View Full Version : 1 April 2006: 1st Meeting AJK FMDC
aji
11th March 2006, 08:13 AM
Bila? 1hb April 2006
Hari apa? Sabtu
Pukul berapa? 8 malam
Kat mana? Chicken Rice Shop, KL Sentral
Berikut adalah agenda meeting AJK
yang akan diadakan di KL Sentral pada 1 April ini
Memandangkan kita adalah digital komuniti,
dan untuk kebaikan semua,
adalah perlu jugak Aji dapat input daripada semua members
untuk masukkan perkara-perkara yang rasa
perlu dibincangkan di dalam meeting tersebut
Pandangan anda mungkin boleh memperbaiki lagi
kelemahan-kelemahan yang ada
Free & easy untuk berbincang bersama di sini ok
Terima kasih
Agenda
1. membership card
1.1 design
1.1.1 3 design
1.1.2 voting thru web?
1.2 printing/cost
1.3 delivery
1.4 reg no. tak ikut sequences
1.5 sponsorship
1.5.1 nikon
1.5.2 tourism malaysia
1.5.3 transnasional
1.5.4 touch n go
1.6 bayaran pendaftaran ahli rm25
1.6.1 masukkan sekali c/hati spt topi, tshirt dsb
1.7 nama penuh/nickname
1.7.1 perlu masuk sekali ic?
2. penambahan team fmdc 2006
2.1 lantik pembantu
2.2 gabung antara bahagian promosi
2.3 resetup regional
2.3.1 fotopages malaysia perak
2.3.2 fotopages malaysia terengganu
3. program
3.1 zoo outing
3.2 seminar sn/bazuki
3.3 xfresh camp
3.4 pameran foto usm/laman seni
3.5 kuiz siapa boleh
3.6 shoot sukma
3.7 trip fmdc-gen2 club
3.8 jungle trekking
3.9 next program
4. hal-hal berkaitan nama/portal
4.1 domain name fotopages.com.my
4.2 moderator
4.3 online registration
4.3.1 web
4.4 pertukaran nama fotopages malaysia
4.4.1 perlu atau tidak?
4.5 promosi
5. ahli
5.1 tabung khairat/kebajikan ahli
5.2 notification untuk birthday
6. lain-lain
buntalshoot
11th March 2006, 08:52 AM
cadangan saya :
Apa kata kita wat Tabung Kebajikan Ahli...
mungkin ada sesaper yg sakit / kematian ahli keluarga...bulih dibantu sekurang-kurangnya
kita dapat menggembirakan /meringankan mereka yg dalam kesedihan atau kesusahan.....
diharap pihak AJK/VJK dapat sama2 membawa usul ini pada meeting d atas..
sekianlah dulu dari saya... Assalamualaikum... :wink:
ambig
11th March 2006, 09:20 AM
Idea bagus tu...itu boleh kita bincangkan dlm lain lain hal nanti...
sesiapa yg ada sebarang isu/idea yang ingin diketengahkan, sila nyatakan di thread ini supaya boleh diambil tindakan selanjutnya
tualamerah
11th March 2006, 09:31 AM
saya menyokong sepenuhnya cadangan buntalshoot itu... :)
____________________________
http://tualamerah.fotopages.com/
polini
11th March 2006, 12:27 PM
Idea Buntalshoot tu memang bagus...
ambig
11th March 2006, 03:13 PM
Yup...sekarang yg perlu kita bincangkan adalah bagaimana nak setkan sumbangan ni...? Apakah terpulang kepada keikhlasan derma mana mana ahli atau kita setkan satu jumlah yg kena dibayar oleh setiap ahli berdaftar
liutrawa
11th March 2006, 04:22 PM
ambo yang kerdil ni turut menyokong...
pasal sumbangan tu....ikut sekadar kemampuan...tp yang penting disini adalah
pikirkan APA SUMBANGAN KITA PADA KELAB DAN JANGAN TANYAKAN SUMBANGAN KELAB PADA KITA....
so dari situ baru kita sedar banyak istimewanya kelab kita nie..
ambo sekadar berkongsi.. :lol:
aji
11th March 2006, 04:57 PM
terima kasih buntal
at least adalah sumbangan kita bila ahli ada musibah
besar ke kecik tu biasa orang tak tengok
kita pun tak haraplkan pape balasan
niat sedekah je tu kan
susah senang kita tetap geng
macam tu la kot
ttthehe
ambig
11th March 2006, 05:21 PM
Itu yg seeloknya...nanti kita decidelah mcm mana nak handlekan benda ni
aji
14th March 2006, 08:33 PM
ni pulak members yang sms kat aji
terima kasih
proposal
1. birthday notification utk members
2. malam anugerah fotopages terbaik/popular ikut kategori
3. membership card taruk gambar sendiri
4. membership card letak nama penuh bukan nickname
5. lawatan ke rumah kebajikan
buntalshoot
14th March 2006, 08:50 PM
bagus aji....
cadangan yg ketiga kurang sesuai rasanya...mungkin melibatkan kos.... :D
apa2 pun kita lihat pada majoriti....
AyAres151
14th March 2006, 09:21 PM
Tabung kebajikan amatlah sesuai... maybe kita bleh upkan skit yuran ahli.. maybe around rm30 lifetime... so.. itu dah berbaloi.. dan utk tabung kebajikan..kita ada sponsorship..so..dorang akan topup atas sorang ahli itu utk daftarkan khairat / tabung kebajikan tu per induvidu..
utk ahli keluarga plak adalah berlainan.. ianya atas dasar kebajikan kelab kita..
radiohed
14th March 2006, 09:40 PM
ni pulak members yang sms kat aji
terima kasih
proposal
1. birthday notification utk members
2. malam anugerah fotopages terbaik/popular ikut kategori
3. membership card taruk gambar sendiri
4. membership card letak nama penuh bukan nickname
5. lawatan ke rumah kebajikan
1,2,4 & 5 di sokong..
hanis125z
14th March 2006, 11:04 PM
okeh.. sy pon same... 1 2 4 5 sokong!!!!! :D
azryshah
14th March 2006, 11:10 PM
Saya ada cadangan (terus angkat tangan)
:: Memberi diskaun pada para ahli yang inginkan khidmat fotografi semasa perkahwinan mereka (ini sesuai pada mereka yang bakal menamatkan zaman bujang :lol: ) kira mcm privillage ler
p/s: idea lain tu nanti akan dtg :)
_________
Life Thru a Lens..
http://azryshah.fotopages.com
mier
14th March 2006, 11:12 PM
yee...mier pun sokong semua kecuali yg no 3 la...
salamaut
14th March 2006, 11:15 PM
ermmm.....
saya sokong
dan bab tabung kebajikan tuh saya sokong jugak.....
satu lagi usul
pada yg akan mendirikan rumah tangga.. kite kolek2 duit beli adiah ker.... sponser ker ??
ekekekeke......
Mazrul
14th March 2006, 11:32 PM
Tuan president...saya nak tambah cadangan!
Cadangan no. 6....mengadakan FAMILYDAY FMDC bagi mengumpulkan semua ahli sekali gus. Mesti havoc nye!
Bagi cadangan lain saya setuju aje kecuali cadangan no.3 tu ;)
Lily
14th March 2006, 11:59 PM
yeh betol !!!!!!!! bile kite nak ada family day .. ? leh baleng2 tepong kat korang sume !! :P :P
konpem mesti enjoy meriah habis !!!
AyAres151
15th March 2006, 01:13 AM
family day sebenarnya dah buat lama dah...
cth : Merdeka Gathering..
cuma nama saja tak letakkan Family Day... nampak skema sangat..
kalu sape2 yang pegi Merdeka Gathering kat Tasik Taman jaya last year tuh... mmg mcm2 dah dorang main.. cuma masa singkat ..only 1 day..
apa kata buat 2 hari 1 malam ker.... kat mana2 tmpt best... wat telematch macam2..baru seronok..rapat menjadi sebuah keluarga bahagia singer..hehehehe
AyAres151
15th March 2006, 01:15 AM
Saya ada cadangan (terus angkat tangan)
:: Memberi diskaun pada para ahli yang inginkan khidmat fotografi semasa perkahwinan mereka (ini sesuai pada mereka yang bakal menamatkan zaman bujang :lol: ) kira mcm privillage ler
p/s: idea lain tu nanti akan dtg :)
_________
Life Thru a Lens..
http://azryshah.fotopages.com
azry..kat sini takde pakej wedding photography yang di sediakan... jadi rasanya kami tak dpt bagi jaminan pada orang2 bujang yang nak tamatkan zaman bujang utk dpt discount..
cuba bagi cadangan anda tu kat sini --> http://saifulnang.fotopages.com
wakakkaa..mana tau si sepol tuh bleh kasik discount..
heroMak
15th March 2006, 01:21 AM
baru nak cadang...ayares dah habaq dulu..
buat la gathering yg MEGA, melangkaui gathering biasa mahupun TT. Buat jadi acara tahunan. 2 hari satu malam ke, atau 3 hari 2 malam ke. In the end, buat AGM skali. Perhimpunan agung/muktamar ler lebih kurang. Melibatkan kos, sponsor dan komitment tinggi.
Kalu 2 hari satu malam pun dah cukup.. siang bleh buat game, forum atau kelas/tips etc. malam buat BBQ + malam kebudayaan ke. Esoknya buat AGM. Tempat tu, pilih la cantik2 skit, mcm tak biasa plak.
Kalau bab cenggini, saya bleh tolong berdasarkan pengalaman dekat 6 tahun handle mende gini. Nak bagi buah fikiran no poblem, nak bagi buah durian, tunggu musim la..
AyAres151
15th March 2006, 02:31 AM
HeroMak kena bagi buah tangan... errrr.... kopok lekor buat minum petang lepas aktiviti di family day tu.. amcam heroMak... kater umah tepi kilang kopok lekor..hehehee
intanmaria
15th March 2006, 07:48 AM
proposal
1. birthday notification utk members
2. malam anugerah fotopages terbaik/popular ikut kategori
3. membership card taruk gambar sendiri
4. membership card letak nama penuh bukan nickname
5. lawatan ke rumah kebajikan
saya pun setuju part 1,2,4 & 5
saya pun setuju cadangan ayares and mazrul, adakan Mega Gath :D
buntalshoot
15th March 2006, 08:38 AM
Yeeee Mega Gathering pon stuju....
tapi alang2 biar tempat yg best skit... baru best nak bersuai kenal beramas mesra...
saya stuju suara majoriti....!!!!! :mrgreen:
antujahat666
15th March 2006, 09:20 AM
cadangan saya :
1. kad nama tuh, wajib ditempah dlm nama penuh dan ic skali. tetapi harus utk nickname. kiranya, sape nk tempah utk nickname tuh dikenakan caj tambahan. tetapi setiap ahli WAJIB ada yg nama penuh tu.
2. buntalshoot punya idea bagus. cuma saya nak tambah sket, for those yg cemerlang (anak2 yg dpt straight A's for UPSR ke, PMR ke, SPM ke) turut diberi saguhati. ataupon ada antara ahli2 kita yang menang apa2 peraduan di luar, kita raikan. simple2 je. kek sebijik pon ok. cuma nk kongsi kegembiraan.
3. Mega gathering tuh...saya setuju. nak tempat best? herm...kita wat kat tmpt yg semua org perlu keluarkan bajet. maksudnya, takder la hanya org2 tertentu je yg keluarkan bajet besar. contoh, kalau kita wat kat kl, sah sah org ganu, perlis akan keluarkan kos yg tinggi sedangkan org2 kl koz yg rendah. atau pon, kita boleh buat secara gilir2 setiap tahun. contohnya, tahun ni kat perlis, tahun depan kedah, tahun lagi satu penang, pastu ganu blablabla... baru adil. ini contoh sahaja.thehehehe......
4...tgu jap...post yg ni dulu. nk baca balek n pk idea laen.thehehehe..
weet
15th March 2006, 09:26 AM
aji!!!!!..pasal makan durian tu on tau..bln 7 insyallah..tp weet lum buat kertas keje lagi la tuan president..janji weet mesti ditepati..insyallah
buntalshoot
15th March 2006, 09:28 AM
ok antu teruskan...
idea antu bagus... kita keluarkan bajet masing2.. sama2 tong2...biar tempat tu best dan menarik
biar sumer yg nak pergi tu senang pergi senang nak balik....murah lagi menjimatkan :D
utk permulaan... maybe kita cadangkan tempat yg paling ramai ahli seperti KL, Melaka, Johor jadi perintis...
utk mega gathering nie... (pendapat saya laa)...pendapat anda? :D
antujahat666
15th March 2006, 09:48 AM
proposal
1. birthday notification utk members
2. malam anugerah fotopages terbaik/popular ikut kategori
3. membership card taruk gambar sendiri
4. membership card letak nama penuh bukan nickname
5. lawatan ke rumah kebajikan
no 1 tuh saya setuju gak.
no 2 tak berapa setuju kerana nnt akan timbul rasa cemburu dan tak puas hati di kalangan ahli2. ye la, org tak puas ati mane ader ckp depan2.betol tak? semua ckp belakang. semua buat muka poyo suka, setuju..tapi belakang mcm2 la kutuk, takpuas ati.
so, penganugerahan fp tu patot di tukar sket. sama ada pilih gmbr plg lawa dan antar pada penilai, ataupon tak buat lansung anugerah ni. barulah adil.
no 3, ader baik dan buruk letak gmbr. baiknya, bila kita hilang kad tu, org boley carik kita. contoh la kalau kita kat luar, bukan bersama geng2 FM, tetiba jln2 jatuh. kalau ader org nmpk sekitar tu, kalao ternmpk kita at least dia bley bagi balek. buruknya, sbb gmbr kita tuh tak ensem dan tak lawa. wakakakakakka... (thehehe..jgn marah)
no 4, letak nama penuh nama penuh. sape2 nak letak nickname, beli laen. kiranya org tu ader 2 kad. tapi wajib ada kad name penuh dahulu baru boley apply nickname.
no 5...kenapa perlu ke rumah kebajikan? pergi kubur kan lagi menginsafkan? thehehhe... (sekadar gurauan).....ok gak tu. pegi umah kebajikan. tapi lebih elok kalau kita pergi rumah anak yatim. yg lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang.
tambahan idea, at least, selang 2 bulan, kita shoot luar KL (for those yg dok kat kl)....so, setiap negeri kita akan jelajahi dan begitu juga ahli2 dari negeri lain akan melawat tmpt kita. pergi ramai2, konvoy ke, naek bas ke.lama2 nnt satu malaysia sudah pon kita jelajahi.\
hehehe...to be continue.....nak pegi berak jap...theheheheh...
buntalshoot
15th March 2006, 09:57 AM
no 3, ader baik dan buruk letak gmbr. baiknya, bila kita hilang kad tu, org boley carik kita. contoh la kalau kita kat luar, bukan bersama geng2 FM, tetiba jln2 jatuh. kalau ader org nmpk sekitar tu, kalao ternmpk kita at least dia bley bagi balek. buruknya, sbb gmbr kita tuh tak ensem dan tak lawa. wakakakakakka... (thehehe..jgn marah)
masalah tu sebenarnya tak timbul...hatta kad kredit pun jarang bank letak gambar.... taruk no. phone rasanya dah cukup...
klu taruk gambar nanti mana la tau ada orang yg jumpa tu ada niat tak buruk... dia mandramm kan kita kangg susah lakkk.....:lol:
yg menjadi masalah kos printing nyer tu.... :P
antujahat666
15th March 2006, 03:44 PM
buntalshoot wrote : maybe kita cadangkan tempat yg paling ramai ahli seperti KL, Melaka, Johor jadi perintis...
utk mega gathering nie... (pendapat saya laa)...pendapat anda?
saya tak setuju sbb ini seperti tak adil. kalau cam tu, sampai bila2 pon buat kat kl kerana majoritinya ahli FM kat KL. betol tak?
saya cadangkan pegi negeri yg takder ahli fm yg ramai atau takder lansung. contohnya perak, n.sembilan.
so, semua org pon keluarkn bajet. hehehehe.....cadangan aje ni.kalo wat kat smepadan thailand pon ok gak. lagi la takder sape kat situ.thehehehe....
marcia.zlyana
15th March 2006, 03:57 PM
eeerrr... handsome jugak ye? insyaAllah... kedtgnku kesana..
mier
15th March 2006, 04:02 PM
wat la..akan cuba untuk menghadirinya..:D
azmanshah
15th March 2006, 04:42 PM
Saya ada sesuatu yg boleh di bincangkan.. (atau telah di usulkan tapi perlu tindakan selanjutnya)
Agak-agak boleh tak kita approach mana-mana kementerian, usulkan kepada mereka supaya FMDC ini jadi 'rakan fotografi' mereka?
(saya rasa idea ini pernah sesorng bincangkan tapi tak ingat dan sampai tahap mana)
Antara perkara yg boleh kita propose kepada mereka,
menjemput photograper dari FMDC di setiap event mereka dan kita boleh menyumbang gambar-gambar kepada mereka. Dengan adanya hubungan baik dengan pihak kementerian, maka senang lah ahli dapat 'access pass' dalam mana-mana event yg dianjurkan pihak kementerian.
Contoh kementerian yg menarik adalah kementerian Belia dan Sukan dan juga Pelancongan.
Jangka masapanjang mungkin kita boleh propose publication atau terbitan majalah kementerian. Itu boleh tabah pendapatan kelab.
sori klu saya curi pendapat org ni. tapi saya amat tertarik dengan cadangan ini, dan ianya harus lah di pikir-pikirkan.
antujahat666
15th March 2006, 05:09 PM
papa : i think it's cool n good. tp ader sedikit problem sbb slalunya kementerian ader photographer yg sendiri.
melainkan kalau ader org dlm.thehehe..dun ask me!~
ladyct
15th March 2006, 08:16 PM
ni pulak members yang sms kat aji
terima kasih
proposal
1. birthday notification utk members
2. malam anugerah fotopages terbaik/popular ikut kategori
3. membership card taruk gambar sendiri
4. membership card letak nama penuh bukan nickname
5. lawatan ke rumah kebajikan
saya setuju proposal no. 1, 2, 4, dan 5 spt d atas. no. 3 tuh kureng sikit.... :)
aji
16th March 2006, 12:16 AM
haa kan settle tu
no.3 tak payah masuk dalam meeting
ttthehe
so adil la kan
jangan cakap aji tak propose plak
tapi majoriti tanak letak gambar
macam dalam ic tu
hampeh betul tengok gambar sendiri ttthehe
mega gathering?
tiap-tiap tahun kita ingat kita buat mega gathering
tapi yg datang
30-31 orang jugak
so this year
nak tengok lagi sekali
ttthehe
maybe kena tambah banyak promosi la kan
meeting 1 april nanti kita akan bincangkan tarikh
utk mega gathering kali ke 4 ni
;)
ingat hari tu semua photographer kena cuti umum kot
baru la bleh buat mega gathering ni
ttthehe
pasal photographer utk kementerian
sapa nak ikut team sukma KL gi kedah?
jadik photographer diorang
under kementerian wilayah
seminggu dgn diorang utk cover sukma di kedah
sapa nak gi?
angkat tangan
bayaran? hmm..diorang tak cakap pape pulak
ttthehe
itu je point dia
kalau nak inform la aji k
semua idea anda best-best
insyaAllah
tengok la minit mesyuarat nanti k utk jawapan dia
terima kasih
yokozuna
16th March 2006, 12:19 AM
abe aji.....bagus!!
Majulah sukan...ehh silapp
Majulah Photography utk Malaysia!! :D
buntalshoot
16th March 2006, 01:03 AM
buntalshoot wrote : maybe kita cadangkan tempat yg paling ramai ahli seperti KL, Melaka, Johor jadi perintis...
utk mega gathering nie... (pendapat saya laa)...pendapat anda?
saya tak setuju sbb ini seperti tak adil. kalau cam tu, sampai bila2 pon buat kat kl kerana majoritinya ahli FM kat KL. betol tak?
tidak adil...??
bukannya saya memberi cadangan negeri yg majoriti ahli harus jadi tuan rumah sampai bila2 :D
sampai bila2 pon buat kat kl??
tidak pula mengatakan KL sahaja sebagai perintis, Melaka dan Johor juga termasuk dalam senarai.... :D
Mengapa harus KL, Melaka dan Johor sebagai perintis??
Kerana ketiga2 negeri tersebut sebagaimana di ketahui mempunyai kalangan ahli yang paling aktif... saya percaya, ahli dikalangan negeri2 ini berupaya dan lebih komited untuk menganjurkan mega gathering seperti ini berdasarkan pengalaman yg lepas2.... kalau kita jadikan negeri yg kurang ahli sebagai perintis...ditakuti segala tanggungjawab akan diserah kepada AJK pusat bulat2 utk menguruskannya... :D
ini tidak bermakna negeri2 yg lain terus dipinggirkan... bila ada perintis, ini bermakna negeri2 lain juga akan mula bersemangat dan lebih aktif di masa2 akan datang.... kalau kita buat mega gathering... ini bermakna ahli dan ahli keluarga akan turut serta.... byk faktor yg akan menjadi penghalang nanti...masa, bajet dan sebagainya... ambil contoh masa di pesta layang2.... akhirnya.... berapa kerat ajer kalangan majoriti yg nak bersama dengan golongan minoriti???.... :P
dboyfotopages
16th March 2006, 04:06 AM
sokong semua.. lagi satu..
minta update selalu http://malaysia.fotopages.com
apa2 info penting pun pergi sana jugak.
forum- bendanya tlalu cepat n xramai sgt yg join.
hope dua2 ada.xcaya tgk sendiri, link ke forum pun xnampak.
lagi satu? adakah semua fotopages2 tahu link ini,coz xramai yg ada.. kita2 jak.. mana yg lain?
minta 2-2nya masih kuat.. dari situ kita btapak.
tgk contoh2 yg lama btapak..pokcik n lain2.mana?
kenapa yg lain xttarik? muda-mudi mana?
cuba anda fikir kwn2 yg lain mana?
idea aji memang best n bernas saya sokong 100%
cuma tanya, mana pergi yg lain? sy rasa 2-2penting.fotopages n forum.percayalah.. hope idea sy di ingatkan jugak k. miss u all.
:idea:
Mazrul
16th March 2006, 07:32 AM
Aji...Kalau boleh mintak AJK keluarkan takwim tahunan aktiviti kelab. maksudnye...dlm setahun tu, kita dha boleh plan beberapa outing dan kelas photography. dengan ini ahli sudah bersedia utk rezeb cuti.
Bagi mega gathering pula, kalau buat stail family day ianya akan mendapat perhatian ahli. Jadi mereka boleh masukan dlm kalender cuti-cuti malaysia mereka.
Satu lagi aji...mcm dboy kata, kita kena kemas kini ahli kita. Mana yg ade zero post, mungkin hantar email peringatan atau nama dideletekan dari database.
Sorry banyak sangat request!
intanmaria
16th March 2006, 07:45 AM

good idea bro mazrull...
idea takwim and mega gathering tuh....
and saya pun setuju gak dengan idea dboy about updated fotopages.malaysia..
tak semua yang aktif dalam FP ni tahu kewujudan forum ni...like Phalinn, KNizam (just certain nama)..and surprise ada yang sifu like gap and antu yang tahu this community dah lambat...walaupun entry FP dah lebih 100 entry..
maybe pihak pengurusan boleh membincangkan apa pelan tindakan yang perlu dijalankan.
yang baik semua datang dari Allah, yang buruk dari saya jua
-------------------------------------
http://intanmaria.fotopages.com
AyAres151
16th March 2006, 09:15 AM
kawan2 yang kita suka semua... bila submit komen kat fotopages orang... selit2 la sekali link ini selepas komen anda..biarlah walaupun mreka dah join or blom... http://www.fotopages.com.my
aji
18th March 2006, 11:12 PM
thanks dboy, mazrul, intan
updating website sama ada kat malaysia.fotopages.com
dan official domain, fotopages.com.my
ni memang sesuatu yg serius
perlu ada team yang bertanggungjawab
untuk update kat http://malaysia.fotopages.com
at least ada banner utk semua aktiviti tu
banner tu pulak semua link kat official domain
takwim tu insyaAllah idea yang baik jugak
macam planner kan
kita akan buat planner start daripada bulan april 2006
azryshah
18th March 2006, 11:17 PM
saya dah mula guna banner FMDC setiap kali saya buat entry baru dalam fotopages saya.. rasanya tak salahkan, takut ader copyright plak nanti.. naya teman kena masuk lokap :)
_____________
Life Thru a Lens..
http://azryshah.fotopages.com
http://azryshah1957.fotopages.com
buntalshoot
19th March 2006, 08:51 PM
CADANGAN DARI LENS BURUK
Idea yang bernas dari Lens Buruk
tapi saya cuba tambah...
Kita adakan Buku Tahunan FMDC bermula 2007
Buku ini kita buat gempak sekali ala2 Artbook Quality (Kulit Tebal) serta berjilid.
Dalam buku ini.. kita cuba masukkan :-
01. Koleksi Foto dari Ahli FMDC
02. Tips-tips dari Photographer terkenal
03. Artikel2 berkaitan dengan Fotografi dan Post Processing
04. Direktori Jurugambar Perkahwinan & Komersil (Ikut Negeri)
05. Direktori Kedai Gambar dan Supplier Photography
06. Takwim tahunan utk satu tahun (Event & Aktiviti)
07. Promosi barangan cenderamata FMDC
08. Perihal FMDC
09. Iklan
01. Koleksi Foto dari Ahli FMDC
Ahli2 boleh memberikan sumbangan foto terbaik mereka... Foto2 ini
syaratnya sama dengan pameran yang bakal dijalankan di Penang dan Putrajaya.
Dengan secara tidak langsung... kita dapat memberi peluang
kepada ahli kita dan pastinya ahli2 pasti berbangga
dengan hasil kerja mereka apabila diadaptasi dalam bentuk bahan bercetak.
02. Tips-tips dari Photographer terkenal
Kita ada Zainal Abd. Halim, Bazuki, Kamaruzaman Russali,, Ted Adnan, Saiful Nang dan amatur2 berpengalaman
seperti Azmanshah, Syednassir, Rawkers & Bubba (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka ini sudah tentu
mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam fotografi. Tips2 mereka pastinya berguna untuk dikongsi bersama.
03. Artikel2 berkaitan dengan Fotografi dan Post Processing
Artikel2 ini berbentuk teknik2 fotografi dan teknik foto editor. Benda2
ini sudah banyak diperbincangkan dalam forum kita. Tidak salah
kalau kita kumpul (compile) dan olah semula dalam bentuk bahan
bercetak. Sekurang-kurangnya apa yang telah diperbincangkan dalam forum
tidak akan lenyap begitu sahaja dan akan menjadi sumber rujukan yg berguna.
04. Direktori Jurugambar Perkahwinan & Komersil
Ini adalah peluang untuk sesiapa yang berminat untuk mengiklankan perkhidmatan
jurugambar perkahwinan. Direktori ini bakal menjadi rujukan kepada mereka yang
terlibat dalam perkhidmatan perkahwinan dan juga bakal2 pengantin yang inginkan
perkhidmatan mereka. Ini adalah tarikan dan secara tidak langsung memberikan publisiti
utk FMDC.
05. Direktori Kedai Gambar dan Supplier Photography
Bagi memudahkan pembaca untuk mendapatkan info dan panduan membeli belah
barangan fotografi. Kita cuba dapatkan pengiklan yang berminat
untuk menyenaraikan perkhidmatan mereka.
06. Takwim tahunan utk satu tahun (Event & Aktiviti)
Kita adakan planning satu tahun atau aktiviti2 yang bakal dijalankan oleh FMDC.
Kita senaraikan event2 besar atau kecil dan ini dapat memudahkan kita merancang
untuk aktiviti seterusnya. (Cth: Pesta Layang2, F1 dan Mega Gathering FMDC dll)
Secara tidak langsung, pembaca akan mendapat input tentang aktiviti2 yg bakal dijalankan.
07. Promosi barangan cenderamata FMDC
Promosikan barangan kita seperti T-shirt dan apa jua barangan berkaitan yg boleh
mempromosikan tentang FMDC.
08. Perihal FMDC
Ceritakan sejarah dan aktiviti yang telah dijalankan FMDC seperti kelas2 dan seminar. Ceritakan juga kelebihan2 sebagai ahli...
Secara tidak langsung perkara ini dapat menarik minat pembaca untuk menyertai FMDC.
09. Iklan
Sumber kos penerbitan buku ini akan datang dalam bentuk pengiklanan. Pengiklanan ini
termasuklah direktori jurugambar, direktori kedai gambar dsb. Syarikat2 besar yg
mengkhusus dalam bidang fotografi seperti Nikon & Canon mungkin memerlukan
slot advertorial dimana mereka akan menceritakan kelebihan produk masing2.
Siapa yang perlu terlibat?
Kita mempunyai pelbagai lapisan bijak pandai baik dalam bidang
fotografi mahupun rekabentuk. Siapa sahaja dalam FMDC boleh
memberikan sumbangan dan pandangan. Kita tubuhkan satu team
editorial yang terdiri dari kedua2 bidang fotografi dan rekabentuk
khusus untuk penerbitan ini. Saya percaya, golongan2 ini mampu
untuk bekerjasama dan menghasilkan sesuatu yang terbaik!!!
Kesimpulan
Sebagai sebuah komuniti maya yang sedang berkembang. Saya yakin dengan
penerbitan buku ini dapat memberikan sumbangan yang berguna malahan dapat
menarik ramai pembaca untuk turut serta dalam aktiviti FMDC. Ini juga dapat
memberikan timbal balik keuntungan antara Pengiklan dengan FMDC. Secara
tidak langsung publisiti FMDC akan mendapat tempat di dalam industri Fotografi
negara dimana FMDC akan mendapat keuntungan dari segi penajaan aktiviti2
yang bakal FMDC anjurkan.
Sekian dahulu proposal saya ini.... :D
Mungkin ada pandangan yang berguna dari kawan2 lain....
aji
20th March 2006, 12:17 AM
terima kasih lens, buntal
bila open meeting macam ni
macam˛ idea terlintas
aji pun tak pernah terpikir nak buat
menarik sangat ni
team editorial
AyAres151
20th March 2006, 12:21 AM
fuh....mmg lengkap...maveles sunggoh penerangan ini.... harap ia menjadi realiti...
Mazrul
20th March 2006, 12:24 AM
Memang cadangan buntal kat atas tu dah kira perfect.
Kalau nak boleh buat pertandingan utk cover depan buku tu.
Jual pada semua ahli dan keuntungan boleh digunakan utk dana kelab.
Kalau perlu letak iklan sehelai dua dari kedai pembekal alatan photography pun elok juga. So senang nak carik nombor bila nak tanya harga barang!
cadangan aje...;)
azrilhafiz
20th March 2006, 01:03 AM
idea best sbb ala ala mag sekolah la...
bleh jd bahan rujukan utk yg masih mahu mencari ilmu lagi lagi lagi...
best
intanmaria
20th March 2006, 08:46 AM
CADANGAN DARI LENS BURUK
Idea yang bernas dari Lens Buruk
tapi saya cuba tambah...
Kita adakan Buku Tahunan FMDC bermula 2007
Buku ini kita buat gempak sekali ala2 Artbook Quality (Kulit Tebal) serta berjilid.
Dalam buku ini.. kita cuba masukkan :-
01. Koleksi Foto dari Ahli FMDC
02. Tips-tips dari Photographer terkenal
03. Artikel2 berkaitan dengan Fotografi dan Post Processing
04. Direktori Jurugambar Perkahwinan & Komersil (Ikut Negeri)
05. Direktori Kedai Gambar dan Supplier Photography
06. Takwim tahunan utk satu tahun (Event & Aktiviti)
07. Promosi barangan cenderamata FMDC
08. Perihal FMDC
09. Iklan
01. Koleksi Foto dari Ahli FMDC
Ahli2 boleh memberikan sumbangan foto terbaik mereka... Foto2 ini
syaratnya sama dengan pameran yang bakal dijalankan di Penang dan Putrajaya.
Dengan secara tidak langsung... kita dapat memberi peluang
kepada ahli kita dan pastinya ahli2 pasti berbangga
dengan hasil kerja mereka apabila diadaptasi dalam bentuk bahan bercetak.
02. Tips-tips dari Photographer terkenal
Kita ada Zainal Abd. Halim, Bazuki, Kamaruzaman Russali,, Ted Adnan, Saiful Nang dan amatur2 berpengalaman
seperti Azmanshah, Syednassir, Rawkers & Bubba (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka ini sudah tentu
mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam fotografi. Tips2 mereka pastinya berguna untuk dikongsi bersama.
03. Artikel2 berkaitan dengan Fotografi dan Post Processing
Artikel2 ini berbentuk teknik2 fotografi dan teknik foto editor. Benda2
ini sudah banyak diperbincangkan dalam forum kita. Tidak salah
kalau kita kumpul (compile) dan olah semula dalam bentuk bahan
bercetak. Sekurang-kurangnya apa yang telah diperbincangkan dalam forum
tidak akan lenyap begitu sahaja dan akan menjadi sumber rujukan yg berguna.
04. Direktori Jurugambar Perkahwinan & Komersil
Ini adalah peluang untuk sesiapa yang berminat untuk mengiklankan perkhidmatan
jurugambar perkahwinan. Direktori ini bakal menjadi rujukan kepada mereka yang
terlibat dalam perkhidmatan perkahwinan dan juga bakal2 pengantin yang inginkan
perkhidmatan mereka. Ini adalah tarikan dan secara tidak langsung memberikan publisiti
utk FMDC.
05. Direktori Kedai Gambar dan Supplier Photography
Bagi memudahkan pembaca untuk mendapatkan info dan panduan membeli belah
barangan fotografi. Kita cuba dapatkan pengiklan yang berminat
untuk menyenaraikan perkhidmatan mereka.
06. Takwim tahunan utk satu tahun (Event & Aktiviti)
Kita adakan planning satu tahun atau aktiviti2 yang bakal dijalankan oleh FMDC.
Kita senaraikan event2 besar atau kecil dan ini dapat memudahkan kita merancang
untuk aktiviti seterusnya. (Cth: Pesta Layang2, F1 dan Mega Gathering FMDC dll)
Secara tidak langsung, pembaca akan mendapat input tentang aktiviti2 yg bakal dijalankan.
07. Promosi barangan cenderamata FMDC
Promosikan barangan kita seperti T-shirt dan apa jua barangan berkaitan yg boleh
mempromosikan tentang FMDC.
08. Perihal FMDC
Ceritakan sejarah dan aktiviti yang telah dijalankan FMDC seperti kelas2 dan seminar. Ceritakan juga kelebihan2 sebagai ahli...
Secara tidak langsung perkara ini dapat menarik minat pembaca untuk menyertai FMDC.
09. Iklan
Sumber kos penerbitan buku ini akan datang dalam bentuk pengiklanan. Pengiklanan ini
termasuklah direktori jurugambar, direktori kedai gambar dsb. Syarikat2 besar yg
mengkhusus dalam bidang fotografi seperti Nikon & Canon mungkin memerlukan
slot advertorial dimana mereka akan menceritakan kelebihan produk masing2.
Siapa yang perlu terlibat?
Kita mempunyai pelbagai lapisan bijak pandai baik dalam bidang
fotografi mahupun rekabentuk. Siapa sahaja dalam FMDC boleh
memberikan sumbangan dan pandangan. Kita tubuhkan satu team
editorial yang terdiri dari kedua2 bidang fotografi dan rekabentuk
khusus untuk penerbitan ini. Saya percaya, golongan2 ini mampu
untuk bekerjasama dan menghasilkan sesuatu yang terbaik!!!
Kesimpulan
Sebagai sebuah komuniti maya yang sedang berkembang. Saya yakin dengan
penerbitan buku ini dapat memberikan sumbangan yang berguna malahan dapat
menarik ramai pembaca untuk turut serta dalam aktiviti FMDC. Ini juga dapat
memberikan timbal balik keuntungan antara Pengiklan dengan FMDC. Secara
tidak langsung publisiti FMDC akan mendapat tempat di dalam industri Fotografi
negara dimana FMDC akan mendapat keuntungan dari segi penajaan aktiviti2
yang bakal FMDC anjurkan.
Sekian dahulu proposal saya ini.... :D
Mungkin ada pandangan yang berguna dari kawan2 lain....
mmg best!!!!
"aiman tak kisah!"
___________________________
http://intanmaria.fotopages.com
heroMak
20th March 2006, 09:45 AM
kalu tak sempat nak kuarkan yg grand, kuarkan takwin mini pun bleh dulu... starter org katakan...
aji
23rd March 2006, 11:58 AM
siapa nak jadik model utk souvenir˛ fmdc spt baju, topi dsb?
kita amek gambar pastu letak dalam ni
atau masukkan dalam majalah tu
bukan jual model eeh
ttthehe
korang kalau ada sepupu ke sesapa yg fotogenik tu
boleh la rekemen
atau tanak model?
macam astro jual barang˛ dalam channel gudie diorang
letak gambar je
dah discuss dgn lens pasal promotion
sales kena ada jugak utk kita terus berada di sini
terima kasih
zailan
28th March 2006, 05:21 PM
Bang Aji, meeting 1 April kat KL Sentral start pkl berapa? kat sebelah mana?
Rudy?
28th March 2006, 06:06 PM
siapa nak jadik model utk souvenir˛ fmdc spt baju, topi dsb?
kita amek gambar pastu letak dalam ni
atau masukkan dalam majalah tu
bukan jual model eeh
ttthehe
korang kalau ada sepupu ke sesapa yg fotogenik tu
boleh la rekemen
atau tanak model?
macam astro jual barang˛ dalam channel gudie diorang
letak gambar je
dah discuss dgn lens pasal promotion
sales kena ada jugak utk kita terus berada di sini
terima kasih
rudy boleh.. :wink:
tapi muka tak fotogenik cam ner?
cgmulia
28th March 2006, 08:26 PM
dukacitanya di maklumkan bahawa ambe dok leh gi..
ada taklimat exam lak...
kacau betul
ND
30th March 2006, 09:09 AM
Di sini ada cadangan drpd Sagafiore...hopefully dapat diketengahkan semasa meeting nanti...
Sagafiore telah mencadangkan supaya kita adakan satu TT khas setiap bulan di tempat yg sesuai utk kita berkumpul sambil memberi kritikan dan pandangan terhadap gambar2 mereka yg memerlukan pandangan daripada professionals serta geng2 FMDC. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk kita menimba ilmu serta mencari kesilapan yg kita lakukan terhadap gambar yg telah kita ambil. Aktiviti ini memang sudah dibuat oleh komuniti fotografer yg lain.
Di samping itu, Sagafiore juga memberitahu bahawa Dato' Seri Rais Yatim amat meminati fotografi. Jadi, mungkin kita boleh mengambil kesempatan ini dgn mengadakan event seperti Pameran Galeri FMDC di mana2 tempat yg sesuai dan kita boleh panggil Rais Yatim utk merasmikannya. Justeru itu, kita dapat mengetengahkan FMDC ini di mata orang ramai supaya menjadi lebih besar dan lebih popular.
So, saya harap sagafiore akan dapat menerangkan kepada anda semua dgn lebih lanjut.
antujahat666
30th March 2006, 09:14 AM
aji : model? lagi mau tanya. weet, lily n antu kan ader.bukan takat fotogenik.fotogedik pon boley..wkakakakaka...
cstproduction
31st March 2006, 12:37 PM
emm.. terasa macam nak join jugak la 1 april ni..boleh ker? tapi tak jadi ahli lagi..
kasuke
31st March 2006, 01:30 PM
ya btul ant!
aji nie.. lagi nak tanye model..
weh ant, aku pun leh jadi model ma...
;)
zainzubir
31st March 2006, 02:54 PM
kalu tak sempat nak kuarkan yg grand, kuarkan takwin mini pun bleh dulu... starter org katakan...
saya setuju sebab saya conservative skit..bermula dengan yg kecil dulu spt Newsletter mungkin...on photo, quality mesti ada, tidak seperti leaflet pasaraya..dan Newsletter dengan 24 pages (warna) mungkin cost printing jer dah 4-5 ribu..(correct me if I'm wrong) :cry:
azryshah
1st April 2006, 08:31 AM
Hari nie dah masuk 1 April 2006.. dan kalau tak silap hari nie akan diadakan 1st AJK Meeting, saya ucapkan selamat bersidang dan war2kan kepada ahli2 lain lepas nie mcm ucapan Pak Lah masa pembentangan RMK9 semalam (tgh bayangkan aji dok berucap macam Pak Lah nanti :) )... Ameen
..
kudean
1st April 2006, 09:49 AM
bukak channel 8 .. ada live .. kekekeke
rgds
aji
1st April 2006, 10:08 AM
1st Meeting ni
kita buat di chicken rice shop je
1 april 2006 8pm KL sentral
semua yang dijemput akan dibagitau
melalui telefon selular anda
ttthehe
terima kasih
azryshah
1st April 2006, 10:28 AM
bukan hari nie 1 April ke.. uiks, aku tgh mimpi ke?
----
nalfitri
10th April 2006, 05:59 PM
so camno meeting?
AyAres151
10th April 2006, 06:33 PM
ntah...Setiausaha sibuk agaknya ngan exam...jadi takdo laporang dalang ini forum..
lepas dia tak busy..nnt akak cayang setiausaha akan bentangkan laporan nnt..
nafhatun
4th May 2006, 04:44 PM
" to steal ideas from one person is plagiarism,
to steal ideas from many is research "
a.k.a smart thinking
nafhatun
4th May 2006, 04:47 PM
" to steal ideas from one person is plagiarism,
to steal ideas from many is research "
a.k.a smart thinking
cgmulia
8th May 2006, 04:29 PM
saya edit dan lock topik ni
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.