PDA

View Full Version : TLR pun Boleh!



ted
18th March 2006, 07:35 PM
Ya Benar!

Dengan menggunakan kamera jenis medium format TLR (bermaksud Twin Lens Reflex), anda juga boleh menghasilkan image sebegini!

http://static.flickr.com/56/111410159_da13229cdb.jpg

Kos lagi murah dari membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) yang jangkahayatnya lebih kurang 18 bulan (di mana di dalam industri IT dan komputer, setiap 18 bulan akan ada satu penaiktarafan perkakasan komputer dan juga perisiannya).

Aksesori yang diperlukan untuk menjadikan anda lelaki 'sejati' di dalam dunia DSLR adalah amat banyak! Lensa mata ikan, lensa bidang luas, lensa telefoto yang mempunyai bukaan maksimum f2.8 atau lebih lagi amat tinggi kosnya jika mahu dimiliki semua. Di dalam dunia DSLR, perkakas fotografi yang terbaru atau yang tercanggih, sentiasa menjadi tumpuan dan jika anda mahu menjadi popular dan terkenal di kalangan rakan rakan anda yang menggunakan DSLR juga maka anda kena senantiasa membeli yang terbaru dan yang tercanggih.

Satu pembaziran yang tinggi jika gambar anda tidak seberapa.

Berbalik kepada imej yang tertera diatas, saya menjumpainya di dalam website ini:

http://www.flickr.com/photos/brianmilo/

Bukti beliau menggunakan sebuah kamera jenis TLR adalah seperti berikut:

http://static.flickr.com/35/111408131_db9485da2a.jpg

Sungguh bergaya sekali saudara jurufoto itu. Tidakkah anda berfikiran sedemikian juga?

Kenapa TLR?
Biasanya lensa yang digunakan adalah jenis 'fixed' di mana lensa tersebut telah dibina di dalam kamera tersebut. Ianya tidak boleh ditukar ganti.

Dengan hanya satu lensa yang jarak fokalnya tetap maka anda akan menggunakan lebih kreativiti untuk menghasilkan imej yang lebih menarik. Anda juga akan lebih rajin mencari sudut dan komposisi yang lain dari kebiasaanya.

Dengan penataan cahaya yang baik (tidak perlu lampu studio yang mahal-mahal..), kadang kala imej yang dihasilkan lebih cantik lagi dari kamera DSLR yang bernilai sehingga 18-25 ribu ringgit (bayangkan penjimatan yang anda perolehi!!!)

Apakah itu TLR?
TLR berasal dari singkatan Twin Lens Reflex. Ia mempunyai 2 lensa yang terletak satu di atas yang lain. Lensa yang di atas, dipangil 'viewing lens' biasanya pempunyai bukaan sebesar f2.8 untuk membantu mengfokuskan imej. Lensa yang disebelah bawah pula adalah lensa yang akan merakamkan imej di atas filem nanti. Lensa itu juga terletaknya pengatup dan apartur sekali. Amat mudah konsep TLR ini.

TLR biasanya ringan dan saiznya yang kecil tidak akan membuat orang ramai syak wasangka akan niat anda membuat penggambaran luar di jalanan (terutamanya di daerah daerah yang tidak berapa selamat, anda tahu lah sendiri di mana daerah daerah itu:)).

Satu kekurangan ketara TLR adalah 'parallex error'. 'Parallex error' berlaku jikalau subjek anda terlampau dekat dengan kamera apabila dikompos gambar nampak kaki dan kepala bila diproses negatif itu kepala terpotong pula! Ish ish ish...

Dengan sedikit pengalaman, anda akan tahu berapa dekat anda boleh berada dengan subjek anda sebelum hal ini berlaku. Kenalah bereksperimen.

Atau tanya dengan yang lebih ahli.

Rekabentuk TLR tidak membolehkan 'polaroid back' dipasang. Tapi jika boleh maka TLR ini tidak akan jadi kecil dan ringan pula.

TLR biasanya tiada meter untuk menyukat cahaya di dalam satu satu adegan yang mahu dirakamkan. Maka dengan itu, penggunaan meter cahaya adalah diperlukan. Kalau hafal 'sunny 16 rules' contohnya:

di waktu matahari terik ISO 100, bukaan pengatup 1/125th apartur f16
ISO 100 1/250 f11
ISO 100 1/500 f8
ISO 100 1/100 f5.6
dan seumpamanya...

...maka mudahlah hidup anda.

buntalshoot
18th March 2006, 07:42 PM
dekat Malaysia nie ada di pasaran tak TLR??
berapa kos dia?

brahym
18th March 2006, 07:44 PM
mana nak beli tlr ni? Berapa harganyanya? Ada pernah ternampak mcm TLR ni tapi tak tau TLR ke idak kat digicolor berjenama seagull. Harga film medium format tu berapa lak? dan mudah ke nak cuci/develop film tu?

ted
18th March 2006, 07:49 PM
Ada, baru dalam 200 ringgit ajer. Filem dia Rm10 satu gulung, tapi dapat 12 keping ajer lah, negatif dia saiz ya lebih kurang 2 setengah inchi x 2 setengah inchi. Buleh blow up 20x30 inchi senang senang ajer....

tapi takdak lcd viewfinder lah sebab ni kamera manual...

brahym
18th March 2006, 08:30 PM
RM200 jer? mana nak dpt tu?

azryshah
18th March 2006, 08:51 PM
brader ted..

:: mcm mana rupa kamera TLR tu (dlm gambar diatas tu ke)
:: adakah kamera ini sesuai untuk mengambil gambar diluar sebab saya tgk gambar2 dier banyak diambil didalam studio (tak silap saya)
:: kalau benar harganya hanya RM200, ia merupakan satu alternatif kepada mereka2 yang berminat pada bidang fotografi tapi tak mampu macam saya :lol:

Thanx Brader Ted
_____________
Life Thru a Lens..
http://azryshah.fotopages.com
http://azryshah1957.fotopages.com

mier
18th March 2006, 09:04 PM
erm..tak pernah tgk lagi la kamera ni..ni yg nak kena gi tgk kat kedai..

ted
18th March 2006, 09:14 PM
Ini satu satunya TLR yang boleh ditukar ganti lensanya, tapi kos mahal sedikt dan kalau ada jumpa di Malaysia pun jarang jarang yang mau jual...

http://www.williamsphotographic.com/c33.jpg

ted
18th March 2006, 09:21 PM
Ni Rollei, mahal sikit...

http://www.foto.no/rolleiflex/Rollei-6-1a.jpg

Website asal di sini: http://www.foto.no/rolleiflex/

ted
18th March 2006, 09:23 PM
Seagull ada copy design Rolleicord nih:

http://www.foto.no/rolleiflex/Rollei-4-18a.jpg

Website asal di sini: http://www.foto.no/rolleiflex/

jaggat
18th March 2006, 09:27 PM
kalo buat wedding bleh pakai kamera ni tak??

helmyemran
18th March 2006, 10:19 PM
Ada, baru dalam 200 ringgit ajer. Filem dia Rm10 satu gulung, tapi dapat 12 keping ajer lah, negatif dia saiz ya lebih kurang 2 setengah inchi x 2 setengah inchi. Buleh blow up 20x30 inchi senang senang ajer....

tapi takdak lcd viewfinder lah sebab ni kamera manual...

pernah nampak kat kedai kamera. ingatkan mahal. tak terfikir nak tanya pun. thanks mr Ted!

peace! :mrgreean:

azryshah
18th March 2006, 11:21 PM
aku rasa aku pernah nampak kamera ni masa dulu aku nak buat gambar pasport kat kedai cina tempat aku.. tapi tgk mcm terlalu KOMPLIKATED plak.. tak gitu bro, takut payah nak buat maintanence :shock:

_____________
Life Thru a Lens..
http://azryshah.fotopages.com
http://azryshah1957.fotopages.com

dbins
18th March 2006, 11:25 PM
korang pi kat KLCC... satu kedai kat bawah tu... kalau dari LRT korang akan jumpa kedai tu... ada berlambak TLR kat situ...

buntalshoot
18th March 2006, 11:32 PM
ohhh...ye ke.... dbins??? thanx for info :mrgreen:

azrilhafiz
19th March 2006, 12:01 AM
korang pi kat KLCC... satu kedai kat bawah tu... kalau dari LRT korang akan jumpa kedai tu... ada berlambak TLR kat situ...

betul.. setuju
kt situ mmg ada
try la tanye sendiri :D

cgmulia
19th March 2006, 12:29 PM
aku ada sebijik.
tp dah bertahun rosak..
anto kedai kedai dah takmo baiki.
rasanya kena beli baru jugak..
best main TLR nih..

cuma tak tahan ngan filem.. coz kena cuci..

PeLaris
23rd March 2006, 03:11 PM
parrallax error masaalah utama...

zainzubir
23rd March 2006, 03:25 PM
nampak macam kamera lama yg tutup muka dalam kain tuh jer mr. ted??tapi takat nak cuba rasanya tak mahal sangat nih....tapi adakah ia untuk studio sahaja??atau elok/sesuai untuk kegunaan tertentu??jika kegunaan tertentu, untuk capture apa ya?? :roll:

marcia.zlyana
23rd March 2006, 04:19 PM
baru tau.... series.. selama ni tatau pon

PeLaris
23rd March 2006, 06:19 PM
mama zain, yang tutup kain kat kepala tu namanya "Large Format"....

ted
28th March 2006, 08:12 AM
nampak macam kamera lama yg tutup muka dalam kain tuh jer mr. ted??tapi takat nak cuba rasanya tak mahal sangat nih....tapi adakah ia untuk studio sahaja??atau elok/sesuai untuk kegunaan tertentu??jika kegunaan tertentu, untuk capture apa ya?? :roll:

TLR buleh digunakan untuk portret, landscape, abstract malah close-up macro pun.

penggunaannya berkurangan setelah kamera 35mm makin banyak di pasaran.

mier
28th March 2006, 08:17 AM
byk gak la kegunaan nyer..igtkan juz tuk studio jer sbb tak pnh tgk lagi..

shahrul
5th April 2006, 08:12 PM
dkt kedai kat klcc tu ada jumpa tlr model kodak reflex, tapi bila check net, dia pakai film 620. Ada gak jumpa cara nak adapt spool 120 ke 620...tapi worth it ke nak capai tu banding dgn model tlr lain mcm seagull etc2 yg mmg spool 120?

ted
17th April 2006, 11:22 PM
Usah susahkan diri, cari model TLR yang terima film 120mm.

Sekian.

PeLaris
18th April 2006, 02:22 AM
lepas tu beli light meter satu kan bang ted?
:)

ted
2nd May 2006, 11:50 PM
Tidak semestinya perlu ada light meter. metering buleh guna spot meter function kat kamera D70/D70s/A2Pro/D100/D200/D50 (Tak semua model Kwanon ada spot meter function hehehehe). Dapatkan bacaan dari mana mana kamera Nikon yang sidebutkan tadi dan trasfer ajer bacaan itu semua ke setting TLR tersebut.

Mudah aje :D

PeLaris
3rd May 2006, 07:22 PM
memang betul tu bang ted..

tapikan, katakanlah kita gang² fmdc berpeluang mendaki "The Greatest Mount Of Kinabalu"..
kita beramai mendaki, pastu ada kejadian yang tidak diingini semasa dipuncak,
semua digital kamera yang dibawa mengalami sindrom "Battery Drain" kerana terlampau sejuk..

persoalannya, macamana nak selesaikan masa'alah bila kita masih hendak menggunakan TLR tersebut?
sedangkan juga, tiada "Saparate Light Meter" dibawa..

shahrul
3rd May 2006, 07:54 PM
Usah susahkan diri, cari model TLR yang terima film 120mm.

Sekian.

yaaa..baru berjaya membeli mamiya C330 TLR dari seorang penjual yg baik hati...

dinictis
3rd May 2006, 11:50 PM
thanks for the info about TLR.... Bro Ted adakah ini sama dengan Kamera geng Photomalaysia yang turut serta masa trip ke Bagan Lalang aritu... Saya lupa nama dia... Kalau tak silap Bro Ted tolong pasangkan filem utk dia kat Nandos... ingat tak?

shaifulrizal
4th May 2006, 12:56 AM
hehehehe..kamera oh kamera

Darmansyah
4th May 2006, 09:17 AM
Tidak semestinya perlu ada light meter. metering buleh guna spot meter function kat kamera D70/D70s/A2Pro/D100/D200/D50 (Tak semua model Kwanon ada spot meter function hehehehe). Dapatkan bacaan dari mana mana kamera Nikon yang sidebutkan tadi dan trasfer ajer bacaan itu semua ke setting TLR tersebut.

Mudah aje :D

dari topik awal td sy baca bro sifoo ted nak beli camera dslr mahal tp metering kena plk yg saudara ted tulis guna model dslr.buat pengetahuan kwn2 sekalian.sy sudah menggunakan TLR ni pada thn 1997 yg murah berjenama seagull.bila di zaman teknologi skrng nih,ianya sudah tidak berapa sesuai lg sebab costing.pengguna tlr terpaksa membeli film samada negatif or positif bersaiz 12 dan jika mereka yg mempunyai tlr dan ingin meng`upload`kan gambar2nya ke internett,mereka terpaksa scan kedua2 jenis film ke jpeg file.jd costing bertambah lg...

Bagi para peminat fotografi di FMDC yg mempunyai duit lebih atau suka buat collection camera lama2,boleh membelinya.

sekian



(founder of http://www.creativecapturenetwork.com)

PeLaris
4th May 2006, 02:43 PM
hehe..

shahrul
10th May 2006, 12:13 PM
dari pengamatan saya lepas pakai TLR ni:

-metering saya pakai metering dpd 35mm SLR saya.
-agak berat, tripod is the best. So proses ambik gambar tu agak slow tapi bagi byk masa utk kita analisa imej, composition etc2. Sebab tu, most gambar akan jadi mcm kita nak.
-imej quality: superb. Saya shoot slides, so WOW factor mmg ada. Saiz saja dah cukup besar. Blum try print-enlarge, but will tell the result soon.
-square format: not a problem sebenarnya, composition wise ok je. Cuma kalau nak crop ke rectangle format, kena le pre-visualise kat ground glass tu are mana nak crop.
-focusing: manual tapi mmg la senang. Saya pakai mamiya 330c, imej kat ground glass tu mmg sharp dan senang sgt2 nak focus walaupun manual.
-cost: equipment aside, develop slides dlm rm18 per roll is not a prob for me. Even with negative, apa saya buat ialah develop+contact print je, so secara kasar dlm Rm17 je, then dpd contact print saya pilih le gambar nak print-enlarge. Cost ni bergantung pd individu, saya shoot as a hobby, so I'll bear all the cost selagi manageble. For pro, ni different issue.

Raushan Naim
10th May 2006, 12:19 PM
Ini ke yg ada setengah org panggil camera box? Imej dia terbalik..Bubudak AD Uitm pernah guna.

shahrul
17th May 2006, 12:03 PM
Tak pasti le camera box ke ape ke, tapi cam ni yg saya pakai:

http://www.propellerheads.com/technical/c330s/images/c330_right_front.jpg

healmephoto
20th July 2007, 10:59 PM
ada sapa2x berminat ngan TLR nih dan nak mencuba medium format, saya ada 3 and kalu ader offer yg menarik ,
1. seagull 4B
2. YAshica C
3. Mamiya C33 with 3 lens, 55mm, 80mm, 105mm