PDA

View Full Version : Pekan Rabu, Alor Star, Kedah



zainzubir
30th June 2008, 12:55 AM
Pekan Rabu adalah antara tempat "mesti singgah" apabila berada di Alor Star Kedah. Lawatan ke Pekan Rabu baru-baru ini bukanlah lawatan yang pertama, cuma pada lawatan2 sebelum ini hanya sibuk membeli belah dan tidak menitik beratkan untuk mengambil gambar-gambar. Ini tidak bermakna lawatan baru-baru ini bertujuan utama mengambil gambar. Sebenarnya gambar-gambar yang diambil adalah "sekadar ngeshoot sekejap" semasa menunggu "mertua dan ipar duai" serta hubby dan anak-anak berehat setelah keletihan mencuci mata di Pekan Rabu.. :lol: Untuk makluman semua gambar-gambar adalah "mana sempat sahaja" jadi tidak menggambarkan keseluruhan apa yang ada di Pekan Rabu. Masa diambil untuk mengabadikan gambar-gambar ini semua lebih kurang 15-20 minit (itu pun hubby asek call suh turun minum..air teh limau nipis sejuk yang di order dah panas katanya :twisted: )

Sebelum tu, ini kenderaan awam yang disediakan untuk ke Pekan Rabu
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9180.jpg

Kenderaan ini bukan dari KL Sentral..jika dari KL Sentral bulan depan pun tak tentu sampai ke Pekan Rabu..salah satu sebab kenderaan ini tiada kelulusaan JPJ .masih "P"
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9227.jpg

Inilah Pekan Rabu yang disebut2 makcik pakcik tok uda dll..bila balik dari Aloq Staq
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9651.jpg

Ini pemandangan di dalam Pekan Rabu, pastikan anda hadir dengan "fat wallet ke purse" atau jika sekadar nak cuci mata pastikan pakai kasut yang selesa
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9658.jpg

Ini baru "satu deret" kedai..yang ada di Pekan Rabu berderet2 dan bertingkat2..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9659.jpg

Jangan bimbang..anda tidak akan sesat, dah tersedia "pelan tingkat". Nak kemana?Nak cari apa??..aar jangan meluru masuk sahaja, tengok floor plan ni dulu, pastikan tahu kemana nak tuju jika "sesak tetiba" atau "ada kecemasan" tetiba..ni penting jangan nak gesa2 beli dodol lah, beli jerukbauhlah ..maklumler macam2 ada di Pekan Rabu ni..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9189.jpg

zainzubir
30th June 2008, 01:09 AM
Pakcik ni "penyambut tetamu". JIka anda hendak masuk ke dalam Pekan Rabu, anda akan "disambut" oleh Pakcik ini. Dari "barangan" yang kelihatan disekeliling Pakcik ni, agaknya Pakcik ni samaada membeli atau menjual "kertas atau kotak".

Kelihatan Pakcik tengah take five..isk tak nak nyala ler pulak..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9224.jpg

angin kuat kena cover begini baru nyala kot
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9225.jpg

Siapa yang ada gas leterik elok isi perut dulu sebelum shopping!!
Kedai makan ini betul2 didepan pintu masuk Pekan Rabu
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9223.jpg

Tetapi kedalam sikit ada banyak lagi pilihan selera kampung..ya sila duduk.sila duduk..nak makan apa?tom yam?
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9186.jpg

zainzubir
30th June 2008, 01:24 AM
aar..mari kita jalan2 cari aweks..isk silap, kita jalan jalan cari ole2 untuk dibawa pulang.

Dalam pemerhatian beberapa minit bolehlah dirumuskan, berniaga di Pekan Rabu ada berbagai cara menarik orang ramai yang lalu lalang untuk membeli barangan.Ada yang sekadar mempamer barang jualan dengan susunan yang menarik, ada yang meletakkan tanda atau "iklan kecil", dan ada yang lebih berani dengan "approach" tegur sapa..Dan ketika menunggu pembeli pula ada berbagai cara menghabiskan masa terluang samaada termenung, melayan "sms" atau menyusun/membungkus barangan.

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9660.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9220.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9218.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9203.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9197.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9195.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9185.jpg

zainzubir
30th June 2008, 01:34 AM
Baiklah apa kata kita perhatikan yang benar2 sibuk berniaga ni..dari satu pelanggan kesatu pelanggan dilayani..apa tarikan hingga tidak putus2 orang ramai menyinggahi kedai ini??...ooo mungkin orang ramai beli asam boi kot :lol: yalah mungkin bukan local, perjalanan jauh kalau makan asam boi mesti segar biji mata bila memandu atau jika terasa mual naik bus express balik KL at least ada nak dikunyahkan..

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9216.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9219.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9215.jpg

http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9214.jpg

zainzubir
30th June 2008, 01:44 AM
hmm..bungkus ..bungkus semua!!
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9212.jpg

"Saya jual"..dan.."Saya beli"
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9213.jpg

Ni berapa sebungkus?
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9202.jpg

Dodol ni timbang kilo ke??
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9196.jpg

Pilihan merambangkan mata
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9194.jpg

Agak2 kalau beli semua boleh beri discount ke?
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9222.jpg

zainzubir
30th June 2008, 01:49 AM
halamak salah lorong..pakcik ni tengah ejas belt ler pulop!!maaf pakcik..tumpang lalu..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9211.jpg

aa..sinilah tempat baulu panas..baru betul lorongnya..
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9205.jpg

Jika mencari buku2 agama dan kopiah dan berkaitan siniler tempatnya
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9191.jpg

JIka bakul dll perhiasan yang dicari kat sini pula
http://i307.photobucket.com/albums/nn317/zainzubir/Traders/IMG_9190.jpg

zilzals
30th June 2008, 02:34 AM
wah..besnye coverage mcm nih.....
puas ati tgk gamba byk2 mcm ni :)

zainzubir
30th June 2008, 06:57 AM
Apa Zilzals?puas hati byk coverage aweks camni?..ha ha..cakap jer byk aweks jgn sesegan..coverage dah habeh lah..sedang asyik ngeshoot unclelah, deebalah, hadeelah yang called...hangin satu badan hanty dibuatnya.. :evil:

buntalshoot
30th June 2008, 07:25 AM
nice aunty...

tempat nyer tak ubah seperti Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu... next trip amber nak gi bejalan ke sini pulokklahh...

buttet
30th June 2008, 09:23 AM
walaaaa..angle and composition dah macam reuters..pieee utara nim sempat jumpo tak fotog reuters utara aunty..kekekekek ..aunty sila submit gambo aunty ke http://routers.com.my/news yerrr... :P

buntalshoot
30th June 2008, 10:47 AM
walaaaa..angle and composition dah macam reuters..pieee utara nim sempat jumpo tak fotog reuters utara aunty..kekekekek ..aunty sila submit gambo aunty ke http://routers.com.my/news yerrr... :P

kamon tet... please bagi komen & feedback yang membina...tqs.

buttet
30th June 2008, 11:18 AM
komen dah tue
siri yang posting no 2 dah ok angle and compo tue

buntalshoot
30th June 2008, 11:49 AM
Ok thanks buttet..

berdasarkan pemerhatian saya, gambar2 aunty banyak yang shaking dan overexpose akibat kombinasi shutter-aperture-ISO yang tidak sesuai...

cuba elakkan penggunaan shutter speed yang terlalu slow, cam dalam kebanyakan gambar2 nie(terutama indoor).. aunty banyak gunakan average below shutter kurang dari 1/60 sec bila menggunakan lensa telezoom. Mungkin penggunaan lensa IS dapat membantu dalam keadaan low lite, tetapi harus diingat bahawa banyak faktor2 individu lain seperti gementar, gugup dan sebagainya boleh menghalang seseorang individu itu mengambil gambar dengan baik walaupun dengan bantuan lensa IS/VR/OS. Saya tau untuk capture street shooting nie bukan senang, tidak ramai yang berani untuk fokus secara konsisten terutama apabila subjek memandang tepat ke dalam viewfinder kita. Masa tu, pasti cepat2 kita snap dan menarik trus kamera ke arah lain, ini adalah antara faktor yang menyumbang kegagalan kita untuk menangkap gambar dengan kemas.

Saranan saya, cuba aunty elakkan penggunaan manual mode bila berhadapan situasi sebegini, cuba kawal menggunakan shutter priority (S Mode atau Tv mode) dan set sekitar 1/125 sec, 1/160 sec atau 1/200 sec. Pemilihan aperture tidak akan menjadi masalah kerana street shooting tidak memerlukan DOF luas melainkan ianya berbentuk close-up dsb. Boostkan iso pada kadar yang bersesuaian agar tidak kelihatan keterlaluan noise pada gambar. ISO800 mungkin sesuai.. jika tiada pilihan bolehlah up semaksima yang mungkin. Ini sahaja cadangan saya jika aunty berkira2 untuk shoot indoor seperti siri gambar di atas lagi. Mungkin aunty tiada masalah untuk outdoor shoot. InsyaAllah dengan bantuan ini harap aunty dapat mengemaskini gambar aunty tanpa ada masalah overexposed dan shaking lagi.. Sayang sekali jika kita sudah bertahun2 pegang kamera dengan berbelanja mahal utk bercuti dan snap gambar ke destinasi sana sini tetapi penggunaan asas kamera dan kualiti gambar masih lagi di takuk yang lama. Saya harap aunty tidak berkecil hati dengan teguran saya ini. Wassalam.

zainzubir
30th June 2008, 12:55 PM
Thank you Wan atas komen yang membina..ya betul indoor ni mmg kelemahan hanty, dan tidak segan silu hanty katakan..harapan menggunung mengcapture "pertunangan" adik ipar berkecai berai w/pun menggunakan flash :x Sesuatu moments yg tidak akan berulang lagi..adat bukan Melayu jati pula tu..adat Bollywood!!ya jika suka tonton filem Hindustan, begitulah lebih kurang adat mereka bertunang, siap sudukan manisan!!

Dari dulu hanty katakan aunty tidak pernah suka shoot indoor dimana low light dan perlu tambahan cahaya atau pun setting yg complicated. Semasa shoot di dalam Pekan Rabu, hanty tidak menaruh harapan tinggi, cuma harapkan "nasib2" spt biasa...itulah kelemahan hanty.On over exposed mmg telah dijangka, on shaking w/pun kadang2 IS was on tidak dinafikan kata2 Wan, dalam pada kita shoot bersendirian kita lebih "khuatir" dan berkata2 dalam hati.."ok" atau "tak ok", diorg marah atau tidak...memang di Pekan Rabu kebanyakan retailers/traders buat tidak tahu cuma satu dua sahaja yang pamerkan air muka"tidak suka" .Itu yang akan terjadi bila "nak cepat" tekan shutter!!. Entah kenapa di Pekan Rabu hanty tidak dapat "buka suara" seperti di KL..di KL aunty lebih berani dan selesa untuk berbual denagn subject..mungkin salah satu sebab hanty tidak berpakaian yang sesuai iaitu berbaju kurung sutera....sendiri pun rasa tidak berkeyakinan..kelemahan tetap kelemahan, tetpi tanpa keyakinan akan memburukkan lagi hasil yang dicapture. :lol:

Apa2 pun terima kasih lagi Wan, bagaimana dengan yang lain??KOmenlah tak per hanty telah bersedia..hanty tak hangin...

mudme
30th June 2008, 02:48 PM
hanty.. saya bila pegi alor setar..
tak pernah pegi pekan rabu nih..
tak tau pon apa yg ada kt dlm tu..
sekrg br la tau.. ehehee...

zainzubir
30th June 2008, 04:34 PM
Pekan Rabu jika ada masa yang banyak seeloknya menyusur setiap lorong kedai. Hanty mencari penjual kuih mentaram (betulke) dimana dulu penjual menunjukkan cara membuatnya ditempat terbuka. Pada Sabtu lepas, kedai yang sama tidak lagi ada "live" show :D


*mudme pelik org ke Alor Star, Kedah tak singgah Pekan Rabu..hanty org KL pun dah byk kali kesana...jika kesana, mudme kena cari pekedai mana yang sering buat "capal" utk Tun Mahathir :lol:

zzoux
30th June 2008, 08:51 PM
salam mama,

sedikit penambahan dari apa yg telah disampaikan oleh buntal. ma ingat 1 perkara rule of thumb ni. kalo nak gambor sharp tak gegar, pastikan shutter kita sama atau lebih dari focal lenght kita. contohnyer mama guna lens putih gajah tu kan, n mama zoom sampai 200mm, make sure shutter yg digunakan adalah 1/200 atau lebih. tapi mungkin dengan penggunaan lens yg ada IS macam mama nyer tu, boleh maintain lagi sampai 1 stop. so jadiknyer, mama kena make sure shutter mama 1/100 and above kalo tak gambor goyang.

lagi 1, sy suka kalo dalam street shooting macam ni, digunakan dengan bijaksana penggunaan shutter speed slow. ini lagi akan menambahkan impak sesuatu gambar tu dengan adanye movement didalam gambar tersebut. bak cakap photojournalist2, ada mood gambo tu.

p/s : mana pari masak asam pedas sy ? :D


Ok thanks buttet..

berdasarkan pemerhatian saya, gambar2 aunty banyak yang shaking dan overexpose akibat kombinasi shutter-aperture-ISO yang tidak sesuai...

cuba elakkan penggunaan shutter speed yang terlalu slow, cam dalam kebanyakan gambar2 nie(terutama indoor).. aunty banyak gunakan average below shutter kurang dari 1/60 sec bila menggunakan lensa telezoom. Mungkin penggunaan lensa IS dapat membantu dalam keadaan low lite, tetapi harus diingat bahawa banyak faktor2 individu lain seperti gementar, gugup dan sebagainya boleh menghalang seseorang individu itu mengambil gambar dengan baik walaupun dengan bantuan lensa IS/VR/OS. Saya tau untuk capture street shooting nie bukan senang, tidak ramai yang berani untuk fokus secara konsisten terutama apabila subjek memandang tepat ke dalam viewfinder kita. Masa tu, pasti cepat2 kita snap dan menarik trus kamera ke arah lain, ini adalah antara faktor yang menyumbang kegagalan kita untuk menangkap gambar dengan kemas.

Saranan saya, cuba aunty elakkan penggunaan manual mode bila berhadapan situasi sebegini, cuba kawal menggunakan shutter priority (S Mode atau Tv mode) dan set sekitar 1/125 sec, 1/160 sec atau 1/200 sec. Pemilihan aperture tidak akan menjadi masalah kerana street shooting tidak memerlukan DOF luas melainkan ianya berbentuk close-up dsb. Boostkan iso pada kadar yang bersesuaian agar tidak kelihatan keterlaluan noise pada gambar. ISO800 mungkin sesuai.. jika tiada pilihan bolehlah up semaksima yang mungkin. Ini sahaja cadangan saya jika aunty berkira2 untuk shoot indoor seperti siri gambar di atas lagi. Mungkin aunty tiada masalah untuk outdoor shoot. InsyaAllah dengan bantuan ini harap aunty dapat mengemaskini gambar aunty tanpa ada masalah overexposed dan shaking lagi.. Sayang sekali jika kita sudah bertahun2 pegang kamera dengan berbelanja mahal utk bercuti dan snap gambar ke destinasi sana sini tetapi penggunaan asas kamera dan kualiti gambar masih lagi di takuk yang lama. Saya harap aunty tidak berkecil hati dengan teguran saya ini. Wassalam.

zainzubir
1st July 2008, 06:30 AM
ya mama masih igt "kalo nak gambor sharp tak gegar, pastikan shutter kita sama atau lebih dari focal lenght kita. " Ini zul dah sebut ngan mama byk kali :D .tapi kan ntah naper asek tak applykan sahaja...anyway timakacih byk2..atas peringatan yg tidak jemu2 dari zul tersebut...asam pedas??hmm...jumaat mlm sabtu kita di 123 bersama photyog pencala..jom!!! :lol:

mozakim
1st July 2008, 09:15 AM
wahhh... banyaknye hantie shoot... Pekan Rabu memang destinasi yang best untuk shoot gambo, macam adaaa... :D

abahalong
2nd July 2008, 09:58 AM
hahaahaa....abah pun dah shoot kat pekan rabu ni(dlm fp abah)......... banyak lagi sudut yg kita boleh explore...........
hanty berjaya mencari sudut-sudut baru di pekan rabu ni...... ok kami tunggu gambar lain pula hahahaha

zainzubir
2nd July 2008, 10:22 AM
abah punya fp byk pengajaran satu usaha yg murni. Syabas dan teruskan!

..hmm spt telah hanty katakan awal2, hanty "terburu2" dlm mengcapture images di Pekan Rabu..jika dalam keadaan selesa tentu lebih byk moments yg dapat diabadikan. Itulah tak besh bila kita photographing ada yang menunggu "suruh cepat" :cry: yang suruh cepat2 tu pula "big boss"..kang tak ikut cakap mahu ditinggalkan suh balik Kl naik bas awam.. :lol:

abahalong
2nd July 2008, 11:30 AM
Hanty........dalam shoot street fhotography ni........halangan yg paling beso abah rasa ialah :

1. Masa - selalunya kita hanya ada masa yg sedikit...kalau lambat terlepas movment tu.....
2. Setting camera....abah selalu pakai auto jika nak ambil gambar aksi org...takut kena kejar...hahahahaha
3. Takut.......abah selalu takut dalam berani.....

itu antaranya....tapi abah enjoy shoot cam ni......hahahahaha....