View Full Version : Teknik & Tips | How to Get Correct Exposure Tutorial
shuji
8th December 2007, 10:52 PM
Bagaimana hendak mendapatkan sesebuah gambar dengan exposure yang betul? Sebelum ini saya agak keliru dan tertanya bagaimana untuk mendapatkan sebuah exposure yang tepat seperti hasil mata kita melihat.. akhirnya kekeliruan saya terjawab dengan tutorial yang saya download. Disini saya ingin berkongsi dengan semua forumer bagaimana gambar dibawah mendapat sebuah exposure dengan tepat!
http://farm3.static.flickr.com/2088/2094562231_825a6eba02.jpg
Ini adalah sebuah kualiti gambar yang original dengan exposure yang tepat tanpa editing. Exif Data:
ISO: 800
Aperture: F3.3
Shutter Speed : 1/6 sec.
White Balance: Flash
Flash: No
Light: Natural Light
Metering: 3D Matrix (Pattern)
Mode: Manual
http://farm3.static.flickr.com/2405/2095329626_68c5c5c436.jpg
Ini adalah gambar yang telah di edit untuk mendapatkan warna yang neutral. Editing cuma dilakukan dengan menggunakan auto-color sahaja pada Photoshop.
Berdasarkan imej diatas, sekiranya exposure tidak tepat, area low light akan under exposed, area outdoor light (low light condition) akan under exposed dan area over bright akan over exposed. Langkah seterusnya untuk mendapatkan sebuah exposure dengan tepat:
+ Perhatikan di dalam viewfinder kamera anda, akan nampak simbol ini:
http://farm3.static.flickr.com/2075/2095358174_dc5a47e503.jpg
+ Ketika mengambil gambar, sila berpandukan pada simbol ini untuk mengetahui adakah exposure yang anda set begitu tepat? Bagaimana caranya?
+ Tanda ini menunjukkan exposure anda over-exposed:
http://farm3.static.flickr.com/2325/2095362878_12ff60b5e7.jpg
+ Sekiranya tanda berada pada paras negatif (-), maka maksudnya exposure gambar anda under-exposed.
+ Tanda sebuah exposure yang tepat adalah seperti ini:
http://farm3.static.flickr.com/2075/2095358174_dc5a47e503.jpg
+ Untuk mendapatkan sebuah exposure yang tepat, anda harus mengubah shutter speed setting pada kamera anda untuk mendapatkan bacaan tempoh cahaya yang masuk ke dalam kamera anda. Semasa mengubah shutter speed pada kamera, rujuk pada tanda tersebut di dalam viewfinder untuk melihat bacaan sehingga bacaan tersebut kelihatan seperti pada imej yang diatas.
+ Semuga anda dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan. Enjoi!
p/s: Harap maaf sekiranya tutorial ini tidak tepat dan mengelirukan, saya terlupa untuk mengambil contoh gambar under-exposed & over-exposed.
dome
8th December 2007, 10:54 PM
apa2 pun adalah lebih selamat satu2 gambar di rakam dalam keadaan sedikit underexpose.tq
shuji
8th December 2007, 10:55 PM
tajuknya x lengkap, tajuk yg lengkap: How to get correct exposure tutorials. (Basic)
shuji
8th December 2007, 10:58 PM
apa2 pun adalah lebih selamat satu2 gambar di rakam dalam keadaan sedikit underexpose.tq
terima kasih untuk pandangan saudara, setiap orang menpunyai keinginan yang berbeza tetapi di dalam situasi yang saya gambarkan pada imej tersebut. saya hanya menunjukkan cara2 yang betul untuk mendapatkan sebuah exposure dengan tepat. maksud saya foreground tidak over-exposed & under-exposed, background tidak over-exposed & under-exposed.
hisham27
8th December 2007, 11:02 PM
Terima kasih kerana berkongsi...
shuji
8th December 2007, 11:03 PM
apa2 pun adalah lebih selamat satu2 gambar di rakam dalam keadaan sedikit underexpose.tq
mungkin terdapat kekeliruan disini.. mungkin bro DOME maksudkan adalah EV (exposure value)?
jejaka
8th December 2007, 11:05 PM
EV = 0 tak bermaksud EV anda TEPAT !!!
saya setuju sangat apa yg abg DOME ckp tentang lebih baik UNDERexp tu..
shuji
8th December 2007, 11:06 PM
EV = 0 tak bermaksud EV anda TEPAT !!!
saya setuju sangat apa yg abg DOME ckp tentang lebih baik UNDERexp tu..
mungkin saya silap..saya minta maaf :(
jejaka
8th December 2007, 11:08 PM
apa2 pun adalah lebih selamat satu2 gambar di rakam dalam keadaan sedikit underexpose.tq
mungkin terdapat kekeliruan disini.. mungkin bro DOME maksudkan adalah EV (exposure value)?
ye.. tepat sekali..
EV = exposure value
ini contoh EV Meter pada setiap kamera dSLR yang kita (mungkin design lain sket.. tapi fungsi tetap sama)
http://farm3.static.flickr.com/2075/2095358174_dc5a47e503.jpg
buntalshoot
8th December 2007, 11:09 PM
adakalanya metering akan tertipu pabila terdapat kawasan majoriti putih atau hitam... pembetulan exposure boleh dilakukan dengan berpandukan
skala exposure dengan menaikkan +EV2 apabila majoriti kawasan putih dan menurunkan skala pada -EV2 sekiranya majoriti kawasan hitam memenuhi composition pada viewfinder..
jejaka
8th December 2007, 11:09 PM
mungkin saya silap..saya minta maaf :(
takde apa nak dimaafkan.. kita sama2 belajar..
shuji
8th December 2007, 11:11 PM
adakalanya metering akan tertipu pabila terdapat kawasan majoriti putih atau hitam... pembetulan exposure boleh dilakukan dengan berpandukan
skala exposure dengan menaikkan +EV2 apabila majoriti kawasan putih dan menurunkan skala pada -EV2 sekiranya majoriti kawasan hitam memenuhi composition pada viewfinder..
terima kasih untuk penerangan tersebut.
saupix
18th December 2007, 10:12 AM
good info... i will try...
trexclanz
18th December 2007, 10:32 AM
tq.
Good Info.
buttet
18th December 2007, 10:37 AM
saya setuju dgn dome metering ev diunder sedikit..bukan hanya shutter speed aja diejas..kita buleh ejas iso value dan apperture value untuk mendapat eV yang kita kehendaki..penggunaan grey card juga membantu (itu yang saya tahu la kalau ada lagi sila tambah)
fier1285
9th April 2009, 02:30 PM
sila betulkn klu sy slh.. light meter kt dlm camera 2 pun brgantung kpd metering pattern yg kita gna jgk...
ibnu_khalily
5th May 2009, 09:54 PM
apa2 pun adalah lebih selamat satu2 gambar di rakam dalam keadaan sedikit underexpose.tq
just ingin tahu.. kenapa perlu under bro dome?.. kalu sikit over kan lebih cerah gambar tu..? 8-}
butterland
6th May 2009, 02:29 PM
apa2 pun adalah lebih selamat satu2 gambar di rakam dalam keadaan sedikit underexpose.tq
kenapa underexposure bro?sbb senang nak edit dalam PS ker?
adipatigusti
6th May 2009, 03:44 PM
Saya setuju dgn dome metering ev diunder sedikit..bukan hanya shutter speed aja diejas..kita buleh ejas iso value dan apperture value untuk mendapat eV yang kita kehendaki..penggunaan grey card juga membantu (itu yang saya tahu la kalau ada lagi sila tambah).
Saya pun amat bersetuju dgn sdr Dome dgn Sdr Buttet. Cuma tambah satu...shoot dengan format raw.
adipatigusti
6th May 2009, 03:54 PM
kenapa underexposure bro?sbb senang nak edit dalam PS ker?
overexpose bermakna pixel detail lost..underexpose bermakna pixel detail masih ada cuma tersorok. Jadi dgn editing software kita boleh retrieve semula pixel detail itu tapi dengan kos...yakni noise. Kalau saya salah atau tak lengkap sila betulkan saya yg dok belajaq jugak ni.
fish_o7
27th May 2009, 12:09 PM
yup.... shoot ngan raw format pastu leh luperkan .... ttg AWB .....hehe ... nk belajar pasal exposure .... bek baca pasal zone system, develop by ansel adam.....
satu lg .... EV = 0 merujuk pd average exposure .... iaitu 18% gray .... meaning bile nk amik object putih camera akan otometik ckp bende tu overexpose ....and bile shoot bende hitam camera akan ckp bende tu underexpose .... so bile nk shoot bende putih make sure kasik overexpose skit and bile tangkap bende itam kasi underexpose skit .... klau tak sume bende jd kelabu .....
18% gray apply more to printing .... is ko print sume color grayscale, dr pure white to pure black, neutral gray ( paling neutral ... paling middle) .... akan me-reflect cahaya 18%. ramai org dlm photography pakai standard 18% as reference .... sbb dlm manual mode .... bile derang nk decide correct exposure .... derang akan amik card ni letak depan camera .... derang kan zero-in pd gray card sebagai ....reference "ev=0" .... and then bandingkan ... ngan exposure area lain individually, after dh dpt info. derang akan decide the average exposure ....yg leh bring out details pd area2 yg derang nk higlight/photograph dll proses ....
lg satu .... lepas amik gambar .... check histogram ...
:D panjang gak aku tulis ... klau salah betulkan ... knowledge haku cetek jer
reezluv
27th May 2009, 07:42 PM
saya setuju dgn dome metering ev diunder sedikit..bukan hanya shutter speed aja diejas..kita buleh ejas iso value dan apperture value untuk mendapat eV yang kita kehendaki..penggunaan grey card juga membantu (itu yang saya tahu la kalau ada lagi sila tambah)
pasal greycard ni penah dgr..hehe..tapi tak bape paham..ada kawan aku cakap kena print satu2 nak tgk mana yang paling tepat..hehe
mat lan
12th June 2009, 11:10 AM
gud info...
tp aku pn masih xpham secara detail mengenai grey card..
serta penggunaanya...
p/s mmg byk lg aku kna taw...terasa kecil je dri nih dlm bidang ni...
berreta82
22nd June 2009, 11:52 AM
yup.... shoot ngan raw format pastu leh luperkan .... ttg AWB .....hehe ... nk belajar pasal exposure .... bek baca pasal zone system, develop by ansel adam.....
satu lg .... EV = 0 merujuk pd average exposure .... iaitu 18% gray .... meaning bile nk amik object putih camera akan otometik ckp bende tu overexpose ....and bile shoot bende hitam camera akan ckp bende tu underexpose .... so bile nk shoot bende putih make sure kasik overexpose skit and bile tangkap bende itam kasi underexpose skit .... klau tak sume bende jd kelabu .....
18% gray apply more to printing .... is ko print sume color grayscale, dr pure white to pure black, neutral gray ( paling neutral ... paling middle) .... akan me-reflect cahaya 18%. ramai org dlm photography pakai standard 18% as reference .... sbb dlm manual mode .... bile derang nk decide correct exposure .... derang akan amik card ni letak depan camera .... derang kan zero-in pd gray card sebagai ....reference "ev=0" .... and then bandingkan ... ngan exposure area lain individually, after dh dpt info. derang akan decide the average exposure ....yg leh bring out details pd area2 yg derang nk higlight/photograph dll proses ....
lg satu .... lepas amik gambar .... check histogram ...
:D panjang gak aku tulis ... klau salah betulkan ... knowledge haku cetek jer
sy xfhm ttg 18% tu :-)
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.