PDA

View Full Version : Kucup dalam masjid



jzan
21st March 2011, 04:03 PM
Slm. skadar bertanya dan ingin tahu.

selepas akad nikah, biasanya disusuli dengan upacara sarung cincin/ gelang..

kemudian si isteri akan bersalam dan kucup tgn suami, diikuti suami akan kucup dahi isteri (x ksh mana dlu)..

1. fenomena biasa ke bila suami kucup isteri dlm masjid.

2. Klu org kristian, dorg akan comolot..idak ke mcm tiru budaya dorang.

* penah aku kena tgk sorg photographer kena tgr dgn tok imam sbb suh pngantin kising dlm mesejid.

PengukirCahaya
21st March 2011, 04:13 PM
Pasa pendapat saya yang tidak belajar ini ialah... menikah di masjid adalah baik. Tetapi kena jaga tata tertib. Takkan tak tahu tertib bila berada dalam masjid. Rumah Allah tempat ibadat, sebaiknya kena sembahyang tahiyattul masjid. Kena menutup aurat. Jangan bersembang hal-hal dunia. Yang wanita pula terlebih lagi..... mungkin ada yang sehingga terlupa hukum haram bila datang haid, contohnya. Maka sebaiknya, kita buat perkara yang mulia sahaja. Bab kucup mengucup tu, biarlah diluar. Yang hadir pun kena faham. Nikah dimasjid untuk ambil berkah tapi yang dapat sebaliknya pulak. Kita sebagai jurufoto nih pun terimalah sahamnya jugak. Hilang keberkatan. Habuannya ialah apa? Pada pendirian saya, nikah OK... Kucup dan lain-lain, TAK OK.

rizal28
21st March 2011, 04:14 PM
ar... ni bab ugama ni bro... pape pon aku rase akal logic kite as org islam/melayu kite tau adap... mmg lar sah die dah menikah tapi x manis ler agak nye org2 pandang...

ehhhhh... tapi itu ape yg aku pkir kn ler... aku x tau "hukum" nye...
keh3...

jzan
21st March 2011, 04:18 PM
yup..n rsnya photog x perlu minta si suami kiss isterinya kot. ckp skadar sarung cincin/gelang.

benda ni mmng nmpk remeh..tp adab n tatasusila dlm masjid msti dijaga.

x perlu posing lebih˛ dlm masjid..dok pegang˛ tgn, peluk˛ pinggang..photog pun dapat habuan sama..

matjack
21st March 2011, 04:44 PM
terima kasih atas peringatan macam nie......selalu orang terlepas pandang & kurang peka perkara2 berkaitan adab&susila di dalam masjid.....

saifudin
21st March 2011, 05:08 PM
tak tau sangat macam mana nak komen. jika dilarang kucup sebab isu sopan (depan orang ramai) mungkin munasabah. nak larang pun tak boleh juga kecuali tok imam yang larang. boleh kucup sebab dah sah suami isteri. mungkin isu sopan ni dipandangan khalayak ramai. Pengalaman jadi OP pada minggu lepas, selesai akad nikah dan baca taklik juru nikah (imam) memang menyuruh pengantin lelaki kucup isterinya. Kata juru nikah perbuatan itu digalakkan dan ada dalam modul keluarga sakinah.

sebenarnya selain dari isu kucup ni banyak lagi isu besar yang patut dititik beratkan berbanding isu kucup. isu pakaian seksi mendedah aurat, make up melampau, cukur kening dll yang terang2 hukumnya haram.

just my 10 cent...

nemesis
21st March 2011, 05:10 PM
Saya sokong.


tak tau sangat macam mana nak komen. jika dilarang kucup sebab isu sopan (depan orang ramai) mungkin munasabah. nak larang pun tak boleh juga kecuali tok imam yang larang. boleh kucup sebab dah sah suami isteri. mungkin isu sopan ni dipandangan khalayak ramai. Pengalaman jadi OP pada minggu lepas, selesai akad nikah dan baca taklik juru nikah (imam) memang menyuruh pengantin lelaki kucup isterinya. Kata juru nikah tu perbuatan itu digalakkan dan ada dalam modul keluarga sakinah.

sebenarnya selain dari isu kucup ni banyak lagi isu besar yang patut dititik beratkan berbanding isu kucup. isu pakaian seksi mendedah aurat, make up melampau, cukur kening dll yang terang2 hukumnya haram.

just my 10 cent...

salad
21st March 2011, 05:18 PM
menurut dari tok guru aku... dalam masjid kita cuma boleh buat amalan untuk akhirat sahaja seperti solat, baca quran, zikir, dll amalan seumpamanya.... akad nikah juga tidak digalakan sebab itu pekerjaan dunia.. sama la jugak bercakap mengenai hal2 dunia dalam masjid juga dilarang sama sekali... kalau nak borak or buat aktiviti keduniaan di luar atau halaman /kawasan sekitar masjid ... itu yang tok guru aku cakap... masing2 punya hujah sendiri... bergantung setakat mana ilmu yang dia ada...

Hanisq
21st March 2011, 05:55 PM
menurut dari tok guru aku... dalam masjid kita cuma boleh buat amalan untuk akhirat sahaja seperti solat, baca quran, zikir, dll amalan seumpamanya.... akad nikah juga tidak digalakan sebab itu pekerjaan dunia.. sama la jugak bercakap mengenai hal2 dunia dalam masjid juga dilarang sama sekali... kalau nak borak or buat aktiviti keduniaan di luar atau halaman /kawasan sekitar masjid ... itu yang tok guru aku cakap... masing2 punya hujah sendiri... bergantung setakat mana ilmu yang dia ada...

akad nikah pekerjaan dunia?? hmm :-?

ally9970
21st March 2011, 08:57 PM
kalau tengok paper hari ni, ada komen berkaitan majlis nikah di dlm masjid. Amalan mengadakan majlis nikah di dlm masjid boleh diibaratkan mengikut adat org2 kristian yg berkahwin di dlm gereja. Saya tak nak komen sbb ilmu agama saya masih cetek :(

mangkor
21st March 2011, 09:49 PM
saya kurang bersetuju dgn pendapat mengatakan akad nikah tu pekerjaan dunia atau mengaitkan ia seperti amalan penganut kristian yg kahwin di gereja.

berkahwin itu ibarat mendirikan masjid, rasanya adalah lebih berkat kalau dijalankan di masjid juga. walaupun Majlis Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah kerana ianya meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka, Rasullah tidak pernah pula mengeluarkan larangan sedemikian.

Bahkan Rasulullah sendiri pernah menikahkan satu pasangan yg ingin berumahtangga di masjid.

Jadi, dari segi dalil aqlinya, manakah satu yg bida'ah? melarang satu perbuatan yg baik yg pernah dilakukan oleh Rasul walaupun ianya bukan dari sunnahnya?

rasanya fatwa itu hanya bertujuan utk mengelak khalayak dari menjadikan masjid seperti pasar malam. al-maklumlah bila dah ramai para hadirin yg datang ke majlis tersebut, macam2 ragam manusia akan ada termasuk la isu kucupan tersebut yg akan mencemarkan kesucian masjid.

Isunya sekarang, bila keluar fatwa sedemikian yg menyatakan bahawa menikah di masjid adalah menyimpang dari ajaran Islam, bagaimana halnya kalau ada pasangan yg dah menikah di masjid. saya sendiri menikah di masjid..

Jika dikatakan menyimpang dari ajaran Islam, jadi tidak sah la akad-nikah yg telah saya lafazkan berbelas tahun dahulu? Jadi, hubungan saya suami-isteri tidak dikira halal? dan bagaimana dgn nasab yg lahir dari perkongsian kami berdua?

Wallahuaklam...

CgSir
21st March 2011, 09:59 PM
Sejak aku jadi photographer pengantin, lebih kurang 20 tahun dulu biasanya pengantin nikah kat rumah pengantin perempuan. Jarang-jarang pengantin nikah kat masjid. Tapi al maklumlah, kerana kebanyakan rumah pengantin kecik-kecik terutama rumah kos rendah. Rumah kampung pun ada juga yang kecik. Walaupun rumah kampung tu besar tetapi hallnya kecik. Tetamu pula ramai sangat, sesak nafas dibuatnya. Bercampur pula lelaki dan perempuan berhimpit macam sardin, hall yang kecik tak cukup menampung tetamu yang ramai. Pak Imam nak bergerak dalam rumah pengantin pun susah. Kenalah pulak kejar pengantin perempuan dalam bilik kecik. Wah, pak Imam terpaksalah melangkah sambil asyik beristifhar sebab terpaksa bergesel dengan anak dara dan bini orang pulaknya.

Kerana hal seperti inilah maka di cadangkan sebaiknya menikah di masjid yang luas, lapang dan selesa. Ruang untuk lelaki dan ruang untuk perempuan terasing tidaklah bercampur gaul macam sardin sebagaimana di rumah pengantin perempuan. Sejak itulah dah mula makin ramai pengantin melangsungkan akad nikah kat masjid. Semasa upacara akad nikah di masjid. Pak Imam hanya melengkapkan dokumen nikah, tandatangan wali, saksi dan pengantin. Lepastu sedikit taklimat oleh Pak Imam seterusnya upacara nikah dimulai dengan khutbah nikah, diikuti akad nikah, dan diakhiri dengan doa dan salawat. Selesai salawat bersurai dan balik. Tidak ada upacara batal air sembahyang ka, sarung cincin ka, serah barang hantaran ka dan sebagainya.

Dirumah Pengantin Perempuan barulah di lakukan upacara batal air sembahyang. Penyerahan wang tunai akad nikah, sarung cincin, rantai dan sebagainya serta bertukar barang hantaran. Begitulah upacara akad nikah di masjid pada permulaan dulu. Lama-kelamaan selepas masuk era kamera digital dah jadi lain pulak. Semua upacara yang di buat di rumah pengantin perempuan sekarang ini sudah di lakukan di masjid puloknya. Termasuklah sarung cincin dan bertukar barang hantaran. Semuanya di lakukan di masjid. Lepas tu balik rumah pengantin cuma untuk jamu selera, pastu bersurai. Kerana adanya berlaku perkara yang tidak sepatutnya di masjid termasuklah photog "cha ya nun alif" pun sehari suntuk duk dalam masjid maka berlaku suara-suara yang menegur tentang perkara yang kurang elok.

Saya rasa seeloknya untuk nikah di masjid bolehlah kembali seperti dulu semula. Hanya upacara nikah sahaja, lepas tu balik rumah pangantin perempuan untuk sambung upacara seterusnya. Ini lebih elok rasanya.

mozakim
21st March 2011, 10:07 PM
saya kurang bersetuju dgn pendapat mengatakan akad nikah tu pekerjaan dunia atau mengaitkan ia seperti amalan penganut kristian yg kahwin di gereja.

berkahwin itu ibarat mendirikan masjid, rasanya adalah lebih berkat kalau dijalankan di masjid juga. walaupun Majlis Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah kerana ianya meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka, Rasullah tidak pernah pula mengeluarkan larangan sedemikian.

Bahkan Rasulullah sendiri pernah menikahkan satu pasangan yg ingin berumahtangga di masjid.

Jadi, dari segi dalil aqlinya, manakah satu yg bida'ah? melarang satu perbuatan yg baik yg pernah dilakukan oleh Rasul walaupun ianya bukan dari sunnahnya?

rasanya fatwa itu hanya bertujuan utk mengelak khalayak dari menjadikan masjid seperti pasar malam. al-maklumlah bila dah ramai para hadirin yg datang ke majlis tersebut, macam2 ragam manusia akan ada termasuk la isu kucupan tersebut yg akan mencemarkan kesucian masjid.

Isunya sekarang, bila keluar fatwa sedemikian yg menyatakan bahawa menikah di masjid adalah menyimpang dari ajaran Islam, bagaimana halnya kalau ada pasangan yg dah menikah di masjid. saya sendiri menikah di masjid..

Jika dikatakan menyimpang dari ajaran Islam, jadi tidak sah la akad-nikah yg telah saya lafazkan berbelas tahun dahulu? Jadi, hubungan saya suami-isteri tidak dikira halal? dan bagaimana dgn nasab yg lahir dari perkongsian kami berdua?

Wallahuaklam...

sebenarnya bukan MAJLIS FATWA PERLIS wartakan sebagai fatwa, tapi hanya "kenyataan" dari seorang anggota dari majlis fatwa iaitu Ustaz Ahmad Jusof, kenyataan dia semata (lihat di link ni : http://www.malaysiakini.com/news/159169) ... dan bagi teman dia perlu merujuk pada seluruh ahli majlis fatwa m'sia sebelum membuat kenyataan umum & disebarkan dalam akhbar di mana ianya adalah satu "kenyataan" yang lemah tanpa disokong oleh hadis yang saheh langsung. Bagi teman ada isu yang lebih jelas menyimpang yang dia boleh sentuh, contohnya buat majlis kahwin besaran, pembaziran yang tanpa kawalan, bermegah seluruh siaran televisyen dengan jumlah hantaran jutaan ringgit yang seolah menjadi trend skang ni yang mana terus terang "menyimpang" dari sunnah Rasullullah itu sendiri, kadang2 betullah apa yang orang2 tua cakap... nyamuk seberang nampak, tapi bangkai gajah depan mata buat2 tak nampak....

dan artikel dia juga telah dijawab kalau kawan2 baca kat situ kat bahagian reply :) ... mungkin Dr.Maza akan sentuh isu ini barangkali... ;)

mangkor
21st March 2011, 10:19 PM
ni la padahnya kalau orang yg berilmu pada pandangan masyarakat mengeluarkan kenyataan sesedap rasa.. huhuhuhu

mozakim
21st March 2011, 10:32 PM
ni la padahnya kalau orang yg berilmu pada pandangan masyarakat mengeluarkan kenyataan sesedap rasa.. huhuhuhuteman kenai & tau sapa ust.ahmad jusoh ni, dan bagi teman tak sehebat mana pun orangnya, maaf cakap lah.. teman rasa ini lebih pada kenyataan untuk meraih perhatian jek (kalau memang benarlah statement tu bulat2 dari beliau seperti yang dilaporkan dalam akhbar itew)... personalitinya serta level pendidikannya kalau nak dibandingkan dengan Ust.Harun Din Al-Hafiz jauh bezanya ... pendapat peribadi teman sajalah :) ... sebagai anak jati perlis teman amat kecewa dengan statement beliau ni :( .. tengok saja reply2 kat link yang teman bagi tu... hmmmmm, dari menteri besag sampai la ke anak buah.. tak abih2 isu ntah haper2... aparaaaaaaaa

mangkor
21st March 2011, 11:07 PM
teman pom terasa jugak nihh... org yg macam ni Syeikh Fuad Al-Maliki dan jugak Ustaz Zamihan marah sangat nihh.. golongan yg suka menimbulkan isu dan perkara yg remeh-temeh hingga menenggelamkan perkara pokok yg sepatutnya perlu lebih dititik-beratkan. bila timbul isu macam ni, banyak tenaga dan masa terbazir membahaskan hal tersebut sedangkan perkara lain yg lebih mustahak terbiar gitu. bahananya boleh memecahkan perpaduan ummah..

ni antara isi khutbah Jumaat yg disampaikan oleh Syeikh Fuad Al-Maliki kat masjid Tmn TAR tu dlm usaha menyangkal agenda golongan Wahhabi dan jugak golongan yg macam nihh..

cikaris
25th March 2011, 10:24 AM
ada sesetengah masjid kat Johor ni plak larang fotog amik shoot waktu nikah (acara pernikahan masih dibolehkan). mungkin ada perlakuan yg telampau dari fotog sebelumnya kot sampai larangan ini dibuat...eheheh...

zilzals
25th March 2011, 11:03 AM
memetik perbincangan ilmiah mengenai hukum bernikah dalam masjid. Pada pandangan saya, berkucup di dalam masjid tu kalau kita as a photographer boleh control keadaan, kita boleh adakan di luar masjid, better kite elakkan perselisihan faham yang boleh membawa fitnah walaupun pada asasnya memang tiada tegahan dari sumber2 hukum yang empat iaitu al quran, sunnah, ijma' dan qias.

Sedikit perkongsian mengenai hukum bernikah dalam masjid.

Akad Nikah Dalam Masjid : Antara Jumhur dan Imam Syawkani
Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.

1.Pandangan Mazhab Syafie

Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.

Pertama : Fathul Ma’in karangan Imam Zainuddin al-Malibari;
Kedua : I’anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan
Ketiga : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya ini bersepakat menyatakan, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT.

Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang direkodkan oleh al-Tabarani dan Tirmizi. Ia diriwayatkan oleh Syaidatina Aisyah r.a.

Hadis tersebut berbunyi :

أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف
Terjemahan : “Umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya di masjid serta pukullah kompang”

Pengarang I’anah al-Tolibin mencatatkan :

ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبراني
Terjemahan : “Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] al-Tabarani”.

Ringkasnya, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT menurut mazhab Syafie.

2.Pandangan mazhab 4

Menurut Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jumhur (majoriti) ulama mengatakan, SUNAT melakukan akad nikah di masjid (jilid 39, ms.221).

Mereka terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Syafie dan Hanafi (jilid 32, ms.6) serta Mazhab Hambali (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231)

Manakala Mazhab Maliki mengatakannya HARUS sahaja, bukannya sunat (Mausu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jilid 32. ms.6)

Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah mencatatkan :

قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز
Terjemahan : “Berkata ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafie, disunatkan [dilakukan] akad nikah dalam masjid berdasarkan hadis “umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang”. Berkata ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus”.

Ulama-ulama lain yang turut mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231).

Kesimpulannya, para ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.259)

Dalil Jumhur Ulama

Jumhur ulama bersandarkan kepada dalil-dalil berikut :

Pertama : Hadis Tabarani di atas;

Kedua : Akad nikah dilakukan di masjid bagi mengambil keberkatan masjid

Ketiga : Masjid adalah tempat yang diketahui ramai. Justeru, melakukan akad nikah dalam masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah satu tuntutan syarak.

Keempat : Nikah adalah ibadat. Justeru, sunat dilakukan akad dalam masjid.

Penilaian terhadap hadis

Para ulama hadis berbeza pendapat dalam menilai hadis Tabarani di atas seperti berikut :

Pertama : Hadis Tabarani adalah hadis hassan.

Ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, jilid 1, ms.36, al-’Ajluni dalam Kasyful Khafa’, jilid 1, ms.145 dan lain-lain.

Kedua : Hadis ini dhaif.

Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi (Tahir al-Hindi dalam Tazkirah al-Maudhu’at, jilid 1, ms.55), al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, jilid 7, ms.50 dan lain-lain.

3.Pandangan Imam Syawkani

Imam Syawkani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.

Ini kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat.

Justeru, perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.

Dengan sebab itu, makan, minum, tidur dan membaca syair dalam masjid diharuskan kerana ada dalil khusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) :

فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه
Terjemahan : “Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)”.

Imam Syawkani tidak menerima hadis Tabarani di atas yang menjadi dalil jumhur ulama, kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, ms.211).

4.Kesimpulan

Pembentangan di atas dapat disimpulkan seperti berikut :

1. Mazhab Syafie dan 3 lagi Mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.

Justeru, kenyataan yang tepat yang perlu dinyatakan oleh pihak berkuasa agama berhubung isu ini ialah, ”melakukan akad nikah dalam masjid adalah sunat menurut jumhur ulama dari pelbagai mazhab, termasuk mazhab rasmi negara, mazhab Syafie”.

Jelasnya, keharusan melakukan akad nikah dalam masjid bukan semata-mata bersandarkan kepada isu pentadbiran, iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan menjimatkan masa.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama, akad nikah boleh dilakukan dalam masjid secara konsisten.

Ia juga boleh dilakukan dalam masjid dengan iktikad (kepercayaan) bahawa melakukannya dalam masjid ada kelebihannya, iaitu sunat.

Berbeza dengan pandangan Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid’ah.(Rujuk : http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420)

3. Individu yang menegah dilakukan akad nikah dalam masjid kerana mengambil pandangan di kalangan ulama ada yang berpendapat sedemikian, iaitu Imam Syawkani seperti yang telah dinyatakan.

4. Melakukan akad nikah dalam masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja, tidak berbangkit. Sehinggakan Imam Syawkani sendiri pun tidak menjadikan ‘menyerupai orang Krisitan’, sebagai sebab ditegah melakukan akad nikah dalam masjid.

5. Jagalah adab Masjid semasa berlangsungnya majlis nikah sekali pun

Perlulah dijaga adab apabila berada dalam masjid agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara. Antara adabnya iaitu berada dalam keadaan menutup aurat, menghormati orang lain yang melakukan solat atau membaca al-Quran, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan membuat bising sehingga menghilangkan kehormatan masjid dan sebagainya. Apabila masuk masjid, bacalah doa-doa ketika masuk masjid.

Antaranya : A’uzhu billahil ‘azhimi wabiwajhihil karim wasulthanil qadiim minas syaithanir Rajim. (Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan Dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan Kekuasaan-Nya yang berkekalan daripada syaitan yang direjam).

Selain itu, disunatkan juga bagi orang yang memasuki masjid untuk berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Wallahua’lam.

Wallahu a’lam.

(sumber : http://pondokhabib.wordpress.com)

Jadi pada pandangan saya, bernikah ni bukanlah urusan dunia selagi mana niat dan tawajjuh kita hanya utk menjalankan sunnah dan mendekatkan diri kpd Allah swt.

mozakim
25th March 2011, 11:25 AM
terima kasih banyak2 abam zilzals ... sungguh lengkap ... teman patut sarankan supaya Ustad Ahmad Jusoh membaca artikel ini ... :)

mangkor
25th March 2011, 11:48 AM
sudah terang lagi bersuluh... terima kasih atas input di atas. semoga semua orang mendapat manfaatnya lebih2 lagi hari ni Jumaat..

zilzals
25th March 2011, 11:52 AM
saya sharing dari website je, same2 kite berkongsi.
boleh tgk juga di sini.

http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=6494

(maaf OT dari tajuk thread.)

mozakim
25th March 2011, 11:59 AM
saya sharing dari website je, same2 kite berkongsi.
boleh tgk juga di sini.

http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=6494

(maaf OT dari tajuk thread.)
teman tak rasa OT pun nim.... satu perkongsian yang sangat bernas... mekasih lagi sekali abam zilzals :)

zamrizaza
25th March 2011, 12:34 PM
tertarik dgn perbincangan dekat sini.... baca dari awal smp akhir.... thanks to avam zilzal di atas info anda..... tepat dan tidak memeninkan kepala... hehe

zahidzidane
25th March 2011, 01:11 PM
bagi teman.. takde masalah nak buat dalam masjid.. selagi mana khalayak yang hadir termasuk pengantin menjaga adab dan tatasusila.. kalau kata pernikahan dalam masjid itu satu ibadah, sudah tentu ada caranya yg menjadikan ia ibadah.. bukanlah dengan perkara2 berunsur maksiat dan mengundang dosa.. pengantin perempuan dan tetamu wanita perlu dipastikan bersih dari haid.. adakan solat tahiyatul masjid dan niat iktikaf.. di situ lah baru majlis tersebut dijadikan satu ibadah.. photographer juga perlu menjaga aurat dan batas agama (pernah terjadi photog berseluar pendek dlm masjid, selesa katanya.. lepas tu photog perempuan berada di kawasan lelaki...)
berbalik pada isu yg dibangkitkan oleh tuan tanah.. bagi saya, takde masalah untuk mengucup pengantin perempuan selagi ia tidak mendatangkan rasa berahi kepada orang yg hadir.. perlu diingat, walaupun sudah bergelar suami isteri, kita kena jaga perlakuan supaya tidak mendatangkan fitnah dari orang lain.. pengalaman saya, tok kadi sendiri yang set kan pose untuk saya seperti suami serah hantaran pada isteri, isteri salam sambil cium tangan suami, suami kucup dahi isteri.. siap tok kadi bgtahu ambil dari angle mane.. :D
apa yang penting, kesucian agama tu perlu dipelihara..

shearazi
25th March 2011, 02:13 PM
jgn la kucup mulut/pipi...karang stim plak..dh dosa woo....(pasal dalam masjid)

kucup dahi pun bahaya gak..hehe..takut berahi baik la buat luar masjid
kena plak mcm aku...part kucup dahi kasi hold lama2..nk dpt shot sambil buat lawak..:P

part wahabi tu..tqvm ust zilzals for the post... kena cantas cepat2 la diorg ni..ciss..

PengukirCahaya
25th March 2011, 07:07 PM
Kita mengambil manfaat dalam hal ini. Sangat baik sekali. Maka kita haruslah memberi peringatan pada diri sendiri dalam perihal menjaga adap adap berada dalam masjid sesuai ianya sebagai rumah Allah.

Sebagai jurufoto yang bertamadun, mungkin patut mengambil serius saranan berikut...

1. Pakaian mesti bersih dan kemas. Kaki seluar jangan terlampau terseret.
2. Jika t-shirt, jangan ada tulisan atau gambar yang terlampau tercetak pada baju.
3. Pakailah songkok atau kupiah.
4. Niatlah iktikaf (kerana dah berada dlm masjid. Kan dapat pahala).
5. Dirikan solat tahhiyatul masjid.
6. Segala pergerakan penuh sopan.
7. Bersalaman dan perkenalkan diri dgn imam bertugas dan pengawai atau pengawal masjid.
8. Serahkan perkara lain seperti sarung cincin, serah mas-kahwin dsbnya kepada ketua rombongan.
9. Jika perkara #7 diatas diserah pada kita, usul pada imam dulu. Minta nasihat beliau.
10. (sila tambah)

Persoalan : bagaimana pula dgn jurufoto bukan islam? Yang sering kita lihat kadang-kadang terlalu extreme. Mungkin jurufoto perkahwinan boleh jadikan ini sebagai selling point??

mangkor
25th March 2011, 09:54 PM
pd saya la, kalu pasangan Islam tu bercadang nak menikah di masjid, sewajarnya mereka kena dan wajib cari photoq lelaki Islam jugak utk kerja-kerja fotografi berkaitan semasa majlis akad nikah tu supaya tak timbul isu non-Muslim masuk dlm masjid.

saya tegaskan photoq lelaki Islam ya.. bukan perempuan. maaf, bukan niat saya utk membezakan jantina dlm hal ni. bukan apa, kalau la amik photoq perempuan, tup-tup photoq pompuan tu 'bucurrr' pulak, udahh takleh nak masuk dlm masjid...

bila jadi hal yg sedemikian, abeh sapa nak ganti amik gambor saat2 yg paling bermakna tu? kalu ada tag along mungkin bleh backup. yg pentingnya bukan abam PC yg jadi backup sebab tok imam dah marah dia "jangan main kumira..." ahahah

PengukirCahaya
26th March 2011, 03:30 AM
.............. yg pentingnya bukan abam PC yg jadi backup sebab tok imam dah marah dia "jangan main kumira..." ahahah

Betul !!!! :p

shuttermania
26th March 2011, 09:54 AM
tok imam marah sbb abam PC amik gambo anak sendiri,

cer... amik gambo tok imam, dia tak marah kot? :D:D:D

PengukirCahaya
26th March 2011, 06:25 PM
tok imam marah sbb abam PC amik gambo anak sendiri,

cer... amik gambo tok imam, dia tak marah kot? :D:D:D

Kenapa laaa tak terpikir gitu.. Itulah silapnya....

OK. Saya ada pengalaman mengenai isu nikah dalam masjid dan tetamu tidak menghormati adap masjid.........
Beberapa tahun dulu.... saya diupah untuk mengambil wedding. Nikahnya dimasjid (dipinggir bandar kuantan). Rombongan pengantin lelaki yg hadir, saya perhatikan memang rock habis. Rambut punk, warna merah, seluar ketat dan sendat. Yang wanita pulak tuh pakaian jarang hingga nampak pangkal dada. Bila duduk boleh nampak seluar dalam!!!!! Auzubillah... saya mengucap dalam hati. Merokok ditangga masjid dan saolah-olah merekalah paling advance sekali. Tanpa sedar saya dapati tangan saya terketar-ketar sebab mungkin terlampau geram. Lantas saya berbisik pada tok imam bolehkah izinkan saya utk 'sound' mereka yang seperti tak tahu apa-apa. Tapi tok imam amat bijak dan berkata dia akan handle perkara ini.....

Sejurus sebelum acara nikah dijalankan, tok imam telah 'bersyarah' panjang lebar tentang adap dan kelakuan yang mesti diikuti bilamana berada dalam masjid. Perlahan-lahan, saorang demi saorang yang terasa pedas, angkat punggung dan duduk diluar masjid. Tok imam kata, nikah adalah suatu yang dituntut agama dan ibadah. Dgn perbuatan yang menjolok mata, bukan sahaja hilang pahala dan tidak mendapat barakah, malahan mungkin dilaknat.

Tok Imam itu telah bertindak bijak dan mudah-mudahan menjadi teladan pada mereka. Tapi bagaimana pula dgn setengah-setengah orang yang masih tak reti? Amat kesian sekali..........

Dan ada satu lagi peristiwa semasa ambik gambar wedding ini di masjid negeri Kuantan...... rombongan pengantin wanita datang bersama-sama rakan-rakan yang terdiri dari non-muslim lelaki dan wanita. Habis nikah, mereka telah berpelok cium (sasama mereka lelaki dan wanita) konon mengucapkan tahniah dan sebagainya...... dan semuanya didalam dewan utama sembahyang!!!! Rakan lelaki berbangsa india, amerika telah dengan selamba memelok dan mencium pipi pengantin wanita dengan diperhati oleh pengantin lelaki. Aduhhhhh........ upah saya sebagai wedding OP hari tu pasti sia-sia sahaja.......

Itulah saya sekarang ini amat memilih wedding jika dipanggil untuk menjadi OP. Pertanyaan pertama saya ialah solekan oleh mak andam atau pak andam. Saya juga tak akan ambik job Pra Wedding jika tiada muhrim (kakak atau abang atau makcik mereka) dan saya tak akan membenarkan mereka walaupun berpegangan tangan. Secara berseloroh saya akan kata ituuu harammmmm.... dan selalunya mereka pun ok... Pada saya tak mengapa jika tak dapat job sebegitu asalkan upah yang diterima tak bersyubahah. Walaupun saya tak pandai agama tapi saya berusaha untuk menjadi pengikut nabi Muhammad yang baik. Insyallah.

Pada pandangan saya, saya sebagai perakam sejarah perkahwinan mereka, tetap saya akan cuba menjaga adap sopan saya dan mereka. Disamping memberi hasil kerja yang terbaik yang boleh mereka kenang sepanjang perkahwinan mereka.

greentears
26th March 2011, 09:58 PM
salam..isu yg menarik. manusia beragama pada zaman Rasulullah sgt berbeza ngan manusia beragama islam akhir zaman mcm kite ni..mmg ramai muslim tp ramai yg "friday muslim" kot.pegangan islam tak kuat..nafsu overrule syariat,perintah dan larangan Allah.. tradisi,adat berevolusi..kdg2 hukum yg harus pn boleh berubah menjadi haram bile jatuh pd situasi yg xbetul. tanya la pd yg arif untuk kepastian. x berani nk berbicara psl hukum..slh letak hukum dh dikira zalim.

mgkin ada sebab seseorg berkata sedemikian, upacara akad-nikah di masjid tidak salah..mgkin cara atau upacara tmbhan yg mnyimpang, pakaian,adab dlm msjid. pngantin perempuan,tetamu prmpuan dlm haid,knk2 bermain2 dlm msjid..mgkn mengganggu jemaah lain berzkr,baca quran. kalo nk buat dlm msjid x salah, cuma diskuss dulu,tnya org masjid ape yg patut dan ape yg xpatut.. insyaAllah, sumenya selamat. (kalo salah, sila betulkn, aku pn masih x pandai agama)
wallahua'lam

sofira888
27th March 2011, 03:52 AM
mmg tak dinafikan serbasalah pulak membuat keja menjadi wedding photographer pempuan ni. terutama rakaman didlam masjid. tp kerana khendak kebanyakkan client saya dri golongan perempuan yang ingin rasa selesa dan ingin menjaga aurat mereka dari dirakam oleh phtographer lelaki. maka sy teruskan.

terima kasih kepada yg memulakan topik yang cukup ilmiah dan banyak memberikan kita semua peringatan .krana Ia membantu memberikan kesedaran.Nampak gayanya apabila waktu pernikahan berlangsung didlm masjid. lebih baik saya hnya merakam dikawasan wanita. Dan membiarkan adik sya yg lelaki sorang2 sja yg merakam saat pernikahan. Demi menjaga tatatusila dan rasa hormat apabila berada dlm kawasan masjid. tetapi jika adik sya ada hal. kenalah cri TAG (photograper lelaki) untuk membantu rakaman pernikahan tersebut.

http://www.flickr.com/photos/sofira888

zahidzidane
28th March 2011, 07:08 PM
mungkin ini antara sebab kenapa ada yang kata tak elok buat akad nikah dalam masjid..
http://4.bp.blogspot.com/-EdGy3TzFJFg/TZBknwx2HdI/AAAAAAAAA7U/rQAz7G-sClc/s1600/Buka%2Baurat%2Bdalam%2Bmasjid.jpg
sumber: Oh!Media

mangkor
28th March 2011, 07:17 PM
Astaga... kenapa la berpakaian yg sedemikian? Ni la yg dinamakan tidak prihatin. Pengantin tak prihatin dgn adap berpakaian di dalam masjid dan waris pulak lagi la tidak prihatin supaya aurat pengantin ditutup rapi (sekurang2nya utk majlis tersebut sebagai menghormati masjid)...

Hai donia donia...

shearazi
29th March 2011, 10:14 AM
adoyai.. ni semua buat dosa je ni... :P

miesterzenz
29th March 2011, 10:41 AM
mungkin ini antara sebab kenapa ada yang kata tak elok buat akad nikah dalam masjid..
http://4.bp.blogspot.com/-EdGy3TzFJFg/TZBknwx2HdI/AAAAAAAAA7U/rQAz7G-sClc/s1600/Buka%2Baurat%2Bdalam%2Bmasjid.jpg
sumber: Oh!Media


bila agama dan trend di campur adukkan....takkan takde yang tegur?isk...harap2 pak imam tu dah tegur..

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika dia tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu juga, cegahlah dengan hati. Sesungguhnya itu selemah-lemah iman”

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

PengukirCahaya
29th March 2011, 02:11 PM
Astgarfirullah......... macam tak pandai. Macam tak pernah belajar...

shuttermania
29th March 2011, 02:23 PM
wow... kaler itaaammmmmmm....

hahaha... kalau kat kampung aku, sure dia kena renung ramai2 punyer... musti segan giler budak pompuan tu....

mtbar5
29th March 2011, 02:42 PM
dah besar panjang takkan tak tahu lagi adab dalam masjid. fail betul.

zam black
29th March 2011, 04:19 PM
ayoyoyo.......tutup mata lah cam ni........

saifudin
29th March 2011, 05:00 PM
mungkin ini antara sebab kenapa ada yang kata tak elok buat akad nikah dalam masjid..
http://4.bp.blogspot.com/-EdGy3TzFJFg/TZBknwx2HdI/AAAAAAAAA7U/rQAz7G-sClc/s1600/Buka%2Baurat%2Bdalam%2Bmasjid.jpg
sumber: Oh!Media

kalau aku jadi tok imam tu aku dah halau pengantin perempuan balik. unless dia tukar pakaian yang menutup aurat. kalau tak mau, imam berhak tak nak nikahkan diorang. Malangnya aku hanya seorang photog..dok tambah dosa lagi ade la...

azmizi
29th March 2011, 05:40 PM
mungkin ini antara sebab kenapa ada yang kata tak elok buat akad nikah dalam masjid..
http://4.bp.blogspot.com/-EdGy3TzFJFg/TZBknwx2HdI/AAAAAAAAA7U/rQAz7G-sClc/s1600/Buka%2Baurat%2Bdalam%2Bmasjid.jpg
sumber: Oh!Media

serius takut nga anak2 muda sekarang dress up....

nikmi
30th March 2011, 09:27 AM
truk nya kefahaman tentang agama.... ni lah jadinya bila dah takde tegur menegur

shearazi
30th March 2011, 09:28 AM
kenapa org nak nikah dlm masjid?

1) rumah sempit.. x selesa agaknya
2) arahan tok imam?
3) nak dapat gambau cantik (psl masjid cantik?)
4) sound system bagus?
5) ikut org lain
6) nak dapat keredhaan Allah dan keberkatan pernikahan

kalau niatnya hanya yang no.6 tu... maka perlulah menjaga peradaban keseluruhannya..
dan sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..

bila sentuh tanggungjawab siapa?

1) tok imam
2) ibubapa pengantin
3) pengantin
4) para hadirin...

wallahualam