View Full Version : Peperiksaan Fotografi
mito7
31st July 2006, 11:23 AM
aku ada ujian untuk fotografi kat putrajaya sebab sebelum ni aku ada apply dengan spa........
ni ringkasan surat menduduki ujian........
surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yg aku dah ringkaskan.......
tuan/puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AHLI FOTOGRAFI (GRED B17)
15 Ogos 2006
seksyen A 9.00 pagi - 10.00 pagi
seksyen B 10.30 pagi - 11.30 pagi
tempat:
Dewan Serbaguna
Kementerian Pengangkutan
Aras B2, Blok D 10B, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62512 Putrajaya
.....................
Panduan peperiksaan khas memasuki perkhidmatan ahli fotografi gred B17
Bahagian 1 Bertulis
Seksyen A - pengetahuan am & asas fotografi
a) pengetahuan am
i) dasar-dasar kerajaan
ii) kenegaraan
iii) ehwal semasa
b) asas fotografi
i) kamera
ii) filem
iii) cahaya
iv) warna
v) Prinsip dan elemen komposisi
vi) peralatan dan bahan
masa: 1 jam
soalan: 60 (aneka pilihan)
seksyen B - analisa gambar
soalan2 g ditanya adalah berkaitan dengan penganalisaan 4 keping gambar yang disediakan dan merangkumi aspek2 berikut:
i) komposisi
ii) mesej
iii) teknik fotografi
masa: 1 jam
soalan: 1 (wajib dijawab)
NOTA: hanya calon yg lulus bahagian 1 (bertulis) akan dipanggil untuk menghadiri bahagian 2 (Amali)
....................
itulah sikit lebih kurang surat yg aku dapat........
mintak tolong le apa yg patut......... terutama pengetahuan am.....
kalau soalan pilihan tak kisah sangat....... hentam sajalah.......
boleh bagi lokasi.......... aku dari melaka, kemudian masuk menghala ke subang jaya/batu 3........ boleh bagi aku peta nak gi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan kat putrajaya..... aku tak pernah ke sana.....
harap kawan2 dapat membantu.........
dinictis
31st July 2006, 11:58 AM
Good luck bro.. semoga berjaya... 1st time dengar peperiksaan fotografi ni...
ardif
31st July 2006, 12:02 PM
dari melaka..... masuk ikut tol kajang je... then ikut signboard ke putrajaya... pastu cari signboard ke 'pusat pentadbiran kerajaan' menghala ke persiaran sultan salahuddin dan akan nampk nanti bangunan2 pentadbiran kerajaan.. bermula ngan parcel Z, parcel E (yg bangunan merah berbata) diikuti Parcel D, C B iaitu Jab. Perdana Mnnteri seterusnye ke Dataran Putra / Masjid Putra.
kalau peta...... lagi mudah, aku ada. tapi.. meh bagi aku faks no.. kang aku faxs kan....
bab lokasi jek boleh bantu.
selebihnye.. tataw
.
risya
31st July 2006, 12:08 PM
dr melaka.. terus masuk tol kajang. dari situ dah ada signboard putrajaya. ikut je signboard tu..
dah masuk putrajaya, cari signboard Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan..
parcel d ni kat dpn roundabout besar putrajaya, kalau bro pernah sampai putrajaya, caranya sama mcm nak pegi mesjid putrajaya.. cuma b4 sampai tu.. kalau perasan.. bangunan ni mcm bangunan block kayu.. warna coklat.. kementerian pengangkutan ni bangunan belakang.. rasanya kena park kat luar.. then leh tanya kat pak guard kat situ..
Seksyen A - pengetahuan am - yg ni tak silap ada buku.. kena tanya dgn kawan2 bro yg keja goverment ni.. kalau melaka ni.. cuba tanya sis marcia.. dia keja goverment.. kalau tak pun, cuba serve website spa..
map.. bleh dpt kat google earth.. or org putrajaya blh tolong kot..
risya
31st July 2006, 12:12 PM
blh rujuk map kat sini.. http://www.abcmalaysia.com/maps/putrajaya_map.htm
taip je apa kemuskilan kat google.. insyaAllah dpt..
gudluck then
mito7
31st July 2006, 12:28 PM
terima kasih kerana membantu....... aku ni kamera pun tak ada.... nak belajar jadi fotografer..... kamera lama adalah dah tersimpan, lama tak pakai..... EOS 888........
saja2 je mintak keje kerajaan......... boss dah suruh cari keje lain... bisnes merosot sikit.......
aku test 15 ogos, tapi 14 akan akan ke subang dulu, tido sana.......
maybe 14 tu nak servey tempat...... jadi 15 ogos tu senang le sikit......
tak ada member2 lain ke yg dapat macam aku ni??
tanya sikit........ dari tol kajang ke pusat pentadbiran kerajaan tu baper jauh??
mito7
31st July 2006, 12:34 PM
dari melaka..... masuk ikut tol kajang je... then ikut signboard ke putrajaya... pastu cari signboard ke 'pusat pentadbiran kerajaan' menghala ke persiaran sultan salahuddin dan akan nampk nanti bangunan2 pentadbiran kerajaan.. bermula ngan parcel Z, parcel E (yg bangunan merah berbata) diikuti Parcel D, C B iaitu Jab. Perdana Mnnteri seterusnye ke Dataran Putra / Masjid Putra.
kalau peta...... lagi mudah, aku ada. tapi.. meh bagi aku faks no.. kang aku faxs kan....
bab lokasi jek boleh bantu.
selebihnye.. tataw
.
sama ke peta yg rakan2 bagi ni??
http://www.abcmalaysia.com/maps/images/putrajaya_map.jpg
kalau lain, boleh faks kat aku........ 06-2684196 ........ sama no. tipon/fax...... tapi fax terus je pun boleh......
saya_maju
31st July 2006, 02:05 PM
tanya sikit........ dari tol kajang ke pusat pentadbiran kerajaan tu baper jauh??
dari tol kajang ke Putrajaya tu dalam 3-4 kilogram je... op salah.. 3-4 kilometer je.. tp kalau jalan kaki tu jenuh juga lah panas2 tu..
kalau nak budget murah naik bas aje dari ke KL, KL ke putrajaya...
nanti kawan lain boleh membantu u kut...
kak subang tu rumah siapa? abang ke saudara ke??
mungking dia orang boleh membantu kuk...
kalau naik teksi dari KL ke Putrajaya satu hala mau +/- RM 60 kut...
jie171
31st July 2006, 03:15 PM
nak ditolong tur...rasanya x dpt kut kerana Jie sendiri terpaksa bertugas diluar pd tarikh tur....
Dif...cuba intai jadual kerja kut kut boleh kita bantu kawang kita nie...
Cara yg paling senang....
Naik Komuter...turun di Serdang, dari serdang naik bus - 868 or metro 68....minta mereka turunkan U kat komplek kerajaan yg diperlukan.....dari sana..jln kaki aje gi ke komplek tersebut...
But kalau nak survey...dipersilakan dtg...calling2 ler...kut kut boleh kita bantu memberi sedikit ilmu.....
mito7
31st July 2006, 03:21 PM
aku akan ke kampung melayu subang.........
adik aku ada sana........ sedara mara pun ramai........
kira tak jauh la dari tol kajang tu nak gi purtajaya........
aku naik kereta...... tranpot tak ada masalah sangat......
cuma takut sesat je.......
peta pun dah dapat........ rasanya tak ada masalah..........
terima kasih semua..........
nak tanya lagi.............
aku biasa kalau gi subang, aku ikut jalan nak potong yg dekat nilai tu, tuju ke klia, batu 3, subang jaya.........
rasanya ikut situ pun boleh gi putrajaya........ agak2 dari highway tu nak ke putrajaya jauh tak??
jie171
31st July 2006, 04:05 PM
kalau dari subang..why not ikut jalan dari puchong..itu lebih dekat...x payah ikut jalan hiway ke Sremban tur.....ikut puchong tur give and take kalau x jam 30 min aje..but kalau jam kat puchong tur around 1 hrs gak baru sampai
risya
31st July 2006, 04:16 PM
kalau ikut highway klia tu mmg lagi mudah, tapi lbh jauh and tol lbh mahal.. kalau camtu exit bkn kat tol kajang.. exit kat putrajaya.. pastu nak masuk putrajaya dr tol tu jauh gak la.. pemandangannya pun byk hutan dr bangunan..
kalau dr kg melayu subang tu pusing2 jgk kan nak masuk ldp..lgpun LDP pagi2 ni sesak ... tapi kalau g awal2 pagi, rasanya takde masalah.. kalau nak g test kul 9 ni.. mau2 b4 7 dah kena bertolak dr rumah..
zainzubir
31st July 2006, 04:20 PM
dulu auntie selalu sesat, sejak aktiviti FMDC....dah kira luluslah jalan kesana...jika ikut Puchong/LDP..mudah..pastikan bila di Puchong tidak termasuk lorong ke JB...ada dua korner yg selalu keliru, pastikan ambil lorong ke Cyberjaya/Putrajaya (sebelah kiri)....baca singnages insyallah..selepas melepasi tol ke2 , akan melepasi cyberjaya dan kemudian putrajaya. Masuk entrance putrajaya baca signages lagi...perhatikan signage ke arah kementerian/bangunan kerajaan...jgn malu/berat mulut bertanya arah, drive slowly and be aarly for the interview/exam, jika sesat masih ada masa untuk mencari. Good luck... :wink:
mito7
31st July 2006, 04:26 PM
jalan biasa.......... tak baper nak reti......... sesat kang........
dulu masa aku tinggalkan lembah klang tahun 1996, dari s.alam ke puchong jalan kampung je........ skang ni highway sana sini.......... tak pasal2 sesat aku.......
jauh sikit tak pe...... kena tol pun tak pe....... bukan selalu...... sebab perkara penting........
apa2 pun terima kasih semua kerana membantu..........
qmaxgamer
31st July 2006, 06:24 PM
saya keje la time tu, tak dapat nak tlg, tapi yg paling ptg ikut signboard. insyaALLAH akan jumpe. putrajaya senang je..
ardif
31st July 2006, 07:15 PM
ermm mito...
pndapat aku la ek untuk paling mudah ko dpt ke bangunan tu.... disebabkan ko tau dah highway yg klia tu... baik ikut situ jek kalo takut sesat.
kalau dr kg melayu subang nak ke putrajaya kut highway tu paling hampes pun 45minit kan sampai.
kalo rempit cam aku... kurang dr sengah jam dah sampai.
biar jauh sket biar kene tol.. janji mudah sampai ke putrajaya. x pening2.
dr elite / KLIA highway tu.. ko masuk tol putrajaya cyberjaya tu.
lepaskan tol memang view kanan kiri adalah paya or construction area.
terus je... dalam 10 minit ko akan lewati nanti cyberjaya... n last sampai ke putrajaya.... 1st building ko akan nampak untuk maklumkan ko dah berada di Putrajaya adalah belah kiri ko bangunan Hospital Putrajaya.
Masuk susur ke kiri tu SELEPAS MELEPASI bangunan Hospital Putrajaya.
kene ingat tu. sebab ada susur yg memula dia menghala ke Bas stand Putrajaya.
Dan untuk lebih tepat... walo spital belah kiri... tak bermakna ada jalan masuk ke spital dr laluan ko sekarang tu. Dia bukan betul2 sebelah jalan. ok??..
sekang ko refer kat peta yg risya bagi tu...
bila ko dah masuk susur ke kiri tadi lepas nmpk hospital putrajaya tu.. maknanya ko dah berada di atas LEBUH SENTOSA.
flyover pertama ko jumpe adalah susur ke hospital. Abaikan.
flyover kedua ko jumpe... ko naik.. dan turn ke kanan iaitu berada di LEBUH PERDANA BARAT.. ingin menghala ke PERSIARAN PERDANA / PERSIARAN SULTAN SALAHUDDIN...
NAmpak roundabot besar tu kan... dia sehala.... ko teruskan memandu lepasi Taman Botani kat belah kiri tu.. teruskan lagi.... n jgn belok ke mana2.
dan akhirnya akan nampak siognbord PARCEL D kat tepi jalan tu belah kiri ngko.
ko masuk lah situ.
Tanya guard.. mana nak parking.. tunjukkan alamat ko nak interbiu tu.
InsyaAllah dorang ringan mulut nak menolong. Andai kata ko tersasar or terlepas pandang atau terlebih simpang masuk ke Parcel D, PLS PLS PLS........ jgn break ur car n reverse bro.... Bahya.
Seeloknya ko teruskan perjalanan n akan pusing semula roundbot tu dan akan jumpe semula.
Ok?
Aku harap penerangan aku membantu.
Sebab masa hari kejadian, aku ada course minggu tu kat luar wilayah...
so x dapat membantu tunjuk jalan setepat2nya.
gud luck ye.
ape2 hal signboard tunjuk arah ada.
n print siap2 peta tu...................... jgn tertinggal kat rumah plak. he he
.
jie171
31st July 2006, 07:50 PM
ops....cukup lengkap...kalau sesat ler jugak...x reti nak bantu lagi
PeLaris
31st July 2006, 07:51 PM
bantu larR kak jie.. ;P
jie171
31st July 2006, 07:54 PM
bantu...bole cikgu...but Jie pd masa tur kat KL....ade seminar kena attend...lain ler kalau boss kata...U stay at the office....then baru ler bole cilok
mito7
1st August 2006, 09:31 AM
terima kasih pada kengkawan semua yg bagi penerangan panjang lebar....
apa2 pun sehari sebelum aku akan servey dulu....... jadi time aku ambik test tu, tak ada le kelam kabut sangat.......
terima kasih sekali lagi...........
sayangmama
2nd August 2006, 03:41 PM
mito, bila ko mintak keja ni? dah lama aku usha jawatan nih dlm kerajaan. aduiii
HBZ
4th August 2006, 05:11 PM
asalamualaikum mito7
Hang cuba guna google earth, dowload dan install, boleh nampak putrajaya dan KL
buttet
4th August 2006, 05:26 PM
aku ada mtk kat spa tyue...tapi dia xpaggei kot..degree aku apo..bukan fotografi..
mito7
7th August 2006, 10:35 AM
mito, bila ko mintak keja ni? dah lama aku usha jawatan nih dlm kerajaan. aduiii
aku pun lupa bila aku mintak........ rasanya hujung tahun lepas.... isi borang online kat SPA........
ada le 2,3 jawatan aku mintak...... aku kalau boleh nak mintak line komputer, tapi yg panggil fotografi, hentam saja la....... memang minat fotografi, tapi kamera tak ada.... poket tak mengizinkan.......
saya_maju
7th August 2006, 10:51 AM
mito, bila ko mintak keja ni? dah lama aku usha jawatan nih dlm kerajaan. aduiii
aku pun lupa bila aku mintak........ rasanya hujung tahun lepas.... isi borang online kat SPA........
ada le 2,3 jawatan aku mintak...... aku kalau boleh nak mintak line komputer, tapi yg panggil fotografi, hentam saja la....... memang minat fotografi, tapi kamera tak ada.... poket tak mengizinkan.......
kalu macam tu kita pakat gadai lah moto merah kat gambar sebelah tu ye... kuang2 kuang2... :lol: :lol: :lol:
mito7
8th August 2006, 10:09 AM
mito, bila ko mintak keja ni? dah lama aku usha jawatan nih dlm kerajaan. aduiii
aku pun lupa bila aku mintak........ rasanya hujung tahun lepas.... isi borang online kat SPA........
ada le 2,3 jawatan aku mintak...... aku kalau boleh nak mintak line komputer, tapi yg panggil fotografi, hentam saja la....... memang minat fotografi, tapi kamera tak ada.... poket tak mengizinkan.......
kalu macam tu kita pakat gadai lah moto merah kat gambar sebelah tu ye... kuang2 kuang2... :lol: :lol: :lol:
hua hua hua hua hua.........
motor merah aku dah lama gadai dah............. skang ni pakai kapcai je.....
mito7
16th August 2006, 11:57 AM
terima kasih kepada semua.........
semalam mito dah selamat duduk ujian photografi kat putrajaya....... terima kasih kerana membantu tentang jalan nak ke sana.......
mintak maaf tak dapat jumpa kengkawan sebab kena balik cepat ada keje kat seremban......
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.