buntalshoot
6th August 2008, 01:41 AM
Pada hari Ahad yang lepas, saya bersama beberapa orang teman telah mengadakan sessi street shooting di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Bermula seawal jam 6 pagi, kami menyusuri jalan2 di kota yang agak lenggang menuju ke sebuah pusat pengedaran akhbar yang terletak di Jalan Leboh Ampang. Terdapat lebih kurang 10 orang pekerja yang terdiri dari warga tempatan dan asing sedang bertungkus lumus mengasingkan pelbagai jenis akhbar untuk diedarkan pada pagi tersebut ke seluruh kawasan di Kuala Lumpur.
http://farm4.static.flickr.com/3248/2730747047_f9eae94473_o.jpg
Seterusnya kami menuju pula ke kawasan Jalan Petaling, kami bertemu dengan sepasang warga tua yang menjadi peniaga kuih tradisional disitu semenjak zaman awal kemerdekaan lagi. Mereka kelihatan agak peramah sekali melayan kami sambil menceritakan tentang kehidupan dan sejarah silam Jalan Petaling dari dulu sehinggalah ke hari ini.
http://farm4.static.flickr.com/3251/2731609868_de799972dd_o.jpg
Kami terus melungsuri Jalan Petaling sambil mencari-cari subjek yang menarik untuk dirakam. Di sepanjang perjalanan kelihatan beberapa orang warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral mundar mandir di hadapan hotel murahan mencari pelanggan. Sesekali apabila terserempak, lintang pukang dibuatnya. Ada yang menyorokkan diri kerna khuatir akan kehadiran kami yang mungkin pada sangkaan mereka kami ini adalah wartawan yang sedang mencari maklumat di sekitar kawasan tersebut.
Bimbang dengan perkara yang tidak elok, kami meninggalkan kawasan2 tersebut dan melungsuri kaki-kaki lima yang menempatkan kedai2 tekstil. Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi, ada peniaga yang sudah mula bersiap sedia untuk memulakan perniagaan mereka. Uniknya disini, ramai peniaga yang memulakan perniagaan mereka seawal pagi adalah terdiri dari golongan tua. Mungkin juga yang muda2 berganti niaga pada waktu malam dan meneruskan perniagaan sehingga ke awal pagi hingga menenggelamkan kelibat mereka pada pagi tersebut.
http://farm4.static.flickr.com/3031/2731637916_3cb0e8707d_o.jpg
Seterusnya kami memasuki ke Pusat Penjaja Gallery Jalan Hang Lekir. Pasar ini merupakan pasar basah yang menempatkan majoriti penjaja bangsa cina. Kelihatan ada juga penjaja2 asing dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang menjalankan perniagaan disini. Antara bahan basah yang diniagakan disini ialah sayur-sayuran dan juga daging-daging mentah seperti daging lembu, ayam dan juga khinzir. Majoriti peniaga daging disini terdiri dari peniaga daging khinzir. Menyelungsuri jalan yang sempit didalam pasar tersebut agak khuatir juga kalau2 tersentuh dengan daging yang tidak halal tersebut. Namun, demi mendapatkan snapshot kehidupan yang jarang2 sekali saya alami, saya kuatkan semangat walaupun ada di kalangan peniaga disini yang tidak senang dengan aktiviti2 rakaman tersebut.
http://farm3.static.flickr.com/2149/2731176365_c3848db0ce_o.jpg
Selepas itu, kami menuju ke Perhentian Bas Klang (Bus Stand Klang) yang terletak tidak jauh dari Jalan Petaling tadi. Kami berhenti bersarapan seketika dan sesudah selesai kami meneruskan aktiviti kami untuk merakam gelagat penghuni warga kota.
http://farm4.static.flickr.com/3051/2731287295_d8947f69d0_o.jpg
http://farm3.static.flickr.com/2359/2731368047_63d1b42f9d_o.jpg
Destinasi kami seterusnya ialah menuju ke Jalan Silang. Sudah hampir 10 tahun lamanya saya tidak bersiar-siar ke kawasan Jalan Silang ini. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kawasan ini dipenuhi dengan warga asing yang menghabiskan cuti hari minggu mereka dengan melepak di kawasan tersebut. Mereka menjadikan kaki-kaki lima dan restoran2 makanan segera sebagai pusat berkumpul dan bersosial sesama mereka.
http://farm4.static.flickr.com/3267/2731496279_41b05fe079_o.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3107/2734835258_8941ed4e9d_o.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3282/2735854114_01a0c57c4a_o.jpg
Tidak dapat dinafikan kewujudan sejumlah besar warga asing yang bekerja di negara ini kadang kala menggangu pemandangan sosial di kalangan warga kita, namun ada juga yang mengambil pendekatan positif dan merebut kesempatan untuk mempromosikan produk yang berkaitan dengan warga asing tersebut. Sebagai contoh ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di negara ini yang mempromosikan produk panggilan ke negara warga2 asing tersebut. Gambar dibawah kelihatan salah seorang pekerja bersiap sedia untuk memulakan hari promosi mereka.
http://farm4.static.flickr.com/3146/2734742546_cc1c09a45e_o.jpg
Kedai2 judi dan nombor ekor yang bersepah di Jalan Silang ini wujud akibat pertambahan warga asing yang membanjiri kawasan tersebut. Ini mendorong lelaki ini menawarkan khidmat tilik nombor di hadapan salah sebuah kedai judi yang terdapat di Jalan Silang.
http://farm3.static.flickr.com/2101/2733970679_65cbe3880d_o.jpg
Selepas itu kami menuju ke Jalan Hang Jebat, disini saya ternampak sesuatu yang menarik iaitu seorang lelaki yang sedang menggunting rambut seorang pelanggan di sebuah lorong kecil. Baru saya teringat, suatu ketika dulu saya pernah melihat foto tukang gunting rambut ini didalam sebuah buku fotografi oleh seorang lelaki Eropah yang merakamkan suasana Kuala Lumpur sekitar awal tahun 90an. Tidak syak lagi tempat ini dan lelaki inilah yang terpampang di dalam buku tersebut.
Malangnya ketika saya sedang mengambil gambar beliau, tiba-tiba beliau menyapa, "Kawan, sorri arr... sudah banyak gamba oo, customer suda tarak suka, please jangan amik gamba lagi aa...," lalu saya pun meminta maaf kepada beliau dan merayu kepada beliau utk mengambil sekeping sahaja lagi gambar utuk disimpan sebagai kenangan. Mungkin beliau berasa rungsing perniagaannya sedikit terganggu sekiranya ada pelanggan yang tidak suka gambar mereka dirakam akhirnya lambat laun tiada lagi pelanggan yang sudi untuk mendapatkan khidmatnya lagi.
http://farm4.static.flickr.com/3171/2734445471_618e47dde4_o.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3066/2735296576_0402319cef_o.jpg
Di penghujung Jalan Hang Jebat, kami bertemu pula dengan sebuah kedai yang menjual haiwan peliharaan. Menurut salah seorang pekerja kedai warga asing yang berasal dari Indonesia, kedai itu telah wujud sekian lama disitu.
http://farm4.static.flickr.com/3070/2735632860_7cf4263fcc_o.jpg
Jam menunjukkan hampir 10.30 pagi, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke sebuah pusat membeli belah moden yang mula dibuka semenjak awal tahun ini. Suasananya agak berbeza, tidak semeriah seperti di Jalan Petaling dan Jalan Silang. Kalau di Jalan Petaling dan Jalan Silang dipenuhi dengan warga asing dari Bangladesh, Filipina, Indonesia, Myanmar dan Nepal. Pemandangan di sekitar Pavillion tidak kurang juga hebat dibanjiri oleh warga asing yang bekerja samada sebagai pencuci, pengawal keselamatan hinggalah kepada pelancong2 yang terdiri daripada ekspatriat dari dunia Arab dan Eropah.
Simboliknya, Kuala Lumpur kini seolah2 bukan lagi terletak di Malaysia, tetapi disebuah negara asing yang dihuni oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai negara.... persoalannya? Dimanakah warga kita di pagi Ahad yang damai???? adakah kita masih bermimpi yang kita selesa hidup di bumi sendiri? gua pikir dan lu pikirlah sendiri.. :D
http://farm4.static.flickr.com/3216/2728205640_7fc0a2d4c8_o.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3152/2728267000_69295711ae_o.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3036/2727480957_d885ff80f9_o.jpg