View Full Version : Merungkai Misteri Lensa
petrofsky
10th February 2006, 11:50 AM
Merungkai misteri lensa, oleh Zack Petrofsky
Assalamualaikum semua ...
Kebelakangan ini saya menerima banyak pertanyaan mengenai lensa kamera. Jadi, apa kata saya tulis sedikit artikel utk merungkai sedikit sebanyak tentang lensa kamera yang perlu anda ketahui. Kenapa perlu tahu ciri-2 dan jenis lensa? Kerana lensa ibarat mata kepada kamera anda, di mana penggunaan dan pemilihan lensa yang tepat akan memberikan lebih impak kepada gamba yang anda ambil. Berikut adalah sedikit glosari tentang jenis-2 lensa yang ada (bermula daripada paling wide kepada paling tele):
1. Fish-Eye lens (8mm, 10mm, 15mm)
- Merupakan sejenis lensa wide angle yang paling unik dalam dunia fotografi. Mengambil namanya sempena darjah pengelihatan mata ikan di dalam air. Distortion yang terdapat dalam lensa jenis ini kadang kala mencapai tahap 180 darjah.
2. Wide angle lens (10mm - 24mm)
- Lensa jenis ini dipanggil wide angle kerana darjah pengelihatan yang cukup luas, kadangkala mencakupi dari 106 - 130 darjah, bergantung atas pembuat lensa. Perlu difahamkan, bukan semua lensa wide angle mempunyai darjah pengelihatan yang sama walaupun pada jarak fokal yang sama sekalipun.
3. Standard lens (17mm - 90mm)
- Standard lens dikenali mempunyai jarak fokal seperti 17, 18 atau 24mm (paling pendek) sehingga 70, 80 atau 90mm (paling panjang). darjah pengelihatan adalah normal, dan digunakan hampir sepanjang masa oleh jurugambar.
4. Standard Telephoto (100mm - 180mm)
- Lens yang mempunyai jarak fokal seperti di atas mempunyai darjah pengelihatan yang menghampiri tirus (30 - 20 darjah). memberikan rangkuman telephoto yang normal (sehingga 3X zoom)
5. Medium telephoto (200mm, 300mm, 400mm)
- Mempunyai ciri-2 yang sama seperti standard telephoto, tetapi rangkuman telephoto menjadi sedikit besar daripada standard telephoto (maksudnya, lens ni berkeupayaan utk zoom sedikit jauh lagi drpd standard tele)
6. Long Telephoto (500mm, 600mm, 800mm dan 1000mm)
- Merupakan raja dalam kategori telephoto. Darjah pengelihatan sangat tirus (sehingga 8 darjah). Jarak zoom boleh merangkumi sehingga 6X.
7. Macro lenses (50mm, 85mm, 90mm, 105mm)
- Merupakan lensa istimewa di mana barrel lensa berkemampuan memfokus sehingga magnifikasi sesuatu objek boleh mencapai 1:1 (saiz sebenar/life size). Banyak digunakan utk mengambil gamba objek yang kecil, seperti serangga.
8. Zoom lenses
- Merupakan sejenis lens yang mempunyai dua nilai jarak fokal (selalunya di indikasikan dalam bentuk 18 hingga 70mm contohnya) Pengguna boleh mengubahsuai jarak fokal ketika mengambil sesuatu gambar.
9. Prime lenses
- Merupakan lens yang mempunyai hanya SATU jarak fokal sahaja. tidak mempunyai zoom ring untuk mengubahsuai jarak fokal.
10. Tilt/Shift/Perspective Control (PC) Lens
- Apakah kegunaan lens ini? Di sebabkan darjah pengelihatan pada standard lens yang sedikit wide, gambar-2 arkitektural seperti imej bangunan akan kelihatan seperti mencondong ke belakang apabila di ambil dari paras tanah ke atas. Untuk memperbetulkan masalah ini, PC lenses diperlukan supaya imej bangunan nampak tepat pada kedudukan vertikalnya. Cara menggunakannya ialah dengan menggerakkan elemen lens ke kiri/kanan/atas atau bawah.
Glosari terminologi lensa:
1. Jarak Fokal (Focal Length)
- Merujuk kepada jarak dimana lensa memfokus (di nyatakan di dalam milimeter, atau mm)
2. Jarak Dataran Fokal (Focal Plane Distance)
- Merujuk kepada jarak daripada hujung lens (kawasan mounting) sehingga kepada recording medium (filem/CCD). Setiap lense utk jenis kamera yang berlainan mempunyai Jarak Dataran Fokal yang berlainan juga, jadi sila pastikan lensa yang anda guna mematuhi JDF ini. Sekiranya JDF lensa kurang daripada yang sepatutnya, vignetting (kawasan hitam di sudut gambar) akan terhasil.
3. Darjah Pengelihatan (Degree Angle of View)
- Merujuk kepada seluas, atau sesempit mana sesuatu lens itu melihat subjek/objek. Lebih pendek jarak fokal, maka lebih besar darjah pengelihatan, dan sebaliknya.
4. Elemen Lensa (Lens Element)
- Merujuk kepada berapa banyak bilangan lens glass yang terdapat di dalam sesebuah lensa.
5. Kumpulan lensa (Lens Group)
- Merujuk kepada berapa banyak bilangan kumpulan yang ada di dalam sesebuah lensa (lens element selalu di susun secara berkumpulan).
6. Binaan Lens (Lens Construction)
- Selalunya dinyatakan dalam bentuk xx elements in xx groups (di mana xx adalah nilai).
Akan di sambung pada posting kedua saya nanti.[/b]
Darmansyah
10th February 2006, 11:54 AM
info yg baik zack..
lepas nih ko nak beli lens apa plk?
hehehe...
zzoux
10th February 2006, 12:00 PM
Terima kasih Petro kerana berkongsi ilmu. penerangan yg cukup menarik dan lengkap. Esok free? Jom outing.
yokozuna
10th February 2006, 12:08 PM
waaa...bagus ni..thanks Zack! selalu glosary ni dlm English..
Boleh buat satu ruangan glosari utk FMDC ni...
helmyemran
10th February 2006, 12:13 PM
terima kasih Zack... penerangan dlm ayat yg senang difahami. baca artikel nie membuahkan beberapa persoalan baru pada aku yg baru nak kenal lens nih. tp takpe, aku tunggu artikel yg akan datang.
helmyemran
10th February 2006, 12:14 PM
eh.. zack bg salam, lupa nak jwb, waalaikumsalam...
buntalshoot
10th February 2006, 12:27 PM
ok...misteri hampir terjawab...tunggu posting kedua zack
dinictis
10th February 2006, 01:04 PM
Thanks Petro kerana penerangan yang panjang lebar. Byk yang perlu tahu pasai lense ni, gonna wait for your second posting. Thanks again.
malek
10th February 2006, 03:08 PM
zack, tambah satu lagi..
fast lens.. iaitu lens yang boleh menghabiskan duit anda dengan sangat cepat..
:P
PeLaris
10th February 2006, 03:12 PM
zack, jua masukkan sekali Sigma Macro 180mm ;)
petrofsky
10th February 2006, 03:21 PM
Bahagian Kedua (sambungan ...)
Glosari Teknologi Di Sebalik Sesebuah Lensa
1. Bilah Apetur (Aperture Blades)
- Merujuk kepada jumlah bilah apetur yang terdapat di dalam sesebuah lensa. Lebih banyak bilah apetur yang ada, lebih tinggi nilai minimum apetur yang boleh ditutup. Sebab itulah sesetengah lensa mampu tutup sehingga f/32 atau f/48.
2. Multi Coated Surface
- Merujuk kepada keadaan di mana permukaan paling hadapan lensa di salut oleh sejenis bahan kimia yang bertujuan untuk memperbetulkan kelemahan yang terdapat pada lensa dan/atau bertujuan untuk menghasilkan gambar yang kurang bermasalah seperti abreviasi kroma (terhasil apabila sempadan warna antara subjek dan latarbelakang tidak dipisahkan/diserakkan secara tepat oleh lensa; selalunya dalam bentuk outline warna gelap; gambar perlu dibesarkan untuk melihatnya)
3. Lensa Dispersi Istimewa (Special Dispersion Lenses; ED/SLD/APO)
- Merujuk kepada binaan elemen lensa di mana salah satu kumpulan atau semua kumpulan elemen di dalam lensa di saluti dengan bahan yang membolehkan lensa tersebut merakam imej dengan lebih tepat dan jitu tanpa masalah seperti abreviasi kroma (seperti di atas).
-ED = Extra-Low Dispersion
-SLD = Super Low Dispersion
- APO = Apochromatic Lens
4. Motor Pemfokus (Focusing Motor; HSM/SWM)
- Satu teknologi di mana lensa yang mempunyai motor pemfokus khas menjaminkan fokusan yang pantas dan senyap.
- HSM = Hypersonic Motor
- SWM = Silent Wave Motor
5. Penstabilan Imej (Image Stabilizer; IS/VR/OS)
- Teknologi di mana lensa mengandungi mekanisma untuk meneutralkan kesan gegaran untuk penghasilan imej yang tajam dan 'bebas-kabur'
- IS = Image Stabilizer
- VR = Vibration Reduction
- OS = Optical Stabilizer
*Fungsi Automatic Stabilizer (AS) yang terdapat di dalam sistem kamera Konica-Minolta tidak dibincangkan di sini kerana sistem penstabilan imej tidak terletak di dalam lensa.
6. Pemfokusan Dalam (Internal Focusing;IF)
- Lensa dengan teknologi ini memfokus dengan memusingkan elemen glass di dalam lensa tanpa memusingkan barrel lensa tersebut. Selalunya datang bersekali dengan motor pemfokusan untuk mendapatkan hasil fokusan yang optimum dan pantas.
7. Pemfokusan Belakang (Rear Focusing;RF)
- Seperti IF, lensa dengan teknologi ini memfokus di dalam, tetapi kumpulan elemen di belakang sahaja yang melakukan fokusan.
8. Zum Dalaman (Internal Zoom)
- Lensa boleh mengubah jarak fokal dari satu nilai ke satu nilai yang lain tanpa mengubah panjang barrel lensa secara fizikal.
9. Fokusan Automatik (Autofocus; AF)
- Lensa mempunyai CPU di dalam yang membolehkan kamera memfokus lensa dengan hanya menekan butang shutter separuh kebawah. Fokusan dilakukan secara automatik oleh kamera.
10. Fokusan Manual (Manual Focus; MF)
- Juga dikenali sebagai 'lensa generasi lama'. Tidak mempunyai sebarang CPU di dalam yang membolehkan lensa difokus secara automatik. Fokusan dilakukan secara manual, menggunakan focusing ring.
11. Lensa 'Laju' (Fast Lens)
- Bukan merujuk kepada berapa laju lens itu boleh berlari :lol: tapi sebaliknya merujuk kepada lensa yang mempunyai bukaan apetur yang agak besar; selalunya f/2.8, f/2, f/1.8, f/1.4, f/1.2 .
12. Apetur Tetap (Constant Aperture)
- Lensa dengan apertur tetap mampu mengekalkan nilai apetur maximum pada kesemua nilai jarak fokalnya.
13. Lensa Digital (Digital Lenses; DX/DC/DG/Di)
- Lensa yang diperbuat khas untuk kamera SLR digital SAHAJA. Tidak boleh digunakan dengan kamera SLR filem, kerana saiz di mana imej terbentuk kurang daripada saiz sebuah filem 35mm. Lensa digital dicipta kerana sensor CCD/CMOS kamera besaiz lebih kecil daripada saiz filem 35mm.
Akan bersambung lagi di bahagian ketiga ...
zzoux
10th February 2006, 03:57 PM
errrrrr, ni bahasa traslate ker dr bahasa inggeris ker bahasa indon? hehehehe. apa2 pon well done, bro. keep up the gud word educating orang macam aku ni dan kawan2 yg lelain. bukan senang nak carik guru rajin turun ilmu macam ko ni.
tak sabo tunggu part 3
xuan
10th February 2006, 05:47 PM
informasi yg berguna nih..
cemane plak klau lense yg ade elemen ED+asphiracel compare dgn lensa yg ade ED shj.. macam nikkor Lens 18-70 mm yg m'punyai elements ED+asphiracel...
rumano
10th February 2006, 07:47 PM
encik petrofsky ,
adakah sama mirror lens dgn catadioptric lens ?
dan juga , bila masa lens ini boleh digunakan ?
semuga encik petrofsky dapat meleraikan kemusykilan saya selama ini .
terima kasih .
yokozuna
10th February 2006, 09:18 PM
Bahagian Kedua (sambungan ...)
Glosari Teknologi Di Sebalik Sesebuah Lensa
11. Lensa 'Laju' (Fast Lens)
- Bukan merujuk kepada berapa laju lens itu boleh berlari :lol: tapi sebaliknya merujuk kepada lensa yang mempunyai bukaan apetur yang agak besar; selalunya f/2.8, f/2, f/1.8, f/1.4, f/1.2 .
Akan bersambung lagi di bahagian ketiga ...
kenapa bila mempunyai bukaan or aperture yg besar, dipangginl lensa laju? sbb boleh 'up' kan shutter speed dgn lebih laju ke?
petrofsky
10th February 2006, 11:55 PM
encik petrofsky ,
adakah sama mirror lens dgn catadioptric lens ?
dan juga , bila masa lens ini boleh digunakan ?
semuga encik petrofsky dapat meleraikan kemusykilan saya selama ini .
terima kasih .
Encik Rumano,
Terima kasih di atas pertanyaan anda ... satu soalan yang baik, dan saya lupa masukkan jenis lensa ni dalam bahagian pertama ... buat pengetahuan Encik Rumano, Catadioptric Lens ADALAH sejenis mirror lens ... so tidak ada perbezaan antara kedua-dua jenis itu. Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai Catadioptric Lens, sila rujuk http://www.digit-life.com/articles2/rubinar/
petrofsky
10th February 2006, 11:59 PM
informasi yg berguna nih..
cemane plak klau lense yg ade elemen ED+asphiracel compare dgn lensa yg ade ED shj.. macam nikkor Lens 18-70 mm yg m'punyai elements ED+asphiracel...
Encik Xuan,
Yang selalunya terdapat didalam sesebuah lensa itu hanya satu kumpulan elemen glass yang telah di salut khas. Tetapi sekarang ini, ada juga pengeluar lensa yang menghasilkan lensa yang mempunyai lebih daripada satu salutan kimia pada kumpulan elemen, seperti contoh ED + Aspherical, ED + APO, SLD + APO dsb. Lebih banyak elemen lensa yang mempunyai salutan khas ini, bermakna lebih baik kualiti imej yang akan terhasil daripada lensa tersebut.
petrofsky
11th February 2006, 12:03 AM
Bahagian Kedua (sambungan ...)
Glosari Teknologi Di Sebalik Sesebuah Lensa
11. Lensa 'Laju' (Fast Lens)
- Bukan merujuk kepada berapa laju lens itu boleh berlari :lol: tapi sebaliknya merujuk kepada lensa yang mempunyai bukaan apetur yang agak besar; selalunya f/2.8, f/2, f/1.8, f/1.4, f/1.2 .
Akan bersambung lagi di bahagian ketiga ...
kenapa bila mempunyai bukaan or aperture yg besar, dipangginl lensa laju? sbb boleh 'up' kan shutter speed dgn lebih laju ke?
Seperti yang umum anda ketahui, kelajuan shutter dan apetur saling berkadaran antara satu sama lain untuk menentukan dedahan (exposure) yang tepat. Sekiranya pada hari yang cerah, gambar di ambil dengan lensa yang dibuka sehingga f/1.4 contohnya, kelajuan shutter (pada ISO 100) boleh mencecah sehingga 1/400. Apetur yang besar pada lensa itu membolehkan shutter ditutup pada kelajuan yang pantas.
PeLaris
11th February 2006, 12:45 AM
Menghampiri 5 stop over, kalo 1/4000 sec at f/1.4 cuma sikit je over..
petrofsky
11th February 2006, 11:48 AM
Menghampiri 5 stop over, kalo 1/4000 sec at f/1.4 cuma sikit je over..
Terima kasih encik pelaris di atas pembetulan tersebut. :)
arie_gaban
14th February 2006, 10:16 AM
kopak lens - pembelian lens yang melebihi harga RM30...
azryshah
14th February 2006, 12:24 PM
Assalamualaikum,
Sekadar mencelah.. apa kata kalau informasi yang diberi disertakan dengan gambar, mungkin dengan adanya gambar boley dibezakan setiap lens yang ada. Sebab ada sesetengah org mcm saya nie yang tak tau masa bila kita perlu gunakan lens2 tersebut
Sekadar memberi pendapat
====================
Life Thru a Lens
http://azryshah.fotopages.com
petrofsky
16th February 2006, 11:31 PM
Assalamualaikum,
Sekadar mencelah.. apa kata kalau informasi yang diberi disertakan dengan gambar, mungkin dengan adanya gambar boley dibezakan setiap lens yang ada. Sebab ada sesetengah org mcm saya nie yang tak tau masa bila kita perlu gunakan lens2 tersebut
Sekadar memberi pendapat
====================
Life Thru a Lens
http://azryshah.fotopages.com
Cadangan tu memang saya nak buat, tapi saya tak berkesempatan nak carik gamba-2 lens ni semua dalam net. Nak taip info saja dah makan masa. InsyaAllah, nanti saya akan apdetkan main page thread ni dengan gambar nanti.
petrofsky
16th February 2006, 11:46 PM
Bahagian Ketiga (Final)
Penjagaan Lensa
Ramai yang mempunyai lebih dari satu lensa, tetapi tidak ramai yang tahu cara penjagaan yang betul untuk lensa kamera anda. Berikut adalah cara-cara penjagaan lensa yang betul:
1. Tutup permukaan hadapan dan belakang lensa dengan penutup (cap) yang disediakan untuk mengelakkan habuk dari terkena lensa anda.
2. Tanggalkan lensa daripada badan kamera apabila tidak digunakan.
3. Jangan dedahkan lensa kepada kelembapan atau panas yang melampau. Kelembapan boleh menyebabkan munculnya fungus di dalam lensa anda, dan kepanasan melebihi suhu bilik boleh merosakkan CPU di dalam lensa anda. Cara paling baik utk menyimpan lensa di rumah adalah dengan menyediakan satu Dry Box/Cabinet yang mana suhunya boleh dipantau.
4. Elakkan daripada terkena air.
5. Apabila menggunakan kamera, perhatikan keadaan sekeliling ketika mengambil gambar. Elakkan daripada menghalakan lensa ke arah kawasan yang berdebu/berhabuk. Sekiranya permukaan hadapan lensa terlalu terdedah kepada habuk dan debu, ada kemungkin ianya mungkin akan tercalar oleh partikel halus. Cara terbaik ialah dengan memasang UV filter di hadapan lensa anda.
6. Jangan gunakan cecair industri seperti spirit, methanol dan benzene untuk membersihkan permukaan lensa. Gunakan cecair yang disyorkan sahaja. Gunakan juga kain pengelap yang disyorkan utk lensa. Jangan gunakan baju anda utk mengelap permukaan hadapan lensa.
7. Gunakan blower (peniup angin) utk membersihkan partikel halus daripada permukaan lensa. Mengelap terus tanpa meniup permukaan terlebih dahulu mungkin menyebabkan partikel 'disental' ke lensa, lalu mencalarkannya.
8. Sekiranya lensa datang sekali dengan bekas/pouch, sila simpan di dalam bekas tersebut.
Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap info yang saya berikan ini dapat dimanafaatkan oleh semua.
Assalamualaikum.
buntalshoot
17th February 2006, 12:04 AM
ukhhh...terjawab jugak misteri ini.....
terima kasih zack..... penat aku tunggu rancangan ko nie :D
petrofsky
17th February 2006, 12:09 AM
ukhhh...terjawab jugak misteri ini.....
terima kasih zack..... penat aku tunggu rancangan ko nie :D
Sori la Wan, aku memang nak abiskan cepat artikel ni, tapi minggu ni busy gilos ngan werk werk werk yang tak abis abis abis ... I need a vacation! :evil:
PeLaris
17th February 2006, 08:45 AM
Lengkap lagi sempurna... Mana nak cari info camni kat memana? Memang susah? Senang bila dah dihurai dalam bahasa malaysia...
Satu lagi tips tambahan kot, mungkin jadi yang ke 9...
"Simpan lensa anda dalam keadaan f/22. Abaikan kiranya ianya sudah G lens untuk nikon, EF lens untuk Canon atau lelain lensa terkini yang tidak punyai aperture ring."
*Jangan lupa sahabat baik UV iaitu Skylight ....
petrofsky
18th February 2006, 11:58 PM
Rakan-rakan semua,
Artikel yang saya tulis ni hanyalah setakat general guideline untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang lensa anda. Kalau ade sesiapa ada informasi terkini, atau ingin berkongsi pendapat/teknik anda mengenai lensa, sila jangan memalu dan segan utk tambah atau tulis artikel anda dalam thread ni ya.
arie_gaban
19th February 2006, 01:03 PM
tq otai2 atas info yang amat berguna..
filah
20th May 2006, 01:57 PM
TQ zack.. saya baru teringat yang zack ni pengguna E300 Olympus satu ketika dulu...betul kan? So... (nak minta tolong ler tu..hehe).. so kalau ada masa buatla thread@tutorial utk Olympus pula.. kesian 'kami' (kami kat Pulau Pinang= saya) ni meraba-raba nak bertanya.. nak tanya kat otai2.. kebanyakkannya pegang Nikon or Canon.. bukan apa takut nanti terkena racun je..:)
PeLaris
20th May 2006, 02:54 PM
dik filah guna olympus?
sifoo kat jb ckp, dia guna olympus ntuk shoot org kawen... best giller katanya..
filah guna E-330 yang berlensa AF 14-45mm f/3.5-5.6 ke?
filah
20th May 2006, 04:21 PM
dik filah guna olympus?
sifoo kat jb ckp, dia guna olympus ntuk shoot org kawen... best giller katanya..
filah guna E-330 yang berlensa AF 14-45mm f/3.5-5.6 ke?
hehe.. geli hati org panggil 'dik'.. anyway itu citer lain.
Bab Olympus yang bukan gunung ni... Yap! memang pengguna Olympus tapi bukan E-330 sebab masa tu tak ada lagi.. so yang saya punya ialah E-300... Masa beli tu depa offer 2 lens.. AF 14-45mm f/3.5-5.6 dan AF 40-150mm f3.5-4.5 itu yang decide nak beli yang ni.. lagi pun salesman yang handsome tu kata yang ni senang nak guna especially utk org2 yang mcm saya ni.
Nak kata tak best.. ok juga Oly ni.. tapi tula bila nak berbincang atau nak tanya soklan yang susah.. sebab tak ramai yang pakai yang ni..
p/s sapa kah gerangan sifoo kat JB tu? ajaklah dia online kat sini.. bolehla dia jadi saya punya 'Bubba' macam Kak Zain dan 'Bubba'nya.. :evil: :evil: (jeles ni!!)
buntalshoot
20th May 2006, 06:27 PM
dik Filah sesuai kot....
sebab bro.pelaris lagi dewasa dari kita2...hehehehehe :D
weet
20th May 2006, 09:34 PM
actually tak tau lak ade topik lens ni.. (dah kene sergah br nak belek..gegegege) tenkiu kat zack. bagus info anda :mrgreen:
PeLaris
20th May 2006, 10:00 PM
dik Filah sesuai kot....
sebab bro.pelaris lagi dewasa dari kita2...hehehehehe <---- ambe baru 29 :P
filah
22nd May 2006, 09:15 AM
dik Filah sesuai kot....
sebab bro.pelaris lagi dewasa dari kita2...hehehehehe <---- ambe baru 29 :P
saya pulak baru 24 :wink: :wink:
diadem
22nd May 2006, 09:35 AM
dik filah guna olympus?
sifoo kat jb ckp, dia guna olympus ntuk shoot org kawen... best giller katanya..
filah guna E-330 yang berlensa AF 14-45mm f/3.5-5.6 ke?
hehe.. geli hati org panggil 'dik'.. anyway itu citer lain.
Bab Olympus yang bukan gunung ni... Yap! memang pengguna Olympus tapi bukan E-330 sebab masa tu tak ada lagi.. so yang saya punya ialah E-300... Masa beli tu depa offer 2 lens.. AF 14-45mm f/3.5-5.6 dan AF 40-150mm f3.5-4.5 itu yang decide nak beli yang ni.. lagi pun salesman yang handsome tu kata yang ni senang nak guna especially utk org2 yang mcm saya ni.
Nak kata tak best.. ok juga Oly ni.. tapi tula bila nak berbincang atau nak tanya soklan yang susah.. sebab tak ramai yang pakai yang ni..
p/s sapa kah gerangan sifoo kat JB tu? ajaklah dia online kat sini.. bolehla dia jadi saya punya 'Bubba' macam Kak Zain dan 'Bubba'nya.. :evil: :evil: (jeles ni!!)
Tahun depan boleh la pakai lens Leica.
http://www.dpreview.com/news/0602/panasonic/dmcl1-07.jpg
qmaxgamer
23rd May 2006, 12:32 AM
thanx petro... mmg sesuai jadik otai yg ade d200.. opss!!
PeLaris
23rd May 2006, 08:26 AM
tegap je lensa leica tu ekk!
filah
23rd May 2006, 03:08 PM
leica ni sesuai dgn semua jenis kamera ke? Termasuk Olympus ke?
PeLaris
23rd May 2006, 03:43 PM
tak arr dik filah,
cuma leica sendiri & panasonic...
yang lain nak guna kena pakai "adapter".. not recommeded!
tu yg sy tau..
;)
filah
26th May 2006, 01:40 AM
Nak tanya soalan sikit walau pun tahu tak ramai geng Olympus kat sini. Apa beza di antara 2 lens ni. Minta mahapler.. bab bahasa camera ni masih tak lulus lagi.. masih blur.. yang tau 2-2 ni boleh ambik gambaq memanjang macam kak zain dan dr faizal hari tu masa Outing kat Tugu Negara hari tu.
1. ZUIKO DIGITAL 11-22mm f2.8-3.5
Super wide-angle zoom lens equilvalent to 22-44mm lens on a 35mm format. Splash & dust-proof.
2. ZUIKO DIGITAL ED 7-14mm f4.0
Ultra wide-angle zoom ring lens with 2 Super ED and 2 ED lenses. Equilvalent to 14-28mm lens on a 35mm format. Splash & dust-proof.
PeLaris
26th May 2006, 09:35 AM
dik filah,
kalau dihitung melalui imaging sensor atau crop factor ntuk olympus D-SLR, ianya memberi jawaban 2X..
lensa pertama yakni ZUIKO DIGITAL 11-22mm f2.8-3.5, ini adalah "Standard Wide Angle Zoom"
dan yang kedua lak, ZUIKO DIGITAL ED 7-14mm f4.0, tergolong dalam "Super Wide Angle Zoom" dan semi "Full Frame Fish Eye"
*** filah, cuba tgk kat lensa memana olympus dik filah tu, ada tak tertera "Made In China"..
filah
27th May 2006, 01:38 PM
dik filah,
kalau dihitung melalui imaging sensor atau crop factor ntuk olympus D-SLR, ianya memberi jawaban 2X..
lensa pertama yakni ZUIKO DIGITAL 11-22mm f2.8-3.5, ini adalah "Standard Wide Angle Zoom"
dan yang kedua lak, ZUIKO DIGITAL ED 7-14mm f4.0, tergolong dalam "Super Wide Angle Zoom" dan semi "Full Frame Fish Eye"
*** filah, cuba tgk kat lensa memana olympus dik filah tu, ada tak tertera "Made In China"..
sebenarnya saya belum beli lagi lens kat atas tu... tak mampu nak beli 2-2 jadi masih dok timbang2 yang mana yang paling sesuai dgn kegunaan saya. disebabkan saya ni cikgu@ibu@suri rumah 1/2 hari jadi kegunaan utama ialah utk shoot events.. di sekolah dan bila holiday dgn keluarga. sekali sekala baru ada masa utk shoot artistically.
p/s standard lens saya yang dtg sekali dgn body hari tu memang 'made in china'.. kenapa? anything yang perlu saya tahu tentang ini?
HBZ
9th June 2006, 09:29 AM
Assalamualaikum semua
Nak tambah lagi sikit.
Jangan gunakan terlalu banyak silika gel fresh (biru), Ini boleh meyebabkan minyak pada iris diapfram cair dan meyebabkan diafram melekat. Pernah berlaku pada lens Nikon 50 mm saya.
PeLaris
9th June 2006, 10:40 AM
dik filah menulis :-
PeLaris wrote:
[quote:1gpq6ai3]dik filah,
kalau dihitung melalui imaging sensor atau crop factor ntuk olympus D-SLR, ianya memberi jawaban 2X..
lensa pertama yakni ZUIKO DIGITAL 11-22mm f2.8-3.5, ini adalah "Standard Wide Angle Zoom"
dan yang kedua lak, ZUIKO DIGITAL ED 7-14mm f4.0, tergolong dalam "Super Wide Angle Zoom" dan semi "Full Frame Fish Eye"
*** filah, cuba tgk kat lensa memana olympus dik filah tu, ada tak tertera "Made In China"..
sebenarnya saya belum beli lagi lens kat atas tu... tak mampu nak beli 2-2 jadi masih dok timbang2 yang mana yang paling sesuai dgn kegunaan saya. disebabkan saya ni cikgu@ibu@suri rumah 1/2 hari jadi kegunaan utama ialah utk shoot events.. di sekolah dan bila holiday dgn keluarga. sekali sekala baru ada masa utk shoot artistically.
p/s standard lens saya yang dtg sekali dgn body hari tu memang 'made in china'.. kenapa? anything yang perlu saya tahu tentang ini?[/quote:1gpq6ai3]
takda pepe filah, menunjukan negara china skrg sudah maju, mampu buat kamera dan lensa..
PeLaris
9th June 2006, 10:51 AM
HBZ menulis:-
Assalamualaikum semua
Nak tambah lagi sikit.
Jangan gunakan terlalu banyak silika gel fresh (biru), Ini boleh meyebabkan minyak pada iris diapfram cair dan meyebabkan diafram melekat. Pernah berlaku pada lens Nikon 50 mm saya.
HBZ,
ini bermakna?
bila melekat dah tak bley nak guna aperture lain sbb semasa mengatup aperture tu, minyak bergeseran pada shutter blade menjadikan lambat/lembab buka katupnya, gambar jadi over kan?
cuma f/1.4 atau f/1.8 je leh guna, cenggini ke?
HBZ
9th June 2006, 11:12 AM
HBZ menulis:-
Assalamualaikum semua
Nak tambah lagi sikit.
Jangan gunakan terlalu banyak silika gel fresh (biru), Ini boleh meyebabkan minyak pada iris diapfram cair dan meyebabkan diafram melekat. Pernah berlaku pada lens Nikon 50 mm saya.
HBZ,
ini bermakna?
bila melekat dah tak bley nak guna aperture lain sbb semasa mengatup aperture tu, minyak bergeseran pada shutter blade menjadikan lambat/lembab buka katupnya, gambar jadi over kan?
cuma f/1.4 atau f/1.8 je leh guna, cenggini ke?
Bukan lambat/lembab je, kadang-kadang terus dia sangkut - lekat terus, kalau terset apperture dia pada F8 ke, terus lekat, tak leh balik asal. Kena hantar serbis.
PeLaris
9th June 2006, 11:17 AM
50mm apa?
f/1.4 ke?
rasanya bkn kerna penangan dek "blue silica gel" tu arr..
ada sbb lain..
sama ngan topik kat atas ni 'merungkai misteri lensa"..
hehe..
HBZ
9th June 2006, 12:04 PM
50mm apa?
f/1.4 ke?
rasanya bkn kerna penangan dek "blue silica gel" tu arr..
ada sbb lain..
sama ngan topik kat atas ni 'merungkai misteri lensa"..
hehe..
yes, 50mm f1:1.4, mungkin kot, den simpan dlm glass dessicator, pakai 1Kg silica gel. kalau dah "basah", den keringkan guna microwave oven. Mungkin gel serap most of the moisture dan merubah struktur kimia gris, jadi lebih cair dan "flowable:. My 2 sen
PeLaris
9th June 2006, 12:28 PM
masaalah sama ngan saya, MF 50mm f/1.4 AIS sudah hilang power..
melekat pada semua apeture kecuali f/1.4 dan f/2..
ada pendapat mengatakan, lensa tersebut terlalu lama berada dlm bonet kereta yang berpanas sepanjang hari mengakibatkan "greese & oil" cair dan mengalir atau terlalu lama tidak menggunakan walaupun ianya berada dalam dry cabinet.. :)
HBZ
14th June 2006, 04:09 PM
Assalamualaikum petrofsky
Boleh sekiranya tuan explain fungsi filters selain dari halang habuk dan capjari kena lens. ND, polariser, UV dan color filters.
petrofsky
18th November 2006, 12:12 AM
Assalamualaikum petrofsky
Boleh sekiranya tuan explain fungsi filters selain dari halang habuk dan capjari kena lens. ND, polariser, UV dan color filters.
Waalaikumsalam,
Sori la brader HBZ, dah lama tak dapat masuk lam forum neh sebab kebizian ngan keje opis ... okeh, bab filters ni saya tak berapa reti sangat nak explain sebab tak pakai sangat, tapi saya cuba terangkan apa yang saya faham.
Filters(penapis; bukan penapis air) merupakan teman(companion) sejati utk lensa. datang dalam pelbagai saiz (ukuran diameter dalam mm) dan fungsi. Contohnya adalah:
UV dan Skylight Filter: Filter yang paling selalu digunakan, murah dan senang didapati, tujuan utama utk menapis cahaya lembayung ungu (ultraviolet) yang terdapat dalam spektrum cahaya. Juga boleh berfungsi sebagai pelindung elemen hadapan lensa.
ND (Neutral Density) : tujuan filter ni utk meneutralkan warna atau objek dalam kompsisi gamba yang mungkin memberikan bacaan dedahan yang salah, sekaligus mengelakkan gamba menjadi under exposed. contoh terbaik ketika mengambil gamba pemandangan yang penuh dengan salji, walaupun salji itu tidak disinari oleh matahari, tetapi kamera menganalisa putih salji sebagai over expose dan meninggikan kiraan shutter. dengan ND, chaya ditapis oleh filter dan memberikan bacaan yang tepat kepada kamera. datang dalam pelbagai compensation seperti 0.3, 0.6 dan 0.9, dengan 0.9 yang merupakan yang paling gelap sekali.
Polarizer: bertindak sebagai ejen utk meningkatkan saturasi (kepekatan) warna dalam gamba dan seterusnya memberikan gamba tersebut lebih impak. Awan menjadi lebih biru, dan refleksi langit pada permukaan air boleh ditapis, seterusnya membolehkan anda melihat apa yang ade di dalam air.
Cir-Polarizer : Sama seperti polarizer, cuma mempunyai ring pada bahagian luar filter di mana anda bole memusingkan elemen filter supaya hasil kepekatan warna boleh dilaras sendiri.
Grad : datang dalam pelbagai warna, tujuan utama utk memberikan ton atau efek warna awan yang dikehendaki jurugambar tersebut. rupa filter selalunya bentuk segi empat (di pasangkan ke kamera menggunakan drop in fliter bracket) dan filter itu sendiri mempunyai warna pada bahagian atas dan warna tersebut semakin memudar apabila menghmpiri kawasan tengah filter. Warna paling popular lam kategori filter ini adalah Sky Blue dan Graduated Coffee (warna seakan akan hampir senja).
ND grad : gabungan ND dan graduated filter, cuma ia adalah ND filter yng di graduasikan sehingga ke kawasan tengah filter. Tujuan utama adalah utk mendapatkan dedahan yang betul utk awan.
color filters: datang dalam pelbagai warna, dan seperti namanya, keseluruhan permukaan filter dipenuhi dengan warna (satu warna utk satu filter). Tujuan utama utk menimbulkan kontras yang berseuaian apabila mengambil gamba dalam hitam putih. lain warna filter akan memberikan efek yang berbeza ke atas subjek yang sama apabila gamba diambil dalam jenis hitam putih.
okeh. Ini saja yang aku tau. Explanation mebbe berterabur sikit. Kalo ade sesapa yang tak paham tu, sila PM atau email aku utk penjelasan. InsyaAllah, kalo ade kesempatan, akan aku jawap segala pertanyaan anda seme ... sekian.
PeLaris
18th November 2006, 12:47 AM
hehehe..
awan tak biru, cuma "berpisah" dari langit.. apa org ckp, awan yg berketul ketul?
Linear Polarizer & Circular Polarizer <--- kedua dua blh laras..
;)
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.