PDA

View Full Version : Fotografi Landskap - Marang, Kuala Terengganu



azmanshah
22nd March 2006, 01:56 PM
Perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Jambatan Sungai Marang mengambil masa kira-kira 20 minit. Saya tiba di lokasi pada jam lebih kurang 6.45 pagi. Pada masa itu langit telah mula kebiruan. Sudah boleh mula ‘menembak’.

Jambatan sungai Marang telah terkenal kepada peminat2 fotografi sejak dulu lagi. Tetapi oleh kerana kesan pembangunan, beberapa ‘landmark’ penting seperti deretan pokok2 kelapa yg menjadi ‘silhoutted foreground’ untuk ‘sunrise’ telah tiada lagi.

http://images.fotopic.net/ygst44.jpg
Nikon D70, Sigma 12-24mm, Aparture : f5.6, Shutter : 0.8 sec, Speed : WB : Auto, File : RAW, Software : Nikon Capture, Tripod - Sakure

Walaubagaimanapun, beberapa aktiviti seperti bot-bot nelayan keluar dan masuk dari jeti perikanan boleh dijadikan ‘penghias’ kepada gambar ‘sunrise’. Gambar di atas saya cuba memberi gambaran pada saat 'sunrise' itu bot-bot nelayan mula pulang dari laut dalam. Saya memilih shutter speed yg rendah sedikit supaya dapat 'movement' pada bot tersebut. Tetapi saya tidak boleh guna speed yg terlalu lama (slow speed) kerana bot itu akan hanya menjadi bayangan yg kita kurang pasti subjeknya. Untuk menujukan suasana jeti, saya telah mengunakan jeti dan bot-bot yg berada di jeti untuk memenuhi ryang kosong seblah kanan gambar.

Tripod adalah satu alat yang penting dalam fotografi. Untuk landskap pastikan anda membawa tripod.

Sebelum merakamkan gambar, menentukan shutter speed dan aparture adalah penting.

‘Metering’
Untuk pembacaan meter (‘Meter reading’) fotografi landskap, kebiasaannya saya akan mengambil ‘meter reading’ pada kawasan langit untuk gambar lanscap. Ianya telah menjadi satu ‘guide’ kepada saya untuk ‘sunset’ dan ‘sunrise’. ‘Reading’ ini harus diambil tidak termasuk matahari atau tempat yg terbit matahari kerana kebiasaan tempat ini agak cerah. Kamera kita akan memberi reading yang ‘underexposed’. Gambar akan menjadi gelap kerana kecerahan cahaya matahari tersebut.

Ambil meter secara manual atau guna exposure lock untuk auto mode .

Untuk kamera ‘Point and Shoot’, gunakan exposure control untuk mengubah kecerahan dan kegelapan gambar. Anda boleh mengubah ‘+’ atau ‘-‘ pada camera anda. Biasanya camera ‘cap ayam’ pun ada terdapatnya feature ini.

Langit kemerahan sebelum keluarnya matahari hanya berlaku beberapa saat. Jadi, anda perlu bersabar dan nantikan 'magic moment' itu. Tat kala itu juga, nelayan mula bersiap sedia untuk ke laut dalam. Gambar ni dapat saya rakamkan beberapa bot dalam perjalanan dari sungai marang ke laut dalam.

http://images.fotopic.net/ygst4h.jpg
Nikon D70, Sigma 12-24mm, Aparture : f11, Shutter Speed : 1/13sec WB : Auto, File : RAW, Software : Nikon Capture, Tripod - Sakure

Sebarang komen, pertanyaan dan perbincangan amat lah saya alu alukan. supaya kita dapat 'benefit' sama-sama.

salam.

dome
22nd March 2006, 02:02 PM
sayang betul aku ketinggalan trip ari tu.. .anyway ..tip yg bagus.bg org mcm aku yg byk shot nature.. hehe

bimmer_man
22nd March 2006, 02:05 PM
hhmm.. menarik sungguh..
leh citer lanjut tatacara penggunaan AE-L tu tak?

zainzubir
22nd March 2006, 02:22 PM
adakah maksud Azman mengambil "meter reading" pada kawasan langit bermaksud focus points (bendelah yg merah tuh-yg berpetak2 tulah) kita arahkan ke langit??

terima kasih, your explanation on shutter speed telah menjawab sedikit maslah Kak Zain malam tadi semasa di fishing pond...now I know, jika terlalu slow akan membuat image tersebut terlalu soft/berbayang, I experienced this malam tadi...actually I wanted to ask you while I was at the pond, tapi takut menganggu... :wink:

On tripod, mmg malam tadi terasa amat kesal tripod tidak bawa...but I made use of a chair and my arm to support..tapi tak stable, tuh yg byk blur....infact I've been advised by many esp. abahwafi,buba,zzoux to always lug along the tripod..tapi degil.... :cry:

Thanks again ,it's really very informative...

engku
22nd March 2006, 02:24 PM
Suka.. bila azmanshah menjadi guru.- jaggat

omarjamaludin
22nd March 2006, 02:28 PM
good artikel! boleh explain nak aim mana kat langit exactly utk dapat reading? pastu kita guna manual mode and put in those numbers right?

azmanshah
22nd March 2006, 02:36 PM
1) Point (ajukan) camera pada langit kosong di sebelah kanan, kiri atau atas, off sedikit dari kawasan sunrise

2) tekan butang AE-L (Kalau D70/D70s, ada butang AE-L, bisanya guna ibu jari tgn.),

3) jgan lepas kan butang AE-L ni, re-compose pada area yg nak diambil.

4) jgn lepaskan AE-L button ini, press shutter release button.

Untuk memudahkan. Focus dahulu (AF). letak kan AF pada Manual focus setting).

Bagi pendapat saya, metering secara manual lebih memudahkan. tidak melenguhkan ibu jari anda. Kemungkinan kamera akan bergoyang sekiranya anda asyik memegangnya semasa camera release.

salam

azmanshah
22nd March 2006, 02:40 PM
good artikel! boleh explain nak aim mana kat langit exactly utk dapat reading? pastu kita guna manual mode and put in those numbers right?

klu boleh omar... aim pada langit kosong berdekatan. langit kosong tanpa sebrang subjek. tapi mesti pada waktu sunset san sunrise sementara langit belum gelap/hitam.

insyallah!

bimmer_man
22nd March 2006, 02:45 PM
metering secara manual tu camno plak? bab2 metering ni mmg lomah tul la..

azmanshah
22nd March 2006, 02:50 PM
[quote="zainzubir"]adakah maksud Azman mengambil "meter reading" pada kawasan langit bermaksud focus points (bendelah yg merah tuh-yg berpetak2 tulah) kita arahkan ke langit??quote]

Betul kak zain, u dapat the basic idea of that thing.

tetapi, benda yg berpetak2 tu bukan sahaja berfungsi sebagai kawsan fokus tetapi juga kawasan uttuk di mana kamera 'sensor' mengukur cahaya (meter reading) untuk mendapat kan shutter speed dan aparture.

'Meter reading' bermaksud kita nak tentu kan apekah shutter speed dan aparture yg perlu kita gunakan.

yup, kak zain kita arahkan benda tu ke langit utk kita dapat bacaan aparture dan shutter speed.

tapi cara ini tidak boleh diguna pakai pada ketika langit dah gelap/ sebelum terang. hanya semasa dan saat ketika sunset atau sunrise.

intanmaria
22nd March 2006, 03:01 PM
Perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Jambatan Sungai Marang mengambil masa kira-kira 20 minit. Saya tiba di lokasi pada jam lebih kurang 6.45 pagi. Pada masa itu langit telah mula kebiruan. Sudah boleh mula ‘menembak’.

Jambatan sungai Marang telah terkenal kepada peminat2 fotografi sejak dulu lagi. Tetapi oleh kerana kesan pembangunan, beberapa ‘landmark’ penting seperti deretan pokok2 kelapa yg menjadi ‘silhoutted foreground’ untuk ‘sunrise’ telah tiada lagi.

http://images.fotopic.net/ygst44.jpg
Nikon D70, Sigma 12-24mm, Aparture : f5.6, Shutter : 0.8 sec, Speed : WB : Auto, File : RAW, Software : Nikon Capture, Tripod - Sakure

Walaubagaimanapun, beberapa aktiviti seperti bot-bot nelayan keluar dan masuk dari jeti perikanan boleh dijadikan ‘penghias’ kepada gambar ‘sunrise’. Gambar di atas saya cuba memberi gambaran pada saat 'sunrise' itu bot-bot nelayan mula pulang dari laut dalam. Saya memilih shutter speed yg rendah sedikit supaya dapat 'movement' pada bot tersebut. Tetapi saya tidak boleh guna speed yg terlalu lama (slow speed) kerana bot itu akan hanya menjadi bayangan yg kita kurang pasti subjeknya. Untuk menujukan suasana jeti, saya telah mengunakan jeti dan bot-bot yg berada di jeti untuk memenuhi ryang kosong seblah kanan gambar.

Tripod adalah satu alat yang penting dalam fotografi. Untuk landskap pastikan anda membawa tripod.

Sebelum merakamkan gambar, menentukan shutter speed dan aparture adalah penting.

‘Metering’
Untuk pembacaan meter (‘Meter reading’) fotografi landskap, kebiasaannya saya akan mengambil ‘meter reading’ pada kawasan langit untuk gambar lanscap. Ianya telah menjadi satu ‘guide’ kepada saya untuk ‘sunset’ dan ‘sunrise’. ‘Reading’ ini harus diambil tidak termasuk matahari atau tempat yg terbit matahari kerana kebiasaan tempat ini agak cerah. Kamera kita akan memberi reading yang ‘underexposed’. Gambar akan menjadi gelap kerana kecerahan cahaya matahari tersebut.

Ambil meter secara manual atau guna exposure lock untuk auto mode .

Untuk kamera ‘Point and Shoot’, gunakan exposure control untuk mengubah kecerahan dan kegelapan gambar. Anda boleh mengubah ‘+’ atau ‘-‘ pada camera anda. Biasanya camera ‘cap ayam’ pun ada terdapatnya feature ini.

Langit kemerahan sebelum keluarnya matahari hanya berlaku beberapa saat. Jadi, anda perlu bersabar dan nantikan 'magic moment' itu. Tat kala itu juga, nelayan mula bersiap sedia untuk ke laut dalam. Gambar ni dapat saya rakamkan beberapa bot dalam perjalanan dari sungai marang ke laut dalam.

http://images.fotopic.net/ygst4h.jpg
Nikon D70, Sigma 12-24mm, Aparture : f11, Shutter Speed : 1/13sec WB : Auto, File : RAW, Software : Nikon Capture, Tripod - Sakure

Sebarang komen, pertanyaan dan perbincangan amat lah saya alu alukan. supaya kita dapat 'benefit' sama-sama.

salam.

thanks for the ilmu...
really appreciate it!!

em...lepas ni nak cuba try test la!!
PNS leh gak kan :lol:
________________________
http://intanmaria.fotopages.com

azmanshah
22nd March 2006, 03:10 PM
metering secara manual tu camno plak? bab2 metering ni mmg lomah tul la..

Pusingkan tombol kepada M atau manual

http://www.dpreview.com/reviews/nikond70/Images/topleftcontrols.jpg

bimmer,

saya tak jumpa screen D70, jadi saya guna D50.

Klu u tenguk dalam camera ada satu scale (mcm pembaris ada sign '+' dan '-' tu), (meter/exp. compen. value) dimana scale ini akan bergerak-gerak. Jadi utk mendapatkan reading yg tepat pilih shutter speed atau apature (pusingkan) sehingga anda dapat dan lampu berasa di tengah-tengah.
http://www.dpreview.com/reviews/NikonD50/Images/viewfinderview.jpg

azmanshah
22nd March 2006, 03:12 PM
thanks for the ilmu...
really appreciate it!!

em...lepas ni nak cuba try test la!!
PNS leh gak kan :lol:
________________________
http://intanmaria.fotopages.com

Sesetengah Point and shoot ada jugak manual metering mode. itu lagi bagus digunakan.

bimmer_man
22nd March 2006, 03:14 PM
oic.. thanks bro.. skang baru la tau..
kalau pakai AE-L tadi tu.. dia akan otomatik kat '0' tu ke?

weet
22nd March 2006, 03:17 PM
erk... Nikon reti ar.. tp toys weet skang ni (350D) ..tak pandai2 lagi la papa pooh!! mau kene rujuk ni..

azmanshah
22nd March 2006, 03:21 PM
oic.. thanks bro.. skang baru la tau..
kalau pakai AE-L tadi tu.. dia akan otomatik kat '0' tu ke?

ya bimmer. tapi AE-L button tu u kena tekan dan tak bleh lepas sehingga u ambik gambar sunset tu. klu u lepas exposure dia akan 'lari'. sebaik-baik guna manual. ambik reading kat langit. pusing speed atau aparture sehingga dapat pada titik '0'.

azmanshah
22nd March 2006, 03:24 PM
erk... Nikon reti ar.. tp toys weet skang ni (350D) ..tak pandai2 lagi la papa pooh!! mau kene rujuk ni..

nikon ke canon ke... sama aje konsepnya untuk manual metering. ada scale jugak dan pusing kan sehingga dapat pada yg tengah.

350D hah mcm ni hah..

http://www.dpreview.com/reviews/CanonEOS350D/Images/NewFeatures/statuslcd.jpg

http://www.dpreview.com/reviews/CanonEOS350D/Images/statuslcddiag.gif

weet
22nd March 2006, 03:26 PM
oho..bukak buku gamaknye

omarjamaludin
22nd March 2006, 03:26 PM
thx bro azman,

kalau nak capture the the details of background sky , a higher f number would necessary right? f11 or something?

boleh tak kita set mode P and dpt auto metering from the sky..pastu use that number in M mode?

mier
22nd March 2006, 03:26 PM
bagus la..baru phm sket cara2 nak guna AE-L tu..

zainzubir
22nd March 2006, 03:33 PM
woit ramai gak yg baru pahei...igt aunty sornag jer yg masih byk belum khatam2/discover... :lol:

azmanshah
22nd March 2006, 03:40 PM
thx bro azman,

kalau nak capture the the details of background sky , a higher f number would necessary right? f11 or something?

boleh tak kita set mode P and dpt auto metering from the sky..pastu use that number in M mode?

omar,

soalan 1
soalan mengenai f stop. Soalan ni ad kaitan dengan jarak jelas(DOF). Ia bergantung pada lens yg di gunakan. Lens yg super wide jarak jelas (DOF)nya ada besar. jadi pengunaan f stop seperti f5.6 sudah cukup dapat langit yg sharp, seperti pix no 1 saya.

soalan 2
boleh jugak. tapi u kena ingat atau catitkan meter reading tu pada program mode tadi.

azmanshah
22nd March 2006, 03:42 PM
woit ramai gak yg baru pahei...igt aunty sornag jer yg masih byk belum khatam2/discover... :lol:

haha kantoiii!! :D

tak pe kita belajar tak perlu nak malu-malu. Malu rugi.

risya
22nd March 2006, 03:47 PM
papa Man.. congrate la terpilih FMDC Choice utk kali ni.. sempena gambar moon rise kat KT tu..

caya la papa .. nnt sya mintak papa komen gambar2 sya plak ek.. yg pakai kamera cap ayam tu..

azmanshah
22nd March 2006, 03:53 PM
papa Man.. congrate la terpilih FMDC Choice utk kali ni.. sempena gambar moon rise kat KT tu..

caya la papa .. nnt sya mintak papa komen gambar2 sya plak ek.. yg pakai kamera cap ayam tu..

terima risya, terima kasih pada yg memilih FP saya. Tu yg rasa bersemangat nak bantu kengkawan.

engku
22nd March 2006, 03:56 PM
engku bila lagi nok wi ilmu..dok kang sipang dalang payang jah. hehehe

nih.. kate org tue tue, bila tok guru tengoh mengajor jangang nya'pok. Pah kekgi dok berekat kang. Nih tok guru amber tengoh mengajor nih. Amber dengor jugok nih. :D

Kalu tok guru suroh ambe wi suter dua, bereh ah.. :D

mier
22nd March 2006, 04:01 PM
sumer dh mula skiping, mula la mier tak phm ni

zainzubir
22nd March 2006, 04:04 PM
sumer dh mula skiping, mula la mier tak phm ni

kita sama2 tak pahei..dokper..dokper...duk diang2 garu pala... :lol:

azmanshah
22nd March 2006, 04:05 PM
sumer dh mula skiping, mula la mier tak phm ni

mier,

itu cuma sekadar selingan-g aje. comercial break... hehehe

jaggat
22nd March 2006, 05:42 PM
Ok man... terus kan Kuliah tu. aku dok dengar ni.

buntalshoot
22nd March 2006, 07:04 PM
samalaa niee...tgh kusyuk gila nie....teruskan...kan jaggat kan.... :D

nfirdaus
22nd March 2006, 07:30 PM
ambo pung duk tumpang sekaki deh!

Memang menjadi tips yg diberi, baru la paham pasal metering, iaitu matrix, spot & etc. Kena buka manual lagi nih.

nin9
22nd March 2006, 08:14 PM
hehe.. negeri cantik budaya menarik. Informatif.

heroMak
22nd March 2006, 09:27 PM
hehehe..negeri cantik, budaya menarik...org baik2...heheheh

menatu pun baik2..kan papa man kannnnngggggggg

PeLaris
22nd March 2006, 10:32 PM
mang...
Sigma 10-20mm f/4-5.6 EX DC HSM baru tubik...
Auto-Focus with full-time manual focus override...
Gamoknya, camana dia nyer "distortion" ?

red406
22nd March 2006, 11:59 PM
dok nunggu gambor2 hok cung lagie...

risya
23rd March 2006, 12:08 AM
papa Man.. sya pun tak tahu dah which one yg papa select tadik..

ni kot..

http://i28.photobucket.com/albums/c216/risyars/38927cb0.jpg

papa & kengkawan yg lain... komen ek .. TQ

risya
23rd March 2006, 12:19 AM
segan actually nak publish gmbar ni...

satu g..

http://i28.photobucket.com/albums/c216/risyars/53cc8bf6.jpg

note : menggunakan kamera cap ayam..

komen ek.. komen betul2 tau.. kutuk kutuk tu.. sila la bg cara nak atasinya skali..

p/s saya budak baru belajar

risya
23rd March 2006, 12:23 AM
http://i28.photobucket.com/albums/c216/risyars/44d41199.jpg

papa.. next time papa ajar guna manual.. guna kamera cap ayam la.. kalau d70s.. tak dapek la kan.. hehe

ni leh repair kan pakai CS2?

buntalshoot
23rd March 2006, 12:33 AM
mang...
Sigma 10-20mm f/4-5.6 EX DC HSM baru tubik...
Auto-Focus with full-time manual focus override...
Gamoknya, camana dia nyer "distortion" ?

wooo...ni kena tanya sepol nang nieee... :lol:
tak pung kena tanya kawan dia.... sepol rizall :lol:

PeLaris
23rd March 2006, 02:27 AM
cer tanyer!

azmanshah
23rd March 2006, 08:48 AM
hehehe..negeri cantik, budaya menarik...org baik2...heheheh

menatu pun baik2..kan papa man kannnnngggggggg

negeri chantik, budaya menarik.. org chomel-chomel belaka.

menatu?? tunggu hari raya heromak, ramai fotopages menatu org ganu. boleh buat outing besor-berorang nanti.

azmanshah
23rd March 2006, 08:55 AM
mang...
Sigma 10-20mm f/4-5.6 EX DC HSM baru tubik...
Auto-Focus with full-time manual focus override...
Gamoknya, camana dia nyer "distortion" ?

Saya belum ada pengalaman dengan lens 10-20 ni. mungkin nanti boleh test sepol punya lens.

rasa distortion lebih kurang dengan 12-24. Tapi, bagi pendapat saya distortion tu yg buat lens ni agak sesuai utk landskap.

Tapi kalu ambik people, 'distortion' nya agak ketara. kalu ambik gambo group, jaga la org kat tepi. senget kepala weh. hudoh jadi. kepala besor badan kecik. hehehe.

azmanshah
23rd March 2006, 08:57 AM
papa Man.. sya pun tak tahu dah which one yg papa select tadik..

ni kot..

http://i28.photobucket.com/albums/c216/risyars/38927cb0.jpg

papa & kengkawan yg lain... komen ek .. TQ

Risya,

saya rasa risya ada few gambar yg lebih menarik dari yg tiga yg ada ni.

risya
23rd March 2006, 09:02 AM
papa Man.. sya tak tahu la yg mana.. hehe! tunggu next meet up la sya tunjuk lagi.. lastnite tu.. bateri laptop pun nyawa2 ikan.. hehe.. neway thanks papa..

nway.. takpela papa komen je la gmbar2 tu.. *sedia tahan telinga nak dgr.. :D

Mazrul
23rd March 2006, 09:04 AM
En. azman aka Papa...

Bagi shot luar, yg paling saya geram ialah langit yg putih. Selain dari polarize filter atau thru PS...mcm mana nak create suasana yg kebiruan dan masih memberi subject yg jelas dihadapan!
Ade sample kat bawah...amik masa shoot Autoshow ari tu!

http://i44.photobucket.com/albums/f1/mazrul07/3da396db.jpg

zul78
23rd March 2006, 09:19 AM
soory mencelah ......
zul suka tengok gambar risha........
edit sikit...... pembetulan dilakukan pada ...shadow.... hightlight....mode......dan curve....

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risha.jpg

azmanshah
23rd March 2006, 09:21 AM
En Mazrul,

Dari pendapat saya, pemilihan masa dan hari bersesuaian ada lah penting. Ada photgrapher yg akan tunggu hanya pada-pada hari langit biru (blue sky) baru lah keluar 'shooting'. Begitu jugak masa shooting. Kebiasaannya awal pagi ketika matahari baru naik akan memberi cahaya yg menarik.

Kebiasaan nya saya suka ambik gambar dari awal pagi hingga lah dalam pukul 10-11 pagi.

bagitu juga pada bahagian petang. Shoot lewat sedikit mungkin akan memberi cahaya yg dramatik.

Bagi saya juga, skiranya langit dipenuhi awan putih saya akan cuba elakkan ambik gambar lanskap.

zainzubir
23rd March 2006, 09:35 AM
a good tip Azman on Mazrul's question. Kak zain nak tanya bagaimana pula jika kita sedang bercuti dan keep on moving dari satu kawasan kesatu kawasan, dan kebetulan tiba waktu matahari terik disuatu tpt yg amat menarii utk dicapture. Penggunaan CPL memang antara cara yg boleh membantu, bagaimana pula jika tertinggal cpl atau lens kita tidak boleh guna CPL yg ada??(mungkin disebabkan mounting yg berbeza) tapi hendak juga capture lanscap tersebut??

saya mak budak yg baru belajar.... :wink:

risya
23rd March 2006, 09:37 AM
soory mencelah ......
zul suka tengok gambar risha........
edit sikit...... pembetulan dilakukan pada ...shadow.... hightlight....mode......dan curve....

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risha.jpg

zul.. thanks.. tapi blh bg tahu buat camner?!

note :
bila tgk gambar papa Man..mmg rasa amat la byk benda yg masih blh diketahui..

zul78
23rd March 2006, 09:44 AM
risya :

nanti zul buat tread baru ...kat photo editor ...... dah lama tak update photo editing tu .....

sabar ehhh

risya
23rd March 2006, 09:46 AM
zul.. sementara ni.. bleh letak je dlm thread ni.. sbb ni mmg khas papa Man buat utk pix captured kat marang..

p/s papa man.. sya tumpang letak gmbar ek?!

Mazrul
23rd March 2006, 10:02 AM
Terima kasih En. Azman kerana membantu memberi tips dan pandangan.

Saya rasa dlm banyak-baynak sifu, En. Azman nih yg paling banyak memberi tips yg berkesan dan berguna. Bukan yg lain tapi bagi, tapi beza en. azman dgn lain, kerana cara penyampaian nye...betul tak?

azmanshah
23rd March 2006, 10:05 AM
betul kak zan,

sememangnya kenkadang kita tiada pilihan tetapi harus juga ambik.

KALAU SAYA lah, pemilihan sudut amat penting. Rajin berjalan sekeliling untuk mencari, bukan sahaja sudut menarik, tetapi sudut yg tidak akan memberi kepada masalah pengcahayaan seperti 'back-lighting'. Ingat tak pesan org tua-tua masa dulu kalau ambik gambor matahari mesti kat belakang, jangan mengadap matahari. ini supaya subjek kita jadi 'terang' bukan background lagi yg terang dari subjek.... hehehe .. itu basic nya.

Ape yg penting dapatkan exposure yg betul, supaya warna subject tidak 'lari' dari yg sebenar. Ape bila lagit putih/cerah kita harus berhati-hati dari segi exposure kita.

Walaubagaimanapun, ada photographer yg bijak akan mengunakan teknik backlighting utk meghasilkan silhoutte atau pengcahayaan yg menarik/kreatif. (ini hanya cadangan).

Ada bebrapa solution dalam dunia digital photography dimana pengunaan 'custome curve' utuk mengatasi permasalahan exposure. Tapi tu semua dah advance stage. Yg penting di sini ada lah permahaman dari segi basic photography.

azmanshah
23rd March 2006, 10:09 AM
Terima kasih En. Azman kerana membantu memberi tips dan pandangan.

Saya rasa dlm banyak-baynak sifu, En. Azman nih yg paling banyak memberi tips yg berkesan dan berguna. Bukan yg lain tapi bagi, tapi beza en. azman dgn lain, kerana cara penyampaian nye...betul tak?

Terima kasih en Mazrul,

Saya kalau boleh tak nak terlalu teknikal pada bahagian kamera sahaja. Bermakna tips-tips bukan hanya dari segi setting sahaja. Kalau boleh saya nak kongsi tips-tips apabila kita 'turun padang'.

Dalam kata lain, kita kongsi pengalaman kita bersama.

azmanshah
23rd March 2006, 10:14 AM
zul.. sementara ni.. bleh letak je dlm thread ni.. sbb ni mmg khas papa Man buat utk pix captured kat marang..

p/s papa man.. sya tumpang letak gmbar ek?!

Letak aje. no problem kita boleh tenguk dan bincang bersama.

Mana member2 yg ada pengetahuan tu, tolong-tolong la bagi pandangan sikit. teguran ke ape ke. tak semestinya saya betul sokmo. mungkin ada yg tersilap.

Risya,

Dari gambar yg risya post di sini, permasalahannya ada lah pada exposure. Pengunaan 'auto exposure' kadang kala 'tertipu' dengan keadaan cahaya yg 'tricky' atau mencabar.

Tricky atau mencabar di sini bermaksud, exposure yg mana dua kecerahan yg amat berbeza atau ketara. Matahari satu hal, yg teramat-amat terang. Dan subjek, seperti bot, pokok pulak agak gelap pulak.

Kamera kita pulak, pada 'auto exposure mode' akan memberi exposure yg pada 'average'. Jadi ini akan membuat exposure gambar kita kurang tepat.

Apabila exposure kurang tepat, maka timbul lah masalah gambar yg pucat (dull) atau warna yg kurang menarik.

zul78
23rd March 2006, 10:20 AM
di atas permintaan risya .......

beberapa masalah yang biasa berlaku pada camera PNS ketika mengambil gambar lanskap...biasanya blur ...atau kurang sharp atau bergegar atau kurang pencayaan
dan sewaktu dengan nya ...... dan jugak boleh berlaku kepada SLR


ini adalah kaedah basic yang boleh di gunakan bagi membetulkan sedikit kelemahan tu......

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risya_1.jpg
open file tu ....

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risya_2.jpg
click pada image ajustment dan pilih shadow/hightlight ..... betulkan sikit
pada amount shadow

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risya_3.jpg
pastu guna photo filter ..( change mode ) mengikut situasi
bagi gamabr risya ...zul menganggap gambar tu di ambil sebelah pagi..
jadi zul gunakan mode cool.... dan 80 % kecerahan tapi pada density
14% ( kadar tranparency pada permukaan filter )

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risya_4.jpg
ubah sikit pada curve .... ini lebih bertujuan bagi membetulkan exposer...

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risya_5.jpg
dan gunakan smart sharpe untuk hilangkan blur pada gambar...

http://www.fotopages-malaysia.com/upload/store/risya_6.jpg
ok siap ....

penggunaan kaedah ini boleh bagus untuk gambar lanskap, panorama ... dan gambar di suatu kawasan yang luas...
yang banyak memggunakan cahaya, colour serta objek

p/s: tumpang lalu .......

zainzubir
23rd March 2006, 10:31 AM
Terima kasih En. Azman kerana membantu memberi tips dan pandangan.

Saya rasa dlm banyak-baynak sifu, En. Azman nih yg paling banyak memberi tips yg berkesan dan berguna. Bukan yg lain tapi bagi, tapi beza en. azman dgn lain, kerana cara penyampaian nye...betul tak?

setuju ngan Mazrul..bukan penyampaian sahaja, contoh2 yg mudah..and less jargons used esp. utk org spt Kak Zain yg susah pahei..... :wink:

azmanshah
23rd March 2006, 10:32 AM
thanks zul for the tips dan cuba perbaiki gambar ni.

Tapi

Risya,
Selain dari exposure, composition gambar pun harus di ambik kira. Gambar risya subjeknya ada, tetapi boleh diperbaiki lagi dari segi composition juga.

azmanshah
23rd March 2006, 10:37 AM
Risya jangan risau.

Masalah ni bukan masalah guna camera 'cap ayam'. masih ada cara nak perbaiki.

Jgn la sebab tak puas hati terus beli camera yg canggih.

cuba gunakan yg ada sebaik mungkin.

P/s jom gi ambik lanscape lagi!!

risya
23rd March 2006, 11:04 AM
thanks zul.. for sharing.. sya ni guna photoshop tak sampai sebulan pun lagi.. masih byk yg perlu belajar

thanks papa.. tapi papa.. sya takde camera actually.. itu kamera kawan.. kdg2 pakai kamera my sisters.. tgh pk lagi nak beli or tak.. tapi mmg nak belajar lagi deep in composition.. b4 beli new camera.. nampaknya tak lps lagi ek.. neway.. outing lagi? jom papa.. tapi katner?! kalau bunga2 .. tak brapa suka la papa.. hehe..

heroMak
23rd March 2006, 11:28 AM
mudah kalu belajar siap ada pekakas. senang nak buat praktikal.. mende ni kena buat praktikal baru lebih paham.. pas tu, kena amal sokmo.. kalu tak amal, bleh lupa..

kamera apa-apa pun, kalu gamba tu dah nak jadi cantik, maka cantik la ia...

p/s: seni dan canti gambar itu, terlalu luas maknanya...endless...

azmanshah
23rd March 2006, 03:37 PM
Boleh aja kita buat pratikal pasal lanskap ni. tapi kat KL ni la buat masa ni.

Klu nak kita buat yg simple aje lah. Gi titiwangsa ke pepagi ke...

http://www.fotopages-malaysia.com/albums/p-sunrise/kl_titiwangsa.jpg

ambik gambar simple simple mcm ni pun cukup la.

pokok kelapa ngan tasik ni ada lagi kata titiwangsa tu... :D

Amacam?

risya
23rd March 2006, 04:46 PM
bila papa? minggu ni tak dapek.. sya keja.. next week ok? ahad pg ke?

yokozuna
23rd March 2006, 05:25 PM
metering secara manual tu camno plak? bab2 metering ni mmg lomah tul la..

Pusingkan tombol kepada M atau manual



bimmer,

saya tak jumpa screen D70, jadi saya guna D50.

Klu u tenguk dalam camera ada satu scale (mcm pembaris ada sign '+' dan '-' tu), (meter/exp. compen. value) dimana scale ini akan bergerak-gerak. Jadi utk mendapatkan reading yg tepat pilih shutter speed atau apature (pusingkan) sehingga anda dapat dan lampu berasa di tengah-tengah.


papa azman, boleh tak kasi tips tika mane nk menggunakan exposure compensation tu. Maksud saya keadaan macamana nk tentukan exposure compensation tu jadi +1/3 stop, + 2/3 stop,+1 stop,+2 stop ataupun -1/3 stop etc tu...

azmanshah
23rd March 2006, 06:23 PM
deleted

azmanshah
23rd March 2006, 06:25 PM
deleted

azmanshah
23rd March 2006, 06:27 PM
Ini soalan nak menguji saya ke Aime? hehe. Dalam internet pun banyak dah boleh jumpa mengenai exposure compensation ni. saya akan cuba explain sebaik mungkin dalam 'bahasa' kita-kita. (bukan bahasa jepun ek)

Yoko,

Sekiranya kita faham bagaimana camera kita berfungsi untuk 'meter reading' kita akan lebih senang faham.

Tetapi utk memudahkan, secara generalnya, ia bergantung pada keadaan atau warna subjek. Sekiranya subjek berwarna putih atau warnah cerah dan terang, camera kita akan memberi reading yg 'underexpose' di sebab kan kecerahan warna putih, salji atau sungai yg berkilau-kilau. Jadi disebab kan bacaan yg 'underexpose' itu kita perlu tambahkan sedikit bukaan supaya lebih cahaya masuk ke kamera.

Sebaliknya bagi subjek yg dominasinya berwarna hitam atau gelap, CAmera meter yg cuba mencerahkan kaler subjek gelap itu akan memberi bacaan meter yg overexposed.

jadi sebagai panduan:

Antara under-exposed Scenes yang memerlu kan Plus (+)
scene yg banyak kawasan bright/reflective, laut atau sungai
dominant white or yellow areas seperti kawasan salji, bangunan berwarnah putih
Sunset/Sunrise


Antara over-exposed Scenes yang memerlu kan minus (-)
Scene yg banyak kawasan gelap
Scenes hijau gelap seperti hutan
objek yg gelap/hitam
yg banyak kawasan bayang/shadows

PeLaris
23rd March 2006, 06:30 PM
wakari masu mang san!

zainzubir
24th March 2006, 11:37 AM
wakari masu mang san!

siapa yang jadi mangsa makan kari pelaris?? :roll: :oops:

yokozuna
24th March 2006, 11:53 AM
Ini soalan nak menguji saya ke Aime? hehe. Dalam internet pun banyak dah boleh jumpa mengenai exposure compensation ni. saya akan cuba explain sebaik mungkin dalam 'bahasa' kita-kita. (bukan bahasa jepun ek)

Yoko,

Sekiranya kita faham bagaimana camera kita berfungsi untuk 'meter reading' kita akan lebih senang faham.

Tetapi utk memudahkan, secara generalnya, ia bergantung pada keadaan atau warna subjek. Sekiranya subjek berwarna putih atau warnah cerah dan terang, camera kita akan memberi reading yg 'underexpose' di sebab kan kecerahan warna putih, salji atau sungai yg berkilau-kilau. Jadi disebab kan bacaan yg 'underexpose' itu kita perlu tambahkan sedikit bukaan supaya lebih cahaya masuk ke kamera.

Sebaliknya bagi subjek yg dominasinya berwarna hitam atau gelap, CAmera meter yg cuba mencerahkan kaler subjek gelap itu akan memberi bacaan meter yg overexposed.

jadi sebagai panduan:

Antara under-exposed Scenes yang memerlu kan Plus (+)
scene yg banyak kawasan bright/reflective, laut atau sungai
dominant white or yellow areas seperti kawasan salji, bangunan berwarnah putih
Sunset/Sunrise


Antara over-exposed Scenes yang memerlu kan minus (-)
Scene yg banyak kawasan gelap
Scenes hijau gelap seperti hutan
objek yg gelap/hitam
yg banyak kawasan bayang/shadows

bro azman san..tenkiu very much!!!..sungguh senang faham...
sgt2 membantu ni...

ARphotography
24th March 2006, 12:05 PM
Wah... sunggunyer detail explanation tuh... GOOD JOB AZMANSHAH... nie dah kira jadik CIKGU PAPA MAN... Wakakakakkakakk... aku sendiri pun banyak belajo dr artikel nie... RESPECT...

azmanshah
24th March 2006, 03:50 PM
hait. arigato go zai mas

sobriazmi
24th March 2006, 04:09 PM
copy paste.....

kaklong
24th March 2006, 06:19 PM
nak tumpang tanya juga...
utk kamera pns, metering dia tu yg mana satu sebenarnya?
kalau utk composition contohnya, saya tekan shutter button tu halfway, sebab nak fokus ke subjek saya, dan lepas tu baru recompose, dan dah puas hati saya click abis shutter button tu. itu dah termasuk metering sekali ke?
kalau bukan itu, tak jumpa pun apa-apa butang utk metering ni?
tolong tolong!
p/s: saya guna panasonic lumix fz-20.

dome
24th March 2006, 06:53 PM
pns tak salah kalau yg ada manual ada kat setting dia.
mcm my sony p150 ni ada 2 metering mode , multi dan spot ,
kalau pakai spot di cadang pilih center af focus,

gambar katak yg di tembak mlm2 byk pakai spot metering, hehe


* err kak long jawapan detail tunggu papaman bg or sape2 yg terror.

azmanshah
24th March 2006, 07:10 PM
nak tumpang tanya juga...
utk kamera pns, metering dia tu yg mana satu sebenarnya?
kalau utk composition contohnya, saya tekan shutter button tu halfway, sebab nak fokus ke subjek saya, dan lepas tu baru recompose, dan dah puas hati saya click abis shutter button tu. itu dah termasuk metering sekali ke?
kalau bukan itu, tak jumpa pun apa-apa butang utk metering ni?
tolong tolong!
p/s: saya guna panasonic lumix fz-20.

Kak long,

camera kebiasaannya berfungsi AF nya dan meteringnya sekaligus bila kita tekan shutterbutton half way. FZ-20 aggak hebat dari segi functionnya, dimana function nya lebih kurang dengan DSLR yg ada.

Jadi semasa kak long press half way, camera akan focus dan juga memberi meter reading sekali.

kaklong
24th March 2006, 07:12 PM
ooohhh... thank u very much!
:D

azmanshah
24th March 2006, 07:30 PM
Kak long,
FZ-20 is a great pns camera.

i like some of the shots in your FP. especially kat entry sureal. Some good shots there.

kaklong
25th March 2006, 12:25 AM
thanks, for spending some time browsing through my fp.

yes, for the time being fz-20 is the best for me. i am not going to dream on a better camera until i get my technics correct. hehehe...

and, the first step after composition might be to try to understand the metering thing. please, help. btw, what u're doing here is great. tak kedekut dengan ilmu. *salute*

designer_2005
25th March 2006, 12:42 AM
Bro Azman,

Nak tanya pasal metering ni, kalau kita shoot landskap guna Aperture Priority (A dlm nikon), adakah dengan kita adjust focus secara manual atau aufocus pada langit tu dah dikira kita buat metering? Atau kena guna mode manual gak?

buttet
25th March 2006, 10:16 AM
aku punya kamera kodok tadak metering ghasanya..nnt aku chehck balik....kamera kodok ku papa nnt saya upload gambo papa komen yer..nie kat opis nie :P

PeLaris
25th March 2006, 11:21 AM
butet.. klu tadak metering, guna je "sentuhan rasa"... :)

buttet
25th March 2006, 11:27 AM
sentuhan rasa perghhh mcm rancangan masakan plak...ehh diam kang papa marah dia ikat kat pokok kemudian rotan kang :P

PeLaris
25th March 2006, 11:47 AM
ok ok..
/me duk diam sambil kedua belah tangan ataih riba cam pengantin...

azmanshah
25th March 2006, 02:50 PM
Bro Azman,

Nak tanya pasal metering ni, kalau kita shoot landskap guna Aperture Priority (A dlm nikon), adakah dengan kita adjust focus secara manual atau aufocus pada langit tu dah dikira kita buat metering? Atau kena guna mode manual gak?

Ya betul. tekan aje (half press) shutter button, metering akan dijalan kan.

Utk manual mode, half press shutter utk activate/jalankan metering system, pas tu mula pilih shutter dan apareture yg sesuai.

azmanshah
25th March 2006, 02:54 PM
aku punya kamera kodok tadak metering ghasanya..nnt aku chehck balik....kamera kodok ku papa nnt saya upload gambo papa komen yer..nie kat opis nie :P

Ada pulak mcm tu....

tu la org soh dok diam-daim tak nak ikut , kena rotan sklai baru tau. :D

butet, kebanyakan kamera pointt n shut ada metering system. kalu tak ada, mcm mana camera tu nak record image yg tepat exposurenya.

designer_2005
25th March 2006, 04:14 PM
tq bro azman..

tapi kalo kita fokus secara manual, tanpa guna AF, (sebab manual tak boleh tekan half release button) bila dapat adjust fokus dengan sharp image dah dikira buat metering?

p/s haha dulu kat sekolah tak sempat belajar metering ni, sebab lepas belajo aperture dan speed cikgu dah pencen...masatu guna slr mekanikal

buttet
26th March 2006, 02:16 AM
hehehehe...buttetkan anak yang nakal papa..:p ok teruskan perbincangan papa :P

azmanshah
26th March 2006, 03:01 PM
tq bro azman..

tapi kalo kita fokus secara manual, tanpa guna AF, (sebab manual tak boleh tekan half release button) bila dapat adjust fokus dengan sharp image dah dikira buat metering?

p/s haha dulu kat sekolah tak sempat belajar metering ni, sebab lepas belajo aperture dan speed cikgu dah pencen...masatu guna slr mekanikal

designer 2005,

masih kena tekan half utk aktivate kan metering system. biasanya metering system dia akan 'de-activate/off' secara auto, sekiranya camera kita di biarkan 'idle' utk beberapa minit.

Kecuali lah kalau kita guna fully manual camera.

PeLaris
28th March 2006, 07:04 PM
mang,
nok mari pulok teranung royak dehS!

designer_2005
28th March 2006, 10:30 PM
kalau guna D70s, kena tekan AE-L untuk exposure lock sampai kita tekan shutter ker? lenguh ler jari yer...
Sebab sebelum ni saya guna canon 350D, untuk exposure lock, just tekan sekali AE-L jer pastu boleh press shutter release. Saya apply benda yg sama kat D70s, tapi tak boleh, memang begitu ker?

- yg tak expert2 lg guna D70s :roll:

eastone
29th March 2006, 08:52 AM
kalau tak silap saya ade option utk holdkan exposure lock tu...hanya tekan sekali je...
tapi tak ingat kat mane setting dia sebab takde camera disisi...
takpe tunggu geng yg ingat kat mane setting tu...

aji
28th April 2008, 12:04 AM
banyak benda boleh belajar kat topik ni

thanks papaman
dan dome yang refresh balik link ni tadi

yon
21st May 2008, 11:23 AM
refresh balik utk memantapkan diri...takut2 dah terlupa asas yg penting...

thanks papaman & dome....

kapalkertas
21st May 2008, 04:24 PM
em pertanyaan, sama ke fungsi AE-L dgn tekan shutter halfway? fungsinya utk lock exposure, recompose dan snap kan?

yon
22nd May 2008, 07:46 AM
Tekan shutter halfway adalah utk fokus dan metering expose. Fungsi AE-L adalah utk lock metering expose.