07 AM
detail kat belakang tu pun sharp. Tak der crop ker?

JemeyPhoto
28th July 2010, 11:18 AM
Doc. Pakai body D3S kan ni?

raden
28th July 2010, 11:24 AM
Ada beza la....

35mm f/2 = wide angle + aperture kecik --> DoF besar. Background jauh pun masih agak sharp.
50mm f/14 = normal angle + aperture lebih besar --> DoF kecik. Rumput yg dekat tu pun blurr..

Kalau pada aperture sama pun, 35mm akan lebih besar DoF berbanding 50mm.

malek
28th July 2010, 11:27 AM
detail kat belakang tu pun sharp. Tak der crop ker?

Kalau crop untuk mendapatkan composition.. tak de..

50 n 35 nie dah agak sempit dah.. tak banyak buleh crop.. :D

Doc. Pakai body D3S kan ni?

D3 je.. bukan D3s..

JemeyPhoto
28th July 2010, 11:35 AM
D3 je..bukan D3s..

silap. Sorry doc. Bila doc nak buat outing lagi? tak sabar nak join ni.

malek
28th July 2010, 11:51 AM
Shoot menggunakan widest apature, eg. f1.4 to f2, kena beri perhatian lain sedikit sebab in akan hasilkan DOF yang cetek.. shallow DOF.

Cuba tengok 2 contoh gambar yang saya upkan tu..

Gambar 1 guna 35/2 shot at f2.. hujung kaki awek tu dah nampak blur..
Gambar 2 guna 50/1.4 shot at f1.4.. tapi almost all subject clear.. iaitu in DOF..
So nampak DOF at f1.4 lagi lebih dari f2
Mungkin ada yang kata pasal subject distance kan.. shoot guna 35mm mesti kena datang lebih dekat pada subject compare dengan guna 50mm.. so 35mm akan bagi DOF lagi cetek.. Tapi kalau tengok praktikalnya.. distance tu tak banyak beza sangat pon..

Antara perkara yang menyebabkan benda nie berlaku ialah positioning of the subject..

Gambar 1 tu subject lebih serong atau diagonal sedikit manakala gambar 2 tu subject agak sama tepat dengan focal plane camera..

Just agak mana2 yang sesuai dan apa yang kita nak..
Tepuk dada tanya selera..

malek
28th July 2010, 11:54 AM
silap. Sorry doc. Bila doc nak buat outing lagi? tak sabar nak join ni.

Outing? nanti la, lom ada free time lagi la..

CgSir
28th July 2010, 11:58 AM
Kalau crop untuk mendapatkan composition.. tak de..

50 n 35 nie dah agak sempit dah.. tak banyak buleh crop.. :D

D3 je.. bukan D3s..

Ooooo full frame, patut ler. Ingat body crop cam aku nyer. Tu yang bengong skit mikir tu. Sorry doc. Tak mampu lagi pakai kamera tu.

Dewangga
28th July 2010, 03:18 PM
Ya betul sigma ada buat body sejak awal 60an lagi. Main bedal sedal nulis..... sigma, tokina, tamron, vivitar..... Terimakasih kerana membetulkan. Kesilapan besar kalau kita menyebar 'ajaran sesat' atau 'maklumat sesat'.... Nanti jurufoto-jurufoto baru akan terkeliru.

TERIMAKASIH

PeLaris
28th July 2010, 04:06 PM
itu bukan ajaran yang menyeleweng, hanya sedikit kesilapan kecil
gara-gara menaip lupa pakai spek.. :)

Sigma, Tokina, Tamron,dan Vivitar tu boleh dikatogerikan dalam independent
sebab sambutan kepada bodinya kurang berjaya.

selain orang panggil fixed, standard, normal atau prime lens
ada juga org gelarkannya " single-lens "

Dewangga
28th July 2010, 04:20 PM
(single-focal lens) :)

Dewangga
28th July 2010, 04:35 PM
Perbezaan 35mm dan 50mm
Angle of view (diagonally) untuk full frame:

Lens 35mm = 53.1 (vertical:27 horizontal: 54.4)
Lens 50mm = 34.4 (vertical:16.1 horizontal:39.6)

Perbezaan dalam 18.7 sahaja.

Perbezaan lain ialah pada max aperturenya, kualiti glass yg digunakan serta kualiti binaan lens.

TERIMAKASIH