View Full Version : Wedding Photography Contract | Bagaimana anda menghadapinya
silmi
20th March 2007, 09:48 AM
Pernahkah anda mengalami situasi ini? Jika YA bagaimana anda menghadapinya.
Anda telah membuat confirmation utk menjadi OP untuk satu majlis perkahwinan pelanggan anda ( biasanya telah di anda telah dibooked 2-3 bulan sebelumnya). Tiba2 pada masa hari bersejarah pelanggan anda, ada perkara besar (mungkin kematian, sakit, anak masuk spital) yang membuat anda tidak dapat menjalankan tugas anda.
Anda telah cuba mencari photographer gantian (mungkin rakan anda) tapi mereka juga fully booked.
Anda tahu ini adalah hari bersejarah untuk pelanggan anda yang tiada ulangan. Mereka tentu kecewa yang amat sngat. Tapi anda juga ada masalah besar spt yang disebut tadi.
1. Bagaimana anda menghadapinya @ menberitahu kepada pelanggan anda.?
2. Adakah anda telah meminta mereka menurunkan tandatangan dalam kontrak perjanjian semasa mereka menbuat tempahan dulu, yang anda tidak bertanggungjawab jika terjadi perkara yang tidak dapat dielakkan.
3. Anda mengembalikan wang pendahuluan dengan 2 X lipat sebagai tanda kekesalan anda?
msharq
20th March 2007, 10:18 AM
offer le.....kat member FMDC...... musti ada punya......yg nk ambik job tuhh......
saya_maju
20th March 2007, 10:56 AM
ini juga.. tanda awal kegagalan sebelum berperang...
maksudnya soalan2 yang biasa timbul dalam fikiran, jika sesuatu perkara buruk itu terjadi... soalan yang biasa, bagi seseorang yang baru, nak mula / nak jadi photog...
shaifulrizal
20th March 2007, 10:37 PM
terus terang...walaupon pengganti takde...dan pulangkan deposit...
atau...
jelaskan dlm contract...kalo ada emergency...apa tindakan selanjutnya..
nfirdaus
20th March 2007, 10:44 PM
terus terang...walaupon pengganti takde...dan pulangkan deposit...
atau...
jelaskan dlm contract...kalo ada emergency...apa tindakan selanjutnya..
Yup, aku setuju dgn pandangan hang.
aji
20th March 2007, 11:14 PM
last resort
anda boleh ganti dgn shoot di honeymoon mereka
cara utk mengelakkan dpd berlaku
selain tertulis dalam kontrak tentang klause jika berlaku kecemasan
boleh jugak print photographer directories
boleh klik di bawah ni utk menambah lagi network/rakan photography anda
http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?t=2397 :D
.
zulz
21st March 2007, 09:18 PM
ramai mber kat FMDC ni dok tunggu peluang...kasi post jer masalah tu...comfirm x sampai sehari mesti dapat pengganti punya...
wanja
28th March 2007, 03:26 PM
sekadar nak citer pengalaman
17/3 sy kena operate
selang seminggu lepas tu 24/3 dah ada job... waktu tu nak bejalan pun terhenjut-henjut lagi.
alhamdulillah nasib ada sowang kawan. walaupun dia bukan major dlm photog sebab dia nih videog. pi la jugak wedding tu. tapi dok atas kerusi ajer. sy settingkan kamera dia laa yg menembak. not bad. buah tangan dia memang cantik.
paling tak best. orang semua boleh melantak nasik ngan lauk ayam dan bermacam2 lauk lagi sy cuma pekena bubur gandum ajer.. nasib ler tuan umah buat menu banyak giles hari tu. siap laksa sampai dua tiga jenis. tp kiter tengok ajer laaa..
thanx to Shahsputra
AyAres151
6th April 2007, 02:09 PM
erm...ramai yg tak paham situasi yang cuba silmi sampaikan...
ada yang dok ralit suruh post kat forum... sedangkan situasinya seperti yang dia nyatakan. dan ada pulak yang awal2 nak perlekehkan photog baru ( maybe dia dah otai. ).. sedangkan soalan ini adalah soalan utk bekal2 hari mendatang..soalan yang boleh di jadikan panduan kelak..sbb tuh photog baru ni bertanya...
Tiba2 pada masa hari bersejarah pelanggan anda, ada perkara besar (mungkin kematian, sakit, anak masuk spital) yang membuat anda tidak dapat menjalankan tugas anda.
Anda telah cuba mencari photographer gantian (mungkin rakan anda) tapi mereka juga fully booked.
harap baca balik situasi yang beliau nyatakan barulah kita bagi pendapat kita based on situasinya..bukan based on apa yang kita suka2 nak suggestkan..
cuba bayangkan kita berada di situasi seperti di nyatakan oleh SILMI... adakah kita sempat masuk forum dan postkan job wedding. sedangkan ianya pada HARI BERSEJARAH tersebut.. kalau sempat post... SEMPAT ke ada orang nak grab that job dalam masa beberapa jam atau pun minit lagi..
-based on topic2 job yang ada sekalipun.. amik masa utk ada orang grab job2 yang di postkan.. at least sehari lepas topic di bukak baru ada orang nak grab..
ese setuju cadangan aji.. tambahkan network dan dptkan list photog2 kat link aji bagi yang berada di sekitar anda.. simpan utk bekal saat kecemasan ini.. tp kalau semua list yg ada tak dpt amik job tuh..samada fully booked ke jugak dorang..
dan bleh jugak ikut cadangan bro aji yang 'last resort' iaitu cover majlis belah laki ke.. atau masa dia honeymoon sebagai ganti...
atau..
ikut cadangan bro SR..iaitu pulangkan kembali depositnya dan memohon maaf dengan menyatakan masalah besar yang di hadapi..
( ye la..kadang2 pengantin pun ada masalah besar berlaku yg bakal membuatkan photog kerugian.. mcm tarikh tunda, nikah tak jadi walau dah booked..dan tarikh tu kita dah let go byk job besar2... so..perkara yang tak di ingini ni jarang berlaku...
if berlaku.. kena sama2 menerimanya lah.. siapa yang mahu berlaku begitu kan... hanya pengantin/photog yang tidak memahami situasi saja akan blame each other.. )
sekadar pendapat saja..
zainzubir
6th April 2007, 03:49 PM
Ini pendapat peribadi saya:
1) Dalam perjanjian perlu disebutkan persetujuan client untuk menerima fotografer pangganti (second photog) yang dipilih sendiri oleh fotografer utama jika berlaku apa2 perkara diluar dugaan kepada fotografer utama. (Jangan sesekali menyebut, anda "tidak bertanggung jawab " jika berlaku perkara diluar dugaan)Dalam apa juga bidang yang melibatkan perkhidmatan, perlu ada "back-up" tersedia. Back-up ini on stand by, jika kenalan biasanya kita bayar sedikit fee ikut rate "kawan2" tetapi jika photog lain yg tidak dikenali, 'fee" on stand by perlu reasonable. Samaada mereka (stand-by photog) akan dipanggil atau tidak untuk membantu, stand-by fee perlu dibayar*. Ini cara yg lebih sistematik dan lebih profesional.
2)Elakkan mencari pengganti pada hari majlis atau beberapa hari sebelum majlis. Biasanya tempahan telah dibuat awal, the moment agreement signed, terus assign/cari stand-by photog.Mungkin nampak remeh/leceh pada awal untuk implementasinya tapi bila dah biasa ia akan
menjadikan perkhidmatan kita lebih sistematik.
3) Jika client telah bersetuju untuk menerima second photog, sebagai pengganti photog utama, jika berlaku apa2 pada photog utama, wang deposit tidak perlu dipulangkan.
*perlu atau tidak tertanggung pada budibicara
:wink:
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.