PDA

View Full Version : Drybox

tembeling
25th November 2005, 10:30 PM
Tengah shopping for a drybox. Any recommendation? Sunpod punya brand OK ke? Yg paling kecik tu berapa ringgit? Was offerend RM260. Not sure OK ke tidak.

yokozuna
25th November 2005, 10:50 PM
Tengah shopping for a drybox. Any recommendation? Sunpod punya brand OK ke? Yg paling kecik tu berapa ringgit? Was offerend RM260. Not sure OK ke tidak.
aku pakai jenis Hakuba...15L
kt bahagian penutup tu ader tempat letak desiccant. beli box skali ngan desiccant tu dulu dlm RM 55++
http://img366.imageshack.us/img366/504/8572354pjpeg7rf.jpg
highly recommended!

tualamerah
25th November 2005, 11:16 PM
uih.. mana nak dapat nih.. malaysia ader jual tak..
____________________________
http://tualamerah.fotopages.com/

brahym
25th November 2005, 11:22 PM
air tight tak tu?

yokozuna
25th November 2005, 11:27 PM
air tight tak tu?
ermm..memandangkan penutupnye begitu tight, so rasenye tak der masalah!! jgn pi simbah air atas kotak tu plak... :D :D

uih.. mana nak dapat nih.. malaysia ader jual tak..
tak pasti laa eder jual ke tak kt Mesia..mungkin ader jual kot sbb Hakuba ni femes gak..

brahym
25th November 2005, 11:29 PM
dia siap ada partition ker? namapak menarik ler drypox jenis tu...menjimatkan tenaga elektrik

cgmulia
25th November 2005, 11:32 PM
yokozuna.. kirim bleh????

ko balik mesia ko beli...
bleh??

yokozuna
25th November 2005, 11:33 PM
dia siap ada partition ker? namapak menarik ler drypox jenis tu...menjimatkan tenaga elektrik
ermm..tak der pulak kalau yg besau ni...tapi myusufm ader gak beli yg kecik!!yg tu mcm ader partition!!

http://img183.imageshack.us/img183/7746/39956880pjpeg3dk.jpg
ni jenis yg gune elektrik tu..temperature boleh setting sendiri!!tapi harganye boleh beli sebijik lens..(l/k RM1000++)

yokozuna
25th November 2005, 11:35 PM
yokozuna.. kirim bleh????

ko balik mesia ko beli...
bleh??

hahaha...serius ke ni cg....
kt Mesia pun ader jual kot jenis camni...

yokozuna
25th November 2005, 11:45 PM
Tengah shopping for a drybox. Any recommendation? Sunpod punya brand OK ke? Yg paling kecik tu berapa ringgit? Was offerend RM260. Not sure OK ke tidak.
yg brand Sunpod tu jenis camni ke?
http://img491.imageshack.us/img491/9533/swimcraze2000img600x39913ce.jpg

brahym
26th November 2005, 12:28 AM
tu pakai lektrik gak ker? nampak cam portable jer..

yokozuna
26th November 2005, 12:42 AM
tu pakai lektrik gak ker? nampak cam portable jer..
yg ni tak tahu laa..gbr tu link drpd auction!
nampak cam tak pakai elektrik...

brahym
26th November 2005, 01:21 AM
berapa lak harganya ni?

tualamerah
26th November 2005, 01:49 AM
yang macam nih bagus.. bleh dibawak kehulu kehilir... yang pakai elektrik tuh susah skit.. agak kat kl nih dapat carik tak...
____________________________
http://tualamerah.fotopages.com/

tembeling
26th November 2005, 07:48 AM
Yg Sunpod tu lebih kurag camni...
http://www.midvalley.com.my/mutiarashop/image/Sunpod%20Dry%20Cabinet%20S038.jpg

PeLaris
2nd December 2005, 11:50 PM
Untuk jangkamasa yg panjang,, saya sarankan guna yg elektrik, elektrik consume cuma 8 watt. Tapi bagi yang masih study, untuk sementara, nanti susah ntuk berpindah, bolehlah guna DryBox nih.

nino
23rd January 2007, 10:18 PM
Saya telah membeli digi-cabi drybox (guna letrik).
Soalan :
1. Adakah perlu disetkan suhunya kepada suhu normal bilik coz kadang2 suhu mencatatkan lebih dari 35c
2. Adakah perlu dilaraskan tahap ape ek, tahap kekeringan kot kepada 45-55% spt yg ada dalam manual? Coz kadang2 lebih daripada 65%
Harap sifoo2 dapat membantu patik yang tak tau ini

tembeling
23rd January 2007, 10:51 PM
Takyah set temperature. Set supaya dapat circa 45-50%. Memula tu ambik masa sikit. Pastu tu sekejap je. Anyway, berapa liter punya digi-cabi? Saya guna yg 60L.

nino
23rd January 2007, 11:01 PM
Sy pakai db-036, 30L. Tp rasa2 tak muat nanti bile weapon bertambah. Napelah beli kecik sgt. Sy set circa tu utk dapat 45-50 tapi berubah2 lak, so at last biarkan jer tak ubah2. Ada efek ke doc?

tembeling
23rd January 2007, 11:03 PM
Biar je sampai dia stabil. Tapi jangan la selalu bukak. Setiap kali bukak bacaan dia lari sikit.

nino
23rd January 2007, 11:12 PM
Sy set circa tu utk dapat 45-50 tapi berubah2 lak, so at last biarkan jer tak ubah2

Silap kot soalan saya nih, dia jadi cenggini, kalau sy biarkan circa tu akan berubah. Mula2 set dapat 50, pastu esok jadi 55, pastu 59, pastu jd 65 lak ikut temp. Tq doc bagi penjelasan

tembeling
23rd January 2007, 11:19 PM
Saya punya stabil je around 45-50. Jarang berubah melainkan saya bukak utk simpan or ambik gear. Kalau tak silap, ia ambik masa 1 minggu juga nak stabil.

nino
23rd January 2007, 11:33 PM
hmmm saya punye memang tak constant. Dalam sehari 2,3 kali berubah. Saya rasa ada kaitan dengan temp bilik yg panaih. Klu malam 29-31 tp kalau siang pergh sampai 35-37c. Takpun dry cabinet ni rosak nih. Kalau circa lebih dari tahap yg disyorkan, adakah bleh merosakkan kamera atau lense doc? (tanya lagi :-D)

sorcerer
24th January 2007, 05:12 PM
Suhu kena di kawal juga, sebab kalau terlalu tinggi, bahan-bahan berunsur getah dan coat pada lens boleh jadi terlalu kering..dan merosakkannya... tapi dalam jangka masa yang lama.. jadi elakkan suhu melebihi 45 darjah. Takut bahan-bahan getah dan lens coating tuh rosak.

my 2 cent

iwansufa
24th January 2007, 05:14 PM
dry cabinet??
utk apa ni ek..
sorry le tanya soalan kurang pandai...:(

sorcerer
24th January 2007, 05:38 PM
Secara umumnya, kegunaan drybox adalah untuk memelihara kondisi peralatan camera anda agar tidak dilekati fungi/kulapuk/cendawan mikrob. Kerana dalam iklim khatulistiwa, tahap kelembapan yang tinggi mampu menyebabkan peralatan fotografi anda di lekati bahan2 di atas. Oleh itu bila peralatan fotografi dalam keadaan stalled/idle adalah elok untuk diletakkan dalam 'controlled environment' agar tahap kelembapan dapan dikurangkan atau dihapus lupus. Lantas peralatan anda tidak perlu di hantar utk service hanya kerana terdapat titik-titik kelabu fungus yang melekat di kanta lensa anda.

my 2 cent

zainzubir
24th January 2007, 06:05 PM
aunty pernah lihat imej drybox dbins ..macam peti ais bentuknya :oops: tapi tak seberat safe chubb kot..heh..heh..aunty dah phobia nak simpan menda2 ni semua satu tpt..tapi rasanya mmg perlu satu unit drybox..jenis apa agaknya yg dicadangkan ya sorcerer dll?? :roll:

sorcerer
24th January 2007, 07:09 PM
Drybox ada 2 jenis yg utama, berelektrik dan tanpa elektrik, kapasiti mengikut liter padu. Jenama yang digemari dan biasa digunakan oleh khalyak fotografi Malaysia selalunya Sunpod, mudah di cari dan harganya berpatutan. Kalau ingin gunakan yang tanpa elektrik, biasanya pengguna akan meletakkan gel silica didalam drybox tadi, untuk mengelakkan baki/residue udara lembap yang sempat menyelinap dalam drybox utk membantu pembentukan fungus dan kulapuk. Silica gel boleh dibeli dalam harga rm8 sebotol dan boleh dikitar penggunaannya bilamana warna silica yg biasanya biru bertukar merah jambu. Cara kitar? Letakkan dalam microwave selama 6 minit dalam mid range temperature option. Gel silica akan memuntahkan kandungan air yg dikandung dan warnanya berubah kembali kepada warna biru.

my 2 cent

zainzubir
24th January 2007, 08:31 PM
terima kasih. sunpod tanpa elektrik utk 2 dslr juga sedikit accs. dan beberapa kamera compact juga videocam anggaran berapa liter padu diperlukan??dan yg penting berapa harganya dan dimana utk membeli/mendapatkannya??maaf, byk sangat soalan aunty ni sorcerer. :oops:

oo..baru la ni aunty tahu silica gel boleh dikitar semula..berkesan ke?? :lol: tak meletup ke masuk microwave tu...sorry soalan bodoh dari aunty lagi..bukan apa, aunty phobia dgn mende2 masuk microwave ni, sebab terigt masa mula2 microwave diperkenalkan beberapa tahun dulu, hubby baca manual aunty tukang set (digital controlled)...kebabooom!!sampai la ni phobia, dan microwave tu now dah arwah, tukar yg simple main putar2 jer.... :lol:

nino
24th January 2007, 08:45 PM
aunty punye weapon kan mahal2, so belilah dry cabinet brand digi-cabi 60liter guna karan aka eletrik. sayang weapon mahal2 tu. bape sen sangatlah rega dry cabinet nak banding dengan weapon aunty :-D pdpt 0.5 cents

jaga
24th January 2007, 09:38 PM
sy beli silica gel RM18, jenama thirsty ele, best sbb dia ada indicator. kalau kaler dah bertukar pink, then letak dalam microwave sampai kaler jadi biru semula. contoh macm gambar ni. incik sorcerer pun pakai ni.
http://i4.photobucket.com/albums/y103/asriey/silica.jpg
ni time dah jadi kaler pink, kena masuk microwave. indicator yang gambo gajah tu.

sorcerer
25th January 2007, 08:41 AM
Aunty: Untuk drybox tanpa elektrik, jenama Sunpod tu, harganya dalam RM70-180 bergantung berapa besar peralatan aunty, dinasihatkan aunty pergi ke kedai dan gauge sendiri saiz yang sesuai dgn peralatan aunty.

Nino: Diakui drybox elektrik mmg best, tapi untuk mereka yang rajin, penggunaan drybox tanpa elektrik digandingkan dgn silica gel management yang betul (bagi mereka yang rajin mcm aunty) sudah memadai.

Jaga: Thirsty Elephant awak tuh mmg sesuai untuk diletakkan dalam beg camera masing-masing. I wonder who advice you on that particular gadget..ehehhehhe

zainzubir
25th January 2007, 08:47 AM
thank you all...emm kat mana nak cari mendealah ni??korang ni tak jawab habis soalan aunty lah,...karate kang...ya aunty mmg rajin sebab tu bila sudah guna kamera aunty letak atas meja ke katil je.. :oops: :oops: yg rajin sorokkan anak2..lepas tu bila tanya mana kamera mama, diorg kata tak tahu..spt pagi tadi puaslah aunty cari mana kamera semalam aunty letak ats meja..tup tup jumpa kat bilik nenek dia... :twisted:

qmaxgamer
25th January 2007, 08:48 AM
aunty try survey kat digi colour jln ipoh tu.. dia ade byk, try survey dululaa.. hehhehe

kasuke
25th January 2007, 09:00 AM
Tengah shopping for a drybox. Any recommendation? Sunpod punya brand OK ke? Yg paling kecik tu berapa ringgit? Was offerend RM260. Not sure OK ke tidak.
yg brand Sunpod tu jenis camni ke?
http://img491.imageshack.us/img491/9533/swimcraze2000img600x39913ce.jpg

em.. kalo tak silap, drybox jenis nie, senang pecah.. tak sure la..

saye nyer drybox, cm oven.. brand.. tak ingat la.. from china..

just my 2sen

zainzubir
25th January 2007, 09:02 AM
kasuke yg aunty lihat dbins punya ada shelves, cantik dan teratur....mana si dbins ni eik?? :roll:

bobtahar
25th January 2007, 11:08 AM
kasuke yg aunty lihat dbins punya ada shelves, cantik dan teratur....mana si dbins ni eik?? :roll:

yg tu dry cabinet kot... berapa Market price dia... haritu leo kat ampang ada offer RM300 dia last stock punye... teringin juga nak pakai satu...

kat shashinki yg 30L RM385. Yg kat leo lebih kurang camni... brand taktau.
http://shashinki.com/shop/images/DC-AD030.jpg

zainzubir
25th January 2007, 11:18 AM
yalah Bob macam tu, tapi besar skit kot. si dbins punya :wink:

nino
25th January 2007, 11:29 AM
yalah Bob macam tu, tapi besar skit kot. si dbins punya :wink:

Aunty beli yg digi-cabi yg bro bob tunjuk, beli yg 60L. Bleh storage banyak, barang kemas aunty pun selamat dalam tu coz bleh kunci :D

zainzubir
25th January 2007, 11:34 AM
yalah Bob macam tu, tapi besar skit kot. si dbins punya :wink:

Aunty beli yg digi-cabi yg bro bob tunjuk, beli yg 60L. Bleh storage banyak, barang kemas aunty pun selamat dalam tu coz bleh kunci :D

rasanya baranng kemas ke dokumen2 penting takleh letak situ, mudah terbakar kot?? :lol: jadi solutionnya beli safe masukkan drybox dlm tu....aiii macam2..tak praktikal lah..beli insurance jer lagi mudah... :lol: apa2 pun jika RM300-400 rasanya masih boleh dipertimbangkan pembelian drybox ni, taklah mahal jika dibandingkan dgn kamera2 kita kan??. :wink: anyway, thanks nino...

hadzleyharith
25th January 2007, 11:35 AM
Sunpod to ok gak.. saya guna yang kecil tu.. bought for RM240 kat Foto easycam Komtar Penang. La ni dah tak muat nak boh semua lens dan body.. rasanya elok beli yang besau gak kot..

nino
25th January 2007, 11:42 AM
Harga dry cabinet kat shashinki :
1. Digi-cabi 30L - RM385.00
2. Digi-cabi 40L - RM495.00
3. Digi-cabi 60L - RM655.00
4. Digi-cabi 80L - RM855.00
5. Digi-cabi 100L - RM1095.00
6. Digi-cabi 200L - RM2050.00
7. Mineral water 1.5L - RM1.50 :-D

zainzubir
25th January 2007, 11:45 AM
pandailah kamu buat lawak nino..karate kang..now aunty tgh giler minum ribena..berapa rega? :lol: apa2 pun very informative, thank you.... :wink: rega 60L tu kan buat hanty kebil2 seketika... :oops:

hadzleyharith
25th January 2007, 12:20 PM
kita minum dulu!!!!

nino
25th January 2007, 01:36 PM
pandailah kamu buat lawak nino..karate kang..now aunty tgh giler minum ribena..berapa rega? :lol: apa2 pun very informative, thank you.... :wink: rega 60L tu kan buat hanty kebil2 seketika... :oops:

jangan berkira sangat hanty, pejam mata je. Angkat jerlah at least 60L, nak best lagi 80L. Apelah sangat reganya banding dengan equipment hanty & nak banding kalau lense yg mcm bazooka tu rosak dek kulat :-D

bubba
25th January 2007, 03:13 PM
Hmmmm ... bagi saya yang bajet ciput, saya DIY sendiri jugak drybox saya.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya.

Saya beli tong/container plastik di Carrefour yang saiz 80cm x 40cm x 40cm. Tutup tak perlu kedap udara (saya akan terangkan kemudian), harga dalam RM20 saja kalau saya tak silap.

Saya beli "Thirsty Hippo" dan letakkan didalam kotak tersebut. "Thirsty Hippo" akan menyerap kelembapan yang ada dalam bekas tersebut seterusnya mengawal infestasi kulapuk/fungus pada peralatan yang saya simpan dalam bekas itu. Thirsty hippo mampu meneringkan udara sehingga menyerap kelembapan pada bahagian plastik dan getah seperti yang di bincang sebelum ini di thread ini. Oleh itu, kita tidak perlu tutup bekas tersebut kedap udara supaya sedikit kelembapan masih boleh masuk kedalam bekas.

Dalam pengalaman saya, satu kotak thirsty hippo boleh digunakan dalam 3-4 bulan. Bila ada takungan air pada dasar kotak thirsty hippo, saya akan menggantikannya dengan yang baru. Musim hujan baru baru ni, 2 bulan saya dah kena tukar pek thirsty hippo yang baru.

Saya sangat setuju dengan pendapat socerrer:

Nino: Diakui drybox elektrik mmg best, tapi untuk mereka yang rajin, penggunaan drybox tanpa elektrik digandingkan dgn silica gel management yang betul (bagi mereka yang rajin mcm aunty) sudah memadai.

Jaga: Thirsty Elephant awak tuh mmg sesuai untuk diletakkan dalam beg camera masing-masing. I wonder who advice you on that particular gadget..ehehhehhe

Kalau mampu ... teruskan beli sahaja elektrik dry cabinet ... memang bagus. Tapi kalau terpaksa bergolok bergadai untuk beli yg elektrik, saya fikir tak perlu lah. Guna yang "manual" jer sudah mencukupi.

Saya cerita disini kerana ramai ahli ahli yang membaca thread ini. Saya kalau boleh tidak mahu ahli2 FMDC yang lain sangka, hobby fotografi ini amat mahal, dari segi peralatan dan juga maintenance. Kita guna apa yang ada dan kita beli apa yang mampu.

maaf la ... mengomel sedikit :P

zainzubir
25th January 2007, 03:26 PM
jangan berkira sangat hanty, pejam mata je. Angkat jerlah at least 60L, nak best lagi 80L. Apelah sangat reganya banding dengan equipment hanty & nak banding kalau lense yg mcm bazooka tu rosak dek kulat :-D

..tulah masalahnya ada benda2 sampingan yg aunty terpaksa fikir masak2, sebelum sendiri masak!! :oops: kalau main pejam mata jer beli....ni gaya org kaya raya ni....aunty ada kaya, makan dgn roti bakar jer :lol: nino, dari bulan Dec 06 hingga hujung bulan ni..komitmen aunty bukan seribu dua...tu yg muka benyek macm tapai kena pijak jer ni sejak dua menjak ... :oops:

bubba:mmg dulu pernah bubba sarankan, tapi bila fikir2 tak boleh nak stack cecantik spt dry cabinet tu yg terpaksa tangguh2 dulu...you know me taste tinggi tapi nak yg murah....maklumlah makan gaji bubbaaaaa :lol:apa2 pun terima kasih kerana perkongsian ilmu ini.

nano
25th January 2007, 04:04 PM
Bubba,
thumbs up for the tip....baru nak tanya, ade tak cara2 buat DIY drybox. Good idea for starters like me...:mrgreen:

youre the man!

sorcerer
25th January 2007, 06:47 PM
Bubba, saya setuju dgn gaya tersebut bagi mereka yang out off budget. Bahkan di rumah saya ada 2 case plastic lutsinar Tesco yang menjadi Drybox lens2 yang kurang digunakan. Dan alhamdulilah ianya masih mampu mengelakkan kulapuk/fungi

bubba
25th January 2007, 11:42 PM
Sebagai ilustrasi ... saya kepilkan gambar "make-shift" drybox saya.

http://img.photobucket.com/albums/v89/nazley/thirsty_hippo_drybox_01.jpg

Plastic container - RM20.00
Thirsty Hippo - RM5.00
so, initial setup cost - RM25.00
maintenance, thirsty hippo replacements every 3 months (average la) - RM6.00,
iaitu mebawa kpd perbelanjaan kurang lebih RM25/= setahun

http://img.photobucket.com/albums/v89/nazley/thirsty_hippo_drybox_03.jpg

odoh turrr ... tutup ler kotok ni sebelum simpan di kawasan yang tak lembab sangat. (gambor penutup tok payoh lerrr ...)

idok lerr chantek macam electric dry cabinet, but it does the job just as well,
at least to my own non scientific obsevation lah ...

.

zul78
26th January 2007, 08:46 AM

DIY yang sungguh mengkagumkan .... murah, mudah, boleh dibawa kemana mana ..... dan paling penting efectif .....

jejaka
4th March 2007, 02:26 PM
http://img.photobucket.com/albums/v89/nazley/thirsty_hippo_drybox_01.jpg

sama mcm kaedah yg saya dok gunakan selama nie..

tapi minggu lepas saya beli drybox.. so skrg ni semua alatan masuk drybox termasuk thirsty hippo tu sekali..

jadik mcm double protection gitu..

tapi pengunaan thirsty hippo saya tu lain sket.. bila isipadu sampai dlm separuh.. saya akan tebuk lubang dan kering kan semua cecair dlm tu sekali.. pastu seal lubang tadi elok2.. pastu guna macam biasa sampai abih.. pastu ganti yg baru bila dah penuh utk kali kedua tue..

saja kongsi cara saya..

p/s : sunpod 028 RM230 aje.. boleh la utk satu body, satu tele, wide dan medium lenses tu.. ekekek

nfirdaus
4th March 2007, 03:50 PM
Dimana nak beli thirsty hippo ni? Kedai camera pun ada jual ke Bubba or jejaka?

msharq
4th March 2007, 03:55 PM
kat C4, gaint, tesco........pun ada gak bro nfirdaus!!!! kecik punya dalam RM4...

saya pun guna teknik bro BUBBA...aja.....nih

azani
4th March 2007, 04:40 PM
sdr Bubba ..byknya kamela & lens awak ... pinjam boley ka? Leica pun ada ..
kalau mcm ni boleh la pakai cigar humidor sbg drybox .. lg pun curut dah habis.

jejaka
4th March 2007, 05:17 PM
a ah.. thirsty hippo ni merata2 kedai leh jumpa.. tapi kedai beskal, kedai besi buruk dan seangkatan dengannya memang takde la kan..

kaedah box plastik dan thirsty hippo memang murah..
kalau box tu kedap udara lagi bagus.. tapi mahal sikit kot..

tembeling
4th March 2007, 08:20 PM
Yang paling penting....pastikan kita simpan peralatan kita dalam dry-cabinet samada yg buat sendiri atau dibeli. Sekali kene fungus.....sedih woo.....

Utk mereka yg membeli untuk syarikat atau jabatan, jangan lupa dalam spek tu bubuh dry-cabinet sekali. Office saya punya VR dah ada fungus sebab depa tak beli dgn dry-cabinet dulu.

nfirdaus
5th March 2007, 12:37 AM
kat C4, gaint, tesco........pun ada gak bro nfirdaus!!!! kecik punya dalam RM4...

saya pun guna teknik bro BUBBA...aja.....nih

Sekarang saya lebih kurang gunakan teknik mcm baba DIY..cuma pakai silica gel aje & tak pakai thirsty hippo. Terima kasih kengkawan dgn maklumat ini.

DEZOO
5th March 2007, 01:28 AM
cam menarikje cara bubba nih....mesti cuba lah....

nfirdaus......kat super market biasa pun ada thirsty hippo nih....engkadang depa juai ngan 3 pieces skali dlm 1 pek....murah sket lah kalu beli satu2.....kalu beli kat makro lagi murah beli sedozen terus......murah dlm 50sen sebijik.....saya selalu guna dlm almari sebab kawasan umah saya kat sg buloh ni lembab....

tak terpikir lak bleh guna cam nih.......bergeliga kepala otak bubba

jejaka
5th March 2007, 01:33 AM
tambahan info utk silica gel

"Once the Silica Gel is no longer active, it is easy to re-activate by heating
the granules in an open container in your oven, at a temperature of
between 105 and 110°c. When the indicating granules return to their
original colour orange, let the Silica Gel cool and then store it in a sealed
container until you are ready to use it again."

yg aku pernah jumpa kat tmpt kerja.. silica gel yg ok lagi berwarna biru gelap dan berubah kepada pink/jernih apabila exhaust(kandungan kelembapan dalam setiap unit silica gel bertambah sehingga 100%).. silica gel yg dah exhaust ni perlu dikeringkan semua dengan memanaskannya sehingga berubah warna semua kepada warna asal samada Biru/Merah..

antara perubahan dari ok kepada tak ok
Biru >> Pink
Biru >> Clear
Merah >> clear
dan rasanya ada byk lagi kot warna.. dok cite pasal yg pernah jumpa..
kiranya yg exhaust tu selalunya warna jernih tu.. silica gel lebih mudah exhaust kalau terdedah kepada udara sokmo..

p/s : kat kilang tu depa guna silica gel utk transformer

Link >>
http://www.silicasec.co.uk/Silica_Gel.htm

ejatz
5th March 2007, 11:36 AM
Saya beli tong/container plastik di Carrefour yang saiz 80cm x 40cm x 40cm. Tutup tak perlu kedap udara (saya akan terangkan kemudian), harga dalam RM20 saja kalau saya tak silap.

Bro bubba.. kenapa "Tutup tak perlu kedap udara" ? Yg kedap udara tak bagus ke?

bubba
5th March 2007, 11:48 AM

Kalau bekas tu kedap udara, kelembapan akan diserap terus menerus dan udara dalam bekas tersebut akan menjadi terlalu kering. Jika terlalu kering bahagian bahagian lens dan kamera yang diperbuat dari getah akan menjadi kering dan merekah. Macam kulit muka gak ... jika keadaan terlalu lembab, muka akan berminyak2 dan jika cuaca terlalu keirng kulit muka pun merekah dan mengelupas.

Terlalu kering tak bagus juga untuk peralatan yg disimpan. Kalau guna dry cabinet, kelembapan ruang simpana kamera dikawal oleh dry cabinet tersebut secara elektronik.

ejatz
5th March 2007, 03:00 PM
tq bro bubba... kalau mcm tu sy kene beli bekas lain la nih...

DEZOO
5th March 2007, 05:45 PM
Bubba....

bekas besar letak equipment tuh......bape harga??? pegi jaya jusco mahal plak dlm RM39.90

bubba
5th March 2007, 05:58 PM
Bubba....

bekas besar letak equipment tuh......bape harga??? pegi jaya jusco mahal plak dlm RM39.90

bergantung kepada kualiti, jenama dan saiz ... harga bekas tu berbeda beda.
Try la tengok kat C4 ker, Tesco Ker ... look for the best deal. Yang ni susah la nak cakap, kena pepandai sendiri jer

sar
5th March 2007, 08:26 PM
tq bro bubba... kalau mcm tu sy kene beli bekas lain la nih...

bekas yg tak kedap udara mcm mana?

jejaka
5th March 2007, 11:33 PM
Kalau bekas tu kedap udara, kelembapan akan diserap terus menerus dan udara dalam bekas tersebut akan menjadi terlalu kering. Jika terlalu kering bahagian bahagian lens dan kamera yang diperbuat dari getah akan menjadi kering dan merekah. Macam kulit muka gak ... jika keadaan terlalu lembab, muka akan berminyak2 dan jika cuaca terlalu keirng kulit muka pun merekah dan mengelupas.

Terlalu kering tak bagus juga untuk peralatan yg disimpan. Kalau guna dry cabinet, kelembapan ruang simpana kamera dikawal oleh dry cabinet tersebut secara elektronik.

saya setuju.. kini drybox saya tak guna thirsty hippo dah.. takot gak plastik merekah abih nanti.. biarkan drybox tu keje habis2an..

perliz
6th March 2007, 01:58 PM
ye takye,tak pernah plak terfikir nak pakai gajah,badak dan haiwan2 yang lain. skrg ni saya guna silica gel yg jual dalam plastik tu je..tapi...adakah ada sukatan yang official untuk DIY yang sebegini rupa? >>jumlah lensa,jumlah body,kebesaran ruang simpan(since KOTAK TOYOGO tu ada macam2 saiz) dan tahap kelembapan dalam bekas dan luar bekas.

wah,bro bubba pnya TOYOGO tu tak muat tu...hehehe..upgrade lagi besar dan panjang.

dome
24th January 2009, 03:32 PM
beli kamera mahal2 . wajib ada drybox
atau sekurangnya di simpan di tempat yang kedap udara

jangan biarkan kamera di simpan di dalam beg kamera
atau di atas rak ,atau dalam suhu lembab/sejuk
berhati2 dengan musuh utama lensa iaitu 'fungus'

jika balik outing dari tepi laut atau pulau,
lap dulu body kemera dan lens dengan kain yang sedikit lembab
biarkan untuk beberapa jam sebelum di simpan di dalam drybox
supaya wap air masin tidak melepak bersama2 di dalam drybox

zafferiz
30th January 2009, 01:18 PM
sy beli silica gel RM18, jenama thirsty ele, best sbb dia ada indicator. kalau kaler dah bertukar pink, then letak dalam microwave sampai kaler jadi biru semula. contoh macm gambar ni. incik sorcerer pun pakai ni.
http://i4.photobucket.com/albums/y103/asriey/silica.jpg
ni time dah jadi kaler pink, kena masuk microwave. indicator yang gambo gajah tu.

ktne nk beli anak gajah ni? bape $ satu? teringin nk beli..

zafferiz
30th January 2009, 01:18 PM
sy beli silica gel RM18, jenama thirsty ele, best sbb dia ada indicator. kalau kaler dah bertukar pink, then letak dalam microwave sampai kaler jadi biru semula. contoh macm gambar ni. incik sorcerer pun pakai ni.
http://i4.photobucket.com/albums/y103/asriey/silica.jpg
ni time dah jadi kaler pink, kena masuk microwave. indicator yang gambo gajah tu.

xterbakar ker kain anak gajah nie? sy ada yg jenis plastic case.. bole masukkan dlm microwave x?

haizatccp
13th August 2009, 05:49 PM
sy beli silica gel RM18, jenama thirsty ele, best sbb dia ada indicator. kalau kaler dah bertukar pink, then letak dalam microwave sampai kaler jadi biru semula. contoh macm gambar ni. incik sorcerer pun pakai ni.
http://i4.photobucket.com/albums/y103/asriey/silica.jpg
ni time dah jadi kaler pink, kena masuk microwave. indicator yang gambo gajah tu.

jaga...

ko beli silica gel ni kat mana ye...
akau cari kat 2-3 kedai kamera ,tak dak jual la pulak....

tembeling
22nd August 2009, 05:10 PM
Giler lama thread ni :D
Kesimpulannya, drybox sangat penting.
Mesti ada. Sekarang dah tak berapa mahal.

dome
22nd August 2009, 11:22 PM
elok la tu doc up balik..buttet baru sibuk nak cari drybox 2-3 hari lepas bila lens naik fungus...wakakakakaka

zubai
24th August 2009, 09:03 AM
Giler lama thread ni :D
Kesimpulannya, drybox sangat penting.
Mesti ada. Sekarang dah tak berapa mahal.

salam.. mahap tumpang lalu, nak tanyersket.. perlu ke kita sentiasa on kan drybox tu... adakah kadar humidity akan meningkat kalau kita off kan suis nyer..
sekian sahaja
p/s: konpius pasal aku punyer drybox akan naik meter nyer kalau off

tembeling
24th August 2009, 01:34 PM
Saya tak pernah lagi tutup drybox saya. Dia tutup masa blackout jer.
Kalau takde power, darjah kelembapan naik balik lah.

bdkkampung
24th August 2009, 01:40 PM
jaga...

ko beli silica gel ni kat mana ye...
akau cari kat 2-3 kedai kamera ,tak dak jual la pulak....

Silica gel ni aku ader byk..dpt free jer...tp yg dlm pek plastik la...aku mintak tlg member yg keja kdai komputer...aku mntak ckit dia bg 1 beg plastik..hehehehe...dia ckp tak guna pun kat kdai sbb tiap kali bli pc baru msti ader dpt..
Jd try la tnya kat kdai jual pc

haizatccp
26th August 2009, 11:44 AM

tq bdkkampung..

nanti aku pi tanya kat kedai2 komputer lak..

terima ksh ye...

bdkkampung
26th August 2009, 02:16 PM
same2..aku nyer dry box paling murah....
bli box tak smpai RM20..silica gel free....hehehehehe....

dome
4th November 2009, 06:53 PM
musim hujan sudah kembali, tak kira di pantai timur ke di pantai barat ke,
untuk pengguna2 DSLR , terutama yang masih baru,
berhati2 lah dengan suasana lembab yang menjadi kesukaan fungus untuk bersarang di lensa anda,
drybox dah murah2 sekarang,

izzat3114
4th November 2009, 07:02 PM
musim hujan sudah kembali, tak kira di pantai timur ke di pantai barat ke,
untuk pengguna2 DSLR , terutama yang masih baru,
berhati2 lah dengan suasana lembab yang menjadi kesukaan fungus untuk bersarang di lensa anda,
drybox dah murah2 sekarang,

berapa eh yg paling murah n paling ok untuk sekarang ni? sebab byk sgt tgk, ada yg rm300 la..rm400..huhu

dome
4th November 2009, 07:26 PM
Rm100+ pun ada .tgk brand dan size,

izzat3114
5th November 2009, 06:56 AM
Rm100+ pun ada .tgk brand dan size,

ada cadangan brand apa yg patut sy tgk, abg dome? size, cukup letak 2 body, 2-3 lens..cukup r kot..huhu

dome
5th November 2009, 10:32 AM
aku pun lupa jenis dia , yg aku pakai jenis SUN DRY

haizatccp
27th November 2009, 06:28 PM
kalau kat kedai camera area pertama komplek tu ada jual ke tak drybox ni?
kalau ada ...besok nak pi cari la dry box ni.
la ni asik hujan je hari2.
bahaya tu..nanti fugus berkampung lak kat lens...$-)

dome
27th November 2009, 08:04 PM
mostly kedai2 kamera ada jual
kalau cari kat kedai tayar tak jamin la
thehehehe

PeLaris
27th November 2009, 10:33 PM
"Butterfly Oven" warna hitam tu, yg boleh masak kueh,
boleh guna tak abam dome?
ke panas sangaT?
:-o

dome
27th November 2009, 10:41 PM
"Butterfly Oven" warna hitam tu, yg boleh masak kueh,
boleh guna tak abam dome?
ke panas sangaT?
:-o

buleh pakai gak tu,
pok tih lee ada pakai
wahahahaha

mediafoto kor-9
28th November 2009, 07:59 AM
tin biskut yang ada cermin pun boleh
jadi "'drybox", lagi nampak sentemental....he.he.

selamat mencuba.

http://www.kor-9.com

zilhelmy
15th December 2009, 11:18 PM
nak tanya sket.. kalau dah buat drybox diy tu.. kita kena simpan kamera dm beg dia atau keluarkan la,era tu saja..? skrg ni sy simpan dlm beg..

tembeling
15th December 2009, 11:26 PM
nak tanya sket.. kalau dah buat drybox diy tu.. kita kena simpan kamera dm beg dia atau keluarkan la,era tu saja..? skrg ni sy simpan dlm beg..

Kalau simpan sekali dgn beg.....beg pun kering juga. Tak rugi, cuma lambat lah kelembapan nak turun sebab nak kena keringkan beg juga. Saya rasa tak perlu bubuh dgn beg. Namun saya tak pasti macam mana nak regulate kelembapan kalau guna DIY.

blackbalance
16th December 2009, 12:01 AM
Salam semua,

Saya pakai Aipo 38 Liter, 2 tingkat, guna letrik 8 watt. so far ok, beli dalam Rm 230 secara online tapi COD kat puchong. Dah 2 bulan pakai, set kat 45% HR. so far so good. Berbaloi untuk D90 saya kalau nak compare dengan lens or body yang kena kulat..... nak repair lagi mahal itu pun kalau boleh repair huhuhhu

:P

chentaBhuta
21st December 2009, 02:20 AM
sy beli silica gel RM18, jenama thirsty ele, best sbb dia ada indicator. kalau kaler dah bertukar pink, then letak dalam microwave sampai kaler jadi biru semula. contoh macm gambar ni. incik sorcerer pun pakai ni.
http://i4.photobucket.com/albums/y103/asriey/silica.jpg
ni time dah jadi kaler pink, kena masuk microwave. indicator yang gambo gajah tu.

salam... saye dok kat penang.. nak beli thirsty ele neh katne?

kaer07
21st December 2009, 08:29 AM
:-o
Salam semua,

Saya pakai Aipo 38 Liter, 2 tingkat, guna letrik 8 watt. so far ok, beli dalam Rm 230 secara online tapi COD kat puchong. Dah 2 bulan pakai, set kat 45% HR. so far so good. Berbaloi untuk D90 saya kalau nak compare dengan lens or body yang kena kulat..... nak repair lagi mahal itu pun kalau boleh repair huhuhhu

:P

Salam,
AIPO 38 liter tu guna analog atau digital? Beli kat mana? Kalau u dapat Rm230 saya pun nak jugak ambik satu. COD kat puchong tu kat mana?

zilhelmy
26th December 2009, 08:30 PM
tq 4 d answer..
ada satu lagi soklan..
kalau kita simpan dalam drybox @ diy drybox @ almari baju (buruk) :) adakah kita perlu keluarkan bateri dan memory card? utk speedlight sama gak perlu ke kita keluarkan bateri?

atau kalau kita x simpan dlm drybox pun.. cthnya kita tak pakai kamera dan speed light adakah kita perlu keluarkan bateri?

zilhelmy
28th December 2009, 09:56 AM
bro.. ada jwpn tuk soalan atas ni..?

mherizat
28th December 2009, 10:33 AM
tq 4 d answer..
ada satu lagi soklan..
kalau kita simpan dalam drybox @ diy drybox @ almari baju (buruk) :) adakah kita perlu keluarkan bateri dan memory card? utk speedlight sama gak perlu ke kita keluarkan bateri?

atau kalau kita x simpan dlm drybox pun.. cthnya kita tak pakai kamera dan speed light adakah kita perlu keluarkan bateri?

elok bateri dikeluarkan.walaupun jarang kita dengar bateri lithium ni leaking.tp lebih baik berwaspada. fasal bateri dalam flash amat dinasihatkan untuk dikeluarkan apabila tidak digunakan atau bertujuan untuk disimpan.. sering terjadi bateri AA ni leaking.. since kalau dah leaking abis circuit-board dia problem...
so lebih baik keluarkan.

zilhelmy
28th December 2009, 10:51 AM
elok bateri dikeluarkan.walaupun jarang kita dengar bateri lithium ni leaking.tp lebih baik berwaspada. fasal bateri dalam flash amat dinasihatkan untuk dikeluarkan apabila tidak digunakan atau bertujuan untuk disimpan.. sering terjadi bateri AA ni leaking.. since kalau dah leaking abis circuit-board dia problem...
so lebih baik keluarkan.

tq bro for d advice..

am_moksha
28th December 2009, 12:28 PM
member aku br pas beli kat foto selangor, pertama complex,jenama sun dry 40l, harga rm380..muat masuk 2 body,4 lense...

naseribrahim
28th December 2009, 01:11 PM
Baru jer bulan lepas beli AIPO 41L pada harga RM290...dan ni jenis drybox analog....bukan digital...alhamdulillah sekarang dah tak perlu risau pasal kulat....

Aku ambik keputusan beli drybox pun disebabkan salah satu lense aku dah kena kulat....so nak buat camner...terima seadanya....tapi sekarang dah tak perlu risau...letak dalam drybox dah boleh tidur dgn aman....

Dulu aku ada gak pakai silica gel...tapi penggunaan silica gel perlu ada disiplin yang tinggi sebab kita kena semak warna silica tu sepanjang masa....

ni aku punya model drybox...beli secara online dan selamat sampai dihadapan pintu rumahku...boleh muat 2 body D90 & D40x, 3 lens 55-200,10-24 & 17-50 dan sebijik SB600....ada ruang lagi sumbat beberapa lense dan flash....

http://s.lowyat.net/uploads//attach-11/post-280811-1256118584_thumb.jpg

izzat3114
28th December 2009, 01:21 PM

beli online kat mana? shashinki? yamiya?

naseribrahim
29th December 2009, 12:10 PM
Beli online dengan seorang budak yang aku jumpa kat forum lowyat.....kalau nak...ni no phone dia 0164007688...orang dia bagus...siap bagi cadangan pembelian mengikut bajet dan keperluan barang.....yang best dia bagi diskaun dan penghantaraan free....

hackerzx
25th January 2010, 02:22 PM
nk tnya betul ke ade drybox below 100? psl baca kt mane tah.. jenama ape? sun dry?

tuanpg
26th January 2010, 03:06 PM
kalu guna drybox..nak set brape pratus tuk lens n kamera..

dome
26th January 2010, 05:53 PM
kalu guna drybox..nak set brape pratus tuk lens n kamera..

baca buku manual drybox , dalam tu semua ada di bgtau

tuanpg
27th January 2010, 08:13 AM
abg dome..dlm tu tulis 30-40%..kalu duk genting..40% ok tak..hehe..

kleo28
27th January 2010, 10:57 AM
30-40%?? setau aku...utk Lens dan Body mau 40-55%...anything below than that akan menyebabkan keadaan terlalu kering..

xjukie
27th January 2010, 11:24 AM
benda ni sepatutnya setiap org ada, lens ribu2 leh beli kamera tk pyh cite la.. 50mm pn rm300+ boleh beli.
Tapi benda paling penting mcm ni susah nak belikan

tuanpg
27th January 2010, 01:59 PM
30-40%?? setau aku...utk Lens dan Body mau 40-55%...anything below than that akan menyebabkan keadaan terlalu kering..
dalam buku manual tulis 30%-40%..dalam shasinki plak tulis 40%-45%..so mane yg blh sy pakai ni..sy duk genting..:-?

KGRfirst
10th October 2010, 08:35 PM
aku nak share pengalaman.
dulu aku ada tamron.2 tamron sebenarnye.satu tamron dah kene fungus.cket je.aku letak la tamron yang berkulat ne gn tamron yang ok dalam 1 drybox (AiPo). aku tinggal dalam 5 hari sebab xlekat di rumah.
balik2 je aku guna camera cam besa. seminggu pastu baru aku perasan gambar2 aku cam ade yang x clear bahagian sisi jung2. aku tengok kat lens, rupenya dah built fungus dah.:-(:-(
setahu aku la,klu start dah ade fungus, pastu cuci kasi clear,...fungus akan kembali aktif sebab permukaan asalnye biasanya dah hilang (first layer coating). aku memang tertekan pastu.
rupenye mak aku ade balik kampung haritu masa kau takde,biasa la raya. dia tutup letrik utama 4 hari. so drybox aku xberjalan. tambahan pula kegelapan lagi memberikan peluang keemasan pada fungus ne beranak pinak.mungkin juga thisty hippo aku dah tak haus dah.so proses dia terbalik, dari serap air jadi egen generate air.
tambahan masatu memang tiap pagi hujan.:-o:-o
tu citer dlu. skang bila aku travel atau outing, aku akan bawa sekali gear aku klu boleh,siap dengan hygrometer (beli kat PET SHOP) rege RM10. dan aku ade beli silica gel canister RM80 shj (ade mamat tu jual kat aku masa kat dalam LRT, time tu aku rasa perlu ke...tapi sebabkan pengalaman lalu membuatkan aku terus angkat & aku tak penah nengok menda ne kat malaysia pun):D:D. silica gel ni dalam kotak aluminium,pastu ade penanda aras warna biru.bole reaktifkan kembali apabila penunjuk aras bewarna pink. boleh tahan dalam 3 bulan selepas reaktif semula (letak dalam oven 140C selama 3 jam cenggitu, tapi aku henti reaktif bila penunjuk aras tukar warna biru.:x:x
so aku promote la silica gel ni pada kome semua, sebab sampai sekarang aku memang letak kat dlm beg dslr aku.xpenah tinggal.bagi aku,memang berbaloi,sekali beli bole guna seumur hidup.
korang bole check kat Fcbok.. cari nama Humee-DT
http://www.facebook.com/home.php?#!/silica.humeedt
aku pun dah promote menda ne kat kawan2 aku, mereka pun angkat gak (aku pun angkat 1 lagi), sebab taknak kalah pada fungus, klu lens beribu2 leh beli,xkan la menda ne tak sampai serat xble.lagipun sangat berguna bila tiada di rumah,pergi bercuti dsb...haha b-(b-(

*tambahan menda ne ble jadi resque kit klu henset masuk air,compact cam masuk air...apa2 je barang letrik masuk air.belum pernah terjadi pada aku, tapi klu terjadi,aku dah ade bekap.

reference : http://www.raymears.com/Bushcraft_Product/620-Silica-Gel-40-Gram/

carnary
23rd October 2010, 10:17 AM

Aku pun guna macam ekau juge...harga around RM45...aku dok order dgn company 10 unit lg untuk kegunaan sendiri & sesapa yg berminat nak beli.

CgSir
23rd October 2010, 10:53 AM
Lepas drybox aku rosak aku bongkar silika gel lama yang dah 30 tawon umornya. Ada ler dalam lebih 500g. Aku sangai balik dan sekarang aku guna semula yang tu jer.

cikaris
25th October 2010, 02:46 PM
drybox kat muar ni pun bleh tahan. yg kenit saiz dlm 1 kaki pun rm300.

carnary
26th October 2010, 09:53 PM
Akhirnya hajat ku tercapai jua setelah sekian lame dok menunggu & mencari ape yg selama ini dicari2... http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_rolleyes.gif
Maka saya dengan ini mengumumkan pembelian drybox baru dengan partner lame pade jam 2000...jenama biase jer...AIPO 38EX... http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_wink.gif
Selepas tak perlu risau nak simpan kat mane lg coz selama ini dok tdo dalam dslr bag bertemankan silica gel 5-6 pack. http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_lol.gif
Mlm ni D300S + 18-200 tdo selena2nya dalam rumah barunya... http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_biggrin.gif http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_biggrin.gif http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_biggrin.gif

Row Casper
13th December 2010, 03:24 PM
Salam..nak tanya kat kekwn yang guna drybox nie...saya nak tahu cara penyimpanannya...kalau kita simpan camera, letak sekali bateri dan kad memori tu ker? or kena asingnya? saya check kat buku manual, tak tertulis la pulak tentang tu..tu yang musykil...tak tau mcm maner cara yang betul untuk simpan barang2 mcm tu.. harap geng yang arif tentang perkara ni tolong maklumkan ye..terima kasih.

fireshuffler94
13th December 2010, 04:38 PM
Akhirnya hajat ku tercapai jua setelah sekian lame dok menunggu & mencari ape yg selama ini dicari2... http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_rolleyes.gif
Maka saya dengan ini mengumumkan pembelian drybox baru dengan partner lame pade jam 2000...jenama biase jer...AIPO 38EX... http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_wink.gif
Selepas tak perlu risau nak simpan kat mane lg coz selama ini dok tdo dalam dslr bag bertemankan silica gel 5-6 pack. http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_lol.gif
Mlm ni D300S + 18-200 tdo selena2nya dalam rumah barunya... http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_biggrin.gif http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_biggrin.gif http://photosantai.com/forum/images/smilies/icon_e_biggrin.gif

abang caranary beli dkat mane drybox tu...saya pon nak gak sebijik...kat Kuala Terengganu ade x?

haizatccp
14th December 2010, 12:10 PM
antara drybox digital & analog ,
yg mana lebih baik @ harus di miliki ?

qamriey
21st December 2010, 10:48 PM
Power dry box kena pasang 24jam ke? ke ade time2 yang kita boleh tutup power dia?

carnary
1st January 2011, 12:06 PM
abang caranary beli dkat mane drybox tu...saya pon nak gak sebijik...kat Kuala Terengganu ade x?

Boleh call aku 019-9514558. Dulu aku dapat special price. La ni aku x tahu la. So kalau berminat boleh brth aku model ape yg dikehendaki...aku try tanye dealer kat sini (Kuala Terengganu) coz kene order dulu dry box ni.

carnary
1st January 2011, 12:07 PM
antara drybox digital & analog ,
yg mana lebih baik @ harus di miliki ?

Digital just tengok nombor jer...drpd jauh dah nampak coz aku punye jenis digital...dalam gelap lg la terang.
Analog kene tengok jarum meter kat mane dia landing @ parking.

carnary
1st January 2011, 12:10 PM
Power dry box kena pasang 24jam ke? ke ade time2 yang kita boleh tutup power dia?

Kene on 24 Jam coz kalau shut down @ off plug make dry box x berfungsi...jadi almari biase jer.
Power electric comsumption pun x banyak digunakan. Aku pakai kat rumah on 24H...bil elektrik bulanan cam biasa jer...macam dry box x guna elektrik pula.

carnary
1st January 2011, 12:14 PM
Salam..nak tanya kat kekwn yang guna drybox nie...saya nak tahu cara penyimpanannya...kalau kita simpan camera, letak sekali bateri dan kad memori tu ker? or kena asingnya? saya check kat buku manual, tak tertulis la pulak tentang tu..tu yang musykil...tak tau mcm maner cara yang betul untuk simpan barang2 mcm tu.. harap geng yang arif tentang perkara ni tolong maklumkan ye..terima kasih.

W'slm...
Aku letak semua peralatan dslr dalam dry box. Lens aku asingkan dgn body tp letak @ tutup semula cover asalnya. Bateri & memory card pun aku asingkan drpd body. Begitu jua dgn speedlight.

carnary
1st January 2011, 12:15 PM
Kalau sesapa nak silica gel in aluminium canister (yg x gunakan dry box @ nak bawe dalam bagpack semasa outing) boleh order dgn aku...RM45 jer sebiji. Boleh cari @ rujuk dalam mudah.com.

fazamania
26th June 2011, 04:03 AM
Sebagai ilustrasi ... saya kepilkan gambar "make-shift" drybox saya.

http://img.photobucket.com/albums/v89/nazley/thirsty_hippo_drybox_01.jpg

Plastic container - RM20.00
Thirsty Hippo - RM5.00
so, initial setup cost - RM25.00
maintenance, thirsty hippo replacements every 3 months (average la) - RM6.00,
iaitu mebawa kpd perbelanjaan kurang lebih RM25/= setahun

http://img.photobucket.com/albums/v89/nazley/thirsty_hippo_drybox_03.jpg

odoh turrr ... tutup ler kotok ni sebelum simpan di kawasan yang tak lembab sangat. (gambor penutup tok payoh lerrr ...)

idok lerr chantek macam electric dry cabinet, but it does the job just as well,
at least to my own non scientific obsevation lah ...

.

Wah! esok boleh pegi tesco cari storage cabinet.

Just nak tanya , semasa kita simpa semua lense dan body dlm drbox nih , bateri dengan memory card kita letak sekali ke kita simpan asing ?

hackerzx
27th June 2011, 11:46 AM
so far dlm 2taun aku pn gune cara kt atas hehe ..ok je tayah bwk klr asing2..

dome
27th October 2011, 02:37 PM
bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia dslr . memandangkan musim hujan semakin menjadi-jadi sekarang. elok di teliti balik topik ini.

rmanphoto
27th October 2011, 03:35 PM
yg ana punye drybox cam analog die xberfungsi... dr dulu smp skg die tunjuk smp 70%... padahal saya pusingkan suhu 2 sampai B jer.. mengikut apa yg diberitau dalam manual.. so camner erkk??

epoy
1st November 2011, 05:16 PM
Salam Bro Sume nk tnyer nie...Speedlight, Bateri DSLR & Memori kad perlu ke diletakkan dlm Dry Box?

md.nor md.najib
4th November 2011, 05:20 PM
sy beli silica gel RM18, jenama thirsty ele, best sbb dia ada indicator. kalau kaler dah bertukar pink, then letak dalam microwave sampai kaler jadi biru semula. contoh macm gambar ni. incik sorcerer pun pakai ni.
http://i4.photobucket.com/albums/y103/asriey/silica.jpg
ni time dah jadi kaler pink, kena masuk microwave. indicator yang gambo gajah tu.

mana nk sambaq menatang nie der..nk pakai dry box gasenye x lyk lg kot sbb kamik budak bru blajar nie..pakai selica nie sudah..hehehehe.

md.nor md.najib
4th November 2011, 06:03 PM
nk tye lg..silica nie memey kene taruk gak ke dlm bag dslr tu..ataupun yg xde dry box mcm sy nie just taruk dlm box toyogo jek..

hackerzx
5th November 2011, 12:30 AM
boh je dedua..memeyy aa

smoulder88
7th February 2012, 01:32 AM
kat mane bole beli silica gel 2 eh?

mr.wizard
7th February 2012, 07:13 AM
Salam Bro Sume nk tnyer nie...Speedlight, Bateri DSLR & Memori kad perlu ke diletakkan dlm Dry Box?
kalau kira sumer boleh letak.. tapi biasanya letak body ngan lense jer.. yg lain kat luar..

zainzubir
7th February 2012, 12:51 PM
dry box kalau dah terlebih beso..isi kasut kulit pun aci =))