PDA

View Full Version : Nota Pengenalan Kepada Infrared photography



dome
7th January 2008, 12:57 PM
*nota ini telah di buat sempena outing IR pertama pada 27 Januari 2007 di Putrajaya.di post kembali kat forum sebagai panduan bagi mereka yang baru keracunan IR.



Objektif

Untuk mendedahkan ahli-ahli FMDC dengan dunia photography infrared sama ada dari segi teknik ataupun cara merakamkan gambar infrared menggunakan peralatan (filter) infrared dari jenis Hoya R72. (apapun filter IR dari jenis cokin juga boleh di gunapakai)

Ini melibatkan teknologi dan teknik tertentu yang perlu di kuasi oleh photographer dalam menghasilkan gambar-gambar IR.


Pengenalan

Rakaman gambar infrared merupakan satu kaedah merakamkan gambar yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera dan filter IR yang mana filter IR tersebut dapat merakamkan radiasi cahaya IR (un-visible light) yang dihasilkan pada panjang gelombang tertentu dibaca dalam skala nanometre (nm).

Satu nanometre (nm) bersamaan dengan satu ribu juta meter. Cahaya spectrum yang muncul - cahaya yang kita nampak - bermula dari violet (400nm) kepada merah kecil (650nm), yang lebih dari 700-1200nm, ialah warna merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar..

Ini digelar "infrared radiation". Spektrum warna inilah yang akan dapat di rakam menggunakan filter IR. Ianya akan menghasilkan warna dan kesan warna luar biasa pada gambar yang dirakam.




White Balance

Salah satu faktor penting dalam menghasilkan gambar IR adalah penggunaan WHITE BALANCE (WB) yang betul. WB yang perlu digunakan ketika mengambil gambar IR adalah PRESET (Nikon) dan CUSTOM (Canon).

Penggunaan WB auto dan yang lain-lain akan menghasilkan output gambar IR yang tidak sepatutnya. Bagi membuat preset WB, Filter IR mestilah terlebih dahulu dipasang di permukaan lensa kamera.

Bagi pengguna Nikon, untuk preset white balance, klik butang WB dan pilih WB preset (ditanda dengan perkataan PRE).

Tekan butang WB sehingga perkataan PRE berkelip-kelip.

Bagi pengguna Canon, anda perlu shoot subjek dan gunakan subjek terbabit sebagai custom WB.

Dengan keadaan filter IR terpasang kita boleh preset WB.

Ada beberapa benda yang boleh di gunakan yang mana setiap preset akan menghasilkan tone warna yang berbeza.antara subjek yang boleh digunakan adalah;


1. Kertas Putih
2. Rumput Hijau
3. Langit Biru

Bagi rumput boleh “try n error” preset rumput yang terdedah dengan cahaya mahatari dan rumput yang terlindung dengan cahaya matahari.keduanya akan hasilkan sedikit perbezaan tone warna.

Boleh gunakan mode A,P,S atau M. ISO200 sudah mencukupi.kalau mode A,P,S agak-agak susah nak dapat GOOD maka perlukan gunakan mode M.

Untuk memudahkan kita dapat GOOD result, settingnya bergantung kepada keadaan cuaca semasa itu.




Tip preset WB

Pada kedudukan bagi mendapatkan preset white balance dengan betul anda boleh set iso,aparture dan shutter speed pada setting yang difikirkan sesuai dan cuba rakam/’shot’ objek seperti rumput.

Jika ada kelihatan objek tersebut maka anda boleh gunakan setting tersebut untuk preset white balance.

Jika selepas shot tiada sebarang objek kelihatan (screen gelap), sila tukar ISO ataupun shutter speed.




Tip Merakam Gambar IR

1. Rakaman di buat pada keadaan cuaca cerah,lebih hebat dengan langit biru dan awan berkepul-kepul jika hendak rakamkan gambar landscape.namun begitu bagi cuaca yang kurang cerah atau ghairah boleh juga nak rakam tapi outputnya tidakan sebagus mana.mungkin juga tone-tone warna radiasi IR dari cahaya matahari yang berkurangan di sekeliling untuk di serap masuk melalui filter ir.

2. Gunakan format RAW untuk proses workflow yang lebih bagus.Jika hendak merakamkan dengan format jpeg pun boleh juga.tiada masalah.

3. Gunakan aparture yang bersesuaian dgn keadaan/cuaca (kena try n error) di cadangkan pada skala 5.6

4. Gunakan ISO paling rendah yang boleh yang ada di kamera anda seperti 100 atau 200.Ini kerana jikakalau tinggi sangat, jadi sangat sensitif.Bahagian gambar yang kuat cahaya akan jadi kehijauan.Di cadangkan supaya tidak menggunakan ISO lebih daripada 400.

5. Bagi shutterspeed boleh mulakan pada skali 1 saat ke atas. (try n error)

6. Gunakan komposisi exposure yang bersesuaian dengan keadaan/cuaca.biasanya +1 (try n error)

7. Penggunaan filter Hoya R72 akan membuatkan metering kamera "totally blind". Maksudnya kita tak dapat nak guna metering dalam camera utk tentukan exposure nye. Jadi kena “try n error”

8. Perhatikan keadaan sekeliling sebelum merakam/shot supaya dapat menghasilkan komposisi gambar yang baik dengan kata lain mata mahu cergas dan tajam.

9. Oleh kerana merakamkan gambar ir memerlukan dedahan yang lama (bergantung kepada keadaan) maka kalau nak rakam objek bergerak agak sukar bagi mendapatkan 'sharp' .terutama perlu di ingat terutamanya daun-daun pokok yang di tiup angin dan sebagainya. Apapun boleh cuba pada aparture 2.8 dan shutter 1/15.


“Kalau angin kencang sangat, bungkus barang-barang dan balik rumah atau pergi TT. Datang lain kali dan cuba lagi.” - Dr.Malek


10. Walaupun filter ir itu gelap gelita namun tidak digalakan rakaman dibuat secara lansung ke arah matahari.

11. Wajib menggunakan TRIPOD




IR Workflow/ Post Processing

Gambar-gambar IR yang dirakam boleh dibuat olahan digital menggunakan photoshop untuk kita menghasilkan gambar IR dalam pelbagai warna menarik mengikut kehendak seseorang photographer.

Apapun ada yang suka melihat warna asal tanpa sebarang olahan dan sebaliknya.

Untuk proses olahan sila ikut langkah-langkah di bawah ini :

Buka Program PHOTOSHOP di PC anda/abah anda

1. Klik menu image.

1.1 - image - adjustment - auto level
(kalo rajin boleh ambil level je dah set sendiri tahap level dia)

1.2 - image - adjustment - channel mixer (ini di pangil swap channel) :
- mula-mula ambil untuk RED CHANNEL , setkan RED 0 dan BLUE 100
- kemudian tukar BLUE CHANNEL , setkan RED 100 dan BLUE 0
- klik OK

1.3 - boleh ubah hue/saturation kalau perlu
(image - adjustment - hue/saturation)

1.4 - untuk buat dalam bentuk “black and white”, klik “Monochrome” di channel mixer dan tak perlu swap channel.pergi ke image - adjustment – level untuk tentukan kadar kegelapan dan kecerahan gambar anda.

Selamat merakamkan gambar IR.




Di sediakan oleh,

Unit IR FMDC
http://www.fotomedia.com.my



Hakcipta Terpelihara.
Fotomedia Malaysia Digital Community © 2007-2009

bigbrother
7th January 2008, 02:03 PM
sape yg nak berjinak2 try IR.. pelagi.. hafalkan tips2 ni.. :) yg pasti.. di copot2 ya filters nyaa.. ya uda uda dehh..

sentinel103
15th January 2008, 09:43 AM
Brape harga filter IR ni ..... aku nak wat panduan harga ..... idak karang kena kelentong dengan kedai tu je .....

msharq
15th January 2008, 09:46 AM
cokin p007 = 80 - 100

hoya r72 = 100 - 300 (ikut saiz)

sentinel103
15th January 2008, 09:52 AM
TQ ..... ptg karang nk g tanya2 je dulu .... bleh pakai ke kat D40x aku tu ....

trexclanz
15th January 2008, 09:56 AM
cokin p007 = 80 - 100

hoya r72 = 100 - 300 (ikut saiz)

shakir.. aku nak tanye jer...
filter tuh.. boleh guna kat mana2 kamera kan?
ikut saiz aje kan..

sorry tanya soalan yang senang utk ko jawab...
hehhe

msharq
15th January 2008, 10:55 AM
baik test dlu..... kang klu beli...tak bulih guna naya je.... bagi selain pengguna niikon sahaja..thehee

trexclanz
15th January 2008, 11:07 AM
erm..........
ok..ok

nizamzailan
15th January 2008, 12:22 PM
Salam, apa kah perbezaan di antara kamera yang di oprek dengan kamera yang hanya menggunakan filter.

Terima kasih

msharq
15th January 2008, 12:26 PM
Salam, apa kah perbezaan di antara kamera yang di oprek dengan kamera yang hanya menggunakan filter.

Terima kasih

jawpan boleh dicari dibahagian Infrared

nizamzailan
15th January 2008, 12:31 PM
Salam, apa kah perbezaan di antara kamera yang di oprek dengan kamera yang hanya menggunakan filter.

Terima kasih

jawpan boleh dicari dibahagian Infrared

Terima kasih di atas panduan yang diberikan.

angahbelantara
23rd May 2008, 12:05 PM
Terima Kasih...sungguh berguna info yg diberikan kepada fotografer2 yg baru nak berjinak2 dgn IR ni...mcm sya...
terima kasih yg teramat2 sgt...

dome
23rd May 2008, 12:13 PM
insyaallah tahun ini kita akan buat lagi IR outing for beginner ,anda boleh belajar pada kos serendah RM 0.00

" now everyone can learn ! "


BE SMART, CHOOSE FMDC

azliismail
13th August 2008, 02:49 PM
errr....mintak maap amir sahab (presiden) nak tanya sikit...pasai apa bila aku shoot gbr aku jadi merah jer tak mcm amir sab punyer gbr? camne nak buat image tu supaya jadi cam gambar kat atas tuh yg sebelum diedit daun jadi putih dsb?

eh aku nims dah tersilap post kat topik lain nih....bantai jer ler....sesaper buleh tunjuk ajar

petir
18th September 2008, 02:48 AM
terima kaseh atas info IR abe dome..
baru je terima filter hoya IR tengahari tadi.. nasib baik sampai tengahari dapat aku test IR..hehe tapi diluar jangkaan saya..masa saya test ingatkan terang..rupanya gelap giler.(tula test tanpa ilmu..thehe)
sekarang dapat cara2 camner nak shot IR.. terima kasih.
esok nak test..tapi tengahari sodap kalau tido masa bulan posa ni..hehehe
nak tanya sikit la..aku tenguk pic2 IR kat sini,selamber jer tak pakai tripod...shutter speed berapa tu? kalau tinggi tak gelap ker?

FaizaLOrcA
18th September 2008, 10:15 AM
baik test dlu..... kang klu beli...tak bulih guna naya je.... bagi selain pengguna niikon sahaja..thehee

lerrr baru ku jumpa thread ni .. kalau idak malam tadi dah aku IR kan model tu Shakir .... ishhh ishhh ishhh. lain kali yea .. kita "IR" kan model model tu ek.

capix
18th September 2008, 11:22 AM
tips berguna... nnt nak terai laah..

dome
17th October 2008, 06:04 PM
bagi mereka yang berminat. boleh download ezine infrared oleh mas dibyo :

http://myinfrared.com/iR/iR-emagazine-01.0.2008.pdf

dome
22nd January 2009, 01:39 PM
Koleksi Majalah Elektronik Myinfrared Indonesia (mas dibyo)


http://4.bp.blogspot.com/_TAsgjy25S2c/SOhqGx46GhI/AAAAAAAAApw/ZDt1m8g0m20/s320/cover+iR.jpg

http://myinfrared.com/iR/iR-emagazine-01.0.2008.pdf


http://1.bp.blogspot.com/_TAsgjy25S2c/SRa0j6FF-jI/AAAAAAAAA1o/F3farPNEf5M/s320/iR2.jpg

http://www.myinfrared.com/iR/iR-emagazine-02.0.2008.pdf


http://3.bp.blogspot.com/_TAsgjy25S2c/SU_kvLVhwRI/AAAAAAAAA60/7FzF_Nb1X9c/s320/iR-3rd.jpg

http://www.myinfrared.com/iR/iR-emagazine-03.0.2008.pdf



http://4.bp.blogspot.com/_TAsgjy25S2c/SW6j5jel4nI/AAAAAAAABAk/jGNqM6KF_Ro/s320/ir4.jpg

http://www.myinfrared.com/iR/iR-emagazine-04.0.2008.pdf

jai8778
22nd January 2009, 02:30 PM
Dome, ada tak cadangan FMCD nak buat outing IR lagi dalam masa terdekat ni...minat nak belajar ni.

dome
22nd January 2009, 04:09 PM
terdekat ni takde lagi. tapi dalam tahun ni insyaallah kita akan buat satu outing IR rasmi ,

pistOL7
30th January 2009, 10:19 AM
salam tuan...
nak tanya kalo pakai filter wratten 87 bole ke?
camne gamba dia? ok ke?

http://www.x-raycameras.com/kodak_wratten_87_range.htm

dome
30th January 2009, 11:07 AM
boleh juga tapi filter ni dah mcm spesis terancam sikit
tak macam hoya r72 dan cookin
kalau utk buget boleh try filter cokin
gamba lebih kurang saja,cuma time shot kena pastikan filter betul2 rapat di lens

raden
18th August 2009, 12:06 AM
Saya ada kamera D40 yg tak berapa digunakan.

Apakah anggaran kos dan alamat pakar convert? (anggap bayar dan tahu-tahu dah siap)
Di mana nak dapat filter di sini? Bukan R72 tapi yg kena letak depan sensor.


Untuk buat sendiri, saya search dan jumpa lelaman ni

http://photocamel.com/forum/nikon-forum/58248-nikon-d40-infrared-conversion-tutorial.html

Nampak menggerunkan walaupun saya dah biasa guna soldering iron. Tak yakin sensor boleh bersih macam asal selepas keluar dari body.

dome
18th August 2009, 12:16 AM
d40 tu buleh buat cuma masalah dgn preset white balance,
d40 punya preset wb tak dpt di baca dengan betul walaupun mendapt result good semasa preset
jadi result gambar akan totally jadi merah
gambar perlu di proses dlm nikon capture nx utk tweak balik wb

baik bg kepada yg pakar sja buat,
mmg byk web yg ada tunjuk cara nak buat tp ada masalah2 lain yg akan timbul nanti.

emran
18th August 2009, 12:30 AM
Apakah anggaran kos dan alamat pakar convert? (anggap bayar dan tahu-tahu dah siap)


Malaysia
Melaka - Fireworm / Y2K ( cariklah kontek die kat photomalaysia yerk )
Kuantan - dRali

Indonesia
Bandung - dibyo .. (myinfrared.net) .. 1st oprek saya kat sinie..
Jakarta - harlim
Surabaya - RSP

harga? anda rujuklah sendiri kepada individu tersebut yerk.. \\m/

buttet
18th August 2009, 01:09 AM
nak tgk la sample dari kamera oprek IR doc ali..kira hasil lum proses lag aaaa kekekekee

raden
19th August 2009, 10:40 PM
Malaysia
Melaka - Fireworm / Y2K ( cariklah kontek die kat photomalaysia yerk )
Kuantan - dRali

Indonesia
Bandung - dibyo .. (myinfrared.net) .. 1st oprek saya kat sinie..
Jakarta - harlim
Surabaya - RSP

harga? anda rujuklah sendiri kepada individu tersebut yerk.. \\m/

Terima kasih atas info diberi.
Dah jumpa FireWorms.

http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?t=69712

RM600 mak aiii. Harga D40 pun RM800. Dah la utk guna D40 kerja kena lebih sikit. Rugi kalau oprek.
Mungkin try cari used R72 52mm dulu letak depan kit lens. Then cari RM90.

kelisa
28th October 2009, 05:19 PM
Salah satu faktor penting dalam menghasilkan gambar IR adalah penggunaan WHITE BALANCE (WB) yang betul. WB yang perlu digunakan ketika mengambil gambar IR adalah PRESET (Nikon) dan CUSTOM (Canon).

Penggunaan WB auto dan yang lain-lain akan menghasilkan output gambar IR yang tidak sepatutnya. Bagi membuat preset WB, Filter IR mestilah terlebih dahulu dipasang di permukaan lensa kamera.

Bagi pengguna Nikon, untuk preset white balance, klik butang WB dan pilih WB preset (ditanda dengan perkataan PRE).

Tekan butang WB sehingga perkataan PRE berkelip-kelip.

Bagi pengguna Canon, anda perlu shoot subjek dan gunakan subjek terbabit sebagai custom WB.

nak tanya ni, (pengguna Canon) time nak shoot subjek tu guna WB apa terlebih dahulu? Auto, Daylight, dll... atau terus set Custome WB dan lepas itu save?

dome
28th October 2009, 05:32 PM
custom wb then shot objek/warna berkaitan yg telah di nyatakan

kelisa
28th October 2009, 05:35 PM
mode guna WB saja terus walaupon teda ada gamba untuk set WB?

dome
28th October 2009, 06:18 PM
tak fhm aku soalan ko tu

dR ali
28th October 2009, 08:43 PM
mode guna WB saja terus walaupon teda ada gamba untuk set WB?
kalau tak silap... utk pengguna Canon...
shot dulu ke langit atau apa-apa subjek macam dalam nota tu...
lepas tu pergi ke custom WB berdasarkan gambar yg kita shot tu.. dan save kan custom WB tu... :-)

dome
28th October 2009, 09:49 PM
kalau yg di maksudkan dgn soalan tu wb apa yg nak di pakai semasa shot , auto wb pun boleh
jgn lupa pasang filter iR dulu baru shot,
pastikan benda yg di shot itu seperti rumput memenuhi keseluruhan frame,
kemudian baru pilih gambar itu di set sebagai custom wb

PeLaris
28th October 2009, 09:51 PM
tak fhm aku soalan ko tu
apa ditanya arR?
kompius nimS!

EFANHENG
28th October 2009, 10:08 PM
outing IR sekali kursus ok bro dome\\m/

kelisa
29th October 2009, 08:53 AM
hehehe aku pon x tau macam mana nak cakap sebenarnya... apa pon persoalan tu sudah di jawab


kalau yg di maksudkan dgn soalan tu wb apa yg nak di pakai semasa shot , auto wb pun boleh
jgn lupa pasang filter iR dulu baru shot,
pastikan benda yg di shot itu seperti rumput memenuhi keseluruhan frame,
kemudian baru pilih gambar itu di set sebagai custom wb

yang aku bold tu la jawapan aku nak hehehe... terima kasih semua...

pranadjaja
29th October 2009, 10:46 AM
sebuah topik dengan tips yang sangat bermanfaat buat pemula yang mulai "teracuni" digital IR photography...

lanjut mas Dome...:-bd

dome
29th October 2009, 11:02 AM
makasih mas..topik ini di saat aku masih mencopot-copot filter R72 di lensa,

silakan di post photo2 iR mas di sini supaya rachun nya lebih bagus , thehehehe

zilzals
29th October 2009, 11:15 AM
om dome kapan mau buat outing kayak gini lagi....mau join..:)

dome
29th October 2009, 11:35 AM
mu dah terer kan zilzals ...tehehehehe

elitism06
1st April 2010, 04:01 PM
salam2 utk filter Ir ni Brapa Harga ye??

zammie
2nd April 2010, 12:25 AM
baru nak test2 main ir..
td mlm baru angkat filter ir 77 B+W..
rm550.. hoya nye tarak da..
berbaloi ke..
ir filter ade jenis2nye ke..(bkn jenis saiz)

saya asan
2nd April 2010, 03:48 AM
zamie...rasanya klu tambah sikit je lg bajet da bleh jumpa pakar bedah body tu...hehe

klu tak silap gueyy ushar2 rega bedah dlm lingkungan 5-8rat je rasanya...

paper pun tahniah la sb dpt jugak la ko main i/r ye....gueyy nk beli cokin pn tak mampu
guey ushar kt j-one amcorp mall pj, hoya rega dlm 3rat lebih kot rasanya...

rizraz
2nd April 2010, 05:39 AM
baru nak test2 main ir..
td mlm baru angkat filter ir 77 B+W..
rm550.. hoya nye tarak da..
berbaloi ke..
ir filter ade jenis2nye ke..(bkn jenis saiz)

biasanya yang screw on hoya and b+w ada dua jenis...... cut off 720nm atau 800nm (rasanya).
720nm kat sini biasa panggil full IR
800+ biasanya black n white

Kalau oprek..... kena tengok siapa yang buat, Pak Dibyo rasanya ada lagi 6 filter yang cut offnya lebih rendah dari 720nm

Mungkin para sifu yang lain boleh menambahkan ilmu atau memperbetulkan apa yang silap dari saya

zammie
2nd April 2010, 07:49 PM
camner nak tau filter jenis cut off 720nm atau 800nm..
kat kotak ade tulis =
DUNKELROT 20-40X
DARK RED 20-40X
INFRAROUGE 20-40X
INFRA ROJO 20-40X
apekebende tu semua..
takut tersalah beli...

mintak tunjuk ajar tuan sifu semua..

SunnySakura
14th July 2010, 09:20 AM
aku pon nk tnye gk....

pe beza IR filter Cokin Z007 ng Hoya R72??...kalu gune cokin 2 efek die sm x cm Hoya R72??

dome
14th July 2010, 09:40 AM
zammie : kalau takde tulis kat kotak,kena google mesti ada info
sunny : lebih kurang jer, dedua pada skala 720nm