View Full Version : Model motor
pocoyo
15th February 2008, 08:47 PM
baru nak belajar ambik gambar model... :oops: komen dialukan...
http://img20.imageshack.us/img20/1889/imgp0016lp1.jpg
zzoux
15th February 2008, 11:23 PM
saya tak berapa arif sgt nak beri komen tapi sy rasa idea tu dah ada cuma perlu diperkemaskan lagi. jika dilihatkan dr output yg terhasil, saya tak pasti kamera apa yg digunakan tetapi saya tahu flash yang digunakan ditala direct kepada objek. ini jelas kelihatan kepada engin moto tu yg berkilau kena flash.jika anda menggunakan flash yg boleh laras yakni kekiri kekanan keatas kebawah, anda bole cuba memusingkan flash tersebut supaya tak ditala tepat kepada subjek. jika anda menggunakan kamera p&s, untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda kena berusa lebih dengan cara mengubahsuai cahaya flash agar tidak kena direct ke subjek. ada berbagai cara sebenarnya. cara yg boleh dicadangkan termasuklah men diffuse kan cahaya flash tu. ini boleh dilakukan dengan menggunakan kertas tracing paper yg semi transparen tu. tujuan utama adalah untuk men diffuse kan subjek yg kedua adalah untuk membesarkan lagi sumber cahaya yg terdapat di flash anda, oleh itu cahaya akan menjadi lebih soft. cara yang kedua adalah dengan menggunakan cermin. tujuannya disini adalah untuk memantulkan flash tersebut keatas, dan kemudian anda ambil kertas A4 untuk bauncekan balik cahaya tadi ke subjek anda. dengan tujuannya adalah untuk men diffuse kan cahaya sama seperti cara pertama yg saya sebutkan terlebih dahulu.
untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan, penggunaan background yang bersesuaian juga haruslah diambil kira. dalam contoh anda diatas, anda boleh cuba menggunakan background lain yang lebih menarik. satu cara yang sy fikirkan, anda boleh menggunakan light tent. jika anda mempunyai light tent, semestinya kerja anda akan menjadi lebih mudah tetapi jika anda tidak mempunyainya, jangan gusar. anda search dalam google macammana nak buat DIY light tent. harap komen saya diatas dapat membantu saudara.
mungkin rakan2 di FMDC ni yang lebih berpengalaman dapat membantu anda. ini cuma pendapat dan pandangan saya semata2.
aishifu
15th February 2008, 11:35 PM
saya rasa motor tu kilat sebb terover polish kot..hehehe
jgn marah yek pocoyo..nnt ellie dan sleepy bird dtg, bole lalalala dgn motor :P
saya pun nak amik gamba mcm pocoyo la...dah lama x amik.
nnt bole praktikkan spt apa yg dickp kan oleh bro zzoux tu...;)
pocoyo
15th February 2008, 11:39 PM
saya tak berapa arif sgt nak beri komen tapi sy rasa idea tu dah ada cuma perlu diperkemaskan lagi. jika dilihatkan dr output yg terhasil, saya tak pasti kamera apa yg digunakan tetapi saya tahu flash yang digunakan ditala direct kepada objek. ini jelas kelihatan kepada engin moto tu yg berkilau kena flash.jika anda menggunakan flash yg boleh laras yakni kekiri kekanan keatas kebawah, anda bole cuba memusingkan flash tersebut supaya tak ditala tepat kepada subjek. jika anda menggunakan kamera p&s, untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda kena berusa lebih dengan cara mengubahsuai cahaya flash agar tidak kena direct ke subjek. ada berbagai cara sebenarnya. cara yg boleh dicadangkan termasuklah men diffuse kan cahaya flash tu. ini boleh dilakukan dengan menggunakan kertas tracing paper yg semi transparen tu. tujuan utama adalah untuk men diffuse kan subjek yg kedua adalah untuk membesarkan lagi sumber cahaya yg terdapat di flash anda, oleh itu cahaya akan menjadi lebih soft. cara yang kedua adalah dengan menggunakan cermin. tujuannya disini adalah untuk memantulkan flash tersebut keatas, dan kemudian anda ambil kertas A4 untuk bauncekan balik cahaya tadi ke subjek anda. dengan tujuannya adalah untuk men diffuse kan cahaya sama seperti cara pertama yg saya sebutkan terlebih dahulu.
untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan, penggunaan background yang bersesuaian juga haruslah diambil kira. dalam contoh anda diatas, anda boleh cuba menggunakan background lain yang lebih menarik. satu cara yang sy fikirkan, anda boleh menggunakan light tent. jika anda mempunyai light tent, semestinya kerja anda akan menjadi lebih mudah tetapi jika anda tidak mempunyainya, jangan gusar. anda search dalam google macammana nak buat DIY light tent. harap komen saya diatas dapat membantu saudara.
mungkin rakan2 di FMDC ni yang lebih berpengalaman dapat membantu anda. ini cuma pendapat dan pandangan saya semata2.
tq atas komen
chot
15th February 2008, 11:44 PM
good tips zoux...info berguna utk aku juga tu..
jejaka
15th February 2008, 11:45 PM
model nyer mane ?
ni miniature motor kot..
druid_99
25th February 2008, 12:58 PM
Cubaan yang baik pocoyo walaupun masih boleh diperbaiki. Ape yang bro zzoux cakapkan tu memang boleh dipraktikkan.
Saya pun bukannya terer mengambik gambar miniature model ni tapi kebanyakan gambar yang saya ambik melibatkan miniature2 model ni. Saya gunakan camera biasa jee... camera PnS jee... jadi saya akan cuba kurangkan mengambik gambar menggunakan built-in flash camera. Untuk pengetahuan pocoyo, saya beritahu method yang saya gunakan untuk mengambil gambar miniature model ni.
Memula sekali, setting untuk model tu penting. Bukan nak ambik gambar orang jee kena setting cantik. Untuk mengambik gambar miniature model pun perlukan setting yang cantik tapi selalunya minimal. Memandangkan saya cuma gunakan camera PnS sahaja, saya gunakan background plain yang sedikit sebanyak dapat membantu fokus objek yang nak di"capture" tu. Tetapi pemilihan warna juga penting untuk background ni. Since motosikal tu berwarna putih dan ada bahagian chrome, saya akan gunakan background berwarna gelap macam hitam ataupun biru. Ini untuk "menaikkan" warna putih tu.
Dari segi lighting pulak, saya tak gunakan built-in flash camera saya sebab angle tak boleh adjust :lol: . Apa yang saya gunakan ialah dua biji lampu meja (study lamp) dengan mentol berwarna putih. Depan lampu tu pulak saya letakkan kertas putih (kertas A4 atau kertas mahjong) untuk diffusekan cahaya lampu tu. Then saya akan letakkan sekeping kertas putih (A4) mengikut angle untuk reflect kan cahaya lampu ke bahagian2 yang mungkin tak cukup terang. Paling bagus kalau dapat gunakan natural lighting untuk pencahayaan ni.
Lepas semua tu dah ready dan camera dah diletakkan atas tripod, flash off dan macro dah set, usually saya akan setkan timer untuk capture gambar sebab takde remote kan.. hehehe... ini untuk eliminate gegaran kalau tekan button camera tu (actually tak perlu pun tapi better be safe than sorry kan?).
Itu adalah cara yang saya gunakan untuk mengambil gambar miniature model ni. Saya pun baru belajar jee dan ramai kengkawan dalam forum ni bantu sebenarnya. Saya banyak belajar dari thread ini: http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=5&t=7434 oleh Cikgu Tolahah.
Dibawah ni salah satu gambar yang saya ambik gunakan cara di atas. Gambar ni tak di"edit" atau modified.
http://i6.photobucket.com/albums/y223/druid_99/Models/250LM/Model2007.jpg
zilzals
25th February 2008, 10:06 PM
bro druid..boleh tak tunjukkan setup mini studio bro...bgs perbincangan mcm nih..
druid_99
26th February 2008, 09:37 AM
Zilzals: Saya akan cuba tunjukkan set-up dia. Insyaallah esok saya akan postkan gambar set-up mini studio saya tu.
druid_99
28th February 2008, 09:46 AM
Ok, seperti yang dijanjikan, saya tunjukkan simple set-up "studio" saya.
http://i6.photobucket.com/albums/y223/druid_99/Models/Skyline/Photo001.jpg
Background gunakan kertas mahjong yang di"klip"kan di atas mounting board (kertas kadbod keras) yang disandarkan kat dinding. Backdrop boleh diubah2 mengikut citarasa... :lol: Kat belah bawah gambar tu nampaklah sikit tripod saya yang murah tu dan lampu yang digunakan hanyalah lampu murah (RM12.90 kalau tak silap) tapi yang menggunakan bulb putih. Sekeping kertas putih dipotong dan dilekatkan kat lampu tu sebagai diffuser. Since takde kertas yang nipis masa tu, saya gunakan kertas A4 biasa jee.
Sepatutnya kena ada lebih dari satu lampu tapi lampu yang lagi satu tu (yang putih kat sebelah kanan gambar tu) takde bulb, so tak boleh digunakan. In future akan tambah 2 atau 3 biji lampu study lagi... :lol:
Dibawah ni gambar yang diambik menggunakan set-up tadi dan belum diedit atau touch-up.
http://i6.photobucket.com/albums/y223/druid_99/Models/Skyline/Photo002.jpg
cgmulia
28th February 2008, 09:56 AM
perghh.. nasib baik aku takde mainan dah kat umah... kalau tak.. ish...
pe pepun gmbr yg cantik akan memudahkan kita untuk mencantikkan lagi..
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.