View Full Version : Exiff Metadata
AyAres151
28th September 2005, 09:23 PM
Ada members yang bertanya.. jadi ese bukak la topic ni..agar saper2 lagi yang mungkin taktau..bleh la baca2.. nanti ese ajarin cara2 camne nak tgk exiff metadata nih..
EXIF Information
EXIF stands for Exchangeable Image File Format. Exif is a variation of JPEG, used by almost all digital cameras to record extra interchange information to image files as they are taken. Here you can find information and specifications on EXIF as well as software for reading, extracting, and editing Exif data.
- dalam ertikata ringkas lagi mudah.. kat Exiff Metadata.. ada la maklumat2 seperti bila di snap.. ISO, Aperture, Shutter Speed..
Focus Length.. dan macam2 lagi..
Maklumat lanjut..lawat sini..
http://graphicssoft.about.com/od/exifinformation/
AyAres151
28th September 2005, 10:03 PM
Ada 3 cara yang bleh saya kongsi di sini..
1. Menggunakan software ACD See
- Buka file imej yang anda ambil menggunakan digital kamera anda. Biasanya file dari digital kamera adalah berbentuk JPEG ( Joint Photographic Experts Group ) ataupun TIFF ( Tag Image File Format ).
- Kemudian pegi kepada menu FILE, klik pada Properties.
- Satu kolum Properties di paparkan dan cuba scroll kebawah untuk mencari bahagian Exif Metadata.
- Semua info yang ingin di cari berada di situ.
2. Menggunakan software Adobe Photoshop
- buka satu file imej yang di ambil.
- pegi kepada menu File, dan klik pada File Info ( Alt+Ctrl+I )
- satu windows akan di paparkan. Pada windows ini terdapat menu seperti Description, Camera Data 1, Camera Data 2, Categories, History, Origin, Advanded.
- Pada menu Camera Data 1, terdapat info berkaitan jenama kamera, shutter speed dan lain2 lagi.
- Pada menu Advanced, anda dapat melihat EXIF Properties.
Klik pada submenu.. anda dapat melihat segala info yang di perlukan...
3. Menggunakan Windows XP. ( mungkin juga windows lain. )
- buka folder yang mengandungi foto yang anda rakam.
- klik pada salah satu gambar yang anda ingin dapatkan infonya.
- klik kanan pada gambar tersebut dan pilih Properties.
- Pada windows properties.. terdapat 2 tab iaitu General dan Summary.
- Klik pada tab Summary, dan disitu terdapat button Advanced.
- Klik Advanced dan anda dapat melihat semua info yang anda perlukan...
- info di sini lebih ringkas berbanding dengan info pada software adobe photoshop.. tetapi sudah memadai bg yang amatur.
Sekian untuk hari ini.. semoga ilmu yang sikit dapat di manfaatkan oleh semua..
SELAMAT MENCUBA..!!!
AyAres151
28th September 2005, 10:04 PM
ada penambahan sedikit info di sini utk kengkawan.
Mungkin ado antaro kito dah cubo mencarinyo tapi malangnyo takdo info2 yang diperlukan tu..
jadi.. PERINGATAN di sini...
Data EXIF hanya akan di simpan dalam file photo yang asal iaitu bermakna file yang belum di edit secara extreme lagi.
Caranya.. selepas memindahkan gambar dari kamera digital anda.. cuba anda lihat EXIF data.. sudah semestinya ada.
jika anda melakukan 'resize' atau pengeditan tanpa 'Save As'.. sudah pasti data EXIF masih ada dan tidak terhapus.
Tetapi jika anda sudah melakukan edit seperti 'crop' and paste in new file then save as.. sudah tentu file EXIF sudah hilang.
HARAP MAKLUM..macih..
yokozuna
29th September 2005, 12:21 AM
ni ader maklumat pasal exif metadata gak.
EXIF (http://www.dpreview.com/learn/?/Glossary/Camera_System/EXIF_01.htm)
risya
4th October 2005, 08:32 AM
wah wah.. arigato guzaimasu.. ii bengkyou ni narimashita * eh amie betul ke?!
Exif Information
Model CYBERSHOT
Shutter speed 1/100s
Aperture f5.6
Focal length 24mm
ISO 100
Exposure compensation 0
Flash Did not fire, No red eye reduction
Original 2005:09:25 18:13:54
ayares/amie blh tolong explain ke?
AyAres151
4th October 2005, 01:40 PM
Exif Information
Model CYBERSHOT
Shutter speed 1/100s
Aperture f5.6
Focal length 24mm
ISO 100
Exposure compensation 0
Flash Did not fire, No red eye reduction
Original 2005:09:25 18:13:54
ayares/amie blh tolong explain ke?
Model CYBERSHOT ---- model kamera
Shutter speed 1/100s ---- shutter speed
Aperture f5.6 ----- aperture value
Focal length 24mm ---- focal length time snap that foto
ISO 100 --- using iso 100
Exposure compensation 0 ---- nilai exposure dari shutter+aperture
Flash Did not fire, No red eye reduction --- flash info.. maknanya tak guna flash.. dan tak guna red eye reduction function,..( jika ada )
Original 2005:09:25 18:13:54 --- time di ambil foto tu..time snap.
flluffy
19th October 2005, 05:46 PM
Tapi gambar yang eden amik tak ada tulis pun record pasal ISO kat metadata tu. Camner nak cari data ISO tu?
myusufm
19th October 2005, 07:58 PM
tgk la jenis kamera..kalau kamera tuh bagi data tuh,adelah..kalau tak takde..
flluffy
20th October 2005, 04:33 PM
OOOO gitu ke. Tapi kalau nak tau gak camner?
tembeling
5th November 2005, 07:49 AM
Guys, nak tanya pasal exif ni. Ada ke photo software yg boleh print the exif data terus ke dalam gambar? PS CS2 boleh buat ke? Dah lama pakai PS tapi setakat basic use jela. Thanks in advance. Selamat puasa enam. :D
AyAres151
9th November 2005, 02:26 AM
tak paham soalan tembeling... print exif data dalam gambar?
output printing photo terus ada exiff data atas gambar ker?
rasanya takat nih takde lagi software yang bleh wat gitu..
kena edit ngan photo editor la.. copy exiff tuh dan paste la kat atas photo..kena wat satu persatu..hehehe
taktau la kot ada.. takat ese tau takdo.
tembeling
9th November 2005, 11:10 PM
Betul la. Itu la maksud saya. Mana tahu dgn PS boleh include selected exif data pada frame.
Mazrul
10th November 2005, 07:42 AM
Kalau tak salah ade software boleh print exiff data spt date dan time terus ke gambo. Tapi hanya date dan time aje le. Macam gsmbo zaman pakai filem dulu-dulu.
Tapi exiff nih penting bagi mengetahui data-data terperinci mengenai sesuatu gambar. Masalahnya, apabila sesuatu gambar dah diedit ade data yg tak dicopy balik. Tapi mana lebih berguna...exiff atau histogram?
cgmulia
10th November 2005, 02:14 PM
bg aku 2-2 penting coz masing2 saling melengkapi
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.