PDA

View Full Version : Street Photography di Malaysia - Apa Pandangan Anda?



Edoras
7th January 2006, 02:25 PM
Sesiapa yg selalu buat Street Photography?
Ada kah senang atau susah? Misal nya selalu di halau oleh orang atau dilarang etc..?

dome
7th January 2006, 04:55 PM
ted adnan pernah cite kat aku dulu satu kisah di halau masa shot kat pasar ,
aku lupa plak nama pasar tu tapi belah2 kl ,
ted yg penuh pengalaman ni lalu berkata ,
saya nak ambil gambar sebagai kenangan kerana tak lama lagi saya dengar pasar ni nak di robohkan,
maka ..selamat lah ted .. heh

Edoras
7th January 2006, 05:10 PM
Segan lah... lagi2 kalau pakai PnS kamera... kalau pakai dslr...mereka pikir kita nie macam professional photographer...

dome
7th January 2006, 05:17 PM
kalau segan apa nak buat,
aku yg pakai compact ni pun selamba je..
pernah gak kena halau tapi aku buat jadi org bisu
OKU.. hehe

radiohed
8th January 2006, 10:23 AM
aku sgt minat pada street photography dan aku pernah cuba...tapi org pandang semacam jer kat aku...maybe kat mesia nie org belum expose sgt benda2 mcm nie....atau org mesia selalu bepikiran negatif kot?

helmyemran
8th January 2006, 10:34 AM
ntah le. aku pun tak phm diorng nih. kalau cam kedai perabot esp. Ikea tu logik la gak, takut org tiru design diorng, then tak yah beli. atau kedai CD haram. nie, kedai yg jual pokok plastik pun tak bg amik gamba.

Edoras
8th January 2006, 10:38 AM
Ada sesiapa boleh bagi tip Street Photography di Malaysia?
Kat mana yg boleh dan kat mana yg di larang?

bubba
8th January 2006, 11:04 AM
Sedikit pandangan saya mengenai street photography .......

Street photography ni bukan kita main shoot jer. Acu camera depan orang dan shoot. Pada saya, rakyat malaysia bukan berfikiran negatif tapi sifat orang timur yang sedikit konservatif. Kita mesti respect pirvacy sesetengah orang yg tidak suka di fotograf. sebaik baik nya kita mengenali subjek kita atau paling kurang menunjukkan isyarat tangan yang anda ingin mengambil gambar mereka. Biasanya dengan cara ini, subject akan lebih selesa dengan "shoot" kita dan sesetengah dengan rela hati akan memberikan satu pose istimewa.

Saya ingin berkongsi beberapa gambar jalanan yang mana saya berinteraksi dengan mereka dahulu sebelum memetik shutter.

http://static.flickr.com/34/72441418_2abde25e7d.jpg

http://static.flickr.com/42/83645049_083256827b.jpg

http://static.flickr.com/38/83640069_2e33cc7c19.jpg

Atau jika kita ingin merakamkan "scene" atau keadaan sesuatu tempat atau lokasi, ncuba cari subject yang umum yang mana "human" subject menjadi pelengkap kepada "scene" yang anda cuba rakam. Cara ini, secara amnya, orang tidak akan terlalu perasan dengan kita dan meneruskan apa yang sedang mereka lakukan. Contohnya:

http://static.flickr.com/12/18158731_8b72293828.jpg

http://static.flickr.com/17/20415407_9493c08293.jpg

http://static.flickr.com/12/18157878_27e89608cd.jpg

apa-apa pun semasa street photography kita akan bertemu dengan berbagai gelagat manusia ...........

sekadar memberi pandangan dan berkongsi pengalaman.


.

bubba
8th January 2006, 11:09 AM
ntah le. aku pun tak phm diorng nih. kalau cam kedai perabot esp. Ikea tu logik la gak, takut org tiru design diorng, then tak yah beli. atau kedai CD haram. nie, kedai yg jual pokok plastik pun tak bg amik gamba.

Dalam kedai seperti Ikea, memang kita didalam private property, dan kita perlu mendapat keizinan dari empunya premis untuk merakam gambar didalam premis tersebut. Seperti Suria-KLCC juga, kita hanya dibenarkan untuk bergambar (sebagai kenang2an) di kawasan concourse tetapi kita tidak dibenarkam mengambil gambar2 hiasan dan kedai2 didalam kompleks membeli belah tersebut ...mereka mempunyai hak berbuat semikian atas sebab masaing masing, jadi kita mesti menghormati kehendak mereka .....

tapi kalu nak sorok2 teruskan jer laaa .... bila ditegah baru berhenti :P

.

Edoras
8th January 2006, 11:31 AM
Tu pasal lebih senang ambik gambar architectural building dan nature (sbb tak de org yg perlu ambik izin) drpd ambil gambar orng....
Kalau kat Pasar Besar Siti Khadijah tu mmng lah senang sbb boleh ambil dari atas... apa kata kalau dari bawah... mungkin melenting gak makcik2 yg menuual tu...

radiohed
8th January 2006, 11:59 AM
aku setuju dengan bubba...nak senang buat street photography..tangkap gambar bebbudak..pasal diorg mmg sporting..tapi aku rasa street photography nie mmg satu style yg interesting..pasal dier yg paling susah nak buat...pasal..kita bukan buat keje nagn kamera kita jer..tapi nagn subject yg kita tak tau..bila dier nak dtg..dan siapa dier tu..

bubba
8th January 2006, 12:02 PM
.... Kalau kat Pasar Besar Siti Khadijah tu mmng lah senang sbb boleh ambil dari atas... apa kata kalau dari bawah... mungkin melenting gak makcik2 yg menuual tu...

Saya tak rasa begitu, saya "mingle", keccek klate denge mokcik2 tuh, ghoyak kato kito nok pukol gambar buak kene kenange .... mokcik2 tuh denge soko hati posing kat ambo ... :D :D :D

http://static.flickr.com/39/83663148_236ce287d7.jpg

http://static.flickr.com/36/83663147_1cf03683d0.jpg

http://static.flickr.com/43/83663146_889d9f6b08.jpg

.

dome
8th January 2006, 02:52 PM
jgn lupa bg senyuman kat subject kalau subject tu manusia.. kalau kambing takpe .. hehe

mychronicle
26th March 2006, 12:39 PM
I done it before...etika harus dijaga...as my lense is only a kit lense (tak ada telezoom lense lagi) how far I can zoom in...so kena shot dari jarak dekat sahaja to get a best result...by the end people start come back to us and question us what we have done ? Dari pengalaman di Teluk Kemang I need to show the final result to my subject when they ask it and delete it if they request it....If you using telezoom lense...I think we don't doing a street photography as we are suppose be part of the "street" when doing Street Photography.

To see my work/topic on "Street Photography" and "Candid Photography", you are welcome to my FP at http://mychronicle.fotopages.com to share with others.

buttet
26th March 2006, 03:16 PM
untuk berkongsi juga..yeap betui macam bubba cakap just sembang lebih kurang dgn subjek dan buleh mintak keizinan nak shoot..teringat pengalaman syed naser dia kata dia pernah kena warning dgn drebar teksi yang ingat dia wartawan sebab bawak kamera bagak dan nak shoot street shooting...kalau nak street shoot secara legal..jadie la pelancong :P..org pasti xkesah..padahal dia tatau pelancong tue wartawan rauters ka..CNN ka..National Georgphy ka :P

ini salah satu street shooting aku kt KL..

http://img225.imageshack.us/img225/4152/cm25lq4qt.jpg

http://img225.imageshack.us/img225/2096/buahsalakdijualdisini6ys.jpg

ada lag kat Fp saya...saya pun masih belajar

sobriazmi
26th March 2006, 05:18 PM
sat tet...
salah buat tuu

http://img225.imageshack.us/img225/4152/cm25lq4qt.jpg
http://img225.imageshack.us/img225/2096/buahsalakdijualdisini6ys.jpg

zainzubir
4th September 2007, 11:52 PM
haaa..ni my fav topic...bagaimana dgn anda yg lain?? :roll:

zulz
4th September 2007, 11:58 PM
saya blum pernah try street photo ni....selalu autoshow & wedding jer....minat gak nak try tapi x tau bila nak mula....

artpixel
5th September 2007, 12:15 AM
yg nie termasuk dlm street jgk ker arr??

http://farm2.static.flickr.com/1348/1322496950_ad5ce1f141_o.jpg

red
5th September 2007, 01:11 AM
susah gak ambik street ni, macam2 procedure kena kena ikut. tu pasal aku ambik gambo menatang je.

aminorazmi
5th September 2007, 04:18 AM
Sekadar pandangan peribadi saya atas dasar ingin berkongsi apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman/praktis saya.

Street Photography merupakan salah satu genre/cabang fotografi.

Ia mungkin agak sukar bagi mereka yang gemar untuk create gambar atau gemarkan salon fotografi, kerana kita tak punya ruang yang cukup untuk menyusunatur subjek dan elemen lain dalam gambar.

Ia lebih kepada merakamkan gambar di jalanan, yang mana lebih sesak tempat tersebut, lebih mencabar kepada kita untuk mengambil gambar yang baik. Namun bagi sesetengah orang, munkin mereka merasakan ia mudah, sekadar berjalan2 sambil memetik kamera. Sebaliknya bagi orang seperti kita yang didedahkan dengan pelbagai tips dan teknik fotografi, segala yang ada dalam frame akan diambilkira, seperti ruang, komposisi, subjek, aksi, ekspresi, background, warna, jatuhan cahaya dan sebagainya.

Secara peribadi, bilamana saya cuba untuk melakukan street photography, saya akan membahagikan kepada 2, untuk memudahkan saya lebih fokus kepada apa yang saya inginkan ketika outing street photography.

Pertama: Dokumentasi/Photojournalisme.

Saya akan lebih menekankan kepada geraklaku/aksi subjek(manusia) di jalanan. Oleh kerana fotografi ini merupakan satu cabang seni, dan disebut pula seni itu subjektif, maka akan keluarlah pendapat seperti "walaupun tak cantik, tapi aku suka gambar ni. Alaaa...fotografi ni kan subjektif..." maka di sini saya melihat jatuhletaknya penilaian yang subjektif terhadap sesebuah gambar, bergantung kepada pengetahuan, pengalaman hidup, pembacaan mahupun permerhatian terhadap gambar2 yang pernah terhasil oleh photographer lain.

Secara peribadi, saya lebih sukakan gambar yang sering dipaparkan oleh jurugambar arus perdana seperti akhbar, reuters, AP, AFP dan sebagainya. Saya sukakan bagaimana mereka mengangkat nilai gambar yang diarakamkan di jalanan dan dipadankan dengan "caption" yang bersesuaian.

Dalam konteks di Malaysia, sepertimana yang pernah dikupas oleh Bubba, yang masyarakat di sini lebih konservatif terhadap street photography, saya merasakan cabaran untuk mencari gambar street yang menarik.

Jadi, untuk mengatasinya, saya sukakan kamera yang dilengkapi dengan tele lens, yang mana saya boleh berdiri dalam jarak yang jauh dari subjek yang ingin saya rakamkan, bersesuaian dengan salah satu fungsi "tele lense" iaitu untuk "compress" framing saya, sekaligus mengurangkan kehadiran elemen yang bersifat distraction dalam gambar. Maka subjek saya akan lebih jelas, ekspresi yang lebih dekat dan terang, dan penyingkiran elemen distraction melalui bokeh yang terhasil dan sebagainya.

Kedua: Tourism

saya kira ini lebih sukar, melainkan saya ingin mengambil gambar sebagai pelancong, jalan-jalan dan ambil gambar. Saya diajar oleh mereka yang terdahulu untuk menggunakan bukaan lensa yang lebih wide seperti 18 mm dan compose apa yang ingin dirakamkan, namun dalam masa yang sama saya tidak harus meninggalkan nilai2 komersil dalam gambar, seolah2 gambar tersebut ingin dijual kepada sesebuah syarikat berasaskan pelancongan.

Ini bermakna saya harus mendapatkan gambar yang exposurenya sekata/even, samada subjek mahupun latarbelakangnya. Bagaimana nak dapat gambar street/jalanan dgn menggabungkan subjek manusia dan persekitaran tempat tersebut. Maka di sini, saya berpendapat kemahiran berkomunikasi dengan subjek amatlah penting. Saya harus memberanikan diri untuk approach subjek di tempat umum, berborak atau bersembang terlebih dahulu atau apa2 sahaja yang bisa membuatkan mereka berasa selesa, kemudian meminta izin untuk dirakamkan gambar mereka.

Ini merupakan kelemahan saya yang sangat ketara, bilamana saya keluar untuk praktis street photography. ditambah pula dengan bukaan 18mm/maksimum yang ada pada lens saya, yang mana dengan bukaan yang luas sebegitu, terlalu banyak elemen yang akan masuk dalam frame. Dan hari demi hari, semakin lama belajar membuatkan saya harus mengambilkira semua faktor tersebut.

Tipsnya tetap yang utama, approach subjek, berkomunikasi dan seterusnya mengambil gambar.

Assignment yang pernah saya ikut baru-baru ini benar-benar memerlukan saya mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan subjek awam, yang bukan model dan bukan sesuka hati pandai pose untuk bergambar. Segala rasa malu, takut, tak konfiden terpaksa dibuang sikit demi sedikit, kalau tak, tak dapat gambar la jawabnya.

Point saya; Kalau kita nak keluar outing untuk street photography kat Malaysia ni, kita target mana nak pergi, gambar macam mana nak cari, cari rujukan serba sedikit, dan bila sudah berada di lokasi, kita cuba lah apa yang kita tahu.

Sikit sikit lama lama akan fahamlah, bagaimana nak hasilkan gambar bercorak street fotografi ni.

dan, ringan mulut untuk tegur, untuk senyum dengan subjek, dan kalau perlu, tunjukkan pada mereka gambar mereka yang kita rakamkan. Masyarakat kita masih lembut hati, kalau kita senyum dan cakap dengan lembut bilamana nak ambik gambar. Kalau kita tak pandai pujuk, mungkin mereka akan menolak, dan kalau mereka menolak, takpe, kita hormatlah, kan? kita cari orang lain.

Kalau mereka inginkan softcopy gambar, mintak lah alamat atau email untuk berhubung. Dapat tambah kenalan.

Konklusinya, fotografi ini tak mudah. Tapi sebab minat, masing - masing cuba juga belajar dengan pelbagai cara. Sesetengahnya sukakan makro, sesetangah sukakan lanskap dan sebagainya. Masing-masing punya rules.

Yang penting, kita faham basic, dan kita ada effort. Sebut pasal effort, saya suka ngan sikap hanti Zain bila keluar buat street photography. Tak perlu pertikaikan kemahiran atau teknikal beliau, tapi saya teringin nak pandai/belajar bagaimana dia mampu berkomunikasi ngan ane, aci, apek, nyonya, pakcik makcik waima bebudak kecik sekalipun. Saya suka effort beliau.

*sekadar pendapat saya pepagi buta ni. :D :D

heroMak
5th September 2007, 04:23 AM
bagus panduan dari amik..

penggunaan lens yang variasi itu banyak membantu tapi bukan faktor penyebab utk menjadikan ia satu street fotografi. Lain lens lain approachnya.

Skodeng pakai 18-55mm jadi ke? Jenuh nak crop la pastu...

street fotografi ni pun banyak main ngan moment kan?

aminorazmi
5th September 2007, 04:32 AM
bagus panduan dari amik..

penggunaan lens yang variasi itu banyak membantu tapi bukan faktor penyebab utk menjadikan ia satu street fotografi. Lain lens lain approachnya.

Skodeng pakai 18-55mm jadi ke? Jenuh nak crop la pastu...

street fotografi ni pun banyak main ngan moment kan?

Betul tu salman. Apa yang saya sampaikan sekadar pengalaman saya. Lensa yang digunakan memang memainkan peranan, namun ia hanya salah satu daripada elemen dalam street fotografi ni. Momen, aksi, ekspresi, pencahayaan, latarbelakang juga merupakan elemennya. Disebabkan skop yang sangat luas dalam dalam street fotografi ni, maka saya mewujudkan workflow saya sendiri, mengikut kesesuaian saya bagi memudahkan pembelajaran dan pemahaman saya. Apa yang saya sentuh hanya basic untuk street fotografi. Selebihnya, pemahaman subjektif masing2 yang menentukannya.

heroMak
5th September 2007, 04:39 AM
bagus panduan dari amin..

penggunaan lens yang variasi itu banyak membantu tapi bukan faktor penyebab utk menjadikan ia satu street fotografi. ... ..... ......

dan street fotografi menekankan penceritaan disebalik gambar.
Kekadang satu gambar dari street fotografi boleh menjadi satu cerita satu mukasurat khabar penuh..

jejaka
5th September 2007, 08:39 AM
rasanya walaupun nama street photography.. namun kita takleh main redah je.. maksudnya tak leh senang pi main shot aje.. kita seelok2nya pi beramas mesra dulu.. bila dia leka buat apa2 tu baru la snap.. pastu print satu kasik la kat dia.. nampak PRo sikit kot.. tips utk yg guna wide angle tu..

tp kalau guna telephoto tu.. takde masalah sgt kot.. tapi pastikan anda tak shot dikawasan berisiko tinggi seperti kawasan2 yg byk pendatang, kawasan ada kes2 berat.. nyawa lebih penting ooo..

silmi
5th September 2007, 08:46 AM
rasanya walaupun nama street photography.. namun kita takleh main redah je.. maksudnya tak leh senang pi main shot aje.. kita seelok2nya pi beramas mesra dulu.. bila dia leka buat apa2 tu baru la snap.. pastu print satu kasik la kat dia.. nampak PRo sikit kot.. tips utk yg guna wide angle tu..

tp kalau guna telephoto tu.. takde masalah sgt kot.. tapi pastikan anda tak shot dikawasan berisiko tinggi seperti kawasan2 yg byk pendatang, kawasan ada kes2 berat.. nyawa lebih penting ooo..

Kan ada berita dalam Metro Isnin lepas, seorg photographer newspaper kena penampaq dengan sorang Pak Arab, sebab photog tu ambik gambaq anak and bini dia kat sambutan merdeka di KL, jeles la tu kot, Jadik hati2 ya... sapa2 yang nak ambik gambaq Pak Arab kat jalan tu.. :D

zainzubir
5th September 2007, 08:47 AM
Thank you Amin, yes Amin memang tidak kedekut ilmu..sesiapa jumpa Amin jgn segan silu bertanya.... :wink:

*on approaching the subject....tidak semua mendatangkan positive feedback, ada juga yang menolak samaada dgn baik atau dgn cara yg tidak selesa buat kita rasa muka tebal lapan belas inci!! :lol: satu shj nasihat hanty dlm berkomunikasi dgn subject..you have to test the water, jgn tak cuba langsung ..sebab tak cuba langsung utk berkomunikasi adalah satu kesilapan besar, sebab yg kita approach itu mungkin lebih ramah dari sangkaan kita...aunty pernah berbual lebih sejam dgn subject...antara yg menjadi kenang2an ialah di Air Jerneh Trengganu, satu perkampungan China..pagi2 diorg buka pintu rumah yg berumur lebih seratus tahun ,,aunty dah muncul depan pintu mereka.. :wink:

zainzubir
5th September 2007, 08:57 AM
sebut Pak arab ke makarab..sememnagnya untuk mengcapture mereka aunty agak was-was pada mulanya..tapi aunty rasa dah pandai tackle mereka, dengan izinNya...kehadiran kita kena buat mereka selesa...berdiri dekat2 mereka, jika ada anak kecil approach, usik2 dan hulurkan tgn, beri pujian spt.."oo such a chubby girl.."..yg bertutup muka dan kelihatan anak mata sahaja, kpd photog perempuan, you may look straight at her eyes and smiles...ini kita panggil permulaan (test the water) dr langkah pertama ini kita tahu samaada kehadiran kita welcomed atau tidak...bila dah selesa, tak payah berkata2, memadai tujukkan kamera kita seolah2 minta izin digambarkan...jika tak welcome ..buat apa tunggu??cabuuutsssler dgn muka tebal lapan belas inci.... :oops:

red
5th September 2007, 09:48 AM
biasanya aku main ambik redah je. ada yg malu, so aku pun blah. ada yg tanya gambar ni nanti nak masuk suratkhabar mana. yg ni aku x reti nak jawab. setakat ni x de yg hostile lagi bila aku ambik gmbar. selalunya aku senyum dulu, baru ambik. kalau guna wide angle dan ambik rapat, memang la subjek tu kena selesa dgn apa yg kita buat. kalau approach cara ok, dia pun ok. cam aku ambik gambo ni di KK.

http://i100.photobucket.com/albums/m37/metaurus/P1014198.jpg

ni kira street ke? hehe.. mula2 tu aku ambik shots gambar dia tengah belah ikan. lepas tu masa aku nak blah, dia panggil aku. mula2 tu aku dah risau ingat dia nak marah (x bape faham loghat dia), tengok2 rupanya dia nak gi ambik ikan yg lagi besar kat dalam tong. pas tu dia lak over2 posing. memang best la dapat subject sporting cam pak cik ni, cuma aku je x de pengalaman ambik street.

bottomline, jangan la malu2 nak approach subjek. kalau subjek halau, blah je buat muka seposen.

jejaka
5th September 2007, 09:56 AM
Kan ada berita dalam Metro Isnin lepas, seorg photographer newspaper kena penampaq dengan sorang Pak Arab, sebab photog tu ambik gambaq anak and bini dia kat sambutan merdeka di KL, jeles la tu kot, Jadik hati2 ya... sapa2 yang nak ambik gambaq Pak Arab kat jalan tu.. :D

bila jadi mcm nie.. nak see u in court pun payah.. apa2 pun.. pak arab tetap pak arab.. kira mcm penjajah jugak la nie.. mai negera org tapi buat mcm negara sendiri.. kalau kat US.. org2 mcm ni dipanggil pengganas.. sakan nooo.. ekekek..

red
5th September 2007, 10:12 AM
arab memang sensitif bab ambik gambar wanita dia. kalau kat tempat dia pun cam tu. ambik gambar dia x pe.

aminorazmi
5th September 2007, 10:25 AM
Sepertimana kata Hanti, "test the water" tu sangat penting, terutamanya bila kita menggunakan lensa dari ketegori wide/super wide.

Kalau pakai tele tu, mungkin kita boleh bagi signal kepada subjek dari jauh, body language seperti melambai, atau senyum sambli mengangkat kamera dan sebagainya.

Bab kena lempang ni pon, saya tak reti nak komen banyak mana. Memang ada manusia dalam dunia ni yang tak suka bergambar di jalanan, takut jadik cam kes asyraf sinclair ngan awek dia kat bali baru2 ni. kita sebagai photog ni pon, masa nak amik gambar tu, kena la ready, setkan exposure dulu awal2, tala kat lain dulu, bila dah dapat exposure yang dikehendaki, baru tala kat subjek. So, kita tak le amik masa yang lama bila nak capture subjek tu nanti, tak le terkial2, sebab derang pon bukannya model berbayar. Kalau perlu, tunjuk la kat derang. Muka kena mesra pengguna, mau senyum sentiasa.

Teringat saya pengalaman baru2 ni masa ikut assignment kawan, kami approach sorang tok sami di kuil buddha. Nak amik gambar dia berlatarbelakangkan rumah ibadat tersebut. untungnya dia bersetuju, maka dah dapat satu peluang nak compose subjek ngan bgraound. Kemudian, mintak pulak dia berlakon seolah2 sedang merapatkan tangan ke dada dan berposing seolah sedang berdoa. Dia menolak, katanya sebagai sami, dia tak boleh berbuat begitu sesuka hati. Jadi kami faham dan menghormati pendirian beliau. Senyum dan tunduk hormat, kemudian ucapkan terima kasih.

pendek kata, apa yang saya kupaskan ialah mengenai approach subjek. Selagi kita tak "test the water", kita tak tahu.

Kalau subjek menolak, it is predictable berdasarkan sikap konservatif masyarakat di malaysia, dan kalau dia menerima, satu pencapaian bonus atas keberanian kita, kan?

Kadangkala kita mudah menjatuhkan hukum yang street photography ni susah sebab kena berinteraksi ngan org awam yang kita tak kenal, sedangkan ia merupakan kelemahan kita sendiri untuk berkomunikasi. Padahal, menurut Abg Zainal Halim, kat sini tak le sesusah mana nak amik gambar di tempat awam, berbanding pengalaman dia yang pernah bertugas di Dubai, Saudi.

terima kasih.

msharq
5th September 2007, 10:31 AM
amin, nanti klu nak buat...streetphoto jgn lupa ajak aku taw......

shaifulrizal
5th September 2007, 10:36 AM
mari kita cari street bulan posa ni..amacam....ada brani?
hanty!!...jomS

*tp kena kluo pepagi..dapat satu/dua keping gambar cukup dah

msharq
5th September 2007, 10:39 AM
mari kita cari street bulan posa ni..amacam....ada brani?
hanty!!...jomS

*tp kena kluo pepagi..dapat satu/dua keping gambar cukup dah

abms SR...set haari sabtu atau ahad amacam???

anty ada brani???? ikut ayat abms sepol

shaifulrizal
5th September 2007, 10:48 AM
mari kita cari street bulan posa ni..amacam....ada brani?
hanty!!...jomS

*tp kena kluo pepagi..dapat satu/dua keping gambar cukup dah

abms SR...set haari sabtu atau ahad amacam???

anty ada brani???? ikut ayat abms sepol

krkrkrkrkrkrkrk...sabtu ahad..boleh...no hal..mmg plan ari tu pon..
kalo nak pegi ramai2 pon bleh..split by group
tapi satu group 2 orang je...tak leh reramai..

hanty!!..oooooo hantyy...mana si hantyS ni...ada braniS

zilzals
5th September 2007, 11:06 AM
sepanjang aku dok kat negara arab..
derang mmg pantang kalau kite shoot rambang je...
bg derang amek gamba anak dare ke pompuan curi2 ni mcm aib sgt-sgt....
biala derang kencing di tepi jalan,tapi jangan kite halakan camera...
aku sendiri pun tak berani woo....

abahwafi
5th September 2007, 12:09 PM
[OT sikit] Photog yg kena belasah tu En Ghazali Bujang...aku kenal dan penah jumpa dia masa dia cover berita kat Long Bedian, Miri. Kesian dia...orangnyer kecik ajer, tapi peramah dan siap kasi aku film segulung ASA400 yg agak mahal.