PDA

View Full Version : Cara Buat Banner Besar Yang Atas Canvas Tu?



yeop
7th January 2008, 02:32 PM
harap topic ni tak salah tempat

nak tumpang tanya kepada designer2 di luar sana...tak kisahlah yang pro ke..yang baru berjinak2 ke..yang kontras ke...huhu..camana ek..kalau kita nak design banner besa2 yang dieorang print atas canvas tu...maksud saya..saiz file yang kite nak guna dlm photoshop..bera pixel agak2..?pastu panjang ngan lebar die berapa ek..kan biasa banner ni nampak panjang je kan...sebelum ni..ada design pamphlet..senang la kan nak bajet size..A4 jek..skang ni..ada task suh design banner plak...huhuhu.....harap2...ramailah yang dapat membantu ek....ucapan terima kasih didahulukan...sekian.

sydeen04
7th January 2008, 03:02 PM
nak design banner tu perlukan pc yg power sb banner main ratusan atau ribuan inci. Kalau RAM takat 1gg jer mmg x jalan. pixelnya pulak takkan nak letak 10 jerk. paling kurang pun 100 kalau x bila print jd blur. so bab ni biasa diorang buat pakai mac (apple komputer) sb ia mmg dibuat utk grafik.

artpixel
7th January 2008, 03:12 PM
Banner mcm2 size ada...tapi yg standard org buat is 4'x20'(4kaki kali 20kaki).
Jika buat dalam photoshop...kiraan kaki harus ditukar dalam inci dahulu.
Bila dah dapat let say 48 inci x 240 inci....kena reduce size dengan cara scale...maksudnya divide 5 ker..10 ker.
pastu dalam box resolution...letaklah 300 dpi....insyaallah file yg anda nak wat tu tak ler besor gilor...hehhee..
selamat mencuba....

inilah cara yg selalu saya buat jika nak print besor2....

buntalshoot
7th January 2008, 03:20 PM
300 dpi dah cukup...

tp kena wat ukuran dalam skala laa...
klu banner 10x4 kaki...

sbg contoh:
D70s, 6MP, biasanya document size dia 10 in x 6.5 in, resolution 300dpi

jadi ang wat la artwork dalam size 10in x 4in (setelah dinisbah dan ditukar dlm unit inc)

cobalah... coba....

ni yg selalu2 aku wat laa...

pastu kat layout program (illust, corel dsb.)... biasanya aku resize balik full actual size atau half actual size..... pastu save..


yg lelain tu... printer large format yang akan uruskan.... jangan takut... ianya mujarab....

p/s: kalau jadi cakap la aku yang ajar... klu tak jadi ang cakap jer msharq yang suruh.... wahahahahha

altanaz
7th January 2008, 03:22 PM
ya betul cakap sharul tu... takyah buat bsor sngat... tapi gambo tuk makesure beso... sekurang kurangnya dah divide 5 kali tu... size gambo 100% dan 300dpi
insyaallah ok... sebab biasanya print banner ni... printer dia 1200dpi...

yeop
7th January 2008, 03:30 PM
wohooo...banyak ni info..mekasih2.atas sokongan sahabat semua...lepas ni akan di cuba...hmmm...agak2 ngan laptop berkuasa 1G RAM ni larat ke nak wat keje camni...?

altanaz
7th January 2008, 03:33 PM
bole yeop... aku pernah buat banner guna 512mb ram jer...

buntalshoot
7th January 2008, 03:34 PM
larat yeop....

lain la klu ko wat banner 24 pages... mau konggg laptop tu

artpixel
7th January 2008, 03:42 PM
tak meletop bun...tapi hati yg meletop sebab loading lembab....
pastu mula laa nak hapgrade RAM....hhehhe
bun...jom cari RAM kat lowyat...

yeop
7th January 2008, 03:54 PM
hahaha...hati ni lama dah meletop dah...buat pamphlet hari tu lagi...argh..ni yang nak kene beli pc system ni...ok..thanx to you all guys..pastu hmmm..takpe..pasni tanya pulok...

hairulabubakar
7th January 2008, 04:13 PM
banner yg terbaik gune reso tinggi akan dpt kualiti yang baik ....tp kalo gune reso 72-100 dpi pon ok (tu pon bergantung pade kualiti imej yang digunakan)....nanti mase kat printing(production) ko setting high quality...tu pon bergantung pade jenis mesin printing.....


contoh...saiz banner yang biasa digunakan
16' x 4'
20' x 4' atau 30' x 5'(roadside banner)
2' x 6' (bunting)
20' x 20' (giant banner)

skeller
15th April 2008, 02:07 PM
yerp..aku penah je wat banner nih, tp pkai res 300...scale y mcm org lain ckp tu..pas2 nnt mase print tu, org kedai tu tau nk bt cmne bg banner tu x blur..

OnTheSpot
16th April 2008, 11:28 PM
dpi at least 300 tp kalau nak gabungkan photoshop ngan illustrator agak x best sikit...sbb gambar yg di edit bile letak kat AI ... ade sikit pecah atau x sharp kalau RAM ko mampu letak 7200 dpi..(highest resolution|)...pastikan memory untuk c pun besar...main peranan as scratch disk ko tu...tp kalau pakai InDesign tu mmg dah bley 300dpi

malie400d
21st April 2008, 09:28 PM
aku kerja di company printing as designer.mula2 kau set saiz yang kau nak.biasanya aku set inchi.katakan bunting biasa 2'x6' ('simbol kaki)maknanya kau leh set 24" x 72"("simbol inchi) atau kau taknak pc kau berat sangat kau bahagi 2.contoh 24"(12") x 72"(36").setkan resolution 300 dpi mcm bro onthespot cakap.selesai kerja editing dan berpuas hati pastikan kau save file dlm format tiff.

rosemann66
30th April 2008, 11:26 AM
aku kerja di company printing as designer.mula2 kau set saiz yang kau nak.biasanya aku set inchi.katakan bunting biasa 2'x6' ('simbol kaki)maknanya kau leh set 24" x 72"("simbol inchi) atau kau taknak pc kau berat sangat kau bahagi 2.contoh 24"(12") x 72"(36").setkan resolution 300 dpi mcm bro onthespot cakap.selesai kerja editing dan berpuas hati pastikan kau save file dlm format tiff.

Kalau buat banner atau bunting aku tak guna reso sampai 300. Reso 300 hanya bila nak buat offset printing - buku ke pamplet ke. Kalau bunting atau banner 4 x 10 kaki biasanya aku set reso antara 150-200dpi je. Dah sharp pun. yup format tiff.

shahmar
21st May 2008, 10:45 AM
Apa tujuan untuk save dlm format tiff?

dstudio
29th May 2008, 11:49 AM
selalu biler wat banner aku just guna 100dpi jer...coz banner sll dierorg print digital jer.. x kesah la saiz aper pun...pastu save format JPEG..colour mode RGB ringan ckit fail tu then colour lebih best dar ko guna mode CMYK..

buntalshoot
30th May 2008, 04:32 PM
Apa tujuan untuk save dlm format tiff?

Pada satu waktu dahulu, "Tagged Image File Format"atau nama singkatannye tiff banyak digunapakai oleh mereka yang terlibat dalam kerja2 penerbitan DTP, graphic dan sebagainya. Menyimpan data 32bits (CMYK) dan 24bits(RGB) menjadikan format fail ini antara format yang amat popular di kalangan mereka yang terlibat dalam dunia pengimejan. Masih saya ingat ketika mula berjinak dalam dunia penerbitan pada sekitar tahun 1996, utk melakukan "drum scan" dari media tradisi ke format digital pada ketika itu semuanya menggunakan format *.tiff sebagai medium digital file. Ketika itu format *.jpeg telah mula berkembang, namun kebanyakkan mesin dan perisian grafik pada masa itu tidak dibangunkan untuk menyokong fail2 jpeg utk kerja2 penerbitan komersil secara keseluruhan. JPEG yang bertindak sebagai "Pemampat File" (Compress File) hanya digunakan sebagai format imej utk dilayari di pelayar2 internet sahaja ketika itu dan bukan untuk kerja2 penerbitan.

Kemunculan dunia digital yang semakin berkembang, para saintis dan pembangun perisian semakin bersungguh2 untuk mencari formula bagaimana untuk menghasilkan format imej yang mampu menyimpan pada kadar saiz fail yang kecil dan dalam pada masa yang sama mampu menghasilkan kualiti gambar yang menakjubkan. Menyedari akan kelebihan format JPEG, maka para saintis telah menjalankan kajian dan akhirnya mereka berjaya mengaplikasi format JPEG sebagai medium penyimpanan yang digunakan dengan meluas pada era digital ini. TIFF telah dilupakan begitu sahaja kerana pada kadar saiz fail yang besar ianya tidak lagi efisien digunakan pada ketika itu. Diawal2 era kamera digital, storan memori kad hanyalah bersaiz 256MB, 512MB dan maksimum pada ketika itu hanyalah 1GB. Mengambil kira kadar saiz storan yang terhad maka pengeluar kamera terpaksa memansuhkan format ini buat seketika. Mungkin atas sebab dan tujuan2 tertentu, hanya beberapa kamera pro body sahaja yang mempunyai format fail seperti ini.

Setelah kemunculan format RAW, dunia kamera digital telah berubah dengan drastiknya. RAW memainkan peranan yang lebih besar sebagai medium format fail yang paling versatile abad ini. Kemampuannya utk berkomunikasi dengan kamera digital menjadikan ia sebagai pengganti kepada mereka yang ingin menyimpan gambar mereka dalam bentuk yang lebih berkualiti. RAW hanya memiliki 16bits data sahaja manakala TIFF pula memiliki 24bits(RGB). Berbeza dengan JPEG yang hanya memiliki 8bits data sahaja. Compress file bermakna JPEG dapat menyimpan saiz fail yang lebih kecil berbanding kedua2 imej uncompressed seperti RAW dan TIFF. Pada kualiti RAW dan TIFF yang sama, RAW mempunyai kelebihan kerana ia memiliki 16bits sahaja data dan bermakna saiz fail juga lebih rendah berbanding TIFF.

Walaupun RAW telah mengatasi TIFF terutamanya dari segi saiz simpanan, namun TIFF masih lagi tetap menjadi pilihan mereka yang terlibat dalam dunia penerbitan, pengiklanan dan sesetengah jurugambar komersil. Disini, workflow (aliran kerja) pula memainkan peranan. TIFF sama seperti JPEG tetapi ianya dalam bentuk uncompressed tetapi pada kadar kandungan kualiti yang lebih tinggi iaitu 32bits (CMYK) dan 24bits (RGB). JPEG pula hanya mengandungi 8bits sahaja. Mana yang lebih baik sekiranya seseorang jurugambar tersebut perlu deliver dalam kuantiti imej yang banyak sekaligus ke pejabat pengiklanan dalam masa yang singkat tanpa memerlukan post processing atau aplikasi RAW converter? Tentu sekali kita perlu memilih TIFF hanya dengan dua sebab, kualiti dan masa. Apa2 pun, semuanya bergantung kepada cara bekerja seseorang jurugambar tersebut dengan sesebuah organisasi. Syarikat pengiklanan terutamanya yang menghasilkan rekaan dan pemasangan giant billboard dan sebagainya masih lagi memerlukan fail format TIFF. Dengan kemunculan saiz storan yang lebih besar ketika ini, pengeluar kamera telah mula memasukkan semula option fail TIFF untuk kegunaan kamera digital model terbaru PNS dan dSLR.

Artikel: buntalshoot, 30/05/08

Nota kaki
satu warna mengandungi 8 bits per channel warna

TIFF (CMYK) uncompressed = 8 bits x 4 = 32 bits
TIFF (RGB) uncompressed = 8 bits x 3 = 24 bits
JPEG (RGB) uncompressed = 8 bits x 3 = 24 bits
JPEG (RGB) compressed = 8/12 bits