PDA

View Full Version : Sepagian Di Pekan Sari Temerloh, Pahang



zainzubir
21st April 2008, 12:05 AM
Kunjungan FMDCians Bahagian Tengah pada 5 & 6 April lalu ke Temerloh membuat hati tidak senang diam, lebih-lebih lagi melihat foto-foto sekembalinya mereka dari sana, viewtopic.php?f=26&t=8066 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=26&t=8066) terutama pekan sarinya. Pagi tadi lebih kurang jam 6.30 pagi bersama suami dan sahabat juga "pemandu pelancung" kami berlepas menuju pekan Temerloh dengan tujuan untuk mengabadikan suasana pekan sari yang terletak bersebelahan sungai Pahang tersebut.

Foto-foto sepagian di pekan sari Temerloh ini di bahagikan kepada:-
1) Foto-foto umum peniaga dan orang awam disekitar pekan sari
2)Adib bersama pengunjung pekan sari membeli anak ayam
3) Kak Intan pengusaha industri kecil memilih burung puyuh
4)Bob "pakar" resdung dari Pulau PInang

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh mengambil masa satu setengah jam. Jika tiada kenderaan sendiri, menaiki pengangkutan awam seperti bas, amat mudah kerana stesen bas hanya beberapa meter sahaja dari lokasi pekan sari ini.

Kelihatan orang awam sedang menunggu bas distesen bas Temerloh.
http://img382.imageshack.us/img382/4464/img5027lh9.jpg

"knowlege exchange and sharing" berlaku dimana-mana, lebih2 lagi ketika menungu kedatanagn bas untuk kedestinasi masing2 selepas berkunjung kepekan sari.
http://img238.imageshack.us/img238/4986/img5028zn1.jpg

aji
21st April 2008, 12:10 AM
ayat biasa yg kita dengar,
ruginya tak join
saya kena balik melaka bapak mertua ajak makan ikan bakar
harap dapat join aktiviti korang pada masa akan datang
bila nak buat lagi?
ttthehe

artpixel
21st April 2008, 12:15 AM
aji..aku mula dulu yer...

alamak...ruginya tak balik kampung minggu ni...kalo tak tentu dah dapat makan ikan patin sg pahang.
wakakakaka

zainzubir
21st April 2008, 12:29 AM
Suasana masih pagi, ada yang telah memulakan perniagaan dan ada yang baru mula menyusun atur barang jualanya.

Susunan sayuran kampung ini nampak ada seni tersendirinya.
http://img381.imageshack.us/img381/314/img5029wo5.jpg

Kotak dan beg barang jualan masih belum berbuka dan menunggu untuk diatur diatas meja yang tersedia. Suasana pasar sari masih tenang dengan bilangan pengunjung juga masih belum ramai lagi.
http://img356.imageshack.us/img356/7223/img5031bb3.jpg

Susun atur bahan rojak buah2an ini boleh membuat pengunjung pasar sari yang melihatnya "terliur"
http://img258.imageshack.us/img258/7659/img5036uj1.jpg

Pembelian awal pagi sebegini bagi sesetengah pembeli adalah baik kerana biasanya tawar menawar lebih mudah dan selesa.
http://img360.imageshack.us/img360/930/img5032rn6.jpg

red
21st April 2008, 12:36 AM
gambar but kereta hanty selepas memborong ada ambik tak? harap2 tak kena tahan di jambatan timbang gombak akibat beban lebih muatan.

zainzubir
21st April 2008, 12:44 AM
Tanpa disedari orang ramai telah mula memenuhi lokasi pasar sari ini
http://img138.imageshack.us/img138/2618/img5040ef6.jpg

aktiviti penjual belian buah2an antara perniagaan yang mulai rancak
http://img230.imageshack.us/img230/1235/img5037gb1.jpg

Begitu juga jualan ikan segar yang kebanyakannya hasil dari Sungai Pahang berdekatan.
http://img136.imageshack.us/img136/6862/img5045tf5.jpg

Dalam kerancakan berniaga, jangan lupa pesanan MPT seperti tertera di papan tanda.
http://img509.imageshack.us/img509/5031/img5048rl5.jpg

Adat berniaga, ada yang rancak ada yang terpaksa menunggu pelanggan seketika
http://img383.imageshack.us/img383/8012/img5070eq1.jpg

zainzubir
21st April 2008, 01:02 AM
Apam balik makanan tradisi ada merata, yang membezakan sudah tentu dari segi resipi dan penyediaannya.
http://img136.imageshack.us/img136/9660/img50851jn0.jpg

begitu juga dengan tudung kepala, barang yang sama akan nampak berbeza dari segi susun atur dan penggunaan "mannequin" (eh betul ke ejaannya ni) serba sedikit menjadi tarikan juga.
http://img514.imageshack.us/img514/8532/img50941ty7.jpg

baik dipanggil pasar sari atau pasar malam atau apa juga dimana tempat tumpuan orang awam, sebagaimana apam balik, pemandangan sebegni juga ada merata.
http://img337.imageshack.us/img337/7937/img50971dg3.jpg

...kalau tak tunjuk kuat dan berkuasa taklah kita panggil mereka penguatkuasa.
http://img392.imageshack.us/img392/7185/img5109md4.jpg

susun atur yang menarik kadangkala tidak menjamin meja dikerumuni orang ramai lebih-lebih lagi apabila "tengah bulan"
http://img257.imageshack.us/img257/4040/img51161uy2.jpg

Apa2pun yang pasti di awal bulan pengamal perubatan tradisi ini telah kelihatan berada di Pasar Malam Alor Gajah, Melaka :lol:viewtopic.php?f=58&t=8094 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=58&t=8094)
http://img362.imageshack.us/img362/4350/img5126ib7.jpg

zainzubir
21st April 2008, 01:05 AM
...bersambung

*red..hanty satu barang pun tak sempat beli yang beli uncle jer...why??hanty leka akan sesuatu..apa dia??rahsia... :lol:

zainzubir
21st April 2008, 07:26 AM
Apek penjual anak -anak ayam, itek, puyuh dan ayam belanda di persimpangan jalan berdekatan dengan Stadium Temerloh ini merupakan antara tarikan utama bagi pengunjung pasar sari. Biar kanak-kanak maupun orang dewasa yang melintasi "gerai terbuka" apek ini pasti akan berhenti untuk menjenguk baka yang dijual untuk dijadikan ayam/itek/puyuh telor atau daging ini.

Tidak ramai diusia seperti Apek ini masih mampu memandu lori dari satu pasar malam ke satu pasar sari semata2 menjalankan perniagaan yang tidak berapa selesa tetapi menjanjikan pulangan yang baik seperti ini. Kami pernah menemui apek ini satu ketika dulu d Lancang dengan perniagaan yang sama.
http://img509.imageshack.us/img509/3108/img5051wu9.jpg

Adib berumur 2 tahun "terlepas" dari pimpinan ibunya beberapa kali dan gagal untuk dipujuk pulang kerana asyik dengan anak ayam telor ini.
http://img141.imageshack.us/img141/6375/img5084cf1.jpg

Adib yang pada mulanya kelihatan teragak2 lantas meniru muncung anak2 ayam telor yang tidak berhenti2 membuat bising.
http://img89.imageshack.us/img89/2003/img5083buc8.jpg

Apa yang ada didalam fikiran Adib menjadi satu tanda tanya
http://img293.imageshack.us/img293/5317/img5086lb3.jpg

Adakah nasib anak-anak ayam didalam sangkar bersegi empat ini mengannggu fikiran anak kecil ini?
http://img88.imageshack.us/img88/9676/img5089yb9.jpg

Apabila anak-anak ayam ini dimasukkan kedalam karung kertas, Adib mungkin bertambah bingung menanyakan kemanakah anak-anak ayam ini bakal dibawa
http://img186.imageshack.us/img186/5906/img5087uj0.jpg[/img]

...bersambung, insyallah :lol:

denliau
21st April 2008, 08:14 AM
Hanty...orang T'loh tak panggil Pasar Sari....kome semenye panggil Pekan Sari....

zainzubir
21st April 2008, 08:39 AM
terima kasih denliau..hanty dah ammend accordingly di topik..yg lain2 dlm text tu kigher halal ler eik?? :oops:

OnTheSpot
21st April 2008, 02:56 PM
wah wah wah.....aritu ade ayat

ni jer??..elleh takat kamben ke anak lembu tu tak heran ler hanty...cuma ikan salai tu yg buat hanty nak paksa uncle gi tempat ni..lain2 xfactor apa eik>??I mean di pasar sari tu...ada kuih muih tradisi yg pelik2 tak? :roll:
ekeke last last pergi diam diam ekk...ekekkekek

zainzubir
21st April 2008, 10:14 PM
kita sambung..

wanita ini menanyakan sesuatu kepada apek dengan sianak memerhati dan mendengar dengan penuh minat disebelahnya.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5074.jpg

apakah bakal nasib anak ayam telor ini?
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5075.jpg

yes! begitu mungkin perasan sianak apabila anak ayam yang bakal dibeli ditambah menjadi 3 ekor
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5076.jpg

ya ya sudah pasti anak2 ayam ini bakal menjadi milik sianak tadi..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5079.jpg

aaah..tak boleh jadi baik aku terbang lari..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5081.jpg?t=1208787218

zainzubir
21st April 2008, 10:34 PM
Wanita yang berpakaian kemas yang sedang asyik memilih anak burung puyuh hingga terjtuh purse ditangan ni ialah Kak Intan. Kak Intan berasal dari Jerantut tetapi telah bermastautin di Temerloh. Beliau mengusahakan industri kecil dengan membela puyuh untuk daging dan untuk telor. Menurut beliau ia bermula dengan hobi dan berkahir dengan usahawan kecil2an. Begitu merendah diri sekali Kak Intan ini berkata2 sedangkan dua tiga patah perkataan beliau boleh buat telahan maksud kecil2an itu sebenarnya lebih dari itu.

Kak Intan menoleh memerhatikan pursenya yang terjatuh dari pegangan.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5054.jpg

Kak Intan amat ramah dan sedia menjawab apa juga soalan yang dikemukan oleh pengunjung pekan sari terhadap puyuh yang dipilihnya.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5055.jpg

Menurut Kak Intan beliau bercadang membeli 100 ekor anak puyuh telor untuk menambah bilangan yang sedia ada.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5068.jpg

Jika anak puyuh hendak dijadikan baka/benih, dalam satu meter persegi hanya boleh didiami 15 ekor puyuh. Danbagi setiap 5 ekor betina puyuh mesti ada satu ekor puyuh jantan.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5101.jpg

Bagaimana untuk mengetahui puyuh betina atau jantan??...
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5102.jpg

...bersambung..nakminum ler dulu thirsty ma...

zainzubir
21st April 2008, 11:02 PM
ok cepat sambung cepat habih boleh tido... :oops:

yang jantan akan mempunyai jalur warna cokelat dari leher ke dada..mudahkan??jalur ini akan kekal hingga puyuh ini menjadi dewasa.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5103.jpg

yang betina tidak mempunyai warna cokelat yang disebutkan tadi. Kak Intan menambah, puyuh telor biasanya seekor berat antara 150-200 gram sahaja.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5103-1.jpg

Kak Intan sememangnya pakar burung puyuh, cara dan gaya beliau amat bersahaja, tidak penggeli atau penakut memegang anak puyuh ditangan. Menurut beliau lagi puyuh daging pula biasanya berat seekor dalam 300 gram.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5104.jpg

Apek tiba2 seolah2 mencemburui kepakaran Kak Intan memilih burung puyuh telor. Gerakan tangan apek jelas menunjukkan beliau tidak membenarkan Kak Intan memilih baka terbaik puyuh lagi. Apa2pun sepanjang bersama Kak Intan, banyak ilmu burung puyuh yang dikongsi bersama. terima kasih kepada Kak Intan, semuga kita jumpa lagi, dengan izinNya. :lol:
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5107.jpg

zainzubir
21st April 2008, 11:25 PM
Di penghujung kunjungan di Pekan Sari Temerloh kelihatan seorang anak muda sedang melakukan "facial" keatas seorang wanita. Bob Eksekutif jualan Smart Base Marketing (SBM) dari P.Pinang bersama beberapa kakitangan lain sedang membuat promosi prodak SBM.

Bob yang peramah dan masih bujang, beriya2 memberi pos istimewa dengan harapan secara gurauan agar dapat mencari "bakal isteri" jika terlihat akan foto beliau dimana2. :lol: (012-55110320)
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5102_1.jpg?t=1208791449

Secara berjenaka sambil tangan bekerja Bob berjenaka "dulu saya doktor ayam"
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5101_1.jpg

Bob sempat mempelawa..."akak hendak cuba ubat resdung?"
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5104_1.jpg

ooooo...nampak cara Bob memicit hidung ni jangankan hendak cuba nak dekat pun tak berani dibuatnya...kepada Bob dan kakitangan SBM terima kasih atas segalanya.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5123.jpg

zainzubir
21st April 2008, 11:47 PM
Lesen perniagaan di pekansari Temerloh ini tahunan ada yang RM60 dan ada yang RM45 bergantung kepada jenis barang perniagaan. Encik Asraf adalah bekas tentera laut di Raja Malaysia, berumur 46 tahun dan telah berniaga kecil2an sejak 5-6 tahun yang lepas. Beliau mempunyai 2 lesen perniagaan dimana satu daripadanya adalah untuk gerai pekan sari yang dikendalikan oleh isteri beliau tidak jauh dari mana lokasi beliau menjual barangan seperti pisau dan parang yang diperolehi dari Kuala Kangsar. Keramahan En. Asraf membuat saya leka dan tidak sedar saya telah duduk bersila diatas jalan raya. Perbualan kami dari satu topik kesatu topik sehingga terkeluar cerita dimana beliau meminta bantuan jika boleh, untuk membantu seorang bekas "AC" suami isteri berumur 70an (tinggal di Lancang) dan menjaga seorang anak yang cacat. Menurut beliau lagi kehidupan suami isteri ini terlalu daif dan belum pernah ada insan atau pertubuhan yang benar2 menghulurkan bantuan. Umpama pucuk dicita ulam mendatang, inilah yang saya cari2 selama ini. Ya mencari mereka yang benar2 perlu bantuan ahli FMDC... kita disini sebagai satu keluarga yang besar sudah tentu mempunyai hati yang besar juga!! Insyallah akan saya aturkan sesuatu atas nama FMDC untuk membantu pasangan yang disebut oleh En.Asraf ini.

Lesen tahunan berniaga di pekan sari Temerloh seperti ditunjukkan oleh En. Asraf.
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5081_1-1.jpg

..sekiang selamat malam...

zainzubir
22nd April 2008, 07:16 AM
En.Asraf bersama barangan jualannya. Beli pisau dapat lens canon!!cepat2lah anda kesana... :lol:
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/IMG_5076_1.jpg

heroMak
23rd April 2008, 01:58 PM
wow!..

Queen of Street Photography..! :lol:

ada sesapa berani celen? hihihi..

mama, mana belanda?

zainzubir
23rd April 2008, 02:17 PM
heh heh.. ayam belanda sepasang dah sampai Sungai Penchala...mama lupa nak capture. Untuk makluman anak ayam belanda merupakan new addition dalam pet animals kami. Salman aka heromak aka heromama juga, telah diberi penghargaan untuk memberi nama...dan apakah nama yang diberi oleh Man??...Jangan tak percaya Man telah namakan yang betina " Meera" dan Adeeba telah menamakan yang jantan "Weera" :lol: ..so now we have Yankee (monkey), BeeWee (cat), Qaseem (ikan puyuh), Tika, Tiki, Taka (geese) , Meera dan Weera (ayam Belanda)...kambeeen juga masih tak dapt2 approval dari baba Man.... :cry:

buttet
23rd April 2008, 03:07 PM
takat aunty zaint selamba aja celeng kekekekekekekwwkakakak

torque
24th April 2008, 02:49 AM
Salams!

Hanty Zaint! Wahh..tabik tabik! Nice serie!
Saya bagi input ikhlas sikit boleh ye?

Subjects mmg banyak dalam serie ni, supporting elements & background pun byk yg boleh membantu menghasilkan composition yg menarik.
Tapi Auntie terlupa agaknya utk beri perhatian terhadap main subjects Auntie semasa composing, sehingga ada shots yg menjadi mcm snapshot instead of a documentary composition.


Contoh ya Auntie, bukan nak compare shots mana lagi bagus, tidak, hanya contoh composition utk perbincangan ini:

http://farm2.static.flickr.com/1162/1423665651_bc1795d277.jpg
~A "tudung" merchant - with the mannequins - awaits for customer in front of her stall. Wearing a "tudung" (fabric used in covering the head section - except the face) is compulsory for Muslim woman. Although there are many versions of the tudungs in general the function and intent of wearing one is to avoid uncalled attraction to the opposite gender.

Main subject adalah penjual tudung tapi story adalah mengenai tudung sebagai pakaian Muslimah. supporting elements (mannequins) mainkan peranan penting utk support main subject & membuatkan composition lagi terserlah.
Dengan menggunakan DOF, pernyampaian cerita lebih "dramatic" dan memberi impact yg lebih.
Maka, jelas sekali penguasaan controls of the camera adalah amat penting - color setting, metering, whitebalance, depth of field etc etc amat penting kerana ianya akan membezakan kita sebagai pengguna DSLR drpd compact camera & cameras with less functional capabilities. In this case, sifue2 saya tak pernah ambil peduli...kenapa? Because to start shooting on a DSLR adalah penting utk kita memahami basics & advanced (seelok2nya) controls of the DSLR...kiranya diorang expect bila saya dah pegang DSLR ni tha basics of camera controls saya dah master la.

Salah sorang sifue saya menitikberat kan "clean shots" - uncluttered, strong main subject, dominant in the frame and less distractions. In many of the shots presented here, the framing are too cluttered.
Another sifue pulak lebih menitikberatkan "capturing the emotions" rather than just framing of subjects & elements - lagi haru sebab kalau nak sampai level ni saya rasa antara the best reference yg pernah saya pelajari would be Justin Mott (http://www.justinmott.com/Multimedia/bavi.html)
Amaran: sediakan tisu sekotak sebelum clik itu URL....ikhlas ckp saya menangis bila study works Justin Mott ni, very strong emotions!
Apa-apa pun, untuk setiap outing or assignment, kita perlu ada strong subject & supporting elements to effectively tell the story. dalam kes saya yg baru nak menapak ni, dah kena sound dgn sifue2 dah sebab shots saya masih tidak strong & saya terlalu gemar menulis (perasan writer laaa kira sebab dah bertahun buat blog!). The challenge is to "let the photos tell the story" and use less words, for now laa, supaya shots kita menjadi lagi "strong"....but thats for me myself and I laa yg mmg mangkuk hayun tak reti2 lagi nak buat shot mantap!

Anyway...tabik Hanty! Good effort! Kalau nak belajar improve composition, antara sifue terbaik saya pernah temui adalah tak lain tak bukan - Bro Zzoux
(Tabeekkk taiko !!! Tabeeekkk!! Tabeeekkk spring angkat kaki sebelah!!!)

arulz
24th April 2008, 05:16 AM
fuiiyooo...smpai gak hanty kt situ.. :lol: :lol:

zainzubir
24th April 2008, 06:55 AM
torque, really appreciate such constructive comments..zoux pernah maklum hanty tapi macam tak serious jer mungkin sebab mama dia pun macam amik tak serious kot?? :oops: dia mana nak outing ngan mama dia...ibarat bawa mak pergi shopping mana best kan?? :lol: (mak akan asek perhatikan gelagat anak tu yg ta best tu h hi )

Asmara
24th April 2008, 11:41 AM
Saya pun masih fail bab composation nih :D

torque
24th April 2008, 03:25 PM
Salams......
Ehehehehe! Kalau bawa pergi shopping lens & DSLR mesti Zzoux mau punyer hikut mama dia!!!!