View Full Version : Photo Discussion | Buntalshoot
buntalshoot
28th May 2008, 07:54 AM
http://farm3.static.flickr.com/2324/2520644917_dc5735657d_o.jpg
Exif data:
Aperture : f5.6
Shutter : 1/15 sec
Focal Length : 50mm
ISO: 200
Info:
Saya mengambil gambar ini ialah bertujuan untuk praktis bagaimana utk menghasilkan elemen movement dalam gambar. Gambar ini dirakamkan di sebatang jalan di sebuah pusat aktiviti perniagaan terkenal di ibu negara. Setelah melakukan percubaan beberapa kali, akhirnya hanya satu sahaja yang menepati citarasa saya. Saya menggunakan mirror lock up mode utk mengelakkan gegaran ketika shutter berada pada dedahan lama (1/15 sec) tanpa menggunakan tripod. Sedikit cropping dilakukan utk mengemaskan sedikit composition. Komen tuan2 dan puan2 amatlah dialu2kan utk memperbaiki kelemahan yang ada. (mungkin ada yg tak disedari).
Sekian Wassalam.
mypokcik
29th May 2008, 05:55 PM
Technique:
1. Contoh hasil yg diperolehi drp 'think b4 u shoot'.
2. Pilihan shutterspeed adalah satu creativity.
3. Saya tak pasti samada gegaran mirror memberi kesan pada 1/15 sec.
Composition:
4. Asymmetrical balance atau org kata informal balance adalah menarik.
Tell a story:
5. Ada reaction drp pejalan kaki kepada Minachi dlm iklan.
6. Minachi1 bukan saja merenung pejalan, tapi ada eye contact juga dgn kita penonton foto.
7. Kita akan terfikir apa agaknya dalam kepala pejalan kaki yang mcm gigit jari.
8. Eye flow bermula dari Minachi kiri, pas tu tengah, pas tu Minachi kanan yang gelak ( dasar jantan kata dia!)
hatemaster
29th May 2008, 07:58 PM
saya suka shot ini. tp lebih suka jika ia lebih wide, melihatkan lbh ramai pedestrian yg blur movement die
aji
29th May 2008, 08:11 PM
ada eye contact tu membuatkan gambar ni hidup
takde ambik no.henpon awek tu ke bun?
ttthehe
buntalshoot
29th May 2008, 09:58 PM
Technique:
1. Contoh hasil yg diperolehi drp 'think b4 u shoot'.
2. Pilihan shutterspeed adalah satu creativity.
3. Saya tak pasti samada gegaran mirror memberi kesan pada 1/15 sec.
Composition:
4. Asymmetrical balance atau org kata informal balance adalah menarik.
Tell a story:
5. Ada reaction drp pejalan kaki kepada Minachi dlm iklan.
6. Minachi1 bukan saja merenung pejalan, tapi ada eye contact juga dgn kita penonton foto.
7. Kita akan terfikir apa agaknya dalam kepala pejalan kaki yang mcm gigit jari.
8. Eye flow bermula dari Minachi kiri, pas tu tengah, pas tu Minachi kanan yang gelak ( dasar jantan kata dia!)
sebenarnya saya sendiri tak terpikir apa yg mypokcik terangkan kat atas tu...
alhamdulillah, secara tidak langsung, saya dapat belajar dari penerangan mypokcik tu...
thanks mypokcik...
buntalshoot
29th May 2008, 10:01 PM
saya suka shot ini. tp lebih suka jika ia lebih wide, melihatkan lbh ramai pedestrian yg blur movement die
saya dah belek koleksi saya aritu, ada 2-3 yang wide tapi composition kurang menarik dan ada yg blur...
insyaAllah di masa akan datang akan cuba praktis... TQs.
buntalshoot
29th May 2008, 10:02 PM
ada eye contact tu membuatkan gambar ni hidup
takde ambik no.henpon awek tu ke bun?
ttthehe
mekasih ji.. heeeee...
no henpon awek nie 0123067929... leh order bisnes kad lagikk...
buntalshoot
2nd June 2008, 12:23 PM
http://farm4.static.flickr.com/3091/2544138728_fa4a7d3188_o.jpg
Exif data:
Aperture : f9.5
Shutter : 1/8000 sec
Focal Length : 300mm
ISO: 200
Manual Setting
Info:
Gambar ini dirakamkan semasa percutian saya sekeluarga ke Melaka baru2 ini. Saya telah dibawa oleh seorang rakan forum untuk merakamkan suasana sunset di sekitar kawasan pantai yang terkenal di Melaka iaitu Pantai Puteri (dahulunya dikenali Pantai Kundur). Rakan saya tersebut memberitahu kepada saya bahawa beliau telah lama berhasrat untuk merakamkan bentuk bulat matahari ketika matahari hendak terbenam. Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya saya dan rakan saya tersebut bernasib baik kerana sunset yang ditunggu2 muncul. Jika dilihat pada mata kasar (tidak didalam bentuk gambar), bentuk bulat matahari sebenarnya tidaklah kelihatan seperti gambar diatas, memandangkan rakan saya tadi berhasrat untuk merakam bentuk bulat matahari, maka saya pun sedaya upaya untuk mendapatkan bentuk tersebut. Saya terpaksa drag shutter sehingga maksimum 1/8000 sec dengan menetapkan aperture f-stop pada 9.5. Bentuk matahari tersebut betul2 jatuh diatas Jeti Tanjung Beruas yang terletak jauh dari tempat saya berdiri itu tadi. Dalam tempoh hanya tidak sampai 2-3 minit kemudian, matahari telah lenyap dari pandangan mata dengan pantas sekali. Akhirnya beginilah bentuk komposisi yang saya dapat tanpa sebarang cropping. Harap foto saya pada kali ini dapat dibincangkan bersama dengan ahli2 forum yang lain. Sekian Wassalam.
Firdaus™
2nd June 2008, 12:27 PM
sangat cantik abg wan...hand held je ke atau pakai tripod?
buntalshoot
2nd June 2008, 12:31 PM
sangat cantik abg wan...hand held je ke atau pakai tripod?
saya handheld sahaja... 1/8000 sec cukup utk menghalang sebarang gegaran kecuali gempa bumi...
Firdaus™
2nd June 2008, 12:38 PM
saya handheld sahaja... 1/8000 sec cukup utk menghalang sebarang gegaran kecuali gempa bumi...
ok...memang teringin juga nak shoot sunset camni...menampakkan bulat matahari tu :)
azmieibra
12th June 2008, 02:32 AM
kalau guna shutter laju camner jadi gambar dia? contoh kalau guna 1/100??? f stop remain...
buntalshoot
12th June 2008, 03:32 AM
kalau guna shutter laju camner jadi gambar dia? contoh kalau guna 1/100??? f stop remain...
hmmm...
maksud tuan slow shutter? (1/100 sec = slow shutter , 1/8000 sec = high speed shutter)
saya rasakan gambar akan overexpossed dan bentuk bulat matahari tak akan dapat kerana sudut kamera
direct kepada matahari. Klu main aperture saya tak pasti kerna lens saya nie hanya sampai f22 iaitu jatuh sebanyak 3.5 stop
dari bacaan f9.5... klu nak balance pun shutter mesti dipercepatkn 3.5 stop iaitu sampai 1/750s sahaja... jadi
kalu guna 1/100s bermakna gambar akan overexpossed...
aminorazmi
12th June 2008, 03:36 AM
kalau guna shutter laju camner jadi gambar dia? contoh kalau guna 1/100??? f stop remain...
saya handheld sahaja... 1/8000 sec cukup utk menghalang sebarang gegaran kecuali gempa bumi...
Ni dah sangat laju dah ni. 1/8000 pada aperture f9.5, ASA200.
Daripada 1/8000 turun kepada 1/100, agak2 berapa stop dah beza tu...mari kita kira... 1/8000 --> 1/4000 --> 1/2000 --> 1/1000 --> 1/500 --> 1/250 -->1/125 .
Hampir 6 stop turun speed. Jadiknye, kalau ikut kira2 teori, aperture pon kena tutup lebih kecik 6 stop. Pergh...banyak tu. Tapi ikut teori la tu...1/100, f32, ASA100.
Sebenarnya, kita cuma perlu ingat nombor-nombor ni dalam gandaan 1 stop. Cuba kita lihat perbezaan nombor pada gandaan 1 stop, 1/2 stop dan 1/3 stop.
NOMBOR APERTURE DALAM GANDAAN 1 STOP:
2.8 - 4 - 5.6 - 8 - 11 - 16 - 22
NOMBOR APERTURE DALAM GANDAAN 1/2 STOP:
2.8 - 3.3 - 4 - 4.8 - 5.6 - 6.7 - 8 - 9.5 - 11 - 13 - 16 - 19 - 22
NOMBOR APERTURE DALAM GANDAAN 1/3 STOP:
2.8 - 3.2 - 3.5 - 4 - 4.5 - 5 - 5.6 - 6.3- 7.1 - 8 - 9 - 10 - 11 - 13 - 14 - 16 - 18 - 20 - 22
Faham maksud saya? Dengan gandaan 1/3 stop, lebih banyak nombor yang akan keluar dan kita akan jadi lebih keliru. Tapi, dengan setting ini, perubahan exposure adalah lebih terperinci. Namun, biasanya, kita tak perlukan perubahan exposure yang begitu terperinci (tak berbaloi dengan pening kepala sebab banyak sangat nombor yang keluar) Jadi, disebabkan perkara ini, ramai peminat baru dalam fotografi ambil jalan mudah, set saja kepada PROGRAM, kamera buat semua kerja. Ramai yang takut nak pakai MANUAL sebab takut tengok nombor dan tak faham nilai nombor yang dipaparkan.
kredit kepada saudara Hasnuddin Abu Samah http://fototeacher.com/blog/?p=90
Satu cara lagi, pasang cpl filter, atau pon ND filter, bleh dapat 2 stop under lagi...
kalau salah betulkan...dah confuse ni dok kira2...
thehehe...
buntalshoot
12th June 2008, 03:44 AM
OK.. tenkiu amins....
amber pon konpius gak.. dok congak2... tapi camtu la... kira2nya...
cuma hamba ingat satu sahaja berdasarkan pengalaman amber ni...
"jika nak tangkap cahaya cerah kena letak speed tinggi... klu nak tangkap cahaya malap kenalah pakai slow shutter.." tu ajer tips amber...
klu salah betulkan la ekkk... sekianmss :D
aminorazmi
12th June 2008, 03:48 AM
Tips pon penting jugak tu bun...calculation tu sekadar teori je laaa...apa2 pun, pengalaman akan memberi pengajaran terbaik. Dari pengalaman lah datang nya tips.
zainzubir
12th June 2008, 06:56 AM
wan focusnya dimana??awan?matahari?? thank you.
buntalshoot
12th June 2008, 07:21 AM
Subjek difokus pada bahagian kepala kapal..
Manakala untuk mendapatkan bacaan exposure pada kamera, saya menggunakan AE-L (Auto Exposure Lock) untuk memudahkan saya mendapat bacaan metering tersebut dan memfokus. Kebiasaan saya lebih suka metering pada bahagian awan apabila ingin melakukan silhoutte.
theportrait
16th July 2008, 05:32 PM
perghhh baragas..teori tak hingat tuh...baik ar..
buttet
16th July 2008, 05:43 PM
saya banyak belajar dgn amin....
Powered by vBulletin™ Version 4.1.2 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.