PDA

View Full Version : Photo Discussion | latisyaz



latisyaz
31st May 2008, 03:52 PM
Hai... sekali nak mintak tunjuk ajar.

Gambar ni saya ambil dengan Nikon D40+kit lens, semasa bercuti di KK, Sabah.

http://i263.photobucket.com/albums/ii129/latisyaz/DSC_0029.jpg

Info:

focal length: 55mm
F-numb : f/14
Exposure : 1/800
ISO : 400

Motif????? dah lama nak improve ambil gambar masa sunset.... Tapi selalu macam tak best jer... Harap blh ajarkan...
TQ...
:D

abahwafi
31st May 2008, 08:57 PM
Komen saya :
1. Kalau tujuan utk sunset, mmg gambar ni tak menjadi sbb dari segi warna dan suasana tak nampak mcm sunset
2. Subjek utama saya andaikan bot, tapi kedudukan bot dlm frame tak sesuai, ada "gangguan" dari background

Utk improve,
1. Tgk contoh gambar2 sunset dari fotog lain
2. Maku sure timing/cuaca sesuai...biasanya "magic moment" berlaku sewaktu matahari betul-betul berada di ufuk utk tenggelam (biasanya 2-3 minit aje)
3. Setting "WB" kena betul...kalau tersalah, betulkan sewaktu editing
4. Guna "tripod" dan wide angle lens.
5. Rancangkan subjek yg menarik berserta foreground dan background yg sesuai dgn tema

Good luck dan usah jemu mencuba! :wink:

aji
1st June 2008, 12:14 PM
best tips dpd abahwafi utk aspek teknikal
saya tambah sikit lagi k utk latisyaz

gambar sunset ni memang susah nak dapat
lagi pulak kalau kita gi bercuti

kalau macam dome cakap
ke mana je kita gi bercuti ke outing ke
dah ada dalam kepala gambar camana kita nak shoot

tengok forecast (boleh visit http://www.weather.com) kalau boleh
kerana sehebat mana pun equipment & gear anda
tapi cuaca tak elok
anda duduk kat bilik je la layan macro pen hotel
ttthehe

time kita ada kat situ la time tu la cuaca tak best
dan kena pastikan jugak kat situ sunset ke atau sunrise

sunset satu hal
warna pun memainkan peranan
nak timbulkan warna ni boleh jugak kita main slow shutter
pakai tripod dsb
kalau kamera boleh set kelvin
setkan 7000 ke atas
ni pun dome ajar saya masa gi rumah dia makan nasik dulu

kalau nak makan nasik kat rumah dia telepon je dome

tajuk memainkan peranan penting dlm foto anda
kalau anda letak tajuk sunset
gambar atas ni gagal
tapi kalau anda bubuh tajuk silhoutte
gambar atas ni better

macam abahwafi cakap
dapatkan gambar kapal tu sahaja tanpa bukit kat belakang tu mengganggu background dia
nampakkan struktur kapal tu betul-betul
tu kekuatan silhoutte
tahniah bro kerana mencuba

rburns
2nd June 2008, 10:04 AM
saya menjangkakan matahari berada di sebelah kanan anda semasa shoot gambar ni..
mungkin keadaan awan yang gelap dan tebal di kawasan matahari terbenam tersebut membuatkan anda terpaksa compose gambar diatas pada kawasan lain.
so tidak ada matahari maka tidak ada gambar sunset..
gambar sunset ni bergantung kepada nasib jugak bro.. kalau ada rezeki langit cantik maka dapatlah gambar cantik...
kadang2 tengok langit cantik.. pon x dapat ambik gambar macam mana yang kita nak...
kadang2 tgk langit cantik.. pakai auto mode sumer pon dapat gambar cantik..
so kena tengok ramalan kaji cuaca dulu.. hehehe... tapi kalau langit macam ni...
nampak gaya mcm nak ujan jer.. kang tetiba dia dtg jahanam lak kamera ko..
baik dok bilik hotel layan macro gambar sabun dgn syampu hotel...
aji selalu buat mcm tu kalau cuaca xbest.. hehehe...
anyway teruskan shooting...

latisyaz
2nd June 2008, 02:00 PM
silhoutte??? Ehm.. saya rasa.. lepas tgk balik.. rasanya silhoutte mmg lagi sesuai... by the way. tq...