View Full Version : Cara-cara Nak Mengatasi Kesan Red Eye
sobriazmi
15th January 2006, 02:07 PM
pertanyaan saya untuk kali ini adalah, bagaimana untuk mengatasi kesan red eye.
seperti anda semua sedia maklum, bila kita menggunakan built-in flash..akan kelihatan seperti tompok-tompok merah yang kecil kan...
so, mcm kita nak atasi masalah ini.
harap kenkawan semua dpt membantu...
cgmulia
15th January 2006, 02:12 PM
hmm..
sebenarnya red eye ni berlaku bila flash dkt dgn lens terutama pns.
mcm mana nak atasi???
petua aku mudah jek (pelaris yg ajar)
sebelum kita amik gmbr subjek kita, suruh dia tgk tempat lain yg cerah terlebih dahulu..
tp posisi kalau boleh jgn ubah... kepala pun jgn gerak.. just pandang tempat cerah jek..
kemudian dalam kiraan 1, 2, suruh subjek tgk kita balik.. bermakna... 1 (masih tgk tpt cerah) 2 (bersedia utk tgk kita) 3 (tgk kita) dan kita snap..
insya allah takde red eye tuh..
nak best lagi, selawat 3 kali, bismillah dan mulakan pengambaran..
sobriazmi
15th January 2006, 02:16 PM
kalau tmpt tu gelap...atau malap...
contoh dlm rumah yang lighting dia dimm...
cgmulia
15th January 2006, 02:19 PM
suruh je dia tgk kat tempat yg paling cerah..
tak pun guna red eye reduction
abih citer... yg atas tu biasanya utk pns yg takde redeye reduction..
sobriazmi
15th January 2006, 02:26 PM
kalau untuk dslr..bagi yg takdak external flash..guna built in jekk..
cgmulia
15th January 2006, 02:33 PM
sama lah jugak... d70 kan ada red eye...
main2 sikit ngan butang release flash dan dail tu..
jumpa lah tu..
tak payah pusing2 mata...
kekke
PeLaris
15th January 2006, 02:45 PM
:) :lol:
sobriazmi
15th January 2006, 04:04 PM
aisey....
ok..lagi satu..
kalau -0.3 tu apa kesannya.. dan +0.3 plak apa kesannya...
cgmulia
15th January 2006, 04:11 PM
-0.3 flash akan dikurangkan pada nilai 0.3 dr nilai asal
+0.3 pula flash akan ditambahkan pada nilai 0.3 dr nilai asal.
itu yg aku faham laa
sobriazmi
15th January 2006, 06:17 PM
kira kalat + tu cahaya lebih laa..dan - tu sebaliknya laa ekk
PeLaris
15th January 2006, 08:09 PM
Sebabē berlakunya kesan mata merah :-
1- Keadaan cahaya 50% (samarē umpama waktu senja)
2- Flash terlalu hampir dengan lensa.
3- Muka/mata berkedudukan setentang dengan lensa kamera.
4- Kumpulan darah berkumpul dlm pupil yang ber aperture seluas f/1.8
5- Menggunakan flash.
*Perjuangan kita belum tamat..... :)
sobriazmi
16th January 2006, 09:15 AM
ooo.....
susah gak ek nak shot waktu mlm...
arie_gaban
2nd February 2006, 12:12 AM
apa kata kita guna lampu keta untuk gantikan flash..mesti dah takda kesan red eye..
AyAres151
2nd February 2006, 04:20 AM
keta apa? keta sodok?
satu lagi cara... letakkan tissue kat built in flash d50 ekau tuh...flash akan soft skit..eh silap..cahaya akan soft..rasanya red eye takde dah kot..cuba2 la..
malek
10th February 2006, 01:29 AM
a'kum..
kalau kita nak tengok.. fungsi anak mata (pupil) kita nie lah yg memberi ilham untuk membuat system apature opening pada camera kita..
bila banyak cahaya, dia jadik kecik dan sebaliknye..
kesan red eye tu pulak ialah pantulan cahaya dari retina kita bila anak mata terbuka besar..
bila kita shoot gambar orang dalam sekitaran yang kurang cahaya, anak mata kita akan membuka dgn besar, so pantulan cahaya dari retina akan menjadi lebih jelas..so untuk kurangkan kesan nie, kenalah kecilkan anak mata tu dulu sebelum shoot dibuat..
kalau dalam red eye reduction flash mode, kita akan dapat beberapa pancaran flash dulu sebelum the actual snap n flash dibuat.. ini untuk mengecilkan saiz anak mata kita tu dulu sebelum actual shoot dibuat..
kalau nak try, cuba guna lampu suluh.. suruh objek ready, kita yg nak shoot nie pun ready- focus n exposure n sebagainye, kemudian suluh mata beliau sekejap, kemudian off n shoot ..
kena cepat, dan janganla suluh dari jarak dekat n guna lampu suluh yang kuat sangat..karang buta pulak mata beliau tu..
OT sikit..mengingatkan saya masa student dulu.. tindakbalas anak mata nie ada 2 jenis..
satu direct reflex dan satu lagi consensual reflex.. so kena tau mana yang tak jalan tu menunjukkan mana urat saraf yang rosak..
selamat mencuba..
peringatan.. sebarang kebutaan mata yang berlaku dengan percubaan di atas, adalah atas tanggungjawab sendiri..
tima kasih.
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.