PDA

View Full Version : Second MFN Photoshoot Outing | Landscape/Macro/Birding



mangkor
5th April 2011, 09:53 PM
Sekadar menghebahkan satu photo outing yg bakal dianjurkan oleh Cikgu Dolah. Beliau merupakan seorang rakan photoq yang berkaliber juga kaki pancing tegar.

Butirannya seperti berikut (copy-paste dan sedikit penyesuaian ayat dari apa yg beliau sampaikan):

Venue: Taman Negara Pulau Pinang
Date: Sabtu - Ahad, 16-17 April 2011
Time: Sabtu 8am - Ahad tengahari (anggaran)

Teknik mengambil gambar landscape dan macro akan dikongsi bersama pada outing ini. Kalau nasib kita baik dapat lihat tasik meromictic. Salah sebuah tasik paling unik yang hanya terdapat beberapa buah sahaja didunia. Air masin dan tawar tidak bercampur sekali. http://www.wildlife.gov.my/tnpp/biindex.htm

Tasik meromictik ini paling unik sekali. Hanya berlaku apabila air laut pasang besar. Pintu air masuk akan tertutup oleh tambak pasir dalam satu jangka masa yang pendek dan kedua dua air masin dan tawar tidak bercampur. Tak pasti mana satu atas mana satu bawah. Air tawar bawah air masin atas kot. Ikan keli bawah ikan sembilang atas....hehehe. Nanti akan ada renjer yang guide kita.

Ada tempat penetasan penyu, boleh lihat dan pegang anak penyu...nak lepaskan penyu pun boleh. Landscape memang cantik...sediakan wide lens, ND, GND atau CPL filter. Kukuciau (burung) pun banyak...burung murai batu jinak terbang sampai dekat tak takut. Gerabak pun masih banyak melayang atas kepala...tau ka apa gerabak? (Gerabak ialah tupai terbang)

Memandangkan photo outing ini melibatkan aktiviti luar seperti menaiki bot, trekking dan juga bermalam bagi mendapatkan shot startrail, timelapse photography atau sunset/sunrise, maka para peserta diwajibkan membawa peralatan/ barang2 seperti berikut:



tent (khemah)
sleeping bag
lampu suluh
makanan
minuman
lain-lain barang2 keperluan yg difikirkan perlu utk aktiviti luar (outdoor activity)

Tempat solat dan tandas ada disediakan di tempat tersebut.

Last sekali jangan lupa, bawa kamera dan segala keperluan fotografi yg berkaitan...

Kalau ada apa-apa tambahan, saya akan maklumkan di sini nanti.

Kepada yang berminat, sila angkat tangan...:D saya mungkin akan join gak nanti.

rizal28
6th April 2011, 10:35 AM
menarik...

paizero
6th April 2011, 10:25 PM
menarik...rugi tak dapat itutt....

mangkor
6th April 2011, 10:41 PM
lupa...

sapa nak join sehari saja pun boleh jugak. takde paksaan.

rezeki
6th April 2011, 11:02 PM
pak kal jauh , kalau dekat mau den pun nak turut serta, tentu menyeronokkan

mangkor
6th April 2011, 11:17 PM
elehhh... naik flight kojap yo sampai... ekekeke

rezeki
6th April 2011, 11:44 PM
elehhh... naik flight kojap yo sampai... ekekeke

takde direct flight ke penang, dia lencong pi siam dulu hahaha
last nak outing kat penang , terouting kat siam hahaha

mangkor
7th April 2011, 01:28 PM
elehhh... ngan E90 kejap ja sampai... ekekekeke

kmtos
11th April 2011, 08:03 AM
bermalam kat pantai keracut or teluk duyong..?

mangkor
11th April 2011, 08:30 AM
tidak pasti, nanti saya tanya cikgu dolah

mangkor
12th April 2011, 06:26 PM
bermalam kat pantai keracut or teluk duyong..?

dapat maklumat yg macam ni:

tempat bermalam di tapak taman negara berdekatan dgn tasik merometik

red
12th April 2011, 09:16 PM
air masin ada garam, berat la dia duk kat bawah.