PDA

View Full Version : FotoKlinik @ Fotopages Malaysia



dome
13th August 2006, 09:09 PM
Perhatian kepada semua ahli FMDC, pihak FMDC telah melancarkan satu lagi perkhidmatan baru untuk manafaat semua ahli.Perkhidmatan atau ruangan ini di panggil FOTOKLINIK,

FOTOKLINIK berkonsepkan 'hantar dan komen', di mana anda semua boleh menghantar gambar anda yang di rasakan 'terbaik' untuk di komen oleh panel yang terdiri dari profesional di dalam bidang photography.
antaranya adalah :

- arthur teng
- zainal abdul halim
- kamarulzaman russali
- ted adnan


Cara menghantar gambar


1) Semua gambar hendaklah di hantar kepada moderator selewat-lewatnya pada pukul 12 malam setiap hari jumaat.

2) Gambar yang terpilih berserta komen dan kritik dari pakar-pakar akan di letakkan di ruangan photoklinik pada jumaat berikutnya.

3) Hanya penyertaan dari ahli berdaftar di laman FMDC akan diterima.

4) Setiap ahli hanya dibenarkan menghantarkan satu gambar bagi setiap penyertaan.

5) File Format: JPEG (.jpg)

6) File Size: tidak melebihi 180 KB (183,600 bytes).

7) Dimension: ukuran dimensi tidak kurang dari 400 pixels atau melebihi 700 pixels.

8 ) Exif data mestilah ada bersama setiap gambar yg dihantar.

9) Tiada hadiah bagi penyertaan ini. Cuma, gambar anda akan di pamerkan di dalam laman FMDC dan anda akan memperolehi "review" atau komen dari sekurang-kurangnya 2 pakar.

10) Emailkan kepada - fotoklinik@fotopages.com.my


*ruangan ini akan di kendalikan oleh saudara azmanshah @ papaman.


sebarang kemuskilan sila ajukan persoalan.terima kasih.

dinictis
13th August 2006, 10:07 PM
Satu lagi saluran yang bagus untuk kita belajar dan menambah pengetahuan dalam bidang photography. Semoga Fotoklinik ini akan mendapat sambutan dan feedback yang mengalakkan dari semua. Congrats to Mr. Dome and all the profesional judges...

fathinz
13th August 2006, 10:09 PM
cayalah dome... best nih... boleh ubati gamba2 kite dgn dose2 yg best....

aji
13th August 2006, 10:20 PM
perteguhkan iman, sucikan ibadat, muliakan akhlak,
perbaiki lagi foto kita di fotoklinik fmdc :D

.

qmaxgamer
13th August 2006, 10:21 PM
aahlaa.. mmg satu lagik idea yg bernas utk kite menambah pelajaran dgn lebih efisyen..

nazats
13th August 2006, 11:17 PM
nak cube jugak la camnie...

aji
14th August 2006, 02:41 AM
diharapkan fotoklinik ni
dapat memajukan kita semua di sini
bukan niat nak condemn gambar ke hapa k

ilmu yang berkat tu
bila ada yang niat mengajar dan belajar
dan ilmu yang kita sampaikan kat orang
insyaAllah tak berkurang pun
malah Allah akan tambah
atau topup dalam bahasa sekarang :D

yang penting
jangan ada niat "aku lebih baik dpd engkau"
sebab tu la dosa pertama masa Allah nak ciptakan manusia
apabila syaitan berkata "aku lebih baik daripada Adam"

.

dinictis
14th August 2006, 02:42 AM
setuju sangat tu Bro Aji... sama-samalah kita tingkatkan ilmu yang ada...

cgmulia
14th August 2006, 07:12 AM
yeah.. you rock babay!!!!!!!!!!!

eh.. apasal aku nih???

jom submit gambar

zainzubir
14th August 2006, 07:31 AM
saya sebenarnya takut pergi klinik...tapi klinik nih cuma prescribe ubat jer kan?dia tak cucuk macam dokterr kan??okay...saya cuba nanti buat assignment dan hantar...(byk janji buat assignments tapi belum ada masa yg sesuai...) :cry:

kudean
14th August 2006, 07:31 AM
boleh mintak MC tak kat sini ?!!

azryshah
14th August 2006, 08:22 AM
tahniah saya ucapkan, satu lagik aktiviti yang menarik dari FMDC... :lol:

dome
14th August 2006, 09:59 AM
cepat2 hantar gambar .untuk menjadi orang pertama rasmikan gambar di fotoklinik

Darmansyah
14th August 2006, 10:01 AM
cepat2 hantar gambar .untuk menjadi orang pertama rasmikan gambar di fotoklinik

aku antar leh tak dome?

dR ali
14th August 2006, 11:26 AM
Alhamdulillah... molek amat usaha murni dome nih... tahniah... :D
FMDC memang beh...

Lily
14th August 2006, 11:34 AM
time kasih encik katak :D jasa baikmu jangan lupa penyu satu untuk lulu :P

heroMak
14th August 2006, 11:58 AM
saya jadi orang pertama.. hero sanggup kena tembak.. kekekke

http://www.fotopages-malaysia.com/albums/memacam/DSCN5965.jpg

Tajuk: Kering.

Gambar ni saya amik pakai PnS. No post editing kalu tak silap.
Gambar ni bukan terbaik dari saya, maybe ada koleksi yg lebih baik. Cuma gambar ini pernah diiktiraf sebagai yg terbaik di sini satu masa dulu. Sapa yg iktiraf? Hm.hm.. hehehhehe hehe.. seorang yang bukan juri profesional...cuma seorang yang ikut sedap mata n hati jek..(dia sendiri yg kata gitu..)

aminorazmi
14th August 2006, 12:13 PM
email laaaaaaaaa bro!!

heroMak
14th August 2006, 12:14 PM
ooo... silap ker?

AyAres151
14th August 2006, 02:14 PM
aiyak....gelojoh btol heromak ni...hehehee...kasik email itu sama pentadbir sana tu..hehehehee...

erm..menarik idea nih... marilah sama2 kita menghantar gambar... erm....kena balik umah pilih2 gambar ni...

1 pertanyaan bleh ke?


2) Gambar yang terpilih berserta komen dan kritik dari pakar-pakar akan di masukkan di laman fotoklinik pada jumaat berikutnya

erm.. berapakah gambar yang akan terpilih utk di review setiap jumaat di sini daripada semua jumlah gambar yg disubmit oleh ahli pada setiap sblmnya tu?

aji
14th August 2006, 02:25 PM
yares
kalau tengok kat juri yg baru ada 4 orang tu
dont expect too much
mungkin 1 je yg terpilih dalam minggu tu
mungkin jugak 20 gambar

yg penting kita hantar dulu & tengok camana
aji pun lom hantar lagi ni :D

kalau ada idea best best tu jangan lupa la bagitau
southern ni selalu banyak idea

.

AyAres151
14th August 2006, 02:45 PM
tq aji coz tlg jwb...saja tanya coz nk hanya tau jer... tak expect byk pun sbb kita tau rata2 berkomuniti ni cuma hobby, kadang2 masa tak mengizinkan jugak kan..semuanya sukarela....kalau 1 jerk terpilih pun takpe Aji...

wokies..nnt nak try antor satu ketol...kena tunggu jumaat nnt la yerk...

yanicd
14th August 2006, 02:56 PM
ya anto anto ..jgn tak anto.....adusss foto saye tgh sakit neh..nak gi klinik sat...dr.dome ade dak neh...
(kene start wat assignment blk nih..lame giler dah tak wat....isk isk )

dome
14th August 2006, 06:50 PM
gambar kita akan pilih satu sahaja bagi setiap minggu..jika penyertaan menggalakkan kita akan lebih kerap update.itu pun bergantung juga kepada panel pengkritik nanti.

ewannn
31st August 2006, 01:21 PM
yang lain semua faham...cuma apa makna EXIF DATA perlu disertakan?

dinictis
9th October 2006, 01:24 PM
Just nak tanya... Progress Foto Klinik ini.... kerana saya ingin mengirimkan gambar namun hingga kini masih lagi belum ada thread yang berkaitan diwujudkan. Thanks.

abahwafi
18th October 2006, 11:30 AM
Apa perkembangan klinik ni yer? Ramai dah "pesakit" menunggu-nunggu :roll:

risya
15th November 2006, 11:18 AM
ada apa2 berita ke klinik ni??

rhymeregim
17th November 2006, 04:35 PM
"8 ) Exif data mestilah ada bersama setiap gambar yg dihantar."

err..exif data tu mendee?

Luie
17th November 2006, 04:45 PM
Exif data tu ialah.. Ntah la.. Nak terangkan pun tak tau cammaner.. :P