View Full Version : Over, Under & Correct Exsposure
HBZ
6th December 2006, 04:17 PM
Ok kali ni den tanya definasi Over, Under dan Correct Exxposure.
Boleh tak kita setkan satu nilai (value), untuk kita jadikan nilai tentukur pada kamera kita.
kalau kita lihat histogram pada lcd, kita tak tahu samada dedahan kita tepat, kecuali kalau kita baca exif dia.
Paparan pada lcd berbeza dengan paparan pada skrin komputer dan lebih banyak beza kalau dicetak.
Selalunya saya dapati apa yang dipaparkan pada skrin komputer tidak seindah yang dicetak.
Macamana sifu-sifu otai semua.
Untuk perbandingan
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/Kanak-kanak%20dan%20Bayi/exposure.jpg
imej kiri saya rasa ok, yang kanan saya terset under, tapi hantar cetak ok lak.
marcia.zlyana
6th December 2006, 05:03 PM
errr..... topik yg bagus utk beginner... mcm saye.... ;)
saripol
6th December 2006, 05:21 PM
hantar kat kedai dia edit la sebelum print.. ko kena cakap tak yah edit dah.. terus print
neudin
6th December 2006, 09:03 PM
Bacaan pada histogram/Highlights akan menunjukkan samada gambar tersebut Under/Over atau Correct Exposure
ferenggo
6th December 2006, 10:11 PM
Kalau saya boleh mencelah sediket untuk memberi pendapat saya. Apabila kita lihat sesuatu gambar dalam skrin komputer kita ianya nyata, tanpa di edit lagi, under atau pun over. Ini berdasarkan dari pengalaman kita melihat gambar yang kita rakamkan didalam skrin komputer kita. Tetapi apabila kita menghantar gambar tersebut ke kedai untuk mendapatkan print, gambar yang kita kata underexposed tadi kelihatan elok. Print nya serata dan tidak nampak "under" saperti yang kita lihat didalam skrin computer sebelum ini.
Macam kata saudara saripol gambar yang kita hantar itu mungkin telah di buat adjustmentnya antara terang dan gelap oleh kedai tersebut. Selalunya mereka melakukan sebegini, membuat adjustment terang dan gelap.
Satu lagi sebab yang boleh membuat kita menyangka gambar itu 'under' ialah disebabkan skrin komputer kita itu sendiri. Lazimnya skrin yang paling sesuai untuk melihat gambar dan menjalankan editing ialah dengan mengunakan "CRT monitor, bukan laptop atau LCD monitor. Sebelum kita mengunakan CRT monitor untuk membuat editing kita perlu membetulkan setting monitor itu dahulu.
Pergi ke 'Start' > Control Panel > Adobe Gamma.....dan buat adjustment kepada skrin kita dulu. Ikut setup manual dalam adobe gamma itu. Setelah kita membuat adjustment kepada skrin monitor kita baru lah kita buat editing kepada gambar2 kita.
Satu lagi cara yang terbaik, sekiranya kita sering menghantar gambar2 digital kita kekedai untuk membuat print, tanyakan dikedai yang kita langani itu setting monitor dia dikedai...dari RGB nya, setting brightness
dan contrastnya....dsbnya. Gunakan setup yang sama untuk skrin komputer kita. Ini bermakna kita tune skrin kita dengan skrin dikedai supaya apa yang kita lihat adalah serupa dengan apa yang kedai gambar itu lihat baik dari segi warnanya, contrastnya sharpness....
Selalunya saya dapati histogram yang saya dapati diskrin komputer saya
menepati kehendak saya untuk membuat editing, selepas saya membetulkan setting monitor yang saya gunakan.
Saya hanya berkongsi pengalaman yang tak seberapa dengan saudara HBZ. Salah silap saya minta maaf terlebih dahulu.
neudin
6th December 2006, 11:04 PM
Satu lagi sebab yang boleh membuat kita menyangka gambar itu 'under' ialah disebabkan skrin komputer kita itu sendiri. Lazimnya skrin yang paling sesuai untuk melihat gambar dan menjalankan editing ialah dengan mengunakan "CRT monitor, bukan laptop atau LCD monitor. Sebelum kita mengunakan CRT monitor untuk membuat editing kita perlu membetulkan setting monitor itu dahulu.
saya rasa LCD monitor adalah yang paling sesuai dan senang utk mengkalibrasi warna. Jikalau CRT, kita mungkin perlu menunggu sehingga lebih 1/2 jam sehingga ia benar2 stabil untuk proses mengkalibrasi warna. Jika kita menggunakan LCD/TFT, proses kalibrasi boleh dilakukan serta merta sebaik sahaja startup komputer. Lagipun, TFT monitor telah digunakan dengan meluas pada masa kini dan teknologi Apple Color Sync (antara Color Management Tool terbaik) juga menyarankan penggunaan TFT utk kalibrasi lebih tepat. Sekian dahulu pendapat amba, neudin di perantauan.. :D
pak mat
7th December 2006, 03:05 AM
Kalau CRT ada cara mengcalibrate monitornya, bagaimana pula dgn screen LCD dan TFT pula?
HBZ
7th December 2006, 12:22 PM
Ni saya tempelkan imej perbandingan. Saya nak tekankan disini pasal histogram dia, kadang-kadang kalau kita main-main dengan setting kamera, tak semua imej yang kita snap jadi dengan apa yang kita hendak. Kadangkala lebih teruk. so macamana, saya lebih suka gunakan manual, seperti setting pada FSLR dulu.
http://i82.photobucket.com/albums/j269/HBZ_2006/Capture_23.jpg
Pesara
7th December 2006, 12:52 PM
Pakcik bukan sifu dan bukan otai. Cuma nak tumpang belajar histogram. Tolong betulkan kefahaman pakcik berkenaan histogram yang kanan tu:
- kawasan rata yang lebar di kanan histogram menunjukkan highlights tidak direkodkan atau kurang highlights
- top clipping pada sebelah kiri menunjukkan ada dark areas yang detail nya tidak dapat direkodkan.
Tidak bermakna exposure gambar tak perfect. Kalau kita ambik gambar night scene, misalnya, histogram lebih teruk dari yang kanan tu. Tapi memang kita mahukan supaya ada bahagian gambar gambar yang hitam pekat sampai clipping.
Jadi berkenaan gambar kanan, kalau kita mahu ada detail dalam rambut dan background hitam belakang tu, maka elakkan clipping of histogram.
Tapi macam yang dah di katakan, kadangkala kedai foto pun pegi ubah setting gambar. Pakcik ada jugak tekena.
2 sen dari pakcik.
ferenggo
19th December 2006, 02:24 PM
Saya pernah guna Apple LCD monitor....memang cantik resolusi dan kaler rendering dan pernah jugak cuba "Aperture" editing software oleh Apple. Tapi tu setakat cuba kawan punya tapi alamak bila tanya harga...uuuuhh!! melambung mahal. So saya make do dgn CRT je lah....kata orang "Make the best of what I have".
Histogram gambar kanan memang nampak "under" tapi pada saya biar gambar saya shoot ter'under' sikit dari terus 'over'. Walau pun gelap dalam kawasan shadow, ia tetap mengandungi detail yang boleh kita timbulkan dengan editing yang betul, kalau over tak der ape yang kita boleh salvage dari gambar tu.......heeee! Ini pendapat satu sen saya je.
xuan
19th December 2006, 04:08 PM
Rasanya mesin cuci gambar kat kedai gambar pun ada calibration...
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.