View Full Version : TABUNG BERSAMAMU FMDC | Dayang Misah
AyAres151
2nd November 2006, 10:01 PM
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Berhubung cadangan awal dari Rafi di >SINI< (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?t=2511&start=0) , pihak atasan dan semua warga FMDC menyambut baik dan seterusnya menyerahkan amanah kepada pihak FMJC untuk menguruskan tabung tersebut. Dan dengan ini pihak FMJC bersetuju untuk menyanjung amanah yang diberi dan akan menguruskannya.
Oleh itu, sebarang sumbangan ke Tabung Dayang Misah boleh di hulurkan terus ke account berikut :
JANGKA MASA SUMBANGAN : 03 NOV 06 - 15 DIS 06
TARIKH PENYERAHAN : 17 DEC 06
----------------------------------------------------------------------------------
TABUNG DAYANG MISAH - FMDC
Bank : Maybank
Account No : 1640 5232 4682
Name : Noor Aziani binti Muhamud ( Bendahari FMJC - Yanicd )
'Sekiranya ingin' hantarkan bukti or pemberitahuan tentang sumbangan anda, boleh PM or berhubung terus melalui :
1. AyAres
H/P : 012-734 2474
Email : imayus(AT)yahoo.com
2. Yanicd
H/P : 012-630 2654
Email : spanic_cd(AT)yahoo.com
SERTAKAN : - ( rasanya tak perlu kot. )
Nama / Nick :
Jumlah Sumbangan :
Tarikh & Masa :
Jika perlu : No Transaction or scan of slip ( rasanya tak perlu kot. )
------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang sumbangan samada diberitahu atau tidak akan di update dari semasa ke semasa dengan melihat baki terkini akaun Tabung Dayang Misah yang mana telah di kosongkan terlebih dahulu oleh bendahari.
JUMLAH SUMBANGAN YANG DI SAMPAIKAN - 17 Dis 06, 6.30pm : RM780.00
" HULURKAN TANGAN MU "
wawacomel
2nd November 2006, 10:03 PM
nah amek tangan neh...nah...amek ar.....dapat tak? :p
AyAres151
2nd November 2006, 10:06 PM
ese gigit karang tangan ekau baru ekau tau...muahahaha...
wawacomel
2nd November 2006, 10:13 PM
akekekekeke........lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii iiiiiiiiiiiiiiii
intanmaria
3rd November 2006, 04:00 PM
baru tahu...
i'allah...apa2..aku YM both of u..
thanks
aji
3rd November 2006, 04:23 PM
ingat nanti masa open house rumah kak jie & didiz
korang boleh derma masa situ
cepat sket eek
.
jie171
3rd November 2006, 04:25 PM
mmg nak buat tur Aji...cuma nak cari bekas aje nie.....
AyAres151
3rd November 2006, 05:21 PM
mmg nak buat tur Aji...cuma nak cari bekas aje nie.....
kak jie...sediakan tempayan labu...kasik penuh satu tempayan..hehehee...
AyAres151
6th November 2006, 09:59 AM
UPDATED.!! :roll: :roll:
Mazrul
6th November 2006, 10:33 AM
Slow aje tabung nih...
Ade sape-sape lagi berhajat nak sedekah duit raya?
Tabung ini masih dibuka utk sumbangan anda!
Ini mungkin masa orang lain, masa kita kita tak tahu...
Bantu seiklas yg boleh, kerana keiklasan itu tinggi martabatnya.
Harap region utara, tengah dan timur dapat promote tabung nih!
"Berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul"
aji
6th November 2006, 10:50 AM
ada sebahagian yang dikutip kat rumah kak jie semalam
nanti aji transferkan eh
yang mana lum bagi lagi tu
boleh la guna maybank2u direct terus ke akaun yanicd
.
Mazrul
6th November 2006, 11:20 AM
Terima kasih kepada yang telah menderma...
Aji..TQ for the update!
Ade sape-sape lagi...;)
cgmulia
6th November 2006, 01:07 PM
lepas exam aku bagi sumbangan sikit....
sempat lagi kan
AyAres151
6th November 2006, 04:59 PM
bleh jer CG...masih sempat...buka hingga 15 Dis iaitu kita akan bagi pada Dayang Misah sekitar 20 Dis...
UPDATED!!
shamabd
6th November 2006, 07:21 PM
Derma la sikit.. Kalau 100 orang RM10 sorang.. kan dah dapat RM1000.00. Kan kan kan kan...
aji
6th November 2006, 07:40 PM
korang yang mana buat wedding lagi best ni
promotkan je dalam iklan pakej korang
Wedding: Full Package RM2,000.00*
*RM1 akan didermakan ke dalam Tabung Bersamamu FMDC
ttthehe
.
dinictis
6th November 2006, 07:52 PM
Done... moga ramai yg menderma lagik yerk...
aji
7th November 2006, 11:31 AM
berapa kutipan semalam ye?
still rm170 ke dah bertambah rm180?
tambah rm10 pun alhamdulillah
ttthehe
.
aji
7th November 2006, 12:01 PM
kastard punya kakzain
pokemon
keypad lock :evil:
.
AyAres151
7th November 2006, 05:48 PM
Sorry for the late update... i'm bery2 bizi today..
UPDATED... RM260
Mazrul
7th November 2006, 06:25 PM
Masih jauh dari target....
Kalau sapa-sapa nak promote kat tempat keja pun boleh...benda baik tak de salahnya...
Dari kita hantar email gambar tak senonoh baik hantar email mohon bantuan macam nih!
Mari-mari membantu mereka yg serba kekurangan!
shamabd
7th November 2006, 07:13 PM
entah la.... kalau pasal derma memang camnie. RM SINGGIT pun susah. Lens ribu leh beli. Melancong oversea leh pergi. Hahahhaa....
AyAres151
7th November 2006, 08:43 PM
entah la.... kalau pasal derma memang camnie. RM SINGGIT pun susah. Lens ribu leh beli. Melancong oversea leh pergi. Hahahhaa....
nasib baik ese tak terasa...muaahaha..sbb takdo lens mahal2..sbb tak penah gi melancong obersea...muahahahaa..
takpo.... slow2..sikit2 lamo2 jadi bukit...lepas bukit dia gunung...
( bukan gunung berkembar tau Sham...muahahahaahahha )
cgmulia
8th November 2006, 03:06 AM
pelan2..
gaji tak masuk lagi tu..
aji
8th November 2006, 10:52 AM
Masih jauh dari target....
Kalau sapa-sapa nak promote kat tempat keja pun boleh...benda baik tak de salahnya...
Dari kita hantar email gambar tak senonoh baik hantar email mohon bantuan macam nih!
Mari-mari membantu mereka yg serba kekurangan!
bagus idea ni mazrul
thanks
.
shamabd
8th November 2006, 04:19 PM
BUMP FOR TODAY
MARI MARI MARI MARI DELEMA MALI MALI
AyAres151
9th November 2006, 12:37 AM
UPDATED FOR TODAY..
RM270
aji
9th November 2006, 11:36 AM
dari staf ofis aji rm110
jap lagi transfer ye
kalau tak transfer duit tu nanti aku joli plak
wakaka
terima kasih kat diorang yang nak menyumbang
dalam tabung ni
.
heroMak
9th November 2006, 11:44 AM
pada sesapa yang rasa payah nak online transfer tu.. pakat2 la weh.. sorang masukkan je..pastu bayar kat dia (samada bayar dulu atau bayar kendian).
sambil TT tu bleh gaks...
kalau pakai duit dividen Maybank bleh tak? ke kira duit 'tak bersih' tu?
Moga dengan sumbangan gini dapat jauhkan diri kita jadi anak yang camtu dan ibu bapak yang gitu..
Anda lembut hati kan?
AyAres151
9th November 2006, 02:39 PM
hati saya lembut bro man.. mudah benar nangis tgk keadaan camnih..nak bantu sorang2, kita tak mampu sangat...sikit2 kumpul ramai2 gini la cara kita bantu... at least kita dalam golongan senang lagi.. mana tahu kan suatu hari kita jatuh dalam golongan susah...mudahan ada yang membantu..
AyAres151
9th November 2006, 03:29 PM
UPDATE!! RM290
AyAres151
11th November 2006, 01:38 PM
BUMP....tiada update terkini... TOTAL masih sama... RM290...
TQ
shamabd
11th November 2006, 01:47 PM
BUMP....tiada update terkini... TOTAL masih sama... RM290...
TQ
memberansnagkan tu
AyAres151
14th November 2006, 11:42 AM
STILL JUMLAH YANG SAMA SEHINGGA HARI INI.....
shamabd
14th November 2006, 01:04 PM
sapa talak deleme lagi mali-mali la... RM5 inggit pun takpa......
yanicd
14th November 2006, 02:23 PM
hehehee..meh sy tlg update kan..
UPDATE!!!! RM400
TQ kepada opismate aji....kekeksssss
AyAres151
14th November 2006, 04:53 PM
TQ for an update wahai my PA yg tak bergaji...hehehee..takpe...buatlah ini KERANA ALLAH...amin...
cgmulia
14th November 2006, 05:51 PM
dah 400??
alhamdulillah
AyAres151
17th November 2006, 06:44 PM
i'll be away for 1 week....Yanicd will be update for the total of collection..
TQ
aji
18th November 2006, 02:07 AM
setiap amal Allah taala janji kebaikan di dunia & akhirat
contohnya bersedekah
kat dunia Allah taala kata Dia akan bagi kita sihat
kalau banyak bersedekah
dan tidak akan berkurang sedikit pun harta kita
walaupun banyak bersedekah
dan kat akhirat pulak
Allah taala janji selamat dari seksa neraka
sesungguhnya janji Allah itu adalah benar
kita tak payah la tanya balik dalam hati
betul ke sedekah singgit ni selamat dari api neraka?
macam tu la lebih kurang
ttthehe
semoga Allah terima la eek
segala amal kita
amin
selamat hari raya :D
.
AyAres151
24th November 2006, 10:59 PM
yani pun bercuti jugak ker?? takleh harap btol PA ese nih...tak di update2 rupanya..... ke jadi ular sawa dah lepas open house banyak2 last2 raya ni..
cgmulia
25th November 2006, 09:32 PM
harap2 kutipan kita membantu
yanicd
27th November 2006, 11:50 AM
erk ya ampun incik ayares... kutipan still lagi rm400.sbb tu i tak update..heheee...so yg nak menderma tu jgn lupe msg ek ..TQ
AyAres151
28th November 2006, 09:12 PM
rasanya sampai 400 nih jerk kot.... takpe...sikit tp tetap bermakna...boleh dah makcik misah wat beli juadah di aidil adha nnt...
pada plannya aku ingat nak mintak sumbangan dari beberapa tempat tertentu for tabung nih.. surat pun dah siap di karang dan di buat..
..namun apakan daya...aku terpaksa batalkan niat tu... atas sbb2 tertentu , walaupun aku ckup2 terkilan amat sangat xdpt meneruskannya.....
yanicd
8th December 2006, 11:36 AM
UPDATE!!!!!!!!!!! skang dah RM450....tq
AyAres151
9th December 2006, 09:16 AM
ok..info update at #1 page..
Mazrul
9th December 2006, 07:00 PM
Ayares...
Kalau confirm pada 17hb dec...
mintak confirmkan berapa orang yg nak pergi dan...
pukul berapa nak serahkan tabung tersebut.
Kalau ade orang kuat FMDC nak turun pun elok jugak kan?
AyAres151
10th December 2006, 12:33 AM
tak pasti berapa orang nak follow pegi bagi sumbangan tuh...
budak2 yang buat job..mmg rata2 nya ada JOb wedding on that date...
so..nnt ese sms.... ( kalu saper tak reply tuh taktau la...perabihkan kdt ese joooo.. )..
Mazrul
13th December 2006, 01:46 PM
Ayares dan FMJCian
Sempena acara penyerahan tabung Dayang Misya anjuran FMDC,
saya sertakan tentative program bagi memudahkan rakan utk
membuat perancangan pejalanan anda.
Keseluruhanya...Ahli FMDC Southern Region adalah dijemput utk
menyertai majlis ini. Bagi yg nak turun dari utara/timur/tengah...
pun di persilakan
Tentative program FMDC Southern Region pada 16/12/2006
4.00Ptg - Berkumpul di Masjid Air Biru Pasir Gudang + Sembahyang Asar
4.30ptg - Bergerak ke Rumah Dayang Misya
5.00 - 6.00ptg - Selesai penyerahan Tabung dan sessi ramah mesra
6.15 - 7.15 - Bergerak ke Kampung Pasir Putih utk shoot Sunset
7.15 - 7.30 - Ke Masjid Kg. Pasir Putih / Masjid Air Biru utk Sembahyang Maghrib
8.00 - - Makan Malam di Rumah Mazrul
9.00 - Bergerak ke Litar Johor + Bayar masuk ke Pit (anggaran RM15)
9.30 - Acara Sprint/Drag race bermula.
Seterus.... - Kalau nak TT boleh... atau terus balik...
Maklumat tentang Sprint/Drag race...
http://www.johorcircuit.com.my/
http://www.johorcircuit.com.my/calendar ... s_2005.htm (http://www.johorcircuit.com.my/calendar_of_events_2005.htm)
http://www.johorcircuit.com.my/johor_sp ... llenge.htm (http://www.johorcircuit.com.my/johor_sprint_challenge.htm)
Kedatangan/kehadiran
1. Mazrul
2. Ayares
3. Pheewit
AyAres151
14th December 2006, 10:45 AM
mana satu nih?? 17hb or 16hb??? sudah tukar kaa??? :lol:
aiyaaa....confuseeee.... :?
bukan ke plan awal2 kat page #1 tuh pada 17hb - AHAD ke?? :D
atau sbb nak sekali ngan shoot Drag Race tu maka bro buat sabtu?
atau camne?... :wink:
AyAres151
15th December 2006, 10:00 AM
camano ni bro mazrul....sabtu or ahad nih? kalu sabtu... tak pasti berapa ramai dpt pegi nih.. Din ijat dan didiz ada job wedding tak silap..
Mazrul
15th December 2006, 10:54 AM
Ayares dan Dan Rakan-rakan
Sedikit Pindaan...perubahan tarikh kepada 17hb Dec 2006
Sempena acara penyerahan tabung Dayang Misya anjuran FMDC,
saya sertakan tentative program bagi memudahkan rakan utk
membuat perancangan pejalanan anda.
Keseluruhanya...Ahli FMDC Southern Region adalah dijemput utk
menyertai majlis ini. Bagi yg nak turun dari utara/timur/tengah...
pun di persilakan
Tentative program FMDC Southern Region pada 17/12/2006
4.00Ptg - Berkumpul di Masjid Air Biru Pasir Gudang + Sembahyang Asar
4.30ptg - Bergerak ke Rumah Dayang Misya
5.00 - 6.00ptg - Selesai penyerahan Tabung dan sessi ramah mesra
6.15 - 7.15 - Bergerak ke Kampung Pasir Putih utk shoot Sunset atau pekena soup gear box!
7.15 - 7.30 - Ke Masjid Kg. Pasir Putih / Masjid Air Biru utk Sembahyang Maghrib
8.00 - - Makan Malam di Rumah Mazrul
Seterus.... - bersurai
Kedatangan/kehadiran
1. Mazrul
2. Ayares
3. Pheewit
Sila sambung utk seterusnya!
Nota kaki!
Kalau sapa nak datang utk makan-makan saja pun...dialu-alukan.
Janji list down your name!
AyAres151
15th December 2006, 12:08 PM
UPDATE :
RM550.00 hingga saat ini...
TQ
Mazrul
15th December 2006, 02:25 PM
Alhamdulilah...
Sebentar tadi saya dapat bertemu Mak Cik Dayang Misya dan suaminya di kediaman mereka.
MakCik Misya yg terbaring diruang tengah rumah mereka, menerima salam saya dgn rupa penuh tanda tanya.
Setelah pintu grill di buka oleh cucu perempuan makcik misya, saya memperkenalkan diri mewakili FMDC.
Setelah bercerita sedikit sebanyak, mereka berbesar hati melapangkan masa pada Ahad ini untuk menerima kedatangan kami. Terharu juga saya tengok keadaan mereka. Yelah mungkin nasib mereka tak seteruk orang yg terlalu daif,
namun setiap bantuan tetap di terima dengan hati yg gembira.
Ape-ape pun...saya ingin mengucapkan tahniah kepada FMDC kerana berani mengadakan Tabung ini.
Bukan jumlah jadi ukuran, tapi kesungguhan dan keperhatinan FMDC memberi nafas baru kepada mereka yg susah.
Kepada yg telah menderma...sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih.
Kepada yg ingin menderma...tabung ini masih di buka.
Ingatlah...ini nasib orang lain, nasib kita esok lusa belum tentu.
Hulurkan tangan...ringankan beban...Tabung Dayang Misya!
AyAres151
16th December 2006, 02:04 AM
terima kasih juga buat bro mazrul yang telah bersedia luangkan masanya utk jumpa dengan makcik dayang utk buat appointment.. insya Allah...pada ptg ahad nih...berjumpalah kami semua dengan Makcik dayang..
harap ramai FMJCian yang sudi luangkan masa nnt... kalau ada warga dari KL yang ingin turun sama pun..itu amatlah di alukan...
Mazrul
16th December 2006, 09:43 AM
Mana anak-anak ikan nih...senjap aje.
Nak kena tuba baru nak timbul!
Harap dapat lapangkan diri utk turun ahad nnih!
yanicd
16th December 2006, 09:53 AM
cop!!!!!!!!!!!!!!!hambe pegi !!!!!!!!!!!!!!!!heheheeee...
Mazrul
16th December 2006, 09:55 AM
cop!!!!!!!!!!!!!!!hambe pegi !!!!!!!!!!!!!!!!heheheeee...
Tu dia...baru timbul anak ikang!
Yani...ahad nih mai datang rumah bro...bulih?
Ajak rozek, intan, amy dan sa sekali.
mue nye BF dah ok belom!
AyAres151
17th December 2006, 11:43 PM
Alhamdulillah....penyerahan tabung Dayang Misah-FMDC berjaya di sampaikan pada petang tadi...
Hanya 4 orang saja yang boleh hadirkan diri.. iaitu Mazrul, Yani, ShaifulRizal dan Ayares...
Jumlah keseluruhan kutipan adalah RM780.00.... berjaya di sampaikan ke tangan Pakcik Salleh dan Makcik Dayang Misah..
Kita tunggu laporan dari Bro Mazrul pula....
shaifulrizal
18th December 2006, 08:31 PM
http://img99.imageshack.us/img99/3044/01qx7.jpg
http://img154.imageshack.us/img154/9454/02qf7.jpg
http://img85.imageshack.us/img85/7360/03tx7.jpg
http://img168.imageshack.us/img168/481/04ke8.jpg
tak tau nak cakap apa..biar lah gambar aku ni citer kan segala2nya...
harap mazrul dapat teruskan penceritaan ini..
neudin
18th December 2006, 08:47 PM
sungguh terharu pengorbanan anda semua. anda yang pergi adalah juga wira utk FMDC! tahniah.
shaifulrizal
18th December 2006, 08:53 PM
sungguh terharu pengorbanan anda semua. anda yang pergi adalah juga wira utk FMDC! tahniah.
tu lah..dengan ikhlas pegi..alang2 dah sampai JB..
tapi..tu lah..pasangan ni..citer skit nangis..citer skit..nangis..
tak sanggup gak aku aku tengok din oit..
Mazrul
18th December 2006, 10:07 PM
Rakan sekelian...
Mcm mana nak mula yek...
Gini sahajalah. Pertamanya, saya sampaikan salam terima kasih daripada makcik Dayang Misha dan juga suaminya pakcik mohd salleh atas segala sumbangan yang telah dihulurkan melalui tabung dayang misha. Mereka bukan nak meminta-minta jauh sekali mengemis. Namun kerana kudrat dan nasib serba serbi tak menyebelahi mereka, impian kehidupan hari tua yg menyenangkan, hanya sekadar impian. Banyak kami bertanya, banyak jua jawapan yg di terima. Bak kata shaiful, air mata menjadi sebahagian intipati kisah duka dan gambaran siksa di jiwa.
Orang tua mana yg tak sedih, di biarkan sebegini oleh anak tunggalnya. hilang entah kemana, membiarkan kudrat tua menanggung cucu yg makin membesar. Menanti bantuan yg di janjikan, yg dapat hanya janji kosong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Hanya ikhsan masyarakat sekeliling membantu menyara kehidupan mereka serba sedikit. kusyen yg ada, sedekah oleh jiran, langsir jua dipasang dan dijahit oleh jiran malah segalanya atas bantuan jiran & mereka yg perihatin membantu mereka yg menyewa rumah tersebut dgn sewaan RM100 sebulan. Bayangkan anda ditinggalkan dgn sebatang garpu (atau sudu..lupa lak) + cawan dan juga bantal. Yg lain...semuanya termasuk tikar getah, di ambil pergi. Mungkin cerita saya tak dapat mengambarkan keseluruhan kesusahan mereka. Namun pakcik salleh yg berumur 82 thn, pernah memohon pekerjaan walau mengalami angin ahmar demi mencari sesuap nasi bagi memenuhi fitrah manusia utk hidup. Bekas Navy Woodland ini, pernah bersekolah di EC johor sesama-sama Datuk mohamad rahmat dan berapa ahli politik yg lain. tapi politik bukan pilihanya, tapi bertugas samudra menjadi impianya hingga tahap 2 calit. Namun kekecewaan nya dilarang bertemu bapanya yg sakit kuat telah merobah segala-galanya. Mungkin ini adalah peristiwa yg menjadi titik tolak kesusahan yg di alaminya sekarang.
Rasanya tak perlu saya perhalusi ape yg telah mereka ceritakan. Cukuplah air mata yg menjalir, bukan dibuat-buat...setiap linangan nya tertinta kekecewaan, kesedihan dan kegundahan bukan sedikit beratnya. Hanya gadis kecil, Mimi menjadi permata hidup mereka. Pada usia 9 tahun, bahunya memikul tangungjawab membantu sakit jerih & makan minum datuk/nenek yg keuzuran. Mimi juga dikatakan mengalami kemurungan sekali sekala memikirkan nasib hidupnya. Harap si kecil terus tabah dan meneruskan kecemerlangan dlm pelajaran spt sekarang. Doa kami agar ia terus kuat & tabah.
Akhirnya...pesan mereka berdua, bersyukur dgn apa yg kita ada. Dan senangtiasa ingat kepada Allah. Sesungguhnya ujian itu datang dalam segala bentuk. Mereka bersyukur dgn apa yg berlaku. Dan amat berterima kasi atas sumbangan yg di terima.
Utk rekod, kami sampai kerumah mereka jam 6ptg dan beredar pulang hampir jam 7ptg.
Dan utk rekod...Yani yg tolong buatkan air milo utk santapan petang bersama mereka...mekasih Yani!
Dan utk rekod...mereka masih menantikan bantuan jabatan kebajikan masyarakat rm200 sebulan, yg kini telah tertunggak selama 7 bulan. Alasan yg diberikan...kerajaan tak de duit. No komen!
Saya bawak kamera, tapi tak sampai hati nak shoot. Biarkan Shaiful yg merakamkan segalanya.
Saya harap, serba sedikit laporan saya dapat mengambarkan ape yg berlaku.
Sebarang pertanyaan, kami akan cuba jawab sebaik mungkin.
Ade sapa nak tambah...ayares...yani...shaiful?
dboyfotopages
18th December 2006, 10:45 PM
sy bangga dgn anda semua..
AyAres151
19th December 2006, 01:23 AM
Ese, di lahirkan dalam keluarga yang sederhana, tidak kaya tidak susah, cuma senang. Ese tidak tahu mcamana erti kehidupan susah dan mcmana keadaan sekiranya ia berlaku pada ese...
namun apa yang di ceritakan oleh Pakcik Salleh.. membuatkan air mata ese bergonang.. nasib baik tak tumpah dopan mazrul dan SR..kalu tak malu seyy... ese bukan sodih kerana idup mereka susah, sbb mungkin ramai lagi yang susah lebih dari ini.. tp yang paling ese tersentuh hati, kerana Kederhakaan anak perempuan tunggalnya ( ibu mimi ) yg langsung takde perikemanusiaan, lebih2 lagi kepada ibu dan bapa kandung.. ( sehinggakan menjadikan ibubapanya semacam orang gaji / hamba )
semoga sifat dan sikap derhaka kepada orang tua ini di hindarkan dari keluarga kita...
Mengikut kata pakcik Salleh.. mungkin anaknya itu sedar yang ayah dan ibu nya mendapat perhatian dari media.. tp maybe di sebabkan malu.. maka anaknya tidak munculkan diri...
cukup lah ese ceritakan separuh saja apa yang di lakukan... semoga jadi iktibar kepada kita semua... Sementara ibu dan ayah masih ada di dunia.. berbakti lah kita, sekurangnya bertanya kabar berita pun amat besar impak dan kesyukuran dari ibubapa kita.. mereka tidak meminta wang dan balasan.. cukup kita mengambil berat ttg mereka..
" Nak, ingat walau apa pun berlaku.. jgn kita takabbur, jgn kita tinggi diri, jgn kita lupa pada Tuhan "... pesan makcik dayang misah kepada kami...
liutrawa
20th December 2006, 04:12 PM
terharu mendengar ulasan bro Mazrul..
nak tertitis air mata ni....kompom ijat akan nangis sama jika ada ditempat tersebut..
buat mereka yang menyampaikan sumbangan ini ribuan terima kasih....
maaf x dapat join sebab siang tu ada job,petang terus ke mines,serdang...ada urgent bengkel..
buat mazrol, ayares.yani n SR..terimas
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.