PDA

View Full Version : Minta Pendapat Kawan-Kawan | Swap Kamera



tetra_84
3rd January 2011, 09:29 PM
Aku nak minta pendapat kawan-kawan disini.

Aku ade buat pertukaran@ swap kamera dgn sorg guys atas dasar suka sama suka la. kira agree nak tukar n aku topup sikit.

so, mase jumpe tu masing-masing try kamera yg nak ditukar tu. so, mamat tu komplen pasal scratch kat body kamera aku even kecik sgt scratch nyer. so, aku admit la ade scratch dan aku bagitau dia, terpulang la kat dia nak swap ke x coz issue scratch tu. So, dia setuju nak tukar and aku bagi la aku nyer kamera + topup sikit mcm aku offer sebelum ni la..

pastu xsampai sehari, dia komplen kate kamera aku xbagus, ade masalah AF la, assist light x function la.Siap bawak ke 2 kedai kamera untuk analisi kamera aku tu(katanya).padahal mase buat pertukaran sume ok dan issue nyer cume scratch dan aku siap bagi dia buat decision untuk tukar ke x. Pas agree tu aku siap tnye dia lagi, xkan ade issue lagi pas buat pertukaran ni..

sekarang ni dia demand nak semula kamera dia coz dia kate mcm aku tipu coz kate kamera aku ok. padahal dia try hand to hand kamera aku. bukannye aku pos kamera tu.

so ape pendapat korg tentang hal ni? ape yang patot aku buat?

gafaar
3rd January 2011, 09:37 PM
salam... kalau ikut pendapat aku tiada penipuan dalam urusniaga... cod, dah test, sama puas hati maka berlaku nya pertukaran... selepas itu ada ketidak puasan maka segala komplen akan di tolak. sekiranya dia ingin nak mintak kamera dia kembali maka saudara hendaklah memulakan satu urusniaga baru agar saudara tidak tertipu. sekian.

gafaar
3rd January 2011, 09:37 PM
nak tanya kamera apa yg diswap tu?

tetra_84
3rd January 2011, 09:41 PM
aku swap akunye NEX-5 ngan A55 dia. reason dia nak swap coz dia nak kamera compact. A55 terlalu besar utk dia. so aku offer swap ngan aku nyer nex-5 + aku topup sikit.

matbolok
3rd January 2011, 09:52 PM
kalau dah try test,stuju dgn keadaan kamera dah tak timbul isu ni...kena hati2 bro

tetra_84
3rd January 2011, 09:59 PM
tu la..even battery pon aku still pakai battery nex aku tu (A55 pakai bateri same ngan nex). aku minta bateri n charger aku mase deal,xperlu swap coz aku beli kamera tu bulan october. dia kata dia punye kamera baru sebulan. so, kira dia dapat nex aku dgn bateri A55 dia yg katenye baru lagi tu.

agak-agak kawan2, ape patot aku buat coz aku mmg dah berkenan sgt dgn a55 ni, n xkan aku nak tukar semula dgn nex aku yg dia dah lenjan pastu demand nak return semula..

aeryxz
3rd January 2011, 10:07 PM
-deleted- (salah taip)

red
3rd January 2011, 10:13 PM
kalau dah setuju suka sama suka, urusniaga kira dah conclude melainkan korang ada clause untuk grace period. mungkin gak kerosakan berlaku selepas kamera tu dia ambik. tapi jumpa je la dan cek apa isu yg komplen tu, mungkin dia cuma salah tekan butang je.

gafaar
3rd January 2011, 10:15 PM
urusniaga cod, boleh timbangrasa, tolak ansur, yg penting jgn rugi...

metaroyal
3rd January 2011, 10:16 PM
yup setuju sangat apa bro red bagitahu tu..jgn tertekan(tension) dan jgn menekan butang yang salah....hahaha

hoaxen
3rd January 2011, 10:18 PM
nak tukar balik lepas dia dah lenjan? x payah la kot..

gafaar
3rd January 2011, 10:25 PM
dah rasa tak best tu sebab nak tukar balik.... mungkin dia rasa rugi, tu lah tak pikir sebelum tukar....

tetra_84
3rd January 2011, 10:32 PM
mase deal xde pon sebut grace period.aku siap tanye dia lagi, xkan ade isu yg timbul pas ni..dia kate xde. aku bukan ape, takut kerosakan tu disebabkan dia sendiri coz mase test tu dia je yg byk test kamera aku dari aku test kamera dia.dari care dia dia test mmg nampak style giler2 jugak. sampai scratch sikit pon dia alert. so, aku xpakse la dia swap. aku cuma ckp terpulang la pada dia nak swap ke x. then dia agree nak swap. tup2 mase aku mintak waranty detail dari dia (aku minta dia print screen details waranti kamera dia tu bagi aku coz waranti online punye) dia timbulkan pasal sume problem yg mase deal xde pon dia komplen.

kalo org kita aku xrisau sgt.boleh slow talk lagi. ni non bumi. kamu sume fahamkan ape aku maksudkan. aku bukan maksudkan sume non bumi tu xbagus, cume ade sesetengahnya..

gafaar
3rd January 2011, 10:38 PM
dah agak dah.... mesti tak nak rugi.... senang cita kalau dia sms atau call jgn angkat dah... cakap urusniaga dah selesai... bukan apa nanti wak yang tekanan. hahahaa... nak sangat ko jual jer kamera tu kat dia balik ngan harga serupa baru coz dia kata camera dia tu baru gak.

tetra_84
3rd January 2011, 11:32 PM
hu entahla..aku kalau boleh nak elakkan masalah la..xnak panjang2 cerita. so, sekrang ni aku suh dia check setting kamera tu @ gi hantar servis centre coz still dalam waranti lagi. aku dah ckp x consider utk return semula dia punye kamera coz deal clean. no problem.

aku amek pendekatan kedai jual kamera jela..kalau kita dah setuju mase nak beli..siap test lagi sampai dah puas hati..then bayar harganye..pastu bila balik rumah, tiba2 kita test kamera ade problem. boleh ke kita return kamera kat kedai tersebut semula. mintak kita punye duit semula? mestila kedai tu refuse nak pulang balik duit kan. mesti ape yg kedai buat suh kita hantar ke servis centre..tol x..huhuu..:-(

so, aku pon ckp menda yg same kat brader tu. xtau la dia time ke x yg aku xnak consider return semula kamera.

tigerblack
8th January 2011, 09:36 AM
Boleh jer kalau nak tukar balik.... tapi mamat tu kena top up pada harga saudara. But then again terpulang pada saudara sendiri. Tiada peruntukan undang-undang yang boleh diambil untuk membatalkan deal yang telah dibuat rasanya, melainkan ada hitam putih (yang saya rasa cuma mutual agreement jer kan? ).

Speed_Light
8th January 2011, 10:51 AM
aku rasa semua transaksi dh clear dan jelas. anything happen, just ignore je..lama2 dia fed-up lah

mangkor
8th January 2011, 01:59 PM
adakalanya kita kena berlembut dan mengalah, adakala jugak kena bertegas dan berkeras. kalau saya no way, deal is deal. dlm islam pun dah digariskan tatacara macam tu. samada org tu yg tatau guna kamera ataupun saja nak cari pasal..

akuss15
8th January 2011, 02:43 PM
wow. kalau aku sayang NEX5 tu. best kemere tu.

tetra_84
10th January 2011, 07:05 PM
huhu..thank kawan2 ats pendapat korang..TQ