View Full Version : Stock Photography
mypokcik
18th November 2006, 07:17 AM
Assalamualaikum.
Pokcik buka topik baru untuk berbincang tentang stock photography.
Kita semua tentunya ada berlambak-lambak foto yang tidak kita gunakan dan tersimpan dalam hard-drive jer. Mungkin ada yang berminat untuk menjual gambar-gambar tu dan boleh la dapat duit poket tambahan tiap-tiap bulan.
Mungkin di sini dah ramai yang terlibat dengan stock photography. Boleh kita kongsi pengalaman. Berapa agaknya pendapatan yang diorang dapat? Gambar macam mana yang boleh jual? Nak jual kat site mana yang bagus? :D
Pokcik start sikit dulu sebagai permulaan. Nanti kita sambung cerita. :D
pak mat
18th November 2006, 07:30 AM
Bagus cadangan tuh, semoga yang berpengalaman dapat berkongsi sama...
rosliothman
18th November 2006, 08:17 AM
salaam pokcik..first sekali sorry la sbb kawe dok reti nak start post hehe..anyway, topic ni mmg seronok utk dibincangkan. sebenarnye stock photography ni kalu kena cara mmg buleh jadi pendapatan bulanan tetap and actually benda ni kira mcm skim pencen tukang gamba la hehehe. Aku personally ada gak la cuba berjinak2 dgn this two image library
1. shutterstock
2. dreamstime
pengalaman aku dengan shutterstock ni agak menyedihkan heheheh..first batch upload (10 image) 4 kena reject (minimum 7 kena approve) terus 4 bulan kena ban from uploading heheheh terus hilang semangat. tapi sebenarnya shutterstock ni antara site yg best nak jual gamba sbb pelanggan diaorang ni main download gamba suka hati je and sekali org download gamba kita dpt USD0.25sen per image per download..kira good chance duit tu bertambah everyday la.
dreamstime pulak..senang skit nak approve (QC dia taklah seketat shutterstock) and paling murah pun dia bayar USD1 per image per download. tapi pelanggan2 dreamstime ni takkan download sesuka hati mcm kat shutterstock so hanya gamba2 yg ada high commercial values je yg tinggi sales. Aku ni kira org2 pemalas...lepas aku join berbulan2 lepas (tak igt dah lama sgt hehe) aku tak tambah2 pun gamba aku..cuma ada 7 keping jek kat situ and sen pun tak la byk sgt tapi kira ok la dari terperap kat dalam hard disk kan..so sejak 2 minggu lepas aku cubala nak aktif balik upload gamba kat dreamstime ni and rasanye nak cuba nasib buat kali kedua kat shutterstock so wish me luck hehhee..(dengar kabar shutterstock cuma ban 30 hari je sekarang kalau tak cukup 7 image approved..so takde la lama gila kena tunggu)
General rule stock photography ni senang je:
1. buat gamba2 yg ada nilai2 commercial (browse those thats already online to see what sells)
2. the more you upload the bigger your chance to improve your sale
3. always read the rules and guidelines before attempting to upload
4. kalu betul2 nak buat duit kena rajin upload (e.g: sehari 10 ke or more hehe)
5. join dua, tiga or more (kalu larat nak mantain) site to improve your income
sesapa nak try i bagi contoh dua site yg i dah join kat bawah ni..apa2 kemuskilan buleh tanya nanti..good luck!
1 : Shutterstock ;-) (http://submit.shutterstock.com/?ref=58026)
2 : Dreamstime :-D (http://www.dreamstime.com/res133870)
buttet
18th November 2006, 08:36 AM
shutterstock saya pernah kena ban kekekekkee....
heroMak
18th November 2006, 09:49 AM
cayala abam rosli...input yang amat baik skali..
apsal kena ban? apa maksud approve tu? apsal dia tak approve?
mekasih.
mypokcik
18th November 2006, 10:12 AM
terima kasih Rosli yang ceritakan pengalaman dia.
Pokcik sambung sikt lagi untuk sesiapa yang baru nak berkenalan:
Microstock photography Ini tempat menjual foto secara online melalui agensi. Photographer dibayar komisyen. Dari seciput 0.25 sen US hingga berpuluh dollar untuk setiap download. Bergantung kepada agensi dan jenis usage right yang diberikan. Foto bersifat royalty-free. Maksud orang yang mendownload foto kita boleh gunakan foto berkenaan mengikut had-had yang longgar. Biasanya foto-foto ini digunakan oleh designer untuk web page, printing material, iklan, pamplet, poskad dan sebagainya.
Siapa yan join Terbuka untuk amatur dan pro. Yang berkamera PnS atau dSLR. Sebabnya keperluan minimum hanyalah foto bersaiz anatara 2mp hingga 4mp, bergantung kepada agensi.
Foto macam mana yang diterima Semua foto yang jelas subjeknya, baik dedahannya, bebas noise boleh diterima.
Foto macam mana yang lakuPaling laris mungkin foto orang atau people. Kemudiannya foto bercirikan Business. Kemudian mungkin foto background. Kemudian produk. dan banyak lagi. cuba tengok foto-foto yang sudah ada dipasaran stock photo.
BayaranPhotographer boleh menerima chek selepas sampai haulnya. Ada yang hadkan bayaran minimum USD30 ada yang USD100. Lebih mudah kalau kita boleh terima bayaran melalui paypal.
Macam mana nak startAda agensi yang melakukan tapisan photographer. Ada yang kita perlu hantar 10 keping untuk dinilai kemampuan kita sebelum layak menjual. Ada yang perlu 5 foto pertama. Ada yang perlu 3. Ada yang tak perlu. Kita register dan terus gambar kita akan direview dan di onlinekan. Kemudian kita cerita lagi.
untuk maklumat lanjut, elok juga kita tengok penerangan Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Microstock_photography
nanti pokcik sambung lagi :D
mypokcik
18th November 2006, 10:30 AM
cayala abam rosli...input yang amat baik skali..
apsal kena ban? apa maksud approve tu? apsal dia tak approve?
mekasih.
hero, Bukan ban. Cuba digantung hehehe. :D
Bila 10 foto pertama kita tak lulus saringan, kita ada dijemput submit 10 keping lagi selepas 30 hari. Setiap foto yang disubmit akan direview dari segi kualitinya dan nilai komersilnya. Lepas kita lulus saringan pertama, kita dah boleh hantar gambar tanpa had...
macam manapun, kita akan belajar improvekan dari alasan-alasan rejection tu ... :wink:
pak mat
18th November 2006, 10:40 AM
Boleh tak kalau tak keberatan, mypokcik tepekkan gambaq yg tlh di terima di sana.. 1 atau 2 cukup lerrr...
mypokcik
18th November 2006, 11:22 AM
Boleh tak kalau tak keberatan, mypokcik tepekkan gambaq yg tlh di terima di sana.. 1 atau 2 cukup lerrr...
Tak ada masalah pakMat... jangankan satu-dua... beratus boleh saya tunjukkan. :D
Kebanyakan foto-foto nya simple-simple belaka. Ada yang kata foto bodo-bodo hehehe. :lol:
Sebab itu saya rasa ramai di sini yang boleh lebih berjaya menjual foto mereka dari saya.
Sebagai contoh, ini foto-foto yang saya jual hehehe :D :
http://www.shutterstock.com/gallery-50788p1.html
jie171
18th November 2006, 11:25 AM
amboi pokcik....banyaknye....
mypokcik
18th November 2006, 11:32 AM
amboi pokcik....banyaknye....
hi jie... tak lenguh ke asyik duduk bersimpuh cam tu... :D :D :D
mr_bun
18th November 2006, 11:35 AM
boleh terangkan model release tu tak?
kalau hantar gambar2 yg ada potret kawan2 atau kita suruh kawan pose kan something commercial like.. tu kena model release?
saya penah hantar dulu shutterstock nih..tp digantung 3bulan..
katanye gambar xcukup sharp..hehehe :roll:
mr_bun
18th November 2006, 11:36 AM
Boleh tak kalau tak keberatan, mypokcik tepekkan gambaq yg tlh di terima di sana.. 1 atau 2 cukup lerrr...
Tak ada masalah pakMat... jangankan satu-dua... beratus boleh saya tunjukkan. :D
Kebanyakan foto-foto nya simple-simple belaka. Ada yang kata foto bodo-bodo hehehe. :lol:
Sebab itu saya rasa ramai di sini yang boleh lebih berjaya menjual foto mereka dari saya.
Sebagai contoh, ini foto-foto yang saya jual hehehe :D :
http://www.shutterstock.com/gallery-50788p1.html
waaahh menarik betul..byk gambar2 best..mana pokcik cari idea nih..hehehe :D
jie171
18th November 2006, 11:37 AM
haip.....OT......
mypokcik
18th November 2006, 11:49 AM
boleh terangkan model release tu tak?
kalau hantar gambar2 yg ada potret kawan2 atau kita suruh kawan pose kan something commercial like.. tu kena model release?
saya penah hantar dulu shutterstock nih..tp digantung 3bulan..
katanye gambar xcukup sharp..hehehe :roll:
Mapley San... malam nantilah pokcik cerita pasal model release... bebudak dah bising ajak pi jalan-jalan.... :D
pak mat
18th November 2006, 12:47 PM
Boleh tak kalau tak keberatan, mypokcik tepekkan gambaq yg tlh di terima di sana.. 1 atau 2 cukup lerrr...
Tak ada masalah pakMat... jangankan satu-dua... beratus boleh saya tunjukkan. :D
Kebanyakan foto-foto nya simple-simple belaka. Ada yang kata foto bodo-bodo hehehe. :lol:
Sebab itu saya rasa ramai di sini yang boleh lebih berjaya menjual foto mereka dari saya.
Sebagai contoh, ini foto-foto yang saya jual hehehe :D :
http://www.shutterstock.com/gallery-50788p1.html
T kasih mypokcik,
Gambaq2 memang cantik... takder foto2 yg bodo bodo... syabas!
rosliothman
18th November 2006, 01:27 PM
Syabas to pokcik kerana telah berjaya menjadi usahawan berjaya di shutterstock hehehe..lama dah ke join pokcik? agak2 berapa sen dah jumlah yg berjaya dikumpul hehehe (kalu tak keberatan share kat sini la) saya baru je nak try upload balik minggu depan..pls pray for me!!
to the others..APA TUNGGU LAGI...lihatla kejayaan pokcik tu...saya pasti sen bertambah2 tiap2 hari..tidakkah anda mahukan kejayaan itu?? hahahah yo yo oo je aku promote business nih...aku pun kena takde gallery lagik hahahahah..takpe2...nanti lulus gallery aku publish kat sini ok!
I'm out..salaaaaamm
mypokcik
19th November 2006, 07:24 AM
boleh terangkan model release tu tak?
kalau hantar gambar2 yg ada potret kawan2 atau kita suruh kawan pose kan something commercial like.. tu kena model release?
saya penah hantar dulu shutterstock nih..tp digantung 3bulan..
katanye gambar xcukup sharp..hehehe :roll:
Semua gambar yang ada muka orang yang jelas identitinya, kita perlu tandatangan dia dlm model release. Kalau kanak-kanak, penjaganya kena sign.' Kalau kita tangkap gambar orang kenamaan atau superstar atau sportman, tak logic ada model release tapi kita boleh hantar foto tu sebagai Editorial. Digunakan untuk siaran berita dsb.
mypokcik
19th November 2006, 07:26 AM
[quote="pak mat":1wfzwd3r]Boleh tak kalau tak keberatan, mypokcik tepekkan gambaq yg tlh di terima di sana.. 1 atau 2 cukup lerrr...
Tak ada masalah pakMat... jangankan satu-dua... beratus boleh saya tunjukkan. :D
Kebanyakan foto-foto nya simple-simple belaka. Ada yang kata foto bodo-bodo hehehe. :lol:
Sebab itu saya rasa ramai di sini yang boleh lebih berjaya menjual foto mereka dari saya.
Sebagai contoh, ini foto-foto yang saya jual hehehe :D :
http://www.shutterstock.com/gallery-50788p1.html
T kasih mypokcik,
Gambaq2 memang cantik... takder foto2 yg bodo bodo... syabas![/quote:1wfzwd3r]
Kalau pakMat minat produk shot mcm burberry of london tu...sesuai sgt la dgn stock. :D
mypokcik
19th November 2006, 07:46 AM
Syabas to pokcik kerana telah berjaya menjadi usahawan berjaya di shutterstock hehehe..lama dah ke join pokcik? agak2 berapa sen dah jumlah yg berjaya dikumpul hehehe (kalu tak keberatan share kat sini la) saya baru je nak try upload balik minggu depan..pls pray for me!!
to the others..APA TUNGGU LAGI...lihatla kejayaan pokcik tu...saya pasti sen bertambah2 tiap2 hari..tidakkah anda mahukan kejayaan itu?? hahahah yo yo oo je aku promote business nih...aku pun kena takde gallery lagik hahahahah..takpe2...nanti lulus gallery aku publish kat sini ok!
I'm out..salaaaaamm
Jual gambar dalam microstock bukan la usahawan sebenar Li. Usahawan sebenar bila kita boleh buka agensi StockPhoto kita sendiri. Sebab itu pokcik introducekan di sini. Mungkin bigboss kita Dome boleh kaji modus-operanti stockphoto dan FMDC boleh ada site sendiri di mana kita jual foto-foto kita secara royalti free.
Pokcik start lebih kurang setahun yang lepas. Pokcik masuk 5 agensi microstock. Alhamdulillah ada monthly income untuk tampung hobi ni. Lebih kurang 3ratus ke 5 ratus ringgit sebulan (100-150 dollar). Mungkin tak besar tapi cukup bermakna. Setakat ni pembelian kamera, lens, filter, CF card semua dah tercover dgn duit dari stock. Perbelanjaan lain dlm photography pun pokcik akan gunakan duit dari microstock.
Good luck for your initial 10 submission. Mungkin kita boleh bincang kemudian foto-foto cam mana yang sesuai sbg first 10.
ok. setakat tu dulu :D
buttet
19th November 2006, 09:41 AM
huhuhuh akan saya daftar pokcik...memang best nie cubaan mendaftar kali kedua selepas kena ban :P
dinictis
19th November 2006, 10:05 AM
Bila nak buat stock photography ni segala pic yang kita ambil mesti ada commercial value baru ada buyer. Ada la beberapa pic yang saya dah upload di shutterstock tapi tidak seperti Pokcik, saya punya slow jer... baru nak start...
Thanks for sharing the link Pokcik dapat gak belajar dan ambil tips yang perlu...
mypokcik
19th November 2006, 10:12 AM
huhuhuh akan saya daftar pokcik...memang best nie cubaan mendaftar kali kedua selepas kena ban :P
Tet... jgn harap pada shutterstock jer... yg lain pun ok jugak dan tak cerewet sangat masa review tu.... :D
mypokcik
19th November 2006, 10:15 AM
Bila nak buat stock photography ni segala pic yang kita ambil mesti ada commercial value baru ada buyer. Ada la beberapa pic yang saya dah upload di shutterstock tapi tidak seperti Pokcik, saya punya slow jer... baru nak start...
Thanks for sharing the link Pokcik dapat gak belajar dan ambil tips yang perlu...
sam..hantar la graphic-graphic design design ... bagus juga market dia... kalau boleh buat vector lagi bagus... :wink:
mkrash
19th November 2006, 10:29 AM
Macam mana nak tahu gambar tu cukup komersil ke tidak... ? sebab sema gambar mypokcik memang komersil dan menarik..
Saya tanya kerana kebanyakan Photog masih lagi tercari2 apa nak buat ngan gambar sebab tu kebanyakan gambar tidak menekan kan sangat nilai komersial tapi hanya nilai estetik..
Terima kasih
mypokcik
19th November 2006, 10:55 AM

mkrash, sampai sekarang pun pokcik kurang faham foto cam mana yang ada nilai komersil. cuma kita boleh tengok trend foto mana yang orang banyak beli. komersil dan estetika kekadang memang tak seiringan.
pokcik rasa stockphoto memang tidak memberi kepuasan estitika... sebab foto pokcik yg estetik jarang laku hehehe :D
helmyemran
19th November 2006, 11:41 AM
time kasih my pokcik bukak topik nie. dulu saya slalu pakai stock photography nie lg2 masa belajar dulu. tp rasa besalah je sbb sy amik gamba tu tak bayar apa2. kadang2 sy amik dr collection yg printed nye. ada jugak yg panggil image bank. skang saya cuba amik gamba sendiri utk kegunaan saya. tak sangka, saya jumpa org yg hantar artwork utk stock photography nie mcm pokcik. insya-Allah, sy akan cuba jugak.
mr_bun
19th November 2006, 11:57 AM
pokcik...bila nak explain nih.. :D
mypokcik
19th November 2006, 02:44 PM
time kasih my pokcik bukak topik nie. dulu saya slalu pakai stock photography nie lg2 masa belajar dulu. tp rasa besalah je sbb sy amik gamba tu tak bayar apa2. kadang2 sy amik dr collection yg printed nye. ada jugak yg panggil image bank. skang saya cuba amik gamba sendiri utk kegunaan saya. tak sangka, saya jumpa org yg hantar artwork utk stock photography nie mcm pokcik. insya-Allah, sy akan cuba jugak.
oh yea... sebelum era internet, mmg image bank keluarkan buku katalog untuk designer pilih foto-foto... skrg ni buku-bulu katalog tu gunakan untuk buat reference... :)
mypokcik
19th November 2006, 02:45 PM
pokcik...bila nak explain nih.. :D
pasal model release ke Bun...dah explain... roll up pls. :D
mr_bun
19th November 2006, 03:54 PM
pokcik...bila nak explain nih.. :D
pasal model release ke Bun...dah explain... roll up pls. :D
ehehe..ado ek..gomen2..
okeh..jelas disitu..thanks pokcik :D
mypokcik
30th November 2006, 12:40 AM
Sedikit ulasan n pandangan peribadi berkenaan agensi microstock yang ada: :D
Istock
Boleh dikatakan sebagai pioneer microstock. Sykt yang kukuh kerana dimiliki oleh Getty Images. Bil foto kira-kira 1.25 juta.
Untuk melayakkan diri sebagai ‘photographer penyumbang’, 3 keping gambar pertama perlu dihantar untuk penilaian. Penilaian kekadang cerewet juga. Saiz minima untuk foto hanya 2 mp atau 1600X1200 pixels.
Tempoh penilaian gambar lambat juga, antara 4 ke 5 hari.
Komisyen dibayar antara 20 sen ke 60 sen US mengikut saiz download. Populariti Istock dikata agak menurun sekarang.
Shutterstock
Ramai yg terlibat merasakan ini adalah lubuk dalam microstock. Income bagus. Kadar download tinggi sebab sistem ‘subscription’ bulanan yang menjual foto secara borong. Jumlah foto terkumpul juga sekitar 1.25 juta.
Untuk penilaian pertama, kita perlu menghantar 10 keping foto untuk penilaian dan perlu lulus 7 untuk layak. Penilaian nampaknya semakin ketat sekarang. Sekiranya tak lepas, perlu ambil masa 30 hari lagi untuk percubaan seterusnya.
Saiz minima untuk foto adalah 2.5 mp. Tempoh penilaian antara 3-4 hari. Komisyen dibayar 25 sen US untuk setiap download. Memang berbaloi untuk pulun di Shutterstock.
Dreamstime
Agak baru tapi makin hari makin popular.
Kita boleh register dan terus boleh upload foto. Sekiranya lulus, foto akan terus dimasukkan dalam galeri. Saiz minima adalah 3 mp.
Tempoh penilaian atau phoro review time antara 3-4 hari. Penilaian mungkin tidak seketat istock atau shutterstock.
Komisyen dibayar antara 50 sen ke seringgit US. Atau kiraan sebenar ialah 50% fotographer dan 50% untuk agensi.
Fotolia
Satu lagi site yang baru dan semakin popular. Dengan cepat jumlah fotonya sudah mencecah 1.8 juta.
Kita boleh register dan terus upload foto. Tempoh penilaian foto adalah pendek, kurang daripada 24 jam. Penilaian tidak begitu ketat. Bagus untuk beginner. Komisyen minima untuk setiap download ialah 33 sen US.
Bigstockphoto
Site yang bagi saya slow and steady. Jumlah foto kira-kira 0.7 juta.
Komisyen antara 50 sen ke seringgit US untuk setiap download. Pembayaran minima kepada photographer adalah setiap $30 bagi paypal dan $50 untuk chek. Tempoh penilaian foto antara 3-4 hari. Penilaian tak la ketat sangat.
:idea:
utk ke webpage nya, tambah www kat depan dan com kat belakang. ini jer dulu. ada lagi. tapi citer kemudianlah.... :D
martoza
28th December 2006, 09:03 PM
saya nak tanye skit.. seandainya kalau kita dah anto sekeping gambar( contoh gambar bulan) boleh tak kalau kita anto gambar yang sama ke program lain??
AyAres151
28th December 2006, 11:18 PM
kenapa kat malaysia ni blom ada agensi stock photo yang buat camnih ek.... ese ni lomah skit kalu oversea..sbb pembayarannya nnt agak leceh....maybe sbb tak biasa dpt pembayaran dari oversea...yang ada dulu pun dorang bagi cash payment dari oversea ( SMS.AC )...
rockerstua
29th December 2006, 10:50 AM
saya nak tanye skit.. seandainya kalau kita dah anto sekeping gambar( contoh gambar bulan) boleh tak kalau kita anto gambar yang sama ke program lain??
aaaa...tenanti2 gak jawaban dari pokcik nih...cane pokcik??buley ke kalu dah anto gambo kat shutterstok...pehtu gambo yg same anto plak kat microstok..buleh ke pokcik?? ha pokcik?? teruja dah ni pokcik...
rockerstua
29th December 2006, 11:12 AM
lagi nak tanye la pokcik...
kalu kita combine anto gambo + ilustration art buleh ke??
(contoh 6 keping gambo + 4 keping ilustration)
oooooo pokcik oi...mane ko niiii...kekek
qmaxgamer
2nd January 2007, 12:00 PM
releks laa rockerss.. org sumer tgh cuti..
nanti sok pokcik jwb laa tu.. kene fire kang
interquad
5th January 2007, 07:54 PM
Nak tanya pok cik ni, pok cik ade pakai big stock phto? Nak organize die camne yer? Gallery plak camne? Sebab cam poning sikit pakai big stock photo ni.
zainzubir
17th August 2008, 10:52 AM
BUMP..ada soalan yg tercicir yg belum terjawab oleh pokcik ni :lol:
*macammana plan kita nak submit satu photo setiap org yg hadir stock photo baru2 ni eik?? 8) (hanty masih gagal nak submit oleh komitmen kerja)
faizzaki
13th April 2010, 01:17 PM
saya nak tanye skit.. seandainya kalau kita dah anto sekeping gambar( contoh gambar bulan) boleh tak kalau kita anto gambar yang sama ke program lain??
hang bole hantar gambar yg sama kat agency yg berlainan dgn syarat, masa submit gambar tu jgn set kepada exclusive. selebihnya beres !
mypokcik
13th April 2010, 03:12 PM
Shutterstock
Ramai yg terlibat merasakan ini adalah lubuk dalam microstock. Income bagus. Kadar download tinggi sebab sistem ‘subscription’ bulanan yang menjual foto secara borong. Jumlah foto terkumpul juga sekitar 1.25 juta.
Untuk penilaian pertama, kita perlu menghantar 10 keping foto untuk penilaian dan perlu lulus 7 untuk layak. Penilaian nampaknya semakin ketat sekarang. Sekiranya tak lepas, perlu ambil masa 30 hari lagi untuk percubaan seterusnya.
Saiz minima untuk foto adalah 2.5 mp. Tempoh penilaian antara 3-4 hari. Komisyen dibayar 25 sen US untuk setiap download. Memang berbaloi untuk pulun di Shutterstock.
masa saya citer dulu shutterstock ada 1.25 juta gambar... skrg dah 10.8 juta gambar...
cepat sungguh masa berlalu......
kapalkertas
13th April 2010, 07:32 PM
ni ms pokcik cite kt old town KJ tu ke? cepatnye kan.
mrpolie
31st January 2011, 12:37 PM
Sahabat2...
leh tak sesapa tolong explain apa itu MR (Model Release) and PR (Property Release) dalam dremstime...
yg tu tak baper nak paham arr... ohtai2 plzz help me.. tq
jai8778
31st January 2011, 09:46 PM
Saya cuba terangkan apa yang saya faham.
1. Model Release - sekiranya gambar yang dihantar subjek nya adalah orang tak kira lelaki/perempuan, kanak2/dewasa maka 'model release form' perlu di isi dan di tanda tangan oleh individu dalam gambar berkenaan kecuali kanak2 iaitu perlu di isi oleh ibu/bapanya dan form tersebut perlu disertakan semasa upload gambar tersebut.
2. Propety Release - sama sepertimana Model Release cuma digunakan untuk subjek seperti bangunan, hiasan dalaman dan lain2 yang berkaitan - owner propety tersebut perlu tanda tangan untuk persetujuan gambar tersebut di jual.
Kedua-dua form ini diperlukan supaya tiada masalah berbangkit dikamudian hari.
Harap ianya membantu...mungkin yang lebih pakar dalam bidang ini boleh menambah.. :)
Sahabat2...
leh tak sesapa tolong explain apa itu MR (Model Release) and PR (Property Release) dalam dremstime...
yg tu tak baper nak paham arr... ohtai2 plzz help me.. tq
kapalkertas
6th July 2011, 06:20 AM
kita perangat balik topic ni..
mijie
6th July 2011, 08:40 AM
dah syok baca rupa2nya thread 2007...lama betul tu
torex
6th July 2011, 09:12 AM
hehe..punya la kusyuk baca sampai minum pon lupa..sapa2 yg masih berjinak2 boleh la update balik topik ni..mcm berminat pulak nak try..
dinictis
6th July 2011, 05:19 PM
masa saya citer dulu shutterstock ada 1.25 juta gambar... skrg dah 10.8 juta gambar...
cepat sungguh masa berlalu......
Betul betul tu Pokcik hihihi... Kaciiinngggg... $$$
reezluv
7th September 2011, 01:21 AM
ok, skang ni aku dah jumpa dah thread ni, walaupun lama dah kan, ok gini soalan aku,
Dulu aku duk bingung pasal Model Release tu, skang ni dah paham, cuma antara soalan yang bermain difikiran...:
1.Lense jenis apa yang sesuai digunakan ye untuk snap photo gini yang close up ke,50mm tu ok ke?
2.Perlu ke lightiing studio?
3.kalau aku snap image berbentuk benda seperti kotak,buku,microfon, mouse, dsbnya..latar putih tu ada jual tak kat memane? ada suggestion camne nak buat? :D
Macam nak masuk ke arena stock photo plak rasanya, bosan-bosan boleh try..:D
maru
7th September 2011, 10:14 AM
Aku dah try hantar ke shutterstock tapi semua kena reject sebab salah buat caption.... hahaha.... dah setahun rupanya. Nanti aku try balik untuk sport photography.
reezluv - yang kau nak tu ialah Photo Lightbox. Ada jual kat kedai kamera... price start dari 100 lebih sampai beribu ikut saiz, kualiti dan ada sekali dengan lighting systems. Kalau nak DIY pun boleh dengan guna kotak besar dan kain putih takpun kertas lutsinar. Boleh check kat Youtube 'Photo Product Lightbox'.
mr.fiza
7th September 2011, 10:27 AM
ok, skang ni aku dah jumpa dah thread ni, walaupun lama dah kan, ok gini soalan aku,
Dulu aku duk bingung pasal Model Release tu, skang ni dah paham, cuma antara soalan yang bermain difikiran...:
1.Lense jenis apa yang sesuai digunakan ye untuk snap photo gini yang close up ke,50mm tu ok ke?
2.Perlu ke lightiing studio?
3.kalau aku snap image berbentuk benda seperti kotak,buku,microfon, mouse, dsbnya..latar putih tu ada jual tak kat memane? ada suggestion camne nak buat? :D
Macam nak masuk ke arena stock photo plak rasanya, bosan-bosan boleh try..:D
Saya cuba jawap ye..
1) bg saya apa2 lens boleh..biasanya saya guna 50mm dan kit lens je..
2) lagi baik ada, sesuai tmpt yg tak cukup cahaya..tp kebanyakkan masa sy guna available light.. ( buat di tempat redup masa siang ) kalau mendung lagi best, open je..
3) Utk gambr2 still life bground putih.. biasa saya guna belakang apa2 poster..putihkan? atau alas meja plastik tu..besenya putih..pastu masa nak shoot kene le ade tripod.. sebab: sy akan guna F11 ke atas dan speed yg slow..cthnya 1/10-1/20 (bergantung pada cahaya-available light). nak tau betul putih ke tak, yg putih tu akan berkelip..putih le tu*..
*kadang2 sy "fill white" je dlm photoshop..heee
Itu serba sedikit pengalaman ciput yg ada....
p/s: tgh proses buat DIY light box utk stock...:)
reezluv
7th September 2011, 05:58 PM
point no.3 tu amat menarik minat aku nak mencubanya..ahaks....nanti nak try..nak kena buat survey dulu...:D
Saya cuba jawap ye..
1) bg saya apa2 lens boleh..biasanya saya guna 50mm dan kit lens je..
2) lagi baik ada, sesuai tmpt yg tak cukup cahaya..tp kebanyakkan masa sy guna available light.. ( buat di tempat redup masa siang ) kalau mendung lagi best, open je..
3) Utk gambr2 still life bground putih.. biasa saya guna belakang apa2 poster..putihkan? atau alas meja plastik tu..besenya putih..pastu masa nak shoot kene le ade tripod.. sebab: sy akan guna F11 ke atas dan speed yg slow..cthnya 1/10-1/20 (bergantung pada cahaya-available light). nak tau betul putih ke tak, yg putih tu akan berkelip..putih le tu*..
*kadang2 sy "fill white" je dlm photoshop..heee
Itu serba sedikit pengalaman ciput yg ada....
p/s: tgh proses buat DIY light box utk stock...:)
mr.fiza
8th September 2011, 04:41 PM
Aku dah try hantar ke shutterstock tapi semua kena reject sebab salah buat caption.... hahaha.... dah setahun rupanya. Nanti aku try balik untuk sport photography.
utk elak di reject dan kene ban sebulan..aku buat camni...daftar di www.dreamstime.com (xde exam photo)..boleh hantar camtu je...pastu aku select 10 terbaik dari approved gambr di dremstime tu aku masukkan ke sutterstock..alhamdulillah lepas 7/10..kira lulus le tu..
cuma jgn "exclisive" kan gmbr tu di dreamstime..
maru
9th September 2011, 09:55 AM
terimakasih Mr. Fiza untuk maklumat berguna. Dah tawar hati lepas kena reject. Akan cuba balik hantar ke stock photo websites.
makoshark
31st October 2011, 09:27 AM
menarik tul topic nie, nk tanyer la, dalam 10 keping gambar yang kiter nak uplaod tu boleh campur-campur tak? contoh 5 keping landscape & 5 keping potrait ker? ataupun 3 landscape, 3 potrait, 2 gambar buah & 2 gambar background ker?
pistOL7
31st October 2011, 11:43 AM
menarik tul topic nie, nk tanyer la, dalam 10 keping gambar yang kiter nak uplaod tu boleh campur-campur tak? contoh 5 keping landscape & 5 keping potrait ker? ataupun 3 landscape, 3 potrait, 2 gambar buah & 2 gambar background ker?
seelok2nya begitulah... campur2kan...
pistOL7
31st October 2011, 11:45 AM
terimakasih Mr. Fiza untuk maklumat berguna. Dah tawar hati lepas kena reject. Akan cuba balik hantar ke stock photo websites.
jangan akan tuan...mesti cuba :)
Aku dah try hantar ke shutterstock tapi semua kena reject sebab salah buat caption.... hahaha.... dah setahun rupanya. Nanti aku try balik untuk sport photography. caption bole tiru kat gambar2 yang terbaru dalam mana2 galeri stock...
mypokcik
31st October 2011, 12:10 PM
thread dah lama...tapi semua info masih relevan...
mr.fiza
31st October 2011, 01:29 PM
thread dah lama...tapi semua info masih relevan...
betol tu...so pakat la ramai wat kerja2 bfaedah ni...
saifudin
31st October 2011, 01:33 PM
thread dah lama...tapi semua info masih relevan...
mai ramai2 buat stock photo. klik je ref mypokcik tu :D
mypokcik
31st October 2011, 01:49 PM
salams enche pokcik,
saya ni berminat dengan gambar2 yg bole dijual di website stock photo mcm shutterstock or istockphoto. sekarang ini tengok ada 2 - 3 site lain yg baru naik dan punyai byk juga stock photo yg agak setanding dgn dua nama itu.. jadi kalau tidak keberatan ada tak tips or link yg bole sy read mengenai site mana yg bagus dari segi jualan, rating user, kepelbagaian, masalah2 or apa2 berkaitan.
JAWAPAN:
Untuk bacaan tambahan, boleh tengok beberapa link berikut:
http://digi411.com/sitereviews.html
http://microstockinsider.com/site_reviews
http://www.microstockforum.com/Stock-Photography-Review
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.