View Full Version : Infrared | Misteri White Balance
dome
19th January 2007, 10:46 PM
Salah satu faktor penting dalam menghasilkan gambar IR adalah penggunaan WHITE BALANCE yang betul.White balance yang perlu di gunakan ketika mengambil gambar IR adalah PRESET (nikon) dan CUSTOM ( canon) . penggunaan WB auto dan yang lain-lain akan menghasilkan output gambar IR yang tidak sepatutnya.
Bagi pengguna nikon,untuk preset white balance,klik butang WB dan pilih wb preset (ditanda dengan perkataan PRE).tekan butang WB sehingga perkataan PRE berklip-klip.
Bagi pengguna canon,tak silap diorang perlu shot subjek dan gunakan subjek terbabit sebagai custom WB.(sila rujuk manual kamera anda..hehe)
Dengan keadaan filter IR terpasang kita boleh preset wb.ada beberapa benda yang boleh di gunakan yang mana setiap preset akan menghasilkan tone warna yang berbeza.antara subjek yang boleh di gunakan adalah :
- Kertas Putih
- Rumput Hijau
- Langit nan Biru
bagi rumput boleh try n error preset rumput yang terdedah dengan cahaya mahatari dan rumput yang terlindung dengan cahaya matahari.keduanya akan hasilkan sedikit perbezaan tone warna.
Boleh gunakan mode A,P,S atau M.ISO200 sudah mencukupi.kalo mode A,P,S agak2 susah nak dapat GOOD maka perlukan gunakan mode M.untuk memudahkan kita dapat GOOD result,settingnya bergantung kepada keadaan cuaca semasa itu.
di bawah ini di tunjukkan hasil dari wb yang berbeza.semua gambar adalah dari output asal ir yang belum di edit.
http://www.digitaldome.org/photo-fmdc/ired/DSC_2888.jpg
(contoh penggunaan auto white balance)
http://www.digitaldome.org/photo-fmdc/ired/DSC_2889.jpg
(preset wb kertas putih)
http://www.digitaldome.org/photo-fmdc/ired/DSC_3510.jpg
(preset wb rumput hijau)
itu saja dulu mengenai preset.kalau ada salah tolong betulkan.kalau ada siapa2 nak tambah sila2 kan.
topik akan datang ;
- cara utk merakam ir
- cara utk membuat workflow ir
zainzubir
19th January 2007, 10:58 PM
terima kasih dome.Saya harap nfirdaus atau sesiapa juga pengguna canon dapat sekali lagi beri penerangan custom wb untuk pengguna2 Canon pula :wink: semakin byk contoh2 diberikan semakin terasa ketidak sabaran menunggu 27 January ini...Dome, aunty book no. satu nak pinjam filter serta kamera... :wink:
shamabd
19th January 2007, 10:58 PM
dOME KALAU KITA pakai kertas hijau bules ko dok.. utk preset white balance..
dome
19th January 2007, 11:04 PM
kertas ijau pun boleh.janji subjek yang kita nak preset itu mempunyai warna yang sekata/serata
kertas tu warna hijau dan tidak bercampur aduk dengan warna2 lain
begitu juga nak preset rumput.kena cari kawasan rumput betul2 hijau sekata
cgmulia
19th January 2007, 11:46 PM
apa kata
seblum outing IR nanti kita buat satu taklimat sebelum memulakannya...
rasanya gn adanya hand on ia pasti lebih bererti
suhaimisalleh
20th January 2007, 01:35 PM
thanks for the ilmu bro dome
dome
20th January 2007, 01:53 PM
cg : kita akan bagi nota nanti bila outing sebagai rujukan
joni : same2 , aku pun kene terima kasih kat abam pelaris kerana dia yg byk ajau
malek
20th January 2007, 03:04 PM
Dome.. dah molek dah tu..
masa 27 nanti buleh la try satu2 Wb tu..
:D
acaifoto
20th January 2007, 04:27 PM
ohh! tu macam ka....baru ku tahu...hehehehehh
nigdam lama nak shut ir tapi aper kan daya filter yg di oder tak sampai lagi..isk..isk
dulu shut pakai film senang...taruk filter shut pas tu cros proses..gambar dah jadi...
heroMak
31st October 2007, 02:13 PM
nak try camna kalu takde filter IR..
dome, meh pinjam skali filter tu... manfrrotto ada doh ni...
kalu dah oprek, org tak main doh filter2 nims... :) :P
spirits
20th November 2007, 10:48 AM
http://2.srv.fotopages.com/2/16528523.jpg
Contoh Gambar tampa menggunakan IR filter... Penghasilan gambar IR tengah di lakukan 100% dlm Photoshop.
Kalu daun memang jadi cun tapi belum di cuba pada manusia lagi. Insyallah percubaan akan di lakukan agar penggunaan tampa
Filter IR bakal dilaksanakan di Photoshop sahaja... Ini tampa menggunkan sebarang Plug-in.
angahbelantara
24th May 2008, 12:23 PM
Salam sejahtera
Sya baru lagi berjinak2 dalam arena DSLR ni..mempunyai
Nikon D40x + 18-55mm + 18-200mm + 70-300mm
Filter IR hoya72 55mm
Soalannya ialah..: Bolehkah D40x membuat IR Photography? wlwpun mempunyai WB PRE..
Kalau buleh,bagaimanakah cara2nya..(cara setting) utk D40x ini merakam IR foto
terima kasih.
dome
24th May 2008, 12:35 PM
sila rujuk topik ini - viewtopic.php?f=46&t=7062 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=46&t=7062)
angahbelantara
24th May 2008, 02:59 PM
saudara dome,terima kasih
saya sudah pun merujuk ke halaman yg saudara berikan td,& telah saya ikuti..
tetapi..utk mendapatkan 'GOOD' amat sukar...
sya dah cuba pada kertas putih,rumput hijau,awan biru dgn mngunakan P,S,A,M
tetapi..gambar sya menjadi merah...keseluruhan setting sya ikut..
mengikut kata kawan sya yg agak pakar dlm IR ini..
kamera D40,D40x,D60 tidak boleh set WB PRE..betul ke?
sya mintak jasa baik saudara dome utk terangkan..
TQ
dome
24th May 2008, 07:49 PM
YA betul,
agak sukar untuk mendapatkan hasil "GOOD' ,
kesukaran ini di kesan sejak kelahiran model nikon d80 di mana nikon telah menambah tahap ketebalan filter hot mirror,
produksi model2 terbaru nikon juga memperlihatkan hal yang sama samaada d40/40x/60 dan seterusnya.
yang mana ini menyebabkan proses penyerapan cahaya semakin sukar kerana kita preset bersama filter R72 untuk dapatkan output preset bagi IR,
tapi bukan 100% tak boleh nak buat preset cuma ada kaedah-kaedahnya dan juga kesabaran.
di nasihatkan juga supaya buat pada keadaan cuaca cukup panas terik ,elakkan di waktu petang atau awal pagi.
gambar menjadi merah apabila preset tidak betul atau menggunakan wb selain preset exp auto wb
boleh refer topik ini untuk maklumat lanjut ;
viewtopic.php?f=46&t=3177 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=46&t=3177)
viewtopic.php?f=46&t=3421 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=46&t=3421)
*kirim salam kepada kawan yang pakar dalam IR tu...thehehehehe
angahbelantara
26th May 2008, 08:53 AM
salam ...
selamat isnin...
terima kasih diatas info saudara dome...
ada lagi soalan nih...
soalan 1.
Adakah utk mendapatkan "GOOD" dalam setting IR ini mesti dibuat dalam keadaan cuaca yg terik?
Kalu awan biru @ rumput hijau sudah smestinya diluar kawasan rumah...
tp..klu kertas putih..?mesti buat dlm keadaan cuaca yg terik gak ke??
soalan 2.
Adakah kemungkinan utk mndapatkan IR setting utk d40/40x/60 amat sukar..??
model nikon yg mana..yg mudah utk mndapatkan IR setting ini??
TQ
' sya minat IR PhoTography ' :)
dome
26th May 2008, 11:10 AM
J1 :
YA , dalam cuaca tidak begitu panas sinar IR amat berkurangan dan ini menyebabkan proses membuat white balance sering gagal.di galakkan juga untuk memakai tripod kerana mungkin kita memerlukan dedahan sedikit lama bagi mendapatkan preset yang betul.
J2 :
TIDAK terlalu amat sukar kalau ikut step dan maklumat yang di beritahu,cuma sedikit sukar dan kesukaran itu satu nikmat serta kepuasan bila kita dapat buat.
so far model d50/d70/d70s di kesan mempunyai kemudahan dalam membuat preset white balance kerana filter hot mirrornya tidak begitu tebal.
aku pakai d80 utk IR dan bagi aku tiada masalah untuk preset wb kalau betul2 cuba.
gambar2 IR yang di hasilkan itu pula pun dapat di jadikan preset (select photo) as preset wb.
angahbelantara
26th May 2008, 12:27 PM
Masih tak faham la bang...
setting utk kertas putih mcm ne?
heheee... :) maaf..sya baru belajar...
terima kasih cikgu...
dome
26th May 2008, 12:34 PM
tidak ada setting yang tetap. yang pasti ko buat di tempat panas atau dalam keadaan cuaca mahatari yang terang.
pastikan kertas betul2 putih. kalau kertas A4 tidak 100% putih tapi mengandungi unsur cyan
angahbelantara
26th May 2008, 12:50 PM
maknanya memang kena set di tempat panas atau dalam keadaan cuaca mahatari yang terang jugak la...??
kertas A4 tidak 100% putih??abis nak guna kertas pe??yg lagi putih dari kerts A4 tu bang??
soalan lagi...
* setelah kita dapat seting WB PRE utk IR nih...boleh ke tak kita save seting ni??
atau kita kena set..setiap kali kita nak amik gambar IR??
*kalu boleh...mcmne caranya nak simpan setting IR kita ni?? (maksudku...setting WB PRE IR)
dome
26th May 2008, 01:41 PM
YA ,
biasanya preset wb tidak akan bertukar jika tidak di preset kepada benda atau warna yang lain.
untuk ini sila rujuk buku manual yang di bekalkan bersama kamera yang di beli.
angahbelantara
26th May 2008, 02:47 PM
baik...
terima kasih diatas segala penerangan utk topik IR ni...
Jasamu akan dikenang selalu...heheheee
"hidup IR PHOTOGRAPH" Malaysia"...
"hidup FMDC"
dome
26th May 2008, 04:21 PM
Sama-sama,
kami berasa bangga bersama anda dalam forum ini,terima kasih kerana memilih FMDC
semoga kita berjumpa lagi dalam topik yang lain.
rburns
26th May 2008, 05:58 PM
kalau tidak silap saya.. semasa talk IR tahun lepas.. Dibyo ada menceritakan masalah preset WB pada kamera D40/D40x..
namun begitu ada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dgn shoot format RAW.
walaupun imej yang dirakamkan berwarna merah, WB adjustment boleh dilakukan semasa post-processing nanti..
dome.. kalau salah ko betulkan.. tp ini yg aku ingat masa talk tu.. hehe
dome
26th May 2008, 07:09 PM
YA, nak pakai cara itu pun boleh tapi letih sikit nak ubahsuai wb satu persatu kalau banyak gambar.
lebih baik letih2 dahulu buat preset wb (wibi) sampai dapat.
thehehehehe
angahbelantara
27th May 2008, 08:44 AM
kalau tidak silap saya.. semasa talk IR tahun lepas.. Dibyo ada menceritakan masalah preset WB pada kamera D40/D40x..
namun begitu ada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dgn shoot format RAW.
walaupun imej yang dirakamkan berwarna merah, WB adjustment boleh dilakukan semasa post-processing nanti..
dome.. kalau salah ko betulkan.. tp ini yg aku ingat masa talk tu.. hehe
ooohh....ada cara lain ghopenyer...
baik..akan saya cuba...hehehee...susah pun susah la...
terima kasih...bang...
kelisa
29th October 2009, 05:07 PM
Dengan keadaan filter IR terpasang kita boleh preset wb.ada beberapa benda yang boleh di gunakan yang mana setiap preset akan menghasilkan tone warna yang berbeza.antara subjek yang boleh di gunakan adalah :
- Kertas Putih
- Rumput Hijau
- Langit nan Biru
kalau tak keberatan boleh di share ke gambar WB kertas putih, Rumput Hijau & Langit nan biru tu? hehehe aku da tangkap kertas putih, rumput hijau & langit biru tapi hasilnya semua sama walaupun mengunakan WB yg berbeza hehehe semua warna lebih kurang seperti menggunakan WB Langit nan biru.
dome
29th October 2009, 06:07 PM
aku pun lupa mana simpan sample gambar2 wb dulu,
dr segi mata kasar..warnanya lebih kurang sama.
cuma sedikit beza saja..ada yg coklat,kekuningan
tp setiap preset akan mengeluarkan output tone yg berbeza selepas gambar di swap channel.
tapi....
sebenarnya objek utk kita preset tidak terhad kepada 3 benda terbabit sahaja,
malah ada rakan2 di indonesia yg preset pada bumper kereta,warna kain krim
malah aku sendiri pernah preset pada tapak tgn sendiri,
jadi kena try dan error bergantung kepada gambar yg kita nak shot dan hasilkan.
kelisa
29th October 2009, 08:41 PM
ok terima kasih banyak banyak akan di usahakan.
mrvirusbuster
29th October 2009, 09:11 PM
bijak bro.. nanti saya try esok.. tak tahu nanti saya tanya bro..heheeh
SunnySakura
8th August 2010, 03:10 PM
salam bro dome...sblum ni aku dh try IR filter ng body D90 kwn punye utk bljr setting WB & mmg dpt hasil GOOD..
skang ni aku bru je bli IR filter sndiri (jnma Octopus) n set pd D3k aku...
aku dh cube ng mcm2 setting utk dpt WB preset tp x dpt2...
cth aku cube setting ni ng kertas putis bwh chya matahari terik tp x dpt gk:( :
Aperture : f3.5
Shutter : 2"
ISO : 800
adakah aku perlu naikkan lg nilai shutter utk dedahan yg lebey lama utk dpt result GOOD??
dome
9th August 2010, 12:38 PM
ya cuba dedahkan lebih lama lagi
bagi model2 kamera nikon yg mempunyai sensor cleaning mmg susah sikit utk preset
SunnySakura
10th August 2010, 09:11 AM
baeklah...nt sy akan cube lg ng setting yg laen...terime kaseh
tp kalu kalu sy naekkan lg nilai shutter pic pasti overexpose...kalu overexpose msih dpt preset GOOD ke?? (sekadar nk + ilmu) :)
mozakim
12th August 2010, 03:19 AM
memang kena kental jugops kalau nak main IR dengan filter nims... huhuuuu, cayok2 :D
buttet
12th August 2010, 06:59 AM
shutter mania cuba ang naikkan nilai apperture kekeke
izzamk
12th August 2010, 07:41 AM
ya cuba dedahkan lebih lama lagi
bagi model2 kamera nikon yg mempunyai sensor cleaning mmg susah sikit utk preset
avam dome.. nk tanye.. nape model yg ade sensor cleaning susah nk preset WB?
SunnySakura
12th August 2010, 12:28 PM
mmg ssh bangat seh...aku dh up smpai 30 seken shutter ltk atas tripod...tp x jd2 gak nims
sape2 yg pernah setting dk3 preset WB ng IR filter...tlg bg advice sket kt aku...huhuhuhu:((:((
dome
13th August 2010, 05:58 PM
avam dome.. nk tanye.. nape model yg ade sensor cleaning susah nk preset WB?
kerana bila preset, cahaya ir nak masuk susah sikit akibat 2 lapisan kaca , pertama lapisan kaca filter hot mirror dan kedua lapisan kaca sensor cleaning
dan kedua-dua ni bertangkup antara satu sama lain, kalau model2 terdahulu yg tak ada sensor cleaning cahaya ir hanya perlu menembusi filter hot mirror sahaja.
kebiasaanya solution adalah menggunakan preset menggunakan photo ir yang di rakam dr kamera yang di ubahsuai tp nak kena photo yg ada profile model terbabit
SunnySakura
15th August 2010, 03:20 PM
kerana bila preset, cahaya ir nak masuk susah sikit akibat 2 lapisan kaca , pertama lapisan kaca filter hot mirror dan kedua lapisan kaca sensor cleaning
dan kedua-dua ni bertangkup antara satu sama lain, kalau model2 terdahulu yg tak ada sensor cleaning cahaya ir hanya perlu menembusi filter hot mirror sahaja.
kebiasaanya solution adalah menggunakan preset menggunakan photo ir yang di rakam dr kamera yang di ubahsuai tp nak kena photo yg ada profile model terbabit
apekah mksud ayat ni abg dome???..bleh trangkan lebey lanjut sket??
dome
15th August 2010, 08:38 PM
cuba ke menu wb dalam d3000 tu,
Preset Manual - ada 2 option,
- measure
- use photo
jadi untuk 2nd option,kalau pakai d3000 mesti guna gambar yg di shot dari d3000
kalau pakai d5000 perlu guna gambar yg di shot dari d5000 juga dan begitulah seterusnya
SunnySakura
16th August 2010, 11:07 AM
cuba ke menu wb dalam d3000 tu,
Preset Manual - ada 2 option,
- measure
- use photo
jadi untuk 2nd option,kalau pakai d3000 mesti guna gambar yg di shot dari d3000
kalau pakai d5000 perlu guna gambar yg di shot dari d5000 juga dan begitulah seterusnya
owh...so maknanye preset WB ng gune pic IR dri D3k gk la ek???begitukah??
dome
16th August 2010, 12:52 PM
yup,lagu tu la,lagu mana lagi hahaha
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.