PDA

View Full Version : diopter setting



zul78
22nd March 2006, 03:25 PM
zul ader masalah untuk setting diopter ......

bila minuskan pada sampai habis ...masih lagi tak membantu ...
rasa kurang selesa bila nak pakai cermin mata masa ambik gambar....

atau ader cara lain untuk setting diopter di supaya mencapai tahap
yang kita kehendaki.....

p/s: gambar selalu blurrrr........ waaaaaaaaaaa

mier
22nd March 2006, 03:47 PM
erm..tak pasti lak sbb mier mmg amik gmbr pki spek so setting nyer smpi maximum la

azmanshah
22nd March 2006, 03:50 PM
zul,

kalu guna AF, masalah blur tak timbul pada final image walaupun diopter tu salah positionnya.

kalu diopter tu salah setting, "wat u see is not wat u get". hehe

setting diopter ada lah mengikut secukup rasa masing2.

engku
22nd March 2006, 03:58 PM
pusing lagi atas bawah sampai leh tengok sharp. ada negative sampai positive tu kan?

zul78
22nd March 2006, 04:00 PM
kata kan zul setting kepada M.... tapi zul letak m/a pada lens dan AF pada body ...... masa haft shutter ...
lens akan akan berusaha sedaya upaya untuk sharpkan image yang jatuh pada ccd .... sehingga terhasil bunyik bib....
tapi ..pada view finder ..masih lagi blur ....

adakah gambar yang kita ambik tu akan jadik sharp ..... atau sebaliknya.....

zainzubir
22nd March 2006, 04:01 PM
diopter setting nih yg mola2 ngajor saya dan saya akan igt sampai mati ialah si Redwan aka arnett semasa Ted's evaluation day...infact semua yg diajar oleh siapa.."who's who" saya ingat dan akan bukukan...cara begini lebih berkesan kepada org seperti saya yg dah berumur nih...so latest in the list tentunya Azman... :wink: saya akan igt....sampai bila2...insyallah selagi tak nyanyuk..nauzubillah :roll:

azmanshah
22nd March 2006, 04:01 PM
klu dah beep tu insyallah sharp.

zul ble try kan? sekarang tak perlu lagi pergi cuci gambar nak tenguk result.. hehehe

mier
22nd March 2006, 04:03 PM
kata kan zul setting kepada M.... tapi zul letak m/a pada lens dan AF pada body ...... masa haft shutter ...
lens akan akan berusaha sedaya upaya untuk sharpkan image yang jatuh pada ccd .... sehingga terhasil bunyik bib....
tapi ..pada view finder ..masih lagi blur ....

adakah gambar yang kita ambik tu akan jadik sharp ..... atau sebaliknya.....

rsnyer akan sharp coz pada viewfinder tu power mata kita yg blur but stil focus..correct me if i'm wrong

zul78
22nd March 2006, 04:07 PM
zul dah try ... kalau betul kata brother azman .... mungkin zul ader masalah ngan stadyhand .... atau
slow shutter speed .....

thanks alot ...

p/s: cikgu main camera ...hari hari cikgu main camera .................. cikgu dah ajar......mari study ... .....kih kih kih

helmyemran
22nd March 2006, 04:12 PM
selain tu, zul dah try pergi kat menu AF-Area mode?
ada tiga option kan? setiap satu option akan effect kat focusing. sbb kadang2, mmg dia berbunyi, tp tak focus kat object yg kita nak. cuba la kat situ gak.

piece! :mrgreen:

zul78
22nd March 2006, 04:23 PM
AF area mode... kat maner ekk..... ????
sorry lah ... zul baru lagi ngan d70s ni .....

p/s: saya budak baru belajar

helmyemran
22nd March 2006, 04:40 PM
cuba carik gamba pencil kat menu tu. tak silap aku no 3. tak tau la D70s lain.

aku nie bg pendapat je. mungkin bole selesaikan masalah zul, mungkin tak. sbb aku pun baru blaja gak. hihi..

peace! :mrgreen:

engku
22nd March 2006, 05:14 PM
zul dok kat mana? nanti kalo ada TT dekat2 situ leh join

jaggat
22nd March 2006, 05:27 PM
saya rasa mungkin betul agakkan helmyemran.
Yang no 3 tu 'AF- area mode'. Disitu cuba pilih 'Single area', lepas tu tekan sutter release separuh dan lepaskan balik (boleh tekan beberapa kali). sekarang focus point sedang aktif dalam tempoh beberapa saat. Tekan command dail, focus point akan bergerak mengikut arah yg ditekan. Kemudian pastikan objek searah dengan focus point. tekan sutter release. insyaallah gambar ok.

zul78
22nd March 2006, 05:39 PM
zul dok kg dato keramat lrg 7........ zul nak join TT ....tapi tak tahu kat maner ...... no tepon zul 012-6076406 (hp baru kene langgar kereta nanti nak beli baru) atau no org umah zul .....
012-2067906..... harap ...dapat msg kalau ada TT
time kasih .....

designer_2005
22nd March 2006, 06:39 PM
pasal jaggat kata AF-area mode dan pilih single mode, boleh tak focus point tu kita set kat semua lima2 focus point? sebab setakat ni boleh pilih salah satu focus point jer. Atau pun D70s memang boleh pilih salah satu focus point jer?

p/s sorry zul mencelah sket dlm thread ni

buntalshoot
22nd March 2006, 07:02 PM
zullll....
budak2 keramat, ampang selalu apa turun TT... jom join...!!!!
klu bulih bagi kat Risya no. tu.... :D

jaggat
22nd March 2006, 09:06 PM
pasal jaggat kata AF-area mode dan pilih single mode, boleh tak focus point tu kita set kat semua lima2 focus point? sebab setakat ni boleh pilih salah satu focus point jer. Atau pun D70s memang boleh pilih salah satu focus point jer?

p/s sorry zul mencelah sket dlm thread ni

soli zul terpaksa mencelah juga lah. pasal org dah tanya.

Kita tak boleh set kelima2 focus point tu. Bagaimanapun untuk mendapatkan ruang DOF yang lebih luas, kita boleh tukar metering mode kepada "3D metrix metering".

PeLaris
23rd March 2006, 03:00 AM
Permasaalahan zul berkemungkinan dari "focusing" iaitu "focusing mode" dan bukan dari "diopter adjustment control".
Saya amat setuju dengan pendapat helmi dan jaggat yang mana punca sebenar datang dari penggunaan "focusing mode".
Penggunaan secara auto "5-area multi-autofocus" menyebabkan ada di antara rakaman subjek utama terkeluar dari fokusing. Ini terjadi disebabkan ada halangan di hadapan.
Kita ambil contoh, pengantin memotong kek, "5-area multi-autofocus" ini merakam 100% "sharpness" hanya pada kek tersebut sedangkan pengantin yang berdiri di belakang kek tersebut cuma menerima 85% sharpness... Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan oleh, apa objek yang ada mula˛ di hadapan muncung lensa akan dirakam dahulu...
Zul boleh gunakan petua yang disarankan oleh jaggat, guna single focosing mode dan aim pada pengantin (contoh) sambil jangan lepaskan shutter yang ditekan separuh tu, lepas tu aim balik acara potong kek tersebut dan snap.

PeLaris
23rd March 2006, 03:25 AM
Keliru.. nyayian Nurul & Ajai


designer_2005 wrote: ›pasal jaggat kata AF-area mode dan pilih single mode, boleh tak focus point tu kita set kat semua lima2 focus point? sebab setakat ni boleh pilih salah satu focus point jer. Atau pun D70s memang boleh pilih salah satu focus point jer?
p/s sorry zul mencelah sket dlm thread ni



soli zul terpaksa mencelah juga lah. pasal org dah tanya.

Kita tak boleh set kelima2 focus point tu. Bagaimanapun untuk mendapatkan ruang DOF yang lebih luas, kita boleh tukar metering mode kepada "3D metrix metering".

Nak setkan kelima-lima focus point tu, pilihan yang ada hanyalah mode "5-area multi-autofocus" je, seperti yang dijelaskan dalam posting di atas. Tapi, semua focus point tu hidup, menyambar semua objek yang ada di hadapan. Dan pula, bila dah disetkan satu˛, focus point nya akan mati di situ sahaja. Jadi, carilah focus point yang paling sesuai...

Ntuk jaggat, apa hubung kait nak dapat kan DOF yang luas dengan menggunakan 3D Matrix Metering? Bukankah untuk mendapatkan DOF yang luas menggunakan aperture yang kecil? Dan bukankah mengunakan Matrix Metering tu hanya semata mata untuk menyukat cahaya? Adakah penggunaan Matrix Metering tu dapat membantu menghasilkan DOF yang luas?

Perbincangan yang sihat.. ;)

jaggat
23rd March 2006, 11:38 AM
Sila betulkan jika saya salah...
cuba pelaris shot objek antara mode 3D matrix metering dan mode spot metering. Ruang jelas (DOF) akan kelihatan lebih lebar pada mode 3D matrix metering. 3D matrix metering bukan sahaja menyukat cayaha, tetapi juga menentukan lebar kejelasan dalam frame dengan syarat objek/subjek berada pada jarak (distance) yang sama, atau hampir sama. mengikut pengalaman saya, kesannya lebih ketara pada f4 atau lebih besar. Pada f stop yang lebih kecil, kesannya telah berkurangan kerana dipengaruhi oleh DOF yang dihasilkan oleh pengecilan aparture.

PeLaris
23rd March 2006, 01:08 PM
saya tidak setuju...
tugas meter hanya untuk menyukat cahaya sahaja...
tiada efek pada perubahan Depth Of field walau guna pelbagai mode termasuk "partial"..

kita tunggu pendapat kengkawan yang lain, sama˛ berkongsi pengetahuan... ;)

aji
23rd March 2006, 01:14 PM
kalau jumpa jaggat nanti aji get ready camera sekali
lagi senang sket kot nak explain

PeLaris
23rd March 2006, 01:43 PM
kita tunggu pendapat kwn˛ yang lain....
apa pendapat mereka...

sobriazmi
23rd March 2006, 02:23 PM
bro pelaris jgn marah arr...
diopter tu apadia...boe taktau arr....

sobriazmi
23rd March 2006, 02:27 PM
http://www.dpreview.com/reviews/nikond70/Images/viewfinder.jpg

Nikon D70s Viewfinder focus

The viewfinder of the Nikon D70s is equipped with diopter adjustment to accommodate individual differences in vision. To adjust viewfinder focus, slide the diopter adjustment control up and down until the viewfinder display and focus brackets are in sharp focus. If necessary, the rubber eyepiece cup can be removed; when the cup is replaced, the lettered face should be down

sobriazmi
23rd March 2006, 02:27 PM
ooo....dah tau..
cari dlm net tadi...

zul78
23rd March 2006, 02:54 PM
bila keadaan yang sesuai untuk kita set diopter tu .....????

adakah dalam keadaan dimana lens berada pada default setting .....
atau pada bila bila masa sahaja ....???

zainzubir
23rd March 2006, 03:00 PM
bila keadaan yang sesuai untuk kita set diopter tu .....????

adakah dalam keadaan dimana lens berada pada default setting .....
atau pada bila bila masa sahaja ....???

dulu sifoo aunty cakap set sekali jer...ikut selesa mata kita...lepas tuh tak perlu set lagi unless ada tgn yg gegatal gih pusing2 mendealah tuh... :wink:

sobriazmi
23rd March 2006, 03:01 PM
boe tak penah ubah pon diopter tu...
kira diopter kita ubah untuk keselesaan mata kita memokus objek tu...
kalau kita set + maka jarak viewfinder dengan mata kita akan jauh...tp takdak masalah bila nak capture sesuatu objek tu...

untuk D70 boe, boe set diopter tu ke bawah.... kiranya boe selesa camtu arr...

PeLaris
23rd March 2006, 03:08 PM
hehe.. btol kata mama zain boe.. untuk keselesaan mata kita sendiri...
kalo org lain pinjam guna, ikut setting mata dia plakz...

sobriazmi
23rd March 2006, 03:09 PM
yezza...betul tu.... ;)

mier
23rd March 2006, 03:22 PM
tepat skali... :D

PeLaris
23rd March 2006, 06:23 PM
btol gak bak kata mama zain..
terkadang tersentuh jgk oleh jari dgn cara tak sengaja..
ingat kamera udah rosak, check punya check, diopter setting dah larik... :)

jaggat
23rd March 2006, 06:53 PM
saya tidak setuju...
tugas meter hanya untuk menyukat cahaya sahaja...
tiada efek pada perubahan Depth Of field walau guna pelbagai mode termasuk "partial"..

kita tunggu pendapat kengkawan yang lain, sama˛ berkongsi pengetahuan... ;)

Seperti yang dikatakan diatas "sila betulkan saya jika saya salah".
Saya sama sekali tidak berniat nak mewujudkan apa-apa ketegangan.
Saya tetap berpegang kepada 'perbincangan ini adalah perbincangan yang sihat'.

Kali ini saya sertakan gambar.
Mungkin dengan gambar kita semua dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang saya maksudkan diatas.


http://static.flickr.com/49/116709636_123e645b5c.jpg
Mode Metrix Metering

http://static.flickr.com/35/116709612_99537ef6d3.jpg
Mode Spot Metering

Kotak berwarna merah dalam gambar ialah 'focusing point'
Dalam gambar kedua,(Mode Spot Metering). Bokeh mula membentuk bila jarak semakin jauh dengan 'focusing point'.(arah ke kiri).

Cuba lihat gambar 100% crop.

http://static.flickr.com/45/116709648_9e68a1208c.jpg
Mode Metrix Metering

http://static.flickr.com/41/116709622_7f2a201090.jpg
Mode Spot Metering

Bokeh kelihatan lebih banyak pada gambar ke empat.
Ini bermakna kawasan jelas (DOF) pada Mode Metrix Metering lebih lebar,
walaupun pada aparture yang sama.

Mungkin situasi dalam gambar diatas kelihatan tidak begitu jelas. tapi bagi sesetengah situasi yang lain, perbezaan kedua2 metering mode ini lebih ketara.

Dalam experiment diatas saya menggunakan:
- D70s
- Nikon lens 80 - 200D
- Flash SB 800
- Tripod Manfrotto 190proB

Setting
- Aperture priority
- F/2.8
- Speed 1/60
- Focal length 135mm
- ISO 400

Dalam kedua2 gambar, semua setting adalah sama, kecuali Metering Mode.

Saya sengaja kekalkan exif data gambar ini supaya semua orang boleh 'save' dan melihat sendiri.


satu lagi contoh peggunaan spot metering yang menghasilkan bokeh disekelingnya

http://static.flickr.com/35/116721940_2f158bd257.jpg

PeLaris
23rd March 2006, 08:30 PM
Wah jaggat.. siap dengan experiment lengkap...
btw, tahniah kerana berusaha...

Dalam masa bermain kamera slr selama 2 tahun, kita amat seronok.. setelah 2 tahun keatas kita mula keliru.. kekeliruan hilang dalam tempoh 15 tahun menggunakan kamera tanpa henti..

Gambar tersebut susah nak nilai, mmg perbezaannya ada tapi.. tapi apa ya?
Contoh gambar yang dimagnifikasi , cnth ke 3 dan ke 4 ialah sama. Tiada istilah bokeh di situ ianya hanyalah DOF.

Buat pengetahuan jaggat, kalo dah AF Nikkor 80-200mm f2.8 D ianya tak ada bokeh, ianya dicipta dengan begitu sempurna untuk pros photog....

Kita sentuh fasal perbezaan pengunaan matrix dan spot metering. Apa yang ingin saya bertanya pada jaggat, semasa menggunakan mode spot metering tu, arah mana jaggat talakan point spot? Adakah di tengah˛ gambar tersebut mengikut kuncian dari tripod?

Sekiranyanya spot ditalakan terus kepada gelas tersebut, spot akan memberitahu " permukaan berkilat akan ku berikan simbahan cahaya flash hanya sedikit, sebab dipermukaan gelas tersebut sudah berkilat " ..... Ini bermakna apabila menggunakan flash yang amat berpelajaran iaitu Fully Dedicated Flashgun SB 800, simbahan yang diberi lebih sedikit dari pengunaan Matrix reading...

Sudah kita tahu, mode Aperture Priority apa bila digabungkan dengan SB 800 yang terpasang dan yang sudah diaktifkan akan memberi s/speed 1/60 sec.. walaupun menggunakan apa˛ aperture ( indoor ).. Oleh kerana s/speed dan f/no. terikat maka jalan lain hanya berlaku pada flash sahaja... simbahan dilebih atau dikurangkan...

Dan sekiranya experiment dibuat tanpa menggunakan flash, gambar yang menggunakan spot metering tersebut akan under, berkemungkinan 2 stop , sama ngan jumlah dedahan f/2.8 - 1/250 sec

Kesimpulan dari gambar tersebut, hasilnya adalah sama.. Fokus sama tepat cuma bezanya gambar paling bawah menerima cahaya kurang dari gambar ke tiga...

Shoot di bawah flourecent light ke jaggat?

*** pic female model tidak disentuh... yang ni kita bincangkan nanti .. ;)

engku
23rd March 2006, 08:35 PM
cayalah abang jagat. Saya harap dapat dimanfaatkan oleh mereka yang ingin belajar. :)

AyAres151
24th March 2006, 01:35 AM
aik mama...anakanda ajori mama..tak bukukan pun...haa..lupo la tuh.. hehehe...

diopter tu ekjas jerk atas bawah asalkan dpt yang tak blur jika pakai spek...
ese pakai fz20..ese pusing ke atas sampai abis..

PeLaris
24th March 2006, 08:35 AM
refresh 10x

azmanshah
24th March 2006, 08:41 AM
deleted

azmanshah
24th March 2006, 08:42 AM
weii.. jaggat .. penemuan ini harus dikaji dengan teliti.

Kerana ssejak azali lagi kalu lens yg sama, pada aparture yg sama, DOF nya tak akan berubah.

Penemuan yg menarik!

Saya nak tanya adakah semasa ujikaji ini AF di gunakan. Sekira AF di guna kan, kemungkinan focus point terubahg sedikit yg membuatkan DOF yg berlainan.

Harus diperibncangankan utk megelakkan kekeliruan.

azmanshah
24th March 2006, 08:44 AM
deleted

azmanshah
24th March 2006, 08:45 AM
wahai En jaggat .. penemuan ini harus dikaji dengan teliti.

Kerana ssejak azali lagi kalu lens yg sama, pada aparture yg sama, pada focus point yg sama, Bidang jarak jelas (DOF) nya tak akan berubah.

Penemuan yg menarik!

Saya nak tanya adakah semasa ujikaji ini AF di gunakan. Sekira AF di guna kan, kemungkinan focus point terubah sedikit yg membuatkan bidang DOF yg berlainan.

Harus diperbincangankan utk megelakkan kekeliruan.

ARphotography
24th March 2006, 03:03 PM
En Jaggat... mana ada gune spot metering utk hasil kan bokeh!! Data lain dah betul...

Kalau pakai aperture priority, aperture fix... yang berubah hanye shutter speed... metering akan mengubah kan shutter speed... utk kawasan yang di pilih... kalau spot, then, dia akan kira cahaya kat kawasan mana spot tuh laa... (tidak menghasilkan bokeh!!)

sobriazmi
24th March 2006, 04:07 PM
boe guna setting matrix..single fokus area je..
ok kaa ramboo...

ARphotography
24th March 2006, 04:36 PM
ok jer... cepat lagi focus...

sobriazmi
24th March 2006, 09:10 PM
janji ada bokeh kan...

PeLaris
25th March 2006, 11:13 AM
keupayaan sebuah lensa :-

http://www.geocities.com/azmina66/test2.jpg

focal 135mm yang digunakan dgn gandingan f/2.8 menghasilkan kualiti "edge of frame" sangat rendah.. iaitu 65% sahaja...