View Full Version : Flash Coverage/Jangkauan Flash
HBZ
12th September 2006, 04:09 PM
Ok Topic kali ni ialah Flash Coverage
Dalam situasi dimana ruang adalah terhad, manakala tiada dinding atau silling yang akam memantulkan sebahagian dari cahaya flash, jarak subjek dengan fotographer ialah 10 kaki. Subjek kebanyakan berpakaian kelam (drab color).
Pada sifu-sifu yang handal (terror tak digalakkan), lens apa yang paling sesuai. (wide, super wide, mid-range zoom, high power zoom).
Kemudian jarak subjek dijauhkan lagi (fotographer kena keluar dari kawasan selesa (ada penghalang, kanak-kanak duduk di depan pengacara), sekurang-kurangnya 20 kaki, dimana coverage flash tak mencukupi.
Perlukah lens ditukarkan kepada jarak fokal yang lebih panjang, let say 200 mm, kalau tidak subjek akan jadi kecil.
Apa perlu saya buat, tinggikan ISO, gunakan “flash off camera”, flash dekatkan dengan subjek, tambah flash lagi (tak mungkin).
Situasi ini tidak menggunakan elaborate setup, macam wedding fotograpi, gunakan apa yang ada dan improvise apa-apa yang perlu.
Untuk makluman saya gunakan Nikon SB800, GN 38
Terima kasih.
Soli
PeLaris
12th September 2006, 04:29 PM
mana saya_maju?
PeLaris
12th September 2006, 04:38 PM
hehe..
HBZ, SN tu nama photographer yang femes ke?
gurau je..
SB 800 kan?
cgmulia
12th September 2006, 04:38 PM
a'ah.. kan saya_maju pakar flash!!!!!!!
PeLaris
12th September 2006, 04:41 PM
Standard satu² flash-gun dikira dari kedudukan standard 50mm, bermakna GN untuk SB800 ialah 44 dan bkn 38..
jaggat
12th September 2006, 04:43 PM
Pelaris... saya pun tunggu tip dari saya_maju juga. hehehhehe.
buttet
12th September 2006, 04:45 PM
saya maju we want you da..
buntalshoot
12th September 2006, 04:49 PM
saya_maju... flash dia rosak antar servis...
dia takleh keudara arini...harap maklum... :lol: kekekeke
HBZ
12th September 2006, 04:58 PM
Standard satu² flash-gun dikira dari kedudukan standard 50mm, bermakna GN untuk SB800 ialah 44 dan bkn 38..
Tak tahulah saya Pelaris, GN 38 tu dari Nikon website, kalau GN 44, berapa jangkauan dalam kaki, guna ISO 200, 500, 1000.
Zaman guna filem dulu, saya ada guna flash SB17 pada Nikon FE2, GN dia 28 kalau tak silap, ASA Filem 100, 200, 400 senang je, kita setkan apperture dalam range jangkauan flash pada ASA tertentu.
Result gerenti bagus, dalam DSLR, kita boleh main dengan dia ISO (ASA), jadi soalan tadi lens yang boleh cover situasi yang terbaik (hasil terbaik) dengan SB800. TQ
engku
12th September 2006, 05:00 PM
saya pon tengah tunggu saya maju ni.
Darmansyah
12th September 2006, 05:12 PM
Dalam situasi dimana ruang adalah terhad, manakala tiada dinding atau silling yang akam memantulkan sebahagian dari cahaya flash, jarak subjek dengan fotographer ialah 10 kaki. Subjek kebanyakan berpakaian kelam (drab color).
kalo jwpan sy tak salah,jika salah tolong perbetulkan...
mungkin saudara boleh up ISO dan gunakan direct flash.jika shadow tlalu keras pada bground,boleh mengurangkan kekuatan cahaya pada body flash saudara.jika subjek jauh dari background,gunakan s.speed 1/250 dan ini akan mendapatkan background gelap dan hanya subjek shj terang.jika ada dua flash.gunakan ianya untk menolong menerangi subjek tetapi flash satu lagi hendaklah di pegang oleh orng lain dan ianya memungkinkan saudara menggunakan assistant photographer.pemahaman mengenai ISO,S.speed & aparture akan banyak membantu saudara untk mendapatkan hasil yg tbaik.
teringin juga sy untk menjawab tp sy kurang faham dengan soalannya.jika kita mengharap saya maju je pon tak guna juga sbb sy rasa melalui topik yg di buka,cerita mengenai wedding photography.mungkin ada diantara korng yg faham n dikalangan wedding photographer boleh menjawab dan untk lebih details soalan ini mungkin juga saudara2 yg join MWPA(lebih arif) boleh jawab serba sedikit.
maaf sy kurang faham dengan soalan.Sy akan cuba memahami dan cuba untk menjawabya lagi.
PeLaris
12th September 2006, 05:18 PM
GN38 untuk ukuran 35mm bkn 50mm..
mengapa nikon guna ukuran 35mm untuk mengukur?
mengapa nikon menggunakan ayat micro dan bukan macro untuk lensa macro?
musti ada sebab..
kalo nak diterangkan disini memang panjang nar...
di muka surat 42 dalam manual SB800 tertera rajah penuh..
dengan menggunakan ISO 100 kita boleh hafal dengan mudah..
tapi bila menukar kepada berlainan ISO, terpaksa kita guna kalkulator ntuk mengira..
maka, pembahagian campur, tolak, kali dan pelbagai terpakasa menggunakan sifir "ISO Sensitivity Factors" (m/s 43)
p/s : GN akan berkurangan pabila disertai bersama diffuser atau wide-flash adapter atau apa² yang mempunyai unsur penghalang, dihadapan permukaan flash.
buntalshoot
12th September 2006, 07:25 PM
ni soalanG ambe yg dok tahu setaram pong pasal Flash...
ge dia GN (guide number) tu??
PeLaris
12th September 2006, 10:46 PM
kalau bahasa pasar,
kita panggil dia "kekuatan sesuatu flash"..
makin tinggi angka GN, maka makin kuat cahaya dimuntahkan..
flash katang...
;)
lampu studio pulak tidak dipanggil GN, tapi joules
ko guano wan eii..
aji
13th September 2006, 03:39 AM
boleh ke kita buat kelas flash bebila
ala secara informal ke
atau mintak darmansyah bagi assignment
baru lebih faham kot
menarik HBZ tanya tu sbb aku pun tak paham sangat
laporpo
watakungsik
.
ismarizalismail
13th September 2006, 08:08 AM
waaa....
makin aku baca makin takut jadik nyer....
satu hapa pon tatau neh...
tolong!!!
bubba
13th September 2006, 09:16 AM
Sefaham saya mengenai Jangkauan Flash ni ... ianya di ukur dalam unit GN (Guide Number)
Guide number sesuatu flash itu dinyatakan pada manual atau spesifikasi flash tersebut. Saya kurang ariff mengenai GN flash jenama lain tetapi bagi jenama Canon, Guide Number Speedlite Canon adalah:
- 550EX = GN55 = 55 meter
- 580EX = GN58 = 58 meter
- 420EX = GN42 = 42 meter
GN, atau guide numger ini, adalah jarak maksimum sesuatu flash elektronik mampu mencahayakan subjek pada aperture f/1.0 dan filem/sensiviti sensor pada ISO100. Sebagai contoh, Flash Canon 580EX dengan GN58 mempunyai jangkauan sejauh 58 meter jika kamera di aturkan pada aperture f/1.0 dan ISO100.
formula umum ialah:
(jarak sabjek) x f/stop = GN
seperti contoh yang saya beri diatas,
GN = 58 = 58m (jarak) x (f/stop)
jika kita olah formula tersebut secara algebra,
f/stop = GN/(jarak sabjek)
Jikalau kita menggunakan manual setting untuk flash, kita boleh mengapplikasikan formula ini untuk pengiraan aperture.
contoh:
Saya mempunyai flash yang mepunyai GN42, sabjek berada pada jarak 5 meter. Untuk menentukan aperture yang perlu digunakan:-
f/stop = 42/5 = 8.4 .... lebih kurang f8.
Jikalau sabjek berada lebih dekat dengan flash, daya pengcahayaan akan bertambah maka kita perlu mengurangkan saiz aperture. contohnya pada jarak 3 meter:-
f/stop = 42/3 = 14 .... maka setting aperture perlu diletak pada f/14 (atau paling hampit dgn setting yg ada pada kamera anda)
Saya berharap ini sedik sebanyak dapat membantu anda memahami mengenai GN pada alat denyah elektronik (elektronic flash) anda.
OK sekarang kita lihat pada kawalan ISO pula.
Seperti ynag saya terangkan di atas GN adalah jangkauan flash pada ISO100 dan f/1.0. Bagi Kamera Nikon misalnya yang ISO bermula pada ISO200. Ini bermakna, sensitiviti sensor adalah 1-stop lebih dari ISO100. Maka pada ISO200, kita perlu "compensate" untuk 1-stop tersebut. Oleh itu aperture yang harus digunakan adalah f/1.4
Seterusnya jika ISO adalah ISO400, kita perlu compensate 2-stop dari f/1.0. Sekarang, setting aperture perlu ditukar kepada f/2.0.
Saya harap ini menjawab soalan2 yang dikemukakan mengenai GN dan Jangkauan Flash
Sekian
bubba
13th September 2006, 09:30 AM
Errrr .... amacam saya_maju ..... ada betul ka saya punya explanation.
Darmansyah
13th September 2006, 09:32 AM
sy rasa penerangan pelaris & bubba sudah mencukupi dengan details segala pengiraannya skali.
thanks bubba.
zainzubir
13th September 2006, 09:42 AM
thank you bubba...dah banyak kali bubba explained dgn kak zain, tapi bila ditulis sebegini baru kak zain faham bebetul, I really appreciate it thank you once again....
ini kerja kursus yg kak zain cuba buat untuk pastikan bebenar faham, tolong betulkan jika salah ya :wink:
Saya mempunyai flash yang mepunyai GN42, sabjek berada pada jarak 11.5 meter. Untuk menentukan aperture yang perlu digunakan:-
f/stop = 42/11.5 = 3.65 .... lebih kurang f5.6-bukaan apperture tertinggi kits lens (.kits lens apperture bukaan tertinggi 4.5 or 5.6??..jika 4.5, maka f stop dia di f4.5)
Jikalau sabjek berada lebih dekat dengan flash, daya pengcahayaan akan bertambah maka kita perlu mengurangkan saiz aperture. contohnya pada jarak 2 meter:-
f/stop = 42/2 = 21 .... maka setting aperture perlu diletak pada f/20 (kits lens sampai f20 jerkan?)
Bagaimana pula jika guna lens 16-35 yg punya f stop dari 2.8???boleh apply juga ke??
terima kasih.
bubba
13th September 2006, 09:51 AM

aperture f/3.5 coleh digunakan pada focal length 18mm on the kit lense. Kalau zoom sampai 55mm mmg betul aperture setting kena gi minimun kamera boley handle at f/5.6 tetapi pengcahayaan akan sedikit under. Solution .... kita bergerak dekat sikit dengan sabjek
Menganai lens f/2.8 tu, tidak menjadi masalah. Kalau tak silap saya, aperture utk lens kak zain tu boleh dititup pada f/29 .... tak pun f/32 pada focal length 35mm.
zainzubir
13th September 2006, 09:54 AM
YEY..I did it right!! (sambil senyum lebau sampai tinga...)
thnaks bubba...nanti kerja kursus ISO buat kendian..sibuk skit.. :wink:
bubba
13th September 2006, 10:01 AM
errr ... kak zain ... saya ada edit sikit jawapan saya diatas untuk menerangkan yang kitlens boleh bukak aperture pada f/3.5 pada focal length 18mm ....
tapi secara keseluruhan saya rasa kak zain faham ....
zainzubir
13th September 2006, 10:41 AM
oo...ok...(tunduk skit termalu...) apa2 pun mmg dah faham sedikit dan boleh eksen ngan anak dan hubby... :wink: (kadang2 kesian gak kat mereka, bila kak zain explain tang f stop ke menda, macam diorg blank..maklumlah bukan minat mereka....tapi biasalah kak zaing brani ekseng dgn mereka jer...salah pun bukan diorgtau... :oops: )
HBZ
13th September 2006, 10:57 AM
Terima kasih Darmansyah, PeLaris dan bubba. You all are wonderfull. Saya akan kemukakan lebih banyak soalan-soalan berbentuk teknikal berkaitan FSLR dan terutamanya DSL.
Auntie Zain, pun sudah banyak memberi idea (ide) dan contoh, yang bernas (bukan beras bernas ye).
Anyway thanks you all.
Untuk komen dan beri pendapat bersama bersama, 2 shot yang tak menyelerakan. Tulun beri komen dan penambahbaikan.
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1327.jpg
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1346.jpg
buntalshoot
13th September 2006, 11:00 AM
gambar bro.HBZ tu nampak under laa...
kekuatan flash cam tak kuat...
apa2pun... adik dua orang yg dapat hadiah tu comel2 belaka... :lol:
ikanmasin
13th September 2006, 11:02 AM
bro bun..dah nama comel beach resort.. mesti ler comel2 belaka... hehehehehee
HBZ
13th September 2006, 11:05 AM
Tal. Tulah saya dah katakan. Photographer (sayalahtu kah, kah, kah, perasan), kena keluar dari kawasan selesa. Lagi satu tiada elaborate setting seperti strobelight dan reflector umbrella, hanya guna 1 flash sahaja. Jarak subjek lebih kurang 15 ke 20 kaki. Guna I-TTL Balance Fill (kalau tak silap)
Nama je Comel beach resort, comot adalah, but anyway tak kisah matlamatnya menyabut hari keluarga dah tercapai, next time gi tempat yang lebih comel dan ceria.
zainzubir
13th September 2006, 11:11 AM
HBZ aunty beriya2 naktahu hal flash bukan apa...maslah yg sama..semua gelap2 jer bila ambil waktu dlm hall atau malam...under low light. Images HBZ kira okeng juga..aunty punya byk jadi macam goyang (aisay macam hantu senang cakap)...sebab apa eik??siapa boleh tolong try cuba explain??
HBZ
13th September 2006, 11:23 AM
Okay Auntie Zain, amacam upload gambar-gambar yang tak menyelerakan (ni term saya). kita kongsi bersama-sama dan berikan pendapat yang boleh kita gunakan.
Yang ini gambar yang saya kira menyelerakan (boleh tahan da - pada saya)
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1359.jpg
mungkin pada sifu-sifu pro tidak, mana kita tahukan, kita sama-sama belajar dari kesalahan, kita perbaiki kelemahan kita dan kita manafaatkan.
Cuba perhatikan bro baju merah tu, ada iras-iras sapa kot.
mercizwa
13th September 2006, 11:34 AM
kalu bab2 kelemahan foto n kesalahan... yg aku tau saya_maju memang terer....... mana dia x komen2 lagik nih....
PeLaris
13th September 2006, 02:17 PM
HBZ,
semua gambar tu dah betul dedahannya kalo ikut kiraan bacaan kamera...
pic 1 <---- penggunaan f/8 at 1/80 sec + -0.3 stop exp. comp. (mmg hasil sedikit under)
pic 2 <---- penggunaan f/7.1 at 1/80 sec + -0.3 stop exp. comp. (jua sedikit under)
pic 3 <---- penggunaan f/8 at 1/80 sec + -0.3 stop exp. comp. ( ya, under sedikit)
ketiga tiga gambar menggunakan standard lens 50mm..
ISO tak kira berapa, kalo mlm camni, perlahankan sedikit shutter speed kepada paling rendah 1/30 sec indoor + flash dan exp. comp. , setkan pada kedudukan 0.0
:)
jie171
13th September 2006, 02:20 PM
itu dia cikgu dah berikan penjelasan.....
PeLaris
13th September 2006, 02:22 PM
chaq kak jie..
kikiki...
;)
jie171
13th September 2006, 02:31 PM
Cikgu nie dah OT...nak main chak2 le pulak...gi ruangan suara hati tur...situ boleh main chak2....
Darmansyah
13th September 2006, 02:41 PM
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1327.jpg
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1346.jpg
kalo tak silap sy,ETTL cuba membaca jarak secara automatik kepada subjek matter dan akan memberitahu flash untk melimpahkan berapa kuat cahaya yg akan dikeluarkan.sedikit kemungkinan,ETTL saudara cuba membaca permukaan silver pada audio yg menyambungkan microfon model berbaju belang kuning dan dibelakang model bertudung kuning.semestinya permukaan silver ini yg akan normal exposed dan yg lain akan menjadi under exposed.ETTL akan mengira subjek matter yg dirasakan putih dan patut menerangi.dalam situasi begini photographer perlu berhati2 dan cuba up naik kan sedikit EV pada flash atau pon body camera untk flash mampu menerangi subjek matter yg kita mahukan.
cikgu pelaris & bubba,ada komen pasal jawapan sy?
jie171
13th September 2006, 02:43 PM
nak tau jugak yg nie.....
bubba
13th September 2006, 02:56 PM
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1327.jpg
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1346.jpg
kalo tak silap sy,ETTL cuba membaca jarak secara automatik kepada subjek matter dan akan memberitahu flash untk melimpahkan berapa kuat cahaya yg akan dikeluarkan.sedikit kemungkinan,ETTL saudara cuba membaca permukaan silver pada audio yg menyambungkan microfon model berbaju belang kuning dan dibelakang model bertudung kuning.semestinya permukaan silver ini yg akan normal exposed dan yg lain akan menjadi under exposed.ETTL akan mengira subjek matter yg dirasakan putih dan patut menerangi.dalam situasi begini photographer perlu berhati2 dan cuba up naik kan sedikit EV pada flash atau pon body camera untk flash mampu menerangi subjek matter yg kita mahukan.
cikgu pelaris & bubba,ada komen pasal jawapan sy?
Ya, saya setuju dengan cikgu Darmansyah. Saya ada sedikit lagi penambahan pada penerangan cikgu Darmansyah ....
Flash metering ETTL boleh memberikan bacaan yang tidak tepat. Cara ETTL berfungsi adalah dengan mengeluarkan pre-flash yang mana lensa kamera menggunakan pre flash tersebut untuk membuat penggiraan flash exposure. Jika kita perhatikan disini, kain rentang atau banner yang digantung (yang ada tulis "penerbit UPM" tu) mempunyai permukaan yang perkilat/glossy. Pemantulan pre-flash oleh banner tersebut telah mempengaruhuu bacaan ETTL. Perkara yang sama juga boleh berlaku jika ada permukaan berkilat lain pada latarbelakang, contohnya tingkap atau panel kaca.
Disebabkan oleh pemantulan cahaya sebegini, kebanyakan para professional masih menggunakan flash meter pada subject untuk mendapatkan kawalan pengcahayaan yang lebih baik.
HBZ
13th September 2006, 03:06 PM
Thanks to Darmansyah, bubba dan PeLaris dan lain-lain (nanti tak sebut takut kecik hati lak)
Good explaination, kemunkinan besar preflash SB800 memberikan bacaan salah untuk camera mengira flash output untuk exsposure.
Aunti zain, mana imej yang you katakan tu, kita orang tunggu ni.
Darmansyah
13th September 2006, 03:13 PM
Good explaination, kemunkinan besar preflash SB800 memberikan bacaan salah untuk camera mengira flash output untuk exsposure.
SB 800 tidak salah kerana ianya hanya membaca pada subjek terang seperti putih,berkilat seperti silver apabila setting pada ETTL.Jika diterangi pada subjek yg kita nak seperti orang(model),akan terjadi over exposed pada gambar silver saudara.kesimpulannya,photographer mesti berkomunikasi dengan kamera dan flash dengan baik dan akan dapat result yg baik.Kemudahan pada DLSR,tembak dan lihat telah banyak membantu kita memudahkan lg photography untk mendapatkan result yg terbaik jika dibandingkan dengan FSLR(tembak,proses dan lihat).Dan untk makluman saudara2 semua.melalui pengalaman sy,
GAMBAR AKAN 1/2stop UNDER DARI SKRIN APABILA KITA UPLOAD DI DALAM PC.
bubba
13th September 2006, 03:14 PM
Tambah lagi skets .....
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1359.jpg
Gambar ini tidak berlatarbelakangkan banner yang berkilat seperti yang saya katakan .... pengcahayaan dari flash nampak lebih cerah (saya andaikan saudara HBZ tidak mengenakan compensation tambahan pada flash exposure)
.
malek
13th September 2006, 03:22 PM
Dalam keadaan seperti dalam gambar yang saudara HBZ berikan,
bagaimana kalau kita gunakan mode slow sync dan/atau rear curtain flash?
untuk mendapatkan keseimbangan cahaya pada subjek dan persekitaran, terutama background, seperti dalam keadaan gambar contoh di atas, kadang2 agak payah sedikit..
kudean
13th September 2006, 03:33 PM
aku nak ucapkan terimakasih la kat yang menanyakan soklan .. dan cikgu cikgi yang memberi penjelasan .. selama nie mmg blur2 klu psl flash .. lepas arie nie .. insya allah, tambah lagi pengetahuan yang dibawak balik .. wlupun blum khatam abis ilmu flash .. byk lagi yang perlu ditimba ..
amiiin
HBZ
13th September 2006, 03:37 PM
Tambah lagi skets .....
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1359.jpg
Gambar ini tidak berlatarbelakangkan banner yang berkilat seperti yang saya katakan .... pengcahayaan dari flash nampak lebih cerah (saya andaikan saudara HBZ tidak mengenakan compensation tambahan pada flash exposure)
.
Yes you are right bubba, good point there. Gambar ni tidak di"crop", bermakna it remain the way it is. (speaking pulak - menyampah). Komposisi imej muat-muat dalam CCD. Apa yang dipantul oleh subjek, telah dikira dengan tepat oleh sensor-sensor flash dan kamera.
To malek, idea "mode slow sync dan/atau rear curtain flash?" belum cuba lagi. tolong beri tunjuk ajar.
Terima kasih (stail alleycat), bye
bubba
13th September 2006, 03:39 PM
memang boleh drmalek .... tapi saya sendiri berjaga2 kerana penggunaan shutter speed yang terlalu perlahan mungkin menghasilkan imej yang kabur. Rear curtain flash mungkin boleh "freeze the moment" tetapi kalau sabjek juga bergerak gambar tetap blur.
dengan menggunakan shutter yang lebuh rendah .... lebih banyak masa diberikan untuk cahaya persekitaran (ambient light?) untuk direkod atas sensor. Saya tak der contoh gambar sekarang tapi hopefully yg ini membantu ...
http://imageserver4.textamerica.com/user.images.x/81/IMG_410781/_1229/T520051229023205992.jpg
walaupun panning, flash tidak dapat mem'freeze"kan action tersebut, tetapi slow shutter menyerlahkan latarbelakang dalam dewan makan.
HBZ
13th September 2006, 04:45 PM
Wow, something new. Thanks bubba.
zainzubir
13th September 2006, 05:05 PM
Agak2 ada yg sudi beri practical guidance tak?? :roll: Masa tt kurang sesuai sebab hiruk pikuk mengganggu concentration...jika ada satu sesi malam "bermain dgn flash" kan baguih..kita buat ala2 ekspedisi burung hantu gitu, bawa torchlight...tentu menarik kan? :lol:
PeLaris
13th September 2006, 06:04 PM
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1327.jpg
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1346.jpg
kalo tak silap sy,ETTL cuba membaca jarak secara automatik kepada subjek matter dan akan memberitahu flash untk melimpahkan berapa kuat cahaya yg akan dikeluarkan.sedikit kemungkinan,ETTL saudara cuba membaca permukaan silver pada audio yg menyambungkan microfon model berbaju belang kuning dan dibelakang model bertudung kuning.semestinya permukaan silver ini yg akan normal exposed dan yg lain akan menjadi under exposed.ETTL akan mengira subjek matter yg dirasakan putih dan patut menerangi.dalam situasi begini photographer perlu berhati2 dan cuba up naik kan sedikit EV pada flash atau pon body camera untk flash mampu menerangi subjek matter yg kita mahukan.
cikgu pelaris & bubba,ada komen pasal jawapan sy?
mmg tul tu abam darman...
pabila satu² lampu flash terlampau cerdik, dia akan berfikir, benda yang putih, licin, berkilat dan memberi pantulan, sudahpun mempunyai dedahan yang cukup.. jadi, simbahan yang diberi amat sedikit..
masaalah ini digelar "tricky situations or tricky lighting"..
sperti abam darman tulis, kita perlu berhati hati dan peka pada situasi sebegini..
;)
p/s : merujuk hanya kepada e-ttl, i-ttl & auto mode sahaja. normal ttl tiada masaalah..
PeLaris
13th September 2006, 06:47 PM
Tambah lagi skets .....
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/DSC_1359.jpg
Gambar ini tidak berlatarbelakangkan banner yang berkilat seperti yang saya katakan .... pengcahayaan dari flash nampak lebih cerah (saya andaikan saudara HBZ tidak mengenakan compensation tambahan pada flash exposure)
.
kikiki..
HBZ tersilap tersilap setting kot atau terlupa set " back to normal" ...
:) :) :)
Model = NIKON D70s
Exposure Time = 1/80"
F Number = F8
Exposure Program = Manual
Exposure Bias Value = -0.33EV
Metering Mode = Pattern
Flash = Flash fired, auto mode, return light detected
Focal Length = 50mm
Exposure Mode = Manual exposure
White Balance = Manual white balance
Digital Zoom Ratio = 1x
Focal Length In 35mm Film = 75mm
Contrast = Soft
Saturation = Normal
Sharpness = Normal
**** di sini menunjukan aperture sedikit kecil, s/s mungkin terlalu laju dan paling penting, exp.compensation diset kepada -0.3 stop step..
HBZ
14th September 2006, 03:27 PM
Thanks PeLaris.
Baru perasan, exposure compensation -0.3 stop. Patutlah gambar gelap. Sebelum tu ada ambil gambar sunset, konon nak dapatkan desired effect. Pas tu lupa nak setkan balek kepada asal 0.0. Anyway nasib baik digital, exif dia semua in detail.
Thanks again PeLaris
PeLaris
14th September 2006, 07:52 PM
U r welcome HBZ..
kdg² -0.3 tu, efeknya under/over susah gak nak kesan pada gambaR...
;)
engku
15th September 2006, 09:54 AM
[quote="Darmansyah"][quote]
mungkin ada diantara korng yg faham n dikalangan wedding photographer boleh menjawab dan untk lebih details soalan ini mungkin juga saudara2 yg join MWPA(lebih arif) boleh jawab serba sedikit.
[quote]
Saya rasa ada nada "sarcastic' di dalam ayat di atas. Syabas kerana anda anak MElayu!!
dinictis
22nd December 2006, 03:04 PM
Thanks for the info regading flash ni... bab flash ni mmg masih lagi saya komfius terutama nak guna setting yg ada pada flash. Alhamdullillah saya baru saya berpeluang memiliki Speedlite 580ex dan dari pengamatan saya, sangat banyak function yang perlu dipelajari. Ni pun masih lagik baca detail manual yg didwnload dari internet. Setakat ni info mengenai GN saya dah fhm sikit-sikit.
1. Nak tanya kalau kita dah ubah EV pada body camera perlu kah kita ubah juga di flash atau kita ubah salah satu pun dah ok?
Kemudahan pada DLSR,tembak dan lihat telah banyak membantu kita memudahkan lg photography untk mendapatkan result yg terbaik jika dibandingkan dengan FSLR(tembak,proses dan lihat).Dan untk makluman saudara2 semua.melalui pengalaman sy,
GAMBAR AKAN 1/2stop UNDER DARI SKRIN APABILA KITA UPLOAD DI DALAM PC.
-----------------------------------------------------------------------------
Darmansyah ->
Nak tanya jika kita tgh buat event dan tidak sempat utk buat tembak,proses dan lihat - dari pengalaman Darmansyah apakah teknik/setting yang selamat semasa mengambil gambar. Kerana kalau kita guna Flash metering ETTL boleh memberikan bacaan yang tidak tepat.
Padan la di PC pic akan gelap sedikit compare di skirn kamera, thanks for the info.
-----------------------------------------------------------------------------
Bubba ->
Pic slow shutter tu menarik. Thank for buat perbandingan penggunaan ETTL pada gambar HBZ tu - bg yg ada silver dan bg yg gelap. Pada mulanya saya tak perasaan lepas tgk betul2x baru nampak.
Anyway thanks kepada semua yg contribute utk thread ni. Harap leh share byk info pasai flash ni.
neudin
22nd December 2006, 03:24 PM
dinictis,
rasanya hamba totaly bergantung kepada histogram kamera, sekiranya bacaan pada histogram menunjukkan under, maka saya akan menaikkan nilai FV (flash compensation), sehinggalah saya berpuas hati dengan bentuk histogram yang saya kehendaki. Jika FV tak mampu menyelesaikan barulah kombinasi antara shutter, aperture dan ISO dikaji semula.
tenno_rz
22nd December 2006, 04:08 PM
yeah...dpt info pasal flash... mekasih yg menanya soalan..dan mekasih gak kat cikgu2 yg memberikan jawapan... hehe..
p/s:erk..bace histogram tu camne lak? ape bentuk curve yg cun hasilnye gambarnyer? single histogram atau rgb histogram?
dinictis
22nd December 2006, 04:51 PM
dinictis,
rasanya hamba totaly bergantung kepada histogram kamera, sekiranya bacaan pada histogram menunjukkan under, maka saya akan menaikkan nilai FV (flash compensation), sehinggalah saya berpuas hati dengan bentuk histogram yang saya kehendaki. Jika FV tak mampu menyelesaikan barulah kombinasi antara shutter, aperture dan ISO dikaji semula.
Just nak tahu, bagaimana bentuk histogram yang bagus. Dari apa yg saya difahamkan kita kena dpt kan curve yang balance bg histogram seperti bentuk bukit, betul ke??? Disini saya ada page screen dari manual canon berkaitan dgn historgram... Boleh neudin jelas kan kombinasi histogram and penggunaan flash supaya kita dapat exposure pic yang bagus. Hope ni belum OT lagi. Thanks.
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/Forum%20FP/01.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/Forum%20FP/02.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/Forum%20FP/03.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/Forum%20FP/04.jpg
zainzubir
22nd December 2006, 05:34 PM
Sam masa auntie attend canon seminar, mat salleh tu ada sebut sebaik2nya baik kiri atau kanan (box) jgn cecah benda hitam yg berbentuk bukit tu, tapi ada pula yg menyebut, jika lighting dari kanan atau kiri, tentu hendak tidak hendak, mahu tidak mahu histogram tetap akan mencecah/berbentuk lebih tinggi dari mana cahaya itu datang..nak dapat bukit tetenagh mmg tidak akan dapatnya... wallahualam...betul atau salah tak tauler, tapi ituler yg aunty igt... :wink: tapi bisalah standard hanty kamu ni, hantam auto jer..lelebih lagi kan tahu tang connection dgn flash..janji flash fire dah happy... :oops:
dinictis
22nd December 2006, 05:42 PM
Thanks Auntie... saya rasa apa yg Auntie ckp tu macam dlm pic no 3 tu... kalau dilihat betul2x kiri dan kanan tu tak cecah hujung. Ni nak tunggu rakan-rakan yang lain bagi pendapat mereka... getting interesting topic ni hehehehe
tenno_rz
27th December 2006, 09:55 AM
aku rasa kan.. kite kene wat experimen flash n bace histogram nie sesama.. baru senang nak paham.. sbb, bace histogram nie, komplikated... subjektif mende nih..
*note:pening tgk histogram.. yg kaler kuning.. yg sRGB lagi la pening..
neudin
27th December 2006, 11:27 AM
dinictis,
rasanya hamba totaly bergantung kepada histogram kamera, sekiranya bacaan pada histogram menunjukkan under, maka saya akan menaikkan nilai FV (flash compensation), sehinggalah saya berpuas hati dengan bentuk histogram yang saya kehendaki. Jika FV tak mampu menyelesaikan barulah kombinasi antara shutter, aperture dan ISO dikaji semula.
Just nak tahu, bagaimana bentuk histogram yang bagus. Dari apa yg saya difahamkan kita kena dpt kan curve yang balance bg histogram seperti bentuk bukit, betul ke??? Disini saya ada page screen dari manual canon berkaitan dgn historgram... Boleh neudin jelas kan kombinasi histogram and penggunaan flash supaya kita dapat exposure pic yang bagus. Hope ni belum OT lagi. Thanks.
Salam, utk bro.dinictis dan kawan2 yang saya sanjungi sekalian.
untuk mendapatkan histogram yang bagus semuanya adalah bergantung kepada jenis mana teknik pengcahayaan yang kita mahu. Adakah teknik pengcahayaan yang kita mahu tersebut berbentuk low-key? High Key? Silhoutte? dan sebagainya. Jika pemahaman tentang bentuk lighthing telah kita faham, maka mudahlah untuk kita cuba membentuk dan memahami bentuk2 histogram yang kita kehendaki.
Tidak semestinya histogram berbentuk bukit menepati bentuk histogram yang kita mahu. Kadangkala, histogram berbentuk jurang menurun menepati pengcahayaan yang berbentuk low key manakala histogram yang berbentuk jurang mendaki menepati pengcahayaan yang berbentuk high key. dibawah ini saya sertakan beberapa bentuk histogram utk panduan anda. InsyaAllah, jika kita faham yang ini, tidak mustahil kita mahir menggabungkan ISO, Shutter dan Penggunaan Flash untuk menghasilkan exposure yg betul(maaf, cuma lakaran saja yg dapat saya berikan utk panduan)
http://xs510.xs.to/xs510/06523/histogram.gif
jika ada salah dan silap, saya mohon maaf, mungkin rakan2 lain boleh perbetulkan. saya sketching histogram di atas berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya semata2. jika betul, syukur alhamdulillah,ilmu yg saya ada telahpun dapat saya kongsikan bersama rakan2 yg saya hormati sekalian.
norazly
27th December 2006, 12:16 PM
Abam Pelaris... Bulehlah kita jemput buat kelas Flash dekat Jerteh?.....
dinictis
27th December 2006, 06:05 PM
Salam, utk bro.dinictis dan kawan2 yang saya sanjungi sekalian......
jika ada salah dan silap, saya mohon maaf, mungkin rakan2 lain boleh perbetulkan. saya sketching histogram di atas berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya semata2. jika betul, syukur alhamdulillah,ilmu yg saya ada telahpun dapat saya kongsikan bersama rakan2 yg saya hormati sekalian.
Thanks for the info and diagram ni Neudin... really appreciate... saya dah print and akan compare dgn bahan yg lain... hope kawan-kawan yg lain akan memberi info yg berkaitan hal ini... byk yg kita kena pelajari... thanks again...
tenno_rz
27th December 2006, 10:47 PM
erm.. maaf.. OT sket.. sapa penah gune SB-27?
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.