PDA

View Full Version : Memaksimakan Penggunaan Fungsi Dslr



eastone
27th October 2005, 10:19 AM
Assalamualaikum.

bukak topic ni utk nak belajar dari senior user D70s untuk memaksimakan penggunaan fungsi yang terdapat pada Nikon D70s.
sebab setakat ni banyak lagi kekaburan tentang function yg ada.

ok utk 1st soalan ni nak tanyer tentang fungsi :
1. Braketing
2. Metering
3. DOP Preview

Thanx...

cgmulia
27th October 2005, 03:43 PM
haahahaha


aku pun tak taut

abah leh bantu ko

AyAres151
30th October 2005, 11:04 AM
ese bantu yang no satu jerk...

Fungsi Braketing
- camera akan shoot 3 image bila tekan shutter dalam exposure yang berlainan..
- bleh setkan exposure value antara -1 hingga +1 bergantung pada camera itu..
- dan camera shoot dalam nisbah 1/3 EV..
- jadi hasilnya.. ada 3 gambar berlainan exposure iaitu -1ev , 0ev dan +1ev...
- ia digunakan jika anda takde masa nak set satu-satu.. kalu potret tak jadi masalah.. kalu event2.. kena guna bracketing lagi senang..


maaf jika ada salah.. sifoo harap dapat bantu ese perjelaskan lagi..

abahwafi
30th October 2005, 09:22 PM
haahahaha


aku pun tak taut

abah leh bantu ko

Aku bukan taknak bantu....tapi soklan terlalu general. Berjela kalau nak terangkan kat sini. Kena baca manual la jawabnyer...Rasanyer manual D70 tu tak susah nak paham kan. Kalau bebetul tak paham, kita boleh sama-sama tunjukkan :oops:

AyAres151
31st October 2005, 06:48 AM
abah...pendekkan... macam ese pendekkan... dia cuma tanya fungsi.. just amik point2 penting jek terangkan... kalu baca manual... semua orang bleh baca.. tp tak semua orang bleh paham... dan PADA FIRASAT hamba... dia sudah baca.. tp tak paham tang 3 benda yang di tanya tu.. hehehee..

AyAres151
31st October 2005, 06:51 AM
Oh ya... penambahan skit jerk dari soalan 1..

Fungsi Braketing nih tak sama dengan fungsi Burst... iaitu Burst akan shoot beberapa gambar dalam setting yang sama.. tp Braketing akan shoot 3 gambar dalam setting EV yang berlainan..

abahwafi
31st October 2005, 11:18 AM
Errrr AyAres...betol pendapat ko tu. Tapi BASIC fotography konsep kena paham dulu baru boleh appreciate function kat kamera tu.

Contohnya mcm fungsi METERING tu. Biasanya org guna dalam mode MANUAL. Kamera akan proses cahaya yg masuk dalam kamera dan akan indicate samada manual setting yg kita pakai tu akan menyebabkan gambar jadi under-expose atau under-expose. So, boleh refer kat viewfinder samada indicator tu dekat +ve atau -ve.

Dalam keadaan normal, kita mesti pastikan indicator kat dok kat 0(zero). Maksudnya tak over atau under-expose. Tapi dalam keadaan tertentu, metering kamera boleh diperbodohkan oleh cahaya.

Contohnya, kalau objek yg berwarna putih eg burung/angsa, metering akan mengatakan overexpose dan indicator akan menunjukkan +ve. Kita kena adjust sendiri sbb kita mmg nak kan warna putih tu kekal. So, konsep cahaya/warna mmg kena difahami. Bagi kamera warna putih tu maksudnya terang, dan warna hitam tu maksudnya gelap, dan kelabu ialah warna natural.

Jadi kalau warna angsa putih tu jadik underexpose, kita kena paham sendiri la kenapa ia jadik camtu.

Errrrr....boleh paham ke kalau explain camni yer ?

cgmulia
31st October 2005, 12:06 PM
ha... ok lah tu..
koman2 nampak gak ape ke benda tu...

general dah lah abah .. kalau ada org tak phm gak... dia tanya lah pulak...

aku dah tau sebenarnya.. cuma nak perangat forum jek..

cuma yg metering yg aku dok brape fhm.. baca pun takleh pi

brahym
13th November 2005, 05:30 AM
topic ni sepatutnya bukan utk d70s jer..sebab byk kamera yang ada function bracketing, metering dan DOP preview termasuk ler prosumer digicam. Tapi yang prosumer tu takde ler DOP preview tu. So kalau boleh please ler adjust yer tajuk topic ni...

my 2 cent again and again

eastone
13th November 2005, 11:43 AM
ok dah adjust topic...
sila beri tunjuk ajar...

thanx...

cgmulia
13th November 2005, 12:46 PM
kita sesuaikan...
menggunakan segala keluwesan yg perlu supaya topik ini member maklumat kepada semua pengguna DSLR. tak kisah lah jenama apa.. coz tujuan kita satu... iaitu photography

malek
14th November 2005, 05:47 PM
:D

let me try...

saya ni pun tak la berapa reti sangat..
semuanya akan berdasarkan daripada pengalaman saya dan apa yang saya tahu.. kalau salah, tolong betulkan.

mula2 kita bincang pasal metering..ini paling penting sekali dalam photography..

bila kita point camera kita pada satu2 scene, cahaya akan masuk ke dalam camera dan camera akan bagi exposure readingnya sendiri. contohnya dalam apature mode, dia akan kasi reading utk shutter speed, kalau shutter speed mode, dia kasi reading apature... dan kalau manual, dia tak akan tukar apa2 apature atau speed, tapi dia akan tunjukkan setting yang kita ada pada masa tu cukup atau tidak, iaitu under or over expose..

so, macam mana camera nie beri semua bacaan2 tu..

ini ialah kerja light meter yang ada dalam camera tu..
biasanya light meter akan merujuk kepada satu nilai iaitu '18% grey'(18% kelabu - ni dalam BM kot), iaitu kelabu dari campuran hitam dan putih. Dia akan cuba samakan cahaya yang masuk itu kepada nilai 18% grey tu..
so kalau scene tu gelap, dia akan setkan lebih cahaya masuk, maka akan lebih lama shutter speed atau lebih besar apature yang kita dapat. Bergitulahlah sebaliknya kalau scene tu cerah..

contoh.. set camera pada matrix metering(method metering yang lain tu kita diskus lain kali le yek..), apature mode, katalah f5.6 dan ambik bacaan exposura pada 2 keadaan ini..
1, langit cerah dan 2, rumput...
so pada scene langit bacaan shutter speed akan lebih pendek/cepat berbanding dengan scene rumput ( contohnya 1/500 berbanding dengan 1/60..)..ini kerana pada scene langit yang cerah tu, ia lebih kepada 'putih', so untuk menjadi 'kelabu' atau lebih gelap, kena kurang cahaya masuk, so speed lebih pendek/cepat.. Bergitu sebaliknya untuk scene rumput..

hmmm... harap-harap apa yang saya cakap nie betul..


kalau nak lagi detail, bacala pasal incident dan reflected light dan meteringnya, baca juga mode2 metering yang lain..
metering yang saya cerita di atas tu lebih pada metering reflected light, iaitu cahaya yang datang dari subjek ke dalam canmera..

terima kasih..

brahym
14th November 2005, 07:33 PM
thanks bro atas tunjuk ajar tu..so metering ni ada byk jenis kan? Boleh tak sesiapa yang tolong jelaskan kegunaan setiap satu jenis metering tu?

1. Spot metering
2. Partial metering
3. Evaluative metering
4. Center-weighted average metering..dsb

aku pun tak berapa reti sgt. Selalu guna evalutative jer..then bila background terlalu terang dari foreground, aku tukau guna partial metering.

nemesis
23rd January 2008, 09:48 PM
in order to maximize kan penggunaan dSLR, kena selalu keluar shooting. jgn jadi macam aku hehehe