View Full Version : Teknik Mengambil Gambar Sukan
dinictis
18th February 2006, 01:55 PM
Assalamualaikum Semua. Disini saya ada sedikit kemusykilan mengenai teknik/setting yang perlu digunakan untuk mengambil gambar sukan.
Semalam iaitu pada 18 Feb saya telah berpeluang untuk pergi ke BTS untuk menyaksikan Kejohanan Squash CIMB KL Open 2006. Dan dengan selambanya saya lepak kat tempat press photographer dan terus menembak. Nasib baik tak kena halau hehehehe.
Masalah yang saya hadapi adalah keadaan cahaya di gelanggang tidak berapa cerah dan kami tidak dibenarkan menggunakan Flash. Kebanyakkan gambar yang saya ambil menggunakan mode Manual dengan setting :-
Shutter speed : 1/40 - 1/80
Apperture: F4.0,F4.5,F5.0
ISO: 800
Drive Mode: Continuous Shooting
AF Mode: One-Shoot AF
Metering Mode: Evaluative Metering
Lense: Tamron 18mm-200mm
Camera Model :Canon EOS 20D
Saya telah upload beberapa pic ke FP, pic yang lain akan saya upload kemudian kerana saya perlu menghadiri kenduri khawin. Saya harap sifu-sifu dapat membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam menghalusi teknik menangkap gambar sukan ni. Thanks in advance... bye
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/ForumNicole001.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/NicoleLarge000b.jpg
petrofsky
19th February 2006, 12:22 AM
Generally, perlu diingatkan yang indoor sports takleh tembak guna flash, sebab cahaya flash akan terserak ke seluruh dalaman bangunan, ini boleh mengganggu konsentrasi pemain. Cara paling mudah mengatasi keadaan ini ialah dengan menggunakan lensa yang mempunyai apetur yang besar; contohnya f/2, f/1.8, f/1.4 ... kalau tiada lensa dengan apertur sebegini, gunakan ISO tinggi. Sekiranya penggunaan ISO 800 masih lagi memberikan shutter speed yang rendah, tinggikan ISO anda sebanyak 1/3 or 1/2 steps lagi. Tapi perlu di ingat, lagi tinggi ISO, lebih banyak noise pada gamba nanti, so jangan lupa pos proses gambar dan applykan noise reduction kepada gambar itu nanti.
zainzubir
19th February 2006, 06:24 AM
kita shoot melepasi glass macamnih tak perlu guna cpl ke??(tumpang sekaki bertanya ya dinictis...) :wink:
dinictis
19th February 2006, 09:55 AM
Auntie Zain : Tidak mengapa, tanya jer. Lagipun kita sedang mencari ilmu, kalau ada lebih baik kita berkongsi bersama. Auntie Zain nak tanya CPL tu apa? Tak tahu lagi term-term DSLR ni... saya budak baru belajar hehehehhe :-)
Petrosky : Betul tu lagi tinggi ISO lagi tinggi noise. Sekarang ni saya guna Neat Image (Demo Version) utk buang noisenya. Lagi satu noise remover adalah sotware Ninja apa tah.... tak ingat. Boleh saya tau ada tak noise remover yang lain dan bukan Demo.
buntalshoot
19th February 2006, 11:01 AM
CPL itu ialah Circular Polarizing...
Bendalah ini adalah filter yg dipasang pada lens bertujuan untuk mengurangkan reflection pada cermin ataupun untuk mendapatkan blue sky jika shoot outdoor..
Itulah yang auntie nak tanya kot kat kamu dinictis... :D
Tapi rasanya tak perlu kot nak pakai CPL ...bendalah nie sebenarnya mengurangkan cahaya masuk ke dalam lens, tambah2 indoor nie... tak sesuai utk aksi2 sukan.... mungkin glass tu adalah
bahan kaca yang diperbuat khas utk sukan squashy niee agaknya.... sbb itu photog tak dibenarkan untuk meng fire flash...maybe akan menyebabkan gangguan kepada photog dan pemain tersebut... :D
zainzubir
20th February 2006, 02:11 AM
betul tuh buntal..thanks...btw,ada sesaper pernah test guna cpl dllm situasi dinictis? :roll: apa jadi?? :roll:
dinictis
20th February 2006, 03:31 AM
Buntalshoot thanks for the info, appreaciate it. Dari apa yang saya lihat pada hari tu, kelas yang diberikan untuk photographer shoot diperbuat daripada gelas yang clear dan agak kecil sebenarnya keluasannya. Bulatan biru ada kawasan tersebut. Pic beberapa press photographer dgn senjata masing-masing...
http://img.photobucket.com/albums/v221/dinictis/cermin.jpg
buttet
20th February 2006, 08:15 AM
wa dinicts ang ada pakai noise remover mana ese nak dapat benda tyue ?
tembeling
20th February 2006, 08:31 AM
For noise, saya guna Ninja. Quite good sebab saya selalu shoot pada ISO tinggi....masa ambik gambar ikan dalam aquarium bila malas nak setup wireless flash. CPL boleh membantu mengurangkan balikan cahaya tetapi ada hadnya. Saya tengok gambar2 zerocusa....cantik. Nampak noise sebab saya rasa dia shoot pada ISO tinggi.
Dalam gambar tu, nampak photog Canon dgn while lenses tu!!! :D
Pasal shoot utk sport ni, pada yg dah baca Digital Mag, ada diberikan beberapa tips.....antaranya ialah paling baik kalau menggunakan wide angle kalau boleh berada dekat dgn athlete :D. Tapi saya rasa pada kebanyakan hal.....dalam sukan...kita tak boleh berada dekat dgn peserta. Not sure abt LTDL bebaru ni....maybe boleh kut. Dan masa LTDL....kita boleh guna flash kan?
Indoor games & tennis...tak boleh la kut.
aji
20th February 2006, 10:12 AM
aji nak tanya
lens telefoto sesuai ke guna untuk sukan?
apa specs lens yg biasa digunakan dalam indoor/outdoor?
bubba
20th February 2006, 10:53 AM
Tentu sekali telefoto boleh digunakan untuk acara sukan ... tengok sahaja lensa2 putih ditepi tepi padang bolasepak dan gelanggang tenis wimbeldon misalnyer. Telefoto penting untuk merakamkan acara sukan yang jurugambar tidak dapat menghampiri aksi sukan secara dekat. Selain gelanggang terbuka, telefoto juga digunakan untuk acara sukan didalam dewan atau gelanggang tertutup. Tetapi untuk merakam aksi sukan dalam keadaan pengcahayaan rendah, memerlukan lensa telefoto berkualiti tinggi dan mampu menangani bukaan /aperture yang besar. Lensa2 yang boleh megawal aperture senihgga f/2.8 amat digemari untuk merakamkan acara sukan ini. Usahkan acara sukan .... lensa seperti ini juga diminati oleh jurufoto perkahwinan yang memerlukan bukaan aperture yang luas untuk majlis perkahwina didalam dewan.
pssttt ..... Sam. Dawama nak guna part time writer tak :P
cgmulia
20th February 2006, 10:58 AM
aji.. nak save budget pakai 70-300 G lens... ada duit sikit beli 70-300 ED, kalau ada duit lagi.. beli 80-200 F2.8, jika bykk sgt duit beli 70-200 f2.8 VR
wakakakkakkaka
zainzubir
20th February 2006, 11:11 AM
aji.. nak save budget pakai 70-300 G lens... ada duit sikit beli 70-300 ED, kalau ada duit lagi.. beli 80-200 F2.8, jika bykk sgt duit beli 70-200 f2.8 VR
wakakakkakkaka
saya sedang berkira2 menabung utk dapatkan is lens TERPAKAI dgn harga yg cukup baik nih... :roll:
tembeling
20th February 2006, 12:00 PM
aji.. nak save budget pakai 70-300 G lens... ada duit sikit beli 70-300 ED, kalau ada duit lagi.. beli 80-200 F2.8, jika bykk sgt duit beli 70-200 f2.8 VR
wakakakkakkaka
Mentang2lah member dah pakai 80-200 f/2.8!! :D
aji
20th February 2006, 12:17 PM
hari tu kat spore
tengok 18-200mm tapi terlupa plak f dia berapa
oo kena tengok apptre jugak eeh?
murah dlm rm700 jugak rega dia dpd harga kat mesia
penat ni bila jenjalan dgn family
asek masuk kedai kamera je
sib baik mem diam haje
ttthehe
biasa la
survey 2-3 bln baru rembat satu
dekut tul aji ni
dinictis
21st February 2006, 12:27 AM
Biar lambat asalkan berbaloi... kena survey banyak tempat... bertafakur then baru beli... saya pun tgh kumpul duit nak beli Flash and lense huhuhuhu...
Tu la nak beli lense nak kena tengok apperture dia lak...
ikanmasin
21st February 2006, 08:38 AM
betul to bro aji...ese pun jalan 2-3 bulan gak...bu beli satu....jalan lagi beli lagi....ner tg survey len lak...hehhee
cgmulia
21st February 2006, 11:00 AM
hm.. kalau di ikutkan pro..... bukan saya kata diorg kata..
sebab 1:
lens yg baik biarlah kurang dr 4x zoom range dia.
dia akan soft imejnya pada 200mm. walaupun ia agak sesuai utk travel namun adakah kita sanggup utk kehilangan 'the best shoot' yg kita duk aim?
sebab 2:
kalau satu lens semua leh cover.. apa guna pengeluar lens (nikon, canon, sigma, tamron etc) keluarkan lens yg berbeza2? ini perlu difikirkan memandangkan ia bukan lah satu alternatif yg baik. walaupun ada VR atau IS atau sebagainya.. namun pasti ada kekurangan di dalam lens tersebut jika ia di bandingkan pada aperture yg sama dan jarak focal yg sama.
sebab 3:
jika kita memakai telezoom lens.. kelebihannya.. kita akan tahu dan pelajari bagaimana nak survive/nak idup dgn lens pjg yg ber aperture f4-f5.6 (cap ayam tu!!)
kita akan secara otomatik bergantung pada cahaya,ISO, Shutter, Aperture terendah yg mampu dicapai dan sebagainya. bak kata pepatah.. (sendiri punya daaa) mana ada org bgtau byk2 kecuali kita yang jumpa semua benda alah tu.
oklah.. bukan nak marah aji beli lens tu.. tp kadang2 sebelum beli.. tanya lah pakar2 (otai2 lama) yg dah lama guna SLR/DSLR supaya setiap pembelian kita tidak ita kesali. bukan murah tu.. satu bulan gaji aku tu (separuh gaji daaa)
saya pernah survey kenapa saya perlu ada 18-70mm (kit lens), 70-300 mm dan 80-200mm serta apakah flash yg paling berbaloi utk beli (sb600 @ sb800)
saya perlukan hampir 3 bulan utk buat keputusan (sekali ngan keputusan nak join dark side or the white angle). apa yg saya ada kini, cukup utk saya menjalani hidup saya sebagai part time photog dan sebagai hobby (takleh jadik full time, sat gi Kementerian pelajaran saman lak)
so... adalah amat bagus aji survey dan ia akan memberikan aji bykkkkk pengetahuan ttg pemilihan lens dan pembeliannya..
opsss.. saya ni beginner tau... kalau ada expert2 yg lebih mahir dan ada kenyataan saya yg silap... tegur lah.. adat kita belajar danberkongsi ilmu....
kalau salah tolong betulkan...
wslm...
gempur!!!!!!!
aji
21st February 2006, 11:34 AM
ok cg
byk input dapat hari ni
tocheh tocheh
bukan apa
hari tu gi shoot boling padang
dah la dgn kit lens je
ko tau je la betapa tensionnya aku
ttthehe
nanti aku upload dlm fp
tapi buat bodo je la
terpikir jugak lens apa yg sesuai
utk shoot sukan ni
sbb boling padang tu
bukan kita bleh shoot dekat˛ dpn dia
50m gak jauh
penat kit lens tu aku pusing˛
sampai sini je bleh zoom? dalam ati
ttthehe
tengok˛ dinictis dah kuarkan thread kat forum
cantik la!
sekali lagi
terima kasih eeh!
tapi aku nak beli 18-200mm gak tak kira
haha
bubba kata ok
engku kata ok
cg kata ok
national geographic photog tu pun kata beli je la ji
kat spore murah
ttthehe
aji ni degil betul la
itu la masalah aku sekarang ni cg
buntalshoot
21st February 2006, 11:44 AM
sekali lagi cayaaaannnnggg kat cgmulia....muaaaahhhh :D
betul tu aji...apa kata cikgu muliyadi tu...
sebaik2 nya lens itu bior kurang dari 4x zoom....
aperture dia biar besor... baru bokeh cantik menawan...
travel lens nie bukan tak bagus...bagus..!!
sebab menjimatkan wang kita... supaya kita tak berbelanja beli 2-3 lens lagi...
cam saya dulu beli tamron 28-300..... memanglah rasa nak jimat...
pastu kena racun tuba...akhirnya mengalah jua...menyesal beli....
seken pun seken...janji cantik dan menawan...
sekali lagi cayang kat cgmuliaaaaa...... muaaaaahhhhhhhh :lol:
aji
21st February 2006, 12:18 PM
tatau lagi ni buntal
malam ni TT kat sentral bleh borak LIVE dgn korang
sekarang ni makin tak faham pulak
ttthehe
PeLaris
21st February 2006, 02:01 PM
Sdr cgmulia menulis :-
opsss.. saya ni beginner tau... kalau ada expert2 yg lebih mahir dan ada kenyataan saya yg silap... tegur lah.. adat kita belajar danberkongsi ilmu....
kalau salah tolong betulkan...
Setiap tahun kita akan berubah. Perasaan ingin tahu dan ingin ke depan sentiasa melonjak. Ini satu perkembangan sihat setiap pencebur seni terutama jurufoto walaupun ianya dijadikan hobi....
Font huruf yang di quote tu menandakan perasaan rendah diri, tidak suka mendabik dada menunjuk nunjuk jua diklasifikasikan sebagai "Low Profile"..
Bukan "Beginner atau Amature" tapi sudah berada ditahap ke 3 . Dengan ikhlas dan hati terbuka, saya boleh meletakkan sdr yang dikenali rapat, sudah berada ditahap " Serious/Semi-Pro Photographer "... Tahniah cgmulia... Kumpul singgit sari, wat beli D2X plak.. ;)
Untuk aji .....
Berhati hati, racun berada di mana˛..
aji kena ingat, kadang˛ yang disangka racun tu sebenarnya bukan racun,
tapi madu yang paling digemari...
Tiada sesalan bila dah miliki madu... :)
Ke guane cgmulia?
cgmulia
21st February 2006, 02:10 PM
aji..
18-200 yg nikon berharga 2.6K yg baru rasanya kan??
yg 700 tu maybe sigma atau pun tamron. engku pernah kata.. kalau alang2 nak cari seken.. biarlah NIKKOR lens
cadangan
kalau invest kat 70-300 baru rasanya pun dah 1.5K coz seken dah RM600-800.
lagipun kita mmg aim dlm hati nak shoot sport.. bwk tele dah lah.. kit lens spare dlm beg.kualiti gmbr pun ok.. kita pun puash hati. that y saya gagah jugak amik 80-200mm f2.8 baru nih... puas hati betul... walaupun range hanga 200mm, tp dengan bokehnya..dgn 2.8nya.. dgn kualiti lens nikkor nya..
mmg betul2 puas hati.
la ni saya kasi wife saya 70-300 G lens saya pada wife. biar dia belajar apa yg saya belajar.. survive ngan limitasi lens tersebut.
Buntal:
setuju ngan ko.. mmg aku pun akan rasa nyesal jika aku berada di tempat ko.... ingatkan leh zoom jauh lagi puas hati.. rupanya... hasil lak tak secantik org...
mula lah duk tertanya-tanya " napelah gmbr aku tak secantik org...
aji... utk teruskan racun ini, saya pamerkan dua keping gmbr yg saya amik dengan 80-200 f2.8 dan 70-300 G lens saya...
pertama : kamera D70s Milik CG AYU ngan 70-300mm
http://static.flickr.com/30/102491140_a5beca05fc_o.jpg
kedua kamera d70s milik saya dgn 80-200mm
http://static.flickr.com/38/102491141_d9f0bff5be_o.jpg
so.. it's up to you..
(poison baikkk punya nih.. ok tak buntal>???)
ikanmasin
21st February 2006, 02:15 PM
wa...bro cg...racun tahap dewa ner.....bukan sajer bro aji jek yg tergoda...aku skali pun sama ner.....
cgmulia
21st February 2006, 02:15 PM
ops lupa.. kita tak bercakap dari segi shaking yek... kita bercakap dari segi kualilti gmbor..
wakakaka
aku ni.. sat gi ada yg marah kat aku nih..
cgmulia
21st February 2006, 02:25 PM
Sdr cgmulia menulis :-
opsss.. saya ni beginner tau... kalau ada expert2 yg lebih mahir dan ada kenyataan saya yg silap... tegur lah.. adat kita belajar danberkongsi ilmu....
kalau salah tolong betulkan...
Setiap tahun kita akan berubah. Perasaan ingin tahu dan ingin ke depan sentiasa melonjak. Ini satu perkembangan sihat setiap pencebur seni terutama jurufoto walaupun ianya dijadikan hobi....
Font huruf yang di quote tu menandakan perasaan rendah diri, tidak suka mendabik dada menunjuk nunjuk jua diklasifikasikan sebagai "Low Profile"..
Bukan "Beginner atau Amature" tapi sudah berada ditahap ke 3 . Dengan ikhlas dan hati terbuka, saya boleh meletakkan sdr yang dikenali rapat, sudah berada ditahap " Serious/Semi-Pro Photographer "... Tahniah cgmulia... Kumpul singgit sari, wat beli D2X plak.. ;)
Untuk aji .....
Berhati hati, racun berada di mana˛..
aji kena ingat, kadang˛ yang disangka racun tu sebenarnya bukan racun,
tapi madu yang paling digemari...
Tiada sesalan bila dah miliki madu... :)
Ke guane cgmulia?
aku semi-pro??? tak layak lah bang.. nak letak diri kat amatur pun masih serba salah.
ni pun atas nashiat kawan2... terutamanya pelaris yg di tahap pro saya kira. nasihatnya banyak membantu saya.
so aji.. pikirkan... 80-200 f2.8 atau 18-200 f3.5-5.6 (nikon/sigma/tamron)
satu soklan cepu emas utk aji.. lens 18-70 tu nak letak mana lepas ni... wakakkakaka
aji
21st February 2006, 02:56 PM
cg bukan rm700
dia murah rm700 dpd harga kat mesia
kalau msia rm2600
so kat spore cuma rm1900 la mcm tu
pelaris
sekarang ni madu racun dah sama manis
ko tengok la cg tu
hantu dia pegi letak 2 gambar plak
tu madu ke racun tu?
ttthehe
weh! bagi la tips camana nak shoot event sukan
ni kan tajuk thread ni
dah menyimpang ni
kang TD marah kang
aku tatau
TD tu apa eeh?
aku main ikut je cakap
yokozuna
21st February 2006, 03:13 PM
ji..TD tu tok dalang..hahahaha
cgmulia
21st February 2006, 03:15 PM
aji.. 1.9 K kalu... baik angkat 2.8 80-200mm
ni masih membincangkan lens yg sesuai utk sukan...
termasuk 18-200mm, 80-200mm, 70-200 f2.8 VR dan 70-300mm
TD tu tok dalang...
ok.. berbalik pada tips... (memandangkan aku ikut syednasir shoot TOT USM baru ni)
kalau kita boleh masuk, 18-70mm (kit lens) sudah mencukupi.
andai kita di luar.. kita perlukan lens yg lebih panjang.. sekdar utk kita sebagai amatur, 70-300 sudah mengcukupi.
nikon ada crop factor (1.5x) canon (1.6x) dan olympus (2x)
utk dimudah kan faham, jika kita zoom pada panjang 300mm bermaksud kita sudah mencapai jarak 450mm
so, adalah perlu jika kita mempunyai 300 mm lens.. tp yg telezoom lah coz kita bukan 100% amik gmbr sport... kadang2 jek..
so.. di cadangkan 70-300mm ED utk nikon user... di SIANG HARI. kalau dlm dewan baik cari yg ber aperture besar mcm 2.8. yg paling murah adalah 80-200mm.
kalau nak panjang lagi.. rasanya tak perlu coz 300mm sudah cukup panjang. 80-200 rasanya adalah investment terbaik walaupun tidak sejauh 70-300mm. memandangkan aperture yg besar dan kita DILARANG MENGGUNAKAN FLASH.
nak kata aku pandai.. takde lah pandai mcm abahwafi, bubba, pelaris, bimmer_man, malek, syednasir,aiman_tak_kisah,buntal dan banyak lagi nama-nnama besar di sini.
yang aku bgtau atas pengalaman aku. ikhlas bgtau nih... 70-300mm G lens tu dah cukup utk amik gmbr sport outdoor. tp kalau indoor... hancus...
pandai2lah kita menilai apa yg kita bakal shot, apa yg kita bakal beli..
tak gitu aji...
hangat nih..
wakakak
PeLaris
21st February 2006, 07:11 PM
pembetulan sikit dari apa yg dimaksudkan...
nikon ada crop factor (1.5x) canon (1.6x) dan olympus (2x)
Untuk Canon, crop factor atau magnification factor bukan keseluruhan. Kamera yang besar˛ punyai 1.3x sahaja tidak termasuk Mark ll (model lama) dan 5D.
PeLaris
21st February 2006, 07:11 PM
pembetulan sikit dari apa yg dimaksudkan...
nikon ada crop factor (1.5x) canon (1.6x) dan olympus (2x)
Untuk Canon, crop factor atau magnification factor bukan keseluruhan. Kamera yang besar˛ punyai 1.3x sahaja tidak termasuk Mark ll (model lama) dan 5D.
PeLaris
21st February 2006, 07:13 PM
pembetulan sikit dari apa yg dimaksudkan...
nikon ada crop factor (1.5x) canon (1.6x) dan olympus (2x)
Untuk Canon, crop factor atau magnification factor bukan keseluruhan. Kamera yang besar˛ punyai 1.3x sahaja tidak termasuk Mark ll (model lama) dan 5D.
PeLaris
21st February 2006, 07:19 PM
maaf, tlg clear yang lebih, problem semasa post...
debug apa yang dimaksudkan ekk...
Could not insert new word matches
DEBUG MODE
SQL Error : 1016 Can't open file: 'nuke_phpbb_search_wordmatch.MYI' (errno: 145)
INSERT INTO nuke_phpbb_search_wordmatch (post_id, word_id, title_match) SELECT 30934, word_id, 0 FROM nuke_phpbb_search_wordlist WHERE word_text IN ('pembetulan', 'sikit', 'dari', 'apa', 'dimaksudkan', 'nikon', 'ada', 'crop', 'factor', '5x', 'canon', '6x', 'dan', 'olympus', 'untuk', 'atau', 'magnification', 'bukan', 'keseluruhan', 'kamera', 'yang', 'besar˛', 'punyai', '3x', 'sahaja', 'tidak', 'termasuk', 'mark', 'model', 'lama')
Line : 251
File : functions_search.php
cgmulia
22nd February 2006, 05:38 AM
ha. kan dah kata... tak pandai lagi..
ilmu masih cetek..
wakakaka
ikanmasin
22nd February 2006, 08:31 AM
huuuuu.....banyak nyer nombor......kesimpulannyer mana paling sesuai bro cg.... dan di kutkan ngan budget....heheee
sobriazmi
22nd February 2006, 08:36 AM
oooo....70-300...kalau 55-200 plak cmana...ok tak cg...
PeLaris
22nd February 2006, 08:37 AM
mana cg.. mana cg...
eh, lama tul tak mkn nasik "pulut gaur nyor" bersama ikanmasin...
best ntuk bekfes ni.. :)
cgmulia
22nd February 2006, 11:53 AM
kita gi sekali mkn pelaris....
hari sabtu ni gath FMEC (fotopages malaysia eastern centre)
tgh cari org2 fp dari trg...
ok..
bab2 tu aku tak pasti coz aku tak pernah pakai 55-200mm
tp 55-200mm tembeling penah pakai. dan dia kata lens yg bagus.
cuma just 200mm jek
kalau nak invest sikit... amik 70-300 ED
kalau takde duit.. amik 70-300G. sempat lah kumpul duit beli fast lens pulak..
tp bg aku.. kalau ada duit.. go of r fast lens.
takde duit.. pilihan byk...
55-200(RM 800++- baru) ada, 70-300 ed(1.3k++ kot) ada dan yg paling murah 70-300 G (RM360)
terpulang pada poket anda.
sobriazmi
22nd February 2006, 12:06 PM
stuju ngan Cg
hehehehe...
bimmer_man
22nd February 2006, 12:10 PM
antara dua setting ni, yg mana best utk shoot sport ye? lets think in term of focusing speed and ability to capture the critical moment
System 1
- Nikon D70s
- Sigma 70-200 f/2.8 HSM @ Nikon 70-200 f/2.8 AFS VR
System 2
- Nikon D2H
- Sigma 70-300 f/4-5.6 APO II Super Macro
cgmulia
22nd February 2006, 12:53 PM
bimmer.. aku tak penah pakai sigma 70-300
yg aku tau.. baik 70-200 f2.8 VR tu.
yg tu comfirm fast focusing.
sigma yg 70-200 pun aku tak penah rasa.
cuma yg aku penah rasa yg 70-200VR ahmad faizal.
mmg fast focusing dia.
my 2 rial setengoh.
PeLaris
22nd February 2006, 01:18 PM
bimmer_man...
kita kena tunggu, mungkin ada di antara kwn˛ di sini yang pernah menggunakan..
kita kuar dari system jap....
pernah seorang top pro menggunakan gabungan Nikon F801 bersama Sigma 70-200 f/2.8 HSM ... katanya, focusing yang excellent teramat laju yang tidak pernah mengecewakan, hasil gambar yang vibrant color.. lalu katanya lagi, "aku sudah jatuh cinta dengan lensa superb ini"....
penggunaan dengan digital body yang ada skrg, tidak dapat dipastikan sama ada ianya masih mengekalkan "kegorgeousan"... :)
pada pendapat saya, walaupun ia bergelar ayahanda D2H/D2X, ianya masih belum mampu mengheret Sigma 70-300 f/4-5.6 APO II Super Macro bekerja seperti f/2.8 HSM tadi, pasti kegagalan akan ditemui di mana˛...
maaf, terkeluar dari topik asal..
my 3 amah
ARphotography
22nd February 2006, 01:31 PM
Nie nak kongsi sket...
Dengan ada nyer ikuiptment yang cukup, kerja mengambik gambar sport boleh di permudah kan... memang betul, dengan kit lens pun boleh... tapi, caranyer, ialah, shoot megapixel besar, pastuh crop... saye dulu pun pernah jugak pakai kit lens untuk shoot sport... ok jer... tapi, ada limitation sikit... tak boleh nak zoom in rapat2... jadik, bile ada duit, invest utk lens zoom... tak semestinyer kena beli lens yang laju (fast lens), sebab lens2 murah pun boleh jugak ambik gambar2 yang bagus... yang penting nyer, pandai menggunakan ikuiptment... walau pun ada 70-300 lens yang bukan 2.8f, kalau pandai pakai, boleh jugak dapat gambar yang cantik... ada sport photographer yang pakai camera cikai jer... tapi, gambar di gunakan seluruh dunia...
Pendek kata, kalau nak shoot sport tuh, yang penting ialah teknik utk mengambil gambar... 'practise makes perfect'... jarang ada orang yang ambik gambar sport, 1st time ambik gambar dah cun gile... biasanyer kena buat banyak2 kali baru dapat teknik yang betul... cube tanyer bimmerman berapa banyak kali dah dia buat panning shot utk dapat gambar macam dia punye tuh... (eh... kembang sket bimmer_man).. iquiptment yang bagus hanya membantu sahaja... beli lah ikuiptment mengikut kemampuan...
bak kata cgmulia, my 2 rial setengoh gok!! 8)
ps - panjang pulak tertulis... :oops:
azmanshah
22nd February 2006, 01:47 PM
antara dua setting ni, yg mana best utk shoot sport ye? lets think in term of focusing speed and ability to capture the critical moment
System 1
- Nikon D70s
- Sigma 70-200 f/2.8 HSM @ Nikon 70-200 f/2.8 AFS VR
System 2
- Nikon D2H
- Sigma 70-300 f/4-5.6 APO II Super Macro
D2H partner with Sigma 70-300? uish? mcm janggal aje la bunyik nya. klau tuan dah ble guna/mampu D2H, tak kan nak spend duit beli sigma tu?
walau bagaimana pun pendapat saya D2H parner ngan sigma tu akan menang interm getting right moment. sebab:
1) D2h focus lagi laju dari D70s
2) Continus shooting. 3 frame per second nak lawan 8 frame per second??
PeLaris
22nd February 2006, 01:50 PM
sikit sedutan dari ARphotography....
ada sport photographer yang pakai camera cikai jer... tapi, gambar di gunakan seluruh dunia...
memang betul, imej terakam dgn jayanya... dan menceritakan seribu makna...
tetapi,
jurufoto yang banyak menggunakan gambar print dan tempahan pelangan lebih selesa melihat hasil nilai dari lensa bermutu tinggi... kadang˛ menilik hingga ˝ jam satu gambar tu (contoh)...
gambar yang diedarkan ke seluruh dunia tu hanya dicetak atas surat kabar, majalah dan mungkin juga di internet... kualiti tidak dapat dibaca dengan jelas... mereka hanya perlukan 2M je tak perlu sampai 16.7M..
ke guaner cgmulia dang ARphotography ?
my 2 amah lokS!
bimmer_man
22nd February 2006, 02:03 PM
D2H partner with Sigma 70-300? uish? mcm janggal aje la bunyik nya. klau tuan dah ble guna/mampu D2H, tak kan nak spend duit beli sigma tu?
walau bagaimana pun pendapat saya D2H parner ngan sigma tu akan menang interm getting right moment. sebab:
1) D2h focus lagi laju dari D70s
2) Continus shooting. 3 frame per second nak lawan 8 frame per second??
tu lah bro.. lawak plak bila bayangkan D2H pasang sigma 70-300 tu.. macam nak kena telan je lense tu ngan body yek... soalan bro:
adakah focusing laju pada body seperti D2H yg guna CAM2000 dapat membantu kelemahan slow focusing lense seperti sigma 70-300 tu?
azmanshah
22nd February 2006, 02:05 PM
pendapat saya.
Camera yg mahal menjadi pilihan bukan saja kerna qualiti gambar sahaja. tetapi kerana faktor2 lain seperti kelajuan focusing/continuos shooting, ketahanan/kekuatan body dan lain-lain lagi
pihak media mengunakan peralatan terbaik kerana meraka tak nak 'miss the valuable oportunity' oleh kerana kekurang dari segi peralatan. Dan meraka mampu utk berbelanja utk itu sume.
dengan ada pixel yg besar ni. salah satu advantage dia org boleh crop. Kalau guna 2Mp camera, kalu dah di kerop (crop lah.. hehehe) ape lah yg tinggal...
2 sen tetap 2 sen
azmanshah
22nd February 2006, 02:13 PM
saya tak ada D2H la nak comment. Tapi compare D70 ngan F5.. comment saya... body boleh membantu sedikit. mmg ada beza sikit dari segi focusing.
tapi klu lens tu dah memang lembab... kelembapan nya akan tetap terasa juga.
dbins
22nd February 2006, 02:36 PM
bimm... sambaq d2h dgn 70-200 VR tu sekali... baru padan... keke...
bimmer_man
22nd February 2006, 02:40 PM
bimm... sambaq d2h dgn 70-200 VR tu sekali... baru padan... keke...
nak sambaq tu bila2 buleh.. tapi hang tolong bayarkan lah ye.. :P
PeLaris
22nd February 2006, 03:16 PM
sedikit tentang Sigma 70-300 f/4-5.6 APO II Super Macro....
Efective Focal length
72-280mm
Optical Construction
14 elements in ten groups
Minimun Focus
0.95mm
Max. Magnification
1:2
Filter Thread
58mm
Length
119.5mm
Weight
585gm
AF Fittings
Canon, Minolta, Nikon, Pentax and Sigma
Handling/Features
Features apochromatic glass elements for reduce aberrations.
Zoom and manual focus ring both wide and contoured. The former is stiff to
start with but loosens with use. Comes with hood and case.
Autofocus
Our Nikon-fit lens proved reliable although it`s not the quietest. Hunts on occasions at 300mm in low light.
Optical Performance
Central resolution is very good to excellent. Edges poor from 180mm on.
Distortion
n/a
Summary
Surprisingly, optics weren`t as good as the cheaper DL lens which offer better value.
Handling/Features
9/10
Auto Focus
8/10
Optical Performance
7/10
OVERALL
7/10
*** kot anda arr waper˛ seng pong... ;)
ARphotography
23rd February 2006, 07:38 AM
saya tak ada D2H la nak comment. Tapi compare D70 ngan F5.. comment saya... body boleh membantu sedikit. mmg ada beza sikit dari segi focusing.
tapi klu lens tu dah memang lembab... kelembapan nya akan tetap terasa juga.
Tp, ramai orang yang penting kn equiptment dari gambar... nie merupakan topic biasa!! 8)
PeLaris
23rd February 2006, 08:20 AM
Ada yang sudah sedar dan ada yang belum bahawasanya lensa berada di tempat pertama....
Dan ada yang letakkan Mega Pixel di depan sebelum lensa...
dinictis
23rd February 2006, 09:02 AM
Thanks for the info. Pada pendapat saya lense yang baik akan dapat memberikan gambar yang baik. Ada kawan yang bagi tau try dapatkan lense yang mempunyai Aperture yang rendah tapi harga mahal le hehehe. Bagaimana dengan product canon? ada cadangan tak? sekarang ni tengah mencari lense untuk ditambah, hanya ada Tamron 18-200 jer at the moment. Tak berapa tahu sangat pasai lense ni... thanks again Sifu-Sifu semua...
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.