PDA

View Full Version : Tempoh Sedia Custom Album



didiz
28th July 2007, 11:22 PM
mari photog-photog wedding dalam fmdc nie kita bincangkan
tentang tempoh sedia custom album dalam konteks yg sebenar.

sabtu (hari ketika aku buat posting ini), aku pergi ke satu
bridal fair (chinese wedding). Berlakon jadi customer.
Aku pun belek pakej-pakej diorang yg bermula dari harga

RM999, 1899, 2399, 2499, 2699, 3699, 6999.

Rata-rata dari pakej rendah ke pakej tinggi,
semuanya custom album dalam pelbagai saiz.

Kemudian aku tanyakan bagaimana dengan coverage
sewaktu event wedding (bridal tu cakap TAKDER, just dia kasi
sewa Gaun aje).

Kemudian aku tanyakan macam mana pula dengan kuantiti gambar
yang akan dapat ? Cuma 25 keping sahaja dalam softcopy CD
(pakej RM 2399)

Kemudian aku tanyakan pula bagaimana dengan tempoh sedia
custom album tu, dengan selambanya amoi cina itu (yg pada
awalnya bercakap Cina dengan aku... hahaha) kata 3 ke 4 bulan.

Aku tanya lagi, kenapa 3-4 bulan, dia jawab "sebab mau design n
print makan masa" Design bukan senang dia cakap. Aku tanya
lagi "kalau bridal chinese lain pun ambil masa 3 bulan juga ke ?",
dia jawab "selalunya begitu".

Jadi persoalan dan perbincangannya disini...
Malay wedding offer 80 - 100 pcs gambar designed dengan tempoh
3 ke 6 minggu sahaja. Cukupkah tempoh ini sebenarnya ?

Benarkah korang rasa tempoh 3 hingga 6 minggu nie cukup ?
Patutkah kita revolusikan tempoh ini untuk kualiti yang lebih baik ?
Berapa tempoh sedia album korang ?

jejaka
28th July 2007, 11:34 PM
PERSOALAN UTK DIFIKIRKAN BERSAMA :-

1- masa menyiapkan custom album
2- jumlah gambar yg diberikan sedikit sangat berbanding harga
3- mcm mana nak naikkan standard sehingga mampu cas begitu mahal walaupun output beberapa item aje..

hehehe..

syahrin
29th July 2007, 02:21 AM
Saya rasa, ramai photographer mlayu pun tak dapat siapkan album dala masa 4-6 minggu..dan ada jugak yg sampai .3-4 bulan.. tergantung pada brp banyak wedding..

China bridal mmg banyak customer.. so, mmg betol la apa mereka ckp tu.. nak design semua makan masa..lagi pun, bukannya satu album..ada banyak album nak kena siapkan..

zulz
29th July 2007, 02:29 AM
PERSOALAN UTK DIFIKIRKAN BERSAMA :-

1- masa menyiapkan custom album
2- jumlah gambar yg diberikan sedikit sangat berbanding harga
3- mcm mana nak naikkan standard sehingga mampu cas begitu mahal walaupun output beberapa item aje..

hehehe..

yup...bagaimana pula ngan customer plak...kalau kita kata 2 minggu pun dah kater lama ni kan berbulan2....

desa
29th July 2007, 08:30 AM
uih lamanya.. klu sy pngantin pon marah klu berbulan2 baru dpt album. :lol: tp rasanya pngantin dpt sticky album dulu kan sblm dpt custom album? kan? sy tak pasti.. x pernah buat dan x pernah hired photog sbb x pernah kawen lg..

cgmulia
29th July 2007, 12:19 PM
betul..

selaku photog wedding yg tak byk wedding pun aku memerlukan masa yang agak lama...

contoh terdekat, pengantin bertarikh 30 jun masih belum siap albumnya.. kena pulak aku yg design, aku yg edit.. aku yg tangkap...

so aku rasa 2 bulan adalah limit yg paling afdal..

ada cadangan lain??

desa
29th July 2007, 12:42 PM
apa kata cg pas kat sy ja utk ngedit2 tu.. hehe.. :lol:

cgmulia
29th July 2007, 12:45 PM
bukan takmo pass desa.. tp ada byk elemen yg aku tekankan supaya ia jadi stail aku sendiri.. lagi pun ko jauh.. meh duk trg lah.. kita bukak syarikat... moh..

hadzleyharith
29th July 2007, 12:55 PM
Saya amat setuju... tempoh 1 bulan ker 6 minggu tu amat singkat untuk menghasilkan beberapa album custom. Tambah la pula saya buat semua dari tangkap sampai la ke album... dan sehingga delivery..

but saya usahakan gak hasilkan dalam tempoh 4 minggu/album.. but sengkang mata ler.. saya amat setuju 6 minggu/album tu.. relex skit.. :D

nak tau gak photog lain buat camna...

desa
29th July 2007, 01:10 PM
averageya sehari brapa muka gambaq hampa boleh edit? dan proses printing(di kilang) biasanya brapa hari?(nak korek skit rahsia, x pernah buat lagi ni)

p/s: cg, chek melawak ja.. x reti lg nk ngedit2 custom album ni.. hehe.

cgmulia
29th July 2007, 01:28 PM
desa.. tak tau lah brape hari satu page.. andai byk idea kadang2 2 page.. kalau takdak idea.. seminggu takdak page lagi...

+ sibuk
+ ngantuk
+ keje2 sampingan lain

buntalshoot
29th July 2007, 02:48 PM
ini bukan citer lawak laa.. ni kira kisah benar...heee...

aku pernah disuruh oleh seorang photog utk menghasilkan album sebanyak 7 biji dalam masa seminggu... malangnya album2 tu, aku hanya mampu
hasilkan satu aje... tu pun siap dalam masa dua hari... yg lain2 tu memang aku gagal la siapkan sbb korang bayangkan dengan beribu2 pic unedited yg terpaksa aku kena pilih dulu angkara salah paham yg timbul antara photog tu dengan client dia... yg jadi mangsa aku laa... so, boleh korang bayangkan tak berapa tensionnya aku ketika tu sehinggakan photog tu(nama dirahsiakan) marah2kan aku kerana lembab dsb.. terpaksalah aku surrender dan pulangkan balik duit2 upah yg telah diberi tu... heeee.... jd rezeki aku memang takde kat situ... apa boleh buat... tp itulah... kadang2 bukan client aje yang tak paham macamana nak wat album nie... kadang2 dikalangan photog kita juga ada yang tak paham atau buat2 tak paham (walaupun dia sendiri wat kerja ntah2 lagi lembab daripada aku..wahahaha...) Jadi, bab2 lambat nie kadang2 kita kena pikir secara rasional dan amik kira dari pelbagai aspek serta impaknya terhadap kastemer... yg penting tidak perlu terlalu cepat dan tidaklah perlu terlalu lewat... bergantung kepada kemampuan kita.... masa yg paling sesuai bg aku 3 minggu tu kira afdal dah... kadang2 ada jugak pengantin yang pokai lepas kahwin.. bila call suruh amik album dia bantai sebulan kemudian baru amik.... heeee.....

candidsyndicate
29th July 2007, 03:07 PM
salam...

dari pengalaman nash sendiri ...mungkin ini boleh dijadikan panduan sikit2...

tempoh 3-4 bulan untuk siapkan custom album macam kedai cina tu buat memang satu nafas lega.... kalau kita dapat buat pulak macam tu dalam arena wedding orang2 kita..

tapi susah jugak sebab mentaliti orang2 kita (walaupun bukan semua ye...) kadang2 kita dah cakap dalam tempoh 1-2 bulan album tu akan siap, pon dua minggu lepas wedding tu dia dah start call or sms, tanya album dia dah siap ke belum coz mak bapak sedara mara semua dah bising...dah tanya...hehehe

selalunya nash akan cakap, boleh... u nak i siap esok pun boleh tapi... jangan menyesal kalau tak cantik...jangan menyesal kalau muka u penuh berparut...berjerawat dalam gambar...i lagi suka kalau u nak cepat...i boleh dapat duit cepat...yes dia terdiam but then dia faham...ada sebab kenapa nash amik masa sebegitu lama untuk siapkan album dia...dan sebenarnya perkara ni semua dah pon nash jelaskan masa mula2 deal dulu...tp biasalah...bila dah excited sangat nak tegok gambar...semua jadik lupa...


bagi nash sendiri..

sebenarnya ada masa... kita perlu ambil kira abiliti kita sendiri dalam sebarang proses menyiapkan album (customize album especially)...coz ia memerlukan masa dalam proses menyiapkannya..

bersekang mata..tak tidur 3 hari 3 malam pon nash pernah lalui keadaan ni semata-mata sebab nak siapkan album (sebab masa tu..nash masih baru lagi dan mulut pun gatal cakap kat customer..."takpe album you boleh siap dalam masa 2-3 minggu) pada hal, macam nash cakap tadi..3 hari 3 malam tak tidur nak siapkan album dia punye pasal..lama2 nash realize..tempoh ni harus di ubah, kalau tak aku akan jadi zombie...hehehe

coz kita hanya manusia bukan mesin... and tak guna kita paksa diri untuk buat sesuatu dalam keadaan letih atau mengantuk sebab hasilnya mungkin boleh jadi kurang memuaskan..

so pada nash to play safe..nash selalu cakap pada customer "album you akan siap dalam tempoh 1-2 bulan...just nice..." samada ya atau tidak...dia perlu sabar... and so far alhamdulillah...mmg boleh siap dalam tempoh yang dah ditetapkan tu...termasuklah retouched, design and print...

satu lagi... nash rasa kita tak perlu takut untuk cakap pada customer yg album tu akan siap dalam masa-masa tertentu mengikut pada abiliti kita...kalau kita rasa yakin kita boleh siapkan dalam tempoh sebulan, kita cakap sebulan kat customer...kalau boleh siap dalam masa 2 bulan...cakap kat customer 2 bulan...mahupun 3 atau 4 sekalipun...

sebab kalau kita ambil sikap menyembunyikan abiliti atau kemampuan kita, semata2 sebab nak jaga hati customer...ataupun kita takut nak cakap kat customer ('sebenarnya album u hanya boleh siap 2 bulan) tapi kita cakap boleh siap sebulan...yes..kita mencari susah untuk kita sendiri...so for me just voice out...jelaskan kenapa..insyallah customer akan faham...

sekian seadanya dari nash... :lol: :lol: :lol:

ps. kreativiti kadang kala tak boleh dipaksa...walaupun untuk menghedit gambar sekalipun... :lol: :lol: :lol:

shaifulrizal
29th July 2007, 08:42 PM
tempoh aku..2-3 bulan..
kalo tanak bagi diorang bising
within 1 week after wedding diorang tu..
bagi la CD...'amik ati' lah kata org
so..kat situ diorang dah suka...

tapi..kena transparent lah..kenapa kita amik 2/3 bulan..
citer lah.....kita bukan deliver kuantiti...kita deliver KUALITI

*yg sedara mara bising tu..diorang ingat kita buat sticky biasa..tu sebab diorang bising..so..kena la soh si pengantin explainkan

desa
29th July 2007, 08:53 PM
eh bukankah pakej custom disertakan bersama dgn sticky album bagi mengiringi custom album yg terkenal dgn harganya yg tinggi? aku rasa, better deliver 1st sticky album yg just shoot n print, then baru bg yg custom album.. maybe certain photog ja kot yg wat camni?

shaifulrizal
29th July 2007, 08:58 PM
0ohh..tidak en desa..saya tak buat sticky..dlm pekej saya pon takde sticky
unless kalo ada org mintak

AyAres151
30th July 2007, 09:10 AM
desa.. setengah orang buat custom + sticky.. setengah orang yg dah pergi jauh ke depan.. dorang dah tak buat lagi dah sticky.. dan ada yang baru starting.. mmg dorang cuma buat sticky saja.. tak tentu bisnes wedding ni.. ikut apa photog tuh sendiri nak offer apa.. yg Shoot Sahaja pun ada..

btw.. apa yg didiz utarakan ni.. ese berpendapat mmg sama lah.. rata2.. around 1 - 2 month lah masa sesuai utk deliver album... kalu below than sebulan tuh singkat sangat.. nak pilih2 gambar dan edit2 pun tak sempat..
kalu 1 customer jerk mmg bleh sempat tapi kalu ada banyak customer... pinau bijik mata..

zulz
30th July 2007, 09:20 AM
ok menarik ni...macam mana plak pada pihak pelanggan....adakah mereka setuju nak tunggu sehingga 2 bulan tuk tgk gambar kawin diorang....masalah ni pernah berlaku...baru seminggu pihak pengantin dah call tanya pasal gambar...itu baru
seminngu..kalau sebulan mau diketuknyer pintu umah tu...

mamantaro
30th July 2007, 09:49 AM
semua ni mentaliti..
dah dibiasakan mcm tuh. dpt lak yg sesetengah photog yg jenis "shoot and print" lg le demam bg yg buat custom album.
sebab rasanya nk generate idea utk custom le yg paling lama utk custom mcm yg cg ckp....

AyAres151
30th July 2007, 09:51 AM
mengikut apa yang di tulis oleh kawan kita sebelum ni..
sebarang urusniaga perlu ada akad nya.. iaitu persetujuan jual dan beli...

i mean in term of agreement.. jika pada awal2 kita deal dan bgtau awal2.. album akan siap in at least 2 month... JIKA DIA STUJU.. maka seharusnya/sewajibnya dia memahami akan terms tersebut dan harus sabar menanti atas persetujuaan yang terlaksana..

Jika yang sibuk2 tanya tuh.. maknanya kita mungkin tak gitau awal2 kot album akan start editing in 2 week, start design in 2 weeks.. start printing in 2 weeks dan bla bla.. maka dia pun anggap lah photog tuh balik umah.. pilih2.. then antar cuci..

yang penting.. communication 2 ways dan persetujuan dalam terms yang di nyatakan..

itu pendapat saya zulz..

didiz
30th July 2007, 10:01 AM
salam, kekawan photog semua, saya dah tambah poll utk dipilih,
jadi korang votelah tempoh yg paling sesuai.

dan hasil daripada keputusan vote itu boleh kita jadikan panduan
timing yang benar-benar sesuai utk siapkan custom album serta
menjadi salah satu terma N syarat photog masing2.

desa
30th July 2007, 10:10 AM
yg blom pernah wat custom album tu x yah la vote ya. sbb kita tak rasa lagi mcmana.. so biaq yg dah berpengalaman yg vote brapa minggu ideal utk depa. klu aku vote sbg customer of course la 4 minggu. lg cepat lg bagus. :lol:

engku
30th July 2007, 12:07 PM
Bagus tol Didiz bukak topik ni. Saya baru pening kepala semlm nak siapkan album sbb janji 3 minggu. ekekeke. Sabo je lah ingatkan leh siap sbb takde album lain nak siapkan tetapi rupa rupanya memakan masa lebih dari itu. Kena explain kat client supaya dia faham dan tak kecik hati.

Mcm kitaorg, dah bagi CD resize gambar utk diaorg pilih gambar dlm 200 keping utk album custom tu. Masa tu client kena bayo full dah. So kadang2 client amik masa utk pilih gambar tu. TAk kisahlah kan sbb dah bayo (ekekkeke) Pastu biasanya dlm 1 bulan kot siapkan album custom tu.

Album sticky dah tak main. Mula mula tu adalah. 4R ke 8R ke tak de dah. Nak cuci sendiri pasni lepas bagi CD high res.

Ari tu masa gi bridal show nak gak tanya tapi dah bawak 2 anak cam tak logik lak nak berlakon single. ekekkee

didiz
30th July 2007, 12:44 PM
syahrin aziz
"ramai photographer mlayu pun tak dapat siapkan album dala masa 4-6 minggu.."

cgmulia
"selaku photog wedding yg tak byk wedding pun aku memerlukan masa yang agak lama... "

hadzleyharith
"hasilkan dalam tempoh 4 minggu/album.. but sengkang mata ler..
saya amat setuju 6 minggu/album tu.. relex skit"

buntalshoot
" masa yg paling sesuai bg aku 3 minggu tu kira afdal dah"

nash - candidsyndicate
"kalau kita rasa yakin kita boleh siapkan dalam tempoh sebulan,
kita cakap sebulan kat customer...kalau boleh siap dalam masa 2
bulan...cakap kat customer 2 bulan...mahupun 3 atau 4 sekalipun..."

shaifulrizal
"citer lah.....kita bukan deliver kuantiti...kita deliver KUALITI "

ayares
"around 1 - 2 month lah masa sesuai utk deliver album... kalu below than sebulan
tuh singkat sangat.. nak pilih2 gambar dan edit2 pun tak sempat.. "

"JIKA DIA STUJU.. maka seharusnya/sewajibnya dia memahami akan terms tersebut
dan harus sabar menanti atas persetujuaan yang terlaksana.."

mamantaro
"semua ni mentaliti.. "

engku
"takde album lain nak siapkan tetapi rupa rupanya memakan masa lebih dari itu"

|kukubesi|
30th July 2007, 01:47 PM
2 bulan heheeheeeh

didiz
30th July 2007, 02:05 PM
vote la KB

zainzubir
30th July 2007, 02:30 PM
bukan takmo pass desa..tp ada byk elemen yg aku tekankan supaya ia jadi stail aku sendiri.. lagi pun ko jauh.. meh duk trg lah.. kita bukak syarikat... moh..

pass kerja kpd org lain atau out-sourcing dalam satu ayat mudah... Done properly, is a powerful business enabler; done badly, it can be a nightmare. :wink:

*bukan maksud keatas Desa, secara umum kerja yg dipass kpd sesiapa juga...

engku
30th July 2007, 05:01 PM
bila di pass kat orang ni dia akan timbul banyak masalah lain kecuali kita pass kat bini kita. Kadang2 lari sikit dari kronologi (sbb guna 2 kamera atau lebih).

Macam yang diceritakan oleh Buntalshoot. Tidak dapat tidak pilihan ini adalah yang terbaik untuk melancarkan proses menyiapkan album. Kena latih dan amik sedikit masa utk dia tahu mcm mana output yg kita nak.

liutrawa
30th July 2007, 05:33 PM
aku ingat ..
kalau part time..mmg dapat siapkan kurang 2 bulan..
tp kalau fulltime...pastu buat kerja sorang2..kompom...lebih dari 2 bulan kot..
so positifnyer....strategi meningkatkan produktiviti n kualiti akan menjadi lebih dinamik...
itu pasal fulltime fotografer pong boleh hidup senang....

apis
31st July 2007, 11:59 AM
aku ingat ..
kalau part time..mmg dapat siapkan kurang 2 bulan..
tp kalau fulltime...pastu buat kerja sorang2..kompom...lebih dari 2 bulan kot..
so positifnyer....strategi meningkatkan produktiviti n kualiti akan menjadi lebih dinamik...
itu pasal fulltime fotografer pong boleh hidup senang....

:D ..
mana ada liu..
aku part-time ni pun tak sempat siap..
wed 070707 tu pun tak sentuh lagik customnyer..

bayangkan..

8.00-5.00 - dah tentu office hour.. takkan balik keje nak terus ngadap pc kan?? bawak anak jenjalan petang2 tuh.. pastu malam bini lak ajak g beli2 barang.. kul 10 jawabnya ngadap pc.. dah on jer pc.. bukak jer file gambar.. ADUH!! AKU NAK BUAT CENE NI?? :D

kingmarul
31st July 2007, 12:16 PM
kalau aku....
eeemmmm....
on pc...
pastu....
banyak la nak edit ngan pilih niiii .........
pastu....
tidoooo dulu aaaa...
besttttttttt.....
:twisted:

buntalshoot
31st July 2007, 12:21 PM
kalau aku....
eeemmmm....
on pc...
pastu....
banyak la nak edit ngan pilih niiii .........
pastu....
tidoooo dulu aaaa...
besttttttttt.....
:twisted:

stuju ngan kingmarul...
tu pasal gamba yg aku shoot utk dia... aku burn CD dan kasik dia sebulan kemudian....

kingmarul
31st July 2007, 12:29 PM
kalau aku....
eeemmmm....
on pc...
pastu....
banyak la nak edit ngan pilih niiii .........
pastu....
tidoooo dulu aaaa...
besttttttttt.....
:twisted:

stuju ngan kingmarul...
tu pasal gamba yg aku shoot utk dia... aku burn CD dan kasik dia sebulan kemudian....

wakakakakakaka..............
pasal susah sgt nk set appoinment ngan org2 HEBAT cam ko bun....
dah jumpa pun tak dpt gak lagi....
kena set lagi appoinment...
thehehehehe...
fuh..susah tul VVIP FMDC nih rupenyeee....
:twisted:

nemesis
31st July 2007, 07:45 PM
1 bulan
delegate

bobot
1st August 2007, 12:23 PM
hmm.. aku paling lama pon 3 minggu proses.. itu pon kalau event tu 3 hari.. kalu event sehari.. seminggu dah siap dah.. apa apa pon tengok album jenis apa pulak dia nak.. kalau 8r 22 keping tu.. memang standart seminggu je.. kalau magajin... story board.. memang makan 2 -3 minggu.. tapi so far aku tak pernah lebih sebulan ler... kesian penganti wooo... tapi ada jugak pengantin yang nak cukup bulan..heheh..

aku rasa benda nie kat diri sendiri dan cara kerja... kalu jenis tangan atas tangan nie.. memang lama la...

buttet
1st August 2007, 12:38 PM
iyer ka tangan atas tangan nie bobot :P

bobot
1st August 2007, 03:04 PM
hehe.. tangan atas tangan nie maksud nye... editing orang lain.. print lagi.. nak cari album lagi... nak meng-leminet lagi.. hehe.. tu yang makan banyak masa tu.. kene lak client yang nak memilih gambar sendiri lagi la makan masa... dedulu camtu ler.. sekang nie semua dah ada sendiri.. tu yang leh jimat masa banyak.. start dari ambil gambar sampai la jadi album.. semua sendiri bikin.. untung pong sendiri yang punya.. huahauuha....

buttet
1st August 2007, 03:07 PM
huhuhu caya la bang ada mesin print gambar sendiri

nauzer
25th March 2009, 12:02 PM
Klu anta print kt ko bley ka bobot?? hehehe