PDA

View Full Version : Mendulang Emas di Kg Sri Pantai, Mersing, Johor



zainzubir
27th November 2007, 01:02 AM
Akhbar Berita Harian minggu lepas ada melapurkan akan kegiatan mendulang emas di Kg Sri Pantai, Mersing, Johor. Kami anak branak telah bertolak dengan misi untuk melihat sendiri akan kegiatan seperti dilapurkan pada hari Sabtu 24 November 2007. Perjalanan ke lokasi adalah selama lebih kurang 7 jam termasuk berhenti rehat. Kami telah melalui Kuala Pilah, Muadzam, Rompin dan akhirnya tiba di lokasi lebih kurang jam 3.45 petang.

Setibanya di Mersing kami mencari tempat penginapan untuk bermalam. Alhamdulllah walaupun walk in kami memperolehi deluxe suite yang menghadap jalan besar Mersing di Timotel Hotel. Setelah checked in, kami terus mencari dimana terletaknya Kg Sri Pantai yang menjadi bualan orang ramai tersebut.

Menurut penduduk asal Sri Pantai, yang terdahulu menjumpai emas ini adalah sepasang suami isteri penduduk PPRT di sana. Apabila tersebar, sedikit demi sedikit orang "luar" kawasan mula membanjiri pantai Kg Sri Pantai untuk mencuba nasib dalam pencarian emas ini. Emas yang diperolehi akan dijual kepada peraih yang sedia berada di kawasan pantai. Harga semasa emas semasa ketibaan kami adalah RM70.50 satu gram.

Suasana org ramai yg baru pulang dari mencari emas di pantai
http://img232.imageshack.us/img232/2941/img9957bqe6.jpg

Apakah yang dikerumuni orang ramai ini?tunggu jawapannya seketika nanti..
http://img101.imageshack.us/img101/212/img9960si1.jpg

sebelum tu mari kita berkenalan dengan PakcikMusa. Pak Cik Musa ini berasal dari Pekan Pahang. Menurutnya ia merupakan hari pertama mencuba nasib mendulang emas. Pak Cik Musa datang ke kg Sri Pantai bersama sahabat2 lain dalam 2 buah kenderaan. Belum sempat bertanyakan lebih lanjut, beliau telah memperkenalkan diri sebagai orang asli dari Pekan.
http://img407.imageshack.us/img407/2116/img9946rc2.jpg

Ini pula sahabat PakCik Musa, namanya Kasim.
http://img69.imageshack.us/img69/5968/img9948yr1.jpg

Cara mendulang bermula denagn mengambil pasir/lumpur dari laut dan dimasukkan kedalam "kuali" yg digunakan sebagai alat mendulang. Kelihatn sahabat PakCik Musa, bernama Anuar sedang memasukkan lumpur kedalam "dulang"
http://img117.imageshack.us/img117/7443/img9951qt6.jpg

Kemudian lumpurberkenaan akan diayak perlahan-lahan ..begitulah seterusnya proses dilakukan sehingga emas di jumpai
http://img132.imageshack.us/img132/6742/img9952vl0.jpg

arulz
27th November 2007, 01:16 AM
hantry x close up ker gambo mas yg didapati...tringin gak nk tgk..tul ke leh dpt emas tuu...ke..dh abis stock skang..hehee :lol: :lol:

zainzubir
27th November 2007, 01:16 AM
Pak cik Yaman Sulaiman adalah pendulang emas dari kawasan setempat. Telah 7 hari mendulang emas dan dilapurkan dalam sehari boleh memperolehi 1 gram emas bergantung dengan keadaan air pasang dan surut. Ketika air pasang aktiviti mendulang terpaksa dihentikan demi keselamatan.

http://img517.imageshack.us/img517/6619/img9961as3.jpg

Pakcik Yaman menunjukkan hasil dulangan nya kepada orang ramai. Pakcik Yaman akan menyimpan dalam bekas kecil emas yang masih bercampur lumpur untuk dibersihkan semula di rumah apabila pulang nanti.
http://img407.imageshack.us/img407/606/img9987re5.jpg

Kelihatan orang ramai semakin ramai mengerumuni Pakcik Yaman dan yang cantiknya Pakcik Yaman ini tidak penat2 melayani berbagai soalan yang dikemukakan kepadanya walau pada zahirnya beliau kelihatan amat letih sekali.
http://img131.imageshack.us/img131/6725/img9994jn2.jpg

zainzubir
27th November 2007, 01:30 AM
Pada mulanya kami sangkakan emas itu dalam bentuk ketulan besar, tetapi emas yg diperolehi adalah sehalus pasir. Peraih akan menimbang emas tersebut diatas penimbang emas digital (lihat gambar, didepan calculator itu adalah penimbang yg dimaksudkan)
http://img115.imageshack.us/img115/678/img9960btz7.jpg

Menurut Waheeda, beliau baru pertama kali meraih emas. Setelah ditimbang, emas akan dikira jumlahnya dalam ringgit dan kemudian akan dimasukkan kedalam bekas kecil untuk dikumpul.
http://img108.imageshack.us/img108/352/img9965zd8.jpg

http://img113.imageshack.us/img113/1053/img9971tu8.jpg

Waheeda memaklumkan kepada orang ramai emas di mersing bermutu tinggi menyamai emas 916. Harga semasa raihannya ialah RM70.50 1 gram. Orang ramai akan mengerumuni setiap kali emas dijual kepada peraih. Inilah sebenarnya yg tersirat dalam image pertama dimana orang ramai mengerumuni peraih.
http://img138.imageshack.us/img138/8330/img9973bbx9.jpg

zainzubir
27th November 2007, 01:33 AM
okay sambung bila senanglah ya..dah ngantuk dah ni :wink: good night!! :lol:

zainzubir
27th November 2007, 01:34 AM
hantry x close up ker gambo mas yg didapati...tringin gak nk tgk..tul ke leh dpt emas tuu...ke..dh abis stock skang..hehee :lol: :lol:

nak close up mende nak amik gambo pun nyelit2 jer...lagipun hanty blasah ngan wide angle jer...biasalah standard blasahan hanty camner kan?? :oops:

msmacsp
27th November 2007, 01:55 AM
cayalah hanty dari jauh datang nak mendulang.. yg kt johor nie langsung taknak gi cuba nasib.. hanty gi mendulang tu nak beli mark3 ke? mana gambo lagi?

tembeling
27th November 2007, 05:56 AM
Ala Kak Zain, bagitau la, berapa kilo Kak Zain dapat....

hadzleyharith
27th November 2007, 07:55 AM
Salam..hunty...boleh saya memperkenalkan kepada ramai-ramai ni ..... Hunty Zain|Reuters ...

beh liputan hunty... cam nat geo lak..

zulz
27th November 2007, 07:56 AM
kompem mark III tersangkut dileher hanty lepas ni..... :lol:

jejaka
27th November 2007, 08:03 AM
aduss.. liputan hanty memang best..

peraih tu pun sempoi gak.. hehehe..


http://img108.imageshack.us/img108/352/img9965zd8.jpg
Kalau yg ni kena dulang ?

zainzubir
27th November 2007, 08:11 AM
Tujuan kami kesana bukan untuk mencari emas tetapi sekadar memberi exposure kepada anak2 bagaimana emas di dulang. Kami amat kecewa ketika berada di Pahang, setelah melalui jalan berlopak kami tidak dapat masuk ke kawasan lombongan emas kerana ia kawasan larangan. :twisted: Jadi apabila tersebar berita diakhbar akan pendulang emas di Sri Pantai ini, kami ambil peluang sebelum ia menjadi kawasan larangan :lol: ..dan dimaklumkan kawasan Bina Semangat berdekatan Sri Pantai adalah kawasan dimana emas didapati amat banyak tetapi untuk masuk kekawasan tersebut adalah terhad. :wink:

Walau bagaimana pun, sepanjang perjalanan kami seperti biasa tidak habis berangan2 sekadar berhibur. Hadee membayangkan jika dapat ketulan emas akan menmodify kancilnya mengikut citarasa anak muda..(aparah apasal tak bayangkan evo ke ferari?) :lol: ..hubby juga membayangkan sesuatu tapi hanty lupa apa yang dibayangkannya..hanty tentunya bayangkan untuk membeli Mark III..Deeba??ini budak hingusan...org sibuk berangan dia sibuk baca komik dalam pickup!!tak join langsung kami yg berangan2 beso ni... :oops:

buttet
27th November 2007, 09:27 AM
aunty sewa aja backhoe banyak sket korek byk sket dapat :P

zainzubir
27th November 2007, 09:32 AM
aunty sewa aja backhoe banyak sket korek byk sket dapat :P

kalau ikutkan bebanan kerja waktu ni mahu sahaja hanty berhenti dan berkemah disana :lol: :lol: tak kisah lah guna tulang empat kerat sahaja ..tapi mencari emas ni bukan mudah seperti yang disangkakan..igt korek2 jer jumpa..korek2 jer jumpa macam melombomg dalam idung tu.... :lol: :lol: ghuppa2nya sampai kecut waimma apa sekali yg boleh kecut anggota badan, belum menjanjikan apa2..the moral??duduk dediam jerlah kat pejabat ni sampai pencen!! :cry: :cry:

msharq
27th November 2007, 09:34 AM
Tujuan kami kesana bukan untuk mencari emas tetapi sekadar memberi exposure kepada anak2 bagaimana emas di dulang. Kami amat kecewa ketika berada di Pahang, setelah melalui jalan berlopak kami tidak dapat masuk ke kawasan lombongan emas kerana ia kawasan larangan. :twisted: Jadi apabila tersebar berita diakhbar akan pendulang emas di Sri Pantai ini, kami ambil peluang sebelum ia menjadi kawasan larangan :lol: ..dan dimaklumkan kawasan Bina Semangat berdekatan Sri Pantai adalah kawasan dimana emas didapati amat banyak tetapi untuk masuk kekawasan tersebut adalah terhad. :wink:

Walau bagaimana pun, sepanjang perjalanan kami seperti biasa tidak habis berangan2 sekadar berhibur. Hadee membayangkan jika dapat ketulan emas akan menmodify kancilnya mengikut citarasa anak muda..(aparah apasal tak bayangkan evo ke ferari?) :lol: ..hubby juga membayangkan sesuatu tapi hanty lupa apa yang dibayangkannya..hanty tentunya bayangkan untuk membeli Mark III..Deeba??ini budak hingusan...org sibuk berangan dia sibuk baca komik dalam pickup!!tak join langsung kami yg berangan2 beso ni... :oops:

0ooooo ingatkan anty pgi nak kumpul duit beli markIII...

makanan kat sana mesti naik hargakan??? bila tempat tuh jadi tumpuan....... btul tak?

zainzubir
27th November 2007, 09:41 AM
Ada sebuah kedai makan sahaja berdekatan dengan lokasi, kami tidak makan disana kami makan di gerai ibu ke bonda cenggitulah namanya...terletak tidak jauh dari jeti ke pulau. Mahal??Rasanya belum lagi kot?Apa2 pun lokasi seumpama pesta, adalah penduduk yang ambil peluang berniaga termasuk pakaian bundle :lol: Ynag psatinya jika mereka membawa kuali ketepi pantai, mereka bukan hendak menggoreng ikan ke sayur...mreka hendak mendulang emas. Diberitakan waktu malam suasana lebih menarik, kilauan lampu pendulang amat byk sekali, terutama dalam jam2 1-2 pagi..Kami tidak kesana waktu malam memandangkan terlalu letih ...tetapi mengulangi melihat lokasi sebelah paginya, sebelum check out dari hotel.

Gambar2 lain akan di upload malam nanti, insyaallah.

kingmarul
27th November 2007, 10:01 AM
gambar2 antie makin mantap...
tu je nk cakap....
liputan baik...
tak yah saya beli dan baca kt sotkabor...
:P

ian
27th November 2007, 10:06 AM
pergh!.. auntie on assignment rupanye.. good coverage la.. bagi kami yang tak pernahj kesana, ianya amat best..

AbdulRazak
27th November 2007, 10:10 AM
Terima kasih lah kepada Aunty Zain kerana laporan serba lengkap nya. Baca laporan dan gambar beliau macam lebih best dari baca media arus perdana.. hehe...

(Ahli keluarga saya pulak ramai yang demam, termasuk yang menulis ni (dah berminggu dah). Kalau tidak, mahu juga turun ke mersing bawa kuali besar kat dapur tu. Kalau tak dapat emas pun, boleh gak goreng keropok lekor ke, nugget ke, epok-epok ke jual kepada orang ramai ... hehe)

liutrawa
27th November 2007, 10:42 AM
terima kasih aunty zain kerna liputan yang diberikan..

ijat walaupun duduk sekitar kawasan johor pong tak teringat nak ke sana..
cara pendedahan yang aunty berikan pada anak2 juga merupakan satu pendekatan yang boleh dicontohi..
..........................
kalau ijat ada kat kota tinggi ni....harus setiap hari gi mendulang emas..
ada rezeki boleh angkat d3 ..huhuhuhuuuh

mychronicle
27th November 2007, 11:05 AM
Apa lagi Kak Zain..kasi hantar sama The Star.....
Hantar kat Bro Azhar @ azhar@thestar.com.my
atau kat Raja Faisal @ rfaisal@thestar.com.my

bagi cerita cantik sikit mana tahu dia orang boleh tolong kasi kat Editor
Mana tahu keluar kat METRO punya section
tak pun Fotoplay...Mari Medulang Emas

p/s gambar makin mengancam :shock: ...stright to point and topic :idea: ...tak ada melerit-lerit

lokhengster
27th November 2007, 11:32 AM
mersing ni kampung halaman ku...
kalau aunty ricky awal2...saya bole bagi guide camne nak access all the restricted areas kat sana

ini bukan kali pertama emas di temui di daerah mersing...
dalam 20 tahun dulu...ada gak emas dijumpai di area penyabong...
saya pong nak gi sana masa tu...tapi mak tak bagi..

kengkawan saya yg pegi memang loaded la...

jangan sampai tragedi rusila tu berulang dahle...

abahwafi
27th November 2007, 11:42 AM
Laporan + Gambar yg menarik. :wink: Alang-alang dah sampai ke Mersing, hubby tak sempat celup umpan kat laut ke ? :lol:

zainzubir
27th November 2007, 12:04 PM
hei hei korang puji2 hanty lelebih buat aper...aunty tak dapat sebutir pun emas di sri pantai..tapi kalau korang nak "emas" dari lubangidunghanty ..esok pagi aunty kasik wrap bagus punya ..nakguna wrapper hadiah ke wrapper transparent biasa jer??.... :lol: :lol:

*abahwafi- hubby cuma sibuk tanya org asli Rompin camner nak mancing haruan..dan menurut mereka, mereka tak guna katak, mereka guna cacing jer... :lol:

**lokhengster-hmm...mak tak bagi eik?ni mesti anak omak ni..
:wink:

***-mychronicle-hmm....jadi pemberita FMDC tidak rasmi pun jadilah.. :lol:

***yg lain2-Jika ada kelapangan pergilah saksikan sendiri aktiviti mendulang ini...mana tahu esok lusa, aktiviti seumpama tidak dibenarkan lagi..aaa..baru padan muka.. :evil:

malek
27th November 2007, 12:21 PM
Gambar2 dan liputan cerita yg best nie auntie..

:D

zainzubir
27th November 2007, 12:40 PM
Gambar2 dan liputan cerita yg best nie auntie..

:D

emas 100 grams yg hanty courier dah terima ke belum? :lol: :lol: :lol:

yon
27th November 2007, 12:42 PM
Pasal emas ni yg sebenarnya dah lama org tertentu tau cuma dia org diamkan aje. Mungkin mlm baru dia org mendulang. Baru ni je tersebar dan mendapat liputan meluas.

Firdaus™
27th November 2007, 12:46 PM
lepas ni ramai la dok melepak bawak dulang tepi pantai...hehe

zainzubir
27th November 2007, 12:46 PM
Pasal emas ni yg sebenarnya dah lama org tertentu tau cuma dia org diamkan aje. Mungkin mlm baru dia org mendulang. Baru ni je tersebar dan mendapat liputan meluas.

benar seperti disebut Yon, aunty ada menemu ramah penduduk setempat yg telah mendulang sejak 7 tahun dahulu samaada di pantai atau didalam hutan..tunggu lapuran selanjutnya..aisay byk kerja ni...time nak jadi pemberita tidak rasmi FMDC time niler ni pulak byk kerja..cehhh...(sambil ngonyok2 draft nak anto kat fiji) :twisted:

tembeling
27th November 2007, 03:40 PM
gambar2 antie makin mantap...
tu je nk cakap....
liputan baik...
tak yah saya beli dan baca kt sotkabor...
:P

Saya setuju.
Nope, tak payah nak belanja nasi lemak tanglin.
Ikhlas ni.

malek
27th November 2007, 03:56 PM
Gambar2 dan liputan cerita yg best nie auntie..

:D

emas 100 grams yg hanty courier dah terima ke belum? :lol: :lol: :lol:


Dah dapat dah..
Buat duit muka untuk D3 la auntie..

:D

Auntie, ada ke org dari luar datang mendulang kat situ?

zainzubir
27th November 2007, 04:23 PM
gambar2 antie makin mantap...
tu je nk cakap....
liputan baik...
tak yah saya beli dan baca kt sotkabor...
:P

Saya setuju.
Nope, tak payah nak belanja nasi lemak tanglin.
Ikhlas ni.

terima kasih bebanyk dengan keikhlasan tersebut...balik rumah nak kejau arnab nak kenduri kesyukuran kerana dah ada improvement... :wink: Seriously, kata2 seumpama akan beri semanagt lebih bagi hanty yg dah mencecah 50 ni :wink: terima kasih.

zainzubir
27th November 2007, 04:30 PM
Dah dapat dah..
Buat duit muka untuk D3 la auntie..

:D

Auntie, ada ke org dari luar datang mendulang kat situ?
adaaa....dari luar kg sri pantai spt dari Pekan dan Rompin (daerah berdekatan)..dari daerah2 jauh takada rasanya..jom kita kesana jom..naik BMW 5 series ..balik bila dah dapat emas, kita tukau yg 7 series..orait??? :lol: hanty duduk sebelah..macam mem..isk tak usahler ajak Dr.Marian kang hitam legam kulit berpanas mendulang kang...bila hanty dapat emas, Malek amik macro shots jadik?? :lol: :lol:

aji
27th November 2007, 04:34 PM
saya nampak komposisi gambar hanty jauh lebih baik dari dulu
kalau blur tu pun bukan silap hanty
sila kemra je tu

berapa gram emas dapat?
nak jadik anak angkat akak adik la eh
maa, dah makan ma?

zainzubir
27th November 2007, 04:38 PM
saya nampak komposisi gambar hanty jauh lebih baik dari dulu
kalau blur tu pun bukan silap hanty
sila kemra je tu

berapa gram emas dapat?
nak jadik anak angkat akak adik la eh
maa, dah makan ma?

lawak pepetang cengggini yang tak leh tahan nak kentut ni... :lol: :lol:

*Kalau Aji,Presiden FMDC kesana, rasanya org mencari emas tentu sanggup tinggal dari mendulang utk dapatkan otogerap Aji...mesti dirog tak kisah nak beri ole2 beberapa grams emas pada Aji..sure punyalah... :lol:

rburns
27th November 2007, 05:33 PM
oo inilah mendulang emas yang anty dok eksen kat saya tu ek....?
patut la eksen.. maklum le gambar da makin best.. makin menarik...
laporan pon.. da mengalahkan reuters....
kena letak nick tu ZainzubiR.. ha camtu....

tp betul kata Aji.. composition da menarik.. blurr je... skett.. tapi betul la tu salah kamera..
apa lagi anty... join ler Dr Malek beli D3.. kalo beli 2 dapat murah skett....!!

arulz
27th November 2007, 06:01 PM
kami puji ikhlas ni hanty...mmg gmbr2 hanty makin beh la...sy tgk fp hanty pun mmg makin ngancam gambo2 nyer....psstt..hanty de buat buat klas senyap2 ngan bro azhar nih....mentang2 dh jmpe ms kat tangling aritu...kekeek..tau2 hanty dpt award je nnti..huhuh :lol: :lol:

malek
27th November 2007, 06:19 PM
Bila la agaknye dapat gi street shoot ngan auntie nie..

:roll:

buttet
27th November 2007, 08:47 PM
walla auntyyy nak emas dalam 1 gram nak buh kat gigi nie

aji
27th November 2007, 09:01 PM
http://img108.imageshack.us/img108/352/img9965zd8.jpg

dari siasatan suruhanjaya diraja
ni adalah tangan deeba
anak pompan hanty zaing yang ketama
sah sekarang kita dah bongkar kenapa hanty zeng beriya gi sana

red
27th November 2007, 10:43 PM
hanty pas ni jadi tokey emas, lens pun salut dgn emas.

shuji
28th November 2007, 02:17 AM
pas nie kesemua gigi aunty dah boleh bersalut emas...

zainzubir
28th November 2007, 08:54 AM
aaa..macam2ler korang ni!!!korang dengki dan hangin apsal?? :lol: :lol:

Okay ni ada sedikit lagi images

En.Abdul Kadir memaklumkan sebelum ini telah ditemuramah oleh seorg wartawan akhbar. Mengikut beliau apa yang dilapurkan tu tidak betul. Untuk memperolehi hasil dulangan hingga 1-4 ribu sehari bukan mudah. Beliau sendiri telah mendulang lebih 7 tahun samaada di pantai atau dalam hutan sebagai mata pencarian tambahan. Beliau sebenarnya mencanteng batek sebagai pekerjaan tetap. (Lihat Adeeba begitu kusyuk mendengar bukan pasal dulangan emas, tetapi mengenai batek...
:twisted: )..bila org bercerita tentang emas, dia menghilang diri..

ketika ini masih topik batek
http://img265.imageshack.us/img265/3175/newimg9966nl0.jpg

Bila beralih topik emas, Deeba dah lesap!!...Dari gaya En.Abdul Kadir, jelas menunjukkan emas yg diperolehi dalam sehari "ciput" jer :lol:
http://img516.imageshack.us/img516/5038/img9992nk3.jpg

zainzubir
28th November 2007, 09:03 AM
Kanak2 ini mungkin seperti Deeba dan Hadee, dibawa oleh ibubapa untuk melihat sendiri kegiatan mendulang emas!!

Macam boring jer ... :lol:
http://img504.imageshack.us/img504/3549/img9967boc2.jpg

Jauh disudut keriuhan pendulang dan orang ramai, kelihatn En.Kasim bersama sahabat sedang berehat....Untuk makluman pacakan kayu tersebut kelihatan dimana2 sebagai penanda emas pernah di perolehi ditempat itu..dlm lain perkataan..boleh repeat ler tu... :lol:
http://img508.imageshack.us/img508/6523/img9970sf9.jpg

Ini pemandangan biasa disekitar lokasi..mungkinkah suami mendulang dan isteri berehat bersama anak didalamnya? :roll:
http://img258.imageshack.us/img258/1969/img9998ck0.jpg

zainzubir
28th November 2007, 09:15 AM
Dapat atau tidak yang pasti orang ramai tetap mengerumuni pendulang..termasukler jurugambonya.. :lol:
http://img521.imageshack.us/img521/3316/img9980vs8.jpg

Ini apa kes ni??..yg pasti sah sah pendulangnya pompuan... :lol:
http://img264.imageshack.us/img264/6230/newimg9991mw7.jpg

- the end-

zainzubir
28th November 2007, 09:20 AM
Bila la agaknye dapat gi street shoot ngan auntie nie..

:roll:
Dr.Malek it should read the other way round..cenggini
Bila la agaknye dapat gi street shoot ngan Macro King nie....hanty terhingin nak gi street shoot ngan Malek eversince lihat pictures doc gi street shoot di Melaka tu... :wink: ..nak amik berkat dari pakar macro dan nak gaya dalam BMW baru masih tak terkecapaian... :cry:

AbdulRazak
28th November 2007, 09:21 AM
En.Abdul Kadir memaklumkan sebelum ini telah ditemuramah oleh seorg wartawan akhbar.
Mengikut beliau apa yang dilapurkan tu tidak betul.

Inilah point yang saya cuba utarakan pada post terdahulu.
Sebab itu kita kena RELY pada laporan2 yang lebih bertanggungjawab dan tepat.
Syabas sekali lagi untuk Aunty Zain.

azryshah
28th November 2007, 09:22 AM
http://img504.imageshack.us/img504/3549/img9967boc2.jpg
saya tertarik dgn komposisi gambar diatas, apa setting gambar nie yeek.. tolong tunjuk ajarku sifoo, kena menuntut nie :lol;

bigbrother
28th November 2007, 09:34 AM
best la coverage anty ni.. :) mcm2 cerita ada...
nice shot.. sharp pic.. terer la anty ni.. :) ape lg anty.. kasi masuk la lam witness news kar reuters tu.. hehe

zainzubir
28th November 2007, 09:49 AM
Azry:apa sesusah blasahjer ikut nasib.. :lol: ..ok nanti aunty check kat dlm storage devise kat umah eik?yg tu dah resize details information ellek.. :wink:

untuk makluman, kadang2 guna tv(speed) kadang2 av(guna aperture) dan kadang2 bila rajin guna manual..aunty ni punya geraf mood amik gambo tak boleh predict punya..dah namanya main blasahjer kan??..aunty tak nak hipokrit semmgnya itulah cara hanty amik gambo..suka hati jer... :wink: :oops: ..aunty nasihatkan kpd yg serious nak jadi photog yg berjaya, jgn tiru gaya blasahan hanty....yg dah berjaya jadi photog tersohor nak tiru takper..dah tentu2 tidak akan beri kesan apa2...

Ridwan
28th November 2007, 10:53 AM
agak agak la kan sebenar hanty nie bawak balik berapa dulang la emas tu hahahahhahahahhaa .. lepas nie tetiba mungkin kah akan kluar 1Ds MK3 ... hehehheheheee

zainzubir
28th November 2007, 11:23 AM
Sebelum bertolak balik KL, selepas breakfast di hotel kami terus ketepi pantai semula untuk menjenguk kegiatan mendulang buat kali terakhir. Matahari amat terik walaupun baru jam 10 pagi.Mood untuk ambil gambar dan juga menemurah pada tahap kosong...apa2pun didayakan juga.

Aktiviti pagi hari Ahad lebih nampak rancak dengan kebanyakannya yang hadir adalah penduduk setempat atau berdekatan. Air telah pasang dan mungkin "gold digger" yg tegar telah berehat seketika..yang tinggal pada pagi Ahad ini dari analisa bukan pakar ialah mereka yang kurang serious. :lol: Mungkin hanya suka2 dan sekadar mencuba nasib....

See I told you..ni main2 jer gayanya ni...dik..dik!!mak pesan suh balik!mak nak guna kuali nak goreng ikan!! :lol:
http://img124.imageshack.us/img124/2249/img0014qb4.jpg

Saya rasa ini "gold digger" yg tegar....dari gaya nyenyak todur, mungkin malam tadi telah bertungkus lumus mencari emas...
http://img153.imageshack.us/img153/7708/img00191ky3.jpg

zainzubir
28th November 2007, 11:31 AM
Kita boleh tahu samaada serious atau tidak seseorg itu dari gayanya..tak gitu??

hmm..saudara ni mmg nampak serious, lumpur dari laut diambil dan dibawa kedarat untuk diayak.
http://img528.imageshack.us/img528/1958/img0015hp0.jpg

Ayakan perlu dilakukan perlahan-lahan dan berhati2
http://img510.imageshack.us/img510/8194/img00201ge6.jpg

Kedengaran suara org ramai.."huh...ada tu! ada tu!!..mmg ada 1-2 butir emas sebesar pasir..apa?korang igt beso emas seketul batu ke??..wei bukan mudah...
http://img512.imageshack.us/img512/2976/img00301os8.jpg

yang mendulang tak ghairah..yg menonton lagi double ghairah...hmm..w/pun 2 butir kena kumpul dan simpan..begitulah proses seterusnya..
http://img144.imageshack.us/img144/2595/img00311bsj1.jpg

zainzubir
28th November 2007, 11:39 AM
Antara yang turut mendulang

http://img145.imageshack.us/img145/3622/img00331qp5.jpg

http://img153.imageshack.us/img153/4782/img00371ow6.jpg

http://img513.imageshack.us/img513/9/img00361eb9.jpg

Selamat Tinggal Kg Sri Pantai....dan "Good luck" kepada semua pendulang..
http://img267.imageshack.us/img267/8580/img00321ns4.jpg

nourarahmat
3rd December 2007, 11:02 AM
http://img108.imageshack.us/img108/352/img9965zd8.jpg

dari siasatan suruhanjaya diraja
ni adalah tangan deeba
anak pompan hanty zaing yang ketama
sah sekarang kita dah bongkar kenapa hanty zeng beriya gi sana

:shock: wooo...patut la untie g mersing...ada misi ghupa2nya...