PDA

View Full Version : Bagaimana Anda Menyimpan Foto?



filah
11th August 2005, 10:04 PM
Saya ni nak tanya sikitla pendapat kawan-kawan semua:

1. Apakah cara terbaik kita nak menyimpan gambar-gambar digital yang dah diambil?
2. Cara paling jimat untuk menguruskan/menyusun/menyimpan gambar2 tersebut.
3. Cara paling selamat supaya gambar-gambar tu tak mudah rosak.
4. Cara paling tersusun contohnya macam depa susun buku-buku kat perpustakaanla.. bila nak buat rujukan senang je kita nak mencari balik gambar tersebut.

abahwafi
11th August 2005, 10:31 PM
cara saya....burn dalam CD....susun samada ikut tarikh atau ikut tema....

brahym
12th August 2005, 12:45 AM
cara nak simpan..ikut tarikh dan letak nama event tu..guna batch rename. Biasanya guna ACDSEE je utk rename..contohnya JEREBU_0001.jpg hehhe

cgmulia
12th August 2005, 01:23 AM
errr
transfer dlm HDD
tukau nama folder kasi hari bulan..
tutup
hehehehe

AyAres151
12th August 2005, 03:32 AM
ese..

1. mula2 simpan dalam folder kat desktop.. sbb lom upload kat fp..

2. dah edit2 semua.. dan dah upload kat fp.. then

3. pindahkan folder tuh kat folder < Digital Gallery>

4. folder tadi namakan event apa.. tarikh tak perlu..sbb pic tu dah ada tarikh kat exif data

bubba
12th August 2005, 07:05 AM
Untuk ese yang ketandusan space HDD, macam abahwafi gak.
- burn dalam CD (semua unprocessed)
- Edit & save dalam HDD
- Upload mana2 gambar yg nak
- Transfer dalam CD lagi satu (processed imeges)
- file biasanyer ada 1 atau 2 CD unprocessed, 1 CD dah processed. Kos dalam RM3.00 :P (macam cuci filem gak)

filah
12th August 2005, 09:04 AM
TQ-Tq kepada semua yang berkongsi idea. Saya pun selama ni download ke HDD sambil buat backup dalam CD. Tapi mungkin masalahnya kadang-kadang tu bila ambil gambar tu tak ada tema semua chacha marba. Jadi bila nak cari balik.. semua CD kena view semula. Satu lagi... sebab nak jimat, banyak folder saya letak dlm satu CD. Bukan setakat tema chacha marba tarikh pun tunggang terbalik. Jadi timbullah rasa m*l*s nak listkan semua folder-folder tu. Lepas ni kena cedok sikit tips-tips yang diberi kat sini..
P/s Cg punya HDD mesti banyak 'power'. kat rumah saya ni baru save beberapa folder terus keluar 'low disk drive' :lol:

buttet
15th August 2005, 01:10 PM
aku dah serik transfer dalam cd
sekali cd rosak semua habis..backup tarak sekarang aku make sure backup dulu..kedian baru burn cd
buat folder dan dinamakan event..

AyAres151
15th August 2005, 01:19 PM
hehehe..sama la buttet.. ese pun serik burn dalam cd... satu.. cd mudah rosak... kedua..cd tuh mudah ilang..

tp kekadang simpan dalam hdd.. mmg makan space... terpaksa la melabur untuk beli hdd external yg khas utk simpan gambar2 sahaja.. cost around rm200-rm300

cgmulia
15th August 2005, 02:36 PM
takde lah power
just 160 GB jek...
tolak pi tolak mai..
ada balance dlm 60GB

brahym
16th August 2005, 09:05 AM
Cara lain...beli dvd burner dan beli dvd-R..satu lbh kurang RM5 so leh simpan 4.7GB...

AyAres151
16th August 2005, 01:18 PM
hehehe... dvd tuh btol... tp dvd burner plak mahal..heheee

brahym
16th August 2005, 01:53 PM
dvd burner rasanya dah murah pon..mebbe dlm RM200 kot..dulu saya beli RM300, tapi tahun lepas ler..

dome
16th August 2005, 03:25 PM
ya betul // dvd the best solution .
abe pun ada pakai .. burner sekarang tak sampai rm250 dah ,
cukup berbaloi kalo beli dan buat backup gambar..

utk software plak .ada pelbagai jenis utk mudahkan kita susun atur gambar kita

brahym
16th August 2005, 03:39 PM
Lagi satu, gamba yang ori kena simpan sebagai backup. Gamba yang tekah diedit hendaklah diasingkan. Cam saya, gamba yang telah diupload ke FP akan masuk e folder lain dan gamba2 yang ingin dicuci masuk folder lain. So kiranya kalau nak delete pon tak kisah yang telah diedit ni. Elakkan gamba diedit berulang kali sebab diakan degrade qualitinya. Sebab jpg compression dan decompression akan mengurangkan detail gamba tu. Ni bukan saya yang cakap tapi org berpengalaman dalam printing. So simpan yang ori elok2. Kalau nak print balik, just copy dari folder dia atau edit balik yang ori. Ingat..jangan overwrite gamba byk kali...

AyAres151
16th August 2005, 05:03 PM
erm... ese akan cuba ikut pendapat dari bro-bro semua... sesuatu yang amat berguna tuh... sayang btol ngan gambar2..ianya seribu juta lionnn kenangan tuh..

buttet
16th August 2005, 06:14 PM
betui tue gambar yang ori saya memang asingkan..ooo original sehh yang tak ori selalunya saya akan buat temp folder ..tunggu masa aja nak recycle bin :P..tensen penah terdelete gambo masa naik gunung datuk dulu :(

brahym
16th August 2005, 08:20 PM
sebab tu aku jarang ambik raw sebab yang ori file dia sgt besar. jpg mode pun sebenarnya dah preprocessed oleh dslr tu. Guna RAW kalau gambar tu susah nak ambik dan kesuntukan masa utk setting.

kaduke
18th August 2005, 01:59 PM
saya simpan dalam hdd .. tapi hdd rosak pulak.. beli hdd baru.. simpan pulak gambar dalam cd.. cd pulak cepat rosak.. beli dvd burner. simpan dalam dvd.. setakat ni the best solution is dvd.. tapi nak burn dan load balik agak memakan masa sebab speed baru 4x...

dome
18th August 2005, 02:13 PM
rasa takde la sampai berjam nak burn dvd dgn 4x.
abe pakai 8x burn 4.5gb dvd tu dlm 15 minit saje lebih kurang

AyAres151
18th August 2005, 03:44 PM
kalu 4x.. maknanya 1/2 jam lebih.. lama gak tuh.. hehhee

zainzubir
19th August 2005, 03:31 PM
tak silap saya pernah post somewhere on this topic Filah...I can't remember but yg disuggest CD (not CD-RW), dan lagi satu kita kena sentiasa prihatin teknologi semasa , say they introduce the chip utk simpan, kita kena bertukar pada chip tersebut..begitulah seterusnya...kerana kita simpan images bukan utk 4-5 thn...kita simpan utk anak cucu..kalau kita tidak peka ..dan masih simpan dlm cd walhal ada cara baru yg diperkenalkan dlm pasaran..esok kita tidak boleh baca apa yg kita safe, thus kita kena cepat2 convert semua files dln bentuk baru tersebut....on jpeg,raw ke ape menda juga ada disebut, kita dinasihatkan safe dlm bentuk universal but definitely not jpeg..I can't remember (but very big file), I'm very sorry on this...why universal??...takkan ni pun tak tau kot....e..eleh..sedara ngan WORLD lah.... :lol:

spirits
22nd August 2005, 05:30 PM
Tapi paling best DVD-RAM 9.4GB Double Sided ... banyak boleh isi berbanding dgn DVD-RAM 4.7GB Single Slided... sikit je isi.

cikun_comey
22nd August 2005, 07:20 PM
betulla... transfer masuk dalam cd kekadang leh hilang gambar2... kisah benar... isk...isk... sedey tul

hanis125z
22nd August 2005, 08:59 PM
memula simpan lam hard disk.. tp jgn lupe wat back up.. burn kt dvd ke cd ke.. pastu simpan leklok lam peti besi..hohoho :mrgreen: :mrgreen:

cikun_comey
22nd August 2005, 10:46 PM
dvd-r double sided tu... gi tanye kat low yat aritu rm45... aduss... biase nyer pun rm2-3 je

spirits
23rd August 2005, 10:04 AM
kelebihannya tak mudah rosak kalau guna Double sided tu cikun... kalau yg biasa yg CDR tu kalau rosak atau luka sana sini pasti gambar dlm tu pun terluka dan jiwa kita pun turut terluka bila cd tu tak boleh nak bukak.

ady_skywalker
31st August 2005, 11:14 PM
kisah benar lagi HDD bukan bleh cayer sangat..lagi baik cd or Dvd..
sebab penah kene HDD elok jer pastu tetiber jer punah..semua harapan pon punah laa
hhe

yokozuna
31st August 2005, 11:25 PM
ermmm..malas la nk burn dlm cd..hehehhe
buat folder dlm HDD..tulis tajuk besau dgn tarikh kt folder..dlm folder tu buat satu lagi folder RAW (kalau ader shoot RAW la)
transer file tadi ke dlm folder yg bertajuk besau tadi ( file jpeg) & file RAW ke dlm folder RAW...
skarang photo2 den di simpan dlm arkeb PC eden..
nk edit, bukak balik folder tu, open with PS CS2 then edit pastu tukar tajuk file yg diedit, tambah # ke kt blakang....
kat folder tajuk tadi buat satu lagi folder edit...pastu eden simpan edited photo td dlm folder edit tu..

tu jerlah eden buat....

cikun_comey
1st September 2005, 12:06 AM
kelebihannya tak mudah rosak kalau guna Double sided tu cikun... kalau yg biasa yg CDR tu kalau rosak atau luka sana sini pasti gambar dlm tu pun terluka dan jiwa kita pun turut terluka bila cd tu tak boleh nak bukak.
>> betul.... penah jugak terluka mcm ni... terkaciwa


kisah benar lagi HDD bukan bleh cayer sangat..lagi baik cd or Dvd..
sebab penah kene HDD elok jer pastu tetiber jer punah..semua harapan pon punah laa
hhe
>>betul jugak.... penah jugak terluka mcm ni jugak....

asyik terluka je mcm ni... dahtu camane.... poning kepalo eden.... nak guna double sided tu leh gak... bile lagi nak test power dvd-rw double layer ye tak... kuangkuangkuang

AyAres151
1st September 2005, 12:24 AM
samada DVD, CD or HDD or PEN DRIVE... semua ada risiko kerosakan bergantung kepada penggunaan..
amik contoh..

1. kalu beli notebook hdd dan casing utk simpan gambar, make sure jgn sambung lama2 ngan pc.

2. kalu dvd / cdr / cdrw dan seantara dengannya, make sure jgn view selalu guna cd tuh.. sekali sekala saja.

3. kalu guna pen drive plak, biasa la..takleh simpan lama2 dalam tuh.. temporary bleh laa..

4. kalu guna HDD internal... make sure buat folder kat drive D / E / F tp BUKAN drive C..

sekian sedikit tips..

mknace
1st September 2005, 03:10 PM
Walau apapun medium yang digunakan ianya tetap alah kepada 2 perkara asas.
Satu .. Magnet - Jangan dekatkan dengan magnet kerana ianya akan memusnahkan medan magnet sedia ada (data kita)
Dua .. Humidity - Sedangkan kamera pun abis kalau berkulat inikan pula storage kita

Yang last untuk pengguna mobile storage [tak kira apa bangsapun (hdd ke, pen drive ke)], pastikan ianya tidak terhantuk atau digerakkan semasa ianya berfungsi. Jarak Jarum pembaca/penulis dengan permukaan storage terlalu kecil. Nanti kalau scracth nangis tak berlagu tu...

brahym
1st September 2005, 08:53 PM
kalau nak lagi selamat dlm penyimpanan gamba kita, elok di hostingkan je kat internet..biasanya server akan buat backup so kalau gamba kita hilang, leh sue je hosting company tu..tapi pastikan anda menggunakan least line dengan kelajuan 1MBps keatas....

mknace
2nd September 2005, 07:49 AM
kalau nak lagi selamat dlm penyimpanan gamba kita, elok di hostingkan je kat internet..biasanya server akan buat backup so kalau gamba kita hilang, leh sue je hosting company tu..tapi pastikan anda menggunakan least line dengan kelajuan 1MBps keatas....

Kalau gambo ko ilang kat server kita, ko jangan sue aku. Ko sue lerr gitn keerr, telekom kerr.. :D :D

brahym
2nd September 2005, 10:59 AM
ko jgn tak buat backup lak

risya
4th October 2005, 08:48 AM
Saya ni nak tanya sikitla pendapat kawan-kawan semua:

1. Apakah cara terbaik kita nak menyimpan gambar-gambar digital yang dah diambil?
2. Cara paling jimat untuk menguruskan/menyusun/menyimpan gambar2 tersebut.
3. Cara paling selamat supaya gambar-gambar tu tak mudah rosak.
4. Cara paling tersusun contohnya macam depa susun buku-buku kat perpustakaanla.. bila nak buat rujukan senang je kita nak mencari balik gambar tersebut.

ikut sya :
1 & 3 - simpan dlm hard disk.. letak satu folder khas.. folder ikut bulan.. and then ikut tema.. so kita takde la tercarik2 balik gambar kita nnt.. backup - dlm cd.. tapi dlm cd ni jarang dibuka.. sbb kalau selalu sgt view.. mcm kata ayares.. ada kemungkinan akan calar2.. then rosak lak karang..

2. plg jimat - tak tahula.. stakat ni jimat and gmbar masih selamat.
4. buat/beli satu rak cd yg khas utk cd gambar.. asing dgn cd filem/lagu.. labelkan.. atau malas nak tampal.. beli pen yg blh tulis atas cd..

btw, ini la pentingnya backup and recovery dlm IT.. antaranya untuk mengelakkan kehilangan data.. kalau ikut cara corporate comm dept simpan gambar2 diorg tu.. beside simpan dlm hdd, diorg buat 2 backup cd.. * tak sure cd ke dvd.. so satu copy tu akan digunakan untuk review balik gambar2 tu.. utk loan sapa2 yg nak pinjam.. and satu cd tu utk simpanan.. tk boleh dipinjam..

Edoras
31st January 2006, 04:04 PM
Semenjak guna digital kamera, dah beratus (mungkin ribu) foto diambil.
Pernah di simpan dalam hard disk dan hard disk tu corrupt...habis semua gambar2 tu (tak de backup).
Sekarang ni, kesemua foto di simpan dalam CD-ROM tapi masaalah nya ialah nak tagging gambar2 tersebut. Susah jugak nak search sesuatu foto yg lama bila dah simpan dalam berpuluh2 CD...

Kalau nak simpan dalam backup HDD, takut tak muat semua nya...beratus GB nanti....

Bagaimana kawan2 simpan foto itu semua? Harap bertukar pengalaman... t. kasih...

buntalshoot
31st January 2006, 06:14 PM
off topic jap: dah tukar 350D ke edoras??? lain macam je aku tengok avatar ko???

aku simpan dalam external hardisk....(80GB) :D
then, aku backup dlm DVD.....

tembeling
31st January 2006, 08:12 PM
Backup dalam 250Gig HDD. Double backup dalam 100Gig HDD yg lain. Cadang nak burn dalam DVD macam Buntal.....but tak beli DVD writer lagi.

buntalshoot
31st January 2006, 08:17 PM
Backup dalam 250Gig HDD. Double backup dalam 100Gig HDD yg lain. Cadang nak burn dalam DVD macam Buntal.....but tak beli DVD writer lagi.

pergghh....ni dah beratus2 ribu keping gambar nie Dr.Jamal amik...
klu tak terer lagi tak tau laaaa....he he he :D

Edoras
31st January 2006, 09:53 PM
off topic jap: dah tukar 350D ke edoras??? lain macam je aku tengok avatar ko???

aku simpan dalam external hardisk....(80GB) :D
then, aku backup dlm DVD.....
OT:Avatar tu hanya pemberi semangat.... hahaha..

External DVD writer atau yg dah ada dalam PC?

helmyemran
31st January 2006, 09:59 PM
aku yg baru bbrp bulan pki kamera nih stakat burn dlm CD je la. hard disk pun tak penuh lagi. thanks to edoras sbb bukak topik nih. bole aku prepare beli apa2 yg patut utk simpan gamba2 aku nih.

Edoras
31st January 2006, 10:26 PM
Ada sesiapa beli macam Zen Creative Vision nie..?

http://images.creative.com/iss/images/products/headers/prod12985_hdr_1_6_1.jpg

tembeling
31st January 2006, 10:32 PM
Backup dalam 250Gig HDD. Double backup dalam 100Gig HDD yg lain. Cadang nak burn dalam DVD macam Buntal.....but tak beli DVD writer lagi.

pergghh....ni dah beratus2 ribu keping gambar nie Dr.Jamal amik...
klu tak terer lagi tak tau laaaa....he he he :D

Tu bukan utk gambar saje. Gambar tu penting but not sepenting my other data.....so tu sebab kiasu sangat. I even have another blank harddisk....standby. Anywhere I am using SecondCopy2000 utk buat auto-sync my data daily or weekly basis. So tak payah transfer manually. Jenuh nak copy & paste satu2.

For storage & porfolio preview.....I like what Bubba does. Dia bubuh dalam PDA & guna Resco Photo Viewer utk tengok gambar. I am using it now with my Treo 650, tapi memory card kene besarlah....at least 1 Gig :D baru boleh bubuh banyak gambar.

Edoras
31st January 2006, 10:40 PM
Kalau guna Zen tu senang nak transfer foto dari kamera ke Zen storage. Tak perlu bawak laptop yg besar ke hulu hilir.
Ia amat berguna kalau travel light dan masuk hutan (camping etc). Tak perlu ada laptop yg memerlukan power supply.

Kalau guna PDA, hanya limit pada 1 GB atau 2 GB storage aje. Kalau guna Zen, boleh transfer up to 30GB!!

polini
31st January 2006, 11:22 PM
http://images.creative.com/iss/images/products/headers/prod12985_hdr_1_6_1.jpg

Kat mana nak beli benda ni??? Berapa harga nya????

filah
31st January 2006, 11:26 PM
hari tu saya dah tanya persoalan yang sama tapi diletak bawah tips & thread photography.. ramai juga yang response dan memberi idea.. cuba check kat sana.. kalau tak silap tajuknya "apa tindakan selepas ambil gambar digital"

tembeling
1st February 2006, 08:23 AM
Zen Vision tu lebih kurang RM1700. Tak support RAW.

cgmulia
1st February 2006, 08:55 AM
erk... siapa lah aku dgn gaji separuh skrg ni utk beli benda alah tu

buntalshoot
1st February 2006, 09:39 AM
kenapa cgmulia...gaji separuh??
PTPTN kan ade...gunakan sebaik-baiknya....

Bro.Zzoux pakai Epson P2000 klu tak silap...
(Harga dia cakap about RM 1900)
Skrin dia memang puas hati...3.8 inc.

Maklumat pasal bendalah nie:-
http://www.dpreview.com/news/0410/04101 ... _p2000.asp (http://www.dpreview.com/news/0410/04101203epson_p2000.asp)

hanis125z
1st February 2006, 10:16 AM
hari tu saya dah tanya persoalan yang sama tapi diletak bawah tips & thread photography.. ramai juga yang response dan memberi idea.. cuba check kat sana.. kalau tak silap tajuknya "apa tindakan selepas ambil gambar digital"

a ah la filah.. thread camnie dh ade... tp dh terlanjur 2 page daa.. uhuhu

klu sy.. simpan lam hard disk.. then burn kt dvd wat backup :D

ambig
1st February 2006, 10:50 AM
Notebook sekarang pun slim Edoras...ringan pun ye...lagipun multi kegunaan...:D

cgmulia
1st February 2006, 12:03 PM
ya betul...
tp aku punya 40GB di notebook dah nak penuh arrr

ambig
1st February 2006, 01:43 PM
ya betul...
tp aku punya 40GB di notebook dah nak penuh arrr

Hang ada tag team CG...seorang boleh angkut satu notebook...:D

Edoras
1st February 2006, 01:59 PM
hari tu saya dah tanya persoalan yang sama tapi diletak bawah tips & thread photography.. ramai juga yang response dan memberi idea.. cuba check kat sana.. kalau tak silap tajuknya "apa tindakan selepas ambil gambar digital"

Sorry filah, I didn't realize about this topic earlier... - At last I found the thread which you created ---> HERE (http://www.fotopages-malaysia.com/v1/index.php?name=PNphpBB2&file=viewtopic&t=128&postdays=0&postorder=asc)

I have a Notebook, is it better to have a portable HDD or external HDD?
The issue with portable HDD is that the storage is much smaller than the external HDD. Its expensive too.

Agak2 berapa external HDD nie sekarang?

PeLaris
1st February 2006, 03:01 PM
Ermmm.... nak sambar yang mana nih!!!

tembeling
1st February 2006, 04:46 PM
Kalau jarang usung ke hulu-ke hilir, beli jela 3.5" HDD. Murah & besar kapasitinya. Invest dalam external casing yg bagus. Sarotech is OK. But mahal sikit lah. Carik yg aluminium case dgn fan. Tahan sikit HDD tu.

Kalau selalu usung sana-sini, no choice lah.....portable HDD. Mahal & terhad. Max kalu tak silap baru 120Gig.

arie_gaban
1st February 2006, 08:07 PM
saya mengompress setiap gambar yang rasa cam tak perlu..
dan bersedia untuk kehilangan quality setiap gambar...ha ha ha...

Mazrul
12th February 2006, 01:09 PM
Satu artikel menarik tentang pelbagai method utk menyimpan photo digital anda
Sila click tajuk untuk membaca...

Storing Your Digital Images (http://www.dpreview.com/learn/?/General/Storing_Your_Digital_Images_01.htm[url)
By Vincent Bockaert

"If you value your digital images, you should have a proper backup system in place. In this article, we will look at two storage methods and some backup tips so that you can enjoy your images not only in the short term, but also much further into the future"

nemesis
24th January 2008, 06:31 AM
Saya ni nak tanya sikitla pendapat kawan-kawan semua:

1. Apakah cara terbaik kita nak menyimpan gambar-gambar digital yang dah diambil?
2. Cara paling jimat untuk menguruskan/menyusun/menyimpan gambar2 tersebut.
3. Cara paling selamat supaya gambar-gambar tu tak mudah rosak.
4. Cara paling tersusun contohnya macam depa susun buku-buku kat perpustakaanla.. bila nak buat rujukan senang je kita nak mencari balik gambar tersebut.

simpan dalam external HDD paling jimat sekali.