PDA

View Full Version : Wedding - Bagaimana Nak Pose Pengantin



AbdulRazak
26th June 2007, 09:51 AM
Saya amat baru dalam pengambilan gambar perkahwinan. Penyertaan dalam bidang ini pun asalnya bagi memenuhi permintaan kawan-kawan sepejabat yang berkeyakinan bila melihat dslr saya (walaupun saya sebenarnya belum lagi cekap mengendalikan kamera ini).

Sebelum mengambil gambar berkaitan, saya ada juga membuat usaha / homework, seperti melihat dan meneliti pose di majalah, internet, dll terutama forum ini. (Memang saya dapati, kawan-kawan yang bergiat dalam bidang ini mempunyai daya kreativiti / kepakaran / kecekapan yang agak hebat dan patut dicontohi).

MASALAH saya timbul setiapkali berhadapan dengan suasana sebenar majlis, iaitu sesi POSE / POSING pengantin. Baik indoor mahupun outdoor. Saya dapati kebanyakkan hasil pose yang saya mahu dan capture kelihatan IDENTICAL, KAKU, TAK KENA, TAK SEIMBANG dll. antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Untuk mengatasinya, Saya pernah membuat keratan gambar contoh, tapi dapati tidak praktical ketika majlis sebenar.

Kebanyakkan imaginasi dalam minda saya, tidak keluar ketika shoot sebenar hendak dibuat.

-------------

JADI, saya mohon dan amat menghargai bantuan kawan-kawan dalam hal ini. Sudi apalah kiranya memberi tips / rujukan / links / ebook khusus dalam perkara POSE / POSING ini. Saya betul betul hendak belajar. Terima kasih atas apa jua pertolongan yang bakal diberikan.

saya_maju
26th June 2007, 10:05 AM
tips mudah dari saya.. jadikan isteri atau awek anda sebagai mangsa latihan pose2 anda terlebih dahulu...

so u posing kan mereka, dan snap gambar mereka.. buat banyak pose dan latihan sehingga anda maju :lol:

silmi
26th June 2007, 10:38 AM
Saudara ku AbdulRazak, anda tak perlu risau sebenarnya memandang kan anda masih baru (seperti saya), saya juga menghadapi masalah yang sama seperti anda. tindakan anda merujuk kepada gambar didlm forum dan FP rakan2 kita ini amat baik kerana sekurang2nya dapat mencetus idea2 posing yang baik . Sebenarnya anda tak perlu pun ebook jika anda kata dengan merujuk gambar2 rakan kita pun, posing yang anda ambik masih kaku.

Semuanya berbalik kepada pengalaman, untuk itu anda boleh ikut photographer2 senior untuk belajar secara langsung bagaimana mereka mengarahkan posing pengantin yang "hidup" dan menarik, bg saya la, sememangnya untuk menjadi wedding photographer yg baik bukan setakat komposisi, lighting dll, tetapi juga sbg posing director. Ada seorg cikgu saya tu, boleh ajar pengantin cara jalan, cara senyum, cara jeling and manja2 posing lagi.. semuanya berbalik kepada pengalaman.

Saya percaya semuanya akan menjadi lebih baik setelah anda lalui sendiri pengalaman tersebut.

Buat permulaan saya print gambar2 posing2 yang menarik dlm saiz 1R kemudian laminate dan buat seperti buku kecil. Bila waktu wedding saya rujuk balik dan suruh pengantin tiru posing tersebut. kalau kaku jugak, nak buat camna memang pengantin tu tak der pengalaman jadi model he he..

Dan yang paling penting sebenarnya bagaimana anda membina relation dgn pengantin, kalau anda dah boleh kenal sebelum hari perkahwinan dan boleh faham peel mereka mungkin posing mereka lebih baik, dibandingkan anda hanya kenal masa hari perkahwinan mereka, mungkin mereka masih segan2 mahu posing. Maklum la kalau pengantin tu gigi dia rongak sikit (maaf) malas la dia nak senyum lebar kan. Tapi kalau anda dah declare awal2 boleh repair dgn ps, mungkin keadaan sebaliknya.

p/s > Bak kata cikgu .. pelan2 kayuh. Lama2 mantap ler.. :D

AbdulRazak
26th June 2007, 11:06 AM
Terima kasih kpd saya_maju dan bro silmi. Cetusan pendapat tersebut diterima dengan baik.

Walaupun hubungan saya dan pengantin sudah mesra, ternyata mereka juga kekok, apabila detik hari bahagia mereka muncul tatkala gambar mereka perlu dirakamkan. Suatu masa dahulu saya pernah melihat ada panduan shoot perkahwinan yang memfokus kepada pose pengantin. Tak simpan pula url nya, kerana tidak perlu pada ketika itu.

xjukie
26th June 2007, 11:13 AM
lebih baik pose bersahaja mengikut citarasa pengantin drpd pose yg kita suruh tp kaku

AbdulRazak
26th June 2007, 12:10 PM
Terima kasih atas jawaban xjukie.
Pose bersahaja kawan saya tu pun kelakar, rupanya dia memang tak pandai lansung bergambar. Baru tersingkap, dia amat pemalu depan kamera. Lagi satu dia tak pernah berdepan dengan isteri dia sebelum perkahwinan. Jodoh dia melalui gambar dan recommendation orang. Hehe.

silmi
26th June 2007, 12:26 PM
Terima kasih atas jawaban xjukie.
Pose bersahaja kawan saya tu pun kelakar, rupanya dia memang tak pandai lansung bergambar. Baru tersingkap, dia amat pemalu depan kamera. Lagi satu dia tak pernah berdepan dengan isteri dia sebelum perkahwinan. Jodoh dia melalui gambar dan recommendation orang. Hehe.

Nahh skrg udah jelas wahai saudaraku abdulrazak, bukan nya silap art director tetapi pengantin itu yang masih malu-malu, maklum lah belum penah kenal2 gitu, jadi kesimpulannya ambik gambar candid banyak2, masa pengantin dok tersipu2 malu ala malu2 kucing tu he he, ia boleh menolong anda membackup gamabr2 yang kaku.. tak gitu.

p/s> saya kawin dulu pun malu2 kambing :D , Dah nikah tapi tak kenduri lagi masih malu2 nak pegang tangan... tapi bila dah dapat.. paham2 sajalah :evil:

spirits
26th June 2007, 12:27 PM
Salam AbdulRazak, pose yg diarah kenalahh dibantu dgn PR yg bagus agar pose-pose yg anda buat tidak nampak kaku dan tak nampak di paksa-paksa.

Pose bersahaja... yg ni lagi senang tak perlu kita susah nak bentuk mereka.
tapi kena ingat tak semua pengatin sukakan pose bersahaja...
salah satu sebab mereka bukan model atau pun artis...
so kenalah ada bantuan dari jurugambar jugak...

Biasanya saya akan bagi pilihan pada pengantin sama ada mereka inginkan
Yg bersahaja atau nak saya posingkan... so apa yg saya buat adalahh
1. saya akan posingkan mereka dgn cara saya
2. Lepas saya dah posing mereka... saya mintak mereka memberi posing terbaik dari mereka sendiri...

Paling penting AbdulRazak adalahh PR kena pandai.

shaifulrizal
26th June 2007, 12:39 PM
pose??

banyakkan tengok gambar..gambar gambar dan gambar...
tengok magazine-magazine..tengok website website...
dan tengok lah apa apa sebagai bahan rujukan

kesimpulannya..banyakan explore gambar

SEGALA GALANYA ADALAH GAMBAR

Luie
26th June 2007, 12:45 PM
tips mudah dari saya.. jadikan isteri atau awek anda sebagai mangsa latihan pose2 anda terlebih dahulu...

so u posing kan mereka, dan snap gambar mereka.. buat banyak pose dan latihan sehingga anda maju :lol:

Cam pengalaman je bro...
Tak baik tau!!
Datuk Sharizat marah nnt!!
Ha.. ha.. ha.. :lol:

AyAres151
26th June 2007, 12:58 PM
chif razak...

tang ni.. bleh belajar dengan Din... dia teror bab posed kan pengantin..

1st... sebenarnya... kita as photog yang kena tahu cara nak posing dulu..
kena belajar melentok liuk kan tubuh badan kita.. bila masa nak posed kan pengantin..
bro kena tjkkan gaya itu dengan melakukan pose tu depan dorang...dan dorang ikut..

jadi.. bro kena la belajar2 posing depan cermin... kaki bengkok ke depan skit..
pinggang lentik skit.. ponggong angkat skit jerk..
dada ke depan skit ker..
tangan lembik2 skit..( kalu posed ayu la.. )
kalu posed kasar2..tangan kena la tukar ke keras2 skit..

ese pun dok belajar2 posing2 skit..
nnt ese post gambar ese posing.. muahahahaaa

putera_pawaka
26th June 2007, 01:35 PM
chif razak...

tang ni.. bleh belajar dengan Din... dia teror bab posed kan pengantin..

1st... sebenarnya... kita as photog yang kena tahu cara nak posing dulu..
kena belajar melentok liuk kan tubuh badan kita.. bila masa nak posed kan pengantin..
bro kena tjkkan gaya itu dengan melakukan pose tu depan dorang...dan dorang ikut..

jadi.. bro kena la belajar2 posing depan cermin... kaki bengkok ke depan skit..
pinggang lentik skit.. ponggong angkat skit jerk..
dada ke depan skit ker..
tangan lembik2 skit..( kalu posed ayu la.. )
kalu posed kasar2..tangan kena la tukar ke keras2 skit..

ese pun dok belajar2 posing2 skit..
nnt ese post gambar ese posing.. muahahahaaa
ko kalau bab nih memang bg kat ko ler...ekekekkee
razak kalu nak model lelaki aku dah ader sorang...dia bleh wat ape jer...ko nak shoot nude pun boleh...nti aku pose sample pic model tuh...
apa2 ko call jer no enpon dia nih..01273424......yg belkang tu kena cari sendiri...ekekeke

putera_pawaka
26th June 2007, 01:58 PM
http://farm2.static.flickr.com/1321/627217977_f694ade11b.jpg

nih pic model.....tgok ler dia bergaya ala2 macho gitu...
sesaper nak pakai model nih bgtau ler....nak wat menantu pun bleh gak...ader pakej gambar percuma kalau wat dia menantu...ekekekeke

AbdulRazak
26th June 2007, 02:13 PM
Terima kasih lagi kepada spirits, silmi, shaifulrizal, luie, ayares dan din kali ini. Memang betul kata kata anda semua. Kalau tengok dari segi contoh yang bro din tunjukkan pula, saya rasa memang berkenan. Model nampak smart dan lawa. Sementelahan pulak model tu hensem. Nampak mudah, tapi susah untuk beginner. OK saya akan teruskan kajian.

AyAres151
26th June 2007, 02:38 PM
oi oi oi... apo nih sabotaj ni... cif razak nak belajar posed kan gambo ngantin pempuan ler... aiyo yo... anney din.. kasik upload itu gambo posing ngantin la machaaa.. :twisted:
nnt kang kena marah ngan mod..

btw bro razak..nntkan pada july nnt..kita adakan studio class..bleh belaja skali teknik posing...cuma kena rajin bertanya ngan sifuu din..

xjukie
26th June 2007, 02:48 PM
pose??

banyakkan tengok gambar..gambar gambar dan gambar...
tengok magazine-magazine..tengok website website...
dan tengok lah apa apa sebagai bahan rujukan

kesimpulannya..banyakan explore gambar

SEGALA GALANYA ADALAH GAMBAR

inilah yang aku cuba apply n bljr.
segala2nya adalah gmbr

zainzubir
26th June 2007, 03:02 PM
. Ada seorg cikgu saya tu, boleh ajar pengantin cara jalan, cara senyum, cara jeling and manja2 posing lagi.. semuanya berbalik kepada pengalaman.

S. :D

membaca statement ini mengingatkan saya membaca artikel berkenaan jurufoto mario testino mengcapture Lady Diana dua bulan sebelum kematiannya... begitulah yg diajar testino kpd lady Di....beliau mengajar cara berjalan cara senyum dll sebagimana model2 fesyen yg pernah di shoot beliau..hingga lady Diana dikatakan amat selesa hingga sesi photoshoot itu amat berjaya dan sempoi... :wink: ..jadi mmg benar semua berbalik kpd pengalaman :wink:

putera_pawaka
26th June 2007, 03:51 PM
aku memula dulu belajar nak pose pengantin memang susah...
xder nak rujuk dgn sesape masa tu..jadi atas ingin belajar aku buat 3 Holder file gambar model pose yg boleh dapat kat majalah pengantin,Nona,majalah Wanita dan majalah bridal cina...aku gunting pic pose tu n slip kat holder file tu...
bila nak pose pengantin aku refer dari situ masa pengantin tukar baju...atau aku suruh je rdiorang wat cam dlm gambar tu....senang keja...tapi tu dulu ler....la nih pose ikut trend modern...more natural look.

AbdulRazak
26th June 2007, 04:01 PM
Terima kasih semua atas input input yang diberikan.

Ok, dalam usaha saya ingin mempelajari selok belok pose / menge`pose' ni, jalan jalan guna internet, terjumpa pula satu buku bertajuk :

Professional Posing Techniques for Wedding and Portrait Photography.
MASTER THE SKILLS YOU NEED TO SUCCESSFULLY POSE MEN, WOMEN, COUPLES, AND GROUP.

Ada tak kawan dan rakan yang telah pun membeli dan memiliki buku ini?. Tengok luaran macam best, tapi isi tak tahu lagi. Takut kadang tertipu dengan kulit. Rasa rasa kedai buku di sini tiada buku ni. Kalaulah ada yang dah beli, nak dengar recommendation darinya. Atau paling best, jual balik kat saya.

Harap dapat nasihat dari kawan kawan lagi.

zainzubir
26th June 2007, 04:18 PM
JIka serious hendak membeli online, Amazon aunty pernah beli dan bayar melalui credit card...boleh di percayai. Alternatively, on potrait photography beli DCM June (tak silap ) ada tips on potrait ni...jika takut cover lain isi lain, pergi mana2 bokshops spt MPH or Kinokuniya Stores belek2 dulu..tentu lebih berbaloi...aunty selalu buat perangai belacan cenggini..belek2 sampai nak koyak, beli nya idak gak...sometimes kita cuma nak dapatkan idea jer... :oops:

AbdulRazak
26th June 2007, 04:54 PM
Terima kasih kepada aunty atas tips tersebut. Juga telah memiliki DCM Jun - tips pasal shoot wedding. Menarik juga dan sedang diserap. Pengalaman aunty beli di Amazon - berapa lama buku tu sampai?

zainzubir
26th June 2007, 04:56 PM
Terima kasih kepada aunty atas tips tersebut. Juga telah memiliki DCM Jun - tips pasal shoot wedding. Menarik juga dan sedang diserap. Pengalaman aunty beli di Amazon - berapa lama buku tu sampai?

tak lama within two weeks working days:wink:

spirits
26th June 2007, 05:31 PM
http://www.extrumedia.com/gallery/zakyzu060107/images/pic25.jpg
Contoh masa spirits tengah shoot pengantin ....
pada wajah pengantin terlihat betapa cerianya sidia berdepan dgn camera...
Photo di petik oleh pengantin lelaki...

apa yg di terangkan oleh bro AyAres151 memang betul...
bro kena tjkkan gaya itu dengan melakukan pose tu depan dorang...dan dorang ikut.. Lakukan posing anda di depan pengantin agar sidia faham apa yg kita nak.
Kalau ada PDA boleh membantu untuk tunjukkan gbr yg anda inginkan.
Kira gbr contoh yg anda copy atau snap dari majalah...
Cara ni banyak membantu...

baggio
26th June 2007, 05:43 PM
aku memula dulu belajar nak pose pengantin memang susah...
xder nak rujuk dgn sesape masa tu..jadi atas ingin belajar aku buat 3 Holder file gambar model pose yg boleh dapat kat majalah pengantin,Nona,majalah Wanita dan majalah bridal cina...aku gunting pic pose tu n slip kat holder file tu...
bila nak pose pengantin aku refer dari situ masa pengantin tukar baju...atau aku suruh je rdiorang wat cam dlm gambar tu....senang keja...tapi tu dulu ler....la nih pose ikut trend modern...more natural look.

itu memang betul... aku ingat lagi ko bukak folder masa ambik gambo aku kawin dulu....

spirits
26th June 2007, 06:00 PM
Pegalaman byk megajar kita erti hidup... Belajar dari kesilapan agar kita tidak tersilap dgn apa yg kita lakukan.

putera_pawaka
26th June 2007, 07:32 PM
aku memula dulu belajar nak pose pengantin memang susah...
xder nak rujuk dgn sesape masa tu..jadi atas ingin belajar aku buat 3 Holder file gambar model pose yg boleh dapat kat majalah pengantin,Nona,majalah Wanita dan majalah bridal cina...aku gunting pic pose tu n slip kat holder file tu...
bila nak pose pengantin aku refer dari situ masa pengantin tukar baju...atau aku suruh je rdiorang wat cam dlm gambar tu....senang keja...tapi tu dulu ler....la nih pose ikut trend modern...more natural look.

itu memang betul... aku ingat lagi ko bukak folder masa ambik gambo aku kawin dulu....
ko ingat lagi ek...aku hampir lupa dah...sib baik TT malam tu ko kenalkan diri ko....maklum ler dah makin evergreen nih...banyak yg dah lupa....wakakakka
masa tu aku pun blur pasal possing nih...file holder tu ler kitab pose aku...ekekeke :lol:
Kitab possing tu aku dah bg member aku yg nak belajar wedding...tp senyap jer member aku tuh...ntah jadi ke x?
tapi dari situlah bermula segalanya....

zulz
26th June 2007, 10:27 PM
kumpul banyak2 pose pengantin dlm FMDC ni pastu tu print kecik(kalau saiz 4R tu letakan skali 4 stail pose)...l
etak dlm pocket album...kalau dok pening pikir just rujuk jer pose2 tu....x pun tunjuk jer kat pengantin tu gambar yg dibawa tu...ni diceritakan melalui pengalaman saya sendiri...

AbdulRazak
27th June 2007, 09:02 AM
spirits, din, zulz, baggio....

Semakin menarik apa yang saudara-saudara telah terangkan. Saya semakin berminat mempelajari tentang posing ini. Dalam laman-laman web yang saya jumpa, bukan setakat photographer yang perlu study bab pose ni, malahan ada juga celebrities hollywood (umpamanya), turut belajar teknik posing diri mereka sendiri, agar sentiasa kelihatan cantik apabila di snap oleh pihak media.

spirits
27th June 2007, 11:04 AM
AbdulRazak, Kami semua disini cuba membantu sebaik mungkin agar anda tidak tersilap langkah... kikikik maksut saya bab posing tu. kat sini saya mintaklahh pada Otai-Otai yg biasa buat benda ni turunkan almu mereka tak bayak pun sikit... kira tips ke gbr ke untuk rujukkan... Mungkin ada yg tak patut dibuat posing ke atau wajib dibuat posing... sebagai contoh posing beruda jika berada di pelamin... perlu ke atau tidak kerusi dialihkan... contoh jee lahh.

Saya ni Petai jeee yg mana saya tahu saya cuba bagi tahu... yg tak tahu saya akan bertanya...

weet
27th June 2007, 11:10 AM
zulz.. same lah kawe...

potong gambar2 yg hang suke lepas tu masuk la dlm album kasi cantik2.. n then bile nak shoot payah sgt suh pengantin posing.. tunjuk je gambar contoh yg hang potong tu kat pengantin.. ckp " sy nak awk tiru cam ni..bleh??" jd pengantin tu mudah tak yah la die nak kerut tak paham ape yg hang nak suh gaya.. tak yah malu2 nak bawak gambar cth.. belasah je,, asalkan gambar tu dpt ape yg kite nak..

AbdulRazak
27th June 2007, 11:32 AM
spirits & weet, pandangan anda amat dihargai.

Baiklah, tadi saya ada baca sedikit, review pembaca pasal buku yang saya mention dalam post terdahulu, iaitu "Professional Posing Techniques for Wedding and Portrait Photography".

Ada pendapat pembaca yang mengatakan beberapa kelemahan buku ini, disamping ianya agak old fashion sedikit. Based pada sedikit gambar yang dipaparkan, saya rasa pun tak berapa best lah buku ini. Lagipun takut rugi nilai duit, sebab tak tahu lagi content keseluruhan.

Sebelum dapat pendapat-pendapat dan usul lain dari kawan-kawan, memang cara potong gambar itu sahaja yang setakat ini lebih membantu, disamping melihat, dan lihat dan lihat .... :D gambar-gambar pose / wedding yang ada di sini. Terima kasih.

desa
27th June 2007, 11:42 AM
sy pon x gheti betui bab2 suh pngantin posing ni.. hehe.. nmpk gaya kna ikut cara hampa la, print gambaq2 org lain as reference, senang nk guide pantin nnt.. ada gak dok search pasal posing2 pngantin ni.. biasalah, klu guna english kompem yg dpt mat salleh pnya posing dlm gereja la, pki gaun la, yg x sesuai.. majalah2 yg dijual di sini sgt terhad.. nasib ada internet.. kat fotopages plak, kbyknnya x letak sgt pic2 posing ni, biasanya letak outdoor.. atau yg da siap collage utk custom.. apa2 pon, byk membantu.. :D

AbdulRazak
27th June 2007, 11:51 AM
Haaa .. baguih la hang pun ada sini Mr. Desa. (cuba belajar loghat utara :D ) Penjelasan yang hang bagi tu memang betui dah tu. Search kat google banyak pun, yang datang nya, `english reference' jugak. Tapi, itupun sebahagian dari pembelajaran jugak tu. Lama-lama nanti mahir lah.

--------

OT sikit (tapi berkaitan)

Malam tadi, minta bantuan isteri berposing posing, terus jadi cerita lucu dan kelakar. Dia pun selama ni tak pernah berposing sebegitu rupa. Banyak gambar ketawa je dalam CF card. Last-last dia kata, " dah la bang, penat dah ni" .... :D

spirits
27th June 2007, 11:59 AM
Bagi aku posing yg paling mencabar minda adalahh posing pakai baju minang... peahhh memang poning, Kenalak si lelaki pun pakai baju minang... pulak tu org sekeliling duk bising... peluh jantan aku dibuatnya.

Nasib baiklahh ada bawak contoh dlm PDA... kira cover gaklahh posing. So kesimpulannya bawak atau simpan apa jua posing yg kita jumpa sama ada kat internat ke majalah ke apa jua... untuk bantu kita bila ada masaalah.

Sapa pernah kena pegantin pakai baju ala-ala siam... sapa tau posing siam mcm mana.

zainzubir
27th June 2007, 12:22 PM
local mag yg boleh dirujuk adalah majalah "pengantin"..my daughter adeeba beli igt untuk apa, beli jer lepas tu di gunting2...ghuppa2 projek sekolah :twisted: tapi secara tidak langsung bila dibelek2 majalah tersebut berbagai update yg selama ini aunty tak tahu jadi tahu...isk kalau part posing pengantin memcam pesen ada..Razak belilah untuk rujukan... :wink:

AbdulRazak
27th June 2007, 12:31 PM
..Razak belilah untuk rujukan... :wink:

Ok aunty, lepas ni akan dijadikan tambahan rujukan. TQ.

eastone
27th June 2007, 01:05 PM
local mag yg boleh dirujuk adalah majalah "pengantin"..my daughter adeeba beli igt untuk apa, beli jer lepas tu di gunting2...ghuppa2 projek sekolah :twisted: tapi secara tidak langsung bila dibelek2 majalah tersebut berbagai update yg selama ini aunty tak tahu jadi tahu...isk kalau part posing pengantin memcam pesen ada..Razak belilah untuk rujukan... :wink:

maknenye tak lama lagi aunty nak dapat menantu tuh...hahaha...cabutttt!!!!! :mrgreen:

spirits
27th June 2007, 02:33 PM
local mag yg boleh dirujuk adalah majalah "pengantin"..

Yeapp betul tu aunty... majalah ni bykk membantu, selain itu jugak ada beberapa majalah yg boleh di buat rujukkan...

hadzleyharith
27th June 2007, 08:35 PM
http://www.hadzleyharith.com/Promo/Nikah.jpg (http://www.hadzleyharith.com)
*Framming..

Sebenarnya bab ni.. amat penting dalam wedding photog.

Selain dari kemahiran menggunakan DSLR, Pencahayaan dan Lens. PR amat penting antara pengantin dan photographer.
Cuba fahami apa kehendak pelanggan.. impiannya.. perancangan perkahwinan mereka dll. Bantu mereka dalam memeriahkan majlis tersebut (jika perlu) dari segi photography je lah.. maksud saya bagaimana shoot itu akan di buat "Framming".

Selain tu kegilaan photographer untuk shoot dan imaginasinya sendiri juga membantu..mood kedua-dua belah pihak harus baik pada photoshoot tersebut. Kalau pengantin moody... cam na nak buat.. letih cam na nak handle.. dll.

Semua tu adalah pengalaman yang harus di timba.. tu la yang membezakan atau kelainan pada setiap photographer tersebut.

tu je pendapat aku yang tak seberapa ni..

saya_maju
27th June 2007, 08:41 PM
OT sikit (tapi berkaitan)

Malam tadi, minta bantuan isteri berposing posing, terus jadi cerita lucu dan kelakar. Dia pun selama ni tak pernah berposing sebegitu rupa. Banyak gambar ketawa je dalam CF card. Last-last dia kata, " dah la bang, penat dah ni" .... :D
macam saya cakap mula tu.. inilah cabaran yang anda mesti hadapi.. sebelum cabaran di luar sana..

kalau kita lihat saja posing dimajalah tu.. itu baru teorinya... tapi amalinya belum lagi.. (tidak dinafikan model2 tersebut memanglah cantik2 dan pandai posing2nya)
jadi buatlah latihan posing tu dengan isteri... satu dua posing sehari cukuplah... pelan-pelan kayuh beb.. tapi jangan lupa snap ya.. dan lihat hasilnya possing nya di komputer, samada keras, lembut dan sebagainya... buat posing yang berbeza2.. sehingga berjaya.. :lol:

desa
27th June 2007, 10:22 PM
hehe.. nk suh bini posing pon jgn la dia pki kain batik, buleh bergerak bebas.. pengantin biasanya kain ketat ala2 kebaya.. lg satu, sy da dua kali kena, pngantin pompuan tamau baring atau membongkok skit takut crown dia jatuh.. adeh.. dah la idea kering.. terpaksa laa shoot pose yg sama 2 3 kali.. keke.. dlm album letak jauh2 tkut depa perasan.. :lol: pose pngantin amat penting utk cukupkan quota.. uhu.. camna la pakej 200 kpg gambaq eh? aku nk cukupkan 40 pon terkebil2.. hehe

jejaka
27th June 2007, 10:45 PM
praktis sokmo.. wajib nih..

anden
28th June 2007, 12:51 AM
refer la wedding omputeh....aku rs pose2 diorang pon ade kelebihan...pose2 kite malaysian pon byk j yg menarik...just nk bagi satu perspective la...hehe...ala2 gothic kat church....i think most of them tak malu2 so lebeh rilek bl bergambar.....

AbdulRazak
28th June 2007, 08:49 AM
En. Hadzley, saya_maju, desa, jejaka, anden - terima kasih lagi...

Semua yang dibicarakan oleh tuan, memang banyak isi nya. Tinggal meneruskan praktis sekarang ni. Contoh framming yang Hadzley bagi pun amat membantu. Macam zig-zag bentuk pengambilan gambarnya, dimana masih lagi dapat mengekalkan penceritaan yang dia kehendaki.

Nampak jelas (walaupun sengaja tidak difokuskan), gambar pengantin lelaki, dan pengantin perempuan nun jauh di belakang sana. `Cerita' macam ni, saya rasa memerlukan pergerakan photog yang bijak juga.

Bak kata saya_maju, pelan pelan kayuh, memang bertepatan. Saya pun dah kaji balik gambar isteri saya tu, mmm... walau nampak best, tapi banyak juga yang kaku.

Dan betul kata Desa, kalau macam ini, nak cukupkan quota memang sukar. Tepat sekali dengan pengalaman ciput saya tempohari. Macam ada persamaan dengan Desa dari segi susunan gambar... hehe

Akan follow lagi, seperti kata jejaka dan anden. Terima kasih.

didiz
28th June 2007, 10:19 AM
bila nak posekan pengantin, ambil kiralah perkara ini.

1. eye... mana yg patut pengantin lihat, sama terus ke lensa, ke bawah, ke atas, ke tepi atau menoleh.

2. postur kepala, ini ditentukan sewaktu anda tentukan eye mereka, sebaiknya dapat elakkan pengantin kelihatan leher pendek atau dagu berlipat atau muka penyek.

3. kedudukan tangan, mana yg patut diletakkan, dipinggang, dibahu, dipeluk, dengan jari terbuka, tertutup, bertindan atau melentik jari gelamai.

4. kedudukan kaki, step-step utk pose ke depan, sisi dan belakang punya susun atur kedudukan tapak kaki tu. kaki kepit atau terbuka.

5. lenggok badan, mengilas badan, patah pinggang, rangkulan, bentuk S atau K.

6. kekemasan baju pengantin, aksesori, rambut, tengkolok, cincin everything tolong perhatikan.

7. peluh - elakkan kalau boleh, always alerts.

8. pose bersama aksesori pakaian atau andaman, keris, bunga tangan jaga keseimbangan dan keselesaan pengantin sewaktu bergambar dengan aksesori nie.

9. cara duduk atau bersandar

10. berduet (yg penting nampak keaslian bila berdua, mesra, romantik atau manja)

11. pose konseptual, lebih kepada details shot yg dipose, bukan menyeluruh dan artistik.

12. bersahaja dan rileks. photographer... anda penentunya, komunikasi yg baik membantu pose yg rileks dan gila-gila.


itu je la aku leh share... lain lain kalau pengantin dah pose cantik, pandai2lah korang cari angle cantik pulak ye.
selamat mencuba dengan pengantin anda.

desa
28th June 2007, 10:41 AM
thankx didiz.. tips yg cantik..

spirits
28th June 2007, 10:51 AM
Good info didiz... akan di ingat sampai bila².

kingmarul
28th June 2007, 10:53 AM
kalau nk pakai tips aku ...pakai laa...
kalau rasa dan mmg tk best campak je ke mana..

Tips aku (satu dulu aaa...) mudah jeee...
pesan kt pengantin dan tunang dia skali
(bila dia dh konpem amik kita)
soh dia belek mana2 mag. dan tgk posing style
yg dia suka...so pasti kita dpt yg natural dari dia
selain kita guidekan mana patut...
dia pun mesti dah berlatih dulu depan cermin, betul tak???
:twisted:

AbdulRazak
28th June 2007, 11:05 AM
10. berduet (yg penting nampak keaslian bila berdua, mesra, romantik atau manja)



Terima kasih bang didiz, banyak sungguh tips yang diberi, akan cuba diserap ke dalam minda. Yang nombor sepuluh ni lah, yang saya rasa amat ketara sekali.

A'aah, tak terfikir pulak cadangan bernas dari Kingmarul. Memang bagus jugak tu kalau dapat diimplemen kan .. Tq juga.

zulz
29th June 2007, 02:38 PM
zulz.. same lah kawe...

potong gambar2 yg hang suke lepas tu masuk la dlm album kasi cantik2.. n then bile nak shoot payah sgt suh pengantin posing.. tunjuk je gambar contoh yg hang potong tu kat pengantin.. ckp " sy nak awk tiru cam ni..bleh??" jd pengantin tu mudah tak yah la die nak kerut tak paham ape yg hang nak suh gaya.. tak yah malu2 nak bawak gambar cth.. belasah je,, asalkan gambar tu dpt ape yg kite nak..
Pengalaman tu sgt penting....

kjay
30th June 2007, 07:11 PM
pada pendapat saya pula...sampel yang dibawa hanyalah boleh dijadikan bahan rujukan sahaja kalau dah tak de idea...tetapi...cara bagaimana nak pose itu yang lebih penting perlu dipelajari macam kata ayares....bagaimana nak duduk, angle atas, bawah, kiri kanan...kaki nak lipat camana...separuh ke penuh...dan lain-lain....
ini perlu dipelajari melalui pemerhatian jurugambar yg dah pro (kena nkut depa la)..dan shoot juga...lihat perbezaan gambar anda dan gambar dia

|kukubesi|
30th June 2007, 10:43 PM
didiz terer la

anden
1st July 2007, 01:12 AM
5. lenggok badan, mengilas badan, patah pinggang, rangkulan, bentuk S atau K.


wah...posture K tuh camne ek?

cecep
1st July 2007, 10:18 AM
5. lenggok badan, mengilas badan, patah pinggang, rangkulan, bentuk S atau K.


wah...posture K tuh camne ek?

aah...boleh terangkan tak lebih detail tentang nie...
patah pinggang tu nampak cam kasar aja bunyinya.. :D mungkin kalau saudara dapat terangkan mungkin ramai yg akan mengerti maksudnya..

didiz
1st July 2007, 10:25 PM
hahaha
patah pinggang tu ayat mudah je...
maksud aku pengantin bertopang tangan di pinggang.
Bentuk K nie macam pose yg tangan terbuka sebelah, nak kata K besar tu tak la..
K kecik je... ada banyak lagi pose' aku simpulkan yg mudah je utk difahami.

AbdulRazak
2nd July 2007, 09:21 AM
Kawan-kawan semua, sumbangan idea anda amat dihargai.

Setelah meneliti pendapat dan pandangan semua, dapatlah disimpulkan bahawa apa yang perlu sekarang ialah observation. Sekarang ni kenalah duduk diam-diam dan menelaah gambar-gambar yang ada, dimana saja. Tapi yang bestnya, dulu tak berapa kisah pun perkara perkara ni, sekarang dah agak teliti sikit... sikit aje.... :D

hadzleyharith
2nd July 2007, 11:07 AM
satu latihan yang saya selalu amalkan ialah melihat sesuatu subjek tu dari sudut framming (DX Format ler). then kita cuba (dengan bantuan imaginasi / berkhayal skit) perbaiki pose subject tu (jika boleh ler).

Kekadang tu kita kena berkhayal untuk mendapatkan suatu gambar yang menarik dalam satu frame. apa yang kita nak.

Dalam contoh gambar saya tu, Wali (baju hijau) menikahkan sendiri pengantin. Setelah selesai akad nikah, majlis doa selamat.. yang lain tu macam-macam boleh nilai.. but yang ni kat Jelebu.. jauh skit dari Nilai.

hendrastar
25th September 2010, 01:19 AM
Terima kasih semua atas input input yang diberikan.

Ok, dalam usaha saya ingin mempelajari selok belok pose / menge`pose' ni, jalan jalan guna internet, terjumpa pula satu buku bertajuk :

Professional Posing Techniques for Wedding and Portrait Photography.
MASTER THE SKILLS YOU NEED TO SUCCESSFULLY POSE MEN, WOMEN, COUPLES, AND GROUP.

Ada tak kawan dan rakan yang telah pun membeli dan memiliki buku ini?. Tengok luaran macam best, tapi isi tak tahu lagi. Takut kadang tertipu dengan kulit. Rasa rasa kedai buku di sini tiada buku ni. Kalaulah ada yang dah beli, nak dengar recommendation darinya. Atau paling best, jual balik kat saya.

Harap dapat nasihat dari kawan kawan lagi.


bro...thanx pasal ni!! aku dapat idea banyak dari Professional Posing Techniques for Wedding and Portrait Photography....tq sgt2... :)