View Full Version : Fotovela | Kg Tehel Bemban, Melaka
|kukubesi|
7th June 2007, 07:42 PM
- Nama pasangan : wanchu dan mieza
- Lokasi Pengambaran : kg tehel melaka
- Masa dan Tarikh : 2 jun 2007
- Nama Jurugambar bantuan : the belanda
- idea : kukubesi
- jalan cerita : kukubesi
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/mel001.JPG
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/mel002.JPG
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/mel003.JPG
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/mel004.JPG
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/mel005.JPG
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/mel006.JPG
http://www.royalbutterfingers.net/fotografik/cth001.jpg
http://www.royalbutterfingers.net/fotografik/cth002.jpg
http://www.royalbutterfingers.net/fotografik/cth003.jpg
sila beri kritikan kepada aku, bab2 fotografi aku masih lemah!!
kupih
7th June 2007, 08:01 PM
bang dah cun la tuh.. lari dari ko nyer imej ganas slama nih... cun.. kena berguru lagi la nampaknyer aku... idea bagus.. kena gali lagi..
kudean
7th June 2007, 08:23 PM
gambar no 3 tuh hero mcm p ramlee la .. :p manager estet dlm citer 'Anak Bapak' .. :p
two thumbs up !!
rgds
aminorazmi
7th June 2007, 09:17 PM
salam...
pertama sekali, saya rasa tak semua gambar menggunakan prime lens 50mm kan?
okeh..kenapa nak pakai primelens 50mm?Sebab nak impact f1.8, atau nak kaler yang lebih jitu?
Kalau gambar 1 tu menggunakan 50mm, saya rasa...macam tak cukup sharp...tambah lagi dengan background yang tak betul2 bersih. Memetik sedikit kata2 syed nasir "photography ni rasanyalah memang bersangkutan dengan kemahiran jurugambar meng"extract" kan subject utama dengan cara yang paling efektif", dan abg Zainal Halim pun pernah menyebut semasa di studio abg Manz 60dslr suatu masa dulu, antara cara nak kill bground yang kurang bersih ialah samada dengan komposisi dari bawah atau dari atas eye level subjek, atau panning, atau pun bermain dengan jarak jelas (DOF)/bokeh. Jadi kat sini saya memilih untuk mencadangkan agar diaplikasikan kelebihan f1.8 itu sendiri. Mungkin kalau dirisaukan DOF yang sangat nipis bilamana bukaan aperture 1.8, saudara fazli boleh memilih untuk naikkan samada 1 stop atau dua stop, dan mula mengaplikasi cara jarak antara subjek, kamera dan background. Sila rujuk lakaran yang saya pinjam dari site Syed Nasir
http://202.75.42.30/~syednasi/photography/albums/userpics/10001/7527766.jpg
kredit utk http://www.syednasir.com
Okeh..seterusnya...memandangkan daripada apa yang dipaparkan di sini, saya membuat kesimpulan yang ini merupakan satu shoot outdoor, di dalam kebun getah, dan bukan waktu di antara jam 6.30 ptg hingga 7.30 mlm. Jadi, saudara fazli punya banyak masa, tidak risaukan akan perubahan color temp yang terlalu drastik, maka, saudara bebas untuk memilih komposisi yang lebih bersih, tidak tergesa2. Jadikan ini sebagai sebahagian cabang SALON. Segalanya mengikut perkiraan dan perancangan jurugambar, sebab kita punya masa, kan?
Saya sukakan imej terakhir. Set hutan/ladang getah, model berpakaian ala dolu2/kampung, ada titi dan ada parit air. Saya membayangkan sekiranya saudara punya imej yang sama dalam simpanan, tetapi punya reflection di permukaan air yang mungkin tidak sederas mana arusnya, mungkin....saya cakap mungkin...impact yang terhasil akan lebih menarik. Sekeping gambar ShaifulRizal untuk rujukan
http://2.srv.fotopages.com/2/8379306.jpg
Setahu saya, saudara sukakan editing, mengapa tidak shoot dalam color mode adobeRGB/RAW...
Setakat ni dulu kot yang dapat saya tulis buat masa ni. Walauapapun, fotografi ini subjektif. Mungkin saya suka, tapi yang lain tidak. Tambahan lagi, untuk wedding fotografi..lagi lah payah nak komen...namun apa yang saya utarakan ini lebih kepada pandangan peribadi saya. Tidak saya sentuh mengenai mekap model, kostum model, atau pose model.Sementelah saya juga baru beberapa bulan shoot wedding, pengalaman dan pengetahuan masih amat sikit. Mungkin kawan2 lain boleh menambah apa yang patut atau memperbetulkan kesilapan saya.
Terima kasih
nfirdaus
7th June 2007, 09:59 PM
Apa yg amirnorazmi katakan tu adalah betul. Tapi en.kukubesi kita telah betul2 mengguna pakai camera D50nya. Malah saya sendiri rasa kagum gambar pre-wedding (*pasangan ni dah kahwin ke belum?- betulkan aku kalau salah ya!) yg ditunjukkan & membuktikan camera bukanlah penghalang (malu aku yg pakai kamera berspesifikasi tinggi). Adehhhh
Satu kelainan, malah idea yg ko bawa memang aku sendiri tak terlintas nak lakukannya, mungkin tempat rumah pengantin dekat dengan estate getah, so kelebihan pada en.kukubesi kita mengexplorekannya... :lol: well done en.kukubesi. Kesilapan & pandangan yg diberikan amirnorazmi boleh diperbetulkan kalau en.kukubesi kita menerima pandangan yg terbuka.
buttet
7th June 2007, 10:26 PM
ekeke penggunaan yang bagus..saya juga menyokong seperti apa saudara aminorazmi katakan..tapi saya paling suka gambar no 2 i luv it
aummchak
7th June 2007, 10:37 PM
weih kukubesi, geng office lama aku ...dah cun dah tu keh keh keh bagus2...
http://www.aummchak.com
media designer n photographer
abahwafi
7th June 2007, 10:41 PM
ekeke penggunaan yang bagus..saya juga menyokong seperti apa saudara aminorazmi katakan..tapi saya paling suka gambar no 2 i luv it
saya pon suka gak no.2 tapi kedudukan tangan yg pompuan mcm tak sesuwei...mungkin lebih ok kalau tangannya sekadar memegang bahu si lelaki :roll:
mypokcik
8th June 2007, 01:37 AM
bagus bagus! saya suka...
saya bagi lampu biru untuk kukubesi sebab idea yg baik dan ada kreativiti...
bila persembahan menarik, sikit-sikit teknikel sana sani tu saya tak pandang dah..... :D
sydeen04
8th June 2007, 08:06 AM
aku pon nak komen gak.... sb ni kawasan aku gak ni. aku penah ke sini tapi bukannya ambik gambar tapi tengk org main bola kat padang tepi jalan tu.
kita buat outdoor adalah untuk memasuki element landscap dalam gambar tu, tapi kalau kita blurkan background nampak mcm hilang tujuan asal buat outdoor. aku rasa kalau kita gunakan wide lagi nampak seri gambar ni macam gambar yang ke 3 tu. bukan tak boleh ambik close up tapi kurangkan sebab rugi kalau tak guna kecantikan alam sekitar walaupun dengan mata kasar nampak tak elok tapi melalui lensa ia nampak lebih dramatik dan realistik.... errrr...ini pakaian kawin ker?
nourarahmat
8th June 2007, 10:25 AM
:D 1st pic tu klu xder images 4 org bebudok pasti lagi umpppHHH!! sbb tumpuan aku tertumpu kepada gelagat mereka mereka...smpi telepas pandang subjek...
cehh !! memandai je aku ni....mcm le terrer sgt. permisi pak!!
rburns
8th June 2007, 11:49 AM
aku sokong pendapat sydeen tuh mengenai background... outdoor shooting ialah menggunakan kecantikan alam sekitar untuk menambah seri pada subjek dan ianya memberi impak yg cukup besar.. daripada gambar di atas mungkin kita bole berpendapat pasangan ini beasal dari perkampungan ladang getah dan gamabr kaki kat tali air tuh mungkin mengingatkan kembali masa lampau disana... (pemikiran aku jer nie..)
gambar yang agak soft (tidak terlalu sharp) pada subjek mungkin sengaja dibuat oleh en kukubesi untuk menghasilkan mood yg agak klasik.. (kalau boleh jgn terlalu soft) sesuai dengan pakaian ala2 kampung dulu2 (lengan baju kemeja dilipat dan baju mini kurung... kalo pakai siper jepun lagi cantik kot...., bukan pakaian moden)...
menyentuh mengenai color... sya suka color temp pic #4... terasa mood kampung tuh.... penggunaan B&W mungkin menambah kan ke'klasik'kan dia. Mungkin guna 2 mode (kaler dan B&W) sudah memadai (xpyah pakai sephia atau apa2 mode lain) takut mood dia akan berkecamuk...
anyway.. very good attempt..!!
itu jer komen yg aku boley bagi.... aku bukan pro bukan otai... petai pun bukan... beginner jer.. tapi aku, yang berasal dari budak kampung aku dapat feel apa yg en kukubesi cuba sampaikan... maaf kalo komen aku ni salah..
tima kasih...!!
p/s: kalo nak komen power... tanya anty sebab dia presiden seumur hidup persatuan penoreh getah malaysia... hehehe
|kukubesi|
12th June 2007, 11:22 AM
kupih
imej ganas? heheheh blom masuk editing lagi tu.. tu yang tak nampak jahat n ganas lagi bang heeheheh
kudean
anak bapak? heheheeh nanti aku buat versi ibu mertua ku plak ahaks!!
aminorazmi
wow.. terima kasih atas penerangan dan hujah yang panjang lebar.. ilmu tu ilmu.. sangat aku hargai.. aku memang memerlukan kritikan dan lontaran ilmu seperti ini kerna aku bukanlah seorang photografer.. hanta tukang ambik gamba je.. so nak jadi fotografer tu memang byk ilmu dan teknikal part yang perlu aku belajar.. terima kasih bang atas komentar bro tu... sekali lagi sangat di hargai..
tabik komunis skit!! :)
nfirdaus
heheheeh kebetulan memang belakang rumah pengantin pun.. dia ajak bergamba kat banggunan merah n afamosa.. tapi aku taknak sebab dah terlalu biasa.. cuba cari sesuatu yang di luar kebiasaaan dengan lokasi dan pemakaian... aku memang perlukan kritikan membina seperti amin dan anda semua yang berpengalaman di FMDC ni.. terima kasih
buter
terima kasih kerana menyukainya.. tanda anda menghargainya
aumchak
appoxxxxxxxxx ka ini???
abahwafi
hmmm akan di ambil sebagai satu cadangan bernas
mypokcik
heheeheh wow ada lampu biru.. macam af la.. jangan l;upa AFUNDI KB eheheheheehh
sydeen
hmmmm okey.. maybe next time aku akan cuba tidak terlalu blurkan background.. satu pandangan yang berguna buat aku.. toche toche!!
nourrahmat
heheeheh saje je masukkan budak 4 ketol tu.. kasi nampak skit suasana kg.. heheeheh
r buns
setiap pandangan tiada salahnya sekirannya kita ambik sebagai positif... aku tak kisah janji aku dapat ilmu.. aku pun bukan terer so belajar dari yang berpengalaman dan mahir.. terima kasih semua
kepada semua
sebenarnya aku cuba nak bawa sesuatu yang lain.. walaupun benda ni biasa je.. biasa kita tengok dan biasa kita buat.. tapi kadang kala kita lupa benda yang biasa tu kalau kita olah dengan cara yang baik.. ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa... hmmm ramai yang memberi komen dan aku anggap ia sebagai satu penghargaan.. dan sebagai satu motivasi buat aku yang masik hingusan dalam industi fotografi.. terima kasih semua..
p/s kena beli lens lagi la gamaknye ni heheeheheh
zainzubir
12th June 2007, 12:13 PM
kepada semua
sebenarnya aku cuba nak bawa sesuatu yang lain.. walaupun benda ni biasa je.. biasa kita tengok dan biasa kita buat.. tapi kadang kala kita lupa benda yang biasa tu kalau kita olah dengan cara yang baik.. ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa... hmmm ramai yang memberi komen dan aku anggap ia sebagai satu penghargaan.. dan sebagai satu motivasi buat aku yang masik hingusan dalam industi fotografi.. terima kasih semua..
p/s kena beli lens lagi la gamaknye ni heheeheheh
anda telah berjaya dari segi membawa kelainan!!yes..ini yg aunty maksudkan, kita create lain dr yg lain, biar yg lain tiru dan kita create lagi satu kelainan...dan seterusnya...maaf sekali lagi aunty nak suarakan..pendapat peribadi aunty, aunty dah fedup lihat image pengantin yg dicapture melalui reflection di mirror meja make-up!!
Dari segi teknikal aunty tak boleh/pandai komen, on creativity mmg ada, but lihat details dan logic, jika suasana diladang getah lebih elok bawa bakul /baldi ayan dari "tepin" tu..since ini merupakan "planned" outing elok bersedia dgn props/stylist jika ada...pengantin perempuan jika di tudungkan dgn kain batek di kepala dgn ikatan "org nak pergi menoreh" akan lebih menarik..jika hendak lebih beri impact boleh pinjam parang dgn tali diikat dipinggang utk pasangan lelaki..itu satu simbolik menggantikan keris ..dan tentunya jika ada pembantu, mengarahkan daun2 kering di layangkan dari atas kebawah..ceh aunty dah dapat bayangkan ketika itu biji2 getah juga meletup2 ditiup angin....isk tetiba jer rasa nak masuk estet ni..okay"lampu biru" juga dari aunty.tahniah dan syabas!!! :lol:
se7en
12th June 2007, 12:52 PM
Tahniah!!!
Teringat saya masa muda dulu
|kukubesi|
13th June 2007, 11:26 AM
aunty
hmmm terima kasih atas komen aunty itu.. termatlah saya hargai... cadangan2 yang di kemukankan memang bagus tapi saya ada masa dalam 2 jam setengah sahaja untuk siapkan semua storybord yang saya plankan.. terpaksa mengejar masa sedikit. wanita pakai tudung kain batik memang ada dalam fotoshoot kali ini cuma saya tak sempat nak upload lagi.
antara story board saya pada hari tersebut
1. mukadimah watak lelaki
- budak kampung yang kesorangan
- lokasi dalam bilik bujang yang bersepah
- merenung tingkap
- baring atas katil
- baju pagoda kain pelekat
- main gitar kapok merenung bulan (kansel masa tak sempat)
2. saat perkenalan di kenduri kahwin
- lelaki baju pagoda seluar biasa
- lelaki terpandang wanita
- wanita sedang memotong sayur sambil bersimpuh
- wanita tudung kain batik
- mata bertentang mata
3. bibit percintaan
- berutus surat ( kansel masa tak sempat)
- posmen budak lelaki tak berbaju seluar pendek (kansel masa tak sempat)
- lelaki baling batu ke tingkap (kansel masa tak sempat)
- wanita di jendela rumah kampung (kansel masa tak sempat)
- berkelah selepas menoreh di bawah pokok getah
- lelaki baca surat di bawah pokok getah
- bercinta di bawah pokok getak
- bercinta naik basikal
- bercinta pegang sia dan pelita ( akan di edit dalam suasana malam atau pagi )
- bercinta di titi sungai
- makan aiskrim ( last minit plak ada apek naik motor lalu hahahahaahha)
ada beberapa "scene" terpaksa di batalkan kerana tidak cukup masa, kebetulan malam tersebut ada majlis berinai jadi pengantin pun dah penat so byk yang di kejarkan, agak rushing gak la time buat fotoshoot ni.. maybe akan datang akan boleh di perbaiki dengan lebih teliti dan perancangan yang lebih baik dan perlu ada penambahan krew yang lebih.. apa pun terima kasih kepada "second photografer" enche belanda yang banyak membantu...
idea macam aunty cakap main baling daun kering pun ada sebelum ni tapi sebab rushing terus hilang idea nak buat tu.. maybe benda cam ni kena buat sehari suntuk kots hahahah baru dapat hasilkan sesuatu yang lebuh UMPHH!!! apapun terima kasih lampu biru yang di berikan... hmmm nanti saya akan masukkan beberapa lagi gambar untuk tontonan semua..
terima kasih
se7en
alahai macam la ko tua sangat.. nyampah nyah heheheheeh
buttet
13th June 2007, 12:14 PM
ang plan story board ka dulu kukubesi wakakakaka...sama la masa kejadian kekadang byk story borad lari..macam aku nak buat satu outdoor arie tue...dan ia mengajar aku dalam outdoor time is important..
desa
13th June 2007, 12:26 PM
mmg best.. blom masuk photoshop lg tuu.. abam KB ni mmg terkenal kemahsyurannya berphotoshop.. hehe.. :lol: photog indon mmg suka wat camni.. salah satu yg aku minat Kenvin Pinardy pnya..
|kukubesi|
13th June 2007, 12:33 PM
butet
yup.. bukan kita mengejar masa.. tapi masa yang kejar kita.. mula gelabah sana sini.. sampai ambik gamba pun terketar2 pastu garu kepala.. err err apa agnle lagi ha... tensi tensi hahaahahah
desa
kevin pinardy?? dia idola aku.. perghhhh hebat dah gempak.. ada beberapa nama lagi yang aku suka dari karyawan seberang.. arghhhhh kena lawan nieh heheheehe
mkrash
13th June 2007, 12:42 PM
|kukubesi| kalau dapat paparkan hasil story board to agar cerita dapat di pahami sebab kalau post lima gambar tu maksud cerita masih tak kesampaian.Itu pada saya kenapa ramai tak paham maksud yang ingin disampaikan oleh saudara |kukubesi|
desa
13th June 2007, 01:31 PM
patut la editing superb.. idola pon super duper superb.. hehe.. tgk pre-wedding RIZALDI & FIRA tuu.. gempak sey.. ada lampu tu gak.. nk tunggu hasil dr ang lak KB.. :lol:
Mr.JayKill
13th June 2007, 01:35 PM
sampai sini ko ugly pergh............... :twisted: :evil:
|kukubesi|
14th June 2007, 10:38 AM
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/wan001.JPG
Nama ku Wan, aku seoarang budak kampung yang di lahirkan di kg tehel bemban melaka.
di sini rumah ku, di sini dunia ku dan di sini syurga ku, hidup ku di sini......
aku aku seperti manusia lain yang ada perasaan dan aku tahu aku aku perlu ada sesuatu.
sesuatu untuk penuhi kehidupan ku seperti burung merpati di kebun getah ku yang
hidup berpasangan.
tapi aku tiada siapa.. tiada siapa yang memiliki ku .. yang hanya seorang penoreh getah.....
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/wan002.JPG
pada suatu hari, kampung di kampung ku ada sebuah majlis berkhatan anak bongsu tok penghulu.
7 malam 7 hari katanya keramaian itu, sebagai anak kampung jati tehel.. sudah pasti ianya
menjadi kewajipan kepada ku meringankan tulang membantu apa-apa yang perlu tanpa di suruh.
kerna ini yang telah di amalkan di kampung ku sejak berkurun lama, hidup bermasyarakat yang membawa berkat...
keharmonian dan kesejahteraan.. yaa.. memang benar.. kali ini aku umpama bertemu sesuatu...
http://web.malaysiaku.net.my/ugly/akupenipu/wan003.JPG
kepada semua
secara kasar macam ni la kisah dia.. tapi apa yang di lihat ini bukan "final product" maybe selepas aku siap custom album pengantin ni aku akan tunjuk the "final product" tersebut..
mkrash
lebih kurang macam ni la.. secara kasar....
desa
hmmm kevin tu dah tahap dewa punya terer.. aku dalam proses percubaan dan ujikaji lagi.. ikut dia punya style and idea pastu aku cuba bawa dengan style aku plak hahaahah..ntah jadi ke tak tak tau la..
mr jay kill
uik!! siapa ni???
kudean
14th June 2007, 10:57 AM
sampai sini ko ugly pergh............... :twisted: :evil:
ugly ? . gully ?.
|kukubesi|
14th June 2007, 11:01 AM
kudean
yer saya!!
zainzubir
14th June 2007, 11:14 AM
part garu belakang badan tu yg paling best... :lol: syabas dan teruskan..since this is not your final product probably ada masa nak "gali" lagi apa yg patut...come on..I wish you all the best and really like to see you sit next to any prominent wedding photog...tak kisahlah kevin ke chelvam!!!see you in final..isk..bukan AF ke ni??sorry...silap :oops: :lol:
dzul pxs
14th June 2007, 11:17 AM
idea yang baik dan canteeekk...syabas..
mamantaro
14th June 2007, 12:08 PM
KB!
ko mmg superb!
Aku pernah terfikir gak begini.. cuma masih tiada penerimaan dr sebarang client... memasing nak benda yg ortodok, tak berani nak bawa pembaharuan dlm wedding story mereka. Alasan utama ialah takut kena gelak. Control. Seperkara lagi ialah masa.. mmg tak dinafikan benda2 nih perlukan masa yang banyak... the whole day. sama gak mcm shooting video..
Aku percaya yang satu hari nanti kau akan jd antara yag terbaik!!!
AFUNDI KB sms ke 877677
desa
14th June 2007, 12:57 PM
aku kawen nnt aku nak custom yg mcm ni.. huhu.. musti bangga dpt album lain dr yg lain.. buat ikut citarasa seniri.. hehe
|kukubesi|
14th June 2007, 01:16 PM
aunty
garu badan tu memang spontan punya shoot!! hehheh
dzul
terima kasih!!
mamantaro
tugas kita yang kena yakinkan mereka pembaharuan yang kita nak buat!! pada mulanya pengantin nak ke lokasi.. banggunan merah, kapal besar kat melaka dan afamosa.. tapi aku reject!! dan aku come out idea ini dan diaorang yakin setelah aku tunjuk beberapa cth yang meyakinkan mereka..
desa
buat buat.. jangan tak buat!! kenangan abadi tu...
didiz
14th June 2007, 02:18 PM
terer la abang misai amik gambar... pakai d50 je result cun..
huuhuhuhuh... nanti ajar kite ye.
Mr.JayKill
14th June 2007, 03:34 PM
saya maoo itu sambungan ada ka wahai KB?? :lol: :D
candidsyndicate
14th June 2007, 03:36 PM
KB...respect! respect! ur efforts dari idea ke storyboard hinggalah ke ladang getah sebenarnya..! mungkin ada lagi sedikit kelemahan here n there yg masih boleh diperbaiki tp dengan apa yg u tunjukkan ni...enough for me to say that u memang rajin, kreatif and good..same to belanda as well!!
just comes to my sense...banyak benda u terpaksa cancelled sebab masa amat mengejar u all.. and bila berlaku keadaan macam ni, memang banyak sangat ketidakberuntungan akan berlaku..so i think untuk buat shoot outdoor yg special macam ni...kena buat dalam masa 1 hari rite..? baru puas...
apapun..congrates buddy!! i've made it!!
desa
14th June 2007, 03:53 PM
lahaii.. bila la aku nk sampai tahap mcm hampa2 ni.. uhu
zainzubir
14th June 2007, 04:02 PM
KB...respect! respect! ur efforts dari idea ke storyboard hinggalah ke ladang getah sebenarnya..! mungkin ada lagi sedikit kelemahan here n there yg masih boleh diperbaiki tp dengan apa yg u tunjukkan ni...enough for me to say that u memang rajin, kreatif and good..same to belanda as well!!
just comes to my sense...banyak benda u terpaksa cancelled sebab masa amat mengejar u all.. and bila berlaku keadaan macam ni, memang banyak sangat ketidakberuntungan akan berlaku..so i think untuk buat shoot outdoor yg special macam ni...kena buat dalam masa 1 hari rite..? baru puas...
apapun..congrates buddy!! i've made it!!
aunty teringat outing bersama cikgu syed Naser....selepas outing tersebut, kami telah pergi outing sekali lagi, melakarkan apa yg sepatutnya (seperti buat storyboard) dan kemudian shoot. ..dan tahukah candidsydicate...bukan mudah...satu hari tidak pasti/menjanjikan apa yg kita hendak kita akan perolehi...itu tidak termasuk faktor cuaca lagi tu... :lol:
candidsyndicate
14th June 2007, 04:07 PM
zainzubir wrote:
aunty teringat outing bersama cikgu syed Naser....selepas outing tersebut, kami telah pergi outing sekali lagi, melakarkan apa yg sepatutnya (seperti buat storyboard) dan kemudian shoot. ..dan tahukah candidsydicate...bukan mudah...satu hari tidak pasti/menjanjikan apa yg kita hendak kita akan perolehi...itu tidak termasuk faktor cuaca lagi tu...
betul tu hanty...! "satu hari" maksud nash.."satu hari yg indah" hehehe... :lol: :lol: sesuai pada waktu...sesuai pada cuaca dan sesuai pada segala-galanya...! nash sendiri penah shoot untuk pre-wedding di putrajaya makan masa 2 hari semata-mata kerana faktor cuaca yg tak menentu... tp..kadang2 hujan juga bawak kebaikan bila kita dah bersedia dari awal dengan storyboard untuk scene waktu hujan... :D
zainzubir
14th June 2007, 04:11 PM
zainzubir wrote:
aunty teringat outing bersama cikgu syed Naser....selepas outing tersebut, kami telah pergi outing sekali lagi, melakarkan apa yg sepatutnya (seperti buat storyboard) dan kemudian shoot. ..dan tahukah candidsydicate...bukan mudah...satu hari tidak pasti/menjanjikan apa yg kita hendak kita akan perolehi...itu tidak termasuk faktor cuaca lagi tu...
betul tu hanty...! 'satu hari' maksud nash..satu hari yg indah hehehe... :lol: :lol: sesuai pada waktu...sesuai pada cuaca dan sesuai pada segala-galanya...!
i donno about wedding outing shots..tapi jika macam kami haritu...hu ha jer setengah hari....minum pagi jer berjam2...mana nak habis buat kerja.... :oops: jika serious tolak ini tolak itu..taktauler sehari cukup ke idak.... :roll:
candidsyndicate
14th June 2007, 04:25 PM
hahaha...betul tu hanty!! tak masuk bab makan minum...tot tet tot tet..dah makan satu hari...! :lol: :lol: apapun bergantung jugak pada photog...kalau macam nash, dah start buat keje...smuer lupa... :lol: :lol: dah siap smuer shoot baru terasa lapar... :lol: :lol:
mkrash
14th June 2007, 05:32 PM
|KukuBesi| .... perubahan yang bagus.. story line yang pasti membawa lebih erti kepada pengantin kerana ada penceritaan yang berdsarkan cerita cinta mereka.... walau mungkin tak sehebat tu. kekeke Album yang mana boleh tunjuk kat cucu sok.. haa.. ni camner atuk ngorat nenek kamu... tengok ...
|kukubesi|
19th June 2007, 12:31 PM
nash
thanks dude.. thanks.. nanti ada masa kita menembak sama sama kay.. hmmmm al maklumla i pun masih baru.. byk teknikal part yang lemah!!
aunty
hmmm maybe da best is 2 days kot!! :)
mkrash
thanks brader... memang cerita ni aku reka je.. hehehehe.. sekurangnya anak cucu diaorang bangga mak apak ada cerita dalam buku heheheeh
|kukubesi|
19th June 2007, 12:36 PM
Versi Custom Album | tahap 1 tanpa olahan
http://www.royalbutterfingers.net/fotografik/cth001.jpg
halaman 1 dan 2
http://www.royalbutterfingers.net/fotografik/cth001.jpg
halaman 3 dan 4
http://www.royalbutterfingers.net/fotografik/cth001.jpg
halaman 5 dan 6
cgmulia
19th June 2007, 01:03 PM
wei KB.. kekek
mcm panggil apa jek.. ye lah dah ko takmo nama lama ko di sebut ..
wakkkaa
sambung balik.. wei KB,
tahniah... aku suka... walaupun ada pic ko yg agak loose ( overexpose) tp kelemahan tu tertutup hasil daripada olahan ko.
aku suka... tahniah sekali lagi en hodoh. ( kekekekek.. jgn marah..)
buttet
19th June 2007, 01:22 PM
aku akui hasil output yg aku suka ..keep it up
altanaz
19th June 2007, 01:36 PM
nama jer uglydesign... tapi sebenarnya... tak hodoh pun... aku suka kat ko fazli...
|kukubesi|
20th June 2007, 02:47 PM
cg mulia
hmmm aku faham.. memang dari segi teknikal kamera aku tak berapa pandai.. ambil gamba pun main cuba2 je.. heheehh masih banyak aku kena belajar sebenarnya hehehehe
psst jgn sebut itu nama la.. panggil aku katrina baharom pun bole heheeh.. atau kalau nak manja skit panggil Kat je.. tapi kalau malas panggil KB jelah yerk.. heheheh tq tq tq
buttet
terima kasih atas sokongan padu...
altanas
heheheehe wei 7 julai ko free lagi kan?
cikgufaizal
13th December 2008, 11:38 PM
ler.. sepupu aku rupenya.. iwan chumari.. hehe.... sekang dah gemuk dier tu.. makan kuat.. wahahhaaaaaaaaaaaa
|kukubesi|
16th December 2008, 09:18 AM
dah gemuk? hahaahah anak dia berapa wei
xnuwax
20th December 2008, 01:14 AM
empayar kuku besi dah tawan FMDC..dimana sj anda mesti ade kan..
hehehe..
aku dh tengok hampir semua artwork kukubesi di myspace/deviantart...sgt MENGUJAKAN....
KUKUbesi terus kan perjuangn!!
kuku aku masih tumpul, kuku besi adalah inspirasi aku..muahahaha..
hazamiyah
30th December 2008, 02:55 PM
;) huh best ar siap ada ceritera lagi..
tahniah kukubesi keep it up..
NeZuMi
11th January 2009, 11:46 AM
gempak. . .
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.