View Full Version : Pengambilan MOderator sessi 2006
dome
13th February 2006, 11:12 AM
Kepada semua ahli FMDC yang berminat dan rajin , pengambilan terbuka moderator forum fmdc di buka sekarang.ini bagi melicinkan perjalanan forum kita ini.
bagi yang berminat sila PM encik doremon dgn kadar segera dan nyatakan ruangan yang berminat.
Note :
Bagi moderator sekarang, sila ambil perhatian. pastikan topik-topik yang di buka tidak lebih dari 30 pages,jika lebih sila split dan buka Part II topik berkenaan.sila tutup topik pertama.
Harap Maklum.
cgmulia
13th February 2006, 11:28 AM
akhirnya......
pengambilan dibuka sekarang...
tawaran adalah terhad....
sila bayar gmbr katak sekeping kat TD lens buruk..
kekekekek
wakakakaka
dome
13th February 2006, 12:12 PM
pengambilan di buka kerana masalah byk di kesan dari forum.
banyak topik2 yang mempunyai page terlalu banyak.
ini akan menelan resources server dan menyebabkan kelembapan web
so kepada semua moderator dan bakal moderator sila ambil perhatian perkara ni utk kepentingan kita semua.
cg : mana katak mung ? heuheuhue
cgmulia
13th February 2006, 12:28 PM
ada
esok aku publish dlm fp aku
katak best ni...
antujahat666
13th February 2006, 02:13 PM
ape kejadahnye ito? aku tak paham.sila jelaskan
sobriazmi
13th February 2006, 02:54 PM
gmbar katak lagi...
hadusss....
Edoras
13th February 2006, 02:58 PM
Pages terlalu banyak sebab byk sangat OT dan macam jadi Chatroom ajer.
Saya berharap moderator dapat tegaskan sedikit dalam topik2 yg serius...
t.kasih...
ambig
13th February 2006, 03:17 PM
Tegas tu pun tak boleh nak terlalu tegas Edoras...ramai yg masuk sini for fun...sebagai alternatif mencari sesuatu yg light hearted...
Yang penting diri sendiri kena buat tapisan dulu sebelum buat sesuatu posting
sobriazmi
13th February 2006, 07:05 PM
yg penting dorang happy disamping mendapat ilmu yang berguna disini...
tu yang penting sekali... :D
AyAres151
13th February 2006, 07:06 PM
seperti biasa...jgn melencong tak nentu hala..karang jatuh gaung....
mana2 yang melencong...TD akan tekan brek mereka secara mengejut... PM.COM dah lama main tarik handbrake utk masalah lencongan ini... FMDC masih lagi light and easy..takut ada tersinggong langsung taknak jengah2 lagi dah..
so...harap disiplinkan diri masing2..
penat woooo ese nak pantau malam2..sampai 3..4 pagi..wakakaakaka...
( psst..bukan pantau.. TD kadang2 melencong gak.. ngantok la katakan... )
shaifulrizal
13th February 2006, 07:11 PM
sebenarnya payah nak pantau...memasing memang fun untuk berforum...
tapi...semuanya terpulang pada diri masing2
ambig
13th February 2006, 07:20 PM
PM.COM dah lama main tarik handbrake utk masalah lencongan ini... FMDC masih lagi light and easy..takut ada tersinggong langsung taknak jengah2 lagi dah..
Kita kena ada identiti sendiri...tak boleh asyik nak ikut org lain aje...mesti ada keunikan sendiri utk menarik org...
buntalshoot
13th February 2006, 09:12 PM
betul tu bro.ambig... pantau mana yang patut ajer....
isu yg betul2 sensitif dan negatif sajer yg perlu kita elakkan...
jgn terlalu strict...nanti takde fun...langsung orang tak mau jenguk dahhhh.....
biar kita ada identiti sendiri...... baru sronok..... :D
dome
13th February 2006, 11:21 PM
fun2 gak yg penting topik yg di buka sampai maksud.sama2 dpt manafaat.
dan moderator selalu buat seliaan terutama topik yg dah byk page seperti yg di ckp sebelum ini.
ini bg tidak memberi masalh kepada kita semua nanti.
so far baru sorang je apply utk mode. org lain tak nak bg sumbangan ke ?
'biar sumbang asal menyumbang jangan berlaku sumbang'
azryshah
14th February 2006, 01:01 AM
Brother Doreamon, saya teringin jugak bagi sumbangan walaupun nampak sumbang..
Tapi saya tak reti ler nak jadik moderator dan seumpama denganya, so saya minta maaf ler. Mungkin saya akan memberi sumbangan dari aspek yang lain bagi memartabatkan dunia Fotopages Malaysia ini.
Yang berkhidmat,
p/s: saya bukan saja2 nak interframe nie..
=============
Life Thru a Lens
http://azryshah.fotopages.com
ND
14th February 2006, 08:40 AM
Pada pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya owner/moderator sendiri yg melantik para moderator baru berdasarkan pada keaktifannya dan ciri2 yg lain yg diperlukan. Sebab pernah terjadi di forum lain, apabila dibuka peluang utk menjadi moderator, kebanyakan mereka yg volunteer tu jarang online. Akibatnya, forum jadi tunggang langgang. Itu yg kalau boleh nak dielakkan.
Jadi, sememangnya lebih baik jika owner/moderator melantik sendiri para moderator baru demi kebaikan semua. ;)
Edoras
14th February 2006, 09:14 AM
Saya berpendapat sesuatu topik yg serius perlu lah serius dapat jawapan nya. Itu sebab di adakan category "Sembang2"...dimana apa topik boleh di bincangkan.
Kalau topik yg serius (seperti soalan yg serius) di jawab dengan di selang seli banyak perkara OT (walaupun jokes dsbnya), ia akan menyusahkan "newbies" untuk mencari maklumat. Katakan lah topik tu berlanjutan sebanyak 5 - 10 muka atau lebih tetapi jawapan nya hanya 1 muka sahaja... Tentu penat orang yg hendak mencari maklumat tersebut.
Dan apa kata kalau yg mereka ini guna dail-up atau slow internet access, tentu akan merasa frust sebab tidak dapat jawapan yg sebenar.
Saya faham bahawa "fun" ada lah penting tetapi ini hanya akan menarik minat Photog yg suka "fun" sahaja...Serious Photogs/Sifus akan beralih ketempat yg lain dan kita sendiri tak dapat munafaat dari mereka yg berpengalaman...
Jgn salah faham kalau saya memberi pendapat yg begini... Cadangan untuk memperbaiki FM ajer....
buntalshoot
14th February 2006, 09:29 AM
setuju dgn edoras...
klu bulih bg jawapan segera jika ada topik yg betul2 serius....
nanti akan menyusahkan pengguna dial-up....
AyAres151
14th February 2006, 09:37 AM
buntal nih mana satu yang dia setuju ntah... semua dia setuju... kasik jatuh itu kapla kalu stuju..heheehehe....
Saya faham bahawa "fun" ada lah penting tetapi ini hanya akan menarik minat Photog yg suka "fun" sahaja...Serious Photogs/Sifus akan beralih ketempat yg lain dan kita sendiri tak dapat munafaat dari mereka yg berpengalaman...
Korang tak perasan ke yang nih.. tuh ah Edoras dah ketengahkan tuh..
itu lah yang selalu ese nampak dan ada setengah akan PM ese utk tanya why and where ramai OTAI tak lepak sini??
cuba tanya WHY...
sbb INFO penting adalah sedikit berbanding 'fun'....
bagai kata Edoras... Fun memang penting..utk memeriahkan komuniti..tp takleh berlebihan.. Nanti kencing manis.. ahhaaahahahaha..
jgn yang SOALAN LAIN.. jawapannya lain...
Ese juga paham..ramai yang paham di sini bukannya tempat untuk Pro semata2.. tp ramai yang pakai Compact dan masih beginner..
jadi.. kita alukan kedatangan mereka kerana mereka lah kita membina komuniti ini... kerana orang2 BEGINNER...
YA.. penting kita ada identiti kita sendiri... but dari mana kita kena pelajari utk memartabatkan identiti kita kalu bukan dari 'ORANG LAMA'?
Dari situ kita kena kutip yang BAIK.. buang yang BURUK...
baru kita dapt bina IDENTITI KITA YANG BERSIH...
Apa yang ese ketengahkan..topik yang perlu2 saja kita lencongkan... topik tak perlu lencong... take it serious..
CTH : perbincangan Aksesori / PErkakasan
: perbincangan Photoshop ke..
bukan tak bleh selit ngan lencongan.. tp tuh la.. bak kata kementerian kesihatan " KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN "
FMDC = " KURANGKAN LENCONGAN DALAM TOPIK"
hehehehe.. Photography is a Fun.. Make it Fun but BERILMU..
buntalshoot
14th February 2006, 10:04 AM
yang ni last aku setuju.....ayares nyer...he he he.... :D
tapi pada aku yang serius mesti jawab dulu..... yg fun, selit sikit2 jgn terlencong jauh...
klu nak fun betul2.... lepas berforum kita layan TT... baru ada fun sambil makan2..... ha ha ha :lol:
dome
14th February 2006, 10:06 AM
Pada pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya owner/moderator sendiri yg melantik para moderator baru berdasarkan pada keaktifannya dan ciri2 yg lain yg diperlukan. Sebab pernah terjadi di forum lain, apabila dibuka peluang utk menjadi moderator, kebanyakan mereka yg volunteer tu jarang online. Akibatnya, forum jadi tunggang langgang. Itu yg kalau boleh nak dielakkan.
Jadi, sememangnya lebih baik jika owner/moderator melantik sendiri para moderator baru demi kebaikan semua. ;)
payah gak camntu..nanti mcm terpaksa plak..tak relahati..
maklumlah keje ni takde gaji
hihihi
sal tu aku tulis perkataan 'rajin' masa bukak topik ni.
di web portal aku sdiri pun aku buat konsep mcm ni jugak dan mana2 yg dah 'tak rajin' tu akan di replace tanpa notis. hehe
ND
14th February 2006, 10:46 AM
paksa je...muahahhaha...takpun, korang senaraikan calon2 fav korang utk jadikan moderator...pastu tanya secara personal...kalau diorang setuju...Alhamdulillah :D
antujahat666
14th February 2006, 10:48 AM
assalamualaikum.
antu mencadangkan supaya moderator letakkan 2 side. satu topik, fun, satu topik pembelajaran.
dlm topik pembelajaran tuh, letakkan semua berkaitan kemere dan software.contoh : mcm mana nak buat panning, kat maner nak beli lense murah dsb.
yg lain2 tuh, letak bawah fun.
so, kalo boley, letakkan icon skali. baru la org tau itu topik ape.
pastu, bab pengumuman dn dll tuh seperti yg sedia kala.
utk bahagian gmbr, sediakan satu ruangan lain. contohnya mcm hari, bukit tinggi, thaipusssam...bukak satu column yg lain. tak masok dlm bab pembelajaran dan fun. masok dlm bab gmbr.
ini cadangan dan pikiran dari seorang yang mengong.
sekian, terima kasih.
dome
14th February 2006, 10:55 AM
paksa je...muahahhaha...takpun, korang senaraikan calon2 fav korang utk jadikan moderator...pastu tanya secara personal...kalau diorang setuju...Alhamdulillah :D
nak kene cg dan ayares buat ni..aku malas skit bab nak tanya2 ni. haha
ND
14th February 2006, 11:02 AM
ok TD...camne ayares?...ada ok ka?..:D
dome
14th February 2006, 11:06 AM
ND : aku tgk ko pun ada tokoh moderator gak.. jgn la malu2...kekeke
antujahat666
14th February 2006, 11:25 AM
aku sokong bangat kalo nd...thehehhe...PAKSA JE ND..WAKKAKAKAKAKAKA...
eastone
14th February 2006, 12:26 PM
aku rasa mod tak perlu otai...
lebih baik kpd mereka yg serius & selalu menjenguk forum...
senang nak pantau dari semasa ke semasa...
my dua sen...
dome
14th February 2006, 12:38 PM
yg mod lebih kepada seliaan forum.bukan wajib jawab semua topik.yg tu pakat2 jawab la sape yg otai ke brutal ke ..belasah je
Edoras
14th February 2006, 01:04 PM
Selain daripada memantau posting2 tersebut, Mod kenalah "bantu" membuatkan FM lebih dihidup dengan topik2 yg boleh hangat diperbincangkan atau tip-tip/idea-idea yg menarik...
marcia.zlyana
14th February 2006, 01:26 PM
series btol ni.... baca sampai berkerut dahi den <<< contoh lencongan sederhana.. heuhuehuheuhe
ND
14th February 2006, 01:38 PM
uiks...aku ada tokoh jadi mod?...kekekeke...*tepuk dahi*
sobriazmi
14th February 2006, 02:04 PM
wah..best best...
ND jadi mod...
undilah ND...
hehehhe :D
dinictis
14th February 2006, 02:12 PM
Hidup ND... hehehe saya rasa adalah baik jika kita memafaatkan sepenuhnya keujudan forum ini. Ilmu perlu dikongsi. Macam saya ni, masih lagik belajar DSLR ni. Ada juga saya join forum luar negeri yang berkaitan camera dan saya dapati mereka agak serius dalam hal memberi tips dan sebagainya...
Sesekali melencong tu saya rasa adatlah... fun juga biler diselitkan gelak ketawa... cubit mencubit... tampar menampar... tapi kena pastikan pengisian ilmu itu yang penting. Kena ambil consideration kepada kawan-kawan yg guna dialup dan susah utk login tetapi ingin menambah ilmu pengetahuan....
polini
14th February 2006, 02:19 PM
Yes!!!!!! Let's vote for ND.....
Edoras
14th February 2006, 02:39 PM
Betul tu Dinictis - nanti ramai pulak yg jadi member Photokaki.com dan PhotoMalaysia.com
Saya pun dah mula jenguk2 kat sana....
dome
14th February 2006, 02:43 PM
aku tgk biasa pro suka pakai english or forum english..
tinggal yg tak pro je la kot sini ...selebihnya prosak
hehe ...
so siapa lagi nak beri sumbangan khidmat masyarakat ni..
baru sorang je ni pm ..
tak leh jadi ni.
Mazrul
14th February 2006, 02:49 PM
Sokong dgn kenyataan dinicts tu. Forum kena ade objektif...dan kewujudan kelab nih pun ade sebabnye. Tak kan nak citer pasal bola atau F1 kat sini. Sesekali tu boleh...tapi kena ade control jugak. Bagi dslr tu, topik dia banyak boleh buat 200 jilid...tapi yg P&S yg agak ketinggalan. Kenape? kena tanye balik...adakah mereka tak serius nak blajor atau tak tahu ape nak di soalkan. Opss...bukan nak mengenakan sape-sape hanya menilai ape yg terbaik buat semua.
Diharap mereka yg P&S mcm saya...sama-sama kita kongsi ilmu...
Edoras
14th February 2006, 02:55 PM
Bagi dslr tu, topik dia banyak boleh buat 200 jilid...tapi yg P&S yg agak ketinggalan. Kenape? kena tanye balik...adakah mereka tak serius nak blajor atau tak tahu ape nak di soalkan. Opss...bukan nak mengenakan sape-sape hanya menilai ape yg terbaik buat semua.
Diharap mereka yg P&S mcm saya...sama-sama kita kongsi ilmu...
Saya pun pakai PnS gak...tapi nak cerita apa, yea? Sbb PnS bukan nya banyak cara nak buat Manual control spt DSLR. Sebenarnya yg PnS macam saya ni yg selalu bertanya kat DSLR thread sbb suatu hari nanti nak upgrade gak..
Soalan - adakah Bahasa rasmi Forum ini adalah Bahasa Malaysia? Kalau yea, saya rasa ia lebih menarik minat Bangsa Melayu dai yg lain2. Betul kah tujuan FM ini?
ND
14th February 2006, 02:59 PM
TD, tak semestinya guna english tu pro...progol byk le..hehehe...
bagi aku, cintailah bahasa kebangsaan kita...mari gunakan Bahasa Melayu..:D
Mazrul
14th February 2006, 03:13 PM
Saya pun pakai PnS gak...tapi nak cerita apa, yea? Sbb PnS bukan nya banyak cara nak buat Manual control spt DSLR. Sebenarnya yg PnS macam saya ni yg selalu bertanya kat DSLR thread sbb suatu hari nanti nak upgrade gak..
Edoras...
Sebenarnya ade bebrapa perkara boleh kita titik berat dlm amik gambo bagi P&S. Satu subject yg paling saya nak orang pakai P&S sentuh ialah dari segi pengunaan angle yg berkesan. Selalunye...kita amik gambo dari depan aje, tak nak pelbagaikan, buat trial...tak betul delete aje. Biar terguling atas bawah...tengok penghasilannye. Kalau perlu panjat pokok utk angle yg terbaik...silakan, jangan lupa pokok ade kerengge! Janji hasilnye puas hati... ;)
Lagi satu pasal composition. Tak semestinye kena ade kamera DSLR baru dapat composition yg baik. Satu cara yg saya suka buat ialah tiru apa orang amik. Kalau dia boleh buat gambo air atas daun misalnye, apasalahnye saya cuba. Sampai giveup...memang confirm tak leh...puas hati :)
Pendek kan citer...nak tak penghasilan yg terbaik dan optimum dari kamera yg kita ade? Tentu nak kan. Tapi benda nih kena ade usaha kearahnye. Pepatah...kalau salah tolong tunjukan. Tapi kita takut nak tunjuk yg salah...macam mana nak betulkan....Alahai..cakap macam lah saya nih baguih! Niat saya baik...sebab saya pun blajar dari kesalahan saya. Tapi belum sampai hajat nak ke dslr sebab takut tak leh bawak.
TD...
English atau melayu...saya boleh aje, janji site nih ade!
polini
14th February 2006, 03:26 PM
http://i20.photobucket.com/albums/b246/Rioux_Niwakaame/HeadacheInu.gif
Bahasa Tamil boleh tak???? Atau pun bahasa cina... Sebenarnya apa2 bahasa pun boleh lah....
Relax lah macam2 ada dalam dunia ni.........
Janji kita mau enjoy.....!!!!!!!!!!!!!!!
marcia.zlyana
14th February 2006, 03:40 PM
yeaaaaaaaahhhhhhh............
:mrgreen:
Edoras
14th February 2006, 04:02 PM
Sebenarnya ade bebrapa perkara boleh kita titik berat dlm amik gambo bagi P&S. Satu subject yg paling saya nak orang pakai P&S sentuh ialah dari segi pengunaan angle yg berkesan. Selalunye...kita amik gambo dari depan aje, tak nak pelbagaikan, buat trial...tak betul delete aje. Biar terguling atas bawah...tengok penghasilannye. Kalau perlu panjat pokok utk angle yg terbaik...silakan, jangan lupa pokok ade kerengge! Janji hasilnye puas hati... ;)
Lagi satu pasal composition. Tak semestinye kena ade kamera DSLR baru dapat composition yg baik. Satu cara yg saya suka buat ialah tiru apa orang amik. Kalau dia boleh buat gambo air atas daun misalnye, apasalahnye saya cuba. Sampai giveup...memang confirm tak leh...puas hati :)
Mazrul - kalau nak tengok hasil yg dipelbagaikan seperti yg disebutkan tu (spt ambil gambo air atas daun dsbnya..), boleh lah singga kat FP saya tu... hehe..
Kalau gitu, boleh lah saya kembali ke PnS thread dan bagi tip2 serba sedikit... Malang nya tip2 begitu dah di publishkan dalam entry FP saya....
antujahat666
14th February 2006, 04:49 PM
sebenarnya, we have back to the beginning...ader dak baru belajar..lansung tak tau pape (sepertila aku ni ha)...shutter pon tak tau ape kejadahnya...so, nnt dah ader MOD, kita suwoh dia pantau...bukak topik pembelajaran mengenai satu2 topik.pastu up skit mengenai apa.pastu cara2 amek gmbr. baru kena gaya.
dengan ini, saya menyokong sepenuhnya ND jadi MOD. sbb dia neh tegas sket.thehehe..tuh yg beh tuh
marcia.zlyana
14th February 2006, 05:23 PM
kewatnyeeeee...
AyAres151
14th February 2006, 08:17 PM
Perkara seperti membuka topik berkaitan dunia Photography sebenarnya adalah BUKAN tugas moderator... jika kalian mengharapkan untuk Mod bukak topik.. mati kejung la mereka..
Apa yang kita harapkan adalah semua AHLI... semua ahli lah yang bakal membentuk FMDC..bukan bergantung pada MOD...
Perlu di tegaskan.. KEWUJUDAN MOD adalah sebagai pemantau.. bak dalam kehidupan seharian.. mereka bagaikan pak guard.. tugas mereka berdiri dan melihat, jika salah mereka tegur.. jika terlanjur.. mereka perbaiki.. jika bertelagah, mereka leraikan.
Jika kita lihat juga.. SEORANG PAK GUARD ( mod ) tidak perlu bekerja keras utk pastikan organisasi itu maju.. tetapi adalah 'ORANG-ORANG' di dalam organisasi itu terutamanya ORANG ATASAN.
Dan di sini.. selaku TD di sini, ese amat berbangga dengan ORANG ATASAN yang tidak penah penat utk menaikkan nama FMDC... tepok tangan pada semua 'ORANG-ORANG ATASAN'... tak kira la siapa mereka.. mereka bertungkus lumus di belakang tabir..
TEPUK TANGAN BUAT MEREKA ORANG-ORANG ATASAN dan kepada DIRI ANDA SENDIRI kerana berada di FMDC...
di harap.. ORANG-ORANG di bawah ORANG ATASAN ini juga turut sama bekerja dengan ORANG ATASAN.. baru lah kita mampu mengangkat FMDC di mata masyarakat..
one more : tentang bahasa!!
Actually.. kita nak guna sepenuhnya bahasa Melayu namun ada beberapa perkara kita takleh guna takut mengelirukan..
contohnya : button2 kat forum ni, istilah2..
so.. lebih senang dengan sekarang.. BAHASA ROJAK.. tp rojaknya adalah 70% bahasa melayu dan 30% nak rojak india. cina. bugis,jawa ke hantam saja la labuuu...
polini
14th February 2006, 08:27 PM
TEPUK TANGAN BUAT MEREKA ORANG-ORANG ATASAN dan kepada DIRI ANDA SENDIRI kerana berada di FMDC...
http://img.photobucket.com/albums/v291/mrs_sutherland/smileys/36_1_55.gif http://img.photobucket.com/albums/v291/mrs_sutherland/smileys/36_1_55.gif http://img.photobucket.com/albums/v291/mrs_sutherland/smileys/36_1_55.gif http://img.photobucket.com/albums/v291/mrs_sutherland/smileys/36_1_55.gif
dome
14th February 2006, 11:38 PM
baru 2 orang PM utk berbakti ni.
aku buka topik ni sampai hujung minggu ni.
rafi
14th February 2006, 11:59 PM
aku layak ke? :lol: :lol:
Edoras
15th February 2006, 12:30 AM
Walaupun tugas utama Mod bukan untuk membuka topik baru, tapi tidak kah elok kalau Mod tersebut ada sedikit kepakaran dalam bidang mereka dan menjadi Mod dalam kategori tertentu (DSLR, Digicam, Photoshop..etc). Dgn cara begini, Mod ini dapat "merancak kan" atau "menghidupkan" topik perbincangan.
Pandangan 2.5 sen saya jer...
hanis125z
15th February 2006, 12:41 AM
huhuhu.. panas2... alaa.. klu sape2 yg rase komuniti nie tak menarik ke.. byk melencong mahupun melancong serta merepek kerepek... anda boleh laa jenguk2 komuniti lain... yg dh jenguk2 tue.. boleh la join.. takkan jenguk jek... senang citer kan? tak yah kecoČ ahahaha... pada saye laa.. kite kadang2 tak bleh terlalu series la kan.. kite buat pon for fun.. so.. wat pe nk series2 sampai berkerut dahi...
*hanis125z- lg baik tarik selimut dan tido.. esok class kul 9.. ahahaha :twisted: :twisted: :mrgreen: :mrgreen:
cgmulia
15th February 2006, 08:19 AM
aku setuju ngan Ayares.. MOd tak semestinya ada kepakaran dlm bidang2 tertentu.... kita just nak pantau... kasi jgn OT selalu.. biasalah, kalau OT ni bukan 1Km.. mau 80 KM larinya.. so.. mod ini diperlukan.. dan penyumbang sebenar adalah ahli itu sendiri. takkan ada org yg buka topik jika dia dah tau...kerana mungkin dia rasa semua org dah tau... so, jgn mengharap disuap.. kita perlu cari katak or bewok utk di tembak berdas-das (aku lak OT nanti) supaya kita tahu apa yg kita tak tahu...
sobriazmi
15th February 2006, 08:27 AM
betul betul.... mod ni mcm user lain juga..cuma ada tanggungjawab nak jaga sesuatu forum atau channel tu je... so tugas mereka seperti Cgmulia dan Ayares katakan...memantau,tengok2,angguk2, geleng2...iye2..saya2...
hehehhee :D
Edoras
15th February 2006, 09:24 AM
Walaupun saya tidak bersetuju dengan pendapat2 diatas (yakni kerja Mod hanya terbatas pada pemantauan)... terpulanglah pada Ahli2 yg lain... ikut lah majoriti..(Edoras melangkah keluar thread ini.. T. Kasih...)
sobriazmi
15th February 2006, 09:32 AM
laaa..... tak setuju plak.....
polini
15th February 2006, 09:46 AM
yg penting dorang happy disamping mendapat ilmu yang berguna disini...
tu yang penting sekali... :D
Yes!!!! Betul!!!!! Selama ni kita semua happy kat sini.....One big happy family........
filah
15th February 2006, 02:42 PM
Saya ni memangla regular.. pantang dapat online terus bukak.. kadang tu tak logout (ada kesan tak baik ke?) tapi saya ni tak pernah jadi Moderator kat mana2 forum.. jadi pengalaman Moderator memang 0.. kalau bab photography dan seangkatannya.. saya ambil gambar for fun sebab suka tengok gambar cantik2.. walaupun memegang kamera slr masa '80 dan dslr bermula tahun lepas.. ilmu photog masih tahap beginner lagi.. Laa... melencong lagi... macamana nak jadi Mod?
Pointnya.. kalau ada TD rasa saya ni sesuai untuk tugasan tersebut... saya sedia menerima tugas tersebut untuk kebaikan bersama.. tapi kalau boleh kena ada guide lines juga utk all the Mods especially yang 0 knowledge mcm saya ni :D
dome
15th February 2006, 05:23 PM
filah.
sila baca permulaan topik ini.
heroMak
16th February 2006, 04:02 PM
tugas MOD berat woo... kalu kecoh nanti, orang akan query, MOD takde ke? MOD tengok saje ke? MOD takleh sensor ke mende ni? Tu antara soklang yg akan timbul kalu ada mende tak diigini berlaku. Kat FM takde la kan, yg tu kat tmpat lain..
namanyaer MOD = MODERATOR. untuk menyeimbangkan ekosistem dalam enviroment habitat kita ni. Kalau serius sngat, dia buat jokes, kalau terbahak2 sangat, dia tolong tepok belakang, kalau ada org masam bermuram durja dia tolong cucuk kasi melatah, kalau ada orang luka, dia bawak 1st aid kit. Gitu la seadanya.
Sebab itu la saya kata tugas MOD ni berat. Nak kena pandai kawal keadaan. Yang paling penting, dia adil dan tak bias. Kalu dalam bahasa Arab, dia ni wasotiah. Berada di pertengahan. Sederhana, tak serius sgt, tak lawak sangat.
Lastly, kalu dalam group of discussion atau meeting kat alam sebenar (bukan kat internet) MOD takleh masam. Samada masam muka atau MASAM DI CELAH LENGAN!
Lily
17th February 2006, 08:55 PM
edoras tuh sebeno nya nak jadi MOD yer . ?? kwang kwang kwang ...
ape boleh saya katakan ... kalau orang tu rasa diri dia bertanggungjawab dan mampu memikul tugasan ni ..
saya setuju dan teruskan aja .. kerana tak sume orang mampu nak buat kerja MOD neh ..
macam-macam kerja dia nak kena buat ... banyak masa yang harus dia luangkan ...
eventhough bakal MOD neh tak berpengalaman .. tapi kalau dia minat dan sanggup memberi komitmen..
tak ada salah nye .. itu pendapat saya :)
polini
18th February 2006, 12:02 AM
edoras tuh sebeno nya nak jadi MOD yer . ?? kwang kwang kwang ...
ape boleh saya katakan ... kalau orang tu rasa diri dia bertanggungjawab dan mampu memikul tugasan ni ..
saya setuju dan teruskan aja .. kerana tak sume orang mampu nak buat kerja MOD neh ..
macam-macam kerja dia nak kena buat ... banyak masa yang harus dia luangkan ...
eventhough bakal MOD neh tak berpengalaman .. tapi kalau dia minat dan sanggup memberi komitmen..
tak ada salah nye .. itu pendapat saya :)
Wah!!!!! Ha!!!! Ha!!!!!!!!!!!!!!
Kwang, Kwang, Kwang.......
Gua memang respect sama lu lah Lily.....
http://i33.photobucket.com/albums/d93/Shorti4u2loveXo/dancingchicken.gif
dome
18th February 2006, 12:24 AM
saya setuju dan teruskan aja .. kerana tak sume orang mampu nak buat kerja MOD neh ..
macam-macam kerja dia nak kena buat ... banyak masa yang harus dia luangkan ...
eventhough bakal MOD neh tak berpengalaman .. tapi kalau dia minat dan sanggup memberi komitmen..
tak ada salah nye .. itu pendapat saya :)
semua mod baru nanti akan di recruit oleh TD cg dan TD ayares , kalau kena ragging tu jgn nagis. hehe
AyAres151
18th February 2006, 10:09 AM
antara aktiviti lasak korang ialah :
Bersihkan posting yang mengarut!!
tambahan
bersihkan jamban umah TD ayares..
wakakakaakaa
dome
20th February 2006, 12:30 AM
topik ini di tutup.
kepada mereka yang pm untuk sumbangkan tenaga di ucapkan ribuan terima kasih.
proses penempatan moderator baru akan berlaku pada minggu ini.
nanti kita akan umumkan senarai MT forum yang baru.
terima kasih.
Powered by vBulletin™ Version 4.0.3 Copyright © 2010 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.