View Full Version : distortion pada lens canon 17-40Ll lens
dirgahayu_layu
21st June 2010, 08:42 PM
salam,.
saya nak tanya bagi yg pernah mengunakan lens 17-40 f4 L lens canon...
untuk mengambil gambar potraiture atau model bagaimana untuk mengawal DISTORTION lens nih..maksudnya nak buang distort....atau sememangnya lens ni sukar utk mengwal distort..harap ada yg dpt membantu & dpt xplain more bout this lens...
soalan tamabahan...canon 24-105 sesuai tak untuk digunakan for wedding maksud sy pada focal 24mm cukup wide tak utk dijadikan kit lens...
tq
Dewangga
27th July 2010, 12:09 AM
Tuan pakai kamera apa? Kalau kamera crop 1.6, lens tu akan memberi tuan 27.2 -64mm. Untuk ambik potret dan tak nampak distortion sangat, jangan terlalu dekat dgn subjek. dan guna focal-length yg paling panjang (64mm atau 40mm tuh).
Untuk potret, lens yang baik ialah antara 70-150mm. Dan 24-105mmm tersebut bagus juga untuk wedding (cuma takder yang f/2.8). Kalau guna kamera crop 1.6, 24mm akan memberi 38.4mm yang tak berapa wide. Jadi elok ada EFS 10-22mm. Baru puas hati buat kerja.
(Pembetulan. tuan cakap ......... 24mm cukup wide tak utk dijadikan kit lens..... Untuk pengetahuan kit-lens ialah lens yang dibekalkan sekali dalam kotak semasa kita mula-mula beli. Ada juga org faham kit lens ialah 15-55mm dan sebagainya. Jadinya term kit-lens dah berubah serta mengelirukan. Harapnya term kit-lens difahami dengan baik)
TERIMAKSIH.
mattdarods
16th August 2010, 01:40 PM
Kalau pakai Full Frame ,lens 24-105L memang sesuai dibuat wedding sebab dah cover jarak terbaik untuk potret dan model cthnya 50mm dan 85mm. Selain tu, 24mm focal length pun dah cukup wide kalau wedding kat rumah atau dewan sederhana. Pada jarak 100mm plak boleh try main makro walaupun lens ni tak sesuai utk shoot makro kekeke. At least adalah backup utk close up photo bunga ke kek ke....Kalau pakai APSC format rasanya tak sesuai. Baik pakai 10-22 ngan 18-200.Tapi terpulanglah pada shooter.
Lens 17-40L punya distortion boleh dirawat sewaktu post process.Tapi pada saya too minimum to brag about kut.
Just my 2 cent
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.