View Full Version : 29.09.2007 Foto | Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq, KKB
zainzubir
30th September 2007, 12:37 AM
Alhamdulillah, aunty bersama Salman (Heromak) telah selamat sampai Ke Darul Atiq dalam misi Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq ini lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami bertolak dari Sg Penchala, KL untuk menyampaikan amanah ahli FMDC dengan sebuah suv di penuhi kotak2 barangan sumbangan serta wang tunai berjumlah RM1,001. Di pertengahan perjalanan kami telah iringi oleh kakak aunty (Puan Zalinah Zubir) untuk menunjukkan arah higgga ke Darul Atiq.
Di Darul Atiq kami telah disambut oleh Ust. Supar. Penerangan ringkas berkenaan Darul Atiq ini telah serba sedkit membuka “kekaburan maklumat” kami yang kesana. Menurut Ust.Supar , Darul Atiq ini telah ditubuhkan oleh Ust. Ghazali Hasbullah pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah di waqafkan. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal,pesakit mental, mereka yang mempunyai masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim. Kesemuanya tinggal di perkampungan tersebut yang dibina sendiri sedikit demi sedikit. Hingga kini penghuni Darul Atiq termasuk tenaga pengajar telah berjumlah 130 orang.
Menurut Ust. Supar, jumlah perbelajaan harian di Darul Atiq ialah lebih kurang RM700 satu hari merangkumi makan minum. bil2, bayaran saguhati tenaga pengajar, belanja anak Darul Atiq yg melanjutkan pelajaran di luar Negara, bayaran ‘maintanance’ dan pelbagai belanja lain. Sumber kewangan Darul Atiq ialah dari hasil tenaga pengajar yang memberi ceramah agama disana sini. Apabila diajukan soalan samaada pusat pernah meminta bantuan dari mana-mana pihak, Ust, Supar menegaskan pengasas pusat ini, iaitu Ust Ghazali tidak pernah meminta secara rasmi kemana-mana badan pertubuhan samaada swasta atau kerajaan, namun demikian mereka tetap bersyukur kerana ada sahaja yang datang memberi sumbangan dalam berbagai bentuk.
Setelah penerangan ringkas mengenai Darul Atiq, Salman selaku wakil FMDC telah memberi penerangan ringkas mengenai FMDC dan diikuti dengan penyerahan barangan sumbangan ahli FMDC kepada Ust.Supar. Wang tunai hasil kutipan yang berjumlah RM1,001 tersebut telah diserahkan kepada Ust. Ghazali sendiri setelah lawatan ringkas disekitar kawasan Darul Atiq. Memandangkan sebuah tempat mengambil wuduk masih tertunda/terbengkalai kami sebagai wakil FMDC telah memohon agar wang sumbangan ahli FMDC berjumlah RM1,001 tersebut digunakan sebagai tambahan menampung kos penyiapan pembinaan yang di anggarkan berjumlah RM5,000. Bacaan doa kesyukuran atas sumbangan ahli FMDC telah mengakhiri misi kami ini.
UPDATED-11/10/07
Dalam kita berseronok untuk berhari raya yang tinggal beberapa hari lagi ini, ingat2lah mereka yang tidak bernasib baik ini. Jika ada yag ingin melawat tpt ini atau ingin memberi sumbangan atau wang zakat, ini maklumatnya:
Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Hubungi:
Ust.Ghazali Hasbullah
Bank: Maybank
No. Akaun: 162076546024
Tel: 03-60574869
h/p: 019-3298799
Ust: Supar
h/p: 013-2736704
Salman selaku wakil FMDC menyerahkan wang sumbangan ahli FMDC kepada Ust.Ghazali
http://img410.imageshack.us/img410/9495/img8561bob6.jpg
Kelihatan Ust.Supar dan Salman,mengaminkan bacaan doa oleh Ust.Ghazali
http://img106.imageshack.us/img106/4756/img8563bbb3.jpg
Pengangkutan keluar kotak-kotak serta bungkusan sumbangan ahli FMDC untuk diserahkan kepada Darul Atiq
Heromak selaku heroFMDC juga...
http://img408.imageshack.us/img408/9471/img8491bkp8.jpg
Penghuni Darul Atiq turut membantu
http://img128.imageshack.us/img128/6079/img8492bqb8.jpg
Puan Zalinah bersama Iman, anak beliu turut mengangkat barangan keluar
http://img403.imageshack.us/img403/103/img8485bpc3.jpg
kingmarul
30th September 2007, 12:42 AM
ada gmbr kawasan sekitar tak antie.....
:lol:
zainzubir
30th September 2007, 12:45 AM
ada gmbr kawasan sekitar tak antie.....
:lol:
ada sabo...aunty kena resize dulu... :lol:
buntalshoot
30th September 2007, 12:58 AM
tahniah aunty.. bangga mempunyai makcik seperti ini..
** semalam saya mimpi hanti gi dangdut...
desa
30th September 2007, 01:14 AM
Tahniah Aunty, Heromak dan semua FMDCian.. semoga apa yg kalian lakukan ni diberkati olehNya.. aminn..
zilzals
30th September 2007, 01:40 AM
tahniah..........
bile kite dah sampai sini...mesti rase keinsafan akan tercebis juga...
bigbrother
30th September 2007, 02:22 AM
TQVM anty & heromak... :)
arulz
30th September 2007, 03:16 AM
tahniah hanty n all fmdcian yg sudi sumbangkn brg2 korang...mudah2an mendapat ganjaran selayaknya dr Allah.. :wink:
bznis_mind
30th September 2007, 06:08 AM
tahniah hanty .. ku sangkakan selama ini hanty 'gangster' orang nyer, tetapi hatinya baik, lembut n sejuk bak salju .. tahniah jugak buat abam salmang .. abam salmang nampak cargas jer masa angkat kotok tu .. ke bahang doh sekotok dalam keter ngan hanty?? hihihih
AyAres151
30th September 2007, 06:58 AM
tahniah pada warga FMDC semuanya khususnya buat Mamazain dan Abang Salman... moga usaha ini senantiasa menjadi rutin warga FMDC semua..
Salams..
zainzubir
30th September 2007, 08:04 AM
"Pejabat" Darul Atiq dari pandangan jauh(kiri) bangunan kuning (dibelakang) adalah hasil sumbangan/pembinaan sepenuhnya InsuranTakaful.
http://img227.imageshack.us/img227/1557/img8493bjg1.jpg
Disinilah penerangan ringkas Darul Atiq oleh Ust.Supar (kanan) dan penerangan ringkas mengenai FMDC oleh Salman (kiri-duduk secara sempoi)) telah diberikan. Kelihatan Salma, anak Salman turut memberi sokongan moral atas misi ini. :wink:
http://img299.imageshack.us/img299/1701/img8480bnm9.jpg
Dewan terletak sebelah kanan dari jalan masuk, (depan) dan kelihatan jauh di atas kawasan tingggi tersebut merupakan asrama perempuan yang bermasalah akhlak.
http://img413.imageshack.us/img413/3586/img8496bbj6.jpg
Di DarulAtiq, pembinaan penginapan tambahan dilakukan sendiri oleh penghuni dan kolam yang kelihatan ini merupakan anak sungai yang telah pada mulanya di cangkul secara perlahan2 oleh Ust.Ghazali sendiri untuk dijadikan kolam. Ikan2 telah di bela disini bagi menampung bekalan makanan penghuni.
http://img154.imageshack.us/img154/4320/img8497bdj9.jpg
Papan kecil ini umpama simbolik atas misi Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq..ia ibarat jambatan yang menhubungkan kita dengan mereka disana.
http://img212.imageshack.us/img212/6272/img8498brp0.jpg
zainzubir
30th September 2007, 08:16 AM
Ini merupakan rumah ibu tunggal
http://img220.imageshack.us/img220/814/img8500bbw5.jpg
"Din" merupakan pesakit mental berasal dari Kelantan, suka menyendiri dan telah setahun lebih berada di Darul Atiq. Beliau suka menyendiri dan telah diberi tugas membersihkan sekitar kawasan Darul Atiq.
http://img220.imageshack.us/img220/1686/img8502bkl0.jpg
Din tidak membenarkan penghuni membina "rumah" beliau ini. Menurut Ust. Sapar beliau sendiri memaku papan2 kutipan untuk dijadikan rumah penginapan.
http://img400.imageshack.us/img400/4300/img8505bch6.jpg
Pemandangan rumah Din dari dekat
http://img232.imageshack.us/img232/1973/img8504byq0.jpg
aji
30th September 2007, 08:23 AM
Di Darul Atiq kami telah disambut oleh Ust. Supar. Penerangan ringkas berkenaan Darul Atiq ini telah serba sedkit membuka “kekaburan maklumat” kami yang kesana. Menurut Ust.Supar , Darul Atiq ini telah ditubuhkan oleh Ust. Ghazali Hasbullah pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah di waqafkan. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal, pesakit mental, mereka yang mempunyai masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim.
ya Allah ampunkan saya
dalam kesibukan kita mengejar keseronokan di dunia ni
nun hujung di sana
masih ada lagi insan-insan yang sedaya upaya membantu insan lain
dalam keadaan mereka sendiri berhak dibantu
mereka tak pernah menagih simpati
mereka tak pernah menangis di depan kita
lihatlah kehebatan mereka
ya Allah ampunkan saya
terima kasih hanty, salman & team jalinan kasih fmdc
dan kepada semua yang turut beri sumbangan
zainzubir
30th September 2007, 08:28 AM
Air dari anak bukit inilah yang telah memberi bekalan air kepada pusat Darul Atiq dan sejak 2 tahun lepas telah berhenti dari "berkhidmat" setelah Darul Atiq berjaya mendapatkan bekalan air paip atas sumbangan orang ramai (untuk pemasangan paip)
http://img451.imageshack.us/img451/1082/img8506bgw1.jpg
Ust.Sapar menerangkan air tersebut sebenarnya tidak seperti di sangka, ia sebenarnya bersih dan jernih serta sejuk. Aunty sempat membasahkan tangan untuk membuktikan apa yang disebut..memang ia jernih dan bersih serta sejuk...nasib ada Ust.tidak dah tentu dapat seteguk dua gak tu...(mmg terasa sedikt dahaga semalam kerana tidak byk minum air semasa sahur)
http://img511.imageshack.us/img511/103/img8508bth2.jpg
Kami telah mendaki bukit untuk melihat sekitar asrama remaja lelaki
http://img213.imageshack.us/img213/8162/img8510bnq3.jpg
...bersambung..aunty nak gi ngaji dulu eik...
ND
30th September 2007, 10:28 AM
Terima kasih kpd Aunty dan heromak kerana menyampaikan segala sumbangan drpd kita semua...
semoga kita boleh buat lagi perkara seperti ini di masa2 yg akan datang...
red
30th September 2007, 01:01 PM
hanty dan heromak serta team yg menjayakan program ni memang best. juga kepada penderma dan big boss yg memberi sokongan pada aktiviti yg amat mulia. setelah melihat gambar2 ni, saya sungguh terharu dah berazam untuk buka puasa dgn kueyteow goreng kawah rm1.30 sampai raya.
namun ada kalanya saya berasa kehidupan mereka yg lebih bahagia sebab x perlu pikir camne nak beli lens baru.
msharq
30th September 2007, 01:26 PM
tahniah anty, abm salman.........& team yang terlibat....... kerna berjaya menjalinkan kasih FMDC & Darul Atiq........
kadang-kadang kita sendiri leka...dengan dunia kita sendiri......
ya Allah ampunkan saya
dalam kesibukan kita mengejar keseronokan di dunia ni
nun hujung di sana
masih ada lagi insan-insan yang sedaya upaya membantu insan lain
dalam keadaan mereka sendiri berhak dibantu
mereka tak pernah menagih simpati
mereka tak pernah menangis di depan kita
lihatlah kehebatan mereka
ya Allah ampunkan saya
..........aminnnnnnnnn
*copy balik aji punya
syahidd
30th September 2007, 02:30 PM
alhamdulillah, tahniah kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan tautan mahabbah nih, terutama kepada Hanty zain(cyborg woman lah!) n abang salman serta sume FMDCians..........(ayat macam aku pulak yang jadik organiser)keskesekes...
Siapa lagi yang nak bantu saudara seislam kita, kalau tidak tangan orang Islam sendiri..bertambah makmur la jajahan FMDC harapnya.ameen... :wink:
zainzubir
30th September 2007, 02:43 PM
Ust.Supar menunjukkan ke arah rumah sedang dibina oleh seorang insan yang ingin menghabiskan sisa2 hidupnya dengan beramal ibadah di Darul Atiq(rumahtidak berlepa didalam imej addalah asrama remaja lelaki))
http://img233.imageshack.us/img233/8886/img8512bkl2.jpg
Anak ini mengintai kehadiran wakil FMDC...kemanakah gerangan anak comel ini hendak pergi?Tentunya tidak bershopping di Sogo atau Mid Valley sebagaimana kanak2 lain yang lebih bernasib baik :cry:
http://img230.imageshack.us/img230/7481/img8513bhv4.jpg
Pintu masuk asrama remaja lelaki. Dimaklumkan oleh Ust.Supar tiada kemudahan katil disini, mereka tidur diatas lantai beralaskan "toto". Aunty memanjangkan leher mengintai keadaan didalam..sememangnya benar seperti dikata.
http://img206.imageshack.us/img206/2528/img8515bvq0.jpg
Rumah ini didiami oleh seorang wanita berumur 60an, telah dibina oleh anak nya sendiri, memandangkan siibu mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup dengan beramal ibadah di Darul Atiq.
http://img231.imageshack.us/img231/7472/img8516bxm9.jpg
zainzubir
30th September 2007, 03:01 PM
Inilah tempat mengambil wuduk yang pembinaannya terpaksa dihentikan oleh ketidak cukupan fund untuk menampung kos membina. Kami telah memohon agar sumbangan wang ahli FMDC berjumlah RM1,001 disalurkan untuk menambah menampung kos pembinaan tempat mengambil wuduk ini.
http://img216.imageshack.us/img216/7193/img8517bwh4.jpg
Mengambil wuduk untuk bersolat duha
http://img220.imageshack.us/img220/1595/img8527bmn6.jpg
Satu persatu keluar menuju ke masjid ini untuk bersolat duha
http://img220.imageshack.us/img220/1992/img8529bbd9.jpg
AyAres151
30th September 2007, 03:06 PM
saya pohon pada admin.. thread seumpama ini eloklah di letakkan di ruangan : aktiviti & program.. atau ruangan : kebanggsaan, agar kita boleh merujuknya di kemudian hari..
kalu berada di photomania ni, nnt kejap jerk hilang ke page lain..
zainzubir
30th September 2007, 03:07 PM
Apa yang mencuit hati Ust.Supar dan Salman ini agaknya ya?
http://img220.imageshack.us/img220/4622/img8532bgm2.jpg
zainzubir
30th September 2007, 03:22 PM
Seorang demi seorang menaiki anak tangga ini menuju ke masjid untuk bersolat duha
http://img227.imageshack.us/img227/5715/img8539bxj4.jpg
Pesakit mental ini juga bersiap sedia untuk bersolat duha. Apabila ditanya nama dan asal dengan yakin walaupun gagap sedikit, beliau menjawab.."Saya Meor from Perak". Semuga Meor bertambah pulih di Darul Atiq ini dimana telah setahun lebih beliau menginap disini.
http://img227.imageshack.us/img227/4053/img8540bnr6.jpg
Saya telah mendapat izin dari Meor untuk mengcapture secara close-up
http://img227.imageshack.us/img227/6962/img8541byu3.jpg
zainzubir
30th September 2007, 03:29 PM
"asrama" bekas penagih dadah
http://img228.imageshack.us/img228/5206/img8533bov1.jpg
Makcik Su seorang ibu tunggal berasal dari Kuala Lumpur, tidak mempunyai anak dan juga ingin menghabiskan sisa hidup dengan beribadah di Darul Atiq. Beliau amat gembira memaklumkan bahawa baru 6 bulan Darul Atiq dapat menikmati kemudahan kuasa elektrik.(sambil menunjukkan kepada aunty talian eletrik diluar rumah beliau ini)
http://img228.imageshack.us/img228/9016/img8537bvc1.jpg
zainzubir
30th September 2007, 03:36 PM
Bangunan ini telah di bina atas sumbangan sepenuhnya dari Syarikat Takaful.
http://img223.imageshack.us/img223/2469/img8548brm3.jpg
Pintu masuk ke dewan dimana ceramah agama oleh Ust.Ghazali sering di adakan dan dihadiri oleh masyarakat luar jauh dan dekat.
http://img223.imageshack.us/img223/7717/img8551bal0.jpg
zainzubir
1st October 2007, 10:37 AM
Pemandangan jalan keasrama perempuan bermasalah (atas bukit), disebelah kanan adalah rumah "warden"
http://img299.imageshack.us/img299/8006/img8552bdp1.jpg
ini pula rumah warden sebelah kiri jambatan
http://img398.imageshack.us/img398/5186/img8553bhc0.jpg
Bermula didalam "pejabat" dan diakhiri disini pertemuan Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq
http://img398.imageshack.us/img398/1458/img8556bsj1.jpg
Group photo wakil FMDC ler lebih kurang nims... :wink:
http://img219.imageshack.us/img219/2824/img8567bld7.jpg
sekian sahaja lapuran dari aunty...tunggu ler kot2 salman ada nak tokok tambah lapuran Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq ini. Kepada semua ahli yang telah memberikan sumbangan barangan dan juga wang, aunty ingin meyampaikan ucapan ribuan terima kasih dari Ust. Ghazali, semuga apa yang kita usahakan ini tidak terhenti disini. (aunty akan beri contact details Darul Atiq di page 1 nanti kpd sesiapa juga yang ingin menyampaikan sumbangan..maaf missplaced kad yg diberi..nanti aunty selongkar beg hanty eik?)
buttet
1st October 2007, 10:54 AM
alhamdulillah..selain kita berseronok masih sempat beramal
weet
1st October 2007, 11:30 AM
INSAP GUE :cry:
risya
1st October 2007, 11:44 AM
touching! :cry:
moga kami dimurahkan rezeki dan dpt terus membantu mereka yg memerlukan.. amin!
zilzals
2nd October 2007, 01:45 AM
kalau ade prog mcm ni secara berkala,lagi bagus...
ops...byk ckp lak...ikutnye idak...
zainzubir
2nd October 2007, 08:19 AM
KIta buat majlis raya ler kat sana...asek nak kat hotel jer....atau nanti raya korban kita korban lembu sekor kat sana...ramai2 mesti beh kan?? :lol: aunty rasa seronok disana ntah kenapa mungkin sebab disana ada berbagai penghuni tidak seperti rumah orang tua atau anak yatim yang lain...yg paling best aunty lihat punca air dimana ada tali tarzan ..perrrgh dapat rendam kat sana posa2 ni mesti besh kan??
Mungkin jika Tuan Presiden cadang nak kesana reramai antara lain kita boleh adakan program seperti
1. Membersihkan kawasan sekitar pusat
2. Mengecat
3. Khidmat dandan percuma (potong rambut, trim janggut dll)
4. Khidmat studio bergerak..kita print beri mereka terus..aaa kita book Jaggat part2 ni..
5. Mungkin juga pemeriksaan kesihatan..aaa yg ni kita book Dr. Malek
6. Baik pulih rumah yang mana perlu...aa ni hubby suka ni part2 carpentry
7. Crash course photography basic...mungkin ramai yg boleh bantu ..beri mereka peluang amik gambo guna kamera2 yg gah2 yg jika dijual boleh menampung makan minum mereka utk 7-8 hari!!
8.
9.
20.
...aaa korang cadangler...nanti kita minta Tuan Presiden saring dan aturkan.. :wink: ..tak semestinya tahun ini, mungkin tahun depan atau bila2lah ....
hadzleyharith
2nd October 2007, 08:39 AM
Tahniah kepada hunty dan heromak... amat teruja saya dengan aktiviti sebegini.. kalau ada peluang nak gak menyumbang apa-apa yang boleh.
Betuk kata hunty tempat tu memang sejuk dan nyaman.. melihat anak sungai dan bangunan memang menjadi idaman.. Ketenangan yang boleh dikecapi dan mendekatkan kita dengan Illahi. Insaflah (kepada diri ku) bahawa ada lagi orang lain yang lebih memerlukan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ni.
Tahniah kepada penganjur..kalau ada lagi program sebegini..war-warkan lah...
hisham27
2nd October 2007, 08:49 AM
KIta buat majlis raya ler kat sana...asek nak kat hotel jer....atau nanti raya korban kita korban lembu sekor kat sana...ramai2 mesti beh kan?? :lol: aunty rasa seronok disana ntah kenapa mungkin sebab disana ada berbagai penghuni tidak seperti rumah orang tua atau anak yatim yang lain...yg paling best aunty lihat punca air dimana ada tali tarzan ..perrrgh dapat rendam kat sana posa2 ni mesti besh kan??
Mungkin jika Tuan Presiden cadang nak kesana reramai antara lain kita boleh adakan program seperti
1. Membersihkan kawasan sekitar pusat
2. Mengecat
3. Khidmat dandan percuma (potong rambut, trim janggut dll)
4. Khidmat studio bergerak..kita print beri mereka terus..aaa kita book Jaggat part2 ni..
5. Mungkin juga pemeriksaan kesihatan..aaa yg ni kita book Dr. Malek
6. Baik pulih rumah yang mana perlu...aa ni hubby suka ni part2 carpentry
7. Crash course photography basic...mungkin ramai yg boleh bantu ..beri mereka peluang amik gambo guna kamera2 yg gah2 yg jika dijual boleh menampung makan minum mereka utk 7-8 hari!!
8.
9.
20.
...aaa korang cadangler...nanti kita minta Tuan Presiden saring dan aturkan.. :wink: ..tak semestinya tahun ini, mungkin tahun depan atau bila2lah ....
Cadangan Hanty saya sokong 500%, InsyaAllah saya sedia turun menyumbangkan tenaga & apa-apa yg termampu untuk menolong mereka.
Selain dari berfotografy tanggung jawab sosialgrafy pun kena ada kan.. :lol: :lol:
deney
2nd October 2007, 09:00 AM
Menarik ni auntie. Hmm, mungkin saya boleh usahakan dengan kawan-kawan saya yang lain untuk memberi Pemeriksaan Kesihatan kepada penghuni rumah ni :D
badangperkasa
2nd October 2007, 09:05 AM
Tahniah Kak Zain. Semoga kita boleh menganjurkan lagi aktiviti2 yang seumpama ini dimasa2 akan datang. Inshaallah!
azryshah
2nd October 2007, 09:20 AM
bagus usaha murni pihak organiser... insya Allah aktiviti yang sebegini boley dibuat acara tahunan :lol:
zainzubir
2nd October 2007, 09:36 AM
Tahniah kepada kita semua...tahniah, bukan utk aunty dan heromak berdua atau team kami...kita disini kan satu keluarga yang besar??Yang lain bukan tidak mahu turut menyumbang, tetapi waktu kutipan/rancangan jalinan kasih ini terlalu pendek, aunty cuma ingin kejarkan bulan Ramadhan , insyallah sumbangan kita lebih diberkati dan dirahmati...aunty dan heromak sekadar menyegerakan perkara yang baik...yalah jika procrastinate, entah2 tak sempat pun aunty melaksanakan impian utk turut menyumbang, maklumlah aunty ni bukan muda lagi macam korang semua... :cry:
Apa2pun sebenarnya kutipan kita walaupun dalam jangkamasa pendek, amat memberangsangkan, alhamdulillah. Kotak2 dan beg2 plastik (wei korang lain kali anto sendiri kalau tak masuk dlm kotak!!) :lol: adalah diluar jangkaan.. yg guna beg mentua utk isi pakaian pun ada dan paksa aunty transfer dlm plastik mlmtu juga...(korang dera aunty eik??) ..tapi inilah cantiknya kita di FMDC..berebut2 nak buat kebajikan seiring dengan berebut2 nak shoot katak..eh silap...seiring dgn berebut nak sertai aktiviti fotografi/FMDC yg lain..Syabas semua ahli FMDC dan tentunya yang paling patut menerima ucapan tahniah dan pujian ialah Tuan Presiden kita, Tuan Haji Rasyid...why??apa juga bentuk aktiviti beliau akan berusaha mempromosi, even jalinan kasih ini tanpa beliau hadir sama oleh sebab aktiviti FMDC yg lain pada hari yang sama, beliau tetap ambil berat tetap beri komitmen sepenuhnya...terima kasih Aji...Pastikan Aji sebagai Presiden FMDC seumur hidup....jika terdengar ura2 beliau nak letak jawatan, kita kepung dia ramai2..sombat mulut dia dengan lens ke cap kamera!!cabuuuuts....
heroMak
2nd October 2007, 05:11 PM
alhamdulillah..dah sampai umah n bleh jenguk apa yang berlaku di FMDC online ni..
dah banyak dah laporan dari mamazain.. cuma dia tak citer je part kitorang terbongkang lepas balik dari darul atiq tu.. hahah..
harapnya laporan dan apa yang dipaparkan ini membakar semangat utk terus berbuat bakti. Memberi sokongan tak kisahlah dari segi material atau skongan moral. Bahkan respon yang baik pada thread ini juga merupakan salah satu bentuk sokongan moral.
Saya duk jauh di Terengganu ni.. Datang KL secara mengejut dan berbagai2 rintangan sebab nak tolong mnyampaikan usaha murni ini. Harapnya akan datang, ramai lagi yang boleh ke sana dan melihat sendri.
Untuk suka-suka, tak susah untuk membuat team, maka begitu juga untuk melaksanakan aktiviti begini. InsyaAllah, kita ada lagi program macam ni. So, get ready la yea..
* teringat dulu2 awal pembabitan ngan FMDC, bila ditanya nak menyumbang dari segi apa, saya cakap tak kisah. Cuma saya ada tambah skit, saya suka kalau duduk di dapur ataupun jadi tukang buat air. :)
heroMak
2nd October 2007, 05:18 PM
antara barang yang sempat diintai2 semasa proses pengumpulan (intai tu bukan ngada2, tapi nak tahu mende tu fragile ke idak, takut pecah ke hape ke bertindih2 banyak2 tu).
1. pen, pensel, buku tulis dan alat tulis lain2
2. beras
3. gula
4. meggi n jajan
5. minyak masak
6. biskut
7. periuk nasi
8. buku bacaan
9. baju baru
10. baju terpakai yg nampak macam baru
11. seluar
12. beg
13. kotak
14. plastik
15. beg sukan (tapi tak jadi) - ingatkan nak bagi, tapi dah dipesan hanya untuk isi barang sahaja.
Sebahagian sahaja tu. Mungkin ada yg tertinggal untuk disebut tapi alhamdulillah kesemuanya sampai ke tangan orang yang sepatutnya menerima. :)
qmaxgamer
2nd October 2007, 06:08 PM
alhamdulillah.. terima kasih man dan auntyzain sebagai wakil daripada FMDC..
heroMak
2nd October 2007, 06:18 PM
alhamdulillah.. terima kasih man dan auntyzain sebagai wakil daripada FMDC..
sebenarnya program ni menjadi bukti, nak beramal baik ni bukan susah. Cuma perlu kepada keinginan sahaja. Aku dan hantyzain ni contoh orang yang memudahkan urusan sahaja. kalau tanpa sokongan yang lain, takkan penuh satu kereta tu.
Bayangkan, satu CRV tu penuh sampai tak muat, sarat ngan barang2. dah terjungkit pun. sampai kena pesan supaya jgn bawa laju2. Nasib baik gak polis tak suh behenti tepi (kalau idak, masuk FMDC la gambo polis tu :)).
Kami harapkan lagi sokongan anda2 smer pada masa akan datang. Ramai lagi yang memerlukan sebahagian kecil je sumbangan dari kita yang boleh kata mewah dengan Tea Tarik Session, makan buffet dan lens yang berat lagi mahal :)
dome
2nd October 2007, 06:26 PM
Bayangkan, satu CRV tu penuh sampai tak muat, sarat ngan barang2. dah terjungkit pun. sampai kena pesan supaya jgn bawa laju2.
bayangkan ada orang kena tinggal pastu naik teksi pergi lrt
hahahahaha
caboooooot
zainzubir
3rd October 2007, 02:31 AM
Bayangkan, satu CRV tu penuh sampai tak muat, sarat ngan barang2. dah terjungkit pun. sampai kena pesan supaya jgn bawa laju2.
bayangkan ada orang kena tinggal pastu naik teksi pergi lrt
hahahahaha
caboooooot
ni kena ketawa kekuat cenggini...HA HA HA HA HA PADAN MUKA!!!
bersfarhan83
4th October 2007, 11:30 PM
ust ghazali hasbullah adalah salah satu ulama yg disegan ni..
saya pernah ikut pengajian dia dulu...
kalau tak silap dia ada buat kuliah tiap-tiap sabtu malam ahad..
zulz
4th October 2007, 11:59 PM
mengingatkan diri sendiri.....ramai yg lebih susah dari diri kia rupanyer....
heroMak
5th October 2007, 02:51 PM
ust ghazali hasbullah adalah salah satu ulama yg disegan ni..
saya pernah ikut pengajian dia dulu...
kalau tak silap dia ada buat kuliah tiap-tiap sabtu malam ahad..
kuliah dia tetap berjalan lagi..
dia pernah ditahan oleh 'Mat ISA'. Maybe sebab tu tempat kebajikan yang dia asaskan ni susah amat nak membangun...
Tapi jangan risau, dia bukan pembangkang total kerajaan, tapi banyak perkara yang kerajaan buat dia tak setuju.
Niat kita utk bantu org yg memerlukan kan? :)
zainzubir
11th October 2007, 08:29 AM
Dalam kita berseronok untuk berhari raya yang tinggal beberapa hari lagi ini, ingat2lah mereka yang tidak bernasib baik ini. Jika ada yag ingin melawat tpt ini atau ingin memberi sumbangan atau wang zakat, ini maklumatnya:
Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Hubungi:
Ust.Ghazali Hasbullah
Bank: Maybank
No. Akaun: 162076546024
Tel: 03-60574869
h/p: 019-3298799
Ust: Supar
h/p: 013-2736704
zainzubir
2nd July 2008, 02:42 PM
Aunty bercadang untuk menziarahi Darul Atiq, KKB buat kali kedua, sebelum datangnya bulan Ramadhan tidak lama lagi. Buat masa ini belum ada butiran perancangan yang khusus. Walau bagaimana pun, yang pasti kali ini seorg lagi kakak aunty telah menyuarakan ingin turut serta bersama ahli FMDC untuk ketempat tersebut :wink:
Kepada ahli FMDC yang ingin membantu merancang Jalinan Kasih FMDC-Darul Atiq, KKB ke 2 ini sila PM aunty, terima kasih. Kita akan kemukakan perancangan kita nanti kepada En. Rasyid Yusof, selaku Presiden FMDC Sesi 2008-2010. (alahai yang menang tanpa bertanding tulah saper lagi?? :lol: )
bigbrother
2nd July 2008, 02:50 PM
ni ada satu lg tempat kot2 nak gi gak.. kawan2 opis sy bikin ni.. http://baitulfitrah.wordpress.com
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.