buntalshoot
23rd July 2008, 07:38 PM
Pinjam mudah RM50,000
Oleh Azhar Abu Samah dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my
Datuk Noh Omar
Skim bantu kakitangan awam berniaga, tambah pendapatan
KUALA LUMPUR: Kakitangan awam yang ingin menjalankan perniagaan kecil secara sambilan bagi menambah pendapatan kini boleh mendapatkan pinjaman mudah sehingga RM50,000 tanpa penjamin atau cagaran daripada kerajaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata pinjaman beberapa agensi kementerian sejajar usaha menggalak rakyat, termasuk kakitangan awam berniaga sambilan untuk pendapatan tambahan.
Katanya, kakitangan awam yang layak digalakkan memohon pinjaman mudah itu menerusi Tekun Nasional, Mara, Bank Rakyat, Bank SME atau Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk berniaga dan menambah pendapatan.
"Bagaimanapun, setiap pemohon perlu mendapat kebenaran ketua jabatan masing-masing untuk berniaga sambilan," katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini.
Pada 22 Jun lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan menambah permit peniaga kecil dan penjaja bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, termasuk kakitangan awam untuk menggalakkan mereka bekerja sambilan untuk menghadapi kenaikan harga.
Perdana Menteri berkata, langkah itu sebahagian usaha jangka panjang kerajaan untuk membantu rakyat, terutama berpendapatan rendah menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Noh berkata, kakitangan awam yang berminat boleh memohon di pejabat Mara, Tekun, Bank Rakyat, Bank SME dan PNS untuk maklumat lanjut mengenai skim pinjaman itu.
"Sebelum ini kakitangan kerajaan sukar mendapatkan pinjaman perniagaan. Jadi, kerajaan lakukan ini bagi memastikan kumpulan itu dapat dibantu untuk mengurangkan beban mereka menghadapi peningkatan kos sara hidup.
"Seperti juga usahawan lain, segala urusan pinjaman akan dibantu serta dipermudahkan. Semua agensi di bawah kementerian juga disyaratkan memberi alasan kukuh jika menolak sebarang permohonan," katanya.
Noh meminta kakitangan awam merebut peluang itu bagi membaiki taraf hidup dan mengelak terlalu bergantung pada gaji.
"Keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada kakitangan awam untuk berniaga itu sedikit sebanyak membantu merealisasikan hasrat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, agensi kementerian memberi kelulusan pinjaman berjumlah RM642.47 juta kepada 5,208 peminjam mulai Januari hingga Mac lalu.
"Daripada jumlah itu, masing-masing RM92.03 juta diluluskan oleh Mara, RM29.53 juta (Tekun), RM517.97 juta (Bank SME) dan RM2.94 juta (PNS)," katanya.
Kepada kakitangan kerajaan yang berminat untuk memulakan perniagaan fotografi, tunggu apa lagi... heeee.....