PDA

View Full Version : Kenapa Wedding Photographer?

markless
22nd July 2007, 01:13 AM
saja nak bertukar pendapat..bagi korang yang amik gambar wedding...pada pendapat korang..kenapa korang memilih untuk menjadi wedding photographer..adakah anda pilih sebab anda ada feel tentang wedding...adakah sebab hobi..ataupun sebab kerana pendapatan..

zulz
22nd July 2007, 02:11 AM
best soalan ni....kenapa yer....skang ni pun dok ikut org lagi....ermmmm....

blueshades
22nd July 2007, 03:52 AM
Aku rasa wedding merupakan industri yang besar. Boleh kata setiap minggu mesti ade majlis kawin. Bila banyak majlis, maka permintaan untuk produk2/perkhidmatan berkaitan wedding pon banyak. So banyak job untuk wedding photographer. Nak start bagi beginner pon agak mudah kerana peluang banyak. Berbanding cabang photography yang lain.

bznis_mind
22nd July 2007, 07:41 AM
sbb satu hari kekgi aku akan berkahwin .. sekurang2 nya beljor doh sket bagaimana nok akad nikoh, guane nok posing .. so bile orang nok amik gambor, kita ader skill sendiri .. guaner gamok? hiihih

my 50seng

xjukie
22nd July 2007, 08:16 AM
haha, sekadar hobi dan minat. Sedikit sebanyak kalo rezeki lbh dpt meringankan beban ibubapa aku hehe ..
bznis_mind, haha setuju tu ..

aqim87
22nd July 2007, 11:35 AM
pada pendapat aku, byk mended yg kite boleh blaja dari wedding, camne nk suh org pose, camne pose yg best, tangkap gmbar candid, group photo, portait, camne nk deal ngn org, dan mcm2 lg. print gmbar pun satu hal lg gak, printer mane elok, ink ape yg sesuai, kertas mana yg sesuai, camne nk resize gmbar bg tak pixelated, buat album. huih, byk mende leh blaja dlm wedding ni.

markless
22nd July 2007, 11:39 AM
ye beetul..memang kita boleh banyak belajar sesuatu benda yang kita tak penah tau..tapi adakah foktor utama dia adalah pendapatan kita

ridhuan
22nd July 2007, 02:31 PM
ye beetul..memang kita boleh banyak belajar sesuatu benda yang kita tak penah tau..tapi adakah foktor utama dia adalah pendapatan kita

honestly aku cakap less.......bohong la kalau ada sapa2 kata buat wedding photography ni untuk kepuasan diri sendiri dan memenuhkan masa yg terluang..... so bagi pendapat aku la Less, the ultimate goal adalah untuk Pendapatan ataupun nak tambah pendapatan, then yg paling penting jugak at the same time kita boleh improve kita punya photography skill....dan juga duit tu tu boleh support kita punya photography gears purchases :lol: :lol: :lol: ......photography ni salah satu hobby yg expensive wo....just my 2 cents la Less......

zilzals
22nd July 2007, 02:42 PM
sbb satu hari kekgi aku akan berkahwin .. sekurang2 nya beljor doh sket bagaimana nok akad nikoh, guane nok posing .. so bile orang nok amik gambor, kita ader skill sendiri .. guaner gamok? hiihih

my 50seng

kekgi bile mung nikoh jgn lupe ajok saing2 fmdc..

candidsyndicate
22nd July 2007, 03:12 PM
>>> salam...

>>> ini dari nash...

::: minat bermula dari zaman sekolah lagi... siap masuk Kelab Fotografi sewaktu tingkatan 3...
::: minat bersambung selepas sekolah ... ambil kursus fotografi di IKBN Mara selama setahun...
::: tamat belajar gunakan apa yg dipelajari untuk bekerja...
::: mula bekerja dan timba pengalaman sbg PHOTOJOURNALIST di beberapa penerbitan seperti Karangkraf, Majalah PEREMPUAN dan akhir sekali di Virtual Malaysia...
::: now berbekalkan minat + bakat + pengalaman + pendapatan LAHIRLAH candidsyndicate PHOTOGRAPHY

>>> kerana kita semua tahu...photography ni luas...tak kira samada wedding photog ke, general photog ke, press photog ke, sports photog, fashion photog ke atau apa jenis photog sekalipun...sentiasa mempunyai kepuasan tersendiri dan sentiasa ada ruang untuk dipelajari..

>>> samada sebagai minat atau punca pendapatan sekalipun...masing-masing juga ada kepuasan tersendiri...

::: jika minat... kepuasannya mungkin dari segi apabila kita berjaya menghasilkan sesuatu atau gambar yang berjaya mengikut kehendak dan keinginan kita sendiri...lebih2 lagi bila ianya dapat dikongsi bersama oranglain...

::: jika punca pendapatan...kepuasannya pula bila sesuatu yang kita hasilkan... berjaya memenuhi kehendak orang lain atau kehendak pelanggan kita..kerana kepuasan mereka adalah kepuasan kita juga..

::: tentang ilmu...selagi hidup dan nyawa di kandung badan...nash percaya selagi itu lah kita akan menjadi manusia yang belajar dan akan terus belajar...

>>> jadi kesimpulan dari diri nash sendiri...bermula dari minat + ilmu + bakat + pengalaman = punca pendapatan...alhamdullillah... :D :D

heroMak
22nd July 2007, 04:14 PM
ye beetul..memang kita boleh banyak belajar sesuatu benda yang kita tak penah tau..tapi adakah foktor utama dia adalah pendapatan kita

honestly aku cakap less.......bohong la kalau ada sapa2 kata buat wedding photography ni untuk kepuasan diri sendiri dan memenuhkan masa yg terluang..... so bagi pendapat aku la Less, the ultimate goal adalah untuk Pendapatan ataupun nak tambah pendapatan, then yg paling penting jugak at the same time kita boleh improve kita punya photography skill....dan juga duit tu tu boleh support kita punya photography gears purchases :lol: :lol: :lol: ......photography ni salah satu hobby yg expensive wo....just my 2 cents la Less......

saya tak bohong tapi hakikatnya saya amik gambo wedding bukan utk duit semata-mata.

ridhuan
22nd July 2007, 04:31 PM

ok, mungkin opinion aku tu silap, tapi maksud aku yg sebenarnya adalah mungkin sebahagian besarnya untuk cari pendapatan....hanya sebahagian keciknya untuk lain2 purpose la... sorry heromak!

heroMak
22nd July 2007, 04:37 PM
tak salah kalu abams ridhuan berpikiran gitu sbb majoritinya gitu la..
sekarang ramai photographer muda mengambil kesempatan atas harga DSLR yang murah (boleh dikaver cepat) utk buat job wedding.

Cuma saya termasuk dalam golongan minoriti iaitu photographer yang amik gambo wedding bukan sbb nak cari duit. Kalu nak cari duit, dah lama saya tambah koleksi lens dll. (kalu ikutkan, nafsu saya atas perkakasan kamera ni besar tau..heheheh)

candidsyndicate
22nd July 2007, 05:21 PM
betul..betul..sokong semua...semua pendapt pon best...dan yang pasti masing2 ada prinsip tersendiri... :D :D :D

jejaka
22nd July 2007, 09:08 PM
wedding photographer is my part-time job.. maybe some day it will become my full-time job..

candidsyndicate
22nd July 2007, 09:44 PM
wedding photographer is my part-time job.. maybe some day it will become my full-time job..

yes..! bila u dah buat fulltime job nanti... then u know betapa enjoynyer kerja ni... :lol: :lol: :lol:

marjan
22nd July 2007, 10:35 PM
ye beetul..memang kita boleh banyak belajar sesuatu benda yang kita tak penah tau..tapi adakah foktor utama dia adalah pendapatan kita

honestly aku cakap less.......bohong la kalau ada sapa2 kata buat wedding photography ni untuk kepuasan diri sendiri dan memenuhkan masa yg terluang..... so bagi pendapat aku la Less, the ultimate goal adalah untuk Pendapatan ataupun nak tambah pendapatan, then yg paling penting jugak at the same time kita boleh improve kita punya photography skill....dan juga duit tu tu boleh support kita punya photography gears purchases :lol: :lol: :lol: ......photography ni salah satu hobby yg expensive wo....just my 2 cents la Less......

marjan hanya tag along wedding photog percuma.. tapi in future sape tau marjan akan mintak duit :lol:

ridhuan
23rd July 2007, 07:43 AM

mintak! jgn tak mintak marjan...... :lol: :lol: :lol:

hadzleyharith
23rd July 2007, 08:23 AM
Sebenarnya.. Wedding Photography ni kita sedang berkhidmat untuk masyarakat.. tanggungjawab sosial dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan terbaik. Bayangkan jika anda sebagai pengantin tu..

Kepuasan.. pada saya jika seseorang tu dapat menghasilkan gambar yang terbaik pasti dia akan mencapai kepuasan. Merakamkan suatu saat paling bersejarah dalam hidup seseorang pasti akan mendapat kepuasan pada photographer tersebut.

Wang dan ringgit itu hanyalah sebagai ganjaran dan imbuhan untuk kita yang telah menjalankan kerja tersebut.

heroMak
23rd July 2007, 08:30 AM

tapi kenapa ada antara pengantin teragak2 nak bayar mahal2?

1. Mungkin sbb hasil kualiti gambar diragui tak berbaloi
2. mungkin tak relevan langsung harga yg diberi tu.
3. mungkin dia ngade2 nak murah. (sapa nak mahal kan?)

Antara sebab2 kecik saya amik gambo kawin ialah sbb nak tumpang rasa keseronokan majlis kawin tu. Kawin ni kan seronok, ye tak? Cuma waktu saya kawin dulu kalu kena bayar RM700 utk photogrpher rasa cam nak terpitam gak. Dulu saya kawin, sekadar memenuhi syariat dan berdasarkan ekonomi waktu tu. Nak kawin cepat la katakan, bajet kecik.

ridhuan
23rd July 2007, 09:40 AM

Antara sebab2 kecik saya amik gambo kawin ialah sbb nak tumpang rasa keseronokan majlis kawin tu. Kawin ni kan seronok, ye tak?

jangan sapa rasa nok kawin sekali lagi doh la mang! :lol: :lol: :lol: jgn marah mang! gurau je :D :D

|kukubesi|
23rd July 2007, 10:41 AM
aku ambik gamba kawin sebagai xperimen dan modal untuk aku beli lens eheheheheheh

buttet
23rd July 2007, 10:56 AM
saya bersetuju dgn pendapat encik iron nail :P

buntalshoot
23rd July 2007, 11:12 AM
dahulu, saya mencari rezeki melalui kerja2 menangkap gambar orang-orang kahwin...
saya pernah putus asa dan berhenti sekejap amik gambar kahwin dan menumpukan sepenuh masa kepada kerja2 wat design
dan juga kerja-kerja rumah seperti membasuh kain dan mengemas rumah... tetapi sayang, pendapatan saya semakin teruk...
dan membuatkan saya terkurung kesepian di dalam rumah seperti orang putus cinta... saya rasakan rezeki saya memang kat sini...
akhirnya saya bertekad utk kembali
aktif mengambil gambar... saya sedar akan kesilapan lalu...dugaan demi dugaan melanda utk kembali.... dan hari ini saya berazam....
saya akan kembali sebagai seorang jurugambar kahwin... walaupun tidak lagi seperti dulu... saya kembali..dan kembali dgn
cuma satu azam.. bukan kerana lens atau aksesori kamera utk dikumpul...tetapi membantu keluarga saya dan anak saya
utk ke sekolah pada tahun hadapan....

Luie
23rd July 2007, 11:27 AM
Arrr... Sebab takder 1 pun mag skateboarding nak beli gambar skateboard aku..
Ha.. ha.. ha..

Tak la.. gue pun bersetuju ngan kataČ bro iron nail ngan bro tet...
SambilČ tu, proses pemblajar gak.. :)

ridhuan
23rd July 2007, 11:43 AM
dahulu, saya mencari rezeki melalui kerja2 menangkap gambar orang-orang kahwin...
saya pernah putus asa dan berhenti sekejap amik gambar kahwin dan menumpukan sepenuh masa kepada kerja2 wat design
dan juga kerja-kerja rumah seperti membasuh kain dan mengemas rumah... tetapi sayang, pendapatan saya semakin teruk...
dan membuatkan saya terkurung kesepian di dalam rumah seperti orang putus cinta... saya rasakan rezeki saya memang kat sini...
akhirnya saya bertekad utk kembali
aktif mengambil gambar... saya sedar akan kesilapan lalu...dugaan demi dugaan melanda utk kembali.... dan hari ini saya berazam....
saya akan kembali sebagai seorang jurugambar kahwin... walaupun tidak lagi seperti dulu... saya kembali..dan kembali dgn
cuma satu azam.. bukan kerana lens atau aksesori kamera utk dikumpul...tetapi membantu keluarga saya dan anak saya
utk ke sekolah pada tahun hadapan....

saya setuju buntalshoot!

zainzubir
23rd July 2007, 11:54 AM
Ramai jurufoto yg hebat2 bermula sebagai wedding photog..jadi jgn ambil mudah dgn kerjaya ini..jika dah start teruskan, jalan mesti pandang kedepan!!!MERDEKA!!!!

AyAres151
23rd July 2007, 12:05 PM
yeah... pokok pangkalnya semua yg buat wedding photography mmg akar umbinya adalah kerana UWANG...
utk tampung idup ada..utk tampung beli lens/aksesori ada.. utk buat upgrade body ada..
itu sbb sebenarnya..

saper yg kata buat wedding HANYA KERANA minat semata2.. orang itu berbohong seribu kali bohong..

pada ese plak..orang yg btol2 buat kerana minat adalah orang yg buat shoot nature ke.. Wild Life ke.. dan hanya focus pada satu benda saja..itu baru kita nampak mmg minat dia btol2 ke arah itu.. sanggup tunggu berhari2 hanya utk sekeping gambar..

unle.limy
23rd July 2007, 12:08 PM

ako setuju ngan 'ayares151' cakap.... ako shoot wedding ghak just kerana pulusssss.. :lol:

hadzleyharith
23rd July 2007, 12:08 PM
Sebenarnya.. Wedding Photography ni kita sedang berkhidmat untuk masyarakat.. tanggungjawab sosial dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan terbaik. Bayangkan jika anda sebagai pengantin tu..

Kepuasan.. pada saya jika seseorang tu dapat menghasilkan gambar yang terbaik pasti dia akan mencapai kepuasan. Merakamkan suatu saat paling bersejarah dalam hidup seseorang pasti akan mendapat kepuasan pada photographer tersebut.

Wang dan ringgit itu hanyalah sebagai ganjaran dan imbuhan untuk kita yang telah menjalankan kerja tersebut.

tapi kenapa ada antara pengantin teragak2 nak bayar mahal2?

1. Mungkin sbb hasil kualiti gambar diragui tak berbaloi
2. mungkin tak relevan langsung harga yg diberi tu.
3. mungkin dia ngade2 nak murah. (sapa nak mahal kan?)

Antara sebab2 kecik saya amik gambo kawin ialah sbb nak tumpang rasa keseronokan majlis kawin tu. Kawin ni kan seronok, ye tak? Cuma waktu saya kawin dulu kalu kena bayar RM700 utk photogrpher rasa cam nak terpitam gak. Dulu saya kawin, sekadar memenuhi syariat dan berdasarkan ekonomi waktu tu. Nak kawin cepat la katakan, bajet kecik.

Biasanya seorang client tu dah survey hasil kerja seseorang photographer tu.. dan kalau dah berminat akan dilanjutkan dengan perjumpaan dan melihat hasil bincang dsb.

Tentang harga... susah nak komen depa kalau boleh nak free.. but hasilnya pon free la..

buntalshoot
23rd July 2007, 12:46 PM
yeah... pokok pangkalnya semua yg buat wedding photography mmg akar umbinya adalah kerana UWANG...
utk tampung idup ada..utk tampung beli lens/aksesori ada.. utk buat upgrade body ada..
itu sbb sebenarnya..

saper yg kata buat wedding HANYA KERANA minat semata2.. orang itu berbohong seribu kali bohong..

pada ese plak..orang yg btol2 buat kerana minat adalah orang yg buat shoot nature ke.. Wild Life ke.. dan hanya focus pada satu benda saja..itu baru kita nampak mmg minat dia btol2 ke arah itu.. sanggup tunggu berhari2 hanya utk sekeping gambar..

setuju jugak... sebab saya bukannya kategori minat shoot gambar kahwin... dulu sedara mara suruh saya shoot gambar anak derang kahwin pun saya tak berminat kerana nyata ia amat memenatkan dan membosankan. saya tidak pikir ada orang yang betul2 berminat membuang masa di kenduri2 kahwin melainkan mengambil peluang utk dijadikan persediaan utk berjinak2 mencari duit dengan menghasilkan portfolio utk pelanggan kelak. yang berminat tu berminatlah... ada jugak rakan yg jenis kategori ini.. tetapi di suatu masa kelak.. dia jugak akan tetap berfikir tentang peluang2 perniagaan dan pelaburan yang telah dia lakukan selama ini... tidak siapa yang mahu melabur aksesori dan kelengkapan beribu2 ringgit semata untuk menjadi jurugambar kahwin secara percuma di majlis2 kenduri orang kahwin melainkan dia seorang yang kaya raya ataupun dia seorang yang sangat mementingkan bajet utk bercita2 membeli lens dengan pergi makan percuma di kenduri2 tersebut...heee :D jadi, sekiranya anda telah bergelar seorang Wedding Photographer samada secara full time atau bebas..pokok dan pangkalnya adalah mencari pendapatan melalui kerja mengambil gambar orang kahwin.. kepada wedding photographer bebas... tiada masa weekend utk dibazirkan semata2 kerana passion kerana mak andam dan tukang khemah orang kawin pun tidak ada istilah passion dalam membuat kerja2 tersebut... kerana setiap kali kita merungut disini kita telah mencerminkan diri kita yang sebenarnya... hatta kita sendiripun selalu merungut kerana terpaksa melayan para pelanggan yang cerewet ttg harga, ttg banyaknya kerja nak mengedit gamba dsb. Jadi bila kita terpaksa berkeadaan seperti ini, tiada masa untuk kita memikirkan passion lagi.... dahulukan passion dalam bisnes... barulah passion dlm mengambil gambar tu lahir dengan sendirinya....

**betulkan saya jika saya salah..ampun yaaa**

ND
23rd July 2007, 12:58 PM
Sebenarnya photography ni saya jadikan sbg hobi sahaja. Masa wedding kawan, saya try2 je amik gambar.
Letak kat fotopages dan lain2...pastu dgn hasil yg ditunjukkan..hasil words of mouth..hasil pujukan kawan2 suh amik gambar wedding diorang...dan segala mcm client yg sibuk bertanya pakej perkahwinan drpd saya(padahal masa tu amik wedding utk suka2 je masa gi member2 kawin..)...so, I can't resist...so, saya pun try je la dan mmg blur masa buat 1st wedding job..
Makin lama makin ramai yg bertanya sampaikan saya naik bosan. Hehehe...
Kesimpulannya, saya ni sebenarnya "TERjadi" wedding photog secara tak sengaja...

Yang pastinya, this weekend adalah wedding job saya yg terakhir utk tahun ni. Hopefully la...
Saya terpaksa berbuat demikian kerana saya ada 5-6 project under company saya yg saya kena handle starting next month...

Walau apapun, saya tetap akan mengambil gambar bila travel ke mana2...

ridhuan
23rd July 2007, 01:16 PM
well said buntalshoot!

candidsyndicate
23rd July 2007, 01:44 PM
yeah... pokok pangkalnya semua yg buat wedding photography mmg akar umbinya adalah kerana UWANG...
utk tampung idup ada..utk tampung beli lens/aksesori ada.. utk buat upgrade body ada..
itu sbb sebenarnya..

saper yg kata buat wedding HANYA KERANA minat semata2.. orang itu berbohong seribu kali bohong..

pada ese plak..orang yg btol2 buat kerana minat adalah orang yg buat shoot nature ke.. Wild Life ke.. dan hanya focus pada satu benda saja..itu baru kita nampak mmg minat dia btol2 ke arah itu.. sanggup tunggu berhari2 hanya utk sekeping gambar..

setuju dengan ayAres51..!!! jarang2 ada orang turun padang untuk wedding job kerana minat semata2...banyak faktor yang perlu difikirkan untuk mencungkil 'minat' dalam wedding photog ni terutama bab masa dan bab menunggu...kalau bukan sebab...'sebab2 tertentu' nash sendiri pun akan fikir banyak kali untuk turun padang shoot wedding jika untuk minat semata-mata. maaf...tapi itulah hakikatnya...kepada yang dah penah shoot wedding, anda pun tahu betapa hecticnya perjalanan sesebuah majlis perkahwinan... :lol: :lol: :lol:

candidsyndicate
23rd July 2007, 01:47 PM
Ramai jurufoto yg hebat2 bermula sebagai wedding photog..jadi jgn ambil mudah dgn kerjaya ini..jika dah start teruskan, jalan mesti pandang kedepan!!!MERDEKA!!!!

nash jugak setuju dengan pendapat mama zain..!! jalan mesti pandang ke depan..biar apa sekalipun keperitan yang pernah dilalui sebelum ini...!! sekali melangkah ...jangan toleh ke belakang...!!! :D :D

Darmansyah
23rd July 2007, 01:49 PM
kerana upah yg lumayan.
sy..kalo ada duit untk dibayar,baru la turun bw kamera kat orng kawen nih.kalo ternampak sy tak bawa kamera tuh,bermakna sy hanya datang sebagai jemputan.malas nak shoot wedding tanpa duit...duit..duit...kalo sesaja je nak memenatkan.cukup la 10 thn dulu untk shoot wedding tanpa duit.kerana photography ini yg menyara hidup sy selama ini.photography bg sy bkn semata2 wedding untk menghasilkan duit ttp wedding la banyak buat duit untk menyara kehidupan sy sekeluarga.

wallahualam..

nemesis
23rd July 2007, 01:53 PM
saya ada buat survey haritu. dalam 10 org photog, ada sorang je yang buat sebab minat/passion tanpa mengira wang ringgit.

kira kalau secara cincai nye, dalam 10% la buat sebab minat. lagi 90% tu sebab duit.

saya buat sebab lens hehehe.

engku
23rd July 2007, 02:18 PM
saya ada buat survey haritu. dalam 10 org photog, ada sorang je yang buat sebab minat/passion tanpa mengira wang ringgit.

kira kalau secara cincai nye, dalam 10% la buat sebab minat. lagi 90% tu sebab duit.

saya buat sebab lens hehehe.

leh tahu lebih lanjut tak ttg serbey nemesis? camna dpt rumusan camtu. Saya tak pernah jumpa lagi org shoot wedding sbb minat dan passion tanpa mengira wang ringgit.

Org shoot wedding tanpa mengira wang ringgit samada dah tak perlu duit atau saja nak dpt pengalaman kot. hehehe

Tahlah la ni ramai sgt org muda shoot wedding ni. Kadang2 rimas pon ada. hehehehe.. kena banyak update dengan style terkini.

zainzubir
23rd July 2007, 02:31 PM
Engku tulah...Kak Zaing tadi terkebil2 gak bila terbaca ada shoot wedding sebab minat..tapi mungkin yg dimaksukan shoot 2-3 kepin jer kot..bebuat simpanan atau nak ekseng jer (yang terakhir tu kak zaing lah tu.. :oops: )

buntalshoot
23rd July 2007, 03:03 PM
usaha nemesis utk melakukan servey utk mengetahui sejauh mana trend kerjaya wedding photographer tersebut amatlah dipuji. namun demikian jumlah peserta yang terlibat dalam survey yang nemesis lakukan tersebut belum lagi mencukupi untuk dibuat rumusan. Angka 10% itu mungkin nampak besar kerana jumlah survey terlalu sedikit.. tetapi mungkin jika jumlah survey nemesis sudah menjangkau ratusan peserta, saya percaya percentage mereka yang cuma passion sahaja dalam kerjaya ini mungkin hanya tinggal 1% sahaja. mungkin saudara nemesis dapat menerangkan bagaimanakah contoh survey yg saudara nemesis ajukan kepada peserta supaya kita2 disini sama2 dapat berkongsi. adakah mereka terdiri daripada kumpulan senior ataupun beginner? kumpulan? dan kawasan sasaran? semua ini perlu diambil kira supaya maklumat yang dikumpul tidak merugikan usaha kita.

candidsyndicate
23rd July 2007, 03:36 PM
setuju !!! hehehe :D :D :D

nak buat survey kat sini pon dah boleh dah...kan?

suhaimisalleh
23rd July 2007, 04:01 PM
yeah... pokok pangkalnya semua yg buat wedding photography mmg akar umbinya adalah kerana UWANG...
utk tampung idup ada..utk tampung beli lens/aksesori ada.. utk buat upgrade body ada..
itu sbb sebenarnya..

saper yg kata buat wedding HANYA KERANA minat semata2.. orang itu berbohong seribu kali bohong..

pada ese plak..orang yg btol2 buat kerana minat adalah orang yg buat shoot nature ke.. Wild Life ke.. dan hanya focus pada satu benda saja..itu baru kita nampak mmg minat dia btol2 ke arah itu.. sanggup tunggu berhari2 hanya utk sekeping gambar..

setuju jugak... sebab saya bukannya kategori minat shoot gambar kahwin... dulu sedara mara suruh saya shoot gambar anak derang kahwin pun saya tak berminat kerana nyata ia amat memenatkan dan membosankan. saya tidak pikir ada orang yang betul2 berminat membuang masa di kenduri2 kahwin melainkan mengambil peluang utk dijadikan persediaan utk berjinak2 mencari duit dengan menghasilkan portfolio utk pelanggan kelak. yang berminat tu berminatlah... ada jugak rakan yg jenis kategori ini.. tetapi di suatu masa kelak.. dia jugak akan tetap berfikir tentang peluang2 perniagaan dan pelaburan yang telah dia lakukan selama ini... tidak siapa yang mahu melabur aksesori dan kelengkapan beribu2 ringgit semata untuk menjadi jurugambar kahwin secara percuma di majlis2 kenduri orang kahwin melainkan dia seorang yang kaya raya ataupun dia seorang yang sangat mementingkan bajet utk bercita2 membeli lens dengan pergi makan percuma di kenduri2 tersebut...heee :D jadi, sekiranya anda telah bergelar seorang Wedding Photographer samada secara full time atau bebas..pokok dan pangkalnya adalah mencari pendapatan melalui kerja mengambil gambar orang kahwin.. kepada wedding photographer bebas... tiada masa weekend utk dibazirkan semata2 kerana passion kerana mak andam dan tukang khemah orang kawin pun tidak ada istilah passion dalam membuat kerja2 tersebut... kerana setiap kali kita merungut disini kita telah mencerminkan diri kita yang sebenarnya... hatta kita sendiripun selalu merungut kerana terpaksa melayan para pelanggan yang cerewet ttg harga, ttg banyaknya kerja nak mengedit gamba dsb. Jadi bila kita terpaksa berkeadaan seperti ini, tiada masa untuk kita memikirkan passion lagi.... dahulukan passion dalam bisnes... barulah passion dlm mengambil gambar tu lahir dengan sendirinya....

**betulkan saya jika saya salah..ampun yaaa**

setuju ngan abang buntal :D

saya ada buat survey haritu. dalam 10 org photog, ada sorang je yang buat sebab minat/passion tanpa mengira wang ringgit.

kira kalau secara cincai nye, dalam 10% la buat sebab minat. lagi 90% tu sebab duit.

saya buat sebab lens hehehe.

leh tahu lebih lanjut tak ttg serbey nemesis? camna dpt rumusan camtu. Saya tak pernah jumpa lagi org shoot wedding sbb minat dan passion tanpa mengira wang ringgit.

Org shoot wedding tanpa mengira wang ringgit samada dah tak perlu duit atau saja nak dpt pengalaman kot. hehehe

Tahlah la ni ramai sgt org muda shoot wedding ni. Kadang2 rimas pon ada. hehehehe.. kena banyak update dengan style terkini.

jgn laa rimas ngan orang baru cam saya nie bro engku..of coz kena ada skuad pelapis kan..hehehe :D

yang dah otai2 macam engku nie perbetulkan laa kami kalau ada salah dan silap..

pasal style tue terpulang pada client..if client suka stail budak2 muda..then challenge for engku to update with new style nih..sebab yang nak kawen orang muda2..maybe sebab tue kot style dia ikut style orang muda..

maybe bila saya dah umur 30++ nanti..style amik gamba saya orang yang umur muda pada saya tak berapa nak suka dah style tuh..so nanti satu cabaran bagi saya untuk bagi semua lapisan umur suka :D

ok back to the topic..bagi saya..kalau saya amik gamba wedding..rasanya sebab duit or bayaran..tadak masa nak amik free (unless kengkawan or sedara)..sebab letih and penat..awal2 dulu yea laa..letak agak murah..then rasa tak berbaloi plak..sebab letih etc..skrang nie rate dah naik yang bagi saya rasa berbaloi ngan letih..kalau client setuju ada laaa..kalau client rasa melebihi budget dia..mungkin takdak rezeki saya time tue..maybe ada rezeki lain kali :)

kalau ikutkan passion..rasa saya..saya tak minat sgt amik gambaq kawen nie..ekekek :D...amik gambaq nature kaa or gambaq yang suka2 lagi best bagi diri saya..hehehe :D

**betulkan saya jika saya salah..ampun yaaa**

markless
23rd July 2007, 05:11 PM
tull tuh semua..setiap org ada pendapat masing2..bagi aku..wedding photographer ni adalah tempat nak cari wang ringgit..bukan kerana minat atau apa2..sebab buat wedding nie bukan senang..nak kena edit..penat pun ada.. so utk aku..weddding ni hanya la tempat mencari wang, smbil tuh boleh buat beli brang pekakas yang aku minati iaitu kamera..

shamabd
23rd July 2007, 07:17 PM
NEK BELI LENSE takdok pitih. Nak beli body baru... Kena pitih. Gamabr Nikoh la wi pitih. Tak pun event-event yg gitu-gitu.

heroMak
24th July 2007, 06:25 AM
terbukti dari kenyataan di sini bahaya wedding photografi ni dijadikan LUBUK DUIT bagi sesetengah orang. Patutla anak makcik jiran sebelah kampung neighbour tu ketuk2 dinding gaduh ngan mak dia nak naikkan hantaran kawin, mak dia cakapa mahal sangat. Dia cakap, nak bawar photogkawin dah seribu!

Saya tak buat kerana duit. Strictly saya cakap, saya bukan letak duit sebagai matlamat no 1 dalam amik job kawin ni. Awal2 dulu, sewaktu dengan kamera filem, memang saya buat pakej itu, pakej ini dengan harapan utk sara diri sara keluarga. Tetapi bila dah amik gambo2 kawin beberapa kali, saya dapati it's more than money. Then, bila dapat projek dan kontrak yang takde kena mengena ngan kawin ni, saya letak wedding photog ni sbg part time dan kerja fardhu kifayah. Bukan nak kata saya ni alim sangat, cuma setiap kerja yang saya buat, mesti saya kaitkan dengan ibadah. Makanya, photograher wedding ni pun saya anggap satu ibadah saya.

Bila ibadah, kena ada la cara dan rukunnya iaitu yang utama niatnya. Niat utk menyara keluarga dengan mendapatkan duit, fulus,money,pitih dll. Selain menyara keluarga, untuk mendapatkan koleksi lens pun boleh jadi niat. (lagi elok dari tipu duit mak ayah nak beli lens). Niat dan tujuan adalah perkara yang dekat2 sama tapi berbeza. Nazar pula adalah perkara yang lain. (Ada ke yang amik gambo kawin sbb nazar?)

Niat mesti tulus sbb niat ni ada baik ada jahat. Ye la, mana tahu kut2 ada yang nak amik gambo kawin sbb nak amik peluang pada keadaan di mana baju kebaya bukaan dada yang luas pengantin yang tak pakai tudung. Kalu yang pakai tudung tapi jenis belit kat leher n membentangkan bukaan yang 'selesa', ketika posing di atas katil dengan photog amik angle atas. ADUIHHH..cukupla sekali dapat pengalaman gitu. :twisted:

* sori aa kalu panjang, n it seems to be more to a KULIAH SUBUH plops..hehee

Mazrul
24th July 2007, 01:04 PM
Masing-masing punya pandangan dan sebab musabab tertentu dlm bab wedding photografi nih.
Seronok membaca pendapat dan pandangan masing-masing!

Kalau tanya saya, saya buat sekadar utk mengalami pengalaman dan pembelajaran dlm bidang nih.
Dan ianya satu pengalaman yg membuka mata buat saya. Susah senangnya, saya serba sedikit dah lalui.
Memang belum terbuka niat utk menjadi wedding photografer.
Banyak lagi perihal photography yg lain perlu saya pelajari.

Ape-ape pun, photography hanya sekadar hobi mcm kumpul stem, kumpul duit lama tetapi bukan kumpul bini!
Muahahaaha!

buntalshoot
24th July 2007, 01:41 PM
betul tu en.heromak...

untung kalau saper2 buat part time as wedding photog... tapi bagaimana pula kami2 yang menjadikan kerjaya ini sebagai full time photography? jadi kalau begitu tentunya pekerjaan sy sebagai wedding photog ini adalah kerja fardhu kifayah dan kerja sy yg lain seperti membuat design adalah kerja part time? tapi tak jugak yaa.. kerja design saya nie kadang2 berbayar kadang2 tak berbayar....sbb passion dalam bidang ni memang lama... saya tak tahulah yang mana satu betul.... heeee.... sbb saya layan design bila saya rasa idea saya mencurah2 ketika tu.... jadi sbb passion saya buat tanpa mengenakan apa2 bayaran..... kepada freelancer... mungkin job wedding ni tak penting pun.. kerana mereka ada pendapatan tetap... tapi bagaimana kalau anda mengganggap pekerjaan tetap anda itu cuma part time dan wedding itu pula merupakan satu2nya punca pendapatan tetap anda? tentu sekali anda sayang nak tinggalkan pekerjaan tetap kerana disitulah punca pendapatan anda selain dari kerja2 part time kan??? sekarang beritahu saya... adakah pekerjaan tetap anda yang ada jawat sekarang anda lakukan sebagai passion semata2 ataupun atas2 sebab punca pendapatan? kalaulah ia hanya passion semata2, tentu anda tidak kisah tentang soal gaji bukan? begitu juga sebagai seorang yg full time dalam bidang nie... pendapatan dari kerjaya wedding photog itu adalah gaji saya dan tentu sekali gaji saya mestilah dibayar setimpal dengan khidmat yang telah saya curahkan......

terbukti dari kenyataan di sini bahaya wedding photografi ni dijadikan LUBUK DUIT bagi sesetengah orang. Patutla anak makcik jiran sebelah kampung neighbour tu ketuk2 dinding gaduh ngan mak dia nak naikkan hantaran kawin, mak dia cakapa mahal sangat. Dia cakap, nak bawar photogkawin dah seribu!

tapi pada pendapat saya la... kita tak boleh menyamakan nilai hantaran nie dengan meletakkan benchmark bayaran photographer mempengaruhi nilai hantaran kahwin tu... sbb photography adalah salah satu cabang servis yg sekurang2nya pelanggan memilih utk menggunakan khidmatnya. sekiranya pelanggan tidak berminat, maka dia boleh memilih utk tidak melanggan. tak salah kepada seseorang photographer itu meletakan harga servis dan menawarkannya kepada pelanggan selagi rukun perniagaan Islam spt lafaz jualbeli di persetujui antara kedua2 pihak. yang tak dibenarkan bila berlakunya jualbeli yang boleh merugikan kepada pelanggan dan secara tidak langsung melanggar lafaz janji ketika berurusniaga tadi, barulah perkara ini boleh dinafikan. Baru-baru ini kecoh dalam suratkhabar tabloid ttg penipuan seorang pereka fesyen yg menipu pelanggannya (seorang pelakon) yg hendak melanggan khidmat perkahwinan (tempahan baju & katering) utk anaknya sebanyak RM21,000. Jadi ternyata, ada lagi khidmat2 dalam perkahwinan yang lebih mahal dari khidmat fotografi tetapi kenapa seringkali khidmat fotografi ini dinafikan haknya utk wujud dalam market yang sebegini?

Menjadi seorang wedding photographer bukanlah satu perkara yang agak mudah. Semua orang menganggap bila dah ada kamera... orang itu dah bleh jadi wedding photographer... atas individu, jika dia cepat menyesuaikan diri utk menjadi wedding photographer... maka jadilah dia...jika lambat, lambatlah dia... utk menjadi seorang wedding photographer, kita kena bermula dari bawah.. belajar selok belok fotografi dan bila dah mahir sikit, turun padang buat praktikal, selepas itu belaja editing.. masuk kursus itu kursus ini... banyak kos perbelanjaan yg dikeluarkan utk menempatkan diri utk menjadi seorang wedding photographer ini.. yang nak cepat dan gelojoh pun ada... belum cukup ilmu di dada, sudah berani turun padang.. tapi yg tak seronoknya bila ada orang2 yang macam ini langsung tak pernah fikir mahu bersaing secara sihat.... dgn ego yg terlalu tinggi, semakin byk job yg dipulun semakin murah harga yg diberi.. bukan apa... sbb terlalu seronok dan tamak terhadap market.. bila di tanya kenapa murah sangat? aku shoot utk passion... no point utk aku caj sekian2... kalau tinggi jadilah macam korang... melopong ke langit.... kenapa melopong? ingat... kita sekarang sama2 berada dan berurusniaga dalam dunia internet... satu email pertanyaan quotation oleh pelanggan boleh pergi kepada 20 photographer dalam satu2 masa..... so, kalau kena kepada pelanggan yang tak berduit tu, dah sah2 la dia mencari photographer yang mampu menawarkan pakej yang sesuai dengan pakejnya sahaja.... kalau beza skit2 harga tu... takpalah.. persaingan sihat... tpi katakan bezanya macam langit dengan bumi? pelanggan mana yang tak tergodakan? tp pelanggan bila dah dapat yg murah... photog tadi pulak buat hal, time deliver album berbulan2..... sbbnya takde duitt nak rolling dari untung pakej yg dia create tadi... jadi semakin lama... persepsi terhadap wedding photographer semakin buruk... tiada orang yang sanggup melabur sekian2 dan sehingga ada yg menganggap photographer ini tidak penting pun lantas khidmat mereka awal2 lagi diletakkan list bajet yg paling bawah sekali berbanding khidmat2 yang lain.hmmm...

**ampun saya pak jika tulisan saya ini menyinggung bapak2 sekalian...**

hadzleyharith
24th July 2007, 01:48 PM
wah... cam karangan BM SPM jer ni...

p/s: rasanya majoriti dah kata sepakat... so.. apa lagi nak cerita..

buntalshoot
24th July 2007, 01:50 PM
kalau karangan BM SPM... dah lama aku fail F9.... tak ikut format... wakakaka....

liutrawa
24th July 2007, 02:40 PM
kenapa saya suka wedding photography?
kenapa saya suka wedding photography?
kenapa saya suka wedding photography?
kenapa saya suka wedding photography?
kenapa saya suka wedding photography?....

SEBAB DIA BESSSSSSTTTTTTTTTT...
hehehe...
for generate income..

didiz
24th July 2007, 02:40 PM
kerana saya bekerja sendiri.

itu jawapannya.

|kukubesi|
24th July 2007, 03:04 PM
nak tambah skit lagi... heeheheh aku buat wedding sebab nak tambahkan kreativiti aku dalam fotografi.. sebab dapat duit leh la aku beli lens pelik2 eheheheh pastu leh bikin experimen macam2 eheheheeh pastu leh la layan lighting plak ehheeheh besh besh..

wedding ni memang easy money la pada aku..

markless
24th July 2007, 05:17 PM
pendek kata semua ada pendapat dan ragam masing2 tentang wedding photography kan..hehe...semoga korang semua berjaya dalam dunia yang korang ceburi....demi wedding photography..kita bagi lah perkhidmatan yang terbaik utk mereka...

heroMak
24th July 2007, 08:52 PM
en buns.

dalam kaedah motivasi, sesuatu kerja akan dibuat lebih berjaya dan cemerlang jika disertai dengan keghairahan atau passion. apabila kita ghairah, banyak perkara terutama perkara remeh, kita tak peduli bahkan kekadang perkara yang utama gaks.

Oleh itu, saya mengamalkan passion dalam setiap apa yang saya buat dan juga saya membuat apa yang saya ada passion padanya. Sekarang saya menjawat jawatan ahli lembaga pengarah kepada satu syarikat kontraktor merangkap pangarah urusan. Gaji pun boleh tahan tapi staff saya sendiri saya bayar gaji + elaun lebih tinggi dari saya. Pelik tak? Hrmm..bagi saya tak pelik sangat sbb gaji bukan matlamat saya sangat. Saya lihat pada gambaran yang lebih besar (bigger picture). Namun begitu, saya tak nafikan duit yang menjadi keperluan diri dan nafkah keluarga.

Passion boleh datang dari duit. Passion mengambil gambar kawin itu mungkin juga berkaitan dengan duit tapi bagi saya peribadinya tidak meletakkan duit sbg matlamat no 1. Akan tetapi, tak juga menidakkan duit. (setakat arini, pernah shoot kawin free tapi bagi CD je, print sndiri. Ada juga sepupu sndiri saya caj servis tapi diskaun RM50).

Passion itu sndiri luas maknanya. Ada passion yang membutakan mata pada hal2 keperluan seperti duit, tanggungjawab sosial, fardhu kifayah+ain, keperluan keluarga dan lain-lain. Ada passion yang tak sampai tahap buta, celik seadanya. Bahkan ada juga passion yang membuatkan mata terbeliak.

Jadi, jika dikatakan amik gambo kawin sbb passion, define ur level of passion.

* saya hari-hari passion, tak terhad pada malam jemahat saje..hihihihihi

mercizwa
24th July 2007, 09:00 PM
kenapa wedding videographer?

heroMak
24th July 2007, 09:25 PM
sbb wedding photographer gambar tak gerak-gerak. video bleh gerak n bunyik2 hehehe..

- video kos modal bahan lebih murah, takyah cuci. harga jual boleh berganda-ganda-ganda dari harga kos modal. Lebih tinggi pada kos upah editor.

buntalshoot
24th July 2007, 09:32 PM
nampaknya tertuduh2 dah beralih ke sini..

heroMak
24th July 2007, 09:42 PM
aik..sini pun dikejornya kita?

ini betul-betul Tuan PendakwarayaSAKAN ni...

mahkamah kan behenti rehat sketika.. Yang Arif gi buat sample urin tadik.

cgmulia
24th July 2007, 10:46 PM
sekarang saya nak dengar gulungan hujah dari peguambela.. pendakwarayaSAKAN leh rest jap..

kenapa wedding photogrepher????

1. tika itu aku gaji separuh... kena tambah pendapatan
2. tika lening aku masih separuh.. nak sara keluarga..
3. tika kek gi aku dah penuh.. aku nak buat part-time yang lebih serius...

kenapa???

untuk tambah pendapatan bulanan/tahunan... selain dari beli lens/body baru..

nemesis
25th July 2007, 10:11 AM
Salams enche' engku dan enche' bun. survey yang dibuat tu bukan la yang official or gempak2 punye. it's just a survey. tanya2, borak2. selidik2. orang yang disurvey pun tak rasa dirinye disurvey kerena ia sungguh informal.

kenapa 10 orang? kawan saya yang amik gambar bukan ramai sangat. dapat 10 orang pun dah kira best.

10 orang tak melambangkan semua? memang le. takkan 10 orang kita boleh sampai ke conclusion. tapi perjalanan yang jauh bermula dengan satu tapak yang kecil. so survey 10 orang ni baru tapak kecil je hehehe.

tapi tu la. memang betul ada sorang photog ni memang buat kerana passion. dah ku selidik menggunakan pelbagai teknik. last last sampai jua ke penghujung yang dia ni buat sebab passion. wang ringgit tu macam selingan sahaja. tapi nak tau apa perkara yang best nye? gambar dia cantek giler. maybe sebab passion kot.

tapi tu la. sorang je la yang berjaya ku kenal. maybe kalau aku survey 1000 photog, ada chance jumpa dalam 80-99 orang yang passionate habis.

tapi nak survey 1000 photog perlukan passion and sacrifice. so aku takde passion dalam bidang survey and aku tak sanggup sacrifice masa. so 10 orang je la dulu hehehe.

saya ada buat survey haritu. dalam 10 org photog, ada sorang je yang buat sebab minat/passion tanpa mengira wang ringgit.

kira kalau secara cincai nye, dalam 10% la buat sebab minat. lagi 90% tu sebab duit.

saya buat sebab lens hehehe.

leh tahu lebih lanjut tak ttg serbey nemesis? camna dpt rumusan camtu. Saya tak pernah jumpa lagi org shoot wedding sbb minat dan passion tanpa mengira wang ringgit.

Org shoot wedding tanpa mengira wang ringgit samada dah tak perlu duit atau saja nak dpt pengalaman kot. hehehe

Tahlah la ni ramai sgt org muda shoot wedding ni. Kadang2 rimas pon ada. hehehehe.. kena banyak update dengan style terkini.

engku
25th July 2007, 10:26 AM
ooo kira survey kawan kawan je lah eh.

Walaupun kita tembak kawen nak duit, kena ada passion dan minat gak dengan gambar kawin ni. Kalo takde minat sbb duit semata mata, satu masa nanti kita akan jadi boring. Kalo kita minat kita akan cuba amik shot yg kita tengok dpd idola kita. Kita akan wat macam2 supaya gambar jadi cun dan sebagainya.

Mcm makan gaklah. Kalo kita minat makanan kita tu, mesti bersungguh kita makan kan? kalo takde selera, isteri suap pon tak berapa hendak ye tak??

buttet
25th July 2007, 10:39 AM
passion tension la jadinya

sydeen04
25th July 2007, 12:45 PM
sekarang saya nak dengar gulungan hujah dari peguambela.. pendakwarayaSAKAN leh rest jap..

kenapa wedding photogrepher????

1. tika itu aku gaji separuh... kena tambah pendapatan
2. tika lening aku masih separuh.. nak sara keluarga..
3. tika kek gi aku dah penuh.. aku nak buat part-time yang lebih serius...

kenapa???

untuk tambah pendapatan bulanan/tahunan... selain dari beli lens/body baru..

setuju sangat dgn cekgu....! (jangan tampar budak no...)

cgmulia
25th July 2007, 02:13 PM
aku tampar tetap tampar.. tp tampar penuh kasih sayang.. taknak anak2 murid aku rosak....

that y aku dah jadi cikgu yg paling glamer kat sekolah baru nih walaupoun baru sebulan duk sini..

buntalshoot
25th July 2007, 02:31 PM
aku tampar tetap tampar.. tp tampar penuh kasih sayang.. taknak anak2 murid aku rosak....

that y aku dah jadi cikgu yg paling glamer kat sekolah baru nih walaupoun baru sebulan duk sini..

tampar lembut2 tu stail cikgu awww... bukankah kementerian melarang lelaki lembut dan kaki buli menjadi cikgu di sekolah?

cgmulia
25th July 2007, 02:33 PM
bun, ada aku kata aku tampar lembut ker??

wakakakak

buntalshoot
25th July 2007, 02:40 PM
nampaknya kes cg nie ada harapan utk dibawa ke mahkamah... LOL

markless
25th July 2007, 02:48 PM
aku tampar tetap tampar.. tp tampar penuh kasih sayang.. taknak anak2 murid aku rosak....

that y aku dah jadi cikgu yg paling glamer kat sekolah baru nih walaupoun baru sebulan duk sini..

hor..hok tuh less kenang sangat ke cikgu tuh..less nok saing boleh dok..nok wak koleksi..hehe..oh cikgu la idola ku..hehe

zainzubir
25th July 2007, 02:50 PM
semua yang lari dari topik kena hadir mahkamah sesyen tingkat 1, untuk sebutan kes pada hari JUmaat ni...apa??hanty pun kena hadir untuk sebutan kes??isk..hanty dah biasa turun naik mahkamah atas kes2 seumpama..cuma belum jatuh hukum jer... :lol:

cgmulia
25th July 2007, 02:52 PM
aku duduk kat sini jarang marah org... baru nih budak2 ingat aku ni jenis lembut.. diorg 'naik kepala' laa.. apa lagi, jerkah, herdik, tampar semua naik...

siap bgtau " kamu semua jgn ingat cikgu lembut dengan kamu, kamu buleh naik tocang. INGAT! cikgu akan hormati kamu selagi kamu hormati cikgu. jika tidak... ikut korang lah nak jadi apa."

lepas tu siap mai berduyung2 mintak maaf. lepas tu leh gelak2 balik.... pasal aku bila aku marah takat tu je.. tak simpan dlm hati...

kekke..

cgmulia
25th July 2007, 02:52 PM
markless.. aku tak layak jadi idola mu.. bahkan hatta biola sekali pun.

heroMak
25th July 2007, 03:01 PM
cg mmg bukan cutting biola... tabla bleh laa...kakakka

amik contoh CG sbg wedding photog yg start dari bawah. Ada dia cerita aritu, dia start dari zero n tak jemu blaja. Skrg, org plak belaja ngan dia.

Yang sungguhnya, dia biat part time job ni mmg utk duit bagi sara diri n keluarga. Ada waktu tu dia citer, satu musim org kawin, dia dapat pitih yang jumlahnya memungkinkan dia gi umrah.

markless
25th July 2007, 03:42 PM
mang eii..hok tuh dia jadi idola org tuh..hehehe..hok tuh kita kena belajar dari dia tuh...kita patut ikut contoh dia...

desa
25th July 2007, 03:44 PM
cg mmg bukan cutting biola... tabla bleh laa...kakakka

amik contoh CG sbg wedding photog yg start dari bawah. Ada dia cerita aritu, dia start dari zero n tak jemu blaja. Skrg, org plak belaja ngan dia.

Yang sungguhnya, dia biat part time job ni mmg utk duit bagi sara diri n keluarga. Ada waktu tu dia citer, satu musim org kawin, dia dapat pitih yang jumlahnya memungkinkan dia gi umrah.

cg bercerita di mana eh? di FMDC atau di mana? klu d FMDC mohon tunjukkan jalan yaa.. nak baca gakk.. kalau beliau bercerita secara lisan mintak beliau bukukan sbg pedoman bg kami.. :roll:

mohar
25th July 2007, 04:47 PM
ye beetul..memang kita boleh banyak belajar sesuatu benda yang kita tak penah tau..tapi adakah foktor utama dia adalah pendapatan kita

honestly aku cakap less.......bohong la kalau ada sapa2 kata buat wedding photography ni untuk kepuasan diri sendiri dan memenuhkan masa yg terluang..... so bagi pendapat aku la Less, the ultimate goal adalah untuk Pendapatan ataupun nak tambah pendapatan, then yg paling penting jugak at the same time kita boleh improve kita punya photography skill....dan juga duit tu tu boleh support kita punya photography gears purchases :lol: :lol: :lol: ......photography ni salah satu hobby yg expensive wo....just my 2 cents la Less......

hamba setuju dgn pendapat ini...

mohar
25th July 2007, 05:15 PM
aku duduk kat sini jarang marah org... baru nih budak2 ingat aku ni jenis lembut.. diorg 'naik kepala' laa.. apa lagi, jerkah, herdik, tampar semua naik...

siap bgtau " kamu semua jgn ingat cikgu lembut dengan kamu, kamu buleh naik tocang. INGAT! cikgu akan hormati kamu selagi kamu hormati cikgu. jika tidak... ikut korang lah nak jadi apa."

lepas tu siap mai berduyung2 mintak maaf. lepas tu leh gelak2 balik.... pasal aku bila aku marah takat tu je.. tak simpan dlm hati...

kekke..

inilah cikgu yg kita cari...harap2 boleh jadik cikgu gambar kawin ambo...hehehe...mmg minat giler ngan gambar cikgu ni..!

bobot
26th July 2007, 04:48 PM
umanggg... panjang nye.. letih nak membaca.. heheh

kalu di tanya kat aku.. kenapa aku masuk wedding photography... ??

ada beberapa sebab ler...
1) pasal aku betul betul benci photography.. i really really really hate photography... dan aku di cabar...
2) pasal bini aku marah aku dok membazir duit modify kete...
3) anugerah tuhan kepada aku...

- aku di cabar oleh seorang mamat photography yang katanya dia sorang yang hebat... hakk tuihh laa... dan masa tu aku hanya la pencacai (graphic designer) kat tempat dia...

- yang nie no komen... (nanti bini marah.. hehehe)
- anugerah tuhan.. ye kot.. pasal tak semua orang di anugerahkan bakat seni.. betul tak ??

* dan kini semakin lama aku ambil gambar.. semakin timbul minat yang mendalam... nak cerita duit ?? aku bukan nye tak cukup duit.. tapi yupp.. satu bonus jugak ler... displan, komunikasi, pemakaian, masa.. semua tu kene ada kat wedding phot.. yang tak berapa ada kat phot lain.. betoii tak ?? hehe

zainzubir
27th July 2007, 02:11 PM
sini saper lak nak cabar hanty jadi wedding photog??ada brani??manatau dgn cabaran satu hari nanti aunty lebih baik dr wedding2 photog disini :lol: seriously, bukan semua org boleh "menjadi" dgn sahut cabaran...byk faktor2 lain yg membantu spt telah disebutkan disini... :wink: apa wan??aunty concentrate amik kucing dan ayam jer??..okay okay...pusssss pussss meoooooow...manalak menatang ni :oops:

zulz
29th July 2007, 02:36 AM

try laa skali..mana tau bakat terendam tu dapat ditimbulkan....hehehe..jgn time wedding dok amik
gambar ayam ngan kucing dah.....

cgmulia
29th July 2007, 12:30 PM
cg mmg bukan cutting biola... tabla bleh laa...kakakka

amik contoh CG sbg wedding photog yg start dari bawah. Ada dia cerita aritu, dia start dari zero n tak jemu blaja. Skrg, org plak belaja ngan dia.

Yang sungguhnya, dia biat part time job ni mmg utk duit bagi sara diri n keluarga. Ada waktu tu dia citer, satu musim org kawin, dia dapat pitih yang jumlahnya memungkinkan dia gi umrah.

cg bercerita di mana eh? di FMDC atau di mana? klu d FMDC mohon tunjukkan jalan yaa.. nak baca gakk.. kalau beliau bercerita secara lisan mintak beliau bukukan sbg pedoman bg kami.. :roll:

desa.. aku bukan mcm sesetengah org mengwar2kan kisah di sana-sini demi mendapatkan apa2 sebagai balasan termasuk populariti dan nama.
mcm biasaaku hanya bercerita pada sesi TT yg tertentu bagi menaikkan semangat kawan2 untuk terus membina status ekonomi yang stabil dan seterusnya membantu kawan2 lain. ilmu ini umpama wang dilaburkan.. semakin banyak kita labur kan semakin banyak kita dpt.. cuma bukan dalam bentuk wang lah.. mungkin apabila kita nak terokai sesuatu yg baru ita diberi jalan yang mudah untuk menemui cara/kaedahnya.

pasal yg salman cakap ttg wang yg mampu pergi umrah tu mmg benar... ada satu musim tummg aku dpt.. cuma ketika itu, wang itu diperlukan untuk digunakan sebagai penampung perbelanjaan aku ketika di USM dan juga membeli keperluan lain serta membayar segala hutang-hutang kad kredit yang aku gunakan untuk membeli barangan fotografi. selebihnya aku simpan.. bolehlah wat byr roadtax kereta dan beli body baru...

alhamdulillah...

apa pun yng kita buat, tak kiralah demi wang atau minat... kita kena pastikan niat kita betul. niat kita mesti ikhlas.

kadang kala kita akan rugi sedikit mungkin dri segi tenaga kerja.. namun ingatlah.. "hari ini kita mudah kan urusan org, esok lusa pasti ada org yg mudahkan urusan kita tanpa kita sedari "

harap maklum dan sekian ceramah motivasi pada kali ini..
wakakak

cgmulia
29th July 2007, 12:34 PM
aku duduk kat sini jarang marah org... baru nih budak2 ingat aku ni jenis lembut.. diorg 'naik kepala' laa.. apa lagi, jerkah, herdik, tampar semua naik...

siap bgtau " kamu semua jgn ingat cikgu lembut dengan kamu, kamu buleh naik tocang. INGAT! cikgu akan hormati kamu selagi kamu hormati cikgu. jika tidak... ikut korang lah nak jadi apa."

lepas tu siap mai berduyung2 mintak maaf. lepas tu leh gelak2 balik.... pasal aku bila aku marah takat tu je.. tak simpan dlm hati...

kekke..

inilah cikgu yg kita cari...harap2 boleh jadik cikgu gambar kawin ambo...hehehe...mmg minat giler ngan gambar cikgu ni..!

aku tak reti amik gambo.. aku main hantam saja.. ekekek

shamabd
29th July 2007, 07:14 PM

Kalu DOK RETI wakakka.. Paham-paham.. campok je kamera tu kat Pulau Bidong hahaha...

P/S : Sebenarnya CG Mulia ni adalah salah sorang dr Cikgu saya.. Masa saya mula-mula pegang kamera.. dia lah yg byk membantu.... Terim kasih Cg Mulis... Ikhlas dr saya.. Budi mu takkan ku lupa...

desa
29th July 2007, 07:29 PM
sy teringin nak terjun ke bidang photography adalah kerana utk menambahkan pendapatan. dan disusuli dgn minat dan aku sgt enjoy dgn photography..

p/s cgmuliaa pon cikgu kawan jugakk.. :D ilmu CLS yg beliau ajaq masa mola2 aku pegang SB600 masih segar di ingatanku.. Sb600 tu pon beliau jugak yg tolong belikan dan bawak mai dr seberang.. jasamu ku kenang.. check ur pm!

zainzubir
29th July 2007, 09:52 PM
elleh masa nilah memasing nak ngaku cg cekgu mereka...aunty yg tak minta ilmu diturunkan pun masih diturunkan gak pada aunty, tak ekseng pun... :evil: secara jujur, sesiapa yg mengenali cg akan turut bersetuju, cg tidak lokek ilmu..terima kasih cekgu!!

AyAres151
30th July 2007, 09:39 AM
dah lari topic nih...arituh aunty datang mahkamah tak?

sila usulkan pembentangan berkaitan...

Kenapa wedding photographer??

zamm
30th July 2007, 04:14 PM
da banyak lari dari tajuk ni

zainzubir
30th July 2007, 04:16 PM
desa.. aku bukan mcm sesetengah org mengwar2kan kisah di sana-sini
wakakak

ada unsur-unsur bangga diri disini![/quote]

pos pertama zamm yang buat hanty terkebil2 biji mata!!! :roll:

mn
8th October 2007, 03:08 PM
wedding photog dapat menguji tahap dan keupayaan seseorang ambil gambar
so kalau gambar tak elok sure kena marah ngan pelanggan, kalau gambar elok sure org puji
so.. di situ kita tahu tahap dan keupayaan kita mengendalikan DSLR dan juga berinteraksi dgn manusia

Kalau tak buat part time wedding pun susah gak...buat loan bank semataČ nak beli DSLR..
camner nak bayar balik hutang, kalau tak der pulangan modal.. hu hu hu

http://anjungpengantin.fotopages.com

msmacsp
8th October 2007, 03:16 PM
kalau tak rasa terlewat untuk komen kenapa aku berenti keja dan buat wedding photography nie.

photography nie mmg hobi aku dari tahun 95 lagi.. jadi bile aku buat R&D pasal photography nie aku tertarik biler tahun 1998 - 2000 biler ekonomi malaysia gawat yg teramat sgt, baget company2 besar semua kena potong dan mcm2 lagi, perbelanjaan semua difikrkan berpuluh kali. Tapi yg menariknya biler orang sanggup berhabis beribu2 semata2 untuk majlis perkahwinan dan ader yg sanggup cut baget makan tetapi tidak untuk andaman dan foto.

jadi hasil yg saya dapat industri perkahwinan nie boleh buat pulangan yg lumayan rupa2nya... tapi perlukan kesabaran, ketekunan dan proses pembelajaran setiap hari...

zul78
9th October 2007, 06:01 AM
nak beli lens....wah kah kah

anden
9th October 2007, 06:23 AM
ntah la....kenape ye? :roll:

martoza
19th November 2007, 02:24 PM
saje suke2... sebab cantik kot... heeeeeeee.. termasuk la pengantin.. dan segala persiapan diaorg... tu pasal cek suka amik gambo kawin....

Kavalera
27th November 2007, 12:48 AM
hmm.. aku dah baca semua posting dlm thread nih, semua bagus, sebab dan reason yang diberi pun bagus.

Otai otai pun ramai...

Tapi,

Ini jadi photog nih profession professional... maknanya, lagi lama, lagi experience, lagi power skill.. tapi cuba korang bayangkan bila korang umur dah 50 tahun.. nak tangkap job wedding lagi? ataupun satu hari korang jalan jalan pastu BAMMM!! eksiden, jari semua putus.. dahhhh takleh kerja dah. Ataupun senang sikit kalu korang demam la seminggu, masuk spital, haa semua job kena tolak.. kalau dok sebulan kat spital? makan pasir la anak bini. Ini lah malangnya pada job professional. Graphic designer, doctor, engineer, pelukis, photographer dan semua kerja professional ada expiry datenya masing masing.

Aku nih profession graphic designer.. dah 10 tahun.. sama sekolah ngan kukubesi. Dalam satu research, diaorg dapati "umur creative" MAJORITY graphic designer hanya sampai umru 40 jer.. pastu design dia dah obselete, idea dia dah keras. so kita sama sama tengok la didiz, kukubesi, aku dan ramai lagi yang sekarang nih karya ganas ganas (kecuali aku) tengok diorang umur 40 nanti. Kalau diorang tak termasuk dalam golongan MAJORITY tuh, maka hebatla diorang.. tapi kalau termasuk, haaaa masa nih siap la..

SO, photographer sama gak. sampai bila korang nak angkat tripod, lens, kamera dan bagai bagai lagi... sampai umur berapa korang nak meniarap amik low angle? sampai bila? sampai bila? then lepas tu nak buat apa?

kalau photog hobbyist lain la kan... ni yang cari makan nih, sudahnya samada bukak kedai gambar atau bukak warung makan hehehe. Aku tak kenal otai sangat... tapi ada otai sekarang dah ada team yang bekerja bawah diorang. aku tak tahulah itu pekerja diorang atau kawan kerja diorang. Aku rasa otai otai ni sedang prepare hari tua dia. dia create team bawah dia supaya satu hari nanti dia takyah meniarap dah amik low angle.. let somebody else make money for you. So, company nih mungkin akan melangkah jauh lagi dan lama lagi.. tapi itu semua bergantung pada skill management otai tu. Ini bukan cerita urus kompeni.. urus company nih mamak kedai dobi pun pandai.. ini people management.. pendapat aku kalau seorang boss tak dapat manage team dia dengan baik, dia akan berkubur. Tapi mintak jauh lah.. company melayu nih.. kita nak tengok berjaya la kan. Banyak nama hebat lagi yang aku rasa masih lagi bergerak solo... Ability is important but stability is far far more important.

So kita sama sama fikir la.. ini fikir aku.. mod kalau rasa posting aku nih over, silakan tanpa rasa segan silu ko padam jer hehehe.. tak rasa hati punyer heheh.

Jadi, kenapa wedding photographer? sebab wedding ni bagi aku the best place to create contact & network. Ko bukan sahaja jumpa pengantin, tapi ko jumpa ramai lagi jenis manusia dengan berbagai opportunity untuk buat business.

Sekian terima kasih, demikian lah sudah ceramah kita petang ini hehehehehehe.

msmacsp
27th November 2007, 01:46 AM
bro aku kagum ngan ide kau tu tapi aku sedih sebab kau tak berfikir panjang.... kalau kita bekerja sebagai seorang pengurus bank lah katakan sampai umur brp? 55 tahun dah berenti kerja? keja gomen samapi 55 gak? so selepas tu tak makan ke kita anak bini? kalau grafik desinger boleh sampai umur 40 apa beza kerja sendiri atau bekerja dgn company orang? lebih baik company sendiri kita boleh bina empayar atau branding kita....

Memang benar takan umur sampai 40 atau 50 nak amik gambo low angle apa ke semua.. tapi kau terlupa kalau hari nie kau pegang kamera amik gambo adakah 10 atau 20 tahun akan datang masih amik gambo lagi ker? mcm didiz atau kukbesi takan umur samapi 40 atau 50 tahun dia dah tak boleh carik makan? aku rasa pemikiran kau tu terlalu cetek dan terlalu takut dgn risiko?

Kau tanya didiz berapa ramai photographer yg dia ada dibawah foto kawin? kalau sekarang dia seorang photographer dan grafik designer takan 10 20 tahun akan datang dia tak boleh goyang kaki dan biarkan org lain bekerja?

ARKITEK takan sepanjang umur melukis aje? sampai satu tahapkan dia dah ada firm sendiri cuma sign aje.

Contoh macam aku la.... sekarang aku buat full time. aku takde basic grafik dan foto. cuma aku ada basic akaun dan marketing. alhamdulillah sekarang aku dah ada 5 orang photographer umur antara 20 - 25 tahun. dan semua photographer dan aku sendiri ada potongan epf setiap bulan. dan aku sekarang kekadang aje amik gambo, semua anak buah aku amik.dan aku ada seorang grafik desinger part time. so aku rasa sekarang aku bebas bergerak. walaupun taklah semewah mana tapi kalau kena dgn perancangan yg betul semua kerja sama aja.

Ingatlah bro... kalau kita takut dipukul ombak jgn lah buat rumah di tepi pantai...

hadzleyharith
27th November 2007, 07:41 AM
...setuju..dan sedang merancang untuk 10 tahun akan datang...

Kavalera
27th November 2007, 08:21 AM
aik.. bagi pendapat pun kena bantai balik hehehe... ko baca la semula apa aku tulih tuh.. bukan aku ngutuk laa.. ko nih.. aku mengajak kita sama sama merenungkan.. maksud aku untuk ajak berfikir tu ialah supaya semua orang fikir macam ko fikir tu laa.. bagus la ko dah ada planning, dah ada arah tuju, dah ada matlamat. Itu la yang kita nak.. bukan sekadar gi amik gambar wedding semata mata.. sapa kata kukubesi, didiz, ted adnan, shahrin aziz dah takleh cari makan lepas umur 50? saper kata? haaha...

Pemikiran macam ko nih la yang aku nak bawak bebudak ni semua renungkan.. supaya diorang ada jalan dan hala nak tuju. AKu nih graphic designer, tapi aku dok dalam management dan manage 13 company sdn bhd SERENTAK yang berlainan cabang businessnya.. itu aku, abis korang yang lain camner?

Aku risau apa tau, aku risau kawan kawan yang aku kenal hebat hari ni satu hari jumpa dalam keadaan sedih.. sebab telah spent masa lama tanpa sedar masa berlalu. tu jer.

Jangan la kata orang berfikiran cetek... tak baik la cakap macam tu. Posting aku tu untuk trigger orang supaya berfikir. Kau yang dah terfikir dan berfikir bagus la.. tapi jangan blok orang lain dari memikirkan.. sekarang, lepas orang baca posting aku kat atas tu, pastu orang baca reply ko, sure orang setuju dengan ko sebab kita kan suka cari reason untuk sedapkan hati. Perkara nih kita takleh buat reason.. kita kena usaha buat macam ko buat tu.. untuk ko takpe sebab ko dah buat.. tapi untuk orang yang belum buat, dia akan guna reason ko bagi tu walaupun dia tak buat apa apa lagi.. "alah tengok bro tuh, sekarang dia dah ada 5 photog, ada designer.. dia base accounting jer.. bleh hidup aper, " haaa.. kalau dia buat sama macam ko takpe.. tapi kalau dia tak buat dan keep guna reason yang sama sampai bertahun tahun hehehehe.. malang la dia.

hehehe.. ntah la betul ke tak, tapi aku rasa aku lagi berani main ombak hehehe... dah la ye.. jangan panas panas.. tak baik. Kita nak majukan sesama kita.. bukan nak bertanding kan.. so ingat mengingat pun kena gak sesama kita.

mn
27th November 2007, 08:29 AM
owh....! makin rancak topik ni sekarang...

tak perlu nak meniarap atau memanjat utk dpt gambar dari sudut bawah atau atas..
kalau dah selalu pegang kamera... shot pakai agak jer, dah leh dpt gambar yg cantik... tak gitu Hadzley...?

mn
27th November 2007, 08:31 AM
Kavalera... tulis jer.. jgn ingat kena bantai atau kena hentam.. kalau nak maju kena terima kritikan yg macam ni... elok juga sebagai ingatan...

tidak ada siapa yang boleh menghalang usia kita... makin hari makin meningkat... biar usia terus meningkat... jiwa sebagai seorang fotographer tetap muda... hu hu hu..

zulz
27th November 2007, 08:38 AM
makin panas tapi bagus tuk kita berkongsi pendapat...masing2 punya pandangan sendiri...aku pun dah terjebak skang ni...sebab apa terjebak...sebab kengkawan & duit punya pasal... :lol:

trexclanz
27th November 2007, 09:32 AM
makin panas tapi bagus tuk kita berkongsi pendapat...masing2 punya pandangan sendiri...aku pun dah terjebak skang ni...sebab apa terjebak...sebab kengkawan & duit punya pasal... :lol:

zulz, jgn la salah kan kawan2 kekekkekekek
aper khabo?

zulz
27th November 2007, 10:45 AM
zulz, jgn la salah kan kawan2 kekekkekekek
aper khabo?

kengkawan aku x salahkan tapi memuji...hehehe...pasal diorang aku ada side imcome skang....
aku sihat alhamdullilah...baru elok demam balik dr sg petani...shot kawin dlm keadaan demam.... :lol:

msmacsp
27th November 2007, 10:46 AM
bukan emosi apatah lagi marah... ia bergantung kepada penerimaan masing2. ada yg nampak air dalam gelas separuh dan ada yg nampak kosong separuh.

tak kira apa pun kita buat perancangan dihari tua adalah penting selain dpd epf pembelian insurans dan pinjaman asb adalah yg terbaik utk hari tua kita. kalau saya masih bekerja maximum pendapatan saya mungkin rm3500 sebulan itupun ada kenaikan gaji dan pangkat, kalau tak? nganga ajelah...

bro kita kena ingat fotografi nie luas bidangnya. kalau dulu kita photographer mungkin lepas nie kita boleh jadi sifu. dan yg penting kita kena ingat kita BERNIAGA bukan photographer ataupun jurufoto semata, bila sebut berniaga mcm2 benda yg kita boleh berniaga yg berkaitan fotografi nie... contoh lihat ruangan jualan kamera dan aksesori dan rojak kita penuh dgn perniagaan...

Sorry saya bukan nak memperkecilkan sesiapa maaf kalau ada yg terasa... cuma saya cadangkan kita ambila pinjaman asb untuk jangka masa 20 tahun. anggaplah setiap bulan tu adalah simpanan kita. kalau loan 20k bayangkan setiap tahun kita dapat dividen sebanyak rm1400 kalau kita tak ambil dividen tu setiap tahun cukup 20 tahun jumlah yg kita dapat lebih dari rm50k. bukan ke ini perancangan kita biler dah tak boleh amik gambo (kalau nak amik kena pakai shuter lebih 125, coz gigil).

hadzleyharith
27th November 2007, 11:13 AM
tahniah... satu isu yang banyak mengajar dan memberi hala tuju Kita sebagai photographer...

jangan ada yang kechik hari atau marah..anggaplah ia sebagai satu pendapat untuk kita yang kian meningkat umur ni..

p/s: album aku baru jer siap sekethol.... OT..

didiz
27th November 2007, 01:15 PM
well sekarang umur aku baru 25 tahun...
aku pun tengah pikir... dalam masa 5 tahun ke depan atau 10 tahun ke depan..
maybe aku dah leh goyang kaki skit...

sekarang nie pun dah goyang jugak..
cuma skit skit je goyang...

ape ape pun aku tidak bersalah...
aku baca je... huhuhuhuhu...

biasanya orang kerja sendiri ada mission to achieve juga...
sama seperti orang makan gaji...
dan biasanya kami nak achieve perkara tu lebih cepat
daripada apa yg dirancangkan...

life is way to far... but time to fast.

aku pernah comparekan apa yang aku dapat sekarang nie dengan
orang yang makan gaji... tapi aku look down to earth lah..
kalau comparekan dengan pak lah memanglah ape yg aku ada nie tak seberapa sangat.

pada umur 25 tahun aku dah buat comparison...
dengan seorang pakcik yg umur dah cecah 40 tahun.
aku dah berkeluarga.. pakcik tu pun dah berkeluarga..

aku dapat merasa pakai gen2 baru... pakcik tu baru dapat merasa pakai iswara 1.3 baru setelah umur dia cecah 40 tahun.
jadi.. aku rasa syukur dengan apa yg aku ada sekarang...
at least aku tak perlu tunggu umur 40 utk pakai kereta 1st hand.

amin... syukur ape yg ada...

cuma pesanan aku.. korang kena motivatedkan sikit mind bila kerja sendiri nie..
dugaan memang banyak.. risiko jangan cakap... tapi take the risk lah..

heroMak
27th November 2007, 01:23 PM
saya menyokong pendapat yang menganjurkan kita supaya bersedia utk akan datang..
pasal nak amik ASB tu, saya no komen sbb pernah terdengar apa fatwa mngatakan dividen tu tak halal... ??

saudara msmacsp ada mengatakan pasal gaji RM3500 sbulan. Bolehkah saya bertanya, berapa pula pendapatan saudara skrang dari fotografi?
Saya rasa jawapan itu banyak menjawab kepada soalan utama " Kenapa wedding photografer ? "

Pendapat peribadi saya, ini bukan soal duit sangat.. Sbb banyak lagi perkara yang lebih penting dari duit jika kita betul2 menghayati hidup kita..
Saya paling tak suka jika hidup saya menjadi hamba duit..terpaksa kejar duit ke sana ke mari..
Tapi itu pendapat peribadi saya sahaja... :)
Jangan pula disalahertikan..

heroMak
27th November 2007, 01:29 PM
...

kalau comparekan dengan pak lah memanglah ape yg aku ada nie tak seberapa sangat.

cuma pesanan aku.. korang kena motivatedkan sikit mind bila kerja sendiri nie..
dugaan memang banyak.. risiko jangan cakap... tapi take the risk lah..

hihihi..kalu kompare ngan pak lah.. aku rasa aku lagi banyak..
tapi dengan syarat..compare gaji dia dalam goverment la...
jangan compare yang luar2 tu...

pak lah mana nih? hahaha

* malangnya aku bukan full time wedding photographer..tapi bila aku shoot wedding, aku bagi full committment dan full heart. chewwah...

mychronicle
27th November 2007, 01:43 PM
Kenapa Wedding Photographer?

Saya tak tahu sebab I not a wedding photographer.
Tapi apa yang boleh saya katakan..I tabik spring and respect to all the wedding photographer,
Tak kiralah sebab passion atau sebab wang...tanpa wang tiada passion...tanpa passion wang
anda tak akan berganda...fahamkan maksudnya.....
Kenapa saya respect...bukan senang untuk meng'capture' 1001 macam emosi dalam satu perkhawinan..
ke dalam satu album mungkin sebanyak 36 keping gambar sahaja....BESAR TANGGUNGJAWABNYA...
Even walaupun saya telah berkecimpung dalam dunia photography dari tahun 1996...saya masih tak
berani untuk ambik any jobs..even kawan-kawan rapat suruh buat, gambar kau cantik..itu..inilah..I say..."Sorry, Gambar burung boleh, gambar kau khawin sorry..cari orang lain"

msmacsp
27th November 2007, 02:04 PM
bro heromak...

kalau saya kerja mungkin umur 50 baru saya dpt gaji rm3500 sebulan. tapi alhamdullilah saya yg duduk di batu pahat, johor nie boleh dapat gaji sebegitu tanpa tunggu umur 50 tahun.(cuma gaji saya sebagai photographer dan elaun company) dan yg paling best keja seminggu cuma 4 hari sahaja. dan waktu bekerja cuma max 36 jam sahaja. itu cuma di batu pahat, bayangkan kalau mcm didiz round satu lamaya nie...?!!!

putat81
27th November 2007, 03:25 PM
orang kata, "Duit bukan lah segala-galanya".

Ada juga kata, "Duit takkan mampu membeli kebahagiaan kita"

N ada juga menyuarakan, "Pengalaman tidak boleh ditukar dengan duit".

Ini majoriti berpendapat demikian. Amat merendah diri, jujur. tp ramai tak sedar ia makin tenggelam dalam realiti semasa. Dan kerana ramai tak mampu mengakui realiti, maka kita mengatakan orang yang berbuat sesuatu kerana duit adalah orang yang materialistik.

n bukankah ada hadis yang lebih kurang bermaksud, "Kejarlah akhirat seolah-olah kita akan mati esok. dan kejarlah dunia seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi"?

jelas agama tidak melarang kita mengejar duit, tp jangan sampai menjadi hamba duit dan melupakan hari 'esok'. bersedehana dalam semua perkara. itu ajaran agama kita.

so bagi aku,

duit bukan segala-galanya, tp duit dapat memberi aku peluang buat segala-gala yang aku mahu.

duit tak mampu menjamin kebahagian, tp duit dapat menampung aku mencari kebahagiaan n membahagiakan orang lain.

duit memang tak dapat membeli pengalaman. tp duit mampu membuat aku menambah dan mengembangkan pengalaman.

Kenapa wedding?

ada orang kata, jika kita dapat menghadapi cabarang wedding, maka kita mampu menghadapi cabaran cabangan foto lain. sbb?
1. Segalanya bergerak pantas dalam wedding. Orang, moment, masa, pemikiran kritikal, setting, n u just name it....hampir semua ada dalam wedding.
2. Ketahanan fizikal n mental. fizikal sbb kita perlu fit untuk mengejar n sihat tubuh badan. mental perlu mantap sbb kalu pegi dgn fikiran berkecamuk, hampeh jadinya (yang mana sesetengah cabangan foto lain diaorang bleh tunda jika belum bersedia). n ini belum campur dengan keadaan cuaca luar rumah n 'dalam' rumah (pengantin bad mood muka masam mencuka).
3. Mencabar perancangan kita. berapa pantas kita mampu mengubah plan kita mengikut apa yang berlaku. dan wedding memang amat terkenal dengan perubahan mendadak n tanpa notis!
4. cabaran setting kamera. ini akan menguji pemahaman kita tentang kemampuan peralatan yg kita ada.

sbb tu jika dapat survive dalam cabaran ini, maka cabangan yg lain kita akan mampu menghadapinya kerana asas kita sudah ada.

kesimpulan aku,

pasal duit n passion, ianya sama dengan gula dan garam (cam citer P.Ramlee)

kalu terlebih gula, kencing manis jadinya. rosak buah pinggang.

kalu terlebih garam, darah tinggi jadinya. sakit jantung plak nantinya.

so biarlah dua-dua tu balance. baru sedap apa yang kita makan. n badan pun sihat.

pasal wedding, aku wat sbb passion n duit. passion sbb aku nak push kemampuan aku, n duit untuk menampung keperluan perkembangan passion aku.

***rapuan aku di petang selasa kerana aku terlebih garam***

Kavalera
27th November 2007, 04:19 PM
huhu best best.. ok la tu.. semua orang jadi serius dan bagi buah fikiran yang bagus bagus.

Aku rasa jalan ada banyak, tapi paling penting ialah create passive income. passive income ni maknanya kalu kita tak kerja pun company tetap jalan dan business tetap jalan. So kena fikir la cara nak buat kearah tu kan. Aku happy respek fotokawin didiz, aku terpikir ngaperla aku tak buat macam dia..kan.. tapi tu dah rezeki nama dia kan. Kukubesi pun ada genre tersendiri dan aku mmg respek la dia.. tok guru aku tuhhh.

Segalanya bergerak pantas dalam wedding. Orang, moment, masa, pemikiran kritikal, setting, n u just name it....hampir semua ada dalam wedding.

Ini mmg aku sokong 100%.. aku banyak belajar dari wedding nih.

Pendapat peribadi saya, ini bukan soal duit sangat.. Sbb banyak lagi perkara yang lebih penting dari duit jika kita betul2 menghayati hidup kita.. Saya paling tak suka jika hidup saya menjadi hamba duit..terpaksa kejar duit ke sana ke mari..

Huhhh.. nih tok guru aku gak nihhhh.. respek respek! betul sangat tu.

heroMak
27th November 2007, 04:38 PM
uhuhu.. ambe plak jadi tok guru eh... tok guru bab mana tuh hahahha..

elok la kalu dapat duit dari sumber yang halal...

pasni jangan la lupa potong kambing yea lepas musim kawin ni... ajak la member2 FMDC ni..
kalu rasa tak mampu, pakat-pakat la..

best wooo makan kambing bakar...power... hehehe

eh lupa lak...hari raya korban kan dekat... ibadat yang sangat dituntut tu.. :)