PDA

View Full Version : CASH FLOW untuk Wedding Photographer



hasnuddin
18th January 2008, 06:42 AM
Petikan artikel:

"Untuk menjaga cash flow, jangan buat editing gambar, cetak gambar dan buat album sebelum pelanggan membayar 70% (contoh) dari keseluruhan harga pakej. Bila anda buat editing, cetak gambar dan buat album, anda dah keluarkan kos masa dan kos material untuk kerja tersebut. Tapi, macamana bila semua album dah siap, pengantin kata, “I belum ada duit la nak ambik album tu..” atau “I sibuk ni, ada kat oversea…I ambik lagi 2 bulan boleh tak?” Jadi, anda dah kira rugi sebab kos dah keluar, tapi duit lambat dapat. Pastikan bila kos keluar, anda mesti dapat balik wang secepat mungkin. Atau pastikan anda dapat wang dulu sebelum sesuatu kos keluar. Wang yang lambat dapat akan ‘mengecut’. RM 5,000 yang anda dapat 6 bulan dari sekarang dah tak sama nilai macam RM 5,000 yang anda dapat sekarang! Faham maksud saya? Sebab tu kad kredit charge interest untuk setiap wang yang kita guna. Lagi lambat bayar, lagi banyak interest kita kena! Bila kita benarkan pelanggan bayar lambat, sama macam kita bagi dia pinjaman tanpa faedah. Betapa untungnya pelanggan, betapa ruginya kita…"

Untuk membaca artikel penuh, sila ke blog fototeacher.com - http://www.fototeacher.com/blog

jejaka
18th January 2008, 08:08 AM
betul tue..

Ayie
18th January 2008, 09:08 AM
Walau pun saya tak terlibat sangat dalam wedding photography ni... tapi apa yang dipaparkan di sini banyak kebenarannya. Masalah sebegini terjadi dalam hampir semua bidang bisnes...

Tenkiu En Hasnuddin post thread ni...

zainzubir
18th January 2008, 09:42 AM
Terima kasih panduan yang bagus utk semua, aunty dah baca anda yang lain bagaimana? :roll:

zulz
18th January 2008, 09:45 AM
satu panduan yg sangat bagus....

liutrawa
18th January 2008, 09:45 AM
betul tu..
stretegi trend pembayaran masa kini perlu alami perubahan.agar MENGUNTUNGKAN semua pihak.
tq. bro atas artikel di atas.

ejatz
18th January 2008, 09:47 AM
terima kasih en. adan. panduan yg sungguh berguna.

mier
18th January 2008, 12:22 PM
thanx juga..dh baca pun..betul gak apa yg artikel ni nyer info..sbb pnh jd kat mier dulu hehehe :D

heroMak
18th January 2008, 02:37 PM
Petikan artikel:

".... ..
..
Lagi lambat bayar, lagi banyak interest kita kena! Bila kita benarkan pelanggan bayar lambat, sama macam kita bagi dia pinjaman tanpa faedah. Betapa untungnya pelanggan, betapa ruginya kita…"

Untuk membaca artikel penuh, sila ke blog fototeacher.com - http://www.fototeacher.com/blog

saya setuju tentang pengambilan deposit itu..

akan tetapi saya KURANG bersetuju jika statement yang diboldkan itu diambil bulat-bulat. Apa yang cuba dimaksudkan/disampaikan oleh en.hasnudian itu saya faham tetapi dalam Islam mmg kita tidak dibenarkan mengambil faedah atas pinjaman. Faedah = bunga = interest = riba'?

So, bagi saya, amik la deposit dengan persetujuan kedua-dua belah pihak tapi jangan consider/libatkan soal faedah/interest etc.

Sorry ye, saya mencelah.. Mekasih.

putera_pawaka
18th January 2008, 04:10 PM
bg aku plak...klau ikut rugi kalau client tak bayar bila album siap tu memang nampak rugi dari mata kasar ni..
tp jgn lupa...ader yg lebih rugi kalau kita tak siapkan album tu walau pengantin lambat bayar..
emmm..rugi dari segi masa...!!
kenapa rugi??mungkim orang tak anggap masa ni berharga cam duit tu kita nampak..
memang betul tak payah buat album dia kalau dia tak bayar ( tak kes camni tak banyak kot,mungkin ader satu dua jer..)
ok, aku terangkan kan sikit cara aku...setiap client aku ikut turn...katakan minggu ni ader 4 client A,B,C dan D
minggu depan lak client E,F,G dan H..
ikut job aku akan mulakan dari A,B,C dan seterusnya...
katakan aku bypass A coz A bayar sikit n xder duit lg..so aku buat B plak..
bila B dah siap, aku buat C plak...tetiba A dah ader duit dia nk album dia...
so aku buat A dulu..kemudian plak bypass D..
bila perkara ni berlaku,ianya telah menggangu kelancaran membuat album
kerana setiap client aku ader tetapkan masa utk menyiapkan album tersebut..
bg aku masalah amik lewat tu bukan perkara besar,kerana dlm 10 client aku mungkin sorang yg camtu
tp diorang amik gak...tp xtau ler orang lain yg kisah akan perkara ni...
lgpun aku tetapkan deposit 30% masa bayar deposit tu..dan bayar 50%lg sebelum majlis..

buttet
18th January 2008, 04:16 PM
selalunya saya akan mengambil deposit lebih sedikit daripada harga kos saya membuat album..maka tidak timbul modal tersangkut dan pelbagai ini..jika modal untuk hasilkan album itu memerlukan 2 orang photog saya akan includedkan downpayment saya harga utk 2orang photog + modal album

zainzubir
18th January 2008, 04:46 PM
baru teringat bab minta deposit ni..ada yang beri tahu hanty, "malas nak minta balance deposit jika album ke menda belum siap"..so hanty tanya lagi biasanya macammana ?? Jawapan si A tu ringkas jer.."ada yang minta balance of total amount the moment event completed"..(dia tak cakap ongputihler.hanty jer pepandai translate :oops: "..jadi aunty tanya lagi"kenapa A tak minta juga, kan best dapat duit habis buat kerja" A jawab lagi.."Kalau duit dah amik habis, malas nak buat album..takder apa yang nak dikejar2kan tak ada benda yang motivasikan A nak buat kerja..yalah duit dah dapat dulu..."..pelik tapi aunty amat respect sikap sedemikian...lagi satu si A ni sering cakap ngan hanty.."kita kalau buat album tak guna template..lain client lain template..biar otak kita berkembang ..biar otak kita bekerja dengan idea2 baru..."..aunty tanya lagi" tak buang masake??berbaloi ke?"..dan A jawab lagi.."kita suka macamtu.."....hmm..ini mmg benar2 wedding photog yang minat giler2 fotografi serta editing dan sekawasan!!! :lol: :lol:

ikelah
18th January 2008, 06:34 PM
Petikan artikel:

".... ..
..
Lagi lambat bayar, lagi banyak interest kita kena! Bila kita benarkan pelanggan bayar lambat, sama macam kita bagi dia pinjaman tanpa faedah. Betapa untungnya pelanggan, betapa ruginya kita…"

Untuk membaca artikel penuh, sila ke blog fototeacher.com - http://www.fototeacher.com/blog

saya setuju tentang pengambilan deposit itu..

akan tetapi saya KURANG bersetuju jika statement yang diboldkan itu diambil bulat-bulat. Apa yang cuba dimaksudkan/disampaikan oleh en.hasnudian itu saya faham tetapi dalam Islam mmg kita tidak dibenarkan mengambil faedah atas pinjaman. Faedah = bunga = interest = riba'?

So, bagi saya, amik la deposit dengan persetujuan kedua-dua belah pihak tapi jangan consider/libatkan soal faedah/interest etc.

Sorry ye, saya mencelah.. Mekasih.

Sememangnya menarik artikel ini dan pandangan yag diberikan.

Bagaimana jika salah satu pihak tidak memenuhi janji yang telah diakadkan dalam urusan perniagaan ini. Apakah tindakan selanjutnya dari pihak fotografer ataupun pihak pelanggan dari sudut Syariah? terima kasih.

bobtahar
18th January 2008, 07:18 PM
Menarik artikel tu... lebih-lebih lagi bila dia berceriter mengenai caj murah... dan aku setuju dgn prinsip dia...

Ada sesetengah photographer marah.... bila orang lain caj murah... katanya menjatuhkan martabat wedding photographer. Adakah caj mahal tu menaikkan martabat wedding photog?

red
18th January 2008, 07:37 PM
Petikan artikel:

".... ..
..
Lagi lambat bayar, lagi banyak interest kita kena! Bila kita benarkan pelanggan bayar lambat, sama macam kita bagi dia pinjaman tanpa faedah. Betapa untungnya pelanggan, betapa ruginya kita…"

Untuk membaca artikel penuh, sila ke blog fototeacher.com - http://www.fototeacher.com/blog

saya setuju tentang pengambilan deposit itu..

akan tetapi saya KURANG bersetuju jika statement yang diboldkan itu diambil bulat-bulat. Apa yang cuba dimaksudkan/disampaikan oleh en.hasnudian itu saya faham tetapi dalam Islam mmg kita tidak dibenarkan mengambil faedah atas pinjaman. Faedah = bunga = interest = riba'?

So, bagi saya, amik la deposit dengan persetujuan kedua-dua belah pihak tapi jangan consider/libatkan soal faedah/interest etc.

Sorry ye, saya mencelah.. Mekasih.

Sememangnya menarik artikel ini dan pandangan yag diberikan.

Bagaimana jika salah satu pihak tidak memenuhi janji yang telah diakadkan dalam urusan perniagaan ini. Apakah tindakan selanjutnya dari pihak fotografer ataupun pihak pelanggan dari sudut Syariah? terima kasih.

nilai pinjaman berbeza ikut masa. kalau pinjam rm1000 hari ni, pulang lagi 10 tahun, ini tentu merugikan orang yg bagi pinjam. sebabnya negara kita ada inflasi. yg lebih adil ialah pulang rm1000+offset. offset ni ialah nilai untuk compensate agar kuasa membeli drp rm1000 yg dipinjam 10 tahun lepas tu x berkurangan. apa yg dia maksudkan bukannya riba untuk mengaut keuntungan tetapi compensation agar kuasa membeli itu tidak dikurangkan.

jika tidak, sama macam hari ni kita kasi pinjam basikal racing (nilai rm1000) tapi lagi 10 tahun pulangkan basikal cabuk (nilai rm1000 masa tu).

heroMak
18th January 2008, 11:10 PM
boleh ke sambung bincang pasal offset atau riba atau interest atau faedah tu.. term2 tu lebih kurang je maksudnya, tapi berbeza.

saya rasa konsep yang sama juga diguna masa kiraan nak beli kereta atau pinjaman PTPTN. Konsep di mana, seringgit hari ni tak sama ngan seringgit tahun depan, 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi.

Elok la refer pada org yang lebih ariff pasal riba dan offset ni, sbb skarang dalam thread ni bincang pasal client nak bayar servis yang diberi.
Saya rasa, takkan sampai 5 tahun baru nak bayar..

* D50 yang saya pakai ni agak2 15 tahun lagi harga berapa? Buat IR best tau :)