PDA

View Full Version : Mirror Lock-Up



rumano
11th January 2006, 08:47 PM
Salam perkenalan dan Selamat Hari Raya Adil Adha..

Di sini saya ingin bertanya, apakah fungsi mirror lock up yang selalu saya dengar daripada sesetengah jurufoto. Adakah ini satu teknik atau sebaliknya. Semuga ada yang dapat menolong. Terimakasih.

hanis125z
11th January 2006, 10:11 PM
welkam n slm perkenalan... slamat ari raya gak..
ermm.. sy pon tatau... kite tunggu sifu bgtau nnt :mrgreen:

polini
11th January 2006, 10:13 PM
rumano,

Welcome...

Mirror Lock-Up..... Eeeeemmm!!!! saya pun tak tahu......

buntalshoot
11th January 2006, 10:40 PM
rasanya tak sumer camera ade fungsi ni kot...tak gitu??? aku pun tak tatau...... :D

malek
11th January 2006, 11:19 PM
sifu n super sifu di sini tolong la terangkan...

terima kasih..

polini
11th January 2006, 11:21 PM
Tgh pening ni memikir apa tu "Mirror Lock-Up".......

yokozuna
12th January 2006, 12:38 AM
Salam perkenalan dan Selamat Hari Raya Adil Adha..

Di sini saya ingin bertanya, apakah fungsi mirror lock up yang selalu saya dengar daripada sesetengah jurufoto. Adakah ini satu teknik atau sebaliknya. Semuga ada yang dapat menolong. Terimakasih.

Okay pertama skali ambo bukanlah master, expert ataupun pro photog so jauh sama sekali seorang sifu. Tapi ambo suka discuss or bincang sesuatu yang menjadi minat ni. Okay ni yang ambo faham la sedikit sebanyak mengenai mirror lock-up melalui pengajian dalam internet dan jugak praktikal dengan kamera. Mungkin lepas ni orang lain pula boleh berkongsi pendapat.

Semua kamera SLR dan juga Digital SLR mempunyai “mirror” yang bertindak memantulkan imej kepada viewfinder. Apabila kita menekan shutter button utk merakamkan sesuatu gambar, mirror ini bergerak ke atas dan kebawah (berayun) berterusan sebelum gambar diambil. Apabila proses ini berlaku, akan menyebabkan wujudnya gegaran dibahagian dalam kamera. Gegaran ini akan menyebabkan imej yang diambil akan kurang ketajamannya (sharpness). Apabila shutter berkelajuan tinggi, gegaran disebabkan mirror ni kurang ketara. Tetapi akan ketara bila kelajuan shutter adalah perlahan sekitar 1/60 saat kebawah. Jadi untuk mengatasi masalah ini dicipta suatu teknologi dipanggil "mirror lock-up". Tetapi tidak semua kamera SLR ataupun DSLR mempunyai teknologi mirror lock-up.

Apabila kamera disetkan kepada fungsi mirror lock-up, ketika shutter button ditekan untuk kali pertama, mirror akan berhayun ataupun naik keatas (mirror lock-up). Ketika ini exposure utk sesuatu imej akan dilakukan. Selepas itu ditekan selagi lagi shutter button dan gambar akan dirakamkan serta mirror tadi akan bergerak kembali kebawah. Proses ini akan mengurangkan gegaran dalaman kamera. Penggunaan tripod dan remote controller adalah lebih efektif bila menggunakan mirror lock-up. Mirror lock-up biasanya digunakan apabila menggunakan telephoto dan juga macro lens.

http://img518.imageshack.us/img518/25/mirror5yt.jpg

http://img518.imageshack.us/img518/4939/mlu21tl.jpg

http://img518.imageshack.us/img518/1719/mlu5jz.jpg




Dan juga kalau tak salah ambo ada jugak fungsi yang juga disebut "mirror lock-up" untuk membersihkan sensor kamera. Kalau tak salah fungsi mirror lock-up pada Nikon D70 ialah seperti ini.
http://img518.imageshack.us/img518/650/mir2ve.jpg

Tetapi yang ambo faham bila disebut mirror lock-up ialah fungsinya adalah seperti ambo kongsi diatas skali.

Kalau salah tolong betulkan. Sesiapa nak tambah??

brahym
12th January 2006, 12:48 AM
a ah..betul la tu yokuzuna. Gunanya just nak kurangkan gegaran akibat pergerakkan cermin. AWAS, masa mirror lockup tu diset, viewfinder akan jadi gelab gelita. Tak semua kamera ada function ni. Kalau tak silap, nikon D100 dan keatas sahaja yang mempunya features ni manakala bagi canon, 350d pun dah ada..heeh. Aku selalu guna bila ambik gambar group shot dimana set timer dan on MLU. So gambar akan diambil selepas 2 saat.

bubba
12th January 2006, 12:53 AM
Bagus yokozuna ... diterangkan dengan begitu baik sekali.
Terima kasih

yokozuna
12th January 2006, 01:04 AM
Bagus yokozuna ... diterangkan dengan begitu baik sekali.
Terima kasih

Saya cuma berkongsi mengikut pemahaman saya. Mungkin bro bubba boleh jelaskan dengan lebih detail lagi.. :D

bubba
12th January 2006, 01:10 AM
takder apa yg nak di tambah hilmi ... very good already.

brahym
12th January 2006, 01:16 AM
a ah..penerangan yg lengkap..

PeLaris
12th January 2006, 08:31 AM
Suatu ketika dahulu, fungsi Mirror Lock-up, FP, Interchangeable Viewfinders dan Viewfinder Frame Coverage hanya kedapatan pada kamera yang berstatus top pro. Sekarang dunia fotografi sudah beransur berubah, fungsi ini seperti Mirror Lock-up dan FP sudah ada pada kamera yang di "aim" untuk "amature photographer" seperti Canon 350D, Nikon D70/70S dan beberapa yang lain sudahpun menguasai mode ini.

Tidak hairanlah, teknologi berkembang begitu laju sekali, berkemungkinan pada suatu hari nanti kesemua fungsi yang ada pada kamera top-pro akan diguna-pakai untuk pengeluaran kamera² lain seterusnya. Setapak lagi kepuasan akan dirasai oleh semua jurufoto.

Sentuh berkenaan fungsi Mirror Lock-up, ianya bukanlah satu teknik tapi satu mode istimewa pada satu² kamera. Ulasan dari yokozuna dan brahym amat tepat jua yang berpengetahuan seperti bubba.

Fungsi Mirror Lock-up amat sesuai digunakan untuk Landscape, macro, telephoto dan objek yang "still". Tidak sesuai untuk manusia dan haiwan.

Kesimpulannya, Mirror Lock-up berfunsi untuk menghindarkan dari gegaran secara 100% semasa memetik kamera. Viewfinder menjadi gelap gelita seperti yang diterangkan oleh sdr brhym. Tanpa sturdy tripod, cable/shutter/eletronik release atau selftimer (Bulb/Time), penggunaan mode ini tidak akan berhasil.

buntalshoot
12th January 2006, 09:01 AM
bagus, bagus.... sifoo2 kat sini semuer bagus.... cari kat net pun tak dapat info camni.... thank u all

sobriazmi
12th January 2006, 09:04 AM
oo..itu rupanya fungsi dia...
tak penah cuba guna pon....

aji
12th January 2006, 11:33 AM
ok nanti bleh cuba
terima kasih

note:
apply knowledge is power

rumano
12th January 2006, 02:06 PM
terima kasih atas penjelasan sdr sdr di sini ... tapi mengapa tidak sesuai untuk fotografi manusia dan haiwan?

PeLaris
12th January 2006, 05:54 PM
Memang boleh untuk mengabadikan gambar manusia dan haiwan tetapi ianya tidak sesuai...

Gambar manusia jika dirakam dengan menggunakan mode Mirror Lock-up, pasti di antara gambar tersebut ada yang "terpejam" mata... Ini disebabkan kerana semasa memetik kamera, kita tidak dapat melihat terus melalui viewfinder. Melihat terus kepada objek tidak sama dengan melihat melalui viewfinder... Gambar yang mata terpejam satu gambar yang rosak bagi kita. Sama juga gambar pengantin, kita asingkan gambar tersebut supaya tidak ikut sama tersusun di dalam album...

Rakaman untuk haiwan, kucing contohnya.... mana tau, mungkin ekor sahaja yang dapat dirakam atau telinganya sahaja...

Mengendali fungsi Mirror Lock-up begini, fokus objek dahulu dan disusuli kunci cermin (masa ni tiada apa kelihatan dlm viewfinder, gelap gulita), lepas tu baru boleh snap....

** Walaubagaimanapun, objek Orang-Orang masih boleh menggunakan mode (fungsi) ini ... :)

weet
12th January 2006, 06:02 PM
huh detail btul sifo2 ni..dok print penjelasan u all..leh cube sat lagi ...tq2

brahym
12th January 2006, 08:34 PM
mebbe sedara pelaris leh terangkan juga kegunaan first dan second curtain. Saya pun tak berapa pasti bila masa yang sesuai utk guna function ni.

yokozuna
12th January 2006, 08:52 PM
mebbe sedara pelaris leh terangkan juga kegunaan first dan second curtain. Saya pun tak berapa pasti bila masa yang sesuai utk guna function ni.

Orait dah bukak dah thread baru pasal ni..mari berbincang. silakan!
Shutter Curtain Sync (http://www.fotopages-malaysia.com/v1/modules.php?op=modload&name=PNphpBB2&file=viewtopic&p=25078#25078)

malek
13th January 2006, 12:48 AM
tak pernah guna mode nie walaupun banyak ambik gambar macro..
sebab camera saya tak de yg ada mode nie..

rasa2, D70 tak de mode nie kan..

brahym
13th January 2006, 04:19 PM
a ah dr malek, mode tu rasanya takde..anyway cuba check manual pada d70s/d70...

cgmulia
13th January 2006, 04:55 PM
rasanya pelaris tgh sibuk skrg ni..

bulan satu sampai bulan 6 ni dia sibuk amik gmbr kawin+tadika katanya ari tu
nanti aku try contact dia
minta dia jenguk sat

PeLaris
13th January 2006, 10:39 PM
hehehe cgmulia... wanner lenimS?
Dah dibincang kat thread Shutter Curtain Sync tu...

rumano
15th January 2006, 09:50 PM
saya mulai faham.. tapi separuh lagi masih blur !

buntalshoot
17th September 2006, 09:15 PM
d70s takde fungsi nie...
saya pun masih blur...

airsejuk
27th July 2011, 02:06 PM
sampai sekarang haku tak pernah guna fungsi ini dan tak tau bagaimana gunanya.