PDA

View Full Version : Kes DSLR dicuri di majlis perkahwinan



dahalan
12th September 2011, 11:31 PM
Tak tahu di mana nak mengadu... Tapi kalau tuan-tuan ada ternampak jualan untuk barang-barang seperti dibawah sila berkongsi maklumat di sini.

Pada ahad lepas 11/9/2011 di Bandar Baru Bangi, semasa cover event nikah dan sanding peralatan ini telah dicuri di dalam rumah pengantin.

1. Camera Bag Lowepro Computrekker
2. Nikon D200 DSLR
3. Nikon D7000 DSLR
4. Nikkor 24-70mm f2.8G (N) Lens
5. Nikkor 18-105 VR Kit Lens
6. Tamron SP90
7. 2xEN-EL3 Battery (Backup)
8. Nikon Flash SB800
9.Wireless Remote Trigger
10. Card Reader
11. HOYA 77mm PRO1 Digital UV Filter (Belum guna, baru 2 hari beli)
12. HOYA 77mm PRO1 Digital CPL Filter (Belom guna, baru 2 hari beli)
13. Hood and cap untuk Nikkor 16-35mm f4 (N) VRII
14. Hood and cap untuk Nikkor 70-200mm f2.8G (N) VRII
15. MBD-10 Battery Grip
16. Apple iPad Camera Connection Kit
17. Flash bounce + diffuser
18. White balance card

Dan yang tiada gantinya adalah CF cards gambar-gambar majlis nikah pada sebelah paginya.
Ini adalah pasangan pengantin yang telah kehilangan gambar-gambar pernikahan mereka (diambil semasa sesi outdoor pagi tadi).
Sekali lagi kalau ada maklumat sila berkongsi..

http://wedding.dahalan.com/wp-content/uploads/2011/09/D2X0100.jpg


Tergamak manusia mencari jalan yang mudah seperti ini...

metaroyal
13th September 2011, 01:22 AM
pernah alami kes seumpama ini, ttp brg lain, amat kecewa bila tahu saudara sendiri yg terambil,
cuba minta bantuan tuan rumah sebaik mungkin...insyallah kalau ada rezeki x kemana.

alfishahrin
13th September 2011, 03:36 AM
aduhai..tak terkata....

arintom
13th September 2011, 04:45 AM
menangis...

JemeyPhoto
13th September 2011, 06:07 AM
saya simpati di atas apa yang berlaku dan menimpa tuan...mungkin boleh tanya dan minta tolong dari tuan rumah dengan cara yang baik...banyak bersabar harapnya dan percayalah tiap2 yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya...:)

ginola
13th September 2011, 08:36 AM
banyakkan bersabar sahabat

rieonline
13th September 2011, 08:38 AM
apa yg boleh dikatakan hanyalah banyakkan bersabar,kerana dgn bersabar akan dpt menenangkan jiwa kita dlm situasi begini,yakin dan percaya jika ia masih tetap rezeki kita,pasti nanti akan muncul jalannya utk kita dpatkan kembali..

iqfaizal
13th September 2011, 08:50 AM
bersabarlah wahai sahabat..
Allah S.W.T menguji hambanya mengikut kemanpuan hamba itu sendiri..
yakin pada dalam diri anda , semua ini ada hikmahnya.. coba saudara renung-renungkan.. pasti ada sinar disebaliknya..

The Yellow Clan
13th September 2011, 08:56 AM
sy turut bersimpati....
mgkn kwn2 ble bg langkah2 peringatan yg perlu diambil bg
mgelakkn kejadian serupa berlaku kpd photographer2...
cth nye beg sentiasa digalas/sandang...lain2?

airsejuk
13th September 2011, 09:13 AM
saya turut simpati dgn en dahalan.

azmizi
13th September 2011, 09:16 AM
nasihat saya pad photog wedding.."jgn percaya pada tuan rumah sgt"..ramai suka mintak izin nk simpan barang dlm bilik pengantin dulu tapi masalahnya adakah kita betul2 percaya diorang akan jaga barang kita sedangkan sanak saudara diorang bebas kuar masuk..klu ilang sapr nk dipersalahkan? tuan rumah? harap minimakan kelengkapan menembak tuh..bawak yg mane perlu jer..harap tuan bykkan bersabar dan photog lain jadila ni sebagai pengajaran..saya turut bersimpati...

* Nikkor 24-70mm f2.8G (N) Lens tu,..aduss

kojack
13th September 2011, 10:02 AM
alamak 2 body complete set dia rembat..mudahan dia pulangkan semula..sama2 kita doakan.

eDeL
13th September 2011, 10:18 AM
aduhai ... takziah beb...sabar ye...

red
13th September 2011, 10:27 AM
cuba tanya usherer kalau perasan orang bawak beg tu keluar dari rumah masa majlis. tapi aku suspek orang dalam punya kerja. paling elok kerjasama dgn mak ayah pengantin aka tuan rumah secepat mungkin. barang tu mungkin disorok dalam rumah sampai siap majlis baru diseludup keluar.

skatoon
13th September 2011, 10:55 AM
aduyaii....
x terkata membaca brg2 yg hilang ....
byk2 bersabar saudara, seberat mane pon beg cmra tu, pikul lah iye sekurang-kurangnya dia sentiasa bersama kita .

ustaz jaafar
13th September 2011, 11:08 AM
innalillah wainna ilaihi raji'un..terkedu saya bila baca thread ni..saya bersimpati dgn apa yg menimpa tuan. pertamanya, tuan kena redha. disamping teruskan usaha, lakukan solat hajat. mntalah pada Allah..kerana Dia yg memiliki segalanya. Allah sntiasa mendengar pengaduan hambanya. tidak ada satupun yg terlepas dr pandangan Allah. kalau andainya barang tersebut dpt tuan miliki semula, bermakna Allah nk uji kesabaran tuan buat sementara. namun andainya ia pergi buat selama2nya, bersangka baiklah dengan Allah, Allah akan gantikan dengan yg lebih baik lagi atau mungkin kehilangan itu sebagai ganti daripada kehilangan yg JAUH LEBIH BESAR. kita tak tau apa yg tersirat dlm perancangan Allah. mungkin Allah cuma ambil set kamera tuan, namun Allah tak mengambil anggota badan tuan atau ahli keluarga tuan. bukan saya bermaksud nak menambahkan lagi beban yg tuan tanggung, sekadar mengajar, berkongsi cara untuk kita merelakan apa yg dah berlaku. namun, usaha mencari dn ikhtiar tetap diteruskan.

mozakim
13th September 2011, 11:15 AM
ini bukan kes pertama seumpama ini pernah dilaporkan di FMDC, dah tentu bukan hak kita nak salahkan tuan rumah. Kes kecurian di rumah kenduri pun biasa dilaporkan dalam akhbar, antaranya duit2 hantaran dikebas even simpan dalam bilik... atas faktor2 inilah teman tak pernah lekang dari equipment teman... sebab bersusah payah kita nak beli tak kira lah apa body, disebabkan sedikit leka kita ilang semuanya. apapun takziah untuk tuan, cuma amikla kata2 ustaz jaafar sebagai pedoman... jikalau ada serial nombor, advertisekan di ruang2 jualan online untuk rujukan buyer kalau ada orang nak jual barang kamera secara online.

Kendian repot pada Nikon Service Centre in-case in future ada orang bawak item tu untuk servis ke apa ke diorang bleh alert. Nak dapat semula tu memang sukar, cuma kita buat apa2 yang boleh jekla.

cikdin
13th September 2011, 11:53 AM
banyakkan bersabar tuan...saya amat simpati atas apa yg berlaku kpd tuan, mungkin ada hikmat disebaliknya..
Semoga tuan tidak berhenti menjadi seorang fotografer...

kurunabad
13th September 2011, 12:02 PM
takziah tuan, tumpang simpati..
untuk iktibar eloklah dalam apa2 event gunakan waistbeg. sangkut semua kat pinggang..ada macam2 eksesori yang dijual untuk kemudahan kita..insyaallah selamat kita cuma berusaha yang terbaik.

orang yang terinaya makbul doanya..

dahalan
13th September 2011, 01:50 PM
Terima kasih tuan-tuan atas kata-kata nasihat ..

Keinginan berfoto agak semakin luntur kerana masa yang lama diperlukan untuk mendapatkan sistem tersebut, bukan sekar petik jari sahaja, terutamanya 24-70mm, cukup mengguris hati

PeLaris
14th September 2011, 12:17 AM
ucapan takziah..

cutad11
14th September 2011, 12:41 AM
Aku punya majlis kahwin dulu ade tragedi kecurian jgk...gelang tangan emas putih...harga RM2500..gelang hantaran hilang dicuri begitu sahaja...pape pun takziah diucapkan kpd sahabat kita yg lebih malang...sama-sama kita doakan semoga pencuri-pencuri tersebut terbuka hati utk bertaubat dan sekiranya mereka tidak bertaubat kita mohon supaya mereka dilaknat! amin

cikdin
14th September 2011, 09:36 AM
Terima kasih tuan-tuan atas kata-kata nasihat ..

Keinginan berfoto agak semakin luntur kerana masa yang lama diperlukan untuk mendapatkan sistem tersebut, bukan sekar petik jari sahaja, terutamanya 24-70mm, cukup mengguris hati

kami semua di FMDC ini menyokong tuan..diharapkan semoga semangat tuan sebagai seorang photog tidak luntur...saya tahu banyak kos yg telah dihabiskan untuk membeli semua peralatan tersebut...sama2 la kita doakan supaya 'pencuri' tersebut terbuka hati untuk memulangkan barang2 tuan...

wasfiha
14th September 2011, 10:58 AM
salam. takziah.. saya pun pernah kehilangan barang2 kamera ni. sabar. ramai yang nasihat dan bagi jalan (ikhtiar). utk dikongsi bersama, buat solat hajat, lepas tu baca ayat 31 dari surah al-ra'd sebanyak 31x. kalau ada rezeki, alhamdulillah. kalau tak, ada gantian lain...insya allah

saifudin
14th September 2011, 01:35 PM
takziah tuan..melihatkan set barang yang hilang..memang takleh kata apa2. banyakkan sabar. report polis.

Rizal Mohd
14th September 2011, 01:57 PM
takziah saudara... banyakkan bersabar... sama2 kita jadikan kejadian ini sebagai iktibar dan peringatan...

narz_mn
15th September 2011, 12:56 PM
Takziah keapda saudara dahalan.......agak terkedu bila baca list barang yg dicuri tu....makan ribuan ringgit juga tu.....semoga Allah bukakan pintu hati kepada yang mencuri atau terambil barang itu untuk pulangkan balik barang2 tu....banyak2 bersabar kepada bro dahalan......sama2 kita doakan yang terbaik untuk hari2 esok...InsyaAllah...AMIN.....M. Nazrins

zahidzidane
15th September 2011, 03:10 PM
takziah bro.. aduss.. penat2 kumpul duit beli equipment, senang2 orang curi ye.. semoga menjadi iktobar untuk diri sendiri dan rakan2 supaya lebih berhati2 selepas ini..

junkgoot
15th September 2011, 03:36 PM
Mungkin ke perlu buat insurans utk barangan kamera? Ade ke insurans utk kamera?

kurunabad
15th September 2011, 03:42 PM
Mungkin ke perlu buat insurans utk barangan kamera? Ade ke insurans utk kamera?

setau saya pihak macam media ada insurans untuk nyawa dan gear..wallaualam lah kalau individu..

mdfadle
15th September 2011, 04:11 PM
Pakcik aku penah hilang DSLR dia semasa satu event...malam tu dia ngan isteri buat solat hajat dan bacaan yaasin ..alhamdulilah pagi besoknya kamera dia ada di depan di depan pintu rumah dia..tak tau sapa yang ambil dan siapa yang pulankan..cubalah buat..mana tau kuk si prembat tu terbuka hati dia nak pulangkan balik..ni kisah benar ni

hackerzx
15th September 2011, 11:21 PM
aah..dlu teringat zmn skola..kamera olympus hilang..org amik dr locker..tepon fmly trus baca yassin ..esok lusa tgk ade bawah katil org letak blk..

razmycavalera
16th September 2011, 11:00 AM
bomohkan jer....hehhehe...kekadang berhasil...kekadang la....

ustaz jaafar
16th September 2011, 03:20 PM
bomohkan jer....hehhehe...kekadang berhasil...kekadang la....

Maaf tuan..apa maksud tuan dgn statement di atas?

dahalan
21st September 2011, 08:55 PM
Arrgghh.. Baru perasan. MBD-10 battery grip pun ada dalam beg tu.

ayie81
21st September 2011, 09:17 PM
pehh... seram btul bace thread ni. x penah sy trpikir bnde2 cmni boleh jadi. sy biase klau cover event sy ltak je beg ngan barang2 kt tmpat yg sy rase orng x trpijak. klau kt dewan sy letak kt kursi meje mkn je, tp jeling2 gak. lpas ni kene lebih berhati2.. pepun takziah buat en, dahalan atas kehilangan...

zam black
24th September 2011, 09:48 AM
Takziah buat bro Dahalan...tengok daripada list barang2 yang hilang tu memang boleh buat kita terus 'down' nak main kamera...lagi2 24-70mm tu...lens idaman tuuuuu....banyakkan berdoa dan buat solat hajat bro...InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat lah balik barang2 tu...kalau xde rezeki, pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti bro di kemudian hari....

dahalan
24th September 2011, 07:25 PM
... lagi barang yang baru disedari ada dalam poket beg;

1. Apple iPad Camera Connection Kit
2. Flash bounce + diffuser
3. White balance card

matbolok
24th September 2011, 10:59 PM
fuh...sabar ler abam dahalan.wat solat hajat n report polis jgn lupa.....saya suspect org dalam gak yg ambil.mesti sedara mara belah pengantin yg ambil....bkn senag nak angkat barang2 sebanyak tu kalau bukan org yg tau selok belok tempat tu....emm...bersabar la yer...

rimau_malaya
19th October 2011, 03:11 PM
saya pernah hilang barang jugak masa majlis kawen dulu. tapi hilang lens. tertinggal atas meja masa dok kalut tukar lens. pastu lesap. x sampai 1 minit pon rasanya

farahnadia
26th November 2011, 08:05 PM
saya baru hilang tgh hari tadi. masa pegi kawin sedara kat Bandar Tasik Puteri, Rawang. baru lepas akad nikah di surau. tak sangka kereta boleh kene cungkil..
kene bear cos camera nikon D90 dan nikon D3s dan kereta... damn!!!! :(

CgSir
26th November 2011, 08:38 PM
Baru perasan rupanya dah lama gak thread ini. Tiada apa yang mampu saya perkatakan kecuali ucapan "Takziah" kepada rakan yang di timpa musibah. Untuk si pencuri kalau membaca thread ini. Ketahuilah dan sadarlah sesungguhnya Allah akan menyempitkan rezeki anda kerana anda telah mengambil hak orang secara salah. Jika anda merasa sukar mendapat rezeki walaupun anda sangat kuat berusaha ketahuilah rezeki anda sudah di tarik Allah. Ingatlah dosa yang anda telah lakukan. Justru kembalikanlah hak orang dan bertoubatlah.

rimau_malaya
1st December 2011, 08:54 AM
yg amek nie pon mesti yg kenal mende tu ape n tau guna. kalu mmg pencuri yg amek, rasanya depa pun x tau nak jual kat sape...

farid8558
2nd January 2012, 10:49 AM
lain kali kena la alert dgn kamera kita... susah kumpul duit nak beli kamera.. pastu hilang camtu jer.. :-(

rimau_malaya
6th January 2012, 02:35 PM
masa buat job, kaadang2, kita leka..maklumlah. nak kejar itu ini

alwaysraining94
6th January 2012, 02:52 PM
saya baru hilang tgh hari tadi. masa pegi kawin sedara kat Bandar Tasik Puteri, Rawang. baru lepas akad nikah di surau. tak sangka kereta boleh kene cungkil..
kene bear cos camera nikon D90 dan nikon D3s dan kereta... damn!!!! :(

eh . kes ini ada dicerita oleh penduduk setempat bandar tasik puteri nii . dekat surau kan kena ?

The Yellow Clan
6th January 2012, 04:45 PM
pencuri sentiasa akn mgintai pluang dan pandai mgambil kesemptn...
kite sbgai tuan punya barang harus beringat..bkn xpena berlaku kes2 cmni...
nape nk mgambil risiko tingalkn barang2 berharga dlm kereta dan tmpt2 yg risiko?? sudahnye kite sendri yg rugi...
bkn niat nk sebelah kan pencuri @salahkn empunya...tepuk dahi mgeleng kepla..

miesterzenz
7th January 2012, 01:26 AM
Ades D3s tu.mungkin pencuri tu tau yg D4 dah kuar,tu yg dia fokus cari D3s tu.sorry gurau je.sebenarnya dalam hal ni takde siapa pun nak dan meminta untuk di curi barangnya melainkan "org kaya" dlm cerita ali baba bujang lapok je. Jadi sebagai kawan2 tak usahlah kita mempertikaikan tentang bagaimana perkara itu terjadi.dah namanya pencuri,peti besi bank yg tebal pun dia bleh kopak.jadi ada baiknya kita bantu mangsa dengan pengetahuan yg ada cth cara nak trace brg ke,atau cara buat siasatan ala2 CSI je..takpun cukuplah meluahkan rasa simpati.sebagai mangsa sudah pasti sgt2 tertekan dan bila di kondem lagi lah frust tertonggeng..itu sajalah pandangan nubis saya..saya berdiri untuk diperbetulkan.

alwaysraining94
7th January 2012, 02:40 AM
kadang kadang mamat mamat pencuri ni pandai . dia simpan dulu barang curi . then selang seminggu dua dia akan postkan thread untuk dijual . so . kpd mangsa kecurian . saya caangkan anda rajin2 bukak website trade brg2 dslr . mana tahuu rezeki anda . anda berjumpa dslr anda bersama 'tuan' baru . yelahh . nak jual dslr kat kedai emas mana laku . jual kat internet la bro jawabnya . serious ni . sy pernah terbaca artikel . mmg sgt epik . jadi kat europe . so . cubalah . tak rugi cuba .

usaha + doa + tawakkal = kejayaan . InsyaAllah .

CgSir
7th January 2012, 08:00 AM
Saya ada dengar seorang mamat dari seberang yang kerap datang ke JB pandai melihat siapa pencuri itu dengan jelas sekali. Kita kena bawa kanak-kanak belum baligh sebab mamat tu tidak akan cakap siapa si pencuri tu sebab tidak mahu dia di tuduh menfitnah orang. Jadi mamat tu akan memperlihatkan si pencuri kepada anak-anak kecil. Si anak kecil ini akan melihat si pencuri yang melakukan perbuatan keji seperti melihat tv dan akan menceritakan kepada kita segala apa yang telah di lihatnya. Cuma kita tidak nampak apa yang di lihat si anak-anak kecil tu. Jadi kita kena tanya apa yang kita ingin tahu daripada anak kecil tu.

Kebanyakan kes kecurian yang di rujuk kepada mamat ini melibatkan ahli keluarga dan jiran sendiri.

miesterzenz
7th January 2012, 08:17 AM
cuba yang ni plak..walaupun takde kepastian..tapi tiada yang merugikan..cuba je kan..

http://www.stolencamerafinder.com/

rimau_malaya
9th January 2012, 09:01 AM
cuba yang ni plak..walaupun takde kepastian..tapi tiada yang merugikan..cuba je kan..

http://www.stolencamerafinder.com/

kurang faham...x explore pon..
cuma upload pic jer ker?

The Yellow Clan
9th January 2012, 11:04 AM
Ades D3s tu.mungkin pencuri tu tau yg D4 dah kuar,tu yg dia fokus cari D3s tu.sorry gurau je.sebenarnya dalam hal ni takde siapa pun nak dan meminta untuk di curi barangnya melainkan "org kaya" dlm cerita ali baba bujang lapok je. Jadi sebagai kawan2 tak usahlah kita mempertikaikan tentang bagaimana perkara itu terjadi.dah namanya pencuri,peti besi bank yg tebal pun dia bleh kopak.jadi ada baiknya kita bantu mangsa dengan pengetahuan yg ada cth cara nak trace brg ke,atau cara buat siasatan ala2 CSI je..takpun cukuplah meluahkan rasa simpati.sebagai mangsa sudah pasti sgt2 tertekan dan bila di kondem lagi lah frust tertonggeng..itu sajalah pandangan nubis saya..saya berdiri untuk diperbetulkan.

sy pon tiada niat nk kondemkn lg mangsa..tetapi peringatan kpd diri sendri dan semo...
tp bla dah blaku nk wat cmne kn...truskn lakukan usaha2 utk dptkn blik brg2 tu..
sesunggunye "Mencegah lbh baik dr melapor..." pe punye pribahse la..hehehe
-saya berdiri pon untuk diperbetulkan-

aji
9th January 2012, 11:55 AM
ingat kita buat insurans berkelompok utk semua members fotomedia malaysia yang berminat
kalau terjadi kes-kes macam ni
at least kita coverred by insurans
sebab sebahagian kita kamera etc dah jadi periuk nasik
bagi yg hobbyist (fotografi sebagai part time) pulak
pun dah invest beberapa ribu untuk beli

pastikan anda menyimpan semua resit-resit pembelian
kalau boleh ambil semua mak nenek details equipment anda
ada perkembangan baru nanti kita akan updates di sini
itu je yg mampu admin tolong
terima kasih

CgSir
15th January 2012, 11:21 AM
Boleh ker kita cadangkan pengeluar kamera buat ruangan untuk kamera yang bila di on akan tertulis di screen nama pemilik, alamat, no. tel dan info ringkas serta catatan ringkas pemilik yang tidak boleh di delete oleh sesiapa pun kecuali dengan password yang hanya di ketahui oleh pemilik itu sahaja. Kalau kamera di jual kepada orang lain pemilik asal mesti delete semua info dirinya untuk tukar kepada info pemilik baru dengan password rahsia yang baru. Setiap gambar yang di rakam mesti ada info ringkas pemilik kamera sah. Kalau pengeluar boleh buat nama model kamera yang di guna pada setiap gambar mesti boleh juga di masukkan info nama pemilik kamera sebenar.

Barangkali sesiapa yang selalu berhubung dengan pengedar kamera atau pembuat bolehlah beri cadangan ini. Banyak pembuat kamera seringkali membuat pembaharuan dan ubgrade kamera keluarannya berdasarkan komen dan cadangan orang ramai.

miesterzenz
15th January 2012, 11:49 AM
Boleh ker kita cadangkan pengeluar kamera buat ruangan untuk kamera yang bila di on akan tertulis di screen nama pemilik, alamat, no. tel dan info ringkas serta catatan ringkas pemilik yang tidak boleh di delete oleh sesiapa pun kecuali dengan password yang hanya di ketahui oleh pemilik itu sahaja. Kalau kamera di jual kepada orang lain pemilik asal mesti delete semua info dirinya untuk tukar kepada info pemilik baru dengan password rahsia yang baru. Setiap gambar yang di rakam mesti ada info ringkas pemilik kamera sah. Kalau pengeluar boleh buat nama model kamera yang di guna pada setiap gambar mesti boleh juga di masukkan info nama pemilik kamera sebenar.

Barangkali sesiapa yang selalu berhubung dengan pengedar kamera atau pembuat bolehlah beri cadangan ini. Banyak pembuat kamera seringkali membuat pembaharuan dan ubgrade kamera keluarannya berdasarkan komen dan cadangan orang ramai.

sokong tu! sekurang2nya feature ni boleh di jadikan faktor utama dalam keselamatan kamera dan boleh di jadikan selling point....manalah Abang Pengukir Cahaya...lama tak masuk sini...kalaulah idea ni dapat di sampaikan ke bahagian yang membuat firmware Canon kan bagus...

nediyy
16th January 2012, 11:03 AM
penah member aku di offer oleh sorang mamat sebijik kamera DLSR nikon berharga RM50 semasa jalan2 kt bandar KB. tp dia tk nak beli sbb tau brg curi..

md.nor md.najib
16th January 2012, 01:10 PM
sokong tu! sekurang2nya feature ni boleh di jadikan faktor utama dalam keselamatan kamera dan boleh di jadikan selling point....manalah Abang Pengukir Cahaya...lama tak masuk sini...kalaulah idea ni dapat di sampaikan ke bahagian yang membuat firmware Canon kan bagus...

Saya pun sokong gak..sbb manelatau ade rezeki pakai D4 nnt..dhla berghibu hergenye.kalu ilang x menangis 7hr 7mlm..huhuhuhuhu...

budakgile
19th January 2012, 05:04 PM
Pernah dekat satu kenduri sebelum ni, Mak Andam(Nyah) kantoi tengah selongkar handbag family(dalam bilik pengantin), orang sibuk sanding dekat luar, dia kat dalam tgh selongkar handbag orang ... jangan percaya sapa2 kat kenduri mcm tu.. sebab bila tgh sibuk, semua orang tak perasan. nak tuduh siapa pn tak tau... tapi kalau kantoi siap ler.... malu la dia dekat satu family. banyakkan bersabar bro...

farid8558
31st January 2012, 11:03 AM
hahaha...sy penah terjumpa jgk mak andam tgh selongkar..tapi bukan hand bag.. die selongkar almari pengantin.. terbaiklah!