View Full Version : FMDC Borneo | Plan Trip Ke Kota Pontianak Siri II
zamrinmohamad
19th November 2007, 04:03 PM
Asalamualaikum wrt wbt...
Saya dan geng2 kat Kuching ada rancangan nak membuat trip ke Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia (Siri-II) pada penghujung bulan January tahun depan ni... setelah trip explorasi pertama telah berjaya mencapai matlamat dengan jayanya.
Cadangan trip ini juga ada dibincangkan dengan kawan-kawan dari Semenanjung dulu, so sekarang nak tengok ada sapa-sapa lagi nak join sekali untuk trip kali ini.
Antara geng2 dari Kuching yang sudah bersetuju & akan turut serta ialah...
1. ZM - Confirm
2. Safri
3. Putat
4. Husaini - Confirm
5. Lan - Confirm
6. Haimey - Confirm
7. Sharkawi - Confirm
8. Yusri
So...saya menjemput geng-geng FMDC dari bahagian lain di seluruh Malaysia jika berminat untuk join, ada kelapangan & cukup budget untuk travel & mempunyai pasport...untuk join group kami diatas.
Cadangan masa: 28-31 Januari 2008 (Isnin - Khamis) (4 hari, 3 malam)
PERHATIAN: Atas permintaan ramai...tarikh telah ditukar ke 30 JAN - 3 FEB 2008 (Rabu hingga Ahad) (5 hari 4 malam)
Tempat penginapan: Hotel Kini, (di tengah-tengah kota) Harga bilik antara RM140-160 semalam, boleh muat 5-6 orang
Harga bilik dah dapat special price RM105 semalam...Terima kasih kepada Bro Husaini yang telah susah-susah aje menguruskannya
Pengangkutan: Kapalterbang Batavia Air (tiket RM450 pergi dan balik) Kuching-Pontianak-Kuching
Belanja makan, minum dan pengangkutan kat sana...bajet sendiri
Peserta dari semenanjung, kenalah plan dari semenanjung...ada 2 bulan dari sekarang....cukup sesuai untuk beli tiket Airasia..
Tiket penerbangan Airasia ke KL-Kuching pada masa diatas hanya RM39.99 je..
Contoh...kalau datang dari KL pada 27/01/2008, tiket cuma RM39.99 + RM69 (airport tax) X 2 = RM217.99 plus je tu....murah-murah!!!
Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kat sini... terima kasih....
p/s Kalau nak tanya soalan-soalan yang "gitu-gitu" sila PM saya
:twisted:
nemesis
19th November 2007, 04:10 PM
group tak kasi sponsor skit ker..hehe nak join tapi tak berani nak cakap pa dulu coz aktiviti jbtn ni da masalah skit..kekadang last minit call pun ada..
kepada suma yang plan nak gi tu..shoot bnyk2 k..pastu kasi letak kat sini..mst meriah..
p/s passport takde lagi ni..hehe
bigbrother
19th November 2007, 04:18 PM
group tak kasi sponsor skit ker..hehe nak join tapi tak berani nak cakap pa dulu coz aktiviti jbtn ni da masalah skit..kekadang last minit call pun ada..
kepada suma yang plan nak gi tu..shoot bnyk2 k..pastu kasi letak kat sini..mst meriah..
p/s passport takde lagi ni..hehe
pasport xder? ko gi labuan naik tongkang ker? hehe
rburns
19th November 2007, 04:18 PM
bro zamrin.. nak start dah...?
best ni trip ni.. kalo nak shoot kawasan pedalaman.... kalo sapa nak shoot kaum2 primitif.. boley join nie...
bro zamrin.. nanti check..!!
dzul pxs
19th November 2007, 04:19 PM
group tak kasi sponsor skit ker..hehe nak join tapi tak berani nak cakap pa dulu coz aktiviti jbtn ni da masalah skit..kekadang last minit call pun ada..
kepada suma yang plan nak gi tu..shoot bnyk2 k..pastu kasi letak kat sini..mst meriah..
p/s passport takde lagi ni..hehe
(maaf, bukan nemesis yang reply tu..ter guna account dia pulak dah..lupa nak cek dulu..ingat kan sendiri dah log in..)
Reply by dzul pxs.
zamrinmohamad
19th November 2007, 04:26 PM
Kepada mereka-mereka yang dah pernah join mana-mana trip organised by saya....kalau nak sponsor makan & minum.... tu saya tak berkira sangat lah... tapi kalau nak enjoy...sendiri punya duit lah... :lol:
zamrinmohamad
19th November 2007, 04:29 PM
bro zamrin.. nak start dah...?
best ni trip ni.. kalo nak shoot kawasan pedalaman.... kalo sapa nak shoot kaum2 primitif.. boley join nie...
bro zamrin.. nanti check..!!
Yup...kita nak mulakan tahun baru ni dengan trip ni dulu...dan akan diikuti dengan trip-trip lain pulak.
Memang akan shoot orang-orang tempatan & pedalaman...dulu kita menjelajah kawasan bandar sahaja.. kali ni nak cuba pergi sebelah pantai pulak....
zamrinmohamad
19th November 2007, 04:50 PM
Kepada mereka-mereka yang tak berkesempatan nak join trip tahun lepas..inilah peluang nya...jangan lepaskan peluang ni lagi...kita dah ada experience dah kat sana... tahu tempat nak makan, tempat yang ada internet access, tahu hotel yang bagus... tahu mana yang tukar wang yang harga tinggi...pastinya trip kali ni akan lebih BESTTT!!!
Matawang Rupiah dah tinggi dah waktu ni... tukar RM1 ribu ke matawang rupiah, boleh dapat berjuta-juta lemon....jom lah....
dzul pxs
20th November 2007, 08:29 AM
e..bes nyer...dah lah duit lepas tukar penuh satu poket..gempakkkk...!!!
zamrinmohamad
21st November 2007, 04:12 PM
Semalam saya dapat satu SMS dari Abang Sabri (impissa)...dia sekarang kat Vietnam, tengah siapkan projek hotel kat sana...katanya...InsyaAllah akan ikut serta dalam trip kali ni...
Satu berita baik tuuu....
Dia lah yang paling seronok masa trip yang lepas....Saya pasti Pak Sabri akan kembali join trip yang akan datang ni.... :lol:
zamrinmohamad
18th December 2007, 01:34 PM
Terdapat perubahan tarikh dan harga bilik....sila ke muka satu. TQ
zamrinmohamad
19th December 2007, 04:42 PM
SILA AMBIK PERHATIAN:
Tiket AirAsia dari KL ke Kuching pada 30/01/2008 masih pada harga RM39.99. Kalau u guys balik on 3/02/2008 tiket paing murah ialah RM129.99 TQ
zamrinmohamad
28th December 2007, 10:08 AM
BERITA TERKINI....
Bro Husaini sekarang berada di Kota Pontianak untuk beberapa hari dalam satu lawatan rasmi anjuran UNIMAS. Destinasi kumpulan ini adalah membuat lawatan rasmi ke Universitas TanjungPura (....kalau tak silap namanya). Memandangkan beliau berada di sana dan sekarang menginap di hotel sama yang akan diduduki group kita bulan depan, jadi saya nak suruh beliau membuat booking awal-awal....dan akan dapat "special room rate offer" yang diberikan kepada pihak unimas iaitu RM105 semalam. Dalam trip kami tahun lepas, kami kena bayar RM169 untuk satu malam.
So, saya nak mintak kerjasama member-member dari semenanjung yang ingin ikut serta...boleh lah menghubungi saya ya.... saya nak tahu berapa ramai yang datang, berapa hari penginapan dan berapa bilik yang perlu saya booking melalui Bro Husaini. TQ.
zamrinmohamad
29th December 2007, 05:00 PM
BERITA TERKINI LAGI....
Saya sekarang dalam process menghubungi beberapa fotografer Indonesia yang berada di Kota Pontianak & Singkawang...contoh nya 1) Jessica Helena Wuysang, 2) Dhodi Syailendra, 3) Pak Jomandi Loka (dari Singkawang), 4) Herman W, 5) Shando Safela (dari Pontianak Post), 6) Anto Wijaya melalui http://www.fotografer.net .... mereka ini telah menyatakan minat mereka untuk berjumpa dengan rombongan Malaysia nanti dan sekaligus turut serta dalam aktiviti shooting (mereka mengelarnya "Photo Hunting").
Saya tengah mengatur satu "gathering" & "Photo shoot" (...bukan model shoot kot...) bersama dengan Jessica Helena Wuysang (beliau sangat-sangat disyorkan oleh member-member lain). Diharap perjumpaan & Shoot ini SUKSES!!!! dan pada masa yang sama akan mempromosikan FMDC ke area Indonesia nanti.
arulz
29th December 2007, 07:27 PM
fullamak...cayalh bro zam...cantik nyer organise nih...moga dpt kembangkan laik name FMDC d saner.. :lol: :lol:
zamrinmohamad
30th December 2007, 02:47 AM
fullamak...cayalh bro zam...cantik nyer organise nih...moga dpt kembangkan laik name FMDC d saner.. :lol: :lol:
Terima kasih atas sokongan anda....itu lah...rugi kalau tak ramai yang berminat nak join sekali dalam trip ni....
Baru sekejap tadi saya menerima beberapa email dari member2 fotografer.net yang menyatakan keinginan mereka untuk berjumpa rombongan Malaysia nanti. Saya juga dimaklumkan bahawa memang ramai photographers disana...mereka ini memang mempunyai bakat seni yang tinggi. Semoga kita semua dapat memperkembangkan lagi ilmu fotografi kita dalam pertemuan antara Negara ini.... Amin.
dzul pxs
31st December 2007, 08:44 AM
tok mun da org kuat ngan sikda news, leh jadi berita yang baik tok..angkat juak FMDC klak..
zamrinmohamad
31st December 2007, 04:25 PM
Nak mintak sorang wakil dari Semenanjung Malaysia untuk join trip ni...boleh ke???? :roll:
zamrinmohamad
28th January 2008, 11:06 AM
PENGUMUMAN:
SAYA MEWAKILI GENG-GENG YANG AKAN PERGI KE KOTA PONTIANAK INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA TRIP KE SANA YANG DIJADUALKAN MINGGU INI AKAN DITUNDA KE SATU TARIKH YANG BELUM PASTI LAGI...tapi dalam tahun ni lah... Sila ambil maklum.... Kita akan plan trip ni lagi sekali tidak lama lagi....
Kami terpaksa tangguhkan dulu sebab ada projek besar masuk....hehehheheee....dan masalah-masalah lain....
Trip ke sana senang je nak atur sebab dekat, jadi kita boleh pergi bila-bila masa sebenarnya.
Sekian. Terima Kasih.
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.