PDA

View Full Version : Photo Challenge #76 | Makanan Tradisional



favr3
8th January 2008, 12:33 AM
SYARAT DAN PERATURAN PHOTO CHALLENGE

1.0 Syarat Am
+ Terbuka kepada semua ahli FMDC yang berdaftar
+ Setiap ahli hanya boleh hantar SATU (1) gambar sahaja
+ Saiz gambar mesti bersaiz TIDAK LEBIH 640(long side) x 480 pixel..
+ Proses pertandingan akan berlangsung selama SATU minggu SAHAJA
+ Exif data TIDAK diperlukan.
+ Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta. Dilarang OT (Off Topic).
+ Hadiah Tertakluk kepada penajaan.


2.0 Tanggungjawab Juri

+ Juri adalah pemenang yang dipilih oleh pemenang sebelumnya.
+ Terdapat DUA (2) PEMENANG atau lebih yg mesti dipilih JURI.
+ Juri WAJIB memberi komen utk DUA pemenang yang dipilih
+ Juri hendaklah memberi ULASAN MEMBINA kepada setiap pemenang-pemenang utama sebagai suatu komen pembelajaran. Tiada ulasan bermakna objektif pembelajaran tidak akan tercapai antara peserta2 dan forumer yg lain.
+ Keputusan juri adalah MUKTAMAD
+ Juri hendaklah mematuhi tempoh pertandingan. Sekiranya terlewat, moderator secara otomatik akan merampas kuasa dan berhak memilih pemenang tanpa sebarang notis.
+ Juri yang gagal mematuhi peraturan yg disediakan akan dikenakan penalti iaitu tidak dibenarkan menghantar gambar pada 2 topik seterusnya.


3.0 Tanggungjawab Pemenang
+ PEMENANG PERTAMA mesti membuka topik PC yang seterusnya mengikut tema yang dipilih sendiri (bebas).
+ Satu hari diberikan masa untuk membuka topik PC seterusnya.
+ Sekiranya pemenang pertama tidak membuka topik dalam masa satu hari, PEMENANG KEDUA layak mengambil alih untuk membuka topik(satu hari juga).
+ Pemenang mestilah memilih topik baru yang berbeza dengan topik yang sebelumnya(yg telah dipertandingkan). Sila semak SINI (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?t=6319) terlebih dahulu.
+ Pemenang yang membuka topik PC seterusnya LAYAK DAN WAJIB MENJADI JURI BAGI TEMA TERSEBUT dan memilih dua pemenang lagi.


4.0 Apa yang menyebabkan gambar anda dibatalkan?
+ Kegagalan Mematuhi ukuran lebar gambar maksima (640px)
+ Menghantar gambar selepas tamat tempoh pertandingan
+ Menukar gambar yg telah di hantar
+ Off topic


Kriteria:
1. Terdiri daripada segala jenis makanan tradisional tidak kira yg berat atau ringan janji HALAL.
2. Takde edit2 tahap gaban

Tiada contoh disertakan.


Tarikh Tutup:Pukul 12.00am, 15 JANUARY 2008

AyAres151
8th January 2008, 04:21 AM
saya nak cuba submit la satu..

http://img299.imageshack.us/img299/4510/raya13kb3.jpg

zilzals
8th January 2008, 10:33 PM
http://i10.tinypic.com/6phl89c.jpg
goreng pisang emak aku.

sekali lagi memeriahkan pc nih..hehe

jeq789
9th January 2008, 09:30 PM
http://2.srv.fotopages.com/2/17046755/Makanan-Tradisi-Orang-Bugis.jpg
http://jeq789.fotopages.com/?entry=1403305

Juadah istimewa masyarakat bugis di Hari Raya..

eslobos
11th January 2008, 02:11 AM
tak tahu la tradisional ke tak. leh la. leh la.. tempat aku ni mana nak cari ketupat rendang. :?


http://img167.imageshack.us/img167/9762/kacag5nb4.jpg

heroMak
11th January 2008, 02:33 AM
tidak dinyatakan/dispesifikkan makanan tradisonal kaun/bangsa mana..

kalu makanan tradisi kaum batak sekalipun maybe buleh..

:)

tips: gambar makanan diletakkan dalam pinggan kaca/porcelain kaler putih sangat menarik. Terserlah makanan itu. Masa present makanan di hotel sewaktu ketika dulu diajar tips ini.

mypokcik
11th January 2008, 09:28 AM
...jemput makan bahulu pandan... :D


http://i126.photobucket.com/albums/p104/mypokcik/JanFran_144fotopages.jpg

Cikgu Tolahah
11th January 2008, 09:42 AM
http://i224.photobucket.com/albums/dd75/tolahah/Bekang.jpg

Salah satu kuih tradisional Terengganu yang hampir pupus.

aishifu
11th January 2008, 04:55 PM
Nie consider makanan traditional x?
Rendang Daging..

http://i48.photobucket.com/albums/f204/aishifu/rendang.jpg

zainzubir
13th January 2008, 07:07 PM
memang susah untuk kita cari imej kuih tradisional, apa kata kita cuba2 cari di pasar malam ... jom?? :wink:

mknace
13th January 2008, 08:00 PM
Tulah.. kan susah nak carik mender-mender camni
Sib baik aku ni orang baling
Tengok kuih tradisi kitaorang

http://i15.photobucket.com/albums/a360/mknace/DSC_9258.jpg

Cabutsssss.....

heroMak
13th January 2008, 08:09 PM
weh.. :shock: :lol: :lol:
suka2 hati je makanan tradisonal tu..
hehehe..

kita tengok apa kata tuan khemah.. :)

mknace
13th January 2008, 08:14 PM
Abis atuk nenek omputih nak makan aper dedulu
sian gak kat diaorang kan...

Neways, tu sengsajer jer tuh
Tuan khemah tak yah pandang lah
Kalau terpandang pun purak2 tak nampak jer :lol:

ps : sajer nak ilangkan tensen membe2 yang dok hangin satu badan paksa bini/mak mertua/mak tiri/nenek buatkan kuih tradisi :lol:

red
13th January 2008, 11:33 PM
kari kambing tengah panas. tradisi kaum punjabi dan mamak.

http://img176.imageshack.us/img176/5936/p1014736od7.jpg

ikelah
13th January 2008, 11:44 PM
jom buat rendang! :)

http://img502.imageshack.us/img502/9020/rendangmainjy8.jpg

bigbrother
13th January 2008, 11:53 PM
1.0 Syarat Am
+ Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta. Dilarang OT (Off Topic).

syfaris
14th January 2008, 12:23 AM
Nak try jugak laaa....

http://farm3.static.flickr.com/2267/2190034946_11e43573b5.jpg


Kat Perlis depa panggil "Kuih Kapal Terbang"..... Nama saintifik tak tau laaa...

favr3
15th January 2008, 01:39 AM
Setelah diteliti, saye dengan ini ingin mengumumkan...pemenang photo challenge kali ini....

Tempat PERTAMA : Cikgu Tolahah

http://i224.photobucket.com/albums/dd75/tolahah/Bekang.jpg
subjek kelihatan sungguh menyelerakan...sekali pandang teringin untuk merasai makanan tersebut...dof yang baik dengan bground secawan air yang menguatkan lagi subjek yang ingin disampaikan...

Tempat kedua : red

http://img176.imageshack.us/img176/5936/p1014736od7.jpg
sebab saye suke kari kambing...saya pilih makanan ini sebagai pemenang tempat kedua...

terima kasih kepade semua yang mencuba photo challenge kali ni...kite tunggu cikgu tolahah untuk up tajuk seterusnya....:)