View Full Version : Kedah vs Perak
azryshah
5th September 2007, 02:18 PM
Asyik2 tgk bola luar negara jerk, apa kata sesekali kita tgk plak bola sepak tempatan walaupun kurang menyengat.
Pasukan Kedah bertemu sekali lagi dengan pasukan Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil.
Jom ramai2 penuhkan stadium :lol: Apa komen anda
Oleh Azizan Hashim
DUA jaringan Mohd Khalid Jamlus pada babak pertama sudah mencukupi buat Perak menumpaskan Sabah 2-1 pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, sekali gus memastikan mereka bertemu Kedah di final, Sabtu ini.
Jaringan pemain itu pada minit ke-10 dan 39 menyaksikan Perak layak dengan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pertemuan pertama di Tawau, 1 September lalu.
Oleh Bashah Zainol Abidin
KEDAH terus memburu impian menggapai tiga piala musim ini apabila menewaskan Terengganu 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Hasmawi Hassan terus menjadikan kedudukan selesa buat Kedah apabila rembatan kencangnya pada minit ke-29 mengesahkan kemaraan mereka ke perlawanan akhir dengan agregat 2-0. Kedah yang seri 0-0 perlawanan pertama akan bertemu Perak di final pada 8 September ini.
msharq
5th September 2007, 02:35 PM
final biasa kat stadium bukit jalil kan?????
moh ler pgi......moh
azryshah
5th September 2007, 02:43 PM
Ye bang, diorang buat kat Stadium Bukit Jalil.. :lol:
Daeng_Jati
5th September 2007, 02:53 PM
Tu dia, Kejo Yop Kejo...
mr_bun
5th September 2007, 03:58 PM
yaaa yob4ever
setakat dah penah gi final yg melibatkan perak kat bukit jalil 2 kali
1 kali menang, 1 kali kalah.
mudah mudahan kali ni menang la kut..heheh
bigbrother
5th September 2007, 04:00 PM
pulun .. pulunnnn... pulunnn habihhh.. hehe.. xder tiket free ke? hehe
kingmarul
5th September 2007, 04:02 PM
Kedah pantang kalah..
walau sakit jatuh dan rebah...
fuhh...nk pasang la balik kang lagu ni....
:twisted:
desa
5th September 2007, 04:03 PM
hui pnyokong perak ja ni.. x leh jd ni.. chek org Kedah.. pantang kalahhh.. hangpa nk p ka? aku pon maybe nk p gak kot.. leh la lepak skali ngan geng perak.. tp aku pki baju ijau kuning.. keke
Lagu Kedah
KEDAH!!!!!
YAKINKAN LAH DIRI SENDIRI,
BERJUANG SEJIWA MURNI,
TEKUN BERANI SESUNGGUH HATI,
DEMI SUKAN MENGHARUM NEGERI,
BIAR JASA JADI KENANGAN,
HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN,
JELAPANG PADI TEMPAT SANJUNGAN,
NEGERI KEDAH DARULAMAN,
KEDAH KEDAH PANTANG KALAH WALAU SAKIT JATUH DAN REBAH,
BANGUN LANTAS SEMULA GAGAH,
MUJUR LALU MELINTANG PATAH,
HIJAU KUNING TANAHKU NEGERI KEDAH NEGERI KU..
OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-...
KEDAH JUARA!!!
KEDAHLAH JUARA!!!
OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE-OLE...
putera_pawaka
5th September 2007, 04:06 PM
Kedah pantang kalah..
walau sakit jatuh dan rebah...
fuhh...nk pasang la balik kang lagu ni....
:twisted:
Perak pulak pantang berundur sebelum ajal..
biar habis keringat..biar habis nyawa..perak takkan mengalah..
biar aper yg datang...walau FRU sekali pun..Perak x kan rebah..
biar sekandang babi kat melaka tu datang pun perak takkan tewas...ekekekeke
nfirdaus
5th September 2007, 04:06 PM
8hb Sept Malam tu ada job di Subang Jaya pula, melepas la pulak nak tengok...hampeh!
azryshah
5th September 2007, 04:07 PM
tak per, penyokong Kedah ke.. penyokong Perak ke.. penyokong Selangor ke opppss kita still rakyat Malaysia, jom boley gak kita TT kat Bukit Jalil lepas tu hahaha :lol:
buttet
5th September 2007, 04:24 PM
jom geng kedah kita pie histeria kat stadium..
YAKIN KAN LA DIRI SENDIRI
BERJUANG LA SEJIWA MURNI
TEKUN BERLATIH SESUNGGUH HATI
DEMI SUKAN MEMAJU NEGERI
Daeng_Jati
5th September 2007, 04:26 PM
Lagu Perak Plak...
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Ole, ole, ole....
Perak juara, Perak juara...
Perak maju lagi....
Ole... ole...ole.....
kejo yop kejo...hei
perak darul ridzwan namanya perak
warna putih kuning dan hitam perak
lalalala kejo yop kejo
lalalala harapan peminat
lalalal untuk kejayaan
kejo yop kejo hei
kubu kita janganlah bocor perak
bior sampeikan lutut kendo perak
lalalaala kejo yop kejo
lalalala hanya pada meke
untuk kemenangan
kejo yop kejo hei, lanyak dema buat tempoyak
tengok tengok tu dema lari perak
kejo kejo yop terus kejo perak
lalala kejo yop kejo
lalala perak darul ridzwan
pastikan berjaye
kejo yop kejo hei....
yop jage pintu gol tu yop jage
lanyak deme macam belacan
lalalalaa......lalalala.....
sorak sorak dengan gemuruh perak
kami pasti beri semangat perak
lalala kejo yop kejo
lalala tentukan juara
lalala untuk negeri perak
kejo yop kejo hei....
azryshah
5th September 2007, 04:30 PM
Jom pakat ramai kasik Jem jalan KL plak hahahaha
dR ali
5th September 2007, 04:31 PM
walaupun kawan org Pahang...
tapi utk final PM nih... kawan sokong tim Perok....
kejor Yob kejor... :D
zulz
5th September 2007, 04:31 PM
x sokong mana2 pasukan sebab setia sebagai anak jati selangor..... :lol:
Daeng_Jati
5th September 2007, 04:40 PM
Seladang Fan Club Daerah Manjung mane...?
berape bas nak bawak?
Gendang berape banyak nak bawak?
'Kejo Yop Kejo selogan kami, Ole Ole Perak sudah mari'
trexclanz
5th September 2007, 05:06 PM
final biasa kat stadium bukit jalil kan?????
moh ler pgi......moh
hheheh amboi... Shakiq.. hang nak pi ka? aku insya'allah akan menghadirkan diri kat sana
trexclanz
5th September 2007, 05:11 PM
walaupun kawan org Pahang...
tapi utk final PM nih... kawan sokong tim Perok....
kejor Yob kejor... :D
Caya la Dr.
Skor Yop Skor...
Jumpa kat Bkt Jalil...
trexclanz
5th September 2007, 06:15 PM
Jualan tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2007
Tempat: Stadium Perak, Ipoh.
Hari: Jumaat [7hb. September 2007]
Masa: 9:00am ~ 12:00pm & 2:30pm ~ 6:00pm
Harga Tiket: Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) RM5.00 Dewasa RM20.00
Tempat: Wisma FAM Kelana Jaya
Hari: Jumaat [7hb. September 2007]
Masa: 10:00am ~ 12:00pm & 2:30pm ~ 4:00pm
Harga Tiket: Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) RM5.00 Dewasa RM20.00 Grand Stand RM40.00
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Hari: Jumaat & Sabtu [7 & 8hb. September 2007]
Masa: 11:00am ~ 6:00pm
Harga Tiket: Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) RM5.00 Dewasa RM20.00 Grand Stand RM40.00
*Info daripada : http://www.yob4ever.com/
azryshah
5th September 2007, 06:28 PM
trexclanz.. ko jadik agen ulat tiket ke :lol:
trexclanz
5th September 2007, 06:47 PM
trexclanz.. ko jadik agen ulat tiket ke :lol:
ulat? muhauha ulat buku ader la...
bukan ulat la.. aku ni pun penyokong jer..
heheh
silmi
5th September 2007, 06:56 PM
trexclanz.. ko jadik agen ulat tiket ke :lol:
ulat? muhauha ulat buku ader la...
bukan ulat la.. aku ni pun penyokong jer..
heheh
Jaga ulat2 ya, kalau jumpa pijak teruih, semalam kat stadium darulaman (KEDAH-GANU) ada ulat jual tiket RM10 jadik RM25, sebab tiket dah habis pukoi 12 tengahari lagi, kawan terpaksa beli jugak, 2 tiket RM50 rabak poket waaarghh. FAM tolong tengok2 kan la ya, jangan biaq sorang beli sampai 2-3 puloh keping.
PULUN KEDAH PULUN.. EN Desa.. tak teracun ka? aku akt KL ari jumaat .. tak mau booking tiket.???
trexclanz
5th September 2007, 07:04 PM
trexclanz.. ko jadik agen ulat tiket ke :lol:
ulat? muhauha ulat buku ader la...
bukan ulat la.. aku ni pun penyokong jer..
heheh
Jaga ulat2 ya, kalau jumpa pijak teruih, semalam kat stadium darulaman (KEDAH-GANU) ada ulat jual tiket RM10 jadik RM25, sebab tiket dah habis pukoi 12 tengahari lagi, kawan terpaksa beli jugak, 2 tiket RM50 rabak poket waaarghh. FAM tolong tengok2 kan la ya, jangan biaq sorang beli sampai 2-3 puloh keping.
PULUN KEDAH PULUN.. EN Desa.. tak teracun ka? aku akt KL ari jumaat .. tak mau booking tiket.???
AKU BUKAN ULAT... JGN PERCAYA CAKAP AZRYSHAH TUH...
AKU PENYOKONG JER.. AKU BELI KAT IPOH JER.. HARI SABTU TERUS PI STADIUM...
buntalshoot
5th September 2007, 07:33 PM
kali ni aku sokong team Kedah.... team Perak pun aku sokong... tu pun kalau Kedah dah kena 2-0....
Selamat Berjaya kepada pasukan yg bertanding... heee :D
azri
5th September 2007, 10:35 PM
kedahh..kedah pantang kalah..
walau sakit jatuh dan rebahhhh :D :D
hatemaster
5th September 2007, 10:57 PM
kejor yob kejor
harap perak dpt sekat hasrat Kedah utk dpt treble..mane bole jadi nih
fauzibaie
5th September 2007, 11:37 PM
Ala Perak, bagi can lah Kedah menang treble.
Kalau team Perak kasi can Kedah menang, aku belanja teh tarek satu stadium.
amacam jadik? 8)
kedah.. kedah pantang kalah.
mudme
6th September 2007, 08:39 AM
sapa nak p nih??
bole la tolong beli tiket skali..
hehehe...
jom p ramai2..
azryshah
6th September 2007, 08:55 AM
Perlawanan yang diibaratkan buku bertemu ruas. Sesi membalas dendam Perak dimana pemain Kedah ramai pemain2 muda manakala Perak mempunyai pemain yang berpengalaman. :lol:
LIMA kali bertemu, setiap pertembungan itu hanya dipisahkan dengan jurang satu gol. Lantas, aksi final Piala Malaysia di antara Kedah dan Perak, Sabtu ini, menjelmakan hakikat betapa sukarnya untuk membuat ramalan.
Kedah punya kelebihan psikologi kerana daripada lima aksi musim ini, anak buah Azraai Khor Abdullah menang tiga daripadanya. Tetapi Steve Darby dan pemain kepercayaannya mampu dibuai keyakinan kerana memenangi aksi terakhir, 26 Mei lalu.
Lebih menarik, Kedah punya misi istimewa melengkapkan pencapaian gemilang tiga piala - selepas memenangi Liga Super dan Piala FA.
Buat Perak, aksi di Stadium Nasional, dua hari lagi, menjelmakan peluang untuk melangsaikan dua dendam terpendam terhadap Kedah - kekalahan 0-1 pada pusingan pertama Piala FA dan keciciran dua mata dalam senarai kedudukan akhir Liga Super.
Kebetulan, pertemuan Kedah-Perak ini juga tambah unik kerana ia menandakan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan akhir sejak edisi sulung kejohanan berprestij itu pada 1921.
“Apa yang pasti, final kali ini bakal menyaksikan aksi menarik Kedah dan Perak. Kelebihan Kedah ialah pemain mudanya ketika Perak punya ramai pemain berpengalaman.
“Saya juga melihat final kali ini sebagai pertentangan di antara dua penggerak tengah yang berwibawa, Nelson Sam Martin untuk Kedah serta Ahmad Shahrul Azhar buat Perak,” kata jurulatih TMFC, Wan Jamak Wan Hassan.
Jurulatih kebangsaan, B Sathianathan mengulangi pendapat sama betapa pertentangan sengit bakal disaksikan, tetapi jurang kemenangan tetap akan kecil seperti lima pertemuan sebelumnya.
“Ia pertemuan di antara dua pasukan terbaik musim ini dan kedua-dua pasukan berhak beraksi di final selepas melepasi halangan masing-masing di peringkat kumpulan dan separuh akhir.
“Kedua-dua pasukan juga mempunyai penggempur yang baik, Kedah dengan Marlon (Alex James) dan Perak pula menyandarkan harapan kepada Khalid Jamlus yang berjaya mempamer bisanya musim ini.
“Namun seperti perlawanan-perlawanan akhir sebelum ini, saya berpendapat sukar untuk kita mengharapkan jaringan besar dari kedua-dua pasukan,” kata Sathianathan.
unle.limy
6th September 2007, 09:00 AM
kedah 3 - Perak 0.... hehehehee Tk terkejorrrrr yobbbbb!!! :twisted:
pepehal ako sokong kedahhhhhhh!!!
putera_pawaka
6th September 2007, 10:38 AM
kedah 3 - Perak 0.... hehehehee Tk terkejorrrrr yobbbbb!!! :twisted:
pepehal ako sokong kedahhhhhhh!!!
Perak 3 - Kedah 1....
desa
6th September 2007, 10:45 AM
Kedah 2 - Perak 1
mudme
6th September 2007, 11:51 AM
kedah 3 - kedah 3 - kedah 3...
eh.. bila nak perak plak nih..??
hehehe
iezach
6th September 2007, 01:08 PM
Bior ape tejadi. Teman sokong PERAK!
Dari dulu lagi, masa PERAK tangga tercorot. Teman sokong.
Sokong tetap sokong.
azryshah
6th September 2007, 03:29 PM
Fakta..
Perak layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia bagi kali ke-18.
Perak muncul juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali iaitu pada tahun 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000.
Selain itu, skuad Seladang pernah menjadi naib juara dalam 10 penyertaan pada tahun 1923, 1951, 1959, 1960, 1961, 1964, 1971, 1972, 1974 dan 2001
didiz
6th September 2007, 03:43 PM
confermnye perak menang... muahahaha...
kingmarul
6th September 2007, 04:02 PM
yg dh lepas tu biarlah berlalu.....
dikala ini hanya menantikan saat dan ketika...
milik siapakah empunya Piala itu
Kalau tak Kedah, pastinya Hijau Kuning....
jika bukan, pastinya Jelapang Padi....
Jika tidak, manakan ada Pulun Kedah Pulun....
Yang pasti, aku tetap sokong Perak....
sokong supaya Perak kalah....
huahuahuahuahuahuahuahua
azryshah
6th September 2007, 04:09 PM
:: Tapi memang aku tak nafikan Kedah berada diatas trek yang betul..
:: Pemain2 muda diorang cukup berani.
:: Cuma harap Sabtu nie kedua2 pasukan memberikan saingan hebat
:: Ala2 Chelsea vs MU masa Piala Carling tempoh hari huahuahuahua
kingmarul
6th September 2007, 04:33 PM
:: Tapi memang aku tak nafikan Kedah berada diatas trek yang betul..
:: Pemain2 muda diorang cukup berani.
:: Cuma harap Sabtu nie kedua2 pasukan memberikan saingan hebat
:: Ala2 Chelsea vs MU masa Piala Carling tempoh hari huahuahuahua
tima kasih kerana memuji...
barisan Perak juga tidak kurang mantapnya,....
:twisted:
mudme
6th September 2007, 04:34 PM
jom2.. sapa yg p tgk final nnti nih??
kita tgk keputusan kt stadium nnti..
sapa yg KENA!!!..
Luie
6th September 2007, 04:37 PM
Ni kalau aku jadi orang tengah ntuk buat bet best ni...
Kayo~~ Kayo~~
Ahaks~~
Apakan daya..
Aku Penyokong Gergasi Merah... :wink:
azryshah
6th September 2007, 04:47 PM
Ni kalau aku jadi orang tengah ntuk buat bet best ni...
Kayo~~ Kayo~~
Ahaks~~
Apakan daya..
Aku Penyokong Gergasi Merah...
sedara.. bila nak balik perak hahaha
yuzin
6th September 2007, 04:59 PM
Pertemuan yang menarik :lol: :lol: :lol:
Pertemuan Kuda2 Tua( perak) tapi ada byk pengalamnan dengan pemain2 muda(kedah) pengalaman kurang.
kita tgk Muda ker tua @ pengalaman ker tak....bola tu bulat :D
Eagle_Eye
6th September 2007, 05:01 PM
Dgr Berita Sukan Kat Radio Pg Td...
Penyokong Perak X Cukup Bas Nak Dtg Bukit Jalil...
Sbb Bas Byk Di Booking Utk Membawa Pelatih PLKN...
Apa2 Pun... Pulun Kedah Pulunnnnnnn...
Kedah 2 - Perak 1...
Eagle_Eye
6th September 2007, 05:04 PM
Pertemuan yang menarik :lol: :lol: :lol:
Pertemuan Kuda2 Tua( perak) tapi ada byk pengalamnan dengan pemain2 muda(kedah) pengalaman kurang.
kita tgk Muda ker tua @ pengalaman ker tak....bola tu bulat :D
Senang Jek...
Mcm Skuad Kebangsaan Gak...
Antara Skuad Senior Dan Junior Mana Lg Bagus...
Tentulah Skuad Junior...
Skuad Senior Dah Pancit Masa Second Half... :D
desa
6th September 2007, 05:06 PM
Dgr Berita Sukan Kat Radio Pg Td...
Penyokong Perak X Cukup Bas Nak Dtg Bukit Jalil...
Sbb Bas Byk Di Booking Utk Membawa Pelatih PLKN...
Apa2 Pun... Pulun Kedah Pulunnnnnnn...
Kedah 2 - Perak 1...
hal yg sama jugak berlaku kat Kedah ni.. smlm jenuh kami dok cari bas.. dipahamkan, setiap daerah diperuntukkan 2 biji bas.. peruntukan ada, bas plak xdak.. adoi.. ada kelab pnyokong kat Kedah ni booking berbelas2 bijik bas.. tak bagi can kt org leng.. huhu
silmi
6th September 2007, 05:07 PM
Dgr Berita Sukan Kat Radio Pg Td...
Penyokong Perak X Cukup Bas Nak Dtg Bukit Jalil...
Sbb Bas Byk Di Booking Utk Membawa Pelatih PLKN...
Apa2 Pun... Pulun Kedah Pulunnnnnnn...
Kedah 2 - Perak 1...
hal yg sama jugak berlaku kat Kedah ni.. smlm jenuh kami dok cari bas.. dipahamkan, setiap daerah diperuntukkan 2 biji bas.. peruntukan ada, bas plak xdak.. adoi.. ada kelab pnyokong kat Kedah ni booking berbelas2 bijik bas.. tak bagi can kt org leng.. huhu
aku dok habaq kat hang dah.. jom naik ketapi... panjang leh naik ramai... atas bumbung pun leh naik , hang tak tgk cita tamil ka? Jumpa kat stadium aaa...
farina_ariffa
6th September 2007, 05:12 PM
Kedah 3 - Perak 2
Saya sokong Kedah.. Anak Kedah musti mau sokong Kedahnyer.. hehe.. :D
mudme
6th September 2007, 05:18 PM
Pertemuan yang menarik :lol: :lol: :lol:
Pertemuan Kuda2 Tua( perak) tapi ada byk pengalamnan dengan pemain2 muda(kedah) pengalaman kurang.
kita tgk Muda ker tua @ pengalaman ker tak....bola tu bulat :D
yuzin jom..
mlm tu tgk skali..
kalau aku sempat dpt tiket la..
hehehe..
azryshah
6th September 2007, 05:19 PM
amboi farina... sokong kedah yeek, bukan pakwe org perak ke lalalalala... :lol:
yuzin
6th September 2007, 05:23 PM
Pertemuan yang menarik :lol: :lol: :lol:
Pertemuan Kuda2 Tua( perak) tapi ada byk pengalamnan dengan pemain2 muda(kedah) pengalaman kurang.
kita tgk Muda ker tua @ pengalaman ker tak....bola tu bulat :D
yuzin jom..
mlm tu tgk skali..
kalau aku sempat dpt tiket la..
hehehe..
aku confirm pi punya....aku dok ngan geng HKC......
tiket paper kata jual sabtu pagi pkl 11...kena cargas awai nie
azryshah
6th September 2007, 05:25 PM
jom reramai kita serbu stadium kalau tak dpt tiket kita TT kat luar stadium jerk :lol:
Luie
6th September 2007, 05:30 PM
Alamak Bro Azryshah...
Jgn lak beliau buat roadblock kat Sitiawan time raya ni sbb tak kasi gue balik kampung...
Hu.. hu.. hu..
Baiklah.. Demi atuk gue yang berada di Ayer Tawar sana!!
Glory Perak Glory~~
Hui~~~
Akahs~
azryshah
6th September 2007, 05:39 PM
Hahaha.. gurau2 jerk abang Luie :lol:
farina_ariffa
6th September 2007, 05:41 PM
amboi farina... sokong kedah yeek, bukan pakwe org perak ke lalalalala... :lol:
na na na na.. :wink:
mudme
6th September 2007, 05:47 PM
Pertemuan yang menarik :lol: :lol: :lol:
Pertemuan Kuda2 Tua( perak) tapi ada byk pengalamnan dengan pemain2 muda(kedah) pengalaman kurang.
kita tgk Muda ker tua @ pengalaman ker tak....bola tu bulat :D
yuzin jom..
mlm tu tgk skali..
kalau aku sempat dpt tiket la..
hehehe..
aku confirm pi punya....aku dok ngan geng HKC......
tiket paper kata jual sabtu pagi pkl 11...kena cargas awai nie
woo.. kena p awai la camtu..
ingat esok dh start jual..
takpa..
aku try..
try srh member aku..
hehehe..
Luie
6th September 2007, 05:49 PM
Kita saksikan samada seladang akan makan padi sampai lebam
@
Sawah padi kasi tenggelam sama seladang sedalam-dalamnya sampai lebam
Terus menerus dari Stadium Bukit Jalil bersama saya...
Luie Abidin Rawop..
Zas~~
Kacheh~~
azryshah
6th September 2007, 05:52 PM
Seladang memang suka berkubang kat bendang hehehe :lol:
Daeng_Jati
6th September 2007, 07:21 PM
nah, ni lagu Kejo Yop Kejo versi panjang....
hayatilah bersame.
http://www.youtube.com/watch?v=5HKYg-I-Gos
Kejo Yob Kejo!
Daeng_Jati
6th September 2007, 07:40 PM
Jom semarakkan lagi, lagu Kejo Yob Kejo versi Pendek;
KEJO YOB KEJO SELOGAN KAMI
OLE OLE PERAK SUDAH MARI
PUTIH KUNING HITAM LAMBANG NEGERI
SEMANGAT JUANG ADE PADA KAMI
LANGKAH KAMI LANGKAH SELADANG
SIAPA DATANG AKAN KAMI TENTANG
KAMI TEMPO HABIS HABISAN
KAMI PERAK DARUL RIDZUAN
http://www.youtube.com/watch?v=jrhhAlfUfP4
trexclanz
6th September 2007, 07:49 PM
Barisan Kemungkinan Perak...
http://img503.imageshack.us/img503/4323/peraksabah04sep07gj7.jpg (http://imageshack.us)
http://img503.imageshack.us/img503/4323/peraksabah04sep07gj7.3c3cc7540d.jpg (http://g.imageshack.us/g.php?h=503&i=peraksabah04sep07gj7.jpg)
Perak akan bermain bersungguh - sungguh.. Pengalaman dari pemain2 Perak akan digunakan bagi membawa pulang Piala Malaysia ke Ipoh.
Barisan Kemungkinan Perak :
1. Nasril - tangkap bola mcm ada gam kat tangan (ala2 cicak man...)
2. Khairi - berjanggut, tapi mmg TERBAIK..(nampak lembut, tapi keras...!!!)
3. Kukoc - pemain import yang sentiasa menghargai penyokong PERAK
4. Nantha - cool n smart
5. Azlan - smart n baling bola line out mmg power, silap2 boleh masuk ke dalam gol..
6. Yusri Che Lah (YCL) - Perancang utk kucar - kacir kan pihak lawan..
7. AA (Ahmad Shahrul) - Midfielder yang terbaik MALAYSIA!!!!
8. Wirat (Danial Fadzly) - Winger lari mcm lipas kudung.. (ambik free kick mmg POWER)
9. Arul (Shahrul Nizam) - pengumpan bola yang baik utk striker (Pemain Malaysia tu...)
10. Keita - Penyerang berpasangan dgn KJ..
11. KJ (khalid Jamlus) - penyerang yang bakal memusnahkan harapan Kedah..
Sub :
12. Surendren - SuperSub (lari pecut 100m bawah 10saat ; Mcm lipas kudung)
13. WSK (Wong Sai Kong) - Supersub ; boleh main Defendmidfielder.....
14. Chan Wing Hoong - Ambik free kick levelnye kurang sikit jer dari Roberto Carlos
mypokcik
6th September 2007, 08:14 PM
Barisan Kemungkinan Perak...
http://img503.imageshack.us/img503/4323/peraksabah04sep07gj7.jpg (http://imageshack.us)
http://img503.imageshack.us/img503/4323/peraksabah04sep07gj7.3c3cc7540d.jpg (http://g.imageshack.us/g.php?h=503&i=peraksabah04sep07gj7.jpg)
Perak akan bermain bersungguh - sungguh.. Pengalaman dari pemain2 Perak akan digunakan bagi membawa pulang Piala Malaysia ke Ipoh.
Barisan Kemungkinan Perak :
1. Azryshah
2. Daeng Jati
3. Mr. Bun @ Mapley
4. Putera Pawaka
5. Trexclaz
6. Hatemaster
7. iezach
8. Didiz
9. Favr3
10. Antujahat
11. JanggutTouch
Sub :
12. Mypokcik
Amacam...ada berani..... ?:D
markless
6th September 2007, 08:30 PM
na na na na terengganu kita..hehehe....jumpa tahun depan la plop..nasib tiada..wak guaner
trexclanz
6th September 2007, 08:31 PM
na na na na terengganu kita..hehehe....jumpa tahun depan la plop..nasib tiada..wak guaner
Takpe markless.. Ganu main baguih.. cuma LUCK tak der jer...
markless
6th September 2007, 09:37 PM
tull tuh trexclanz..hehehe..terengganu tak ada luck je..masa main dekat stadium terengganu..2 kali tiang gol jadi penyelamat pasukan kedah..biasa nya kalau final dekat bukit jalil je..kalau ada perak..ada la terengganu..ada terengganu ada la perak..tapi tahun nie...kedah ngan perak plak..huhuh..
LensaHijau
6th September 2007, 10:50 PM
Hidup PERAK... kasi gegor itu stadium....
mzaidi
6th September 2007, 11:06 PM
Pulun Kedah Pulun
Biar jasa jadi kenangan
hijau kuning lambang kemegahan
kami penyokong setia hijau kuning mengharapkan Piala Malaysia kembali ke bumi permai ni
fauzibaie
6th September 2007, 11:27 PM
pulun Kedah pulun 8)
Daeng_Jati
7th September 2007, 07:20 AM
http://i153.photobucket.com/albums/s222/DaengJati/perak5pd.gif
Daeng_Jati
7th September 2007, 07:40 AM
http://i153.photobucket.com/albums/s222/DaengJati/kejoyopkejo.gif
Kejo bola tu Yob!
Jangan bagi tumpo barisan kite
azryshah
7th September 2007, 08:21 AM
Barisan Kemungkinan Perak :
1. Azryshah
2. Daeng Jati
3. Mr. Bun @ Mapley
4. Putera Pawaka
5. Trexclaz
6. Hatemaster
7. iezach
8. Didiz
9. Favr3
10. Antujahat
11. JanggutTouch
Sub :
12. Mypokcik
pergh... nama2 besar tu hahahaha
tak sampai separuh masa pertama tamat, saya dah tamat dulu :lol:
aji
7th September 2007, 10:01 AM
Ini adalah kenyataan terbuka yang membuat Dato' Ahmad Basri digantung oleh FAM hingga 14 Mac 2005
Tiada peminat bola sepak membantah perhatian utama diberikan terhadap memartabatkan bola sepak negara kita di arena antarabangsa. Semua penyokong yang cintakan sukan ini akan terus menanti dan tetap menunggu saat pasukan bola sepak negara kita muncul semula setanding dengan pasukan gagah di Asia khusus di kalangan mereka yang dahulunya menjadi lawan seimbang dalam pertandingan serantau.
Selanjutnya...
Korea Selatan sudah lama meninggalkan kita, diikuti Jepun dan beberapa negara Asia Barat dan akhir-akhir ini jiran sebaya yang hampir serupa iaitu Thailand. Selepas negara mencapai merdeka dan daripada sejak munculnya Pesta Bola Merdeka hingga awal 1980-an, pasukan bola sepak Malaysia amat dihormati dan nama-nama seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun serta ramai lagi sering menggegar dan menggerunkan pemain Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi, apatah lagi Thailand. Kita bertaraf dunia dan layak ke Sukan Olimpik Moscow serta Munich ketika itu.
Bola sepak Malaysia hanya boleh dibaiki jika semua mereka yang mempunyai kedudukan untuk merancang dan melaksana dapat serta sanggup memainkan peranan lebih sistematik, bijak dan berani. Selagi mereka tidak tampil memikir secara lebih berhemat, prihatin dan sensitif serta merancang secara adil dengan penekanan yang seimbang, kita akan terus digugat oleh helah yang berat sebelah dan tidak menepati keutamaan.
England mempunyai Liga Perdana membabitkan 38 perlawanan semusim tanpa mengambil kira Piala FA dan lain-lain pertandingan serantau. Liga mereka begitu menarik. Sentiasa dibanjiri penonton, menjadi rebutan kepada penaja dan meraih pulangan amat lumayan melalui hak siaran telivisyen. Gaji seorang pemain utama mereka lebih dari cukup untuk menampung gaji semua pemain profesional Liga M anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Begitu jugalah liga utama di Sepanyol, Itali, dan beberapa negara terkemuka bola sepak dunia. Dengan begitu panjang musim bola sepak mereka di samping pasukan bercuti di musim panas, mereka masih bijak dan mampu menguruskan pertandingan mereka dengan penuh berjaya tanpa terpaksa mengorbankan kemeriahan liga selain menyediakan pasukan negara dalam pertandingan antarabangsa, walaupun Piala Dunia.
Kalau mereka dapat menguruskan dengan baik dan berkesan kenapakah kita, dengan pertandingan yang jauh lebih kurang bilangannya, terpaksa merosakkan kemeriahan liga utama kita itu dengan memisahkan pemain utama untuk berlatih dengan pasukan kebangsaan di luar negara hanya untuk menghadapi pertandingan yang lebih wajar dianggap sebagai sebahagian daripada latihan?
Walaupun dalam persediaan untuk pertandingan kelayakan Olimpik, tidak bolehkah kita memikirkan pendekatan yang lebih pragmatis dan prihatin tanpa sikap tidak peduli langsung untung nasib pasukan yang bersaing mempertahankan maruah, serta harapan penyokong dan peminat setia yang sentiasa mengharapkan prestasi terbaik.
Tidak mampukah FAM merencanakan program yang membawa kesan positif kepada liga profesional tempatan dan juga pasukan kebangsaan sebagai satu pendekatan timbal balas dan saling bantu membantu?
Maafkan saya kalau saya katakan bahawa FAM tidak mampu melakukannya. FAM tidak mempunyai mereka yang mempunyai masa, dan bagi yang ada masa pula, tidak mempunyai perasaan dan keupayaan untuk mempastikan ianya dilakukan.
Mereka tidak mampu menjana serta melaksanakan perancangan untuk menjayakan liga profesional tempatan di samping meningkat kualiti pasukan negara cara seimbang dan bertimbal balas. Mereka pandai menyalahkan pihak lain dan sering menghukum daripada membakar semangat dan komitmen melalui motivasi dan insentif yang menjadikan pemain kita hangat dan dahaga untuk bersaing mengharumkan negara.
Di kalangan mereka lebih ramai yang menghalang daripada tampil membuat saranan berani demi untuk negara. Buktinya ialah kemerosotan yang dibuai selama dua dekad. Mungkinkah kita disuruh tunggu lagi atau akan munculkah pemikiran dan tindakan terhormat memberi laluan kerana telah sedar dan sudi menerima kegagalan.
FAM akan hanya boleh dikatakan berjaya dan hebat jika Liga M berjaya menarik kehadiran puluhan ribu penonton dan tajaan berjuta, dan hasil daripadanya memartabatkan pasukan negara ke tahap yang sama-sama kita boleh bangga dan megah, sekurang-kurangnya setanding dengan yang terbaik di Asia, iaitu sebagai satu takrifan gemilang yang sehebat status dan kedudukan ibu pertiwi di kalangan negara yang maju serta dihormati.
Saya katakan ianya boleh dilakukan tetapi tidak dilakukan. Saya katakan dengan apa yang berlaku kepada liga kita sekarang, FAM telah merosakkannya di samping gagal membangunkan pasukan negara dengan cara yang benar-benar berkesan dengan memelihara semua kepentingan.
Janganlah dituduh tidak patriotik hanya kerana lantang berterus terang. FAM harus bertindak lebih bijak, lebih prihatin, lebih bertimbang rasa tanpa mengorbankan untung nasib dan sumber kerjaya pemain profesional kita tetapi sebaliknya wujudkanlah suasana persaingan yang hebat seimbang melalui pengurusan yang bijak serta bimbingan yang berkesan.
Keadaan tentulah hebat dan menarik serta amat berfaedah sekiranya liga kita sering dibanjiri penonton, direbut penaja, disiar media secara meluas. Amat menyedihkan jika liga tercemar akibat kehilangan pemain utama bagi pasukan yang bekerja keras membangun pasukan masing-masing dan pencapaian pasukan negara pula tidak seimbang pengorbanan dan kerosakan yang berlaku itu.
Saya yakin dan percaya FAM akan mempunyai alasan dan helah penuh emosi tetapi tidak mempunyai jawapan yang praktikal dan meyakinkan. Entahlah, mungkin jurulatih pasukan negara lebih berpengaruh daripada pemimpin dan petugas yang tidak mempunyai masa.
hadiena
7th September 2007, 10:14 AM
terima kasih bro aji
akhirnya saya dapat baca kenyataan yang menyebabkan dato' ahmad basri digantung dulu tu..
azrgrafix
7th September 2007, 10:16 AM
insyallah kedah menang....
kedah 3 - perak 1
azryshah
7th September 2007, 10:20 AM
:: saya setuju dgn kenyataan terbuka yang dibuat oleh aji tu oopppss oleh Dato Ahmad Basri tu :lol:
:: Ni ader satu lagik kenyataan yang membekar semangat para penyokong kedua2 pasukan
Marlon-Hasmawi, Keita-Khalid jadi tumpuan
Oleh Hamdan Saaid
EMPAT watak penting, Marlon Alex James dan Hasmawi Hassan buat Kedah serta Keita Mandjou dan Khalid Jamlus buat Perak bakal menjadi tumpuan utama pada final Piala Malaysia antara dua negeri Utara itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Keempat-empat pemain itu menjadi tunjang utama kemaraan pasukan masing-masing yang bertemu dalam final piala tertua dan paling berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah 86 tahun pertandingan walaupun tidak menafikan sumbangan pemain tengah, pertahanan dan penjaga gol.
Mungkin tidak ramai menyedari, di kalangan empat penyerang utama itu sudah menghasilkan sejumlah 102 gol dalam tiga pertandingan utama tempatan musim ini - Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Di antara keempat-empat pemain itu, James, bintang import dari negara Kepulauan Caribbean, St Vincent & The Grenadines, menjadi jaguh dengan kutipan 38 jaringan diikuti Mandjou 30, Khalid 23 dan Hasmawi sekadar 11 gol.
Dari segi perbezaan antara kedua-dua gandingan itu, tidak jauh berbeza dengan Mandjou-Khalid lebih unggul 53 gol berbanding lawannya James-Hasmawi yang mengumpul 49 jaringan.
Namun Perak sekadar beraksi 39 perlawanan musim ini (hanya bermain satu perlawanan dalam Piala FA) berbanding Kedah yang sudah bermain sebanyak 45 perlawanan tidak termasuk saingan malam esok.
Perak juga mendahului secara keseluruhan dalam saingan Piala Malaysia dengan 32 gol (termasuk penjaring gol lain) berbanding Kedah yang kekurangan dua gol sahaja. Kedua-dua pasukan beraksi 14 perlawanan dalam pertandingan itu.
Lantaran, persaingan untuk menentukan jentera serangan pasukan mana paling berbisa bakal ditentukan di Stadium Nasional malam esok, dengan jangkaan lebih 70,000 penonton akan memeriahkan suasana final penuh gemilang.
Di kalangan empat pemain itu, Khalid, yang menyumbang tiga gol buat Perak menyingkirkan Sabah pada separuh akhir, mungkin paling berpengalaman dengan jaringan pada babak final sekalipun ianya bukan final Piala Malaysia, tetapi Piala FA.
Dia membantu Perak menundukkan Terengganu 3-0 pada final Piala FA 2004 di Stadium Nasional dengan dua gol dalam masa tambahan. Mandjou turut berada dalam kesebelasan utama pasukan Seladang itu tetapi dia dikawal ketat dan gagal menyumbang sebarang gol.
Kejayaan pasukan Bawah 23 Tahun negara menjuarai Pestabola Merdeka di Shah Alam sembilan hari lalu turut dikatakan satu faktor penonton akan kembali ke stadium ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencetak 81,000 tiket bagi memenuhi permintaan.
kingmarul
7th September 2007, 10:26 AM
Aji : POLITIK yg hancurkan bolasepk Malaysia...
sikap keterbukaan tak boleh dilakukan dlm badan induk FAM...
sapa berani nak buat cara open minded, sila bawak BABI...baru selamat...
alamak...MOD...sori ter OT...
apa pun Dato' Ahmad Basri lah yg membangunkan bolasepak kedah
di era pertengahan 80 an hingga layak ke final 4 kali berturut2...
dan menang ke atas Singapura...
Dato Ahmad Basri begitu komited dan menekan kan pembangunan
bolasepak di peringkat remaja lagi, dan Kedah adalah negeri awal
yg ada akademi bolasepak sendiri sebelum FAM memaksa setiap
persatuan bola turut buat....
tp idea, karisma dan bakat semulajadi Dato dperlekehkan FAM
kerana mereka menganggap mereka hebat (atas nama)....
semua org masih menyokong malah masih menjemput Dato utk muncul
dalam mana2 media....atas sbb apa??? tentu pengalaman beliau...
kalau lah dia jd pengurus Arsenal ke....Newcastle ke...Man City ke...aku
rasa dah top dato kita nih....tggl lagi dia nih cuba pulihkan bola Malaysia je...
,mmmmmmmmmmmmmm...entahlah......
:evil:
zilzals
7th September 2007, 10:32 AM
walaupun teman ni org selangor..tp..
teman lahir kat teluk ansoon...hangpa sume tau ke?teluk intan...
jadi teman ngn bangganya sokong peghok....glory glory glory...ehh..kejor yob kejor..
tanduk_seladang
7th September 2007, 10:37 AM
walaupun teman ni org selangor..tp..
teman lahir kat teluk ansoon...hangpa sume tau ke?teluk intan...
jadi teman ngn bangganya sokong peghok....glory glory glory...ehh..kejor yob kejor..
wah, kampung teman tu.. jejak kasih ler kita :lol:
kingmarul
7th September 2007, 10:38 AM
walaupun teman ni org selangor..tp..
teman lahir kat teluk ansoon...hangpa sume tau ke?teluk intan...
jadi teman ngn bangganya sokong peghok....glory glory glory...ehh..kejor yob kejor..
kalau dh lahir teluk ansoon tu, maknanya org perok lee...
yg kome ngaku jd org selangor tu nape...
kome hilang akey kee...isk isk....nk jd perok murtad ni...
sib baik tak ngaku org Changlun...kalau tak ..mmmm...
tatau lahhh.....
:twisted: :twisted: :twisted:
mudme
7th September 2007, 10:38 AM
http://img180.imageshack.us/img180/4134/dsc6421rm7.jpg
Skuad Hijau Kuning..
pasukan yg bakal mengucar-kacirkan..
team perak mlm nih...
hehehe
aji
7th September 2007, 10:47 AM
Dgr Berita Sukan Kat Radio Pg Td...
Penyokong Perak X Cukup Bas Nak Dtg Bukit Jalil...
Sbb Bas Byk Di Booking Utk Membawa Pelatih PLKN...
Apa2 Pun... Pulun Kedah Pulunnnnnnn...
Kedah 2 - Perak 1...
kalau betul-betul fans bola
tadak bas
paling koman pun dia naik ketapi
ttthehe
kingmarul
7th September 2007, 10:50 AM
Dgr Berita Sukan Kat Radio Pg Td...
Penyokong Perak X Cukup Bas Nak Dtg Bukit Jalil...
Sbb Bas Byk Di Booking Utk Membawa Pelatih PLKN...
Apa2 Pun... Pulun Kedah Pulunnnnnnn...
Kedah 2 - Perak 1...
kalau betul-betul fans bola
tadak bas
paling koman pun dia naik ketapi
ttthehe
alah...kalau dieHardFan, naik moto dlm semlm pun dh sampai....
alasannnnnn..............
ye ke aji....
aku nk gak gi stadium weiii...tp kena jaga anak.....
alasan gak ke?????
:evil:
Daeng_Jati
7th September 2007, 11:40 AM
Weh, moh dereh moh, kite kasi gamat stadium Hitam, Kunin, Puteh...
sar
7th September 2007, 02:39 PM
Pasukan YOB boleh menang!
http://www.yob4ever.com/wallpapers/007_s.jpg
favr3
7th September 2007, 03:39 PM
sayang perak...:)
http://i3.photobucket.com/albums/y64/favr3/8450659.jpg
arulz
7th September 2007, 04:39 PM
di sebabkan mak teman org perak...teman pun bkl dpt duit zakat perak.....so...jd org perak ler teman sabtu nih...uhuhuh :lol: :lol:
mudme
7th September 2007, 04:55 PM
di sebabkan mak teman org perak...teman pun bkl dpt duit zakat perak.....so...jd org perak ler teman sabtu nih...uhuhuh :lol: :lol:
oo... mcm tu ka???
ayah aku org perak..
mak aku kedah..
aku duk kedah...
perak cuma lalu ja sblm sampai KL..
aku tetap sokong KEDAH..
wakakakaka :twisted:
arulz
7th September 2007, 05:00 PM
di sebabkan mak teman org perak...teman pun bkl dpt duit zakat perak.....so...jd org perak ler teman sabtu nih...uhuhuh :lol: :lol:
oo... mcm tu ka???
ayah aku org perak..
mak aku kedah..
aku duk kedah...
perak cuma lalu ja sblm sampai KL..
aku tetap sokong KEDAH..
wakakakaka :twisted:
ko tu kalo sokong perak plik la kot...ckp dh pekat gler bunyi kedah...huhuhuhu :twisted:
desa
7th September 2007, 09:14 PM
wei sapa2 yg pi stadium sok sila kontek aku noh.. aku kompem p ngan bas. bertolak esok pagi.. dijangka sampai d perkarangan bkt jalil dlm pukoi 4 ptg.. boleh la jumpa2, lepak minum.. tak kira oghang perak atau kedah ataupon penyokong mana skalipon.. sila kontek aku di no telefon tangan aku, 0124530026.. jumpa di sanaa.. Pulun Kedah Pulun! :lol:
desa
7th September 2007, 09:24 PM
wei sapa2 yg pi stadium sok sila kontek aku noh.. aku kompem p ngan bas. bertolak esok pagi.. dijangka sampai d perkarangan bkt jalil dlm pukoi 4 ptg.. boleh la jumpa2, lepak minum.. tak kira oghang perak atau kedah ataupon penyokong mana skalipon.. sila kontek aku di no telefon tangan aku, 0124530026.. jumpa di sanaa.. Pulun Kedah Pulun! :lol:
fauzibaie
8th September 2007, 12:07 AM
lagi tak selesai final Piala Malaysia ni selagi tu lah perang cyber ada.
harap2 hari ahad ni selesai semua no.
jangan disimpan dalam hati.
takdak geng Kedah takdak geng Perak.
yang ada hanya geng PHOTOGRAPHY. 8)
Daeng_Jati
8th September 2007, 04:24 AM
salam
weh kome, esok teman gi stadium. Jumpe di sane. ni plak nombor teman 0194606829 - Daeng Jati Merah Silu
Dari Selame ke Parit Bunto, singgah sekejap di pekan Lumut, patah balik ke Bote Kiri terus ke Kolumpo.
Jumpe kite di Bukit Jalil...
'Kejo Yob Kejo Selogan Kami, Ole Ole Perak Sudah Mari'
InsyaAllah semue, majulah sukan untuk negare. Solat jangan tinggei
azryshah
8th September 2007, 08:09 AM
:: Mlm ni merupakan malam penentu.. jumpa disana semua :lol:
Perak : Kejor Yop Kejor :lol:
Kedah : Pulun Kedah Pulun :lol:
zilzals
8th September 2007, 08:14 AM
perak vs kedah
2 1
buntalshoot
8th September 2007, 08:26 AM
Kedah............... 18
Perak................ 12
gol ke-18 tu aku yg score... heee...
putera_pawaka
8th September 2007, 10:28 AM
Kedah............... 18
Perak................ 12
gol ke-18 tu aku yg score... heee...
ni dah cam nk main badminton jer ni..
score sampai 18...wakkakaka
azryshah
8th September 2007, 11:03 AM
Malam Penentuan
http://www.utusan.com.my/pix/2007/0908/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01_big.jpg
KUALA LUMPUR - Malam ini bakal terbentang persaingan paling getir lagi mendebarkan buat dua pasukan terbaik, Kedah dan Perak yang akan membuat perhitungan menentukan siapa bakal bergelar juara Piala Malaysia edisi musim ini.
Seperti larisnya 81,000 tiket perlawanan yang habis dijual di kedua-dua buah negeri tersebut, begitu jugalah pertembungan sengit bakal dipamerkan oleh kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
zainzubir
8th September 2007, 04:55 PM
kelihatan dijalanraya kenderaan telah dihiasi dgn bendera2 team pujaan masing2!!...yg hairannya kenaper ler masa merdeka dulu suasana tak sebegitu hebat spt pagi tadi sewaktu kami dlm perjalanan ke Jln Yap Ah Shak ei?? :evil:
now,cuaca dah mendung, mungkin bomoh hujan dah stand by di stadium bukit Jalil.. :lol: tadi bercadang ingin merakam suasana keghairahan para penyokong..bila dah mendung2 cenggini dah malas pulop!! :oops:ntah naper asek nampak bantal dan simut jer... :lol:
fauzibaie
8th September 2007, 05:29 PM
[quote="azryshah"]Malam Penentuan
http://www.utusan.com.my/pix/2007/0908/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01_big.jpg
tengok coach Kedah dah cekau piala dah tapi coach Perak dok renyeh lagi.
memang tak ada harapan team Perak mlm nih.
tengok betapa seriusnya coach Mohd Azraai Khor mahukan piala ke3 musim ni. 8)
kingmarul
8th September 2007, 11:30 PM
KEDAH 3 : PERAK 0
Tahniah buat Kedah...
mekasih buat penonton...
tahniah buat pemain....
jumpa lagi musim depan....
Utk Perak, cuba lagi...
tewas tak bermakna kalah selamanya...
** sedikit pandangan aku mengenai kekalahan Perak.
1) Agak lemah di bhgn pertahanan, mudah bocor terutama di bhgn Azlan
2) Kawalan bola yg mudah dipintas
3) Striker kembar terpaksa dikeluarkan
4) PUNCA UTAMA (maaf org Perak) tp aku rasa disbbkn oleh Ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar
(abg dia satu opis ngan aku dulu) yg sampai kena kad merah. Pada aku,dr dulu lg mamat ni ada
masalah panas baran smpi wakil Malaysia pun mcm tu gak peel dia. Selaku team leader sepatutnya beliau
dpt kawal emosi dan corak permainan. Ini terbalik, anakbuah lebih cool. Sori lah yee...
kita perlu pemain profesional yg mantap dr segala segi, mental,fizikal dan emosi....
bigbrother
8th September 2007, 11:41 PM
tahniah kedah..
aku baru je vote kedah menang.. ahahhaa.. pulunnn.. pulunnn...
x tgk pon game ni td..
silmi
9th September 2007, 01:08 AM
:D :D Tahniah KEDAH 3 - PERAK 0
Tak sia2 bermusafir lebih 400 km... :D
Dee
9th September 2007, 01:26 AM
tahniah kedah..
aku baru je vote kedah menang.. ahahhaa.. pulunnn.. pulunnn...
x tgk pon game ni td..
astro kena control dgn anak bini, tak leh tengok apa pun :x
aku surf internet saja laaa :)
tapi yang sebenaqnya... aku lupa langsung pasai syok surfing :lol:
fauzibaie
9th September 2007, 01:29 AM
kan dah kata dah. tahniah KEDAH berjaya bawa balik Piala Malaysia.
Hai Datuk, xkan xdak cuti kot. dulu2 kalo menang Piala Malaysia terus bagi cuti 1 hari.
Betoi dak kawan2? 8)
silmi
9th September 2007, 01:44 AM
Gol #1
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003091200.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003092280.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003093440.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003094440.jpg
Gol #2
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003098240.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003100240.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003101600.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003103480.jpg
Ehsan dari > http://tranungkite.net/modules.php?name ... 255#192155 (http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6255#192155)
silmi
9th September 2007, 01:49 AM
Gol# 3
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_214505.mpg_003882600.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_214505.mpg_003885240.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_214505.mpg_003886640.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_214505.mpg_003887640.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_214505.mpg_003888680.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_214505.mpg_003890800.jpg
Ehsan dari > http://tranungkite.net/modules.php?name ... 255#192155 (http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6255#192155)
desa
9th September 2007, 09:10 AM
Tahniah Kedah! Tahniah Penonton! x sia2 chek mai dari jauh nuh.. lebih 16 jam di dalam bas pegi dan balik.. huhu.. Tp menang punya pasai.. puas hati.. hilang suma penat.. :lol:
Gol pertama Kedah oleh Mohd. Khyril Muhymeen mmg menarik.. tak menggelabah depan gol.. masih mampu berfikir dgn kreatif..
Permainan 2nd half smlm agak membosankan, cuma sesekali menggamatkan stadium. Sbb Seladang sudah hilang dua tanduk tajamnya, Khalid Jamlus n Keita Mandjo..
p/s Puas aku cari ang silmi.. dok tang mana pon tatauu..
unle.limy
9th September 2007, 09:21 AM
kedah 3 - Perak 0.... hehehehee Tk terkejorrrrr yobbbbb!!! :twisted:
pepehal ako sokong kedahhhhhhh!!!
kan cek dah kata... 3-0.. betui kan.. kahkahakhaah.. masin jugak mulut cek nie :lol: :lol: :lol:
azuwan
9th September 2007, 02:41 PM
tahniah Kedah
aku sokong Kedah
aku sayang kan kedah
Kedah Juara Treble lagi
mzaidi
9th September 2007, 03:19 PM
tahniah Kedah
aku sokong Kedah
aku sayang kan kedah
Kedah Juara Treble lagi
bukan ka hang kata hari tu hang nak jadi rakyat perlis????
azrgrafix
9th September 2007, 03:53 PM
mzaidi : hg pi tgk bola x.. di bukit jalil....... :D :D
mzaidi
9th September 2007, 04:23 PM
mzaidi : hg pi tgk bola x.. di bukit jalil....... :D :D
aku tak pi pun dok dpn TV saja...
buntalshoot
9th September 2007, 07:16 PM
Tahniah Kedah...!!! Go! Go! Agogo!
azuwan
10th September 2007, 09:15 AM
bukan ka hang kata hari tu hang nak jadi rakyat perlis????
mulut hang jaba baik baik sikit
jangan sampai aku taro dengan cabai burung
:lol:
mudme
10th September 2007, 09:45 AM
TAHNIAH Kedah... lalalalalala
Eagle_Eye
10th September 2007, 02:10 PM
Hehe... Tahniah Kedah!!!
Mana Pi Org Perok???
azryshah
11th September 2007, 10:28 AM
Tahniah Kedah.. tetiba aku cuti semalam Sultan Kedah bagi cuti :lol:
Pemain Perak cuba lain kali yeek.. Kita jumpa kat Piala Sumbangsih plak hehehe
Luie
11th September 2007, 10:53 AM
Benda yang lepas jangalah dikenang...
Jika dikenang, merajuklah hati...
Tetapi yang pasti..
ARSENAL tetap di hati!!
Ha.. ha.. ha..
antujahat666
11th September 2007, 10:58 AM
luei wrote:
Benda yang lepas jangalah dikenang...
Jika dikenang, merajuklah hati...
Tetapi yang pasti..
ARSENAL tetap di hati!!
Ha.. ha.. ha..
preeetttt!!! OT!! kad merah! keluar pdang!! :lol: :lol:
thehehe.... hai luei..mish yuu.. :oops:
Luie
11th September 2007, 11:13 AM
Hu.. hu.. hu...
Beliau leh nyanyi lagu Blink 182 plak kat sini plak antu..
Rasanya perak pasni kena cari pemain pertahanan yang lagi mantap..
Cam buduh je pertahanan malam tu aku tgk..
Sadis˛~~
Biler nak blanjer ABC lagi nih antu??
Ahaks~~
antujahat666
11th September 2007, 11:16 AM
heh! naseb aku tak tgk. kalo tak malu aku..
aa? ABC? ABC tuh ape? :roll: :roll:
Luie
11th September 2007, 11:20 AM
Tak Kipas-Susah-Mati la camtuh...
Aku pun tgk kejap je...
Bapak aku tgk dah kena belasah 2-0 je, plup..
Terus kuar gi cari teh tarik...
Ha.. ha..
Tak terkejar Yob katenyer...
ABC tu sejenis alkali lazat yang boleh dihabiskan dalam masa beberapa saat sajer oleh Bro Buttet Adnan...
Dahsyat betol..
Hui~~
antujahat666
11th September 2007, 11:23 AM
mia mia mia....
masa diorg tgh berperang, aku sedang enak bersoping. aku rasa, lbh enak dari ABC yg dimakan oleh butet adnan tempoh hari. hua hua hua...
pasni, aku nk tgk....piala ape plak perak akan tawan. mane ntah skuad seladang yg kuat. huhuhu....
azryshah
11th September 2007, 11:25 AM
Silmi wrote :
http://i195.photobucket.com/albums/z200/bantai95/20070908_205308.mpg_003101600.jpg
pergh.. hebat ler abg silmi amik moment2 mcm nie.
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.