PDA

View Full Version : Poll: Perlukah Jawatan Presiden FMDC di Pertandingkan?



zainzubir
31st May 2008, 09:21 PM
Sedia maklum jawatan Presiden FMDC adalah jawatan yang amat penting demi pembangunan FMDC secara keseluruhan. Oleh yang demikian ahli FMDC diminta membuat pemilihan samaada jawatan Presiden yang di pegang oleh Encik Rasyid Yusof (Aji) sebelum pembubaran ini perlu di pertandingkan atau tidak. Jika majoriti mengatakan PERLU di pertandingkan kami ahli jawatankuasa sementara pemilihan AJK baru sesi 2008 -2010 akan membuka pencalonan untuk jawatan Presiden ini. Jika majoriti mengatakan TIDAK PERLU, maka jawatan ini tidak akan dipertandingkan bagi sesi 2008 -2010 dan Encik Rasyid Yusof akan kekal sebagai Presiden FMDC untuk sesi 2008 - 2010.

Harap buat pilihan anda dalam masa 7 hari mulai 1 Jun hingga 7 Jun 2008.

link berkaitan
viewtopic.php?f=47&t=8525 (http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=47&t=8525)

aji
1st June 2008, 08:14 AM
mestilah perlu
ada lak main tanya-tanya macam ni :evil:
perlunya tsunami pentadibiran dalam fmdc ni hanty

zainzubir
1st June 2008, 09:20 AM
Ramai yang mahukan Aji terus menerajui FMDC sebagai Presiden, oleh itu semasa jawatankuasa pemilihan bermesyuarat pada 30 May lepas, kami memutuskan untuk membuat poll demi memastikan "keputusan di tangan ahli FMDC" dan bukan kami . Kami cuba jalankan amanah ini setelus mungkin. Harap maklum. :twisted:

cgmulia
1st June 2008, 10:03 AM
assalamualaikum hanty dan rakan2 sekalian..

lama sungguh tidak berbicara panjang lebar di sini. maklumlah komitmen kerja menjadikan saya agak bz.

pendapat saya : setakat ini aji telah menyumbangkan terlalu byk hinggakan terasa terlalu sayang utk saya lepaskan beliau daripada kawatan yang dipegangnya sekarang. komitmen beliau yg tinggi menyebabkan saya masih percaya yang beliau masih mampu menerajui FMDC utk beberapa tahun lagi... dan jika komitmen ini masih dikekalkan, saya tidak was2 utk memilih beliau sebagai presiden seumur hidup FMDC.

namun begitu, itu hanyalah pendapat saya. perlu dikira juga pendapat ahli2 fmdc yang lain. namun bg pihak saya selaku salah seorg VJK FMDC dan ahli FMDC, aji masih mampu untuk mengetuai FMDC dengan penuh kegemilangan...

tq

tembeling
1st June 2008, 01:57 PM
Saya pun sokong aji. Tapi saya rasa jawatan presiden perlu dipertandingkan sekiranya ada pencalonan. Jangan jadi macam sesetengah parti politik.

perliz
1st June 2008, 07:29 PM
NOTA BUAT PRESIDEN

Walaupun saya adalah antara members yang 'sepi', rasanya buat masa sekarang, ianya tidaklah perlu dipertandingkan di mana2 peringkat. Aji mempunyai "personal touch"nya sendiri dan saya perhatikan komitmen beliau amatlah luarbiasa.
Namun jika ada members yang lain memerlukan suntikan berbeza dari pemimpin baru,dan ada calon² berkaki lebar, ia tidak menjadi masalah.

TELUS | MULUS | TULUS

buttet
1st June 2008, 11:38 PM
SAYA MAHU PERUBAHAN SOKONG ...KITA PERLU TUKAR PRESIDEN....

ND
2nd June 2008, 12:20 AM
Pada pendapat saya, dalam apa2 jua pemilihan seorang presiden, pencalonan wajib dijalankan supaya ianya sah, adil dan saksama.
Walaupun saya akui yang saya masih mahu saudara Aji menjadi Presiden utk seumur hidup, tetapi ianya perlu melalui proses yang adil.
Secara tidak langsung, ianya nampak lebih professional dan matang.

Jadi, saya cadangkan supaya pencalonan jawatan Presiden FMDC tetap diteruskan.
Kita lihat dulu bagaimana senarai nama calon yang akan dipertandingkan untuk jawatan Presiden.
Sekiranya hanya nama Aji sahaja dicalonkan, secara automatik, Aji menang tanpa bertanding.

So, sape nak Aji jadi Presiden...takyah calonkan orang lain. Kita calonkan nama dia je..hehehe...

red
2nd June 2008, 01:16 AM
kita perlu adakan perebutan jawatan presiden agar buleh membuktikan yang aji presiden popular tanpa was-was. kalau tidak dipertandingkan, nanti bila ada bunyi yang mendengung2 kat background tu nanti sape lak nak jawab?

markless
2nd June 2008, 01:37 AM
kenapa saya suka aji, sebab dia best..kalau nak mengundi pun aku nak undi aji je..hehehe..

abahwafi
2nd June 2008, 09:06 AM
mestilah perlu
ada lak main tanya-tanya macam ni :evil:
perlunya tsunami pentadibiran dalam fmdc ni hanty

Anda tak perlu bersuara di sini....biar kami yg tentukan :lol:

putera_pawaka
2nd June 2008, 02:42 PM
saya suka Aji sebab..

1. aji ader BMW
2. Aji ader D3
3. Aji ader duit banyak...ekekkeke
4. dan...Aji ader segala-galanya...

aku sokong kalau jawatan ni dipertandingkan...tapi gerenti Aji menang besar....

zainzubir
2nd June 2008, 04:57 PM
BUMP! tak bump kan kata AJK sementara tak buat kerja ler pulop...

ND
2nd June 2008, 05:14 PM
hmm..takkan 45 votes je...mana yg lain2?
come on..jalankan tanggungjawab anda...

mudme
2nd June 2008, 05:18 PM
mgkn ada yg lama tak online...
kena PM setiap memberlist la kot...

rburns
2nd June 2008, 05:28 PM
SAYA MAHU PERUBAHAN SOKONG ...KITA PERLU TUKAR PRESIDEN....

perlu dipertandingkan supaya lebih adil da telus....
tapi Buttet kalo ko nak jadik Presiden... ko kena berusaha keras dan start melobi skrg... hehehe
kalo x.... hilang deposit nanti....

zainzubir
2nd June 2008, 05:51 PM
rburns anda perlu berkecuali dalam hal ini kerana anda adalah AJK sementara pemilihan..jgn byk cakap eik..nanti allowance SPR satu juta tu kami tarik :twisted: hi hi hi tapi anda masih ada hak untuk menentukan masa depan rakyat..dah buat pilihan ke belum??

abahwafi
2nd June 2008, 10:29 PM
BUMP! tak bump kan kata AJK sementara tak buat kerja ler pulop...

BUMP sbg sokongan kpd hanty zain (calon presiden wanita pertama FMDC)... :mrgreen:

harummanis
3rd June 2008, 12:19 AM
Saya ada soalan: Bagaimana status presiden mengikut perlembagaan rasmi penubuhan FMDC?

Kalau tertulis sebagai "jawatan presiden boleh/perlu dipertandingkan setiap kali AGM", maka kita pilih/undi bro Aji pada AGM seterusnya!

Idup bro Aji! Agi idup agi ngelaban!


p/s: Terima kasih n syabas buat semua yang telah menjayakan FMDC selama nie, sejak tertubuh, hinggala sekarang.

red
3rd June 2008, 01:39 AM
mestilah perlu
ada lak main tanya-tanya macam ni :evil:
perlunya tsunami pentadibiran dalam fmdc ni hanty

aji dah bosan jadi presiden fmdc kut. dia nak jadi presiden amerika plak.

zainzubir
3rd June 2008, 06:53 AM
BUMP! tak bump kan kata AJK sementara tak buat kerja ler pulop...

BUMP sbg sokongan kpd hanty zain (calon presiden wanita pertama FMDC)... :mrgreen:

ahli jawatan kuasa sementara TIDAK BOLEH DICALONKAN dalam mana-mana jawatan dipertandingkan, harap maklum. :twisted:

monitor_pecah
3rd June 2008, 04:05 PM
Wah, pandai hanty mengelak yeek.. tapi mcm best plak kalau hanty jadik calon presiden wanita pertama FMDC.

zainzubir
3rd June 2008, 04:11 PM
monitor_pecah baru 2 postings jgn byk cakap nanti hanty suh Dome banned!! :lol: hanty ada jawatan atau tiada jawatan tetap berdiri dibelakang FMDC dulu kini dan selamanya, insyallah...

aishifu
3rd June 2008, 04:13 PM
BUMP! tak bump kan kata AJK sementara tak buat kerja ler pulop...

BUMP sbg sokongan kpd hanty zain (calon presiden wanita pertama FMDC)...

BUMP JGK sokongan untuk hanty zain (calon presiden wanita pertama FMDC) :mrgreen: :mrgreen:

wan_p
3rd June 2008, 04:18 PM
ala hanty.. bila lagik FMDC nak ada presiden wanita yang pertama?

pakistan dah ada.. bangladesh dah ada. filipina dah ada.. uk dah ada...

azryshah
3rd June 2008, 04:20 PM
ala hanty.. bila lagik FMDC nak ada presiden wanita yang pertama?
pakistan dah ada.. bangladesh dah ada. filipina dah ada.. uk dah ada...

sokong 200%

mkrash
3rd June 2008, 04:27 PM
BUMP Jangan banyak OT.. kalau nak Puan Zainon Zubir atau En Rashid sebagai Presiden ... Sila hantar pencalonan Kerusi Parlimen P01 ke -- zzainon@seacen.org atau badangperkasa@live.com (sebab email pertama mungkin akan kena padam banyak pencalonan) hehehehehehe

azryshah
3rd June 2008, 04:31 PM
ye ler, kalau nak acik zain kita jadik presiden emailkan pada badangperkasa@live.com. KENAPA?? Sendiri mau pikirin... ampun acik :lol:

zainzubir
3rd June 2008, 04:44 PM
Korang jgn byk OT kang hanty suh Dome ban korang langsung tak leh nak calon..padan muka!! :evil: Korang jgn mimpilah nak calon hanty...SILA BACA SYARAT PENCALONAN..la la la la dan hanty igt nak tambah syarat...siapa merepek tidak ikut syarat dalam pencalonan di kira pencalonan rosak!!nak??NAK??..dan tambah lagi syarat siapa degil masih nak calonkan ahli jawatan kuasa sementara/melanggar syarat di batalkan keahlian secara otomatik..nak join kena lompat party dulu and then baru masuk balik macam sedara hanty siejam sorang tu... :twisted:

rburns
3rd June 2008, 05:10 PM
ala hanty.. bila lagik FMDC nak ada presiden wanita yang pertama?

pakistan dah ada.. bangladesh dah ada. filipina dah ada.. uk dah ada...

bahaya beb.. kang ada insiden bom mengebom lak kang..!!
ko tau la kalo pompan2 ni jadik presiden... hehehe...
tapi kalo ramai nak anty... kita leh gugurkan anty dulu dari ajk sementara untuk masuk bertanding..
kalau itu alasan dia.. hehehe

wei korang ni ni belum pilihanraya ni... ni baru nak poll jawatan presedien nak kekal atau bertanding..?
xkan baru sikit jer...? mana yang lain.....? mengikut undang2 persatuan dan kelab di Malaysia, separuh daripada ahli perlu menghadiri dalam mesyuarat untuk ajk membuat keputusan.. hehehe

wan_p
3rd June 2008, 05:20 PM
ala hanty.. bila lagik FMDC nak ada presiden wanita yang pertama?

pakistan dah ada.. bangladesh dah ada. filipina dah ada.. uk dah ada...

bahaya beb.. kang ada insiden bom mengebom lak kang..!!
ko tau la kalo pompan2 ni jadik presiden... hehehe...
tapi kalo ramai nak anty... kita leh gugurkan anty dulu dari ajk sementara untuk masuk bertanding..
kalau itu alasan dia.. hehehe

wei korang ni ni belum pilihanraya ni... ni baru nak poll jawatan presedien nak kekal atau bertanding..?
xkan baru sikit jer...? mana yang lain.....? mengikut undang2 persatuan dan kelab di Malaysia, separuh daripada ahli perlu menghadiri dalam mesyuarat untuk ajk membuat keputusan.. hehehe

betul cakap ko tu burn..
nanti dier beli 'meriam besar kaler putih'... meleleh air liur aku
siap buleh jadik mesengan lagik... ekekekekeke :lol:

zainzubir
3rd June 2008, 05:51 PM
dah dah teruskan dgn poll ni dulu, yang dah termaktub dlm syarat tidak boleh sewenang2nya ditukau utk tujuan tertentu..kita akan cuba jalankan amanah ni sedaya telus yang mungkin...majulah sukan untuk negara..

aji
3rd June 2008, 08:12 PM
saya menyokong zainzubir dilantik sebagai presiden wanita pertama fmdc
bila dia kena tembak (saya sendiri akan tembak dia masa berarak kat putrajaya nanti ttthehe)
baru la kita naikkan jeneral buttet
masa tu baru la hail amer fmdc dibawah pemerintahan tentera pulop

undilah zainzubir
undilah buttet awakniketetatnan (sebutan "awak ni ke ted adnan?")

zainzubir
4th June 2008, 06:59 AM
kang hanty membelakangi ahli SPR dan buat keputusan sendiri kang Aji :twisted: ...(Aji buat masa ni takder power lagi dah, dah bubarrr!!!) Actually ikut SPR tak nak pertandingkan jawatan ini, tapi tulah kang kata SPR terima BWW sebiji sorang ler pulop hi hi.. :lol: Apa2 pun SPR sedang giat dan gigih fikirkan nak guna "ink" ke nak "tatoo" permanently dlm pengundian nanti..berat gak tugas SPR ni eik??ni tgh pasang plastik depan rumah kot kot kena baling cat merah ler pulop...

hadzleyharith
4th June 2008, 09:15 AM
Dah vote...

msharq
4th June 2008, 09:28 AM
apa barang balik cat........ baling trus molotov cocktail

tttheheeee........

*buttet = awakniketetatnan ke?

p/s :: klu da undi, pastu nak tukar jawapan bleh tak SPR??

wan_p
4th June 2008, 09:31 AM
apa barang balik cat........ baling trus molotov cocktail

tttheheeee........

*buttet = awakniketetatnan ke?

giler ah sharq.. main baling2 molotov cocktail lak...
tak baik ler... lenkali curik jer tayar kreta 4 biji terus..
lagik best... ot lak...

pilihanraya bila nak buat <-- dlm topik lagik nie..

rburns
4th June 2008, 10:26 AM
apa barang balik cat........ baling trus molotov cocktail

tttheheeee........

*buttet = awakniketetatnan ke?

p/s :: klu da undi, pastu nak tukar jawapan bleh tak SPR??

ko penah kena mandi dgn cat putih x sakir...?!! :evil:

p/s: bila kau kawin nanti.... lepas akad nikah tetiba lak ko nak tukar pengantin pompan lain.... agak2 ko la... sapa yg tunjal kepala ko dulu?!! pengantin pompan? bapak pengantin pompan? tok kadi? bebudak basuh pinggan kat belakang?! atau kesemua di atas?!!

azryshah
4th June 2008, 10:34 AM
acik zain, undian nie kalau tak dpt 2/3 kira tak sah kan..kan..kan

mudme
4th June 2008, 10:41 AM
dr 4906 yg register... takkn baru 70 org vote?
mana yg lain? kat topik2 yg lain nmpk meriah plak...
kena ltk banner bsr2 kt index page kot.. baru depa ni prasan...

azryshah
4th June 2008, 10:45 AM
banyak jugak yeek ahli FMDC nie.. cadangan letak poll nie kat index atau access yang senang ahli nampak :lol:

msharq
4th June 2008, 10:47 AM
ko penah kena mandi dgn cat putih x sakir...?!! :evil:

p/s: bila kau kawin nanti.... lepas akad nikah tetiba lak ko nak tukar pengantin pompan lain.... agak2 ko la... sapa yg tunjal kepala ko dulu?!! pengantin pompan? bapak pengantin pompan? tok kadi? bebudak basuh pinggan kat belakang?! atau kesemua di atas?!!

kawen lain citer.....wkakakakakka...... sorang tu sorang je lah......towwss......

mn tau kot2 SPR bleh rasuah ke.......tthehheee..... aku blanja la nasi ayam melawati sepinggan :twisted:

heheheh saja kasi meriah topic nih...... a'ah skit je yg undi......

zainzubir
4th June 2008, 11:34 AM
korang undi jerlah dulu..jgn risau 2/3 ke 18/18 kami di SPR tentu akan buat keputusan sepakat..insyaallah.

rainingheaven
4th June 2008, 11:40 PM
so fast sudah another fiscal year.

azryshah
5th June 2008, 08:39 AM
dah lama pun kami undi.. hehehe

chalizee
5th June 2008, 10:21 AM
Bump! letak topik kat index page..

azryshah
5th June 2008, 04:18 PM
Bump utk entry nie.. Jom ngundi yeop :lol:

ikelah
6th June 2008, 03:20 AM
woow...ada election!!
Semoga kita semua sihat walafiat, yang sakit cepat sembuh dan yang sihat menziarahi yang sakit.

badangperkasa
7th June 2008, 09:53 AM
Mana agak2nya Member2 FMDC yang lain yang berbaki 300++ tu? Kami perlukan respon anda..... Selewat2nya 9.20 malam ni...

zainzubir
7th June 2008, 06:38 PM
woow...ada election!!
Semoga kita semua sihat walafiat, yang sakit cepat sembuh dan yang sihat menziarahi yang sakit.

ehmm..ehmm..ya semuga semua disini sihat walafiat, aamiin...rega minyak naik..poll kat sini apsal tak naik2 eik??mana ahli yang berdaftar yang lain??

zul/badang you did a good job while "I was offline" a few days :wink:

ada masa lagi rasanya ...

msmacsp
7th June 2008, 07:32 PM
Semua jawatan harus dipertandingkan demi memartabatkan demokrasi berperlembagaan... dan saya menyokong penuh semua jawatan dalam FMDC dipertandingkan.

Dan saya juga meyokong presiden yg sedia ada kekal dalam jawatan sekarang...

ND
7th June 2008, 09:05 PM
Ok..nampaknya undian sudah boleh ditutup skang...betul tak aunty..hehe

zainzubir
7th June 2008, 09:09 PM
kita akan lock dan umum jam 12.00mlm ni..dengan izinNya. :wink:

red
7th June 2008, 11:43 PM
bump last minit. tinggal duploh minit je untuk ngundi.

zainzubir
8th June 2008, 12:03 AM
Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Pihak AJK sementara sebulat suara bersetuju mengumumkan JAWATAN PRESIDEN FMDC SESI 2008 - 2010 DIPERTANDINGKAN.

Dengan itu izinkan topik ini di tutup. Terima Kasih.