PDA

View Full Version : Minta Tips | Gambar kahwin



zulz
10th November 2006, 11:36 PM
Hujung bulan ni 1st job untuk majlis perkahwinan.....tolong bagi tips skit bleh...

cgmulia
11th November 2006, 12:03 AM
cuba rakam sebaik mungkin gmr2 yg mungkin boleh dirakamkan

zulz
11th November 2006, 12:07 AM
terima kasih...setting paling sesuai untuk indoor & outdoor camne plak kasi tips skit

cgmulia
11th November 2006, 08:46 AM
kalau dslr.....
dlm umah.. boleh guna iso 400 , shutter 1/125 @ F3.5

tp shutter tu akan berubah2 ikut focal lane yg kita gunakan

PeLaris
11th November 2006, 08:51 AM
ya.. mmg tepat apa yg d`sarankan oleh ym cgmulia..
rakam sebaik yang mungkin..
satu lagi, kat org reramai tu jgn "gabra"..
bayangkan hanya kita ngan pengantin je masa tu..
selamat berjaya zulz eii..

buntalshoot
11th November 2006, 09:23 AM
ini adalah anggaran setting normal yg biasa saya gunakan jika menggunakan lens kits (18-70):-

SETTING KAMERA
Mode : Manual
ISO : 200 hingga 400
Metering : Matrix atau Center-Weighted (guna paling kecil setting 6mm juga sama dgn Spot Metering)
Metering selalu ditujukan pada warna yg paling hampir dengan warna kelabu light (18% grey)

SETTING LENSA
Range : 18 hingga 70mm
Aperture: 3.5 hingga 7.1 (F3.5 utk wide open dan F5.6-7.1 utk group photo dan F4 - F4.5 utk general)
Lensa ini bergantung kepada jarak zoom dan keupayaan lens (fix aperture adalah berbeza)

SETTING FLASH
FV: -0.3 hingga +1.0 (bergantung kepada histogram dan highlight)
Mode : TTL
Position : Bounce pada siling 60/90 degree atau kawasan yg berwarna putih atau apa saja kawasan yg bleh bounce spt dinding putih

Cth yg lazim saya gunakan utk shoot General shoot :-

Mode: Manual
Aperture : F4.5
Shutter : 1/40 - 1/120
Metering: Centre-Weighted
FL : 18mm - 70mm
ISO : 200
Flash : TTL @ FV +1.0

setting tersebut selalunya bergantung kepada keadaan cahaya, warna
dan persekitaran sekeliling.

shamabd
11th November 2006, 09:26 AM
jng lupa cuba mesra-mesra dgn pengantin> Mesra ni bukan peluk cium hahaha.. Berbaik2 dgn diorg.. buat kelakar pun tak pa.. Jangan buat diorg segang dgn kita. BUat happy SOKMO majlis tu.. Balu la shooting enjoy

ciput
11th November 2006, 09:31 AM
abg cg...

iso 400 tu slps consider external flash ke cmne?

cgmulia
11th November 2006, 01:56 PM
ye
external flash...

tp tgk jugak laa..
kalau siling rendah.. mungkin boleh kurangkan lagi..

zulz
11th November 2006, 11:39 PM
fuh.....ramai yang tolong ni...akan ku jadi pembakar lemang ehhhh....pembakar semangat...terima kasih kalau kat luar lak...

sobriazmi
13th November 2006, 09:05 AM
cuba rakam sebaik mungkin gmr2 yg mungkin boleh dirakamkan

stuju dengan cg...
detik2 yg penting tu jgn lupa...
sekali seumur idup tu...

engku
13th November 2006, 12:29 PM
first time jadi official ke first time suka suka?

zuraisham
13th November 2006, 04:04 PM
saya pon lama nak tanya setting untuk wedding nie.. tima kasih kepada yg bertanya & terima kasih banyak kepada yg memberi tips..
anda semua mmg baik hati..

-dah ada kamera tapi tak de flash :((

zulz
13th November 2006, 10:11 PM
first time jadi official ke first time suka suka?

official ni yang gementar skit ni...sblum ni follow orang lain....tuk amik pengalaman....

engku
14th November 2006, 08:54 AM
kalo dah penah follow org tu kiranya dah ada pengalaman lah tu. InsyaAllah, yakin dengan kemampuan sendiri dan pegang kepada prinsip sentiasa berusaha untuk ke tahap yagn lebih tinggi.

shaifulrizal
14th November 2006, 09:04 AM
paling penting...
tengok gambar bebanyak...
kena selalu review gambar...
dan gambarkan sblom amik gambar..
segala galanya adalah gambar....

zulz
14th November 2006, 10:01 PM
kalo dah penah follow org tu kiranya dah ada pengalaman lah tu. InsyaAllah, yakin dengan kemampuan sendiri dan pegang kepada prinsip sentiasa berusaha untuk ke tahap yagn lebih tinggi.
akan ku ikut prinsip tu......terima kasih

zulz
14th November 2006, 10:02 PM
mcm mana dengan setting kalau amik gambar dlm dewan....

engku
15th November 2006, 09:07 AM
zulz, kalo tanya mcm tu seolah olah kita ni tak tahu lansung asas fotografi. Kita mesti mengetahui asas pencahayaan dan tahu bagaimana kamera berfungsi supaya kita boleh bayangkan gambar dlm kepala sebelum petik kamera tu. Gambar itu sepatutnya terhasil dari gambaran dlm kepala kita dan kita set kan kamera kita utk dapatkan gambar tersebut. BUKANnya kita suruh kamera tu berfikir utk kita dan hasilnya bergantung sepenuhnya kepada kamera tersebut.

Ini salah satu keburukan Digital kamera di mana manusia tak berfikir sebelum petik kamera tu. Kalau macam tu kita akan selalu berhadapan dengan masalah dan hasil yang tidak konsisten.

Soalan Zulz tu setting dlm dewan, bukan semua dewan sama. Besar kecik dan lain lain lagi. Belajar dulu asasnya dan insyaAllah awak akan dpt sesuaikan dengan apa jua keadaan tempat.

sayangmama
15th November 2006, 10:42 AM
mahirkan dulu kamera, asas2 lighting then there should be no problem walau kat mana kita shoot pun.

saya_maju
15th November 2006, 11:14 AM
zulz, kalo tanya mcm tu seolah olah kita ni tak tahu lansung asas fotografi. Kita mesti mengetahui asas pencahayaan dan tahu bagaimana kamera berfungsi supaya kita boleh bayangkan gambar dlm kepala sebelum petik kamera tu. Gambar itu sepatutnya terhasil dari gambaran dlm kepala kita dan kita set kan kamera kita utk dapatkan gambar tersebut. BUKANnya kita suruh kamera tu berfikir utk kita dan hasilnya bergantung sepenuhnya kepada kamera tersebut.

Ini salah satu keburukan Digital kamera di mana manusia tak berfikir sebelum petik kamera tu. Kalau macam tu kita akan selalu berhadapan dengan masalah dan hasil yang tidak konsisten.

Soalan Zulz tu setting dlm dewan, bukan semua dewan sama. Besar kecik dan lain lain lagi. Belajar dulu asasnya dan insyaAllah awak akan dpt sesuaikan dengan apa jua keadaan tempat.


sabor bro.. sabor bro... raya dok habis lagi ni.. :lol: :lol: :lol:

HBZ
15th November 2006, 11:27 AM
Assalamualaikum Bun, Selamat hari raya maaf zahir batin.

Baru jumpa topik yang worth bertanya, ambil pendekatan cgmulia, layan topik yang benar-benar pasal fotograpi (kadang-kadang terbabas juga).

hang kata f setting 4.5, tak ke DOF dia dangkal. amacam guna f6 atau 8.

Macamana point of focus (focus point), kat mana nak focus, supaya semua subjeck focus.

peveyhack
15th November 2006, 11:34 AM
Mode: Manual
Aperture : F4.5
Shutter : 1/40 - 1/120
Metering: Centre-Weighted
FL : 18mm - 70mm
ISO : 200
Flash : TTL @ FV +1.0

saya tak pandai guna manual nie... selalu set kat P jer...

1) saya nak tanya... focus point tue mcm mana? selalukan kalau gambar ramai2 saya selalu select semua focus point... adakah cara saya salah...

ceritalah lebih lanjut n detail berkenaan dengan wedding fotos....

saya betul nak belajar.... almaklumlah.... baru jer pegang camera DSLR nih....

dinictis
15th November 2006, 04:31 PM
Thanks kerana wujud thread ni. Selalu gak nak tahu setting yg sesuai digunakan untuk wedding atau acara-acara majlis lain.

Boleh tahu tak detik-detik wajib untuk wedding atau acara/event yang perlu diambil gambarnya...

zulz
15th November 2006, 10:16 PM
Thanks kerana wujud thread ni. Selalu gak nak tahu setting yg sesuai digunakan untuk wedding atau acara-acara majlis lain.

Boleh tahu tak detik-detik wajib untuk wedding atau acara/event yang perlu diambil gambarnya...

satu soalan yang aku nak tanya ni...tolong bro

shamabd
15th November 2006, 10:34 PM
Line tempat lain setting dan lain lightingnya..................... yg penting tau gamabr kita ambik over ke under atau ngam-ngam ker...

diadem
15th November 2006, 11:00 PM
Yang penting kita kena tahu tahap lighting/cahaya cukup tak untuk kita ambil gambar.

sobriazmi
16th November 2006, 08:46 AM
zulz ada gambaran untuk gambar wedding tak..
kalau takdak tu susah la...

untuk masalah lighting ni, ada speedlite tak...
kalau takdak..mmg susah skit arr...

composition kena jaga juga..

engku
16th November 2006, 09:10 AM
Yang penting kita kena tahu tahap lighting/cahaya cukup tak untuk kita ambil gambar.

Saya rasa kenyataan di atas adalah terlalu umum. Org yg tanya tu mungkin sbb tak tahu konsep asas lighting iaitu aperture and shutter.

satu lagi cara nak tahu ialah pegi merayau kat flickr wedding tu pastu tengok exif file dia.

Saya tak marah tau, hanya cuba menunjuk jalan mana yang patut di lalui.

dinictis
16th November 2006, 09:41 AM
Kena byk tgk gambar org utk dpt Idea, dan kalau ada masa join geng-geng yang buat wedding... so sabtu dan ahad ni kita jadikan kasuke dan ijan sebagai bahan ujikaji.. hehehe

Thanks Bro Engku kerana memberi guide... dan tidak ketinggalan geng-geng yang lain thanks...

HBZ
16th November 2006, 09:46 AM
Ni saya dapat respond PM dari C-Fu. Dia kata jangan mentioned nama dia. Anyway untuk faedah bersama saya pastekan


OK, mesti saudara tertanya2 kenapa tak guna sahaja A, S, P mode?
Jawapan saya, inilah kerana

A mode : S hanya memberi nilai maksimum 1/60, jika menggunakan lens 50mm, atau 85mm, walaupun flash dapat freeze action tetapi tidak cukup memberi kombinasi bacaan yg sempurna. Pilihan kita terhad utk mencari nilai maksima aperture sahaja.Kadang2 setting 1/80 @ F 1.8 memberi bacaan yg ngam2 utk lens 50mm (bergantung kepada composition)

S mode : A tidak dapat memberi nilai DOF yg kita inginkan, kadang2 S memberi A nilai F8 - F11 jika kita limitkan nilai S. DOF terlalu deep dan gambar kurang memberi nilai seni, flash akan nampak harsh (wujud spot) jika setting tak betul.

P mode : Eksperimen saya, wujud byk kawasan burn highlights. Setting ini sebenarnya sesuai utk shoot candid moment, ttp kena berhati2 sbb kadang2 gambar akan menjadi overexposed bila terdapat warna terang atau putih menguasai viewfinder.

Terima kasih pada beliau

heroMak
16th November 2006, 10:58 AM
saya ni bukan nak kata berpengalaman banyak dalam amik gambo wedding ni, tapi nak gak meluahkan sesuatu.. tapi tidak bertujuan menimbulkan kontroversi dsb..

dengan adanya DSLR saya (d50) yang dibeli dari hasil kumpul duit dari wedding dan bonus, saya rasa peluang saya dalam amik gambo wedding lebih mudah. Sebelum tu, saya pakai SLR nikon f60. Bila adanya DSLR, rasa macam makin 'power' dan langkah makin jauh..

Akan tetapi, ada satu mende yang selalu bear in mind.. Ilmu! Kalau setakat saya bleh point n shoot, tengok kut viewfinder n snap pastu DELETE atau over touch kat Pshop, saya rasa saya tak layak utk jadi wed photog. Saya rasa saya perlu KEMASkan ilmu termasuk ilmu baru dalam era tech digital yang terlalu cepat berkembang. Ilmu tu yang paling penting... penting sangat..

Sedih gak bila segelintir (sahaja) yang berjinak2 ngan Digital Kamera semata2 utk amik gambo wedding yang beleh buat duit. Menerjah dalam lapangan wedding shoot dengan ilmu yang setotet! Bukan untuk menafikan 'hak' utk menceburi, kerana saya berpegang pada konsep ' the more, the merrier'. CUMA, saya sedih bila dengan ilmu yang setotet tu, memberikan hasil yang tak sepadan dengan bayaran yang dikenakan. Amik gambar yang komposisi tersisih, tiada expression langsung, over emotional dan berbagai2 lagi. Saya yang menaip ini pun masih belajar dan belajar lagi. Dengan hasil yang boleh mendukacitakan itu, saya KADANG2 risau.

Saya tidak risau pada 'market', iaitu di mana muka2 baru ini merendahkah harga atau nilai wedding photog ni. Rezeki di tangan Allah. Saya risau jika ambil gambar wedding ini dijadikan 'lubuk' duit dan meminggirkan nilai pengabadian saat2 istimewa pengantin dalam bentuk yang terbaik. Pendapat peribadi saya, saya mengambil gambar org kawin semata2 menolong pengantin mengabadikan kenangan seumur hidup dengan cara dan kehendaknya. Pada waktu yang sama, saya mendapat imbuhan dari apa yang saya buat. Dengan imbuhan itu juga, saya boleh menyara keluarga ataupun mengembirakan orang di sekeliling saya (blanja makan etc). Bila sebut menyara keluarga, saya memandang kepada mereka yang betul2 menjadikan wedding photog sbg mata pencarian. (kesian gak pada mereka kalau job takde..)

Wedding photog ada bermacam karenah. Begitu juga dengan client/customer/PASANGAN PENGANTIN n keluarganya. Demand berbeza. Ada yang mahu candid, ada yang mahu stereotype dan konventional. Ada yang mahu banyak amik gambo dia je, gambo orang basuh periuk belanga tak payah. Ada yang suh amik more on suasana dll. Bila makin jauh menceburi wed photog, akan timbul bermacam2 lagi yang tak disangka2. Kalau saya, saya lebih menekankan kepada menolong pengantin mengabadikan kenangan mereka dengan kehendak mereka. Jika mahu candid, candid la saya bagi.

Sebelum makin jauh melalut, saya menekankan point utama yang ramai dah sebut, iaitu MANTAPKAN ILMU. Macam mana mahu cari ilmu? dengan merendah diri bertanya dan berkongsi. Mungkin saya pandai satu perkara, tapi ada org yang pandai perkara itu dgn cara berbeza. cth; saya pandai masak mee goreng. Mee goreng mamak lagi. Tapi adakah saya pandai masak mee goreng mamak johor? Mee goreng mamak johor taman jaya skudai? Subjektif! Di sini timbul nanti soal identiti. Keunikan seseorang wed photog sampai disebut2 sbg satu identiti. (ramai wed photog mencari ini).

Kenapa saya membicarakan hal2 ini dan bukannya soal metering, f-stop, kekuatan flash (1/2, 1/8, TTL, i-TTL etc) dan soal2 teknikal yang lain? Ye la, bila orang membicarakan soal CC kereta, turbo, kuasa kuda, pikap, berapa kmj bleh pegi dsb, mesti ada jugak yang perlu consider pasal keselesaan kusyen, keselamatan, ada air bag dsb. Dan juga mesti ada yang membicarakan pasal jimat minyak ke idak, bleh muat ramai orang dll. Baru balance dan menyeluruhkan? :)

Sekian...

(macam ucapan perhimpunan plak.. di beri tajuk PRIME, PRICE n PRIDE. heheheh..nasib la, saya masuk ofis arini, rasa nak luah something.. instead of luah kat suara hati, saya memilih thread lain utk luah something..dan sudah nasib sesiapa yang baca thread ni, saya meluahkan di sini apa yang rasa. Harap2 still RELEVAN... hehehehehhehe :))

zulz
20th November 2006, 08:49 PM
terima kasih atas pandangan tu...saya akan jadikan satu ingatan ........

ismariza
17th January 2007, 02:24 PM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...

saya_maju
17th January 2007, 02:44 PM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...

bagi digital compact camera tu bukan tidak boleh...

kalau untuk suka-suka atau gambar wedding kawan2 atau saudara mara tu boleh lah.. hayun aje..

tapi untuk buat cari makan tu payah sikit adik....

silap - silap, kita yang kena makan nanti...

:lol: :lol: :lol:

machangman
18th January 2007, 09:57 AM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...


setakat nak ambik gambar tu memang boleh, tapi untuk berkreatif kita kena pegang iaitu fotografi adalah melukis dengan cahaya... tak kan kita nak melukis dengan kaedah yang sama je,, melainkan u angkat flash berasingan dan masalah compact ni terutama yang speed dan bukaan yang x dapat dilaraskan, banyak susah maaaa

saya_maju
18th January 2007, 11:07 AM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...

bagi digital compact camera tu bukan tidak boleh...

kalau untuk suka-suka atau gambar wedding kawan2 atau saudara mara tu boleh lah.. hayun aje..

tapi untuk buat cari makan tu payah sikit adik....

silap - silap, kita yang kena makan nanti...

:lol: :lol: :lol:

lagi satu kelemahan digital compact ni biasanya sukar atau tidak dapat menangkap gambar objek yang sedang bergerak..


contohnya:

1. bila pengantin tu tengah berjalan / berarak

2. gambar orang tengah palu kompang..

3. bila hendak ambil gambar orang yang sedang merenjis (berinai) pengantin.. dan sebagainya..

4. klu gambar candid2 tu / gelak2 dsb lagi lah fail.. tidak payah cerita lah.. ya..


:lol: :lol: :lol:

msharq
26th January 2007, 09:56 AM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...

isma ini guna canon...S3 is.........tuh yang tanya pasal "compact camera"

p/s :
1. klu tak lawa gak...ko pinjam je le mudmie punya.....ahhahaha kan baru beli...

2. buat.....bor & sis yang nak jualkan. SB 600... pm lah kat ismariza.. ini dia tgh mencari speedlight...tuh....

ismariza
26th January 2007, 12:03 PM
heheh.. tq2.. malunye i.. rasa2 macam kene beli SLR jugak ni... auw... adui la duit takde mane nak cekau... kene la sewa SLR dulu kalau nak pegi amik gambo wedding.... sedihnye.... pinjam sharq nye bole ke.. huhuhu...

ismariza
26th January 2007, 12:05 PM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...

bagi digital compact camera tu bukan tidak boleh...

kalau untuk suka-suka atau gambar wedding kawan2 atau saudara mara tu boleh lah.. hayun aje..

tapi untuk buat cari makan tu payah sikit adik....

silap - silap, kita yang kena makan nanti...

:lol: :lol: :lol:


heheh.. kalau macam tuh... since kamera tuh dah ade... kalau la kite gunekan sahaja sebagai backup bole tak? n untuk gaya or waktu bagaimana tatkala kenduri itu sesuai bangat untuk gune compact saye itu.. kalau hantaran sahaja ok ke tidak??? please bagi tau...

ismariza
26th January 2007, 12:06 PM
macam mane pulak dengan compact camera??? sesuai ke di buat untuk kerja2 wedding ni??? mintak pandangan skit... terima kasih...


setakat nak ambik gambar tu memang boleh, tapi untuk berkreatif kita kena pegang iaitu fotografi adalah melukis dengan cahaya... tak kan kita nak melukis dengan kaedah yang sama je,, melainkan u angkat flash berasingan dan masalah compact ni terutama yang speed dan bukaan yang x dapat dilaraskan, banyak susah maaaa

terpaksa la bekerja keras untuk dapatkan SLR satu... nak beli kamera ape ni.. cadangan.. kalau bole untuk wedding n sedikit berpatutan... dan sesuai untuk pompuan....

shaifulrizal
2nd March 2007, 12:37 AM
di ulangi...
tengok gambar bebanyak...

sblom tu...
kenal betol2 kamera anda..
apa yg dia boleh buat..
kalo dah tau atau dah boleh handle kamera tersebut...
jgn kata wedding...sume gambar akan jadi cantik

tips ....

TENGOK GAMBAR BANYAK BANYAK..
atau
SELALULAH TENGOK GAMBAR..

almulk
16th April 2007, 10:50 PM
macam mana nak bounce jika siling tinggi dan bagaimana nak kurang bayang dibawah dagu jika gunakan d70 bersama sb800 terutama objek menegak

pejals
16th April 2007, 11:15 PM
macam mana nak bounce jika siling tinggi dan bagaimana nak kurang bayang dibawah dagu jika gunakan d70 bersama sb800 terutama objek menegak

jgn igt bounce hanya pada siling jer.. takleh bounce kat siling.. bounce kat dinding tepi pun ok gak.. dapat side lighting... kalau kena exposure dan composition nyer.. menarik gak.. ade art gitu..

my lima posen :D

favr3
17th April 2007, 12:37 AM
cerita psl bounce nih...nak share satu video yg saye jumpe kt youtube...kot2 leh membantu...:)

How to Make a Better bounce card (http://www.youtube.com/watch?v=RNCmuExlHvM)

saya_maju
17th April 2007, 09:59 AM
macam mana nak bounce jika siling tinggi dan bagaimana nak kurang bayang dibawah dagu jika gunakan d70 bersama sb800 terutama objek menegak

boleh di baca bersama seperti yang telah dibincangkan di:


Teknik Flash | Wedding Kampung

http://www.fotopages.com.my/forum/viewt ... 30&start=0 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?t=1930&start=0)

harap dapat membantu.. dan kepada sesiapa yang nak teruskan sambung pun silakan..

almulk
28th April 2007, 10:12 PM
apa kata tempat yang nak dibounce tu tak ada yang warna putih apakah white balance yang sesuai ? adakah mesti try satu persatu, contoh backdrop warna merah

syamputra
9th May 2007, 04:17 PM
engku...

bile nak amek aku jadi asisten ko..
bayar lah murah murah duit minyak..
aku nak cube cube amek orang kahwin nie...
boleh ke?

zulz
16th May 2007, 12:29 PM
aku ada satu masalah....aku just pakai canon 350D(geng kak zain) speedlite430ex...macam mana nak dapat pencahayaan yang baik kalau kita amik gambar dalam dewan yang besar....gambar pasti gelap...macam mana teknik nak bump kan cahaya dan setting terbaik tuk dapat kan cahaya yg sempurna

hadiena
19th June 2007, 09:05 AM
saya ada jumpa tutorial dr http://azharariff.fotopages.com/?&page=3

http://static.flickr.com/96/210186533_b7bc7f6b2a_o.jpg
http://static.flickr.com/70/210178540_93f8d851bc_o.jpg

ikelah
19th June 2007, 09:11 AM
woow... thats great for a newbie like me...

saya memang jarang guna flash.... suka available light. maklumlah kita wedding dan yang sewaktu dengannya memang tak reti.
this is something i should try.

thanks for sharing sis.

syawal
21st June 2007, 02:01 AM
Bagus la...
Nnt sy nak try jgak..
Amik gambar wedding dlm dewan mmg menakutkan...
Thanks bro....

manje
23rd August 2007, 04:31 PM
saya nak tanyalah. camne cara nk convert file dari jpeg ke file raw(cr2)

sydeen04
23rd August 2007, 04:39 PM
saya nak tanyalah. camne cara nk convert file dari jpeg ke file raw(cr2)

terbalik tu...
dari RAW ke jpeg. pakai ps atau nikon capture